.

.

10 April 2009

BERTAMBAH LAGI SEORANG ULAR DALAM SEMAK

Teringat dan terkenang ceramah Almarhum Ustaz Fadzil Mohd Nor dalam mentafsirkan ulama-ulama yang menjadi pengampu kerajaan yang tidak berani berkata benar di depan 'boss' mereka.
Kata Almarhum, itu bukan Ulama' itu Ulaq (ular) dalam semak, bila depa kenyang depa dok diam tak kata apa-apa. Begitulah kiasan Almarhum kepada sikap Ulama'-ulama Umno yang mendiamkan diri sahaja walaupun terbukti kerajaan BN/Umno melakukan perkara-perkara yang bertentangan dengan Islam.
Kini koleksi Ular Dalam Semak bertambah lagi seorang. Terbaru ialah Mejar Jeneral (B) Jamil Khair Baharom, orang Yan yang kampungnya tidak jauh dari Menteri Besar Kedah. Keluarga terdekat beliau pula memang pimpinan dan aktivis PAS. Ayah beliau pernah menjadi AJK PAS Kawasan manakala adiknya pernah diamanahkan sebagai Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan.
Kalau sebelum ini sudah ramai Ular Dalam Semak ini yang bila bisanya telah habis mereka dibuang bagaikan perumpamaan habis madu sepah dibuang. Antaranya Ular Dalam Semak ini ialah Abdullah Mat Zin, Hamid Zainal Abidin, Hamid Osman, Yusof Noor, Wan Mokhtar, Awang Jabar, Nakhai'e Ahmad, Dusuki Ahmad, Zainal Abidin Sakom, Syarifah Dora, Mustafa Taib, Nor Deris dan lain-lain. Kemana mereka ini sekarang semuanya sudah menjadi kupang tembaga dan dilupakan setelah 'jasa' mereka mengHALALkan semua yang dilakukan oleh BN walaupun jelas ianya bertentangan dengan Islam.
Kini Jamil Khair pula masuk kategori Ular Dalam Semak yang sekarang ini bergandingan dengan Mashitah Ibrahim seorang lagi Ular Dalam Semak yang sudah 2 penggal bergelumang dengan dosa BN memerintah Malaysia.
Mereka ini akan tahu suatu hari nanti bahawa 'jasa' mereka mengHALALkan yang HARAM akan dibalas dengan sehina-hinanya oleh BN.
Seperkara yang saya ingin nyatakan di sini sanggup Jamil Khair ini duduk di sebelah sana menentang Tuan Guru Nik Aziz, Prof Dr Haron Din, Tuan Guru Abdul Hadi, Ustaz Taib Azamuddin dan rakan-rakannya sendiri senior atau junior seperti Ustaz Mohamad Hussin, Ustaz Idris Ahmad, Ustaz Nasir dan lain-lain.

KABINET RAKYAT ATAU KABINET NAJIB & MAHATHIR?

Memanda Menteri Perdana Najib Razak mula menggunakan kalimah rakyat bagi menarik perhatian rakyat bahawa BN juga berjuang untuk rakyat. Sebab itulah Najib menamakan kabinet barunya yang terdiri dari menteri-menteri recycled sebagai Kabinet rakyat.

Mungkin Najib merasakan bahawa Pakatan Rakyat mendapat sokongan rakyat kerana menggunakan nama Pakatan Rakyat (PR).

Tetapi apakah benar kabinet Najib itu kabinet rakyat sedangkan sebahagian besarnya adalah orang-orang yang pernag menganggotai kabinet Tun Mahathir dan Tun Pak Lah (TPL).

Malah kabinet itu juga boleh disifatkan Kabinet Najib kerana orang-orang kanannya seperti Zahid Hamidi dan Hishamuddin Hussein memegang dua kementerian paling berkuasa iaitu Dalam Negeri dan Pertahanan ditambah pula Najib menguasai Kementerian Lubuk Duit dan projek iaitu Kewangan.

Maka apakah benar apa yang Najib nyatakan semalam bahawa kabinet yang diumumkan beliau semalam sebagai Kabinet rakyat. Ada pendapat mengatakan bahawa kabinet Najib itu adalah kabinet penasihatnya iaitu kabinet Mahathir.

Bagi saya itu semua tidak lain hanyalah retorik Najib semata-mata bagi mengabui mata rakyat.


NASIB BAIK BN/UMNO TEWAS DI KEDUA-DUA BUKIT

Saya sangat bersetuju dengan komen dari tetamu blog ini yang menyatakan bahawa bagus juga Umno/BN tewas di kedua-dua Bukit kalau tidak sudah tentu Umno/BN akan memekik-mekik sampai berbulan-bulan mencanang ke sana ke mari bahawa mereka sudah kembali mendapat sokongan rakyat dan PR pula tidak lama lagi akan berkubur.
Kalau BN/Umno menang sudah tentu headline di media akan mencanangkan perkara ini tidak habis-habis mungkin berlarutan sehingga berbulan-bulan.
"Jelas sekali rakyat sudah muak dan jelak dengan sikap media pengampu. Jadi untuk mengelakkan mata mereka 'bebulu' menonton TV dan membaca suratkhabar mereka PAS dan PKR" gurau salah seorang sahabat saya yang memang mual dan loya menonton TV3 dan RTM
Sampai bilakah agaknya media ini akan meneruskan tradisi kolot dan ketinggalan zaman ini. Agaknya bila PR menang mereka akan berubah 'kot'.

HISHAM MENTERI DALAM NEGERI, POLIS AKAN PAKAI KERIS???

Semasa Datuk Seri Hishamuddin Hussein menjadi Ketua Pemuda Umno beliau sering menggunakan keris sebagai simbol perjuangan pemuda Umno.

Beliau akan tampil di pentas dengan menghunus keris dan menciumnya. Malah semasa perhimpunan pemuda umno terakhirnya hujung bulan lepas beliau sekali lagi menghunus keris dan keris itu dihadiahkan oleh pemuda Umno kepada beliau.


Begitulah konon hebatnya semangat 'melayu' dan kepahlawanan beliau. Namun dalam isu bahasa Melayu beliau tetap menghina bahasa Melayu dengan mempertahankan PPSMI.
Semua orang tahu keris merupakan simbol senjata orang melayu purba kala. Cerita-cerita purba zaman P Ramlee memang diminati dan keris menjadi senjata utama. Antara keris legenda adalah Taming Sari dan lain-lain. Malah menara yang dibina di Melaka diberikan nama Taming Sari iaitu keris yang diterima oleh Hang Tuah atas kehebatannya membunuh pahlawan Majapahit ketika bertikam di hadapan Raja Majapahit dan Sultan Melaka di Istana Raja Majapahit.

Kini Hishamuddin diamanahkan oleh sepupunya Memanda Menteri Perdana, Tok Najib dengan jawatan Menteri Dalam Negeri. Mungkinkah selepas ini Hisham akan mengarahkan semua Polis memakai Keris yang diselitkan ditengah-tengah perut dan pistol dipinggang.

Jika Hishamuddin terlupa, mungkin beliau boleh mempertimbangkan cadangan saya ini. Saya mencadangkan perkara ini selepas mendapat sms dari rakan blogger, Hasbullah Pit yang bertanya kepada saya mungkinkah polis akan bawa keris? itu ayat dalam sms yang dihantar kepada saya sekejap tadi.

KABINET BARU : TOK NAJIB KETEPIKAN HASRAT DAN CITARASA RAKYAT

Ternyata pengumuman barisan kabinet baru Najib mengetepikan hasrat dan citarasa rakyat serta mungkir janji kepada rakyat. Mengapa ? Di bawah ini saya catatkan beberapa sebabnya :-

1) Melantik beberapa menteri dan timbalan menteri yang ditolak oleh rakyat (kalah pilihanraya) antaranya Koh Tsu Kon, Shahrizat Abdul Jalil, Awang Adek Hussain, Chew Mei Fun dan Mukhriz Mahathir (ditolak oleh orang Umno).

2) Berjanji untuk membuat perubahan besar dalam barisan kabinet namun hanya 20 % sahaja muka baru dilantik. Malah jumlah kementerian hanya dikurangkan sebanyak 2 sahaja. Maka sudah tentu pembaziran yang dilakukan di zaman Tun Pak Lah terus disambung oleh Tok Najib. Banyak kementerian banyaklah belanja.

3) Melantik semula menteri yang recycled dan expired. Antaranya Rais Yatim.

4) Menzahirkan keterlibatan Tun Mahathir dalam pentadbirannya apabila Mahathir sendiri mengaku akan menjadi penasihat (walaupun tidak secara rasmi). Terbukti apabila Mukhriz dilantik menjadi anggota kabinet Tok Najib.
5) Mengujudkan suasana yang tidak sihat di dalam Umno apabila tidak melantik Khairy sebagai anggota kabinet sebaliknya calon Ketua Pemuda Umno yang kalah iaitu Mukhriz dan Timbalan Khairy iaitu Razali Ibrahim.

Ternyatakan slogan Najib "Satu Malaysia - Rakyat Didahulukan, Prestasi Diutamakan" hanyalah slogan untuk disebut-sebut bukan untuk diamalkan. Apakah dengan melantik pemimpin yang ditolak rakyat boleh mentafsirkan sloga RAKYAT DIUTAMAKAN.

MR PENASIHAT LEBIH BAHAYA DARI BUDAK TINGKAT 4

Kalau zaman Tun Pak Lah (TPL) beliau dikatakan mempunyai budak Tingkat 4 untuk menentukan apa juga perkara berkaitan dengan pentadbirannya. Kini zaman Najib lebih bahaya kerana Mr Penasihat secara terang-terang mengaku sedia dan bila-bila masa akan menjadi Penasihat kepada Memanda Menteri Perdana sekarang iaitu Tok Najib.
Semasa era Tun Pak Lah (TPL) kewujudan Budak Tingkat 4 tidaklah diawal-awal pemerintahan TPL. Budak Tingkat disedari kewujudannya selepas beberapa lama. Namun zaman Tok Najib ini, Mr Penasihat mengaku sendiri untuk menjadi penasihat sebelum Tok Najib akan sumpah. Malah bukti kekuasaan Mr Penasihat terserlah apabila anak Mr Penasihat telah dilantik menjadi Memanda Menteri Timbalan.
Hebat sungguh Mr Penasihat.
Ingatkah tuan-puan akan cerita 3 Abdul apabila Mr Penasihat 25 % menjadi penasihat kepada Sadiq Sigaraga. Oleh kerana 'hebatnya' Mr Penasihat akhirnya Sadiq Sigaraga kena jual menjadi oleh kerana kebijaksanaan Abdul Wahub memperdayakan Sadiq.
Saya bimbang perkara yang sama berlaku. Oleh kerana Tok Najib sentiasa menerima nasihat Mr Penasihat kita bimbang negara kita pula terjual dan tergadai sebagaimana semasa Mr Penasihat menjadi Menteri Perdana berapa banyak tanah di negara kita dijual kepada rakyat negara asing. Kita juga bimbang kekuasaan raja-raja semakin terhakis kerana Mr Penasihat memang tidak suka kepada Raja; Islam dipinggirkan; ISA digunakan sewenang-wenangnya; demokrasi terhakis dan seribu satu macam lagi perkara negatif dan zalim yang pernah dilakukan oleh Mr Penasihat dahulu akan diulangi semula demi untuk menjamin kekuasaan BN.
Ingatkan tuan-puan akan peristwa memali (19 Nov 1985 - mengorban berbelas orang kampung -Syahid); peristiwa penangkapan beramai-ramai pemimpin PAS - Operasi Lalang (1987); penderaan kepada rakyat Kelantan (bantuan perkapita disekat); projek-projek dibolot oleh kroni dan saudara mara serta berbagai lagi peristiwa menyayat hati yang dilakukan di zaman pemerintahan Mr Penasihat. Tidak mustahil ianya akan diulangi malah dengan lebih teruk lagi pada zaman Memanda Menteri Perdana Tok Najib.

KABINET BARU : SAYA TIDAK KECEWA TETAPI 'MARAH'

Berkatalah Menantu Tun Pak Lah, Khairy bahawa beliau tidak kecewa kerana tidak diberikan pangkat dan kuasa dalam kabinet Najib. Katanya beliau boleh menumpukan kepada kerja-kerja kepartian.
Betul ke tu Khairy?. Semua orang tahu bahawa jawatan dalam kabinet amat penting untuk mengukuh kedudukan di dalam parti. Sebab itulah menteri BN seringkali menggunakan jawatan dan kuasa dalam kabinet untuk mengukuhkan kedudukan dalam parti. Mereka menggunakan projek, program dan aktiviti dalam kementerian untuk mengikat hati-hati orang bawah menyokong mereka dalam pemilihan parti. Fakta semua orang tahu, pendek kata orang kampung semua sudah tahu.
Mungkin Khairy tidak kecewa tetapi 'marah', ,mungkin dalam hati sahaja. Tidak boleh marah secara terang-terang nanti kena JUAL oleh Najib. Lebih memeritkan saingan Khairy iaitu Mukhriz anak Tun Mahathir (Mr Penasihat) dilantik menjadi Timbalan Menteri menjaga AP. Maka bertambahlah power Mukhriz selepas ini.
Perlantikan Mukhriz sebagai Timbalan Menteri menampakkan kelicikan Tun Mahathir menyusun strategi agar suaranya menjadi penentu halatuju kerajaan baru. Bagi mengelakkan rakyat melihat kekuasaannya dalam kabinet, Mukhriz hanya dilantik sebagai Timbalan Menteri bukan Menteri penuh. Semua ini untuk mengabui mata rakyat. Sekali lagi rakyat cuba diperbodohkan oleh Tun Mahathir setelah lebih 20 tahun beliau memperdaya dan menipu rakyat semasa beliau menjadi memanda Menteri Perdana dulu.
Saya menjangkakan nasih Khairy tidak akan lama, kemungkinan besar akan berlaku sesuatu yang akan 'menendang' Khairy dari jawatannya sekarang. Tunggulah ...............

KABINET BARU : AIYA TOK LAJIB, KESIAN SAMA KHAILY

Aiya Tok Lajib - Dinyanyikan mengikut melodi lagu Haiya Cik Siti

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu apa pasat
Bikin ini macam???
Gua Ketua Pemuda
Talak jadi menteli
Itu anak MadeyJadi timbalan menteli

Najib:
Marilah Khairy
Mari sayang
Ikutlah saja
Jangan banyak tanya
Kalau nak senang
Jangan banyak cakap
Nanti gua tangkap
Sumbat lu lalam lokap

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu sulah bikin
Gua manyak malu
Lu sulah buat
‘Future’ gua gelap
Macam olang Habsyi
Negeli Alab

Najib:
Marilah Khairy
Mari sayang
Jangan menangis
Jangan bising-bising
Nanti gua kasi
Lu hisap puting
Baru lu tau
Padan lu punya muka

Khairy,
Jaga depan ada PR…
Mana…
Lompat…
Aiyaaa…
Lompat…
Aiyaaa…
Lompat Khairy lompat…
Aiyaaaaaaaaaaaa…….

Khairy:
Aiya Tok Lajib
Losmah punya laki
Lu jangan takut
Gua tak belani lompat
Gua bukan macam
Pelak punya YB
Itu tiga ekoq

KATAK BANYAK BANGSAT!!!

Ciptaan : Baginda Reformasi

KABINET BARU : SELAMAT PENCEN 'MIKE TYSON'

Ketua Penerangan Umno, Mat Taib yang tewas pada pemilihan Umno baru-baru ini menerima satu satu lagi perkhabaran buruk apabila dipencenkan dari jawatan menteri 'Kemas'. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Mat Taib atau lebih mesra dengan panggilan Mike Tyson terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya adalah ibarat penyapu buruk yang tidak berguna lagi. Itulah nasib pemimpin Umno apabila di'tendang' dari jawatan maka mereka tidak akan dikenang malah dicemuh kerana 'jasa' mereka mengkhianati rakyat semasa berkuasa.

Saya yakin tidak lama Mike Tyson akan menerima satu lagi igauan buruk iaitu jawatannya sebagai Ketua Penerangan Umno juga akan diragut dan diberikan kepada orang lain yang sealiran dan sekepala dengan Najib. Masih ramai 'budak-budak' Najib yang menunggu dan menganga mulut masing-masing untuk disumbat dengan jawatan samada dalam kerajaan, agensi kerajaan maupun Umno.

Antara 'wak yek' Najib yang mungkin dilantik menjadi Ketua Penerangan adalah Jamaluddin Jarjis (JJ) yang hobinya mer&^%. Selain JJ, rakan 'sepermainan' dengan Najib iaitu Rahim Thamby Chik juga sedang menunggu jawatan yang sesuai untuk difaraidkan kepadanya.

Maka berakhirlah karier politik Mike Tyson yang gagah berani. Tidak ada pemimpin lain yang sehandal Mike Tyson boleh bawa kahwin 'special' dan bawa duit 'cash' dengan banyak keluar negeri. Namun sehandal-handal Mike Tyson akhirnya beliau terjelupuk di kaki Najib dan Muhyiddin.

09 April 2009

KABINET BARU : MELAKA NEGERI PALING MALANG

Melaka salah sebuah negeri yang paling kuat Umno dalam dunia menjadi negeri paling malang apabila hanya seorang sahaja pemimpin dari Melaka yang dilantik menjadi anggota kabinet Najib. Itu pun sekadar Timbalan Menteri sahaja.
Malang sungguh bagi orang-orang Umno di Melaka yang bermatian-matian memenangkan Umno tetapi hanya di'hadiah'kan seorang sahaja kerusi Timbalan Menteri. Sungguh tidak berbaloi kerja kuat orang Umno Melaka.

Idris Haron yang dikatakan mempunyai bintang yang bersinar juga di'cantas' oleh Najib. Beliau yang menang kerusi Majlis Tertinggi Umno juga tidak dilantik menjadi Menteri atau Timbalan Menteri.

Saya mengharapkan orang Umno Melaka menilai semula sokongan kepada Umno/BN kerana terbukti kesetiaan dan ketaksuban mereka kepada Umno tidak dibalas jasa oleh pemimpin Umno/BN. Lebih baik masuk PAS atau PKR......

KABINET BARU : NAJIB MUNGKIR JANJI SEKALI LAGI

Perdana Menteri, Najib Razak berjanji untuk membuat perubahan besar dalam saf kabinetnya. Namun semua itu hanyalah janji kosong apabila hanya 6 dari 28 menteri yang dilantik adalah muka baru. Yang lain semua menteri 'recycled' yang sememangnya sudah diketahui perangai dan karektor mereka.
Daripada 6 orang itu 2 adalah Timbalan Menteri yang dinaikkan pangkat menjadi menteri penuh.
Antara muka baru ialah Mejar (B) Jamil Khir Baharom, bekas orang kuat KAGAT dan juga Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin.
Jadi terbukti bahawa janji Najib untuk membuat perubahan adalah omong kosong. Rakyat akan menghukum Najib dengan pembohongan ini.

Saya yakin rakyat kecewa dengan sikap Najib yang suka berjanji tetapi tidak menepatinya. Pada masa yang sama beliau mengekalkan menteri-menteri dari kabinet Pak Lah yang jelas tidak bermaya dan lemah dalam pentadbirannya.
Paling malang rakyat mahu meihat bahawa kerusi Perdana Menteri itu sendiri dipegang oleh orang lain selain Najib yang penuh kontroversi dan bermasalah. Jika ini berlaku sudah tentu 'suhu' kemarahan rakyat akan menurun.

KABINET NAJIB : SAMA SAHAJA, TIDAK BANYAK PERUBAHAN

Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri baru kita tidak menunjukkan banyak perubahan. Jumlahnya masih besar iaitu 28 kementerian.
Malah nama-nama seperti Ismail Sabri, Hishamuddin dan Zahid Hamidi masih membarisi kabinetnya.
Saya tidak menaruh harapan yang tinggi kepada kabinet ini untuk membuat perubahan. Ini kerana pemimpin paling tinggi iaitu Najib sendiri penuh dengan kontroversi yang belum dipulih dan dibersihkan.
Jelas sekali kerajaan BN tidak belajar dari kesilapan lalu. Malah 'signal' rakyat yang menolak BN pada PRK Bukit Gantang dan Bukit Selambau tidak diambil kira.
Bila agaknya BN hendak insaf saya pun tahu ...........

PASCA PRK : BERJUANG TERUS BERJUANG

Kita Melaka sering meraikan kemenangan PAS dan PR di luar Melaka. Namun di negeri sendiri kita tidak pernah mengecap kemenangan.

KIta begitu bersemangat bila bekerja membantu kempen di luar Melaka. Namun seolah-olah terkulai layu di negeri sendiri.

Mengapa ini berlaku. Apa sebabnya? Dari itu saya mengharapkan kita dapat membawa balik semangat Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang untuk kita merubah landskap politik di negeri Melaka ini bagi menyelamatkan rakyat negeri Melaka dari perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah.

Takbir!!!!

PASCA PRK : NIZAR DIDAPATI TIDAK BERSALAH, NAJIB DAN ZAMBRY DIHUKUM

YAB Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin didapati tidak bersalah pada perbicaraan 7 April lalu. Nizar yang didakwa dengan pelbagai tuduhan antaranya derhaka kepada Sultan; pengkhianat bangsa Melayu; boneka DAP dan sebagainya.


Namun hakim yang bersidang dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang (rekod dunia) memutuskan bahawa Nizar didapati tidak bersalah dan dibebaskan. Seramai lebih dari 40,000 hakim yang bersidang majoritinya memutuskan Nizar tidak bersalah. 21,860 hakim membebaskan Nizar dan 19,071 hakim menyatakan Nizar bersalah. Ini bermakna majoriti hakim bersetuju Nizar tidak bersalah. Majoritinya ialah 2,789.

Dengan keputusan ini juga, hakim memutuskan bahawa Najib dan Zambry bersalah dengan tindakan mereka merampas kerajaan negeri Perak secara biadap dan tidak demokratik. Kedua-dua mereka termasuk kuncu-kuncunya dihukum dengan hukuman BN kalah pada PRK Selasa lalu.

Moga-moga dengan hukuman ini Najib dan Zambry insaf dan bertindak memohon perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN Perak.

MEDIA PENGAMPU TAK SERIK-SERIK

Media pengampu BN memang tidak serik-serik. Walaupun sebahagian besar rakyat sudah muak dan jelak dengan cara pemberitaan dan laporan mereka, media-media ini terus mempertahankan stail dan gaya lama mereka. Susah betul mereka ini hendak berubah.

Dua tiga hari lepas Perdana Menteri baru Malaysia, Najib Razak membuat ucapan supaya media lebih beretika dan melaporkan perkara benar serta jujur. Namun kata-kata beliau itu tidak dituruti oleh media.

Media terus berdrama dalam melaporkan keputusan PRK 2 Bukit dan 1 batang. RTM, TV3 suku dan media cetak banyak memfokuskan keputusan Batang Ai sedangkan sebahagian rakyat lebih menumpukan kepada Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

Malah ada media yang hanya melaporkan keputusan dan analisis tentang 2 bukit dalam ruang yang sangat kecil dan terhad berbanding dengan keputusan Batang Ai yang diheboh-hebohkan dengan meluas. Kalau boleh mereka ingin menutup terus berita tentang PRK 2 Bukit. Jika adapun laporan tentang 2 bukit semuanya hanya dari sudut negatif dan berpihak.

Mengapa media pengampu ini terlalu bodoh.? Bukankah sekarang ini alat komunikasi sangat canggih dan pantas. Walaupun mereka menyembunyikan fakta namun dalam masa sesaat sahaja rakyat sudah boleh mengetahui cerita sebenar. Rakyat boleh menggunakan sms, mms, email, melayari web/blog pada sebarang masa dan tempat mungkin dari telefon 3G, laptop (mobile internet/broadband) dan lain-lain. Kemudahan wireless juga ada di mana-mana. Malah sekarang sudah ada wi-max dan sebagainya.

Mengapa BN dan media pengampu mereka terlalu kolot dan tertinggal jauh ke belakang.? Pemikiran mereka jauh mundur, mungkin 10-20 tahun terkebelakang. Sekarang bukan era 70-an, 80-an di mana rakyat hanya mempunyai mempunyai media pengampu (RTM) dan surat khabar sebagai sumber info utama. Sekarang rakyat sudah mempunyai media dan peralatan alternatif serta canggih yang tumbuh bagaikan cendawan.

Ekoran dari kemunduran pemikiran BN dan media pengampunya kini rakyat sudah tidak lagi mahu membeli, membaca dan menonton media pengampu ini. Ada dikalangan mereka hanya merujuk media mundur ini untuk mengetahui berita sukan dan hiburan (itupun penuh dengan gosip sahaja) ......hanya itu berita yang mungkin boleh dipercayai, yang lain baca dan tengok boleh, percaya jangan (kena selidik dahulu).

Saya yakin jika inilah stail dan gaya yang dipertahankan oleh media pengampu ini, sudah pasti mereka tidak akan hidup lama terutama media cetak. Lihat sahaja apa yang berlaku kepada Berita Hairan sekarang......tidak lama lagi Utusan Meloya juga bakal mengikuti jejak Berita Hairan jika mereka tidak berubah.

PASTI MELAKA TERUS DIZALIMI

PASTI Negeri terus menerus menghadapi tekanan dari Kerajaan Negeri Melaka dan agensi-agensi kerajaan. Kes perbicaraan terhadap beberapa PASTI dinegeri ini sudah berlarutan bertahun-tahun tanpa penyelesaian.

Pengurus-pengurus PASTI terpaksa berulang alik turun naik Mahkamah akibat kekejaman pihak berkuasa. Mengapa begitu zalim mereka ini terhadap anak-anak kecil yang ingin menimba ilmu Islam sedangkan banyak lagi kerja lain yang sepatutnya mereka lakukan.

Sepatutnya pihak berkuasa membantu dan menolong pengusaha PASTI bagi meningkatkan lagi taraf pengajaran dan pembelajaran PASTI sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor.

Mahkamah Persekutuan Selasa lalu memutuskan untuk menangguhkan perbicaraan kes penyemakan penghakiman Pusat Asuhan Tunas Islam ( PASTI ) Al – Kautsar, Ayer Keroh setelah panel hakim yang bersidang bersetuju dengan permohonan barisan peguam PASTI supaya kes ini dihakimi oleh 5 orang hakim.

Keputusan dibuat setelah mendengar penghujahan dari kedua – dua pihak pemohon dan responden. Panel 3 orang hakim yang dipengerusikan oleh Panel Hakim Mahkamah Persekutuan Ariffin Zakaria yang menyifatkan kes ini sebagai ‘interesting’ membuat membuat keputusan tersebut setelah mendengar dan menimbangkan soalan yang ditimbulkan untuk diputuskan oleh mahkamah.

Isu yang timbul adalah samada majistret mempunyai bidang kuasa membicarakan kesalahan jenayah syariah dan samada kebenaran untuk mendakwa yang dikeluarkan oleh pendakwaraya yang membenarkan pendakwaan berkaitan kesalahan jenayah syariah di mahkamah sivil adalah berpelembagaan. Barisan hakim yang dipengerusikan oleh Yang Arif Ariffin Zakaria membuat keputusan tersebut dengan berkata hasil daripada keputusan perbicaraan ini akan mendatangkan implikasi yang besar dan mendalam kepada perundangan negara kerana ia melibatkan perundangan syariah dan sivil seluruh Malaysia .

Oleh itu kes ini dianggap serius dan harus diadili oleh panel hakim sepenuhnya. Tuan Haji Sulaiman Abdullah, salah seorang daripada peguam yang mewakili PASTI membuat permohonan supaya kes ini dihakimi oleh sekurang – kurangnya 5 orang hakim telah meminta agar diberikan masa yang secukupnya untuk membuat persediaan. Panel hakim memberikan peluang kepada kedua – dua pihak peguam PASTI dan peguam yang mewakili peguam negara supaya memilih dan menetapkan sendiri tarikh perbicaraan berikutnya, yang telah dipersetujui oleh pendaftar mahkamah pada 29 September 2009.

Defendan di dalam kes ini, En. Mohd Nor telah dituduh menyelenggarakan PASTI Al - Kautsar, Ayer Keroh tanpa mendaftarkannya kepada Jabatan Agama Islam Melaka ( JAIM ) pada tahun 2005 telah didakwa di bawah Enekmen 51 Pengawalan Sekolah – sekolah Agama Islam ( Melaka ) 2002.

Beliau boleh dihukum di bawah Seksyen 53 yang jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih daripada RM5000 atau penjara tidak lebih daripada 3 tahun atau kedua-duanya sekali. Saf peguam PASTI telah memohon supaya majistret menangguhkan kes ini untuk dibicarakan di Mahkamah Tinggi Melaka kerana isu berkaitan dengan perlembagaan timbul.

Mahkamah Tinggi Melaka telah menangguhkan kes ini ke Mahkamah Persekutuan dan kes ini telah berlanjutan selama beberapa tahun lamanya setelah dibicarakan beberapa kali di peringkat Mahkamah Persekutuan yang sebelum ini dipengerusikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim.

Tuan Haji Muhamad Burok yang juga merupakan salah seorang peguam PASTI ketika ditemuramah menegaskan bahawa soalan yang timbul samada pertuduhan kes ini memberi kuasa kepada mahkamah majistret untuk menghakimi kes berkaitan agama islam wajib dijawab mahkamah yang bersidang dengan panel penuh.

Beliau berkata saf peguam PASTI telah berhujah di Mahkamah Tinggi Melaka bahawa adalah tidak wajar kes syariah didengar oleh mahkamah sivil kerana ia mendedahkan kepada kemungkinan hakim bukan islam untuk membicarakan dan memutuskannya.

Perbicaraan pada hari ini turut dihadiri oleh beberapa wakil dari PAS Kawasan Bukit Katil, Setiausaha PASTI Negeri Melaka dan 3 orang wakil dari Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil yang diketuai oleh ketuanya, Saudara Puat bin Bedol.

PANDUAN UNTUK PM BARU PILIH MENTERI KABINET!!

Relaks sekejap ..............

Saya terima email ini dari seorang pengunjung .....lawak pagi

APA SUSAH & PAYAH SANGAT NI?

PILIH SAJALAH PADA MEREKA2 YG BERSUSAHPAYAH SEPERTI BERTINDAK MENCIUM TANGAN SEMASA BERJABAT BERSALAM-SALAMAN TANGAN DGN PEMIMPIN ..... BUKAN DEPA SAJA2 NAK CIUM & SEDUT & HIDU SEGENAP TANGAN PEMIMPIN (YG BERGELUMANG DGN RASUAH) ...
CIUM ADA MAKNA TUUUUU.... JANGAN HAMPAKAN MEREKA2 YG JENIS KAKI AMPU BODEK SELAMA INI.
INILAH BUDAYA UMNO(BARU) YG MEMPAMERKAN BETAPA TAAT SETIANYA PENGIKUT & PENYOKONG TOTOK SESEORANG PEMIMPIN.
Cara bersalam yang betul (The correct way to pay homage/greet)

1. Badan perlu dibengkokkan 90 darjah. bow at 90 degrees
2. Yang menyalam perlu memegang kedua belah tangan orang yang disalam. clutch hand of the person you are greeting with both hands
3. Sengetkan kepala ke kanan sedikit untuk mendapat feel yang lebih. tilt head to slightly the right for maximum 'feel'
4. Mulut cium tangan perlu dimuncung lebih kurang 1 inci. purse lips to kiss approx 1 inch

BN PATUT DIBUBARKAN

Kekalahan berturut-turut dalam Pilihanraya kecil kecuali Batang Ai membuktikan bahawa sudah tidak relevan dan dibenci rakyat. Hakikat harus diakui oleh pemimpin BN, lawan dan kawasan mereka.

Semua tindakan, strategi dan kempen mereka tidak lagi berkesan lantaran cara dan kaedah yang digunakan adalah cara LAMA yang tidak sesuai lagi pada masa ini. Malah cara kempen BN juga menyebabkan rakyat benci dan mual dengan BN.

Kempen penipuan dan penyelewengan fakta yang melampau oleh media pengampu, projek mee segera. rasuah dan lain-lain menjadi penyebab utama rakyat menolak.

Maka sudah sampai masanya BN dibubarkan dan didaftarkan di Muzium Negara untuk tatapan anak cucu kita.

08 April 2009

NAJIB TAMBAH PENING, ROMBAKAN KABINET TIMBULKAN MASALAH

Pening tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau belum hilang kini Najib bertambah pening untuk melayan kerenah Parti-parti komponen yang 'demand' untuk mendapatkan kerusi menteri dalam kabinet barunya.
Malah anggota Umno sendiri turut mengusutkan fikiran Najib kerana meminta sesuatu yang sukar untuk Najib tunaikan.
MCA mengadakan mesyuarat tergempar barisan pemimpin kanannya pagi ini - dipercayai tidak berpuas hati dengan keputusan Datuk Seri Najib Razak - susulan rombakan kabinet perdana menteri yang dijangka lebih kecil.
Pertemuan itu diadakan di Kementerian Pengangkutan di Putrajaya selepas presidennya Datuk Seri Ong Tee Keat, yang juga menteri pengangkutan, bertemu Najib kelmarin.
Dalam sidang media selepas mesyuarat selama 90 minit itu, Ong berkata MCA menggesa Najib mengekalkan kuota parti itu - rakan komponen kedua terbesar dalam BN - seperti sejak pembentukan gabungan itu pada 1974.
Pemuda Umno pula sudah mengetahui bahawa Najib bakal 'menyembelih' Khairy dengan tidak melantiknya menjadi menteri. Maka kumpulan pelobi Khairy mula mendesak Najib supaya melantik Khairy menjadi menteri sebagaimana tradisi sejak zaman berzaman bahawa Ketua Pemuda mesti dilantik sebagai Menteri.
Najib juga perlu memikirkan Ketua Wanita dan Ketua Puteri yang sudah pasti dalam senyap memendam rasa untuk menjadi menteri juga.
Selain itu parti-parti komponen dari Sabah dan Sarawak juga sudah tentu 'demand' kerana merekalah yang menyelamatkan BN pada PRU 2008 lalu.

Jadi apabila Najib ingin mengecilkan kabinetnya sudah tentu akan ada parti-parti terkorban dari segi jumlah kerusinya. Parti-parti tersebut sudah tentu marah kerana kita tahu parti-parti komponen BN matlamat perjuangan mereka untuk kuasa dan pangkat kerana dengan adanya kedua-dua perkara tersebut sudah tentu banyak 'business' dan projek boleh 'masyuk.

PASCA PRK : MOGA KE BAWAH DULI SULTAN PERAK PERKENAN BUBAR DUN

Keputusan PRK Bukit Gantang membuktikan bahawa rakyat tetap dan terus istiqamah menyokong PR di Perak. Kemenangan dengan majoriti yang jauh lebih besar iaitu lebih dari 1,000 undi mencerminkan bahawa rakyat mahukan DUN Perak dibubarkan sebagaimana yang dimahukan oleh PR.

Oleh itu saya sebagai seorang rakyat Malaysia (walaupun bukan orang Perak) memohon perkenan Tuanku Sultan Perak agar membubarkan DUN untuk menyelesaikan kemelut politik di Perak yang tidak berpenghujung hingga kini. Tidak ada gunanya kerajaan HARAM BN Perak memerintah kerana tindakan BN merampas kuasa dengan cara yang tidak bermaruah tidak diterima oleh majoriti rakyat Perak.

Malah kita dapat melihat bahawa kerajaan 'HARAM' yang memerintah hari ini juga tidak dapat menumpukan perhatian kerana terpaksa menghadapi satu demi satu tindakan mahkamah dari PR sehingga Menteri Besar Kerajaan 'Kudeta', Zambry Kadir pun hilang fokus dan tidak mampu untuk mentadbir dengan baik.

Ketidaktentuan kerajaan 'HARAM' Perak terus menyelubungi kita semua. Jika benar Sidang Bawah Pokok Kerajaan PR baru-baru ini tidak sah maka sudah pasti DUN Perak akan terbubar dengan sendiri bulan Mei ini kerana tidak mengadakan Sidang DUN selama lebih 6 bulan. (Jika fakta saya silap sila betulkan).

Alangkah malunya negeri Perak jika DUN Perak terbubar dengan sendiri lantaran Sidang DUN tidak dipanggil selepas 6 bulan Sidang DUN sebelum ini. Jika Sidang DUN bawah pokok diiktiraf sah maka sudah pasti semua usul yang dibawa pada sidang tersebut adalah sah yakni YB Nizar masih MB dan yang paling penting DUN juga terbubar dengan sendiri kerana usul pembubarannya telah diluluskan pada Sidang bersejarah tersebut.

Jadi jalan penyelesaian bagi kemelut dan kekalutan ini ialah Ke Bawah Duli Sultan Perak memperkenankan pembubaran DUN Perak dengan segera bagi memberi mandat kepada rakyat memilih kerajaan Baginda yang baru.

Daulat Tuanku!

PASCA PRK : KHAIRY BAKAL DI'SEMBELIH'

Najib bakal 'mengamuk'. Itulah yang mungkin berlaku setelah Najib mengamuk malam tadi akibat kekalahan memilukan apabila gagal menjadi Raja Bukit (Selambau dan Gantang).

'Amukan' Najib ini akan diterjemahkan semasa mengumumkan barisan kabinet baru yang akan di'tabal'kan hari ini.
Antara yang bakal di'sembelih' oleh Najib ialah Budak Tingkat 4 zaman Pak Lah, Khairy Jamaluddin (yang juga menantu Pak Lah), Rais Yatim (Pengampu Pak Lah), Azalina Othman Said dan Syed Hamid Albar. Mungkin ada lagi yang lain......
Orang kuat Najib dijangka dinamakan sebagai pengganti. Antara Jamaluddin Jarjis (JJ) dan mungkin juga Rahim Thamby Chik (siapa tahu??).
Jika ini benar (Khairy di'sembelih') maka berakhirlah 'legacy' Pak Lah di dalam kabinet kerana hanya tinggal Khairy sahaja lagi orang kuat Pak Lah yang memegang jawatan penting dalam kabinet, yang lain semuanya telah di'ratah' oleh Najib pada pemilihan Umno yang lalu.

PASCA PRK : BUKTI MAHATHIR SUDAH TAK LAKU

Kemasukan Tun Mahathir yang pernah mendapat anugerah sebagai Mahazalim, Mahafiraun dan lain-lain gelaran didakwa menjadi penyebab kepada kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Sahabat saya Affandy Wahab berkata terbukti Mahathir sudah tidak laku dan 'expired'. Cakapnya hanya dipakai oleh Najib dan Mukhriz sahaja, manakala rakyat menolaknya mentah-mentah.
Menurutnya rakyat masih terus mengingati kezaliman dan kedurjanaan yang pernah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri yang memerintah Malaysia lebih dari 20 tahun itu.
"Kalau Mahathir berkempen di Batang Ai sudah tentu BN akan kalah di sana, nasib baik beliau berkempen di Bukit Gantang dan Bukit Selambau saja, kalau tidak BN kalah semua 3-0"kata Affandy secara sinis.
"Sepatutnya Mahathir dengan umurnya yang lanjut berehat di rumah sahaja, tidak perlu terlibat dengan politik lagi. Beliau sewajarnya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia di atas segala kezaliman dan kesalahan beliau yang telah lalu" tambahnya.
Menurutnya lagi, tindakan Mahathir berkempen untuk BN di kedua-dua kawasan tersebut menambahkan kemarahan rakyat (yang sedia marah) kepada BN. Dosa beliau yang telah lalu masih belum dimaafkan rakyat. Malah Mahathir sendiri tidak pernah meminta maaf kepada rakyat dan Anwar yang difitnah beliau.
"Saya yakin kalau Mahathir terus 'mengacau' dan menasihat Najib, BN dan Umno akan lebih cepat ditalkinkan, setakat inipun kubur BN dan Umno sudahpun digali tinggal untuk ditanam dan ditalkinkan sahaja" kata Affandy yang juga merupakan aktivis masyarakat yang popular.

SAAT-SAAT KEMENANGAN DIUMUMKAN









Lain-lain gambar Klik di sini

PASCA PRK : REFERENDUM RAKYAT TOLAK NAJIB

Keputusan PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta Batang Ai membuktikan rakyat Malaysia khususnya Semenanjung menolak kepimpinan Najib Razak selaku Perdana Menteri.
Di bawah saya nukilkan secara ringkas referendum rakyat yang jelas membuktikan kerajaan BN perlu menerima hakikat bahawa mereka adalah kerajaan yang tidak popular dan penuh dengan seribu satu macam masalah:-
1) Kepimpinan Najib Razak ditolak kerana Najib sendiri pernuh dengan kontroversi
2) Rakyat tidak dapat menerima tindakan BN pimpinan Najib merampas kuasa kerajaan negeri Perak secara biadap dan tidak bertamadun
3) Rakyat menolak POLITIK LAMA anutan BN yang terus mengamalkan perkauman, budaya rasuah, pembangunan mee segera, ugutan, samseng, penyalahgunaan kuasa dan lain-lain.
4) Rakyat menolak BN yang ditunjangi Umno yang jijik, kotor dan korup kerana terlibat dengan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.
5) Rakyat menolak campurtangan Polis dan agensi kerajaan lain dalam politik di mana mereka dilihat jelas menyebelahi BN
dan banyak lagi .....................
Lantaran dari itu saya dengan ini menggesa kerajaan pusat membubarkan parlimen dan membubarkan Dewan Undangan Negeri Perak bagi membolehkan pilihanraya baru diadakan untuk memilih kerajaan pusat dan kerajaan negeri Perak.
Jika ini tidak dilakukan, bermakna BN yang memerintah Malaysia pada hari ini adalah kerajaan yang tidak popular, lemah dan tidak mendapat mandat sebenar rakyat.

07 April 2009

PENGARAH SPR PERAK ANGKUH DAN JELAS BENCI PADA PAS

Saya baru menyaksikan siaran langsung pengisytiharan keputusan PRK Bukit Gantang melalui saluran Astro Awani.

Selepas Pegawai Pengurus Pilihanraya mengumumkan kemenangan Datuk Seri Nizar, beliau berundur ke belakang dan Datuk Seri Nizar terus berucap di rostrum. Pada masa yang sama Pengarah SPR Perak dengan muka yang masam mengarahkan Pegawai Pengurus Pilihanraya yang juga Pegawai Daerah memberitahu sesuatu kepada Ir Nizar. Saya yakin bahawa beliau meminta Nizar berhenti berucap sedangkan Nizar baru sahaja memulakan ucapannya.

Seperti biasa memang menjadi kelaziman bahawa calon yang menang dan kalah diberi peluang untuk berucap. Namun dalam insiden tadi terbukti Pengarah SPR Perak sangat benci kepada PAS sehingga tidak membenarkan Nizar berucap.

Saya yakin ribuan rakyat Malaysia menyaksikan insiden ini tadi. Jelas SPR berpihak dan tidak menjadi pengadil yang baik.

Angkuh sungguh Pengarah SPR Perak tersebut. Saya yakin jika BN menang sudah tentu beliau akan lebih angkuh dan sombong.

Saya menggesa beliau meminta maaf kepada Datuk Seri Nizar dan seluruh penyokong PAS dengan serta merta.

Kejadian tadi amat memalukan. Saya yakin selepas ini media pencacai Umno akan memfitnah Nizar. Tidak serik-serik lagi mereka ini.

RAKYAT TOLAK KEBIADAPAN DAN KEDURJANAAN BN

Kemenangan PAS di Bukit Gantang membuktikan bahawa majoriti rakyat menolak kejahatan dan kedurjanaan BN yang merampas kerajaan PR secara rakus dan tidak bertamadun.

Rakyat hari ini sudah matang dan cerdik untuk menilai yang mana yang hak dan batil.

Jadi bagi saya jika BN benar-benar bermaruah mereka mesti berundur dan membenarkan pembubaran DUN Perak serta merta.

TERKINI : KEPUTUSAN RASMI BUKIT GANTANG

TAKBIR TAKBIR TAKBIR ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR

Mohd Nizar Jamaluddin (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Bebas) 62

Majoriti - 2,789
(PRU 2008, majoriti - 1,566)

TERKINI : BUKIT GANTANG JADI BUKIT PAS (CONFIRMED)

Nizar menang di majoriti 2,945 undi (Tak Rasmi)

PAS PAS 20,021,
BN 17,076
Bebas 56.

TERKINI : BUKIT SELAMBAU KITA PUNYA

PKR menang di Bukit Selambau dengan majoriti 2396.

PR MENANG DI KEDUA-DUA BUKIT, SAGUHATI UNTUK BN DI BATANG AI

PR hampir pasti mengesahkan kemenangan di kedua-dua Bukit iaitu Gantang dan Selambau. Kita ingin hadiahkan BN dengan kerusi saguhati di Batang Ai bagi mengubat luka Najib dan Muhyiddin. Terbukti rakyat sudah muak dan jelak dengan BN.
Satu permintaan saya sila bubarkan DUN Perak serta merta bagi memberikan mandat kepada rakyat memilih kerajaan baru.

TERKINI : PKR MENANG DI BUKIT SELAMBAU

S Manikumar hampir pasti memenangi kerusi DUN Bukit Selambau dengan hanya tinggal satu peti undi sahaja belum dikira calon PKR itu mendahului dengan 2,092 undi.

8.55 PM : PAS HAMPIR PASTI MENANG

PAS20929
BN17646

MAJORITI 3283

TERKINI : 8.51 PM PAS TERUS DI DEPAN

PAS 20,001
BN 17,076
BEBAS 56
ROSAK 318

MAJORITI PAS 2945

TERKINI 8.37 PM : NIZAR TERUS DI DEPAN

PAS 18,559
BN 16,010
BEBAS 54
ROSAK 296
JUMLAH KERTAS UNDI 34,919

MAJORITI PAS 2549

PERATUS KERTAS SUDAH KIRA 62.85
SALURAN MENANG 51UPU MENANG 15

8.29 PM : PAS DAHULUI LEBIH 3,000

PAS 18,275,
BN 15,101,

Bebas 47.
Majoriti 3,174.

TERKINI : PAS DAHULUI DENGAN LEBIH BESAR

PAS 17,427,
BN 15,001,
Bebas 46.

Majoriti 2,426

8.18 PM : PKR SEMAKIN KE DEPAN

Manikumar mendahului dengan majoriti 2311 undi dengan 17 peti undi sudah dikira. Tinggal 5 peti undi lagi belum dkira.

TERKNI : MIC MENGAKU KALAH DI BUKIT SELAMBAU?

Bila operasi MIC di Sungai Petani sudah kosong tidak ada lagi penyokong dan pemimpin MIC di sana. Ini adalah petanda awal bahawa MIC sudah mengaku kalah.

Lapor Malaysiakini

8.09 PM : PKR MENDAHULUI

Bukit Selambau : PKR mendahului dengan majoriti 1294 undi dengan 15 peti undi sudah kira tinggal 7 peti undi lagi belum diperolehi keputusannya.

8.06 PM : TERKINI BKT GANTANG

PAS 16,316
BN 14,061
BEBAS 40
ROSAK 231
JUMLAH KERTAS UNDI 30,648

MAJORITI PAS 2255
PERATUS KERTAS SUDAH KIRA 55.16
SALURAN MENANG 44
UPU MENANG 15

7.59 PM TERKINI MANIKUMAR DAHULUI

DUN Bukit Selambau calon PKR S Manikumar sedang mendahului dengan 1,080 undi selepas 10 dari 22 saluran dikira.

7.54 PM TERKINI NIZAR MELUNCUR KE HADAPAN

PAS 14,720,
BN 12,142,
Bebas 32.

Majoriti 2,577.

7.39 PM TERKINI

PAS 13,571,
BN 11,191,
Bebas 31.

Majoriti 2,380.

7.26 PM : TERKINI

PAS : 13,327
BN : 10936

(+/-) : 2391

7.24 PM : TERKINI

PAS : 12,458
BN : 9,987

(+/-) : 2,471

7.23 PM TERKINI

PAS : 11,115 BN : 8,572(

+/-) : 2,543

7.22 PM TERKINI NIZAR DI DEPAN

PAS : 10,672
BN : 8,172

Majoriti : 2,495

7.18 PM : NIZAR TERUS DI DEPAN

PAS 9423 undi
BN 6997

Majoriti : 2226 undi

7.17 PM : MANIKUMAR IKUT JEJAK NIZAR DAHULUI LAWAN

Manikumar mendahului dengan majoriti 937 undi setelah 5 dari 22 peti undi dikira.

7.12 PM NIZAR MENDAHULUI DENGAN 2,348

PAS 8,932,
BN 6,584,
Bebas 24.

Majoriti 2,348.

7.06 PM MANIKUMAR JUGA DI DEPAN

Calon PKR Bukit Selambau S Manikumar sedang mendahului dengan majoriti 578 undi

7.02 PM : NIZAR MELUNCUR KE HADAPAN

PAS 7,294,
BN 4,670,
Bebas 17.

Majoriti 2,624.

6.59 PTG : NIZAR TERUS DIDEPAN

PAS 5,568,
BN 3,792,
Bebas 10.

Majority 1,776.

NIZAR MENDAHULUI

Sehingga jam 6.30 petang keputusan tidak rasmi :-

PAS 4,929 undi;
BN 3,161 undi;
Bebas 9 undi.

PENGIRAAN SEDANG BERJALAN DENGAN RANCAK

Pengiraan undi di kawasan Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau sedang berjalan dengan rancak. Sesetengah peti undi di mana jumlah undinya tidak besar sudah hampir selesai. Sesetengah saluran juga sudah selesai. Keputusan tidak rasmi bagi mana-mana peti undi yang sudah selesai pengiraan akan dilakukan dari semasa ke semasa

Di Batang Ai pengiraan sudah selesai dan dilaporkan bahawa BN telah menang dengan majoriti lebih dari 1,000 undi. Namun keputusan rasmi belum diumumkan.
Insya Allah saya akan updatekan dari masa ke semasa.

SELURUH PENYOKONG PAS TERTUMPU KE MARKAS AIR KUNING, BLOG JADI PANDUAN ORANG JAUH

Seluruh penyokong PAS khasnya yang tinggal di Bukit Gantang, Taiping dan kawasan sekitarnya akan menumpukan perhatian mereka ke skrin besar yang dipasang di luar Markas Tarbiah PAS Perak di Air Kuning.

Setelah peti undi akan ditutup pada jam 5.00 petang nanti. Proses perjumlahan awal kertas undi di pihak PAS akan dilakukan di Markas Tarbiyah Ayer Kuning.

Dijangka seawalnya jam 7 malam, mungkin gambaran keputusan sebenar dapat diketahui oleh penyokong PAS.

Setelah itu jika keputusan memihak kepada PAS, kita akan berarak ke dewan Majlis Perbandaran Taiping, iaitu tempat penamaan calon untuk mendapatkan pengumuman rasmi dari SPR.

Bagi penyokong dan ahli yang berada jauh mereka akan menumpukan perhatian ke laman blog-blog dan website yang sentiasa mengupdate keputusan terkini seperti Harakahdaily, Malaysiakini dan Malaysiainsider.
Semoga ALLAH MENGURNIAKAN KEMENANGAN KEPADA SEMUA CALON PR.
ALLAHU AKHBAR!!!!

PRK BATANG AI : BN MENDAHULUI

BN sedang mendahului di Batang Ai setelah 20 % undi dikira setakat ini. Setelah 5 kotak undi dibuka BN menang di Ng Delok, Dewan Serbaguna Batang Ai, Kerangan Mong dan Ulu Engkari. PKR menang satu peti undi iaitu Sempang.

BN mendahului dengan 908 undi berbanding PKR yang mendapat 356 undi. Jadi BN mendahului dengan 552 undi setakat ini.

25 MINIT LAGI TENTUKAN MAJORITI SEMAKIN BERTAMBAH

25 minit yang masih berbaki akan menentukan majoriti kemenangan pihak yang menang bertambah atau berkurang. Walaupun seorang yang datang mengundi dalam masa 20 minit ini ianya tetap akan mengubah majoriti calon yang menang.

Malah 1 undi ini juga mungkin akan menentukan siapa yang menang. Ini terbukti pada Pilihanraya Umum 2004 apabila calon PAS, Haji Zakaria Yaakob menang di DUN Kemuning di Kelantan dengan majoriti 2 undi sahaja.

Jadi jangan anggap 1 undi itu tidak penting. Dengan 2 undi itulah kerajaan PAS dapat ditegakkan di Kelantan pada tahun 2004 dan memerintah sehingga kini.

Oleh itu saya menyeru petugas PR supaya membuat semakan terakhir dan pastikan semua pengundi PR sudah keluar mengundi. Jangan ada yang ketinggalan.

Jangan menyesal di kemudian hari.

CEPAT CARI DAN PUNGGAH PENYOKONG PR YANG BELUM MENGUNDI

Petugas dan Perayu undi PR di ketiga-tiga kawasan mesti mencari dan memunggah semua penyokong PR yang belum keluar mengundi. Masa satu jam yang berbaki amat berharga. 1 undi amat berharga. Ayuh kemaskini daftar pemilih dan semak mana-mana pengundi kita yang belum mengundi.

Jangan leka meraung-raung di pondok panas sedangkan masih ramai pengundi kita yang tidak keluar mengundi atas apa juga sebab.

Selain itu jangan terleka dan terpedaya dengan taktik dan strategi BN. Biasanya di saat-saat akhir ketika petugas kita leka, BN mungkin membawa pengundi-pengundi 'undangan' mereka untuk mengundi.
Bayangkan jika mereka berjaya membawa 5 orang sahaja pengundi 'undangan' di setiap peti undi maka mereka berupaya menambah undi mereka dengan bilangan ratusan jika dijumlahkan disemua peti undi.

Ayuh jangan leka, bekerjalah dengan sistematik dan 'smart.'

PRK BUKIT GANTANG : PERATUSAN UNDI MUNGKIN TAK CECAH 80%

Dengan lebih dari 50 % pengundi telah membuang undi di Bukit Gantang kemungkinan besar peratusan pengundian tidak akan mencecah sehingga 80 %. Ada lebih kurang 2 jam setengah lagi untuk pengundi yang belum keluar undi menunaikan tanggungjawab mereka.
Ini disebabkan ramai pengundi luar tidak dapat pulang mengundi kerana hari ini adalah hari bekerja. Ada juga yang beranggapan pengundian ini tidak penting kerana ia tidak dapat membuat apa-apa perubahan kerana jika PAS dan BN menang sekalipun kerajaan negeri dan kerajaan pusat akan tetap sama. Selain itu faktor cuaca juga mungkin dijadikan alasan untuk pengundi atas pagar tidak mahu keluar mengundi.
Walaupun bilangan pengundi yang datang di pusat pengundian agak kurang namun semangat perayu-perayu undi PAS tetap kental berbanding BN yang semakin berkurangan disebabkan hujan dan keletihan. Kelihatan ramai daripada mereka meninggalkan 'perjuangan' dan ada yang berehat di kawasan berhampiran.

Seorang perayu undi Haji Bakrin Sidek dari Melaka yang bertugas di Peti Undi Kampung Tebok berkata, semangat yang ditunjukkan oleh petugas PAS harus dipuji kerana mereka bekerja tanpa mengenal penat dan lelah.

"Mereka yakin bahawa segala penat lelah mereka akan dibayar oleh Allah di akhirat kelak berlainan dengan perayu undi BN yang hanya mengharapkan habuan dunia dan wang ringgit" tegas beliau yang tiba di Bukit Gantang awal pagi tadi.

PRK BUKIT GANTANG : PENYOKONG PAS HIDU GAS PEMEDIH MATA DI AIR KUNING

Penyokong PAS terpaksa menghidu gas pemedih mata apabila FRU meng'hadiah'kan gas percuma tersebut selepas penyokong BN bertindak kasar dan melakukan kekecohan di Sekolah Kebangsaan Air Kuning.

Penyokong BN bertindak melemparkan kerusi kearah penyokong PAS dan keadaan tidak dapat dikawal sehingga FRU melepaskan gas pemedih mata bagi menyuraikan keadaan.

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa yang berada di situ bertindak menenangkan penyokong PAS dan meminta mereka bertenang.

Tindakan penyokong BN membuktikan siapa sebenarnya pengganas.


PRK BUKIT GANTANG : PAS YAKIN MENANG

Suasana di peti undi-peti undi menggambarkan PAS akan menang di Bukit Gantang. Fakta ini bukan diukur dari segi bilangan perayu-perayu undi tetapi ianya diukur dari segi bilangan pengundi yang menyemak nama mereka di pondok panas PAS di keseluruhan peti-peti undi.

Di kesemua DUN terbukti dengan jelas bahawa pengundi-pengundi Cina dan India hampir 80 % menyemak nama-nama mereka di pondok panas PAS manakala pengundi-pengundi Melayu berpecah dua atau boleh dikatakan 50:50.

Manakala pengundi Melayu di DUN Terong kelihatan agak memihak kepada calon BN di mana sekitar 40-45 % pengundi melayu menyemak nama-nama mereka di pondok panas PAS. Selebihnya samada terus masuk mengundi atau menyemak nama mereka di pondok panas BN.

Namun begitu para pemimpin PAS setempat yakin bahawa 20 % dari pengundi yang menyemak nama di pondok panas BN akan mengundi PAS. Mereka berbuat demikian adalah semata-mata untuk mengelakkan mereka dicap sebagai penyokong PAS.

Berdasarkan kepada senario sekarang ramai (sehingga jam 12.30) yang beranggapan bahawa dakwaan PAS bahawa 70 % pengundi Cina dan India menyokong mereka adalah tepat malah ada yang beranggapan peratusan ini mungkin meningkat sehingga 80 %.

Tidak syak lagi bahawa PAS sedang berada di depan sekarang.

Gambar Ihsan Mstar : Nizar dikerumuni penyokong.

PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR, LEBIH 40 % BUANG UNDI DI 2 BUKIT DAN 30 % DI BATANG AI

Bukit Selambau mencatatkan peratusan pengundian tertinggi dengan 46.93 % atau 11,923 pengundi sudah membuang undi diikuti oleh Bukit Gantang dengan 42.22 % atau 23,400 telah menunaikan kewajipan mereka.

Manakala jumlah pengundi yang keluar mengundi di Batang Ai agak rendah iaitu 33.94 % atau 3,737 orang sahaja.

Jumlah ini dicatatkan sehingga jam 12 tengahari tadi.

Adalah dijangkakan lebih ramai pengundi akan membuang undi menjelang pukul 5.00 petang nanti.

Di Bukit Gantang sekarang ini hujan turun menyebabkan bilangan pengundi yang mengundi agak kurang.

PRK BUKIT GANTANG : BAS MENCURIGAKAN TERUS MENGHANTUI PILIHANRAYA MALAYSIA

Ternyata kesangsian rakyat kepada kehadiran bas-bas yang mencurigakan terus menghantui pilihanraya di Malaysia. Dari semalam hingga ke awal pagi tadi beberapa buah bas yang mencurigakan di kesan di sekitar Bukit Selambau dan Bukit Gantang.

Ada antaranya ditahan oleh penyokong PR yang sememangnya mahukan sebuah pilihanraya yang telus dan adil.

PR memang wajar sangsi dengan bas-bas ini kerana sejarah pilihanraya Malaysia memang penuh dengan sejarah hitam penipuan dan penyamaran pengundi. Bayangkan bagaimana sebuah rumah boleh mempunyai bilangan pengundi berdaftar yang lebih dari 50 orang malah berlainan keturunan, memang tidak logik dan tidak masuk akal.

Ada juga kes di mana pengundi yang tidak mencurigakan ditangkap dan disoal. Pengundi tersebut mengaku sendiri bahawa beliau diupah untuk mengundi BN. Kejadian ini berlaku semasa PRK Anak Bukit beberapa tahun lepas.

Daftar pemilih juga terus dicurigai apabila nama-nama pengundi yang berpuluh tahun meninggal dunia masih utuh tertera di dalamnya. Bukan seorang malah ratusan dalam satu-satu DUN.

Maka sudah tentu PR tidak mampu untuk tidak mencurigainya.

PRK BUKIT GANTANG : CEPAT KELUAR MENGUNDI SEBELUM HUJAN

Para petugas di beberapa peti undi menyeru pengundi agar keluar mengundi sekarang bagi mengelakkan hujan yang mungkin turun bila-bila masa. Walaupun keadaan masih panas namun dijangkakan hujan akan turun kerana langit kelihatan mendung.

Seorang perayu undi dari Melaka, Haji Yassim Musa, 57 (gambar) yang bertugas merayu undi di Kampung Tebok DUN Terong menasihatkan pengundi keluar mengundi sekarang bagi mengelakkan masalah hujan yang mungkin turun sebentar lagi.

"Jangan tunggu hujan turun baru nak keluar takut-takut nanti tak sempat nak ngundi" kata Yassim.
Rakan beliau, Haji Ab Rahim, 48 juga dari Melaka mengharapkan pengundi-pengundi PR agar keluar dengan cepat untuk mengundi bagi mengelakkan sebarang kelewatan dan juga memudahkan petugas parti untuk membuat semakan.
"Jangan tunggu sampai 'last minute' baru nak keluar, kita pun naik risau kalau penyokong kita macam ini, sepatutnya mereka mesti keluar awal, senang kita buat kerja" kata beliau dengan semangat.

GAMBAR-GAMBAR KEMPEN YANG MENARIK

Saya linkkan gambar-gambar menarik dari blog sahabat lama saya Blogger AlHusseyn (Cikgu Ali). Memang kreatif dan kritis sekali para designer poster dan banner ini.

Moga-moga pengundi dapat memahami apa yang tersurat dan tersirat dari banner dan poster ini. Apa yang penting para pengundi mesti berfikir secara matang jangan terpengaruh dengan duit, janji-janji manis, ugutan dan sebagainya.

Sila Klik di sini untuk melihat gambar menarik tersebut.

PRK BUKIT GANTANG : PENYOKONG BN BERTINDAK GANAS TENDANG KERETA NIZAR

Penyokong BN bertindak ganas menghalang dan menendang kenderaan calon PAS Datuk Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin pagi ini. Kejadian tersebut berlaku berhampiran Sekolah Kebangsaan Air Putih ketika Nizar singgah untuk melawat peti undi tersebut.

Tindakan penyokong BN membuktikan bahawa BN masih mengamalkan POLITIK LAMA yang sudah ditolak oleh rakyat.

Saya menggesa pihak Polis menyiasat kejadian ini dan menangkap sesiapa sahaja yang bertindak membelakangkan undang-undang. Keadaan terkawal walaupun penyokong-penyokong PAS berang dengan tindakan tidak bertamadun penyokong BN ini.

Gambar Ihsan Malaysiainsider : Pengundi berbaris panjang di salah satu saluran mengundi di Bukit Gantang.

BATANG AI TEGANG

Kawan saya menghantar sms BATANG AI tegang. Bila membaca sms itu saya tertanya-tanya apasal berlaku ketegangan di Batang Ai. Ada pergaduhan ke atau berlaku rusuhan.

Rupa-rupa kawan saya hanya bergurau. Saya teringat akan ceramah Mahfuz di Bukit Katil baru-baru ini. Antaranya beliau berkata :-


Seorang pegulas media mungkin membuat ulasan begini, keadaan Batang Ai tegang kerana berlakunya ransangan .......ianya tidak dapat dikendurkan kerana kedua-dua pihak teransang ....!!!!
Tergelak sekelian para pendengar ceramah tersebut.

Berbalik kepada sms kawan saya tadi .......saya membalas sms nya dengan kata-kata apasal Batang Ai (you) tegang teransang kerana tengok Puteri Umno ke.

Kawan saya itu sedang merayu undi di Peti Undi Kampung Tebok, DUN Trong Parlimen Bukit Gantang.
Minta Maaf kerana buat jenaka ini .........sekadar release tension!!!!!!!!!

PRK BUKIT GANTANG : 30 % PENGUNDI PETI UNDI KAMPUNG TEBOK TELAH MENGUNDI

Kira-kira 30 % atau kira-kira 500 pengundi di Peti Undi Kampung Tebok telah membuang undi. Suasana semakin meriah dan kedua-dua pihak terus merayu undi tanpa menghiraukan terik mentari yang semakin panas.


Gambar Ihsan : Malaysiainsider

PRK BUKIT GANTANG : 'HANCUR UMNO', ALTANTUYA BERGEMA DI BUKIT GANTANG

Suasana di semua tempat pengundian amat meriah dan sesak. Penyokong dan perayu undi kedua-dua parti berbalas-balas sahutan menjadi tempat tersebut hingar-bingar dengan sorak sorai dan laungan mereka. Antara kata-kata yang 'famous' ialah 'HANCUR UMNO', HIDUP PAS', ALTANTUYA dan sebagainya. Ianya diselang seli dengan laungan ALLAHU AKHBAR dan REFORMASI.

Di peti undi Sekolah Kebangsaan Changkat Jering kelihatan penyokong BN tidak bermaya untuk membalas sorakan dan laungan penyokong PAS yang tidak berhenti-henti melaungkan slogan-slogan di atas di selang seli dengan takbir yang cukup menggerunkan penyokong BN yang hanya berjumlah 100 orang sedangkan penyokong PAS 3 kali ganda lebih ramai.

Pengundi-pengundi kelihatan terus keluar berpusu-pusu membuang undi tanpa menghiraukan 'gangguan' dari perayu undi. Kesesakan lalu lintas tidak menjadi masalah bagi mereka kerana kebanyakannya menggunakan motosikal bagi memudah perjalanan mereka.

Kereta-kereta petugas parti juga sibuk berebut-berebut mengajak pengundi menaiki kereta masing-masing. Manakala sesampai sahaja pengundi di tempat pembuangan undi mereka disambut pula oleh perayu yang turut berebut-rebut memimpin tangan pengundi agar mengunjungi pondok panas masing-masing undi menyemak nama dalam daftar pemilih.

Sesekali berlaku juga pertengkaran kecil akibat rasa tidak puashati kerana pihak lawan 'mencuri' pengundi yang dibawa oleh kereta pasti yang satu lagi.

PRK BUKIT GANTANG : PERAYU UNDI TERUS DOMINASI PONDOK PANAS, HARAP PENGUNDI TERUS SOKONG PAS

Terbukti laporan saya tentang dominasi perayu-perayu undi PAS di peti-peti undi Parlimen Bukit Gantang menaikkan semangat pengundi untuk mengundi PAS.

Kalau di Peti Undi Kampung Temerlok menyaksikan pengundi berpusu-pusu ke pondok panas PAS keadaan yang sama juga berlaku di peti undi Sekolah Kebangsaan Changkat Jering, DUN Changkat Jering. Petugas PAS yang menyemak nama-nama pengundi dalam daftar pemilih terus sibuk menyemak komputer dan daftar pemilih secara manual.

Ternyata perayu-perayu undi PAS berjumlah 3 kali ganda lebih ramai dari BN. Kira-kira 350 perayu undi PAS bertugas di sini berbanding dengan perayu undi BN yang hanya berjumlah kira-kira 100 undi.

Insya Allah pengundi juga akan turut sama memberikan sokongan kepada PAS dengan kerja kuat dan rayuan terakhir yang dilakukan oleh perayu undi ini.
Sementara itu calon PAS Datuk Seri Ir Haji Muhammad Nizar Jamaluddin baru sahaja selesai melawat peti undi Sekolah Kebangsaan Air Putih sebentar tadi. Kedatangan beliau disambut meriah oleh kedua-dua penyokong PAS dan BN.
Nizar mengambil kesempatan bersalaman dengan pihak keselamatan sebelum memasuki tempat pengundian.

Allahu Akhbar!!!

PRK BUKIT GANTANG : CUACA BAIK PENGUNDI SEMAKIN RAMAI BUANG UNDI

Cuaca dilaporkan baik pagi ini. Matahari mula memancarkan sinarnya walaupun ianya masih belum terik. Suasana semakin hingar bingar dan 'crowded' di semua kawasan pembuangan undi.
Petugas-petugas dan perayu-perayu undi membanjiri kiri kanan jalan menyebabkan lalu lintas terganggu dan kesesakan yang teruk dibeberapa batang jalan utama khususnya berhampiran sekolah-sekolah tempat pengundian.
Sehingga kini keadaan terkawal dan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.

Saya mengharapkan petugas-petugas PR supaya sentiasa memantau dan memerhatikan gerak geri BN yang sentiasa licik untuk menipu pada hari pengundian. Antaranya mereka boleh membeli kertas undi, mengundi dua kali, mengundi atas nama orang lain dan sebagainya.

Awas jangan tidur!!!!!!!!!!!!!!!!!

PRK 2 BUKIT 1 BATANG : POLIS SIBUK KAWAL LALULINTAS DAN PERAYU UNDI

Polis kelihatan sibuk mengawal lalu lintas dan perayu-perayu undi di semua peti undi terutama di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Perayu-perayu undi semakin ramai dan keadaan menjadi sesak di semua tempat pembuangan undi.

Perayu-perayu undi di pihak PR kelihatan mendominasi keseluruhan tempat pembuangan undi. Mereka tidak jemu-jemu menegur dan merayu pengundi agar mengundi calon PR.

Wakil saya di Bukit Gantang melaporkan bahawa di beberapa lokasi pembuangan undi perayu-perayu undi BN kelihatan tidak begitu bersemangat untuk merayu undi. Sebab mengapa mereka bersikap demikian masih tidak dapat dikenalpasti.

Gambar : Ihsan Blog Cina Islam.

TERKINI BUKIT GANTANG : PENGUNDI BERPUSU-PUSU MENGUNJUNGI PONDOK PANAS PAS

Wakil saya melaporkan di kebanyakan peti undi pondok panas PAS lebih ramai dikunjungi pengundi untuk menyemak nama mereka dalam daftar pemilih berbanding pondok panas BN. Ini menandakan bahawa sokongang pengundi lebih memihak kepada PAS berbanding BN.
Sebagai contoh di Peti Undi Kampung Tebok, DUN Trong majoriti pengundi menyemak nama mereka di pondok panas PAS. Petugas-petugas PAS kelihatan tidak menang tangan melayan para pengundi yang jelas memberikan sokongan terbuka kepada calon PAS Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.

TERKINI BUKIT GANTANG : HANYA ALLAH YANG MAMPU MENOLONG

Setelah berpenat lelah bersengkang mata berkempen siang malam tanpa mengenal penat lelah, kini kita hanya berserah kepada Allah S.W.T untuk menentukan samada ikhtiar dan usaha kita dibalas dengan kejayaan di dunia. Namun yang pasti Insya Allah segala penat lelah kalian akan diberikan ganjaran oleh Allah pada hari akhirat nanti.
Kini pengundi-pengundi Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai sedang sibuk membuat perhitungan siapa yang akan mereka undi.
Mari sama-sama kita bermohon dan memanjat doa kepada Allah S.W,T supaya membuka minda dan hati mereka, memberikan hidayah kepada mereka agar mengundi calon-calon Pakatan Rakyat demi masa depan agama, bangsa dan negara.
Hanya itulah sahaja yang mampu kita lakukan di saat genting begini.
YA ALLAH YA TUHAN KAMI, KURNIAKAN HIDAYAH DAN PETUNJUK KEPADA PENGUNDI-PENGUNDI DI KETIGA-TIGA KAWASAN AGAR MEREKA MENGUNDI CALON-CALON YANG BENAR, JUJUR DAN BERJUANG UNTUK AGAMA, RAKYAT DAN NEGARA.

TERKINI BUKIT GANTANG : PENGUNDI KELIHATAN KELUAR AWAL

Wakil saya di Parlimen Bukit Gantang memaklumkan bahawa pengundi-pengundi kelihatan berpusu-pusu keluar awal untuk mengundi. Mereka mungkin keluar awal-awal untuk mengelakkan hujan turun.

Kebanyakan pengundi yang keluar awal ialah surirumah dan kemungkinan juga pengundi-pengundi yang tidak bekerja.
Antaranya di Peti Undi Kampung Temerlok, DUN Terong di mana mereka mengundi Sekolah Kebangsaan Temerlok. Perayu-perayu undi juga kelihatan sudah bersiap-sedia untuk menjalankan usaha terakhir merayu undi di pondok panas masing-masing. Jumlah perayu undi PAS kelihatan lebih ramai dari perayu-perayu undi BN.
Selain itu pengundi-pengundi di Kampung Bendang Siam, Batu 8 juga kelihatan mulai beratur untuk membuang undi. Perayu-perayu undi mulai sibuk merayu undi dengan menunjukkan gambar calon masing-masing di samping lambang-lambang parti iaitu bulan dan dacing. DIanggarkan lebih dari 100 petugas sudah mula membanjiri kawasan pembuangan undi di sini.
Saya menjangkakan jumlah yang mengundi mungkin mencecah 75-80 %.
Laporan lain akan menyusul.

TERKINI BUKIT GANTANG : KESESAKAN TERUK

Jalan-jalan utama dalam Parlimen Bukit Gantang mengalami kesesakan teruk dari awal pagi hingga sekarang. Antara jalan yang paling teruk dilanda kesesakan ialah exit tol Changkat Jering menghala ke Terong dan Changkat Jering sendiri. Jalan Terong ke Bandar Taiping juga mengalami kesesakan yang teruk.

06 April 2009

PRK BUKIT GANTANG : MALAM TERAKHIR PAS MASIH DI DEPAN

Sumber dari berbagai pihak merumuskan bahawa PAS masih berada di depan dan dijangka menang pada pengundian Parlimen Bukit Gantang esok.

Sumber risikan dari pihak-pihak tertentu memberikan angka berikut. PAS mendahului di DUN Kuala Sepetang dengan undi majoriti 3,000 undi dan DUN Changkat Jering dengan 1,500 undi. Manakala BN masih berada selesa mengatasi PAS di DUN Trong dengan 800 undi. Jika dijumlahkan kesemuanya PAS dijangka menang dengan majoriti kira-kira 2,500 undi.

Namun perkara ini masih boleh berubah di saat-saat akhir jika berlaku sesuatu yang luar biasa dari pukul 12.00 malam hingga 7.00 pagi esok. Sela masa ini adalah masa kritikal yang perlu dipastikan tidak berlaku perkara-perkara yang tidak diingini seperti sabotaj, penipuan dan ugutan.

Selain itu esok beberapa perkara penting juga mesti diawasi antara penipuan semasa pengundian seperti pengundi hantu, undi dua kali, penipuan semasa pengiraan undi dan penjumlahan undi.

Petugas PR mesti sentiasa bersiap siaga untuk menghadapi apa juga kemungkinan sehingga peti undi ditutup pada jam 5.00 petang dan setelah keputusan diumumkan barulah semuanya selesai.

Saya mohon maaf kepada semua petugas PAS di Bukit Gantang dan memohon keampunan dari Allah kerana tidak dapat berada di saf hadapan pada kempen PRK kali ini. Saya hanya sempat bersama kalian selama 3 hari sahaja. Saya doakan perjuangan ISLAM dan RAKYAT dikurniakan kemenangan oleh Allah S.W.T.

Amin.

ALI BAKAL MENDAPAT MALU DILUCUTKAN JAWATAN KM

Melaka bakal dapat Ketua Menteri baru. Itu antara desas-desus yang bertiup kencang di negeri ini sejak Ketua Menteri Melaka sekarang Datuk Seri Mohd Ali Rustam dihukum oleh Umno kerana rasuah. Beliau dilucutkan hak untuk bertanding pada pemilihan Umno hujung Mac lalu kerana didapati terlibat dalam rasuah.

Walaupun Ali dijatuhkan hukuman atas kesalahan agen-agennya yang didapati bersalah merasuah perwakilan namun peristiwa itu sudah cukup mencalarkan imejnya. Kini cakap-cakap politik semakin rancak menyatakan bahawa Ali Rustam akan dicantas oleh Najib seiring dengan tindakan Najib membuat rombakan besar-besaran kabinet kerajaan pusat.

Najib yang telah mengumumkan untuk membuat rombakan kabinet selepas 7 April, kemungkinan juga akan menukarkan Menteri Besar dan Ketua Menteri. Lebih-lebih lagi 4 orang Menteri Besar telah tewas pada pemilihan Majlis Tertinggi Umno baru-baru ini. Ali Rustam juga termasuk dalam golongan Menteri Besar dan Ketua Menteri yang tidak ada apa-apa jawatan dalam Umno di peringkat pusat.

Ali Rustam yang terkenal sebagai kaki bodek dilihat menjadi penyokong kuat Pak Lah semasa era pemerintahan cucu ulamak itu. Malah Pak Lah seringkali diundang untuk melawat Melaka hampir setiap bulan. Tindakan Ali membodek Pak Lah berlebih-lebihan akhirnya memakan diri sendiri kerana meninggalkan Najib. Kini Ali benar-benar tersepit. Tidak ada tempat untuk bergantung harap bagi menyelamatkan karier politiknya.
Malah Najib dilihat lebih cenderung untuk memberikan peluang kedua kepada Bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik. Seorang lagi pemimpin dari Melaka yang juga mempunyai peluang untuk meningkat naik pada era kepimpinan Najib ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Idris Haron. Dengan itu Ali dijangka akan terus hanyut dan akan dimuziumkan.
Prestasi Ali sebagai Ketua Menteri tidaklah boleh dibanggakan walaupun Melaka dilihat pesat membangun. Namun semua itu bukannya atas kepintaran Ali mencari duit. Tetapi semua peruntukan pembangunan tersebut diperolehi secara hutang dari kerajaan pusat. Akhirnya Melaka diberi jolokan Melaka Darul 'Hutang' kerana hutangnya mencecah hampir RM2 bilion.

Projek-projek mega yang dijalankan oleh Ali langsung tidak memberikan manfaat kepada rakyat. Antaranya Menara Taming Sari, Melaka International Bowling Centre, Pulau Melaka, Stadium Hang Jebat, Eye On Malaysia dan lain-lain. Malah ada antaranya mejadi projek Gajah Putih. Selain itu hasrat Ali untuk menjadikan Melaka Negeri Maju 2010 juga semakin kabur. Ini kerana beberapa perkara asas kemajuan sesebuah negeri masih belum berjaya diatasi oleh Ali Rustam. Antaranya banjir kilat yang terus menerus berlaku di Melaka, kadar pengangguran yang kian meningkat, masalah jenayah, maksiat semakin parah dan lain-lain.
Dari segi politik juga prestasi BN Melaka tidaklah sehebat mana walaupun ramai menganggap Melaka sebagai negeri paling kuat BN dalam dunia. Ini kerana pada Pilihanraya Umum 2008 lalu, Pakatan Rakyat melalui DAP berjaya memenangi 5 DUN iaitu DUN Kesidang, Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh dan Bachang.
Malah Parlimen Bukit Katil yang mana Ali Rustam menjadi Ketua Bahagian hampir jatuh ke tangan PKR di mana calonnya Khalid Jaafar hanya tewas kira-kira 1,500 undi kepada Mat Sirat Abu. Undi Pakatan Rakyat juga terbukti meningkat dengan mendadak dengan menyaksikan calon-calon PR memperolehi minima 40 % undi popular. Ini merupakan tamparan hebat kepada Ali Rustam.
Pemimpin-pemimpin Umno Melaka terutama Exco Kerajaan negeri dilaporkan mula mengintai peluang untuk menggantikan Ali Rustam. Sumber dalaman Umno memberitahu bahawa terdapat Exco kerajaan negeri yang sudah mula melobi pihak atasan supaya dirinya dipilih menggantikan Ali Rustam. Antara Exco-exco dikatakan layak untuk mengambilalih jawatan Ketua Menteri Melaka adalah Datuk Mohd Yunos Hussin, Datuk Yaakub Mat Amin, Datuk Abdul Karim Sulaiman dan lain-lain.
Najib kemungkinan besar sudah ada calon yang sesuai untuk menggantikan Ali Rustam yang jelas tidak sesuai dengan selera Najib yang kononnya ingin membawa cara dan kaedah baru dalam pentadbirannya. Sikap Ali yang begitu keras dan busuk hati kepada PR dan penyokongnya memang tidak sesuai untuk cara politik baru. Sebagainya contoh mudah, amat sukar untuk PR menggantung poster ceramah dan banner program kerana sudah pasti ianya akan diturunkan oleh pihak berkuasa tempatan dengan arahan pihak atasan. Sedangkan dinegeri lain perkara ini tidak berlaku.

Tidak syak sikap berdendam dan tidak rasional Ali Rustam mungkin tidak disukai oleh Najib, sedangkan Najib dilihat cuba mengambil hati rakyat dengan membebaskan 13 orang tahanan ISA dan menarik balik penggantungan permit Harakah dan Suara Keadilan. Pihak Pakatan Rakyat juga konsisten menggesa Ali Rustam meletakkan jawatan. Beberapa hari selepas Ali Rustam dijatuhkan hukuman oleh Lembaga Disiplin Umno, PR negeri Melaka telah menganjurkan demonstrasi menggesa Ali meletakkan jawatan. Memo menggesa Ali meletakkan jawatan juga diserahkan oleh pihak kepada Ali melalui pegawainya.
Selain satu Ali juga menghadapi saman dari bekas Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Putra atau dahulunya di Southern Hospital, Abdul Hamid Mustapah. Kes tersebut akan dibicarakan dalam minggu ini.

Jika Ali Rustam mempunyai sifat seorang negarawan, beliau pasti meletakkan jawatan sebelum beliau dimalukan oleh Perdana Menteri dengan menggantikan beliau dengan orang lain. Adalah lebih baik beliau berbuat demikian dari menanggung malu dilucutkan jawatan dan digantikan dengan orang lain.

APAKAH MELAYU AKAN LUPA KEZALIMAN MAHATHIR?

Siapa yang tidak kenal Tun Mahathir!!!

Semasa pemerintahan beliaulah :-

1) Orang kampung yang tidak berdosa di Memali dibunuh dengan kejam.

2) Raja-raja Melayu di'telanjang'kan beliau dan kuncu-kuncunya sehingga kuasa Raja dikurangkan

3) Penyiksaan kepada negeri Kelantan menjadi amalannya apabila geran perkapita pusat kepada Kelantan dilengah-lengahkan

4) ISA digunakan sewenang-wenangnya kepada musuh politik BN

5) Anak-anak beliau menjadi kaya raya sehingga menjadi Pengerusi kepada ratusan syarikat

6) Umno diharamkan demi untuk menyelamatkan Dr Mahathir

7) Anwar difitnah dengan begitu jijik

..... dan banyak lagi onar yang dilakukan Mahathir sehingga beliau dipanggil Mahazalim, Mahafiraun dan lain-lain.

Kini selepas beberapa tahun menghentam kepimpinan Umno di bawah tadbir Dollah Badawi dan keluar dari Umno, Mahathir tampil dengan megah dan bergaya masuk semula ke dalam Umno. Malah ramai yang menjangka Mahathir akan menjadi penasihat Najib dan akan menjadi tenaga penting menentukan halatuju kerajaan Najib.

Kalau Mahathir dikatakan Mahafiraun, Mahazalim dan lain-lain, mungkinkah kerajaan Najib di mana Mahathir akan menjadi penasihatnya akan meneladani sikap dan stail kepimpinan Mahathir.

Hari ini Mahathir begitu megah dan bergaya berkempen membantu BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Antaranya beliau menghentam Anwar dan Nizar yang dituduh penderhaka.

Sungguh cepat Mahathir berubah. Kalau sebelum ini nadanya seolah-olah menyokong tindakan Nizar kini Mahathir sudah lupa.

Saya ingatkan Melayu sahaja yang mudah lupa, rupanya Mamak pun mudah lupa !!!!!!!!!!!

Jadi saya menyeru pengundi 2 Bukit dan 1 Batang jangan termakan dengan kempen Mahathir yang ternyata tidak konsisten dan sentiasa mencari peluang untuk kepentingan diri.


Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter