.

.

18 October 2008

UMNO LAYAK TUKAR NAMA KEPADA PARTI BALING KERUSI (PBK) ~ Ref Malaysiakini

Umno sudah tidak layak di panggil dengan nama United Malay National Organization (Umno) atau dalam bahasa 'Inggeris'nya Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Mendapa saya berkata demikian, ini semuanya kerana sudah banyak kali mesyuarat atau persidangan Umno samada di peringkat cawangan, bahagian, pemuda bahagian, wanita bahagian dan puteri bahagian terjadinya peristiwa hebat iaitu acara baling membaling kerusi.

Kalau semalam berlaku kekecohan pada Persidangan Pemuda Umno Bahagian Rantau Panjang, hari ini Persidangan Wanita Umno Bahagian Kuala Selangor juga kecoh dengan insiden baling kerusi dan tindakan keluar dewan oleh beberapa perwakilan cawangan.

Kedua-dua insiden itu berpunca daripada bantahan mereka terhadap tindakan Pengerusi Tetap Wanita Umno Kuala Selangor, Zaini Khalid yang tidak memberi peluang kepada perwakilan terbabit untuk mencadangkan 10 nama perwakilan cawangan untuk menghadiri mesyuarat bahagian itu esok.

Laporan Bernama menyebut, pihak media juga dihalang daripada masuk ke dalam dewan mesyuarat untuk mengikuti proses pengundian.

Kalau wanita yang terkenal dengan sifat keibuan dan lembut pun sanggup membaling kerusi saya fikir apatah pemuda dan bahagian sudah tentu lebih teruk dari itu.

Jadi saya mencadangkan supaya Umno MENUKAR NAMANYA KEPADA PARTI BALING KERUSI (PBK) kerana nampaknya perjuangan ialah untuk membaling kerusi.

Saya juga mencadangkan supaya Umno atau Parti Baling Kerusi (PBK) ini memasukkan acara baling kerusi sebagai AGENDA tetap mereka di dalam mana-mana persidangan Umno untuk semua peringkat hatta Persidangan Agung Umno di peringkat pusat. Ini kerana persidangan Umno ini seolah-olah tidak sah kalau tidak ada AGENDA BALING KERUSI.

SYABAS UMNO. Kepada rakyat Malaysia insaflah pemimpin beginikah yang hendak kamu angkat menjadi pemimpin negeri dan negara, lingkup kita semua dibuatnya.

MCA DAN UMNO SAMA SAHAJA, ANGKAT PEMIMPIN IKUT SUKA? ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya Umno dan MCA sama sahaja. Kalau dalam Umno orang-orang seperti Mohamad Mohd Taib, Isa Samad, Rahim Thamby Chik dan lain terus mendapat tempat samada di peringkat Pusat, Negeri dan Bahagian dalam MCA orang seperti Chua Soi Lek juga mendapat kedudukan yang tinggi.

Nampaknya jelas bahawa parti-parti dalam BN ini sama sahaja. Bagi mereka akhlaq, rasuah, ketelusan dan lain-lain sifat terpuji tidak ada dalam 'kamus' bagi memilih pemimpin. Oleh sebab itulah orang-orang yang saya namakan di atas samada dari Umno atau MCA masih menang dan diangkat oleh ahli-ahli mereka untuk menjadi pemimpin.

Malang sungguh bagi kedua-dua parti tersebut yang gagal mentarbiah ahli-ahlinya supaya memilih pemimpin yang terbaik atau paling baik di kalangan yang tidak baik. Lebih malang lagi orang-orang yang macam inilah yang akan menjadi pemimpin Malaysia jika BN terus memerintah Malaysia selepas ini. Oleh itu jangan 'kasi chance' BN memenangi Pilihanraya akan datang.

Kalau beginilah cara mereka memilih pemimpin saya yakin selepas pemimpin mereka tidak takut untuk membuat kesalahan kerana buat salah pun masih di beri kepercayaan untuk menjadi pemimpin.

Inilah perangai BN yang tidak tahu menilai yang mana baik dan yang mana buruk. Tidak perlu saya mengulang apa cerita di sebalik nama-nama yang saya sebutkan di atas. Tuan-tuan lebih mengetahui dan mengenali mereka daripada saya.

Hari ini ahli-ahli MCA telah melantik Bekas Menteri Kesihatan, Chua Soi Lek menjadi Timbalan Presiden MCA. Beliau mengalahkan Bekas Setiausaha MCA, Ong Ka Chuan dengan kelebihan 114 undi. Soi Lek memperolehi 1,115 undi dan Ka Chuan hanya mendapat 1,001 undi.

Sementara itu Datuk Ong Tee Keat telah dipilih sebagai presiden MCA yang baru dengan menewaskan seorang lagi calon veteran, Datuk Chua Jui Meng.

Ong mendapat 1,429 undi manakala Chua mendapat 917 undi.

Bagi jawatan naib presiden, mereka yang terpilih ialah Datuk Kong Cho Ha, Datuk Liow Tiong Lai, Datuk Ng Yen Yen dan Tan Kok Hong.

Liow mendapat 1,725 undi, Cho Ha (1,798), Ng (1,659) dan Tan (1,329 undi)

DIHALAU KERANA SOKONG PARTI ISLAM OK LAH TU ~ Ref Malaysiakini

PAS Kawasan Rompin menyifatkan tindakan pemimpin Umno yang menguasai Teras DARA Konsortium Sdn Bhd mengarah pengusaha Pasar Mini Jiran Ku (PMJK) di mengosongkan premis seanggap sebagai perosak parti Melayu itu.

Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan, Mazlan Mohamed Yasin berkata, hanya pemimpin yang sakit mental dan fizikal sahaja akan melakukan melakukan perbuatan demikian dalam suasana rakyat semakin matang berpolitik.

Katanya, pemimpin Umno berkenaan masih terbelenggu dengan pemikiran politik kono dan sempit, justeru menganggap dia boleh melakukan apa sahaja.

Difahamkan pemilik PMJK berniaga di bekas tapak pasar lama yang disewakan daripada Koperasi Serbaguna DARA (KSD) sejak tahun 2004. Beliau diarah keluar dari Premis tersebut tanpa alasan munasabah, tetapi berdasarkan maklumat daripada pegawai Teras Dara yang menyampaikan arahan berkenaan, jelas menunjukkan arahan mengosong premis dibuat atas pertimbangan Umno.

Difahamkan pegawai Pegawai dari Unit Harta, Teras DARA telah menemui Peniaga tersebut dan menunjukkan bukti kononya pemilik PMJK itu memberi sumbangan kepada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum, 8 March lalu. Menyokong Pakatan Rakyat menjadi kesalahan kepada pemimpin Umno terbabit dan menimbulkan kemarahan kepada tokoh Umno Rompin yang juga bekas menteri yang dibuang Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Badawi itu.

PMJK terletak dikawasan strategik, berhampiran Bank Islam dan Terminal Bas Muadzam Shah merupakan pusat membeli-belah milik orang Melayu yang sangat berjaya.

Selepas pilihan raya lalu, wakil pihak Pengurusan Teras DARA Consortium Sdn. Bhd (pemilik bangunan) dikatakan telah mengarahkan KSD supaya mengeluarkan peniaga yang menyewa (PMJK) dari premis berkenaan.


Jelas Mazlan, alasan arahan mengosongkan premis kerana pemilik PMJK didakwa menyokong PAS ia adalah kehendak ahli politik itu sendiri dan ia diakui oleh pegawai Teras Dara.

Menurut Mazlan pemilik PMJK hanya ahli biasa PAS dan dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti, tetapi kerana sikap perkauman pemimpin Umno terbabit ia tetap menjadi mangsa.

”Kalau dia menyokong PAS pun, ia bukan suatu kesalahan, sebagai rakyat dia boleh menyokong mana-mana parti politik berdaftar yang dia suka, kenapa pula Ketua Umno mahu marah,” ujarnya.

Mazlan membidas dan menyifatkan ’pemimpin Umno berkenaan sudah hilang kerasionalanya’ sehingga sanggup menggunakan kuasa yang masih ada untuk menghukum bangsanya sendiri yang berlainan parti.

”Pemimpin jenis itu sepatutnya berada di negara Komunis atau dimana-mana negara yang mengamalkan sistem satu parti, supaya tiada orang yang berbeza fahaman denganya.

“Patutlah perdana menteri membuangnya dari kabinet selepas pilihan raya umum lalu, mungkin Abdullah telah mengenal pasti sifat ahli politik itu,” ujarnya.

Ekoran daripada arahan pemimin Umno tersebut, maka Teras Dara telah mengeluarkan notis kepada KSD supaya mengosongkan bangunan tersebut pada 1 Mei,2008. KSD pula mengeluarkan notis kepada PMJK.

Difahamkan pemilik PMJK merayu kepada Teras Dara agar dapat membenarkan beliau meneruskan perniagaan disitu sehingga premis baru yang dalam pembinaan siap dibina dalam tempoh satu tahun.

Tetapi malangnya pihak Teras DARA hanya memberi tempoh satu bulan untuk PMJK mengosongkan presmis itu .

Kini, pemilik PMJK yang ”bernasib malang itu” hanya menghitung hari menunggu surat arahan mahkamah supaya mengosongkan premis tersebut pada bila-bila masa.

Lebih mendukacitakan ada ‘cakap-cakap’ mengatakan pihak TERAS DARA lebih rela bangunan itu dibiarkan kosong begitu sahaja daripada disewa PMJK kerana beliau adalah penyokong PAS.

Menurut Mazlan, pihaknya bersimpati dengan musibah yang menimpa pemilik PMJK yang menghadpi masalah ketiadaan premis untuk memindahkan baranganya sedangkan masa yang di beri Teras Dara cukup singkat.

Malah difaham, pemilik PMJK bersedia membeli bangunan berkenaan jika Teras Dara ingin menjualnya.

Blog : http://www.darigaunghati.blogspot.com

KHAIRY TERUS MENDERITA ~ Ref Malaysiakini

Kalau dulu dia disangjung, dipuja, dipuji dan di'kipas', kini selepas sahaja bapa mertuanya mengumumkan akan berundur beliau telah hilang segala-galanya. Maka terbuktilah bahawa sanjungan, pujaan, pujian dan 'kipasan' sebelum ini hanya pura-pura. Semua atas dasar bodek untuk mendapatkan pangkat, projek, kuasa dan sebagainya.

Kini bapa mertua akan pencen, Khairy juga kelihatan akan dipencenkan dari Pemuda Umno. Untuk mendapatkan cukup kouta bertanding pun Khairy terkial-kial sedangkan Mukhriz melonjak jauh meninggalkan beliau. Malah kini Khairy terpaksa bersaing dengan Menteri Besar Pencen Khir Toyo untuk mendapatkan cukup kouta.

Inilah akibat lumrah dalam Umno, jika seseorang itu ada kedudukan atau saudara dan kroninya ada kuasa maka mereka akan didekati dan dipuja puji. Pujaan dan pujian yang ada makna bukan ikhlas.

Akhirnya Khairy yang dulunya angkuh dan sombong kini mula mengenali dunia dan tahu langit tinggi rendah.

Saya bersetuju sangat dengan tulisan Ustaz Idris Ahmad di dalam Harakahdaily semalam yang menyatakan bahawa Khairy Jamaluddin sudah mula menganggap dirinya kini hanya seorang calon underdog atau calon bukan pilihan untuk merebut jawatan tertinggi Pergerakan Pemuda UMNO.

Ahli Parlimen Rembau itu berkata, berdasarkan perkembangan pencalonan semasa, semua pihak pastinya tahu siapa yang menjadi calon pilihan masa kini.

Ustas Idris menulis lagi dengan memberikan beberapa senario dan fakta semasa tentang Khairy.

Antaranya :-

1.Kesian saya pada menantu bakal bekas PM Malaysia yang dipaksa turun takhta sebelum masa. Pemimpin Umno buat kepada pak lah macam wali mujbir paksa anak kahwin. Ini fenomena biasa dalam Umno

2.Sekarang baru Khairi sedar siapa dirinya apabila kuasa tidak ada. Ahli Umno hanya hormat pada mereka yang boleh beri projek, dollar dan sen. Sekarang perwakilan sudah tahu kamu bakal kehilangan taring dan bakal menjadi singa tua yang tidak bergusi.

3.Perwakilan Umno dia pilih pemimpin bukan berdasarkan idealisme perjuangan yang boleh meneruskan agenda negara dan rakyat. Mereka menaikkan seorang pemimpin apabila boleh kenyangkan temolok dan perut masing-masing. Kebetulan kapal Khairi bakal karam maka bertempiaran pakat cari kapal lain.

4.Kapal yang pengikut Khairi lari untuk tumpang pun bakal tak tahan lama juga, bukankah mazhab Umno ini satu sahaja iaitu rebut benda. Mana tahan hendak pelihara pengikut dengan benda, bukit belacan pun kurus. Akan datang mereka akan marah pula pada individu yang sanggup lawan Khairi. Tentu kita ingat sewaktu Tun Dr Mahathir hentam Pak Lah semua pakat sinsing lengan untuk pertahan Pak Lah dan kutuk Tun Dr Mahathir, apa bahasa yang tidak mereka gelar kepada mantan Presiden Umno. Waktu itu Pak Lah berkuasa lagi dan gagah, sekarang sudah hilang pengaruh.

5.Datuk Mukhriz dapat pencalonan banyak dan menjadi pesaing kepada Khairi kerana, arus sekarang ialah orang benci pada Pak Lah kerana gagal capai keputusan cemerlang dalam PRU 12. Kebetulan pula Datuk Mukhriz orang yang langtang kritik Pak Lah lepas pilihanraya, suaranya senada dengan bapanya.

6. Dalam suasana sekarang siapa yang masuk kem Khairi inilah baru sahabat sejati, mereka yang lari itu pejuang kayu jati. Sekarang Khairi baru tahu siapa kawan dan siapa makan kawan. Di dalam suasana seperti begini orang yang boleh tenggelam timbul baru sahabat sejati.

7.Kita pun tidak nampak apa agenda Datuk Mukhriz hendak bawa dalam Pemuda Umno. Yang kita tengok ia lebih kepada emosi dan sentimen kemarahan pada Pak Lah, kerana bapa dia marah Pak Lah batal jambatan bengkok, tukar CEO Proton dan lain-lain isu peribadi yang melibatkan kepentingan dirinya. Kita tidak dengar agenda yang besar yang akan dibawa oleh Datuk Mukhriz. Dari segi pemikiran agama dan tindakan ia akan bersikap macam bapa beliau nanti.

8.Datuk Mukhriz patut kena ada wawasan untuk membetulkan sistem dan ekonomi yang rosak sejak bapa beliau memerintah 22 tahun. Sistem kehakiman, penggunaan dana awam, masalah sosial yang rosak teruk sekarang. Inilah yang beliau kena lakukan bukan agenda peribadi.

9.Saya yakin pemuda Pas dan pemuda Pakatan Rakyat tidak kira siapa yang memimpin pemuda Umno, adinda-adinda saya dalam pemuda akan terus mara untuk meruntuhkan parti Umno yang dianggap telah tidak relevan dalam perjuangan di negar inia. Khairi atau Mukhriz sama sahaja.

Sumber : Sebahagiannya dari Harakahdaily.

BN MENANGIS KERANA RANCANGAN PECAHKAN PAKATAN RAKYAT GAGAL ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya usaha untuk memecahkan persepakatan Pakatan Rakyat (PR) gagal apabila gabungan 3 parti besar iaitu PAS, DAP dan PKR terus kukuh dari sehari ke sehari.

Walaupun pelbagai badai dan taufan melanda PR namun para pemimpin mereka nampaknya semakin matang dan sentiasa berbincang antara satu sama lain dalam apa juga masalah dan kekeliruan.

Nampaknya mereka telah belajar dari kegagalan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), Gagasan Rakyat (GR) dan Barisan Alternatif (BA) dahulu. Memang ada kelainan antara PR dan ketiga-tiga gabungan yang sudah menjadi arwah tersebut.

PAS yang sememangnya menjadi tulang belakang kepada perpaduan dalam APU dan BA dahulu jelas berjaya mematangkan dirinya begitu juga dengan DAP dan PKR. Ketiga-tiga parti tersebut kelihatan sering mencari titik pertemuan bukannya mencari titik perbezaan yang jelas sering menjadi senjata Umno/BN untuk memecahkan perpaduan di dalam PR.

Kalau sebelum ini pemimpin DAP sering 'menyeringai' jika PAS menyentuh isu negara Islam tetapi kini mereka sudah matang dan faham apa itu negara Islam dan pengisiannya.

Sejak seminggu dua ini kita melihat hubungan di dalam PR semakin rapat dan erat. Kalau sebelum ini Pemimpin Agung DAP, Lim Kit Sian sering mengeluarkan kenyataan negatif kepada PAS kini tiada lagi kenyataan-kenyataan sedemikian. Malah Lim yang lebih mesra dengan panggilan Uncle Kit begitu mesra dengan Tuan Guru Presiden PAS ketika beliau menziarahi Tuan Guru di rumahnya baru-baru ini. Malah DAP Terengganu yang kembali diaktifkan kini diterajui oleh Bekas Pembantu Khas Tuan Guru Abdul Hadi ketika Tuan Guru menjadi Menteri Besar Terengganu dulu.

Ketika Uncle Kit merasmikan cawangan DAP di Terengganu, beliau datang menziarahi Tuan Guru bersama-sama dengan Pengerusi Penaja DAP Terengganu iaitu Ng Chai Hing. Sesungguhnya hubungan mesra dan erat ini membuktikan yang PAS dan DAP semakin intim dan bersedia untuk membentuk kerajaan Pusat yang baru bersama-sama dengan PKR.

Malah semalam Setiausaha Agung DAP yang juga YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab.

Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab.

Menurutnya DAP ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini. Beliau juga mengambil kesempatan (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen.

Lim ke Terengganu untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi sebagai tanda hormat dan hubungan erat Pakatan Rakyat (PR).

Beliau melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya.

YAB Ketua Menteri Pulau Pinang untuk memuji kesederhanaan Tuan Guru yang pernah menjadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana.

"Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya.

Jelas sekali kenyataan Setiausaha Agung DAP ini mematikan segala tohmahan BN dan Umno yang seringkali menuduh PAS dan DAP tidak akan dapat berbaik di bawah bumbung Pakatan Rakyat.

Melihat kepada perkembangan ini saya yakin Umno dan BN akan terus menangis dan merintih kerana usaha jahat mereka untuk meruntuhkan perpaduan dalam PR gagal.

UMNO KAKI BULI, HABIS PARTI KOMPONEN BN KENA BULI ~ Ref Malaysiakini

Umno memang suka membuli parti komponen lain dalam BN. Pak Lah sendiri mengakui perkara secara tidak langsung semasa berucap merasmikan Persidangan Tahunan MCA hari ini.

Umum semua mengetahui bahawa Pak Lah suka bercakap secara terbalik. Jika beliau berkata tidak itu maknanya ya, kalau beliau kata ya itu maknanya tidak.

Dalam ucapannya ketika merasmikan perhimpunan agung k-55 MCA di ibunegara hari ini, Dollah yang juga presiden Umno dan pengerusi BN berkata, tidak timbul soal Umno jadi pembuli dalam BN.

Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menolak tanggapan bahawa Umno telah mendominasikan parti-parti komponen lain dalam Barisan Nasional (BN).

Jadi jika Dollah kata Umno tidak pernah membuli itu maknanya Umno memang selalu membuli parti-parti lain dalam BN termasuk MCA.

Sebab itulah Presiden MCA dalam ucapannya pada perhimpunan agung itu menyatakan terdapat persoalan yang dibangkitkan mengenai konsep perkongsian kuasa dalam BN kerana Umno dilihat mendominasi parti-parti lain dalam BN. Secara tidak langsung bahawa Ong seolah-olah berkata Umno membuli parti lain.

Memang sah Umni suka membuli bukan sahaja membuli parti sahabatnya malah lebih teruk membuli Pakatan Rakyat.

DR M BERSUARA LAGI, NADANYA SEPERTI KEMBALI MENYOKONG NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Apakah Dr Mahathir sudah nyayuk? Sekali sokong Ku Li sekali sokonga Najib. Kalau sebelum ini beliau seakan-akan menyokong Ku Li )ketika Dollah belum mengumumkan persaraan, kini nada percakapannya seola-olah kembali menyokong Najib.

Saya tidak hairan dengan pendirian Dr Mahathir ini kerana memang dari dahulu beliau cenderong kepada Najib dan kini setelah Najib dilihat semakin kuat dan hebat sehingga membolot semua pencalonan jawatan Presiden Umno Dr Mahathir kembali kepada Najib.

Memang beliau seorang yang suka mengambil kesempatan dan peluang. Kita tahu beliau terpaksa menyokong Najib demi kesinambungan karier politik anak kesayangannya Mukhriz. Jika beliau menentang Najib sudah tentu Najib sendiri tidak akan simpati kepada Mukhriz. Jadi mahu tidak mahu Dr Mahathir terpaksa berpihak kepada Najib.

Dr Mahathir di dalam blognya semalam menulis menyataakan jika kerajaan (pimpinan) Najib (kelak) berkehendakkan kelainan daripada Abdullah, maka penyokong Abdullah tidak boleh turut serta.

Beliau seterusnya menukilkan bahawa hingga kini hanya Datuk Seri Najib Tun Razak yang menerima pencalonan untuk jawatan tersebut. Jelaslah yang beliau merupakan calon unggul. Dan, seperti yang dijangka usaha untuk memburukkan imej beliau sudahpun bermula.

Menurutnya cara Najib mengurus tohmahan ini akan memperlihatkan mutu kepimpinannya.

Jelas dari kata-katanya Dr Mahathir menaruh harapan besar kepada Najib dan beliau terang-terang kembali menyokong Najib

Ku Li dipermainkan sekali lagi oleh Dr Mahathir. Alahai Ku Li ........kesihan

MARAH BETUL PEMUDA MCA KEPADA KHAIRY ~ Ref Malaysiakini

Pemuda MCA dilihat begitu marah kepada Khairy sehingga mencadangkan Khairy ditahan di bawah akta zalim ISA.

Saya tidak bersetuju dengan tindakan pemuda MCA tersebut kerana ISA tetap ISA iaitu akta zalim yang tidak patut digunakan untuk menangkap seseorang.

Walau macamana berat sekalipun kesalahan seseorang ia mesti dibicarakan di mahkamah terbuka dan diberi peluang membela diri, bukannya ditangkap dan disumbat ke dalam penjara secara membuta tuli seperti yang diamalkan oleh kerajaan primitif sekarang.

Jika Khairy menantu kesayangan Dollah melakukan kesalahan tahan beliau dan hadapkan ke mahkamah terbuka supaya beliau diadili dengan seadil-adilnya bukan menahan beliau di bawah ISA.

Semalam seorang perwakilan Pemuda MCA menggesa pihak berkuasa supaya menahan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana membuat kenyataan yang berbaur perkauman.

Perwakilan dari Perak itu, Ting Tai Fong membuat gesaan tersebut sewaktu perbahasan di perhimpunan Pemuda MCA di ibupejabat parti itu di ibunegara hari ini. Khairy adalah antara tetamu di majlis perasmiannya.

Ting membidas Khairy, yang juga menantu perdana menteri, berhubung kenyataannya mengenai nisbah kuota biasiswa untuk bumiputera dan bukan bumiputera.

Katanya, kenyataan itu bukan sahaja dibiarkan oleh kepimpinan Umno tetapi juga telah mendorong Ahmad untuk membuat kenyataan yang senada dengannya.

Ting berkata, ISA tidak sepatutnya digunakan terhadap orang awam seperti yang telah dilakukan bulan lalu.

ISA MENGGANAS LAGI : KERAJAAN BN BUTA, TULI DAN PEKAK ~ Ref Malaysiakini

Di sebalik kecaman dari dalam dan luar negeri, Kerajaan BN terus bermaharajalela menggunakan ISA untuk menahan rakyatnya sendiri.

Jelas sekali kerajaan BN buta, tuli dan pekak tidak mahu melihat dan mendengar kritikan dan nasihat dari rakyat, suruhanjaya hak asasi manusia (Suhakam), NGO dan badan-badan antarbangsa apabila terus menggunakan akta keselamatan dalam negeri (ISA) menangkap rakyat sendiri tanpa diberikan peluang membela diri di mahkamah. Nasihat alim ulama yang menyatakan ISA bertentangan dengan Islam juga diketepikan begitu sahaja oleh kerajaan BN.

Bukan sahaja parti-parti komponen Pakatan Rakyat menentang penggunaan ISA ini, malah rakan-rakan Umno di dalam BN juga turut sama mengecam ISA, antaranya MCA dan Gerakan.

Tidak syak lagi pemimpin BN sekarang sememangnya takut kepada bayang-bayang sendiri sehingga hilang pertimbangan dan kewarasan akibat tamak kepada kuasa. ISA dilihat menjadi senjata amouh mereka untuk mempertahankan diri.

Akta zalim ini mengganas lagi, apabila seorang aktivis hak asasi bersama Suara Rakyat Malaysia (Suaram) ditahan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) malam tadi.

Cheng Lee Whee, seorang sukarelawan wanita di sekretariat Suaram Johor Bahru ditahan menurut Seksyen 28 pada 10.45 malam tadi di balai polis Seri Alam.

Menurut penyelaras Suaram Johor, Nyam Kee Han, aktivis badan hak asasi itu kemudian dibawa ke balai polis Pasir Gudang tidak lama selepas itu.

Cheng dipercayai disiasat berhubung aduannya berkaitan perobohan rumah di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru semalam.

Pada mulanya, Cheng hadir di Seri Alam untuk memberikan keterangan berhubung laporan polisnya di balai polis Permas Jaya semalam mengenai penangkapan terhadap 27 penduduk dan pemimpin PAS di Plentong Jaya.

Nyam berkatamemberitahu Malaysiakini, beliau bersama Cheng hadir kira-kira jam 8.30 malam selepas dihubungi seorang inspektor untuk mengambil keterangan wanita berkenaan.

Kira-kira dua jam kemudian, tambah Nyam, beliau dimaklumkan bahawa Cheng ditahan polis malam ini bawah akta kontroversi tersebut.

17 October 2008

MESYUARAT UMNO TERUS KECOH, UMNO RETAK MENANTI BELAH ~ Ref Malaysiakini

Meyuarat Umno di seluruh negara terus kecoh dengan pelbagai insiden yang memalukan. Hari ini Polis Unit Tindakan Ringan Anti-Rusuhan terpaksa dikejarkan untuk mententeramkan keadaan di mesyuarat perwakilan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Rantau Panjang pagi tadi.

Kekecohan itu berlaku apabila sekumpulan individu bertindak agresif dengan menjerit dan melaungkan rasa tidak puas hati bagi membantah jumlah perwakilan yang didakwa tidak sah.

Suasana kecoh itu tercetus pada 9.30 pagi apabila mesyuarat berkenaan bermula di Sekolah Kebangsaan Seri Kiambang di Rantau Panjang.

Suasana tegang itu berlaku apabila pengerusi tetap mesyuarat berkenaan Nordin Ibrahim mengumumkan seramai 461 perwakilan daripada 144 cawangan layak mengundi.

Sejurus selepas pengumuman itu, seorang wakil dari kumpulan membantah itu, yang juga merupakan Ketua Cawangan Umno Taman Seri, mendakwa jumlah perwakilan berkenaan tidak sah kerana kemungkinan wujudnya anggota hantu.

Beliau yang dikenali sebagai Suhaimi Che Hussin juga mendakwa jumlah berkenaan mungkin tidak betul memandangkan masih ada bantahan terhadap mesyuarat cawangan yang belum selesai seperti Cawangan Tepi Sungai.

Sebelum mesyuarat Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah kecoh kerana ramai perwakilan tidak puashati dengan corak pengiraan undi yang dijalankan secara rahsia.

Ekoran dari masalah itu Sembilan orang ahli jawatankuasa Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah mengancam untuk meletak jawatan jika mesyuarat perwakilan Pemuda bahagian terbabit yang diadakan minggu lalu tidak diadakan semula.

Jurucakap anggota jawatankuasa terbabit, Faisal Supada berkata, cara pengiraan undi bagi pertandingan dan pencalonan jawatan dalam mesyuarat terbabit dijalankan secara tidak telus dan melanggar peraturan parti.

Nampak jelas Umno samada Pusat, Bahagian, Pemuda dan Wanita dan Puteri semuanya bermasalah. Pergaduhan dan pergeseran akibat perebutan kuasa dan gila pangkat seolah-olah tidak dapat dibendung lagi.

Pendekata Umno sekarang berada di dalam suasana RETAK MENANTI BELAH.

MENANTU KU SAYANG ~ Ref Malaysiakini

Pak Samdul tersenyum sendiri. Apa yang mencuit hatinya tidak dapat dipastikan. Sesekali beliau menjeling kepada anaknya yang sedang leka menjemur padi di halaman rumah.

"Paknya apa yang disenyumkan tu, senyum-senyum sorang-sorang, buang tabiat ke" suara Mak Andon nyaring menerjah telinga Pak Samdul.

Tersentak Pak Samdul...'kacau daun betul orang tua", rungut Pak Samdul bagaikan baung di bawah di 'bangkar'. "Tak boleh tengok orang senang langsung, potong stim betul" Pak Samdul terus melayan fikiran yang sedang berangan-angan.

"Tak adalah, aku teringatkan masa aku mengurat engkau dulu" kata Pak Samdul cuba mengalih topik agar hal sebenar tidak diketahui oleh Mak Andon.

Pak Samdul merupakan Ketua Kampung Malapu, sebuah kampung yang terletak tidak jauh dari Bandar Putra Jati. Beliau mempunyai seorang anak lelaki bernama Qumal dan seorang anak perempuan bernama Nomi.

Sebenarnya Pak Samdul sejak beberapa purnama dulu begitu teringin untuk mencari menantu, iaitu mencarikan suami kepada Nomi yang sudah agak berumur. Nomi seorang gadis yang putih bermuka bulat dan bermata sepit agak tidak 'jambu' berbanding gadis lain di Kampung Malapu.

"Bila agaknya anak kita tu akan kahwin ya bang" tanya Mak Andon kepada Pak Samdul suatu hati.

"Entahlah abang pun naik pening kepala, umur dah agak lanjut, malu aku kalau anak tok ketua menjadi anak dara tua" balas Pak Samdul.

"Apa kata kalau kita carikan jodoh untuk dia" kata Mak Andon mengharapkan jawapan ya dari Pak Samdul.

"Isssy awak ini itu namanya perigi cari timba" kata Pak Samdul dengan suara agak tinggi.

"Biarlah nanti adalah tu orang yang masuk meminang" jawab Pak Samdul

Rupa-rupanya telahan Pak Samdul ada kebenarannya. Nun di hujung kampung Malapu tinggal seorang pemuda gagah lulusan Universiti Okpod dari negeri Jin Bertendang. Menurutnya ceritanya pemuda ini anak seorang kenamaan dari kampung sebelah iaitu Kampung Nigiri. Nama pemuda ini Rikai Jamak. Memang samseng nama itu sama seperti nama samseng Kampung Dusun, Galak dan Gampang.

Ramai kawan-kawan Rikai tahu yang pemuda ini memang bercita-cita untuk menjadi Ketua Kampung. Sebab itu Rikai sering berkumpul di tepi Sungai Juha dengan kawan-kawan berbincang cara-cara untuk menjadi Ketua Kampung dalam masa yang singkat.

bersambung ....

MCA TERUS TEKAN UMNO/BN ~ Ref Malaysiakini

MCA terus menekan Umno/BN. Terbaru mereka menuntut jawatan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ditambah dari satu jawatan sekarang kepada dua dengan satu daripadanya diisi pemimpin dari MCA.

Saranan dan permintaan itu dibuat oleh Ketua Pemuda MCA yang akan berhenti iaitu Liow Tiong Lai.

``Cadangan MCA mengisi jawatan Timbalan Pengerusi memang tepat pada masanya dan kita yakin BN akan mengubah struktur dan kita akan terus mendapat sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agung MCA ke-45 di Wisma MCA di sini hari ini.

Cadangan ini merupakan suatu bentuk tekanan kepada Umno/BN yang juga sedang berada dalam kelemasan sekarang. Tekanan ini sudah tentu memeritkan lagi Najib untuk memikirkannya.

Reformasi Umno Menjelang Pemilihan, Signal Salah Dari Ahli Parti ~ Ref Malaysiakini

Bagi kebanyakan pendokong Umno, Pilihanraya Umum 8 Mac yang lalu adalah tragedi, sementara Pilihanraya Kecil Permatang Pauh selepasnya pula adalah pengesahan kepada tragedi tersebut. Maka tersentaklah Umno, di sana-sini riuh ahli-ahli Umno dari yang tinggi kepada yang rendah bercakap soal perubahan, Umno perlu berubah, sefaham mereka inilah signal yang ditunjuk oleh rakyat dalam kedua-dua pilihanraya tersebut.

Sementelah lagi, Barisan Nasional yang diterajui Umno berada dalam keadaan paling lemah sejak penubuhannya ini menyaksikan pula munculnya ramai “Lee Kim Sai” baru dari kalangan parti komponennya, maka suara-suara perubahan dalam Umno menjadi semakin kuat.

Lalu atas nama perubahan Abdullah Ahmad Badawi si Presiden parti merangkap Perdana Menteri yang dilihat semakin hilang kawalan dipaksa berundur awal (tuduhannya Abdullahlah yang berjasa besar atas prestasi dan kemelut terburuk Barisan Nasional ini). Tersenyum lebarlah Najib Tun Razak, sudah hampir pasti dia akan bergelar Presiden parti dan Perdana Menteri Mac ini, Tengku Razaleigh Hamzah akan terus kekal menjadi gurkha Umno paling setia. Suara perwakilan suara keramat, kata Najib, inilah perubahan! Berlumba-lumbalah pula orang seperti Muhammad Muhd Taib dan Ali Rustam menawarkan diri untuk menjadi Timbalan Presiden parti, kononnya inilah kehendak akar-umbi Umno yang mahukan perubahan. Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin dan Khir Toyo nampak ghairah sangat akan jawatan Ketua Pemuda Umno, kesemuanya ada sokongan perwakilan, masing-masing membawa moto tersendiri, tetapi yang jelas semuanya bercakap tentang mengubah Umno.

Hari ini, “reform” atau reformasi bukan lagi hak eksklusif Anwar Ibrahim atau Parti Keadilan, bukan juga lagi hanya menjadi laungan Gobalakrishnan, Tian Chua, Chegu Bard mahupun Jonah (teringat saya tarikh 4 April 2006, saya menganjurkan sebuah acara deklamasi puisi, di mana dewan dikepung di segenap penjuru oleh Unit Anti Rusuhan (PORU), Pasukan Gerakan Am Kem Galing dengan kekuatan empat trak dan saya bersama tujuh sahabat yang lain ditahan, hanya kerana programnya bernama “Baca Puisi REFORMASI”). Hari ini reformasi juga sudah menjadi genre lagu politik nyanyian hampir segenap lapisan pimpinan Umno. Kalau dulu perkataan ini begitu traumatik buat mereka, hari ini mereka berebut-rebut untuk menyebutnya.

Ya, perubahanlah yang dimahukan rakyat, perubahanlah yang dituntut rakyat. Perubahan juga yang dimahukan ahli Umno, maka Umno perlu dipimpin Presiden baru, Timbalan Presiden baru, Ketua Pemuda baru dan Ketua Wanita baru. Tetapi jika perubahan yang dimahukan rakyat itu A dan perubahan yang dimahukan ahli Umno itu B, apakah A=B? Saya rasa satu ujian hipotesis perlu dilakukan.

Apa yang berubah bila Umno nanti diubah presidennya dari Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib Tun Razak (yang dituduh berkendak dengan Mendiang Altantuya Sharibu - sekurang-kurangnya inilah yang terkandung dalam akuan bersumpah pertama Bala si penyiasat persendirian itu, juga belum reda isu Sukhoi dan Scorpene, muncul pula Eurocopter)? Apa pula harapan perubahan yang disandarkan oleh akar-umbi Umno Selangor kepada orang seperti Muhammad Muhd Taib yang terus dikenang sebagai orang yang suka membawa duit tunai yang banyak? Ali Rustam sudah tentu akan membanyakkan filem Shah Rukh Khan dalam siaran televisyen kita nanti (sebahagian perubahan?). Atau apakah aspirasi perubahan yang boleh dipenuhi oleh orang seperti Isa Samad yang sudah terbukti perasuah dan pernah digantung oleh Umno sendiri kerana politik wang? Perubahan untuk pembaharuan yang macam mana pula yang boleh dijanjikan oleh orang seperti Mukhriz Mahathir atau Khairy Jamaluddin jika mereka sendiri mewarisi legasi “lama” tinggalan bapa dan bapa mertua mereka?

Rakyat (baca: bukan ahli Umno) yang mahu melihat kelangsungan hidup Umno tetapi telah menolak Umno kerana mereka mahu Umno berubah SISTEMnya, berubah BUDAYAnya, berubah MORALnya, berubah DASARnya! Safnya boleh siapa sahaja, asalkan iltizamnya ada. Saya kata mustahil, tetapi Datin Ismalina (calon Ketua Puteri Umno) kata boleh, namun janganlah harap perubahan ini berlaku semalaman, seperti perokok mahu berhenti, kata Datin Ismalina, ia ambil masa, mungkin bertahun-tahun. Jika tidak drastik, bertahun-tahun itu berapa tahun? Setahun, sepuluh tahun atau seratus tahun? Bagi rakyat, buat apa menunggu kalau ada pilihan lain untuk memenuhi aspirasi perubahan mereka?

Bagi saya, selagimana ahli-ahli bawahan Umno yang katanya mahukan perubahan masih lagi boleh memilih seorang penyeludup dan bekas penagih ubat batuk, serta gagal SPM sebagai Ketua Pemuda bahagian mereka, saya tidak nampak jalan, gelap gambar kata orang sekarang.

//zukriaksah.com

MAT TAIB 'BENGONG' ~ Ref Malaysiakini

Mat Taib cuba menjadi hero dan Ustaz dalam isu tabung azan Umno Bahagian Cheras. Dalam kenyataannya yang disiarkan di dalam Utusan Meloya hari ini, Mat Taib bagaikan seorang Ustaz dengan berkata "Kita tidak mahu pembangkang menjadikan kewujudan tabung ini sebagai satu polemik politik yang boleh menjejaskan akidah".

Sejak bila Mat Taib pandai bercakap tentang akidah sedangkan sebelum ini beliau sibuk mengiran duit dan memikirkan cara untuk memikat seseorang sehingga dikahwininya.

Selain itu kita juga ingin mengingatkan Mat Taib supaya tidak bersekongkol dengan Utusan dalam isu ini kerana isu azan ini sebenarnya sengaja dibesar-besarkan oleh pihak tertentu sedangkan ianya tidak ujud.

Apa yang berlaku hanya kekeliruan dan salah tafsiran pihak tertentu sahaja. Malah pihak terbabit cuba menangguk di air keruh untuk mendapat keuntungan politik.

Mat Taib tidak perlu mencari publisiti untuk menonjolkan nama untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno.

ALI RUSTAM PUCAT GIGI? ~ Ref Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam pucat gigi kerana sehingga beliau masih lagi ketinggalan dari segi pencalonan untuk jawatan Timbalan Presiden berbanding pendahulu Muhyiddin Yassin.

Sehingga semalam beliau baru memperolehi 3 pencalonan sahaja. Memang dijangkakan beliau akan mendapat keenam-enam pencalonan dari Umno bahagian-bahagian di negeri Melaka namun bukan senang untuk beliau mendapat pencalonan dari Umno Bahagian-bahagian darinegeri lain.

Mungkin Ali Rustam mula berasa kesal dengan keputusannya bertanding Timbalan. Tetapi kita juga kena ingat bahawa bilangan pencalonan tidak menggambarkan bahawa seseorang akan menang.

Alangkah baiknya jika aku bertanding Naib Presiden sahaja, itu agaknya apa yang terdetik di dalam fikirannya sekarang.

Terdapat banyak faktor mengapa Ali jauh tercorot berbanding Muhyiddin dari segi peluang untuk menang jawatan Timbalan Presiden antaranya :-

1) Ali bukan seorang ahli parlimen
2) Ali tidak sehebat Muhyiddin dalam berpidato
3) Pengalaman Muhyiddin jauh lebih hebat dari Ali
4) Penguasaan Bahasa Inggeris Muhyiddin lebih hebat dari Ali
5) Pengalanan Muhyiddin di peringkat pusat jauh lebih hebat dari Ali

Pada pemilihan tahun 2000 Abdul Ghani Othman pernah mendapat pencalonan kedua tertinggi untuk jawatan Naib Presiden tetapi beliau tewas dalam pemilihan sebenar. Mungkin ini menjadi penawar kepada Ali untuk terus mencabar Muhyiddin.

16 October 2008

ALI KEMPEN DI TERENGGANU, BERAPA PENCALONAN DIA DAPAT? ~ Ref Malaysiakini

Sahabat kita Lipo melaporkan bahawa kroni Shah Rukh Khan, Mohd Ali Rustam baru balik dari Terengganu berkempen untuk dicalonkan sebagai Timbalan Presiden. Khabarnya Ali sampai di KLIA jam 8 malam tadi. Ini Lipo kata mungkin tepat apa yang Lipo bagi tahu ini.

Kalau benar bagai di kata, nampaknya Ali sibuk berkempen untuk dirinya sedangkan kawan-kawan kita di Rim sibuk membasuh rumah akibat banjir. Orang lain sibuk memastikan rakyat berada dalam keadaan baik dan dijaga kebajikan mereka, Ali sibuk berkempen untuk mendapatkan pangkat dan kuasa.

Inilah bezanya pemimpin Pakatan Rakyat dengan pemimpin Umno/BN yang sentiasa mengejar pangkat dan kuasa kerana dengan kedua-duanya itu seseorang pemimpin Umno/BN akan hidup senang lenang di dunia ini. Itulah yang dikejar mereka.

Lipo bertanya berapa pencalonan agaknya Ali dapat dari Terengganu. Manalah saya tahu. Mungkin sahabat kita Blogger Emy boleh memberitahu kita berapa angka yang akan diperolehi oleh pemimpin sanjungannya ini.

Syabas Ali kerana bekerja kuat untuk diri sendiri dan membiarkan rakyat terus menderita dilanda banjir. Moga-moga selepas akan dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri oleh Najib selepas dilantik menjadi Senator.

Kalau benar begitu, sedihlah kita semua sebab Ketua Menteri yang kita 'sanjung' akan meninggalkan kita untuk berkhidmat di pusat. Mungkin kalau beliau ke pusat maka peluang untuk pelakon-pelakon bollywood lain untuk mendapat gelaran Datuk akan berkubur.

ZAKI KETUA HAKIM BARU? ~ Ref Malaysiakini

Seperti dijangka Presiden Mahkamah Rayuan, Zaki Tun Azmi akan dilantik sebagai Ketua Hakim Negara. Memang ini yang dirancangkan oleh kerajaan BN.

Dulu Zaki merupakan Peguam Umno dan ahli jawatankuasa tatatertib Umno. Jika benar beliau akan dilantik (seakan-akan sudah pasti) ianya sudah tentu akan dibantah oleh PR kerana Zaki jelas adalah seorang hakim yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Hari ini Malaysiakini melaporkan bahawa Majlis Raja-Raja Melayu memutuskan untuk mencalonkan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi sebagai ketua hakim negara yang baru untuk menggantikan Tan Sri Abdul Hamid Mohamad yang akan bersara.

Keputusan tersebut dibuat hari ini dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja yang berlangsung di Kuala Terengganu hari ini, demikian sumber-sumber memberitahu Malaysiakini.

Abdul Hamid akan bersara esok dan Zaki, yang terkanan dalam badan kehakiman, akan dilantik memegang jawatan tersebut.

Perlembagaan Persekutuan menetapkan bahawa Majlis Raja-Raja melantik ketua hakim negara atas nasihat perdana menteri.

Perlantikan tersebut, yang belum dimumkan secara rasmi, dijangka mencetuskan kontroversi ekoran kaitan Zaki sebelum ini dengan Umno.

Beliau hanya dilantik ke Mahkamah Persekutuan September lalu dan dua bulan kemudiannya, dilantik sebagai presiden Mahkamah Rayuan.

Zaki kini berusia 63 tahun dan akan memegang jawatan tersebut sekurang-kurangnya selama tiga tahun kecuali perkhidmatannya dilanjutkan oleh kerajaan.

Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini bahawa pelantikan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat hari, yang turut dihadiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, dan semua menteri besar dan ketua menteri.

Dengan keputusan Majlis Raja-raja ini saya yakin Zaki akan dilantik kejawatan tersebut. Maka berjayalah Umno mengangkat bekas orang kuatnya menjadi ketua Hakim Negara.

Satu lagi tragedi dalam bidang kehakiman sedangkan Dollah melaung-laungkan untuk membuat reformasi dalam kehakiman. Belum-belum apa-apa lagi hasratnya untuk menubuhkan Suruhanjaya Kehakiman tercemar dengan perlantikan Zaki ini.

PESTABOLA MERDEKA : DENGAN NEPAL BOLEHLAH ~ Ref Malaysiakini

Langkah penganjur PestaBola Merdeka hanya mengundang pasukan lemah disifatkan sebagai satu langah yang memalukan. Mungkin penganjur takut pasukan Malaysia dibelasah dengan teruk, maka tidak ada jalan lain selain mengundang pasukan 'kuat' seperti Nepal.

Terbukti langkah penganjur membuahkan hasil apabila Malaysia dengan bangganya menumpaskan Nepal 4-0 semalam.Hebatnya pasukan Malaysia.!!! Ada media yang menggunakan kalimah 'muqaddimah hebat' untuk menggambarkan kehebatan pasukan Malaysia. Setuju kah tuan-tuan dengan apa yang dibuat oleh media tersebut. Hebat sangatkah Malaysia sehingga berjaya membelasah Nepal sampai 4 gol tanpa balas. Apakah Nepal tergolong dalam 50 pasukan terbaik dunia atau 10 terbaik Asia.? Hingga gegak gempita Malaysia setelah menang malam tadi.

Saya harap tahun depan penganjur dapat mengundang pasukan yang lebih hebat seperti Korea Selatan, Jepun, Iran maupun Arab Saudi kalau pun tidak dapat mengundang pasukan dari barat. Moga-moga Pestabola Merdeka dapat digemilangkan semula seperti zaman Mokhtar Dahari, Cha Beun Keun, Kim Jae Han dan lain-lain.

SEDAPNYA PM BERCAKAP, SERU RAKYAT TEKAN PENIAGA ~ Ref Malaysiakini

Perdana Menteri semalam menyeru rakyat menggunakan hak mereka dalam usaha memberi tekanan kepada penuaga supaya menurunkan harga barang.

Selain itu Dollah juga menyeru Persatuan Pengguna supaya memainkan peranannya untuk menekan peniaga supaya menurunkan harga barang.

"Jangan serah kepada kerajaan sahaja, pihak persatuan pengguna pun ada peranan dalam hal ini" kata PM dipetik dari Sinar Harian.

Sedap betul Dollah bercakap sedangkan punca sebenar harga barangan naik melambung adalah keputusan kurang cerdik beliau menaikkan harga minyan sehingga 78 sen Jun lalu. Tindakan beliau itu menjadi punca utama peniaga menaikkan harga barangan bagaikan tidak masuk akal.

Kini PM seolah-olah mahu lepas tangan. Kerajaan diterajui beliau hanya berjanji untuk memantau harga barangan bukannya menggesa peniaga menurunkan harga barang. Pantau memang boleh pantau tetapi setakat memantau tiada kesannya.

Selain itu beliau juga berkata kerajaan akan mengambil tindakan kalau didapati mana-mana pihak sengaja menaikkan harga barang terutama barang makanan seperti beras.

Namun seperti yang saya katakan tadi kerajaan hanya memantau tidak mampu berbuat apa-apa. Beras naik sampai dua kali ganda kerajaan tidak mampu untuk menahannya.

Jelas sekali kerajaan BN adalah sebuah kerajaan yang tidak bertanggungjawab terutama dalam hal kenaikan harga minyak dan barangan. Tidak cara lain untuk kita menyelesaikan masalah ini kecuali menukar kerajaan yang ada selewat-lewatnya pada pilihanraya akan datang.

MEREKA GUNA CERPEN DAN PUISI, AKU GUNA PANTUN ~ Ref Malaysiakini

Utusan Meloya nampaknya begitu berdendam dengan DAP. Setelah Utusan Meloya menyiarkan cerpen karangan Chamil Wariya bertajuk 'Politik baru YB J' yang menyindir Exco Kanan Kerajaan Negeri Selangor, Teresa Kok, Utusan Meloya hari ini menyiarkan pula puisi 'Ratu Anjing; Yang Melengking Itu'.

Puisi ini juga dikatakan ada kena mengena dengan pemimpin DAP. Kalau sebelum ini cerpen Chamil mendapat kritikan pedas dari orang lama DAP, Lim Kit Siang, puisi ini pula dihentam dengan hebat oleh Ahli Parlimen Segambut, Lip Lim Eng dalam Dewan Rakyat hari ini.

Sajak karya Dr Ibrahim Ghaffar itu asalnya dibacakan di majlis baca puisi Persatuan Penulis Nasional (Pena)-Dewan Sastera baru-baru ini.

Nampak jelas Utusan Meloya memang sakit hati dengan pemimpin DAP itu dan sengaja cari pasal setelah Teresa baru-baru ini lepas menyaman Utusan Meloya.

Memang dari dulu sastera dijadikan bahan untuk menyampaikan rasa hati samada rasa sayang, suka, cinta, benci, meluat dan sebagainya.

Saya sendiri suka menggunakan pantun (orang Melaka lah katakan) untuk menasihat dan mengkritik seseorang. Mungkin saya tidak hebat berpantun seperti orang lain tetapi sekadar sebagai ahli pantun novis yang baru nak mula belajar mengarang pantun.

Beberapa pantun telah saya postingkan mungkin sahabat-sahabat semua telah membacanya.

Buku pantun beli di kedai
Pantun ringkas dalam maknanya
Sajak cerpen saya tak pandai
Hanya pantun sumbangan saya

HASAD, DENGKI, KHIANAT DAN BONGKAK TERUS MENJADI AMALAN PENTADBIR UPM? ~ Ref Malaysiakini

Sifat hasad, dengki, khianat dan bongkak terus menjadi amalan pihak pentadbir UPM terutama Kolej Tun Perak apabila tanpa alasan yang kukuh bertindak demikian. Jelas mereka begitu dengki kerana bimbang pelajar terbabit akan mempengaruhi pelajar lain dalam Pilihanraya Kampus nanti.

Ini kerana salah seorang pelajar terbabit adalah exco Persatuan Mahasiswa Islam UPM yang sudah tentu menjadi musuh kepada pentadbir UPM dan Kolej tersebut. Mengapa begitu sekali bongkaknya mereka ini.? Apakah secebis kuasa yang diberi oleh Allah kepada mereka menjadikan mereka bongkak dan lupa kepada mati.

Memang dijangkakan selepas ini akan banyak lagi tindakan yang lebih dahsyat akan dilakukan kepada pelajar-pelajar pro-mahasiswa. Antara tindakan tradisional yang biasa menjadi modus operandi mereka ialah :-

1) Ugut
2) Buang Kolej
3) Geledah bilik atau rumah sewa
4) Surat amaran
5) Pukul
6) Koyakkan poster dan banner
7) Malukan siswi dan sebagainya

Apa yang dikesalkan pelajar yang kolej tersebut akan menghadapi peperiksaan akhir semester seminggu lagi. Malah kedua-duanya adalah pelajar cemerlang yang memperolehi CGPA 3.5.

Lebih menghairankan pihak kolej menyatakan bahawa kedua-dua kedua-duanya berada di kolej itu "secara tidak sah" dan "tanpa pengetahuan pihak pengurusan kolej".

Saya hairan bagaimana kedua-duanya dikatakan tinggal di kolej itu secara tidak sah. Sedangkan setahu saya mahasiswi IPT memang sentiasa mengikut peraturan Universiti dan sudah tentu mereka takut untuk 'squatting' (tinggal di Kolej secara haram). Berlainan dengan mahasiswa yang biasa 'squatting' termasuk saya semasa belajar dahulu.

Malaysiakini melaporkan bahawa Pengetua kolej berkenaan Profesor Madya Dr Jasni Sabri di dalam suratnya bertarikh 14 Oktober kepada kedua-dua pelajar itu dipetik sebagi berkata "Jika saudari mengingkari arahan ini, saudari boleh boleh dikenakan tindakan tatatertib dan pihak kolej berhak menyita barang-barang di dalam bilik tersebut,".

Inilah rentetan kezaliman yang dilakukan kepada pentadbir IPTA ini terhadap mahasiswa yang 'keras kepala' tidak mahu tunduk kepada mereka agar menjadi seperti kerbau dicucuk hidung.

Kezaliman dan kerakusan Insya Allah akan berakhir jika kerajaan pusat bertukar tangan nanti. Oleh itu rakyat mesti bangkit untuk menolak kerajaan BN yang merestui dan menggalakkan gejala negatif ini menular di IPTA.

Sikap kebudak-budakkan, suka berpolitik dengan pelajar sendiri, tidak tahu mana 'priority' dan sebagainya, menjadikan IPTA kita terus merosot dari segi kualiti dan imejnya. Sehinggakan satu universiti pun tidak termasuk didalam kategori 200 universiti terbaik dunia sekarang.

BPR BADAN PENCEGAH RASUAH ATAU BADAN PEMBERSIH RASUAH ~ Ref Malaysiakini

Kalau hendak diharapkan BPR untuk menangkap ikan-ikan jerung yang melakukan rasuah di Malaysia, bolehlah saya katakan mustahil. Ini kerana jangankan ditangkap disiasat pun tidak.

Pernahkah anda mendengar individu-individu di bawah ini disiasat dan ditangkap BPR? Antaranya :-

1) Dollah Badawi
2) Najib Tun Razak
3) Mat Taib
4) Ali Rustam
5) MUhyiddin Yasin
6) Rafidah Aziz
7) Azalina Othman Said
8) Hishamuddin Hussein
9) Khairy Jamaluddin
10) Adnan Yaakub dan lain-lain.

Sedangkan rungutan dan aduan kepada BPR dibuat bertong-tong jumlahnya dibuat endah tak endah sahaja.

Mana perginya laporan atau aduan terhadap Khir Toyo, Khairy Jamaluddin, Rafidah Aziz dan sebagainya yang dibuat oleh Lutfi dan ahli UMno, Ezam Mohd Noor serta parti-parti politik. Semuanya dibakulsampahkan.??

Rakyat sudah semakin cerdik dan celik sakarang. Mereka tidak mudah tertipu dengan kenyataan pemimpin Umno dan Badan "Pembersih" Rasuah yang menyatakan negara kita bersih dan dipimpin oleh orang bersih. Lihat sahaja buktinya, boleh dikatakan tidak ada seorang pun pemimpin kerajaan BN dihadapkan mahkamah akhir-akhir ini. Itulah hujah mereka. Sedangkan saya yakin siasatan tidak dibuat dengan teliti dan telus. Jika ada 'abnormality' pun sudah tentu ada pihak yang melindungi mereka demi masadepan BN dan kesinambungan

SITI ZAHARAH MASIH BERNAFSU ~ Ref Malaysiakini

Tiba-tiba sahaja nama bekas Menteri di zaman Mahathir, Siti Zaharah Sulaiman muncul kembali selepas lama menyepi akibat diketepikan oleh Umno. Kalau dulu Siti Zaharah pernah menggemparkan politik Malaysia apabila menewaskan Kak Fidah dalam perebutan Ketua Pergerakan Umno, kita Zaharah (Jarah) tidak ada taring lagi sekadar Ketua Wanita Bahagian Paya Besar (yang dipertahankan pada pemilihan baru-baru ini).

Namun beliau nampaknya masih bernafsu untuk merangkak naik semula dalam Umno. Hari ini Zaharah yang bertudung dan selalu berbibir merah ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno. Mengapa lewat sangat menawarkan diri sedangkan sudah 30 bahagian Umno telah selesai bersidang. Mungkin Zaharah masih berkeyakinan yang beliau mampu mendapat cukup pencalonan untuk melayakkan dirinya bertanding pada Mac 2009 nanti.

Kemunculan semula bekas Ahli Parlimen Paya Besar ini, menawarkan diri untuk bertanding jawatan MT mungkin menjadi titik tolak beliau untuk 'come back' dan meneruskan kerjaya politiknya yang terbantut selepas ditewaskan oleh Kak Fidah selepas sepenggal menerajui Pergerakan Wanita Umno. Sudah pasti Zaharah teringin untuk disanjung dan dipuji seperti dahulu.

Memang ini menjadi asam garam pemimpin Umno, mereka benar-benar mengalami 'culture shock' sebaik sahaja pencen dari jawatan kerana anak-anak buah dan orang yang membodek mereka dulu sudah tidak melayan mereka tidak seperti ketika mereka memegang jawatan sehingga ramai yang mencium tangan memuji memuja. Sehingga ada antara bekas-bekas pemimpin UMno ini kalau berjalan di pasar malam pun tidak ditegur oleh rakyat kerana ramai yang meluat dengan kelakuan mereka sewaktu berkuasa dulu.

Harap-harap Kak Zaharah tidak macam itu.

UMNO KELANTAN MATI DULU SELEPAS ITU SEMUA UMNO AKAN DITALKINKAN ? ~ Ref Malaysiakini

Umno Kelantan bakal ditalkinkan terlebih dahulu dari Umno pusat yang juga sekarang berada di dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Hakikatnya Umno memang sakit tenat sekarang lantaran kerana perebutan kuasa yang hebat sehingga banyak cawangan yang bermasalah.

Ada cawangan, bahagian, pemuda, puteri yang dihalang dari bermesyuarat, ada yang mesyuarat dua kali, dua tempat, ada yang bergaduh dan sebagainya. Semuanya kerana masing-masing menggilai jawatan, kuasa dan pangkat kerana semuanya akan menjadi jambatan untuk kesenangan dunia. Halal haram tolak tepi yang penting aku mesti menang.

Sebab itulah sehingga kini di Kelantan, Jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau Badan Perhubungan Umno Kelantan menerima sebanyak 731 bantahan daripada anggota parti di peringkat cawangan seluruh Kelantan sejak 11 Okt sehingga semalam.

Setiausahanya, Mirza Askary berkata bantahan itu termasuk gagal menghantar notis mesyuarat cawangan serta mengenai wakil bahagian yang dilantik sebagai pemerhati terlibat secara langsung dalam mesyuarat.

Jawatankuasa itu juga ada terima bantahan daripada anggota yang tidak menerima surat jemputan ke mesyuarat cawangan termasuk dari kalangan anggota jawatankuasa cawangan.

Beliau berkata jawatankuasa Pemilihan dan Pemantau turut menerima aduan daripada anggota berhubung pembatalan mesyuarat yang telah dijadualkan tanpa pengetahuan anggota cawangan sendiri manakala tarikh baru mesyuarat yang tidak dimaklumkan.

Semua bantahan itu tidak termasuk daripada anggota Pemuda, Wanita dan Puteri, katanya. (Mtar)

Memang parah Umno Kelantan sekarang. Sebab itulah saya berpendapat Umno Kelantan akan berkubur dahulu dan akan diikuti oleh Umno pusat. Kalau dah 731 bantahan dibuat bermakna kemungkinan besar kalau dikirakan purata satu cawangan satu bantahan.

Jadi saya mengharapkan seluruh ahli Umno bangkit dan tinggalkan Umno kerana pemimpin kamu sebenarnya berjuang untuk perut dan bawah perut bukannya berjuang untuk Islam, bangsa dan negara. Apa guna kita menjadi ahli parti yang dipimpin oleh mereka yang pentingkan diri sendiri melebihi dari kepentingan agama, bangsa dan negara.

RAKYAT TERUS DIZALIMI DI BAWAH KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia dibawah pemerintahan kerajaan BN terus dizalimi tanpa budi bicara. Kalau dulu kita sering mendengar rakyat negeri Selangor sering dizalimi terutama penduduk setinggan oleh pihak pemaju dan kerajaan negeri Selangor pada waktu itu tidak bertindak membela rakyat yang teraniaya. Tetapi sekarang selepas PR memerintah Selangor peristiwa kezaliman itu tidak ada lagi. Begitu juga di Perak, Kedah, Penang dan Kelantan.

Kini hanya dinegeri BN sahaja kekejaman dan kezaliman seumpama berlaku. Hari ini ianya terbukti lagi bahawa kerajaan negeri dibawah BN lebih memihak kepada pemaju berbanding rakyat.

Malaysiakini hari ini melaporkan bahawa seramai 28 orang termasuk pemimpin PAS ditangkap polis di Kampung Baru Plentong Tengah, Johor Bahru kerana cuba menghalang tindakanmerobohkan kawasan setinggan tersebut.

Menurut setiausaha jawatankuasa bertindak penduduk, Taslim Nani, semua yang ditahan termasuk dua wanita dibawa ke balai polis Johor Jaya.

Mereka ditangkap sewaktu mengadakan benteng manusia di jalan masuk ke kampung itu dengan memegang tangan antara satu sama lain.

Kira-kira 500 penduduk membantah usaha perobohan itu.

Taslim, yang kini masih ditahan, memberitahu Malaysiakini, ahli jawatankuasa badan perhubungan PAS Johor Syed Othman Syed Abdullah turut dibawa ke balai polis berkenaan.

Menurutnya lagi, pengerusi jawatankuasa itu Sameon Abdullah pengsan sewaktu ditahan.

Bagaimanapun butiran lengkap kejadian ini masih belum jelas.

Pemaju kawasan itu Bukit Lenang Sdn Bhd merobohkan perkampungan itu selepas mendapat perintah mahkamah.

Menurut presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Hassan Karim, yang juga bertindak sebagai peguam kumpulan penduduk itu, rundingan sedang dibuat antara penduduk dengan pemaju tersebut dan 291 buah dijangka tidak akan dirobohkan.

Tambahnya, beberapa rumah yang dirobohkan, setakat ini, tidak berpenghuni.

Menuru seorang penduduk, kira-kira 100 anggota polis Unit Simpanan Persekutuan (FRU) dan 200 lagi anggota polis termasuk yang berpakaian biasa hadir di kawasan itu yang sedang dirobohkan.

Kampung Baru Plentong Tengah, seluas 113 ekar, dipercayai mula dibangunkan antara 25 hingga 30 tahun lalu. Ia didiami lebih 2,000 orang, sebahagian besarnya Melayu, dengan 310 buah rumah.

Sementara itu, tiga orang peguam sedang berusaha untuk mendapatkan kebenaran pihak polis untuk bertemu dengan mereka yang ditangkap itu.

Ketiga-tiga peguam tersebut ialah John Fernandez, Kuna Nadesan
dan Mathews George.

John memberitahu Malaysiakini sebentar tadi bahawa mereka tidak dibenarkan masuk menemui kumpulan yang ditahan.

Katanya, mereka juga tidak dibenarkan menemui pegawai penyiasat bagi kes tersebut.

Jelas sekali rakyat yang tinggal dan bernaung di bawah kerajaan negeri BN seringkali tidak mendapat pembelaan dari kerajaan negeri masing-masing berbanding kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

Oleh itu saya mengharapkan seluruh rakyat Malaysia membuat pertimbangan sewajarnya dengan mengundi PR pada pilihanraya umum akan datang. Jangan tertipu lagi .......

PILIHANRAYA KAMPUS : SEMUA TNC HEP MENANG TANPA BERTANDING? ~ Ref Malaysiakini

Pilihanraya kampus sedang berlangsung di empat Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Pantai Timur.

IPTA terbabit ialah Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Universiti Darul Iman Malaysia (UDM).

Saya yakin bukan mahasiswa yang menang pada hari ini tetapi Timbalan Naib Canselor (TNC) Hal Ehwal Pelajar semua IPTA terbabit yang menang menentang mahasiswa sendiri. Selepas ini mereka ini akan melaung-laungkan kemenangan mereka dengan bangga.

Seperti posting saya sebelum ini saya menggesa agar pilihanraya kampus ini tidak perlu diadakan lagi. Lantik sahaja TNC HEP menjadi Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Pendaftar HEP menjadi Setiausahanya. Lagi bagus.

Semua orang tahu bahawa walaupun pelbagai memo dan demo serta bantahan di hantar kepada kerajaan dan IPTA pihak berwajib ini seolah-olah pekak, bisu dan buta tidak dapat menilai dan melihat pentingnya mahasiswa diberi kebebasan untuk menentukan hala tuju sendiri dalam gerakan kemahasiswaan. Mereka ini dilayan seperti budak tadika dan PASTI sehingga mahasiswa ini menjadi robot, jumud, penakut dan pengecut kerana seringkali dikonkong dan dikawal untuk melakukan apa sahaja. AKhirnya mahasiswa kita menjadi mahasiswa yang mungkin hebat dari segi akademik (tak hebat jugak sama sahaja) tetapi 'mandom' dan kaku dari segi 'public relation', management skills, 'leadership' dan sebagainya.

Inilah harga yang terpaksa dibayar oleh rakyat Malaysia yang kehilangan potensi untuk dipimpin oleh mahasiswa pada masa depan.

MELAKA BANJIR LAGI, ALI RUSTAM SIBUK KEMPEN?~ Ref Malaysiakini

Melaka banjir lagi! Tidak cukup dengan banjir yang melanda Melaka Tengah pada Hari Raya keempat dulu semalam pada hari raya kelima belas, Melaka banjir lagi!. Kali ini giliran penduduk kampung sekitar Asahan dan Jasin.

Sahabat saya blogger angkasanuri (angkasanuri.blogspot.com) melaporkan bahawa di antara kampung yang terlibat ialah kampung Rim (gambar). Air dilaporkan naik hingga ke paras pinggang di beberapa rumah penduduk kampung.

Banjir yang berlaku semalam menyebabkan sepanjang jalan ke kampung Rim hingga ke Asahan ditenggelami air.

Jelas sekali 'penyakit' banjir yang berlaku di Daerah Melaka Tengah baru-baru ini berjangkit pula ke Daerah Jasin.

Saya menggesa kerajaan Melaka khasnya Ketua Menteri supaya mengambil langkah drastik untuk berikhtiar mengatasi masalah ini. Memang kita tidak dapat melawan taqdir dan bala Allah ini tetapi kita mesti berusaha dan bertawakkal kepada Allah setelah kita berusaha sedaya upaya mengatasinya.

Namun saya kurang pasti dan kurang yakin bahawa yang kerajaan Melaka sudah berusaha sedaya upaya untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat dalam masalah banjir ini. Ini kerana kita lihat kerajaan negeri seolah-olah bersikap sambil lewa terhadap projek pembinaan longkang, parit dan saliran terutama di kawasan-kawasan di mana banyak projek pembangunan di jalankan. Akhirnya projek-projek ini menjadi bala kepada rakyat yang tinggal berhampiran dengan projek kerana sering dilanda banjir kilat yang tidak diundang.

Masalah perparitan dan saliran ini berlaku diseluruh negeri Melaka. Namun kerajaan negeri dan pihak berwajib seolah-olah berpuashati dengan keadaan sekarang sehingga rela melihat rakyat berada dalam keadaan kesusahan dan kesengsaraan.

Kerajaan negeri dilihat begitu kedekut untuk berbelanja bagi menyediakan prasarana untuk mengelakkan banjir tetapi begitu boros membelanjakan duit rakyat untuk projek-projek mewah dan membazir seperti pembinaan Eye On Melaka, Menara Taming Sari, Air Terjun Bukit Sebukor, Skrin Raksasa, Dataran Pahlawan dan lain-lain.

Dalam kesibukan rakyat Melaka meredah air dan mencuci rumah lantaran kelemahan dan ketidakperihatinan kerajaan negeri, Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam sibuk berkempen ke seluruh negara untuk mendapatkan pencalonan Timbalan Presiden Umno. Sekali sekala beliau turun padang untuk tunjukkan muka kepada penduduk kampung. Namun rakyat bukan mahu melihat muka beliau tetapi yang penting sekali ialah beliau mesti memimpin kerajaan negeri bagi menyelesaikan isu banjir ini. Jangan sibukkan diri untuk mengejar pangkat dan kedudukan dalam Umno sahaja tetapi meninggalkan tanggungjawab mengatasi masalah rakyat khasnya banjir yang sering melanda Melaka akhir-akhir ini.

Lebih membimbangkan rakyat ialah musim tengkujuh hujung tahun semakin hampir dan sekarang ini pun hujan lebat sering turun di bumi bertuah ini. Adalah dijangkakan masalah banjir ini akan menjadi lebih rumit sebulan dua ini jika kerajaan negeri masih kekal lemah, lemau dan lembap dalam mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Jangan nanti peristiwa banjir Disember 2006 berulang lagi.

Nampaknya rakyat negeri Melaka kemungkinan besar terpaksa meredah banjir lagi selepas ini jika sikap kerajaan negeri tidak berubah atau kerajaan negeri ini tidak ditukar dengan kerajaan lain. Atau mungkin juga kerajaan BN Melaka sudah muak dan tidak minat untuk memerintah. Jika demikian bubarkan Dewan Undangan Negeri dan serahkan tampuk pemerintahan kepada kami Pakatan Rakyat.

Kepada rakyat negeri ini marilah sama-sama kita berdoa agar Allah tidak menguji kita sekali lagi dengan bala seperti pada Disember 2006. Saya sendiri yakin tuan-tuan dan puan-puan sudah tidak sanggup menghadapinya sekali lagi. Saya sendiri sudah serik ....

Ya Allah jangan uji kami dengan ujian yang tidak sanggup kami hadapi. Amin.



Gambar dan Sumber : angkasanuri.blogspot.com

CELUPAR : DOMPOK WAJAR DIKENAKAN TINDAKAN? ~ Ref Malaysiakini

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Bernard Dompok yang juga Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko) baru-baru mengeluarkan kenyataan yang kontroversi yang menyinggung perasaan umat Islam. Beliau mengeluarkan kenyataan tersebut ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden sempena perhimpunan agung kali ke-12 pertubuhan itu.

Antara kenyataan yang dikeluarkan oleh Dompok :-

1) Cuba untuk memaksa pemimpin Umno untuk sekali lagi tunduk kepada desakan agar mana-mana individu Islam Yang ingin keluar daripada agamanya, hendaklah tidak dihalang oleh mana-mana pihak atau badan-badan penguatkuasaan.

2) Banyak mempersoalkan tentang kebebasan beragama yang terkandung dalam perlembagaan Negara ini sudah tidak terjamin.

3) Dompok dipetik berkata adalah juga menjadi hak rakyat Malaysia untuk kembali kepada agama sebelumnya jika ia hendak berbuat demikian dan tidak ada undang-undang atau sesiapa yang boleh berdiri antara seseorang itu dengan Tuhannya.

4) Dompok turut mempertikai mengenai bidang kuasa Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah terutama bagi mereka yang memeluk Islam apabila berkahwin dengan pasangan muslim.

5) Apabila berlaku perceraian pada perkahwinan tersebut, pasangan yang bertukar agama itu dan kemudian ingin kembali ke agama asalnya sudah tidak lagi boleh berbuat demikian.

Saya mengharapkan pihak berwajib khususnya Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang menjaga hal ehwal Islam, Zahid Hamidi supaya meneliti ucapan beliau ini dan jika benar ucapan tersebut menyinggung umat Islam dan mecabar Islam itu sendiri maka Dompok mesti diambil tindakan.

Jangan biarkan rakan sejawat YB (Zahid) ini mengeluarkan kenyataan-kenyataan celupar seperti ini pada masa hadapan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) juga diharapkan dapat memainkan peranannya dalam hal ini dan boleh memberikan nasihat kepada Zahid tentang langkah-langkah yang perlu diambil bagai mengelakkan perkara seperti ini berulang kembali.

Kepada Bernard Dompok saya menggesa beliau supaya meminta maaf kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan di dunia ini kerana ucapan beliau ini mengguriskan hati kami semua.

Kita di Malaysia mempunyai undang-undang dan peraturan. Kita juga mesti pandai dan faham dalam meneruskan kehidupan di dalam sebuah negara yang berbilang kaum, agama dan budaya. Kita mahu hidup aman damai dan sentosa.

Jangan ulangi lagi perkara-perkara seperti ini....

Cuma saya ingin bertanya kepada Kerajaan BN, mengapa Dompok tidak dikenakan tindakan sedangkan orang lain siang-siang lagi sudah menerima hukuman jika mengungkit masalah agama dan sensitiviti kaum .......

PAC JANGAN HANGAT-HANGAT TAHI AYAM ~ Ref Malaysiakini

Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara(PAC), Azmi Khalid berkata PAC akan menyiasat urusan pembelian Eurocopter yang melibatkan Kementerian Pertahanan.

Baguslah kalau PAC mahu menyiasat isu tersebut kerana ianya melibatkan wang rakyat berbilion-bilion ringgit. Cuma saya mengharapkan siasatan tersebut di jalankan secara telus, adil dan tidak menyembunyikan sebarang 'findings' jika ada. Kalau ada sia-sia sahaja tenaga, elaun dan masa yang dihabiskan untuk siasatan ini.

Yang penting hasil siasatan mesti dibentangkan kepada rakyat walaupun pahit dan ramai yang terlibat, tidak kira siapa dan pangkat. Jangan nanti rakyat mencemuh dan memperlecehkan PAC.

BN DAPAT 'MERIAM' BARU SERANG PERAK ~ Ref Malaysiakini

BN nampaknya memperolehi 'meriam' baru menembak kerajaan negeri Perak dalam isu kenaikan cukai tanah di Bandaraya Ipoh. Sebagaimana biasa akhbar pembodek nombor satu, Utusan Meloya menjadi 'budak suruhan' BN untuk menembak mana-mana kerajaan Pakatan Rakyat.

Hari ini terpampang di muka hadapan seorang rakyat negeri Perak bernama Shahruzzaman Abd. Halim dari Chemor, dengan muka selamba menunjukkan bil cukai pintu Majlis Bandaraya Ipoh yang naik sebanyak hampir enam kali ganda.

Halim berkata, beliau yang baru dua tahun mendiami rumah banglo yang dibelinya di Jalan Sri Klebang 3, Bandar Baru Sri Klebang selama ini hanya dikenakan cukai pintu sebanyak RM108.80 setahun semasa kerajaan Barisan Nasional (BN) berkuasa di Perak.

Menurut beliau, kadar cukai tersebut naik mendadak pada tahun ini selepas MBI mengeluarkan notis mencadangkannya membayar cukai taksiran sebanyak RM691.20 setahun.

Saya tidak mahu komen akan hal ini kerana masih belum mendapat penjelasan dari kerajaan negeri Perak. Namun saya yakin tentu ada cerita menarik disebalik isu ini. Walau apapun kita tunggu komen dari pihak berwajib. Atau mungkin komen telah dibuat tetapi saya sudah ketinggalan ......Insya Allah saya akan siarkan selepas ini!!!

MENTERI UMNO 'TIDAK CERDIK' A.K.A BODOH? ~ Ref Malaysiakini

Pagi ini saya sempat mendengar Radio IKIM.fm dalam rancangan paginya yang dihoskan oleh Zamri Zainal Abidin dan Zarita Kassim (Z & Z). Topik perbincangan mereka pagi ialah tentang kenaikan harga barang, kedua-dua hos atau juruhebah tersebut membuka talian untuk para pendengar memberikan komen tentang kenaikan harga barang.

Ramai pemanggil menyalahkan kerajaan kerana menaikkan harga minyak sehingga menyebabkan pekedai dan peruncit menaikkan harga barang bahkan bila harga minyak turun sedikit inipun harga barangan tidak ikut sama turun.

Ada pemanggil juga merungut kesal kerana kerajaan kononnya ingin memantau harga barangan ini tetapi semuanya hanyalah omongan kosong kerana pihak pemantau sudah tentu tidak dapat memantaunya 100 %.

Salah seorang pemanggil juga turut kesal kerana kerajaan mengenakan harga syiling yang kadang-kadang harga syiling itu memang tinggi dan membebankan.

Selain itu seorang lagi pemanggil menyatakan bagaimana pekedai dan peruncit dapat menurunkan harga barangan sedangkan mereka juga mendapat bekalan dari pembekal dengan harga yang mahal. Takkan mereka sanggup menanggung kerugian.

Seorang lagi pemanggil mencadangkan kerajaan menetapkan harga syiling yang munasabah kepada semua barangan demi kebajikan rakyat.

Salah satu pandangan yang menarik ialah tuduhan pemanggil kepada Menteri Umno yang menjaga harga barang ....katanya Menteri ini memang tidak cerdik aka bodoh .....tetapi saya tidak berapa ingat kenapa beliau berkata demikian ......namun semua ini secara umumnya adalah kerana kegagalan menteri berkenaan mengawal kenaikan harga barang yang melambung tinggi secara tidak masuk akal.

Kasihan menteri berkenaan pagi-pagi dah kena ....

15 October 2008

BERSIAP SIAGA HADAPI NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Bersiap siaga hadapi Najib. Itulah yang boleh saya katakan kepada diri saya dan sahabat-sahabat dari PR. Najib sudah tentu lebih 'istimewa' dari Dollah. Najib lebih muda, Najib ada Rosmah dan ada 'askar-askar' yang mungkin lebih ligat dan 'hebat' dari 'askar-askar' Dollah.

Mungkin juga andai Najib menang pemilihan Umno nanti, beliau akan membubarkan parlimen lebih awal bagi mendapatkan kembali kerusi-kerusi BN yang tergadai pada PRU ke 12 dulu. Beliau mungkin mahukan 'askar-askar'nya yang menganggotai kabinetnya.

Rahim Thamby Chik, Jamaluddin Jarjis sudah tentu akan bergayut di bawah ketiak Najib...mereka memang dari dulu terkenal sebagai insan-insan istimewa di sisi Najib.

Najib mungkin lebih 'lunak' dari Pak Lah.
Najib mungkin lebih 'ganas' dari Pak Lah.

Dollah tiada gosip skandal 'betina'.
Dollah tiada kontroversi C4.

Dollah tiada gosip semua tu .........tapi Najib entahlah. Itu sebab ada orang yang menjangkakan Najib lebih 'hebat' dari Dollah dalam menghadapi lawan politiknya.

Oleh itu persiapkan segala kelengkapan dan tenaga serta modal untuk berhadapan dengan 'bala tentera' Najib. Pejabatnya, Jentera Pilihanrayanya, latihan petugas-petugas, dana untuk menggerakkan jentera pilihanraya mesti digerak dan diperkuat dari sekarang. Jangan tunggu hingga 'last minute'......

Selamat Berjuang.

MANSUHKAN PILIHANRAYA KAMPUS, BIAR UNIVERSITI LANTIK SENDIRI MAHASISWA YANG 'YES MAN' ~ Ref Malaysiakini

Saya mencadangkan kementerina Pengajian Tinggi dan IPTA memansuhkan sahaja Pilihanraya Kampus. Ini kerana pilihanraya itu tidak memberikan sebarang makna lantaran demokrasi sudah lama berkubur di IPTA.

Apa guna pilihanraya diadakan jika pihak pentadbir sendiri mengenakan pelbagai peraturan dan tindakan yang tidak masuk akal untuk menghalang pihak mahasiswa yang tidak sealiran dengan universiti bertanding.

Wang ringgit dan tenaga yang digunakan untuk menjalankan pilihanraya tersebut lebih baik disumbangkan untuk kegunaan aktiviti dan program pelajar lain.

Saya cadangkan supaya Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar (HEP) menjadi Presiden Majlis Perwakilan Mahasiswa dan Pendaftar HEP menjadi Setiausahanya. Kan itu lebih elok dan lebih mudah.

Buat apa diadakan pilihanraya kalau pihak pentadbir mengenakan pelbagai sekatan untuk menghalang pelajar.

Buat apa diadakan pilihanraya kalau niat pentadbir dari awal lagi hendak menipu dan menganiaya pelajar yang bertanding

Buat apa diadakan pilihanraya jika :-

1) Pentadbir memang berat sebelah
2) Pentadbir memandang serong terhadap kumpulan yang tidak sealiran dengan mereka
3) Pentadbir memang berkempen dan berusahan untuk mengalahkan kumpulan Pro-mahasiswa
4) Pentadbir menggunakan segenap kelengkapan dan pegawai untuk menentang kumpulan pro-mahasiswa
5) Pentadbir kaki pembelit dan pembohong
6) Pentadbir tidak amanah
7) Pentadbir memang barua dan talibarut Umno/BN
8) Pentadbir pengecut
9) Pentadbir tanpa segan silu menyalahgunakan kuasa untuk memenangkan pro-aspirasi
10) Pentadbir tidak takut kepada Allah menipu, menyeleweng, samseng dan bongkak.

dan sebagainya.....

Saya amat bersimpati dengan adik-adik kita di IPT sekarang yang terpaksa berdepan dengan bukan lawan sebenar. Mereka terpaksa berhadapan dengan pegawai-pegawai Universiti yang tua ganyut tetapi tidak sedar diri dan bongkak, seolah-olah mereka boleh buat apa sahaja.

Saya teringat semasa saya juga terlibat secara langsung dengan Pilihanraya Kampus di sebuah kampus diutara semenanjung. Walau kempennya tidak sehebat di UM dan UKM namun sedikit sebanyak ianya memberikan pengalaman kepada saya untuk berdepan dengan manusia yang bongkak, sombong dan takabbur.

Saya mendoakan Allah memberikan kesedaran kepada pentadbir IPT yang akan mengendalikan pilihanraya kampus agar mereka benar-benar adil dan telus.

Jika mereka masih berdegil saya berdoa agar Allah memberikan hukuman yang setimpal dengan kedegilan mereka. Kuasa yang ada di tangan mereka hanyalah sementara dan kecil di sisi Allah. Suatu hari nanti mereka akan pencen dan di'pencen'kan oleh Allah masuk lubang kubur.

Selamat Berjuang menegakkan kebenaran wahai adik-adikku .....semoga mendapat kemenangan

TUBUHKAN SURUHANJAYA DIRAJA SIASAT NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong cadangan Ahli Politik Veteran YB Lim Kit Siang agar sebuah Suruhanjaya Diraja dibentuk untuk menyiasat pengelibatan Najib dalam kes pembunuhan Wanita Mongolia Altantya Sharibu.

Selain itu, Lim turut mencadangkan agar Suruhanjaya itu menyiasat mesej SMS antara Najib dan peguam kepada penganalisis politik, Abdul Razak baginda yang kini sedang dibicarakan atas kes tersebut.

Lim berkaya kita tak tahu sama ada benar atau tidak tapi semua (disiarkan) dalam blog.

Mahukah kita ada seorang Timbalan Perdana Menteri yang menjadi bahan ketawa dan bahan bisikan apabila menghadiri persidangan antarabangsa?

Saya memang sangat bersetuju dengan saranan beliau agar Perdana Menteri yang akan dipilih menggantikan Dollah nanti mestilah yang seratus peratus bersih dari sebarang tuduhan dan dakwaan skandal betina, pembunuhan dan sebagainya.

Alangkah malunya kita jika sekiranya calon yang dikemukakan nanti tidak bersih dan jijik.

Dunia luar akan memandang seolah-olah negara kita ketandusan pemimpin yang baik, berakhlaq, telus dan bersih.

Selain itu Lim juga berharap Najib akan segera hadir ke Parlimen dengan kenyataan kementerian bagi menejelasan pembelian 12 helikopter dari Eurocopter menggantikan Nuri supaya hal itu boleh dibincang dan dibahas.

Lim dipetik berkata demikian ketika membahaskan bajet 2009 di parlimen hari ini.

LAYAKKAH PAK LAH DIGELAR BAPA DEMOKRASI ? ~ Ref Malaysiakini

Layakkan Perdana Menteri nyawa-nyawa ikan, Pak Lah digelar Bapa Demokrasi?

Sedangkan semasa beliau memerintah pelbagai isu dan peristiwa yang tidak demokratik berlaku antaranya :-

1) ISA terus menzalimi rakyat. Cuba hitungkan berapa ramai lagi rakyat yang merengkok di penjara Kamunting tanpa dibuktikan, terbaru pemimpin Hindraf, Tan Hooi Leng, Teresa Kok dan Raja Petra Kamaruddin

2) Negeri-negeri Pakatan Rakyat terus didera dengan pelbagai sekatan dan diskriminasi.

3) Menteri Besar & Ketua Menteri Pakatan Rakyat dinafikan hak untuk bercakap di Radio dan TV untuk membuat ucapan selamat dan sebagainya.

4) SPR terus dipertikaikan ketelusan apabila daftar pemilih masih dipertikaikan, undi pos dikekalkan, penggunaan dakwat dibatalkan

5) Penubuhan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri-negeri Pakatan Rakyat sebagai saingan kepada JKKK yang dilantik oleh kerajaan negeri.

6) Peruntukan kepada Ahli Parlimen dan ADUN PR tidak diberi sebagaimana Ahli Parlimen dan ADUN BN

7) Hak Asasi Manusia masih menjadi isu, rakyat dilarang berhimpun secara aman, AUKU terus dipertahankan, OSA, Akta Hasutan dan sebagainya.

8) Kebebasan Akhbar dan Media masih terus dipertikaikan

9) Akhbar-Akhbar PR seperti Harakah, KeADILan dan Roket terus ditekan dan dianaktirikan

10) Permintaan Anwar untuk membincangkan masalah peralihan kuasa mengikut lunas-lunas demokrasi dinafikan...

Sebenarnya banyak lagi isu dan perkara yang membuktikan Dollah tidak layak dipanggil Bapa Demokrasi.

Agak-agaknya apa gelaran yang sesuai dengan Dollah????????? Sama-sama kita fikirkan.

KHAIRY JAMALUDIN KENA BOO ~ Ref Malaysiakini

Anak menantu Pak Lah teruk di booooo semasa persidangan perwakilan Pemuda Umno Setiawangsa 4 Oktober lalu.

Sebaik sahaja namanya dicalonkan para perwakilan mengejek dan meng'boo' KJ. Ini jelas menunjukkan bahawa majoriti ahli-ahli pemuda Umno memang meluat dengan KJ. Bahkan sehingga kini KJ masih terkial-kial untuk mencukupkan kouta minima kelayakan bertanding sedangkan lawannya Mukhriz sudah jauh meninggalkannya dan melepasi kouta siang-siang lagi.

Siasahdaily melaporkan bahawa Calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat, Khairy Jamaluddin dan jentera kempen dikatakan menghadapi tekanan apabila beliau masih belum melepasi kouta pencalonan untuk membenarkan dirinya bertanding walaupun setelah 72 bahagian Pemuda Umno seluruh negara selesai mesyuarat.

Tekanan semakin bertambah terhadap dirinya apabila nama beliau di boo beberapa kali dalam satu mesyuarat pemilihan pergerakan Pemuda Umno bahagian Setiawangsa yang diadakan di PWTC pada 4 Oktober lalu.

Insiden ini berlaku apabila salah seorang perwakilan yang juga seorang wartawan, Dahalan Makmur cuba mencalonkan nama Ahli Parlimen Rembau ini sebagai calon Ketua Pergerakan Pemuda Umno Pusat dari bahagian terbabit.

Tidak syak lagi KJ bakal berhadapan dengan suasana dan saat paling perit dalam hidupnya iaitu dimalukan oleh ahli-ahli pemuda Umno pada persidangan Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Mac 2009.

Hanya ada satu cara sahaja untuk mengelakkan beliau dari mendapat malu iaitu menarik diri dan melutut kepada Najib dan Mukriz.

KHAIRY LEBIH BAIK TARIK DIRI DAN MELUTUT PADA NAJIB & MUKHRIZ~ Ref Malaysiakini

Hakikatnya Khairy terpaksa akur dengan kenyataan bahawa beliau memang tidak disukai oleh majoriti pemuda bahagian di seluruh Malaysia. Ini terbukti bahawa Mukhriz jauh di depan dari segi bilangan pencalonan sehingga kini.

Malah lebih malang bagi Khairy Jamaluddin (KJ) apabila pemdua negerinya sendiri Negeri Sembilan menolak beliau secara total. Dari 3 bahagian yang sudah bersidang kesemunya berpihak kepada Mukhriz. Kalau negeri sendiri dah meluat dengan KJ lebih baik KJ tarik diri sebelum dimalukan pada pemilihan akan datang.

KJ hanya berjaya 'memperdayakan' pemuda dari Kelantan (pade doh) apabila mendapat 4 dari 5 pencalonan setakat ini. Manakala Mukhriz langsung tidak mendapat sebarang pencalonan dari Kelantan setakat ini.

Saya mencadangkan kepada KJ supaya menarik diri dan berundur setapak bertanding AJK sahaja demi maruah dan imej beliau. Jika beliau gagal dan tewas kali ini saya pasti 'periuk nasinya' dalam politik sudah pasti berkubur.

Orang kuatnya Mohamad Hassan yang mungkin menjadi tempat bergantungnya di Negeri Sembilan juga sudah tentu akan digugurkan oleh Najib untuk digantikan dengan 'wok yek' (budak suruhan) Najib untuk jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan. Maka KJ sudah tentu tidak ada tempat bergantung lagi setelah Pak Mertuanya juga bakal diletakkan di dalam lipatan sejarah Mac 2009 nanti.

Jadi tidak ada pilihan lain KJ mesti menarik diri dan lebih baik melutut kepada Najib dan Mukhriz jika mahu terus hidup dalam politik Umno dan posisi terbaiknya ialah menjadi budak suruhan Najib dan Mukhriz.

NAJIB KEMPEN DI SABAH TAKUT KU LI DAPAT PENCALONAN ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak tiba Kota Kinabalu hari ini untuk merasmikan Ekspo Antarabangsa Sabah 2008 (SIE2008).

Beliau tiba dengan pesawat khas pada 10.45 pagi di Terminal 2, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kina balu. Turut mengiringi ialah isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagus punya perancangan, sambil menyelam minum air. Sabah memang menjadi tempat tumpuan pimpinan Umno untuk berkempen kerana jumlah bahagian Umno yang banyak. Maka berlumba-lumba pimpinan Umno melawat Sabah.

Najib pun turut sama tidak mahu ketinggalan kerana beliau cukup takut kalau-kalau Ku Li mendapat pencalonan dari mana-mana bahagian di seluruh Malaysia.

SOKONG NAJIB MESTI DISIASAT SEGERA ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong saranan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim supaya Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak disiasat segera berkenaan salah guna kuasa dalam kes pembunuhan Altantuya Shaaribu.

Ini amat penting untuk mencari penyelesian terhadap isu ini agar orang sebenarnya bersalah dihukum dan yang tidak bersalah dapat membersihkan namanya.

Dalam hal ini negara kita wajib membuktikan siapa yang bersalah sebenarnya kerana ini membabitkan hubungan antarabangsa dan imej negara.

Kita mesti membersihkan nama Timbalan Perdana Menteri jika benar beliau tidak bersalah kerana kita tidak sanggup mempunyai seorang pemimpin yang sering dituduh sebagai jahat dan jijik.

Manakala andainya beliau bersalah, beliau mesti dihukum dengan hukuman setimpal. Malah negara dan rakyat Malaysia juga tidak mahu seorang pemimpin yang terlibat dengan jenayah memimpin kita. Jadi jika beliau bersalah rakyat berhak menolaknya dan beliau sendiri sepatutnya meletakkan jawatan jika didapati bersalah.

Sehingga sekarang rakyat masih tertanya-tanya adakah Najib bersalah atau sebaliknya. Ini kerana tiada siasatan dijalankan terhadap beliau sedangkan orang dituduh membunuh Altantuya yang dibicarakan di mahkamah sekarang adalah orang yang paling rapat dengan Najib.

Saya menggesa Najib supaya tampil dan menawarkan diri untuk disiasat demi untuk menegakkan kebenaran dan kebatilan. Jika beliau seorang yang bermaruah dan bertaraf negarawan beliau mesti berani berbuat demikian. Jika tidak sampai bila-bila pun ada orang yang akan terus membuat tuduhan bahawa Najib terlibat sama dalam isu ini.

MIC BODEK LAGI ~ Ref Malaysiakini

MIC Negeri Melaka menyokong tindakan kerajaan negeri menganugerahkan gelaran Dato' kepada Shah Rukh Khan (SRK). Kenyataan ini dibuat oleh Pengerusi MIC Negeri, R.Raghavan di dalam media hari ini. Alasannya ialah untuk mempromosi Melaka di kalangan rakyat negara India.

Nampaknya pemimpin-pemimpin BN ini terus mengamalkan sikap membodek tanpa usul periksa. Lain kali kalau ingin membodek pun biarlah bertempat dan tidak menjatuhkan imej negeri dan rakyat.

Persoalaannya adalah patut SRK dikurniakan dengan gelaran tersebut sedangkan sumbangannya adalah amat sedikit dan saya yakin sumbangannya tidak layak untuk mendapat pengiktirafan sebegitu.

Oleh itu saya mencadangkan supaya satu garispanduan telus dibentangkan kepada rakyat tentang kriteria untuk melayakkan seseorang mendapat penghormatan gelaran tersebut. Dengan itu rakyat faham tentang justifikasi yang membolehkan seseorang itu mendapat gelaran tersebut.

14 October 2008

AHLI PARLIMEN BN TERUS PERTAHAN TRADISI MEMBODEK ~ Ref Malaysiakini

Sifat 'Yes Man', kaki bodek, tidak berani membantah menjadi darah daging dan sifat tegar ahli-ahli parlimen BN. Mereka langsung tidak berani angkat kepala dan membantah apa sahaja cadangan dan arahan pemimpin atasan.

Bodek, bodek, angkat bakul dan sebagainya menjadi salah satu sifat yang menghancurkan tamadun manusia di dunia. Negara kita tidak ketinggalan akan hancur jika sifat mazmumah seperti ini terus menular di kalangan pimpinan.

Sebab itulah manusia dilarang dari memperhambakan diri kepada sesama manusia sebaliknya hanya perhambaan kepada Allah yang dibenarkan. Dewasa ini kita lihat masyarakat kita terutama pimpinan kerajaan BN mengamalkan perangai buruk 'Yes Man' dan menurut apa sahaja yang dicadangkan oleh pimpinan. Contoh paling hampir ialah tindakan kerajaan menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen pada awal Jun lalu. Tidak seorang pun ahli-ahli parlimen BN atau menteri-menteri yang menentang kenaikan itu. Hanya ahli-ahli parlimen PR dan rakyat yang bangkit menentang dengan segala macam fakta dan justifikasi untuk menghalang kenaikan harga minyak ini.

Namun oleh kerana degil dan angkuh kerajaan BN meneruskan juga hasrat tersebut yang akhirnya menjadikan inflasi meningkat dan rakyat terus sengsara. Dan tidak sampai 5 bulan harga minyak dinaikkan ianya diturunkan semula. Tetapi harga barang tidak pula diturunkan. Jika dahulu menteri dan ahli-ahli parlimen BN berani menyanggah pemimpin mereka sudah tentu harga minyak dinaikkan.

Malangnya mereka terus menjadi pembodek melulu dan tidak cerdik.

Hari ini dan semalam terbukti lagi sifat pembodek mereka apabila terus membodek pimpinan dan tidak mahu menyokong cadangan pembentangan semula bajet 2009. Sedangkan cadangan itu terbukti amat tepat dan mesti dilaksanakan kerana ekonomi negara semakin tenat tempias dari krisis ekonomi, penurunan harga minyak dan ketidaktentuan politik.

Malang sekali rakyat Malaysia yang mempunyai ahli-ahli parlimen kaki pembodek pemimpin kerajaan BN bukannnya bertindak mewakili rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat.

TERBUKTI LANGKAH NAIKKAN HARGA MINYAK JUN LALU LANGKAH SILAP ~ Ref Malaysiakini

Terbukti dakwaan PR bahawa langkah menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen Jun lalu adalah silap. Ini kerana selepas 4 bulan kenaikan tersebut kerajaan menurunkan semula harga minyak sebanyak 3 kali dalam masa 2 bulan.

Langkah menaikkan harga minyak sebanyak 78 sen itu telah menyebabkan kenaikan harga barang yang melambung dan mendadak. Kini setelah harga minyak diturunkan lagi malam ini harga barangan masih tidak berganjak. Ini jelas menyusahkan rakyat walaupun penderitaan mereka sebikit ringan dengan penurunan harga minyak ini.

Rata-rata pakar-pakar ekonomi dan Pakatan Rakyat telah menasihatkan kerajaan supaya tidak menaikkan minyak sehingga 78 sen pada Jun lalu tetapi kerajaan BN tetap berdegil dan kini rakyat menanggung bala bencana disebabkan kesilapan dan kebodohan kerajaan BN ini.

Sepatutnya kerajaan hanya menaikkan harga pada sekitar 20-40 sen sahaja pada waktu itu supaya harga barangan tidak melambung terlampau tinggi seperti sekarang. Kini apa yang kerajaan boleh buat dengan harga barang? Rakyat yang merana.

Walaupun harga minyak turun lagi malam ini, masih belum tentu lagi harga barangan akan turut sama turun.

Bernama melaporkan hari ini bahawa Perdana Menteri Dollah Badawi berkata harga petrol RON97 akan dikurangkan sebanyak 15 sen kepada RM 2.30 sen seliter berkuat kuasa esok.

Perdana Menteri berkata harga petrol RON92 juga akan dikurangkan sebanyak 10 sen kepada RM2.20 manakala diesel turun 20 sen kepada RM2.20.

Ini berikutan harga minyak dunia telah menurun secara ketara akhirakhir ini, katanya dalam satu kenyataan dari Putrajaya hari ini.

Beliau berkata kerajaan telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pengurangan harga runcit petrol dan diesel bagi membolehkan orang ramai menikmatinya dengan lebih segera.Sebelum ini, kerajaan telah melaraskan harga runcit petrol pada 23 Ogos dan 24 September tahun ini.

PANTUN UNTUK NAJIB & ROSMAH ~ Ref Malaysiakini

Hajat di hati nak peluk gunung
Gunung Korbu Gunung Tahan
Suka dipuji suka disanjung
Tak kira musuh tak kira kawan

Dari Kuala Lumpur pergi ke Pekan
Singgah sebentar di Bandar Maran
Sudah lama hamba hajatkan
Baru sekarang peluang keemasan

Altantuya hamba tak kenal
Sirul Azhar hamba tak tengok
Kena fitnah rasa sengal
Fitnah orang rasa seronok

Pergi Shopping jadi hobi
Tak muat kereta pakai lori
Aku dicemuh dan juga dicaci
Nasib baik ada balaci

helikopter memang ku suka
jet tebuan naik tak sudi
hajat nak jadi wanita pertama
belum tahu jadi tak jadi

Kapal selam buatan Peranchis
Belajar memandu tak pandai-pandai
Biar kotor biar najis
Apa yang penting hajat ku sampai

Presiden Umno idaman hati
Perdana Menteri mesti jadi
Akan ku cuba sebelum mati
Tiada yang boleh halang lagi

Ku Li cuba sekali lagi
Kouta tak cukup merungut-rungut
Kesihan sungguh si mamat ini
Sanggup tunggu walau dah lanjut

Musuh bahaya dalam selimut
Berbagai cara cuba gagalkan
melancong dan duit akan ku pungut
walau ku pijak teman dan rakan

Pak Lah Badawi dikatakan baik
Mr Clean jolokan bodek
Najib 'handsome' bibir menarik
Tapi akal dikatakan pendek

Seloka ini gurauan hati
Jangan berduka jangan bersedih
Ambil iktibar mana yang murni
Buang yang keruh ambil yang jernih

NAJIB MULA TERASA BAHANG 'SERANGAN' BOM MUSUH DALAMAN ~ Ref Malaysiakini

Najib Razak yang dikatakan calon terbaik untuk menggantikan Dollah untuk jawatan Perdana Menteri mula di serang dengan pelbagai 'bom' dan 'meriam' oleh musuh politik dalaman dan luaran dari Umno.

Pelbagai sepanduk telah dinaikkan untuk mengaitkan beliau dengan isu Altantuya.

Beberapa hari lepas beberapa blog menyiarkan pula surat yang mengaitkan Najib dengan pembelian helikopter yang disifatkan mempunyai kontroversi. Hari ini Malaysiakini menyiarkan isu yang sama yang dijangka terus menjadi peluru untuk 'menembak' beliau.

Blog tersebut menyiarkan salinan surat berkenaan isu tersebut yang dihantar oleh sebuah syarikat kepada Najib kerana tidak berpuashati dengan urusan tender pembelian helikopter.

Hari ini Malaysiakini menyiarkan laporan yang menceritakan bahawa Timbalan perdana menteri kini berdepan dakwaan berhubung perolehan peralatan pertahanan baru selepas isu kontrak pembelian kapal selam Scorpene yang menjadi isu politik besar tahun lepas.

Najib Razak, sewaktu menjadi menteri pertahanan, didakwa mengendalikan usaha mendapatkan helikopter Eurocopter Cougar EC 275 (foto kiri) dalam keadaan meragukan.

Dalam suratnya kepada Najib, sebuah syarikat yang terlibat dalam tender tersebut Mentari Services Sdn Bhd mempertikaikan keputusan kementerian itu yang didakwanya "tanpa menemui wakil penjualnya dan (tanpa) melakukan ujian penerbangan.

"Lazimnya, seseorang yang ingin membeli kereta berharga satu juta ringgit pun akan bertanya berbagai soalan kepada jurujual dan membuat pemanduan uji dua atau tiga jenama kereta sebelum memilih kereta yang paling sesuai," kata pengerusi syarikat itu Kapt (B) Datuk Zahar Hashim.

Menurutnya lagi, proses mengeluarkan surat hasrat (LOI) kepada Eurocopter "agak luar biasa dan bertentangan dengan prosedur yang telah diamalkan selama ini."

"Kami difahamkan bahawa proses penilaian belum selesai tetapi dengan secara tiba-tiba arahan diberi oleh pihak tertentu supaya LOI dikeluarkan kepada Eurocopter," kata Zahar lagi.

"LOI tersebut ditandatangani oleh seorang pegawai paras menengah di Kementerian Pertahanan dan bertarikh 15 September iaitu dua hari sebelum Datuk Seri (Najib) berpindah dari Kementerian Pertahanan ke Kementerian Kewangan."

Saya menjangkakan selepas ini musuh-musuh dalaman Najib akan membongkar lebih banyak isu kontroversi mengenai Najib dalam usaha mereka untuk mencemarkan nama Najib.

Nampaknya pemilihan Umno kali ini menjadi medan fitnah memfitnah, caci mencaci, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya. Ianya berlaku lebih dahsyat daripada apa yang berlaku pada pemilihan 1987 dan pemilihan lalu.

ALI ANUGERAH DATUK PADA SHAH RUKH KHAN NAK DAPATKAN 'REKOMEN' ROSMAH?

Pelbagai spekulasi yang kita dengar tentang mengapa Kerajaan Negeri mengurniakan darjah kebesaran berpangkat Datuk kepada Shah Rukh Khan?

Antaranya :-

1) Ali Rustam ingin mengambil hati Rosmah yang begitu minat filem Hindustan, agar selepas ini Rosmah akan me'rekomen'kan Najib supaya mengambil Ali sebagai partnernya pemilihan Umno nanti.??

2) Daim me'rekomen'kan kepada kerajaan negeri supaya mengurniakan pingat ini??

3) Ada orang paling atas yang begitu minat kepada Shah Rukh Khan, bukan Ali yang beriya-iya hendak rekomenkan dia??

4) Shah Rukh Khan berjasa kerana mempromosikan Melaka dalam filemnya...tidak berapa masuk akal alasan yang diberikan Mohd Ali Rustam ini.

5) Ali ingin mencari populariti untuk mengangkat dirinya sebagai kempen untuk pemilihan Umno??

Macam-macam yang kita dengar, mana satu yang betul Allah sahaja yang tahu....Walaubagaimanapun semua rakyat Melaka, saya yakin tidak bersetuju dengan pengurniaan darjah kebesaran ini. Artis Malaysia marah benar semalam .........

BAPAK DEMOKRASI ATAU BAPAK MENGARUT ~ Ref Malaysiakini

Selepas terkenal dengan slogan, Ku cari Al Ghazali Ku Cari As Shafei, Islam Hadhari, Basmi Rasuah dan jenayah, Pak Lah di hujung kariernya sering menggunakan slogan baru iaitu MENGARUT. Sikit-sikit mengarut, semuanya mengarut.

Bila pemimpin PAS, DAP , PKR kata mereka mampu tawan beberapa negeri, Pak Lah kata MENGARUT. Akhirnya dakwaan yang dikatakan mengarut ini jadi kenyataan.

Bila pemimpin PAS, DAP , PKR kata mereka mampun nafikan majoriti 2/3 Pak Lah kata MENGARUT. Akhirnya dakwaan yang dikatakan mengarut ini jadi kenyataan.

Bila Anwar kata PR akan berjaya menubuhkan kerajaan baru menggantikan BN, dah dua tiga kali Pak Lah kata mengarut. MENGARUT,MENGARUT, MENGARUT DAN MENGARUT itulah wirid hariannya.

Jangan nanti bila pencen orang panggil Bapak MENGARUT sudah le. Jadi mana satu yang betul ni. Adakah jolokan Bapak Demokrasi atau Bapak Mengarut yang lebih sesuai?.

Kasihan Pak Lah di penghujung kariernya beliau bercakap seolah-olah tidak rasional dan 'standard'nya sama dengan Tok Sidang kampung. Mungkin beliau menyesal dengan tindakan beliau mengundurkan diri sedangkan baru menjamah kuasa sebagai Perdana Menteri selama 5 tahun, belum puas lagi.

Bagi Pak Lah semua yang PR buat MENGARUT dan tidak benar serta tidak masuk akal. Kita bimbang jika perangai pemimpin teratas macam ini menjadi tauladan kepada anak buah di bawah. Sepatutnya sebagi Perdana Menteri beliau memberikan pandangan balas dan feedback yang lebih baik dan professional berserta dengan fakta dan 'point' untuk menolak apa juga kenyataan dan teguran pihak Pakatan Rakyat (PR).

Saya mengharapkan selepas ini pengganti beliau (mungkin Najib) lebih bersifat terbuka dan lapang dada kerana kemungkinan besar kalaupun Najib sempat menjadi PM mungkin ianya tidak lama. BN akan dihukum oleh rakyat pada PRU ke 13 kalau pun tidak ditumbangkan lebih awal dengan peralihan kuasa secara aman dan mengikut undang-undang dalam jangka masa terdekat.

TUBUH KERAJAAN BARU : SABAR, JANGAN ANGKUH DAN INSYA ALLAH KATA ANWAR ~ Ref Malaysiakini

Semalam ketika berucap membahaskan Bajet 2009 Anwar menyindir ahli-ahli parlimen BN secara sinis antaranya :-

SABAR!
Anwar meminta ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) supaya bersabar berhubung usaha Pakatan Rakyat untuk mengambil alih kepimpinan kepimpinan kerajaan.

JANGAN ANGKUH!
"Kalau ada ahli yang berbunyi angkuh sikit tu, saya minta sabar la sikit kerana angkuh itu tak mungkin lama. "Kalau (ada ahli Parlimen BN) yang jerit tu (dalam Dewan), biar la tatkala itu nanti kepalanya turun lebih bawah dari mikrofon,“.

'INSYA ALLAH'
Manusia boleh merancang, Allah yang menentukan. Mereka yang senang dengan kekuasaan yang melimpah ruah sukar nak terima kenyataan.

"Sebab tu dia(Pak Lah) kata 8 Mac (pilihan raya umum ke-12) tak mungkin, Permatang Pauh tak mungkin (dimenangi pembangkang)... semuanya tak mungkin sebab dia tidak berlandaskan Insya Allah. Insya-Allah, saya yakin akan berlaku (ambil alih kerajaan),".

Anwar yang bercakap selama sehari suntuk jelas masih berbisa dan mempamerkan ucapan yang padat, tepat dan bernas.

Sepanjang sesi perbahasan oleh Anwar bermula pukul 11.30 pagi sebelum disambung semula pada 2.30 petang sehingga 5.30 petang, hanya dua ahli Parlimen BN yang bangun mencelah iaitu Dr Mohd Puad Zarkashi (BN-Batu Pahat) dan Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan).

AZIZ SHEIKH FADZIR KEMPUNAN DEMI SELAMATKAN MARUAH BN ~ Ref Malaysiakini

Bekas Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Aziz Sheikh Fadzir kempunan untuk kembali semula ke parlimen demi untuk menyelamatkan maruah Umno/BN dan Najib Tun Razak. Beliau terpaksa menebalkan mukanya menarik balik petisyen terhadap Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Nordin semata-mata kerana ingin mengelakkan BN dimalukan sekali lagi jika pilihanraya kecil diadakan.

Walaupun sebelum ini Aziz begitu berkeyakinan bahawa pilihanraya kecil akan diadakan kerana beliau mendakwa kes tersebut jelas memihak kepadanya kerana Zulkifli gagal mengemukakan penyata perbelanjaan pilihanraya ZUlkifli yang digunakan pada PRU 2004.

Tetapi tiba-tiba sahaja Aziz menarik balik petisyen tersebut. Sudah tentu ada tangan-tangan ghaib di belakangnya yang mengarahkan Aziz berbuat demikian demi untuk menyelamatkan nama dan maruah Umno/BN yang akan tercalar lebih teruk jika BN tewas sekali lagi.

Akhirnya demi untuk menjaga nama dan maruah orang lain, maruah Aziz terpaksa dikorbankan. Kalau dulu mungkin Aziz begitu lantang, kini oleh kerana sifat 'Yes Boss' yang ditarbiah di dalam jiwa semua orang Umno beliau terpaksa akur.

Syabas Aziz kerana berkorban untuk orang lain.

Berkorban apa sahaja
Harta atau pun nama
Walau hati terluka
Aku dipaksa rela

Berkorban apa sahaja
Harta atau pun nyawa
Walau diri muram durja
Muka masam macam cuka

Berkorban apa sahaja
Harta atau pun nyawa
Walau dikata padan muka
Terpaksa buat selamba

Berkorban apa sahaja
Harta atau pun nyawa
Semua pembohong belaka
Nak jaga periuk belanga

AL FATIHAH, KAWAN LAMA MENINGGAL DUNIA ~ Ref Malaysiakini

Saya baru mendapat berita sedih bahawa kawan lama semasa matrik di Sekolah Sultan Mohamad Jiwa, Sg Petani dan USM (Tronoh), Azizah (dah tak ingat nama penuh) meninggal dunia jam 5.00 pagi tadi. Allahyarhamah mengidap kanser sejak beberapa lama dulu.

Beliau mengambil kursus Kejuruteraan Awam semasa di USM dulu. Kalau tidak silap beliau adalah Pensyarah UiTM.

Al Fatihah

PANTUN UNTUK ALI RUSTAM DAN SHAH RUKH KHAN ~ Ref Malaysiakini

Terlanjur perahu boleh ditarik
Terlanjur kata buruk padahnya
Apasal pencalonanku tak naik-naik
Menyesal aku bertanding nombor dua

Minat sungguh cerita hindustan
Tidak berkelip sampai mengantuk
Tarik diri atau 'gostan',
Aku dah malu masa dah suntuk

Shah Rukh Khan pujaan kami
Siang malam termimpi-mimpi
Habis duit ke sana ke mari
38 pencalonan mana nak cari

Shah Rukh Khan pelakon hebat
Ramai rakyat yang baik-baik
Rakyat susah ramai merempat
Minyak naik barang pun naik

One to ka 4 dikata sedap
Ali tengok tak jemu-jemu
hati gundah rasa tak sedap
Kalah bertanding malulah aku

Kajol, aiswarya cantik manis
Tunggu giliran dapat Datuk
Siang malam menonton tak habis
Tidak tidur tidak mengantuk

Salman Khan berlaga pipi
Dengan Rosmah tak segan silu
Ali Rustam kian menyepi
Tewas bertanding dah tentu malu

Taming Sari, Eye on, Pulau Melaka
Projek Mega membazir belaka
Rakyat miskin papa kedana
Inilah bahana kerajaan tak peka

Air terjun bukit sebukor
Anak ikan berbuar hanyir
Sungai Melaka masih kotor
Rakyat merana bencana banjir

Buah Manggis buah mangga
Di beli dari Teluk Anson
Banyak projek Ali Bangga
Hutang negeri berbilion-bilion

Kalau begini hancur negeri
Rakyat susah rakyat sukar
Sudah bertahun buat tak tak peduli
Hutang bertambah bila nak bayar

Isu Khinzir senyap sunyi
Sg Tuang Paya Mengkuang
Lagu Hindustan sedap berbunyi
Menari hebat lintang pukang

Taman Lanun Dataran Pahlawan
Kesan Sejarah habis dikerjakan
Rakyat hidup penuh kesengsaraan
Pemimpin mewah tanpa batasan

DATUK SHAH RUKH KHAN : RAKYAT MELAKA TAK HABIS-HABIS KENA PERLI ~ Ref Malaysiakini

Saya menerima banyak sekali 'feedback' dari teman dalam dan luar negeri Melaka tentang isu Datuk Shah Rukh Khan yang menerima penghormatan yang sangat tinggi dari kerajaan negeri Melaka.

Saya yakin ramai rakyat negeri ini juga senasib dengan saya diperli dan dipersenda oleh kawan-kawan dari luar Melaka lantaran tindakan kerajaan negeri yang kurang bijak.

Malu, sedih dan terkilan rasa hati ini bila menerima sindiran dan ejekan dari mereka. Saya sendiri memang tidak boleh berkata apa-apa kerana mereka berhak memperli dan mempersendakan tindakan kerajaan negeri yang tidak berapa cerdik ini.

Seorang sahabat lama dari Pasir Gudang awal-awal pagi memberikan ucapan tahniah secara sinis kepada saya kerana Kerajaan negeri memberikan anugerah tersebut kepada Shah Rukh Khan.

Seorang sahabat dari Kampung Pulai, Serkam juga dengan nada agak keras mempersoalkan kerasionalan kerajaan memberikan gelaran tersebut kepada artis yang tidak ada kena mengena dengan tanahair kita.

"Adakah cukup dengan sekali membuat 'shooting' di Melaka dah kita berjasa kepada negeri ini" ujar beliau.

Menurutnya inilah mentaliti kerajaan negeri yang jelas tidak tahu mana yang penting mana tidak penting.

Beliau juga turut kesal dengan jawapan Ketua Menteri yang disifatkan tidak munasabah dan setaraf dengan jawapan pelajar-pelajar sekolah menengah tentang alasan mengapa Shah Rukh Khan layak menerima pingat ini.

Sementara itu salah seorang pimpinan Umno negeri (tidak mahu namanya disiarkan) juga hairan mengapa Shah Rukh Khan dipilih menerima anugerah itu sedangkan ramai lagi anak negeri ini yang berjasa kepada negara dan negeri Melaka.

'Entahlah Saya pun tak tau apasal lah Mat Bangla tu yang dapat......' kata beliau melalui sms kepada saya.

Ini jelas membuktikan bahawa segenap rakyat di negeri ini menentang penganugerahan tersebut.

Saya yakin isu ini sedikit sebanyak menjejaskan reputasi Ketua Menteri Melaka yang sekarang ini hebat berkempen ke sana ke mari mencari sokongan agar namanya dicalonkan untuk jawatan Timbalan Presiden Umno.

Memang banyak sekali komen samada melalui sms, telefon dan melalui perbualan yang saya terima. Semua orang yang saya temui dan bercakap soal ini 100 % tidak setuju dengan tindakan kerajaan negeri dalam isu ini.

Semalam juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Datuk Mustapha Maarof menggesa pihak kerajaan negeri membuat penilaian yang sebaik mungkin apabila mengurniakan sesuatu anugerah kepada mana-mana artis.

Kenyataan ini dikeluarkan ekoran bantahan Seniman mewakili artis-artis tanahair terhadap penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM) yang membawa gelaran Datuk kepada aktor Bollywood popular, Shah Rukh Khan.

Shah Rukh Khan telah menerima anugerah itu sempena ulangtahun ke-70 Hari Jadi Yang DiPertua Negeri Melaka Tun Mohd. Khalil Yaakob pada Sabtu lalu.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter