.

.

15 July 2016

AIRPORT BARU MELAKA : YANG SUDAH ADA PUN SUNYI SEPI

Media melaporkan bahawa lapangan terbang akan dibina di Melaka jika kajian oleh pihak berwajib menunjukkan hasil yang positif.

Kita pun pelik dan hairan bagaimana idea ini terbit dari kepimpinan kerajaan negeri. Ini kerana mereka tidak perasankah bahawa Lapangan Terbang yang mereka kategorikan sebagai bertaraf antarabangsa yang ada di Batu Berendam pun macam hidup segan mati tak mahu. Jumlah penerbangan yang ada pun tidak melambangkan keperluan untuk membina sebuah lapangan terbang yang baru. Jangan bazirkan duit rakyat setelah ratusan juta dibazirkan untuk membina lapangan terbang sedia ada.


Apa motif dan objektif pihak kerajaan untuk membina lapangan terbang baru ini????

Cadangan balas kami : Majukan Airport yang ada dengan meningkatkan jumlah penerbangan, mutu perkhidmatan dan sebagainya. Jangan bazirkan duit rakyat lagi sekali.

VIDEO MENARI DALAM MASJID .......MACAM2 RAGAM MANUSIA

VIDEO KLIK DI SINI 

Satu video sekumpulan jemaah di Jeddah menari-nari di dalam masjid dipercayai bersempena sambutan Aidilfitri tempoh hari kini tersebar meluas di media sosial.

Akibatnya imam dan muazzin masjid berkenaan kini disoal siasat oleh pihak Kementerian Hal Ehwal Islam Arab Saudi.

Video berkenaan dikecam para pelayar internet kerana tidak menghormati rumah Allah, Pengarah pengarah cawangan kementerian itu di Makkah, Ali Salem Al-Abdali berkata, memainkan lagu dan menari di masjid telah melanggar kesucian rumah Allah.

Ajaran mana pula ini.????

Sumber : Malaysiakini

VIDEO SUSPEK BUNUH KELUARGA DITEMBAK MATI

VIDEO KLIK DI SINI

Suspek yang terlibat dengan pembunuhan empat sekeluarga di sebuah kilang ayam di Batu Maung telah ditembak mati oleh pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Datuk Razaruddin Hussain berkata, suspek dilihat orang ramai di kawasan pasar Air Itam yang memaklumkan kepada polis kira-kira 7 malam.

Katanya polis menghampiri suspek yang berada dalam kereta Wira Aeroback. Dia kemudian melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis dan polis kemudian membalas tembakan. 

Tambahnya suspek terbunuh dalam tembak-menembak itu tetapi jika dia tidak menembak ke arah polis, kita akan memberkasnya.

Malaysia semakin aman damai?????

Sumber : Malaysiakini

AIRPORT BARU DI MELAKA : JANGAN BAZIRKAN DUIT RAKYAT

Media melaporkan bahawa lapangan terbang akan dibina di Melaka jika kajian oleh pihak berwajib menunjukkan hasil yang positif.

Kita pun pelik dan hairan bagaimana idea ini terbit dari kepimpinan kerajaan negeri. Ini kerana mereka tidak perasankah bahawa Lapangan Terbang yang mereka kategorikan sebagai bertaraf antarabangsa yang ada di Batu Berendam pun macam hidup segan mati tak mahu. Jumlah penerbangan yang ada pun tidak melambangkan keperluan untuk membina sebuah lapangan terbang yang baru. Jangan bazirkan duit rakyat setelah ratusan juta dibazirkan untuk membina lapangan terbang sedia ada.


Apa motif dan objektif pihak kerajaan untuk membina lapangan terbang baru ini????

Cadangan balas kami : Majukan Airport yang ada dengan meningkatkan jumlah penerbangan, mutu perkhidmatan dan sebagainya. Jangan bazirkan duit rakyat lagi sekali.

14 July 2016

GENCATAN SENJATA : PAS JANGAN U-TURN, JANGAN KLUK KLEK

Kenyataan orang nombor dua PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man kita sambut baik. Tapi kita harap tiada u-turn selepas ini. Atau tiadanya kenyataan balas dari Presiden atau Mursyidul Am yang bertentangan dengan hasrat Tuan Ibrahim.

Seperkara lagi, jangan hendaknya kenyataan Tuan Ibrahim sebagai 'test market' untuk melihat reaksi pimpinan PH. Sekarang ini ramai rakyat Malaysia yang sudah sangsi dengan PAS. Jika kenyataan ini hanya test market, maka lebih teruk lagi persepsi rakyat kepada PAS.

PAS perlu ikhlas dan professional dalam hal gencatan senjata ini.

UTAMAKAN KESELAMATAN DI SEKOLAH, ELAK KEJADIAN MALANG BERULANG

Kejadian malang itu memberi pengajaran kepada kita semua khususnya pihak pengurusan sekolah agar sentiasa memantau keselamatan pelajar di kawasan sekolah mereka.
Pihak sekolah mesti peka kepada keadaan sekeliling dan sentiasa memantau apa juga prasarana dan aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan pelajar. Sudah menjadi budaya di negara kita ini bila kejadian sudah berlaku barulah pihak berwajib mengambil langlah-langkah tertentu untuk memastikan kejadian itu dari berulang.
Tindakan sebegini sebenarnya sudah terlambat, kerana nyawa sudah melayang, kecederaan sudah pun berlaku. Sepatutnya pihak berwajib mengambil langkah-langkah pencegahan (Preventive Action) lebih awal bukannya mengambil langkah-langkah pembetulan (Corrective Action) selepas sesuatu kejadian berlaku.
Di bawah ini beberapa cadangan untuk dilaksanakan oleh pihak sekolah :
1) Menjalankan kajian secara terperinci tentang aspek-aspek keselamatan dari segi aktiviti dan prasarana di kawasan sekolah. Seterusnya setelah semua aktiviti dan prasarana yang mungkin menyebabkan kemalangan dikenalpasti pihak berwajib mesti mengambil langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan kecederaan dan kematian dari berlaku.
2) Menjalankan kursus-kursus dan latihan kesedaran (Awareness Training) kepada kakitangan dan pelajar sekolah tentang aspek-aspek keselamatan serta impaknya.
3) Menubuhkan Jawatankuasa Keselamatan (Safety Committee) di setiap sekolah yang berperana memastikan aspek-aspek keselamatan dipatuhi dan diamalkan.
4) Melaksanakan audit keselamatan (Safety Audit) secara berkala di sekolah-sekolah khususnya terhadap aktiviti-aktiviti yang dijalankan serta prasarana dan kelengkapan sekolah yang mungkin berpotensi menyebabkan kemalangan. Segala dapatan dari audit ini mesti di atasi dan langkah-langkah pencegahan (preventive action) dan pembetulan (corrective action) mesti dilaksanakan.
Merujuk kepada kejadian tiang gol yang menimpa Allahyarham adik Nik Mohd Lutfi, saya ingin mencadangkan supaya semua tiang gol samada tiang gol bolasepak, ragbi, hoki, sepaktakraw, bola keranjang dan sebagainya diperbuat dari besi atau kayu yang berat ditukar kepada tiang yang diperbuat dari gentian kaca (fibreglass) atau gentian karbon (carbon fibre) yang lebih ringan dan tidak berkarat. Kita semua tahu tiang besi amat berat dan mudah berkarat khususnya di bahagian yang ditanam dalam tanah. Ini menyebabkan kita tidak perasan bahawa tiang itu bila-bila masa sahaja akan tumbang.
Akhirnya saya mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham, semoga mereka tabah menghadapi dugaan Allah S.W.T Kepada pihak Jabatan Pelajaran dan sekolah, saya mohon supaya segera mengambil langkah-langkah di atas atau langkah-langkah lain yang difikirkan berkesan bagi memastikan kemalangan tidak mudah berlaku di kawasan sekolah.

MOHD SOFI ABDUL WAHAB
Pengarah Komunikasi Media, Parti AMANAH Negara
Negeri Melaka
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter