.

.

12 November 2011

SITI NURHALIZA boleh terus MENYANYI jika PAS MENANG


Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sesiapa juga tidak perlu bimbang jika PAS menang dan membentuk negara berkebajikan.
"Siti Nurhaliza dan artis-artis lain juga boleh terus menyanyi dan terus bergiat dalam bidang masing-masing jika PAS memerintah negara.
'Malah nasib mereka akan lebih terbela jika berada di bawah pemerintahan PAS, selaras dengan konsep Negara Berkebajikan yang diperkenalkan itu," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Tambahnya, konsep Negara Berkebajikan berbeza dengan negara kebajikan kerana Negara Berkebajikan adalah penekanan kepada keadilan dan ihsan yang menjadi teras pentadbiran kerajaan.
"Di bawah kerajaan yang seperti itu yang ingin dilaksanakan oleh PAS, keadilan yang ditekankan bukan hanya kepada sesama umat Islam, tetapi juga orang bukan Islam," kata ketika membentangkan kertas kerjanya yang bertajuk Konsep Negara Berkebajikan pada Multaqa Pendakwah PAS di Dewan Datuk Fadzil Mohd Noor di Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM) di Taman Melewar, Kuala Lumpur hari ini.
Ternyata semua lapisan rakyat termasuk artis dan sesiapa juga amat tertarik dengan konsep Negara Berkebajikan yang digagaskan oleh PAS. Hanya Umno/BN sahaja yang tidak dapat menerima konsep tersebut kerana mereka tahu dalam negara kebajikan tiada peluang untuk mereka melakukan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan sebagainya.
Sumber : Harakahdaily

Ahli BN yang tak terpilih jadi CALON akan dapat PROJEK LEMBU?

Ahli parti yang tidak dipilih sebagai calon dalam pilihan raya umum akan datang diharap tidak mempertikaikannya atau mensabotaj parti, kata pengerusi Pemuda BN, Khairy Jamaluddin.
    
Beliau yang juga ketua Pemuda Umno berharap ahli parti berpegang kepada akujanji bahawa rakyat yang menentukan berhubung soal calon boleh menang.
    
"Hari ini semua setuju dengan perdana menteri berhubung 'winnable candidate' (calon boleh menang), tetapi apabila mereka tidak jadi calon, mereka akan pertikaikan dan lebih bahaya lagi mereka akan sabotaj parti.
    
"Saya harap mereka sedar bahawa mereka bukan penentu siapa 'winnable candidate' tetapi rakyat, dan PM ada laporan dan mekanisme tertentu untuk mengetahui di setiap kawasan siapa yang merupakan 'winnable candidate'," katanya kepada pemberita selepas menyertai Program Jom Kayuh BN Sepang anjuran Pemuda BN Sepang, di Dengkel hari ini.
    
Dua hari lepas, Perdana Menteri yang juga pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan BN tidak meletakkan had umur dan juga tanpa mengira berapa kali menjadi wakil rakyat untuk calonnya pada pilihan raya umum Ke-13 asalkan calon berkenaan boleh menang.

Saya ingin mencadangkan kepada Khairy satu cadangan yang praktikal. Mana-mana pemimpin atau ahli BN khasnya Umno yang tidak terpilih jadi calon boleh diberi projek lembu bagi meredakan kemarahan mereka.


Beri projek lepas tu beri pinjaman jutaan ringgit dan mereka juga boleh kondominium sebagai pelaburan kepada syarikat lembu yang mungkin tidak maju. Lembu-lembu itu juga boleh tidur dalam kondominium yang dibeli....................

PANTUN BUAT HAJI NAJIB

Meminang bertunang akhirnya nikah
Harap isteri seorang yang subur
Najib dan Rosmah pergi ke Mekah
Moga Mendapat Haji Mabrur

Sakit demam makan ubat
Ubat dibeli cap sauh
Balik haji harap bertaubat
Sifat Mazmumah Dibuang jauh

Sifat Mahmudah dalam diri
Sifat mazmumah mesti dijauhi
Rakyat kelantan mahukan royalti
Rakyat Malaysia tagih hak asasi

Naik Haji bersama isteri
Haji mabrur moga diperolehi
SPR, SPRM mesti dibaiki
Kronisme dan rasuah mesti basmi

Jabatan Kerajaan selalu diperalat
Duit rakyat boros dibelanja
Pergi haji dikawal ketat
Mengalahkan sultan dan juga Raja

11 Nov jadi perhatian
Ramai jangka parlimen bubar
Najib tak berani buat demikian
Peluang BN kabur dan sukar

Perangai buruk mesti ditukar
Perangai baik disayangi tuhan
Tunggu ilham parlimen bubar
Tunggu Rosmah bagi persetujuan

Haji mabrur cita-cita semua
Diampun dosa masuk syurga
Rakyat cerdik otak geliga
Umpan dimakan undi rahsia

Bajet dibentang sebelum ke Mekah
Gula-gulakan rakyat dengan penipuan
Laporan Audit makin parah
Hanya undi menjadi pengajaran

Laporan audit dedah keburukan
Tiada pembaharuan tiada keinsafan
Hati batu pemimpin kerajaan
Harap rakyat buat perubahan

Wanita pertama cita-cita dia
Cincin permata 24 juta
Suka melancong suka berbelanja
Balik haji harap berbeza

11 November 2011

Pulau Pinang adakan Pilihanraya BERASINGAN

PR Pulau Pinang tidak akan bubar Dun walaupun Haji Najib bubar parlimen dalam masa terdekat. Ertinya Pulau Pinang akan mengadakan Pilihanraya berasingan dengan PRU 13.

Tindakan PR Pulau Pinang wajib disokong kerana tidak ada sebab munasabah untuk mengadakan PRU 13 sekarang sedangkan tempoh 'edah' penggal ini masih ada 2 tahun lagi iaitu 2013. Mengapa perlu tergesa-gesa adakan PRU.

Saya menyokong cadangan semua kerajaan-kerajaan PR yang bertegas untuk tidak mengadakan pilihanraya bersama dengan PRU Haji Najib. Tindakan wajar dilakukan untuk mengingatkan Haji Najib bahawa beliau tidak berkuasa  penuh di Malaysia ini.

Ramai Wakil Rakyat kena gugur dan kecewa

Barisan Nasional (BN) mahu calonnya yang bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 akan datang bukan sahaja boleh menang tetapi juga daripada mereka yang dikehendaki rakyat, kata Setiausaha Agungnya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.
    
Beliau berkata pengumuman Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak semalam yang tidak meletakkan had umur atau jumlah pernah menjadi wakil rakyat untuk menjadi calon bertujuan memastikan calon yang bertanding nanti adalah yang dimahukan rakyat.
    
Tengku Adnan yang juga setiausaha agung Umno dan ahli Parlimen Putrajaya yakin dengan kenyataan Najib itu dapat melenyapkan persepsi sebelum ini yang mengatakan yang tua tidak boleh menjadi calon dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.


Dari kenyataan di atas jelas kepada kita akan ramai Wakil Rakyat akan digugurkan dari menjadi calon pada PRU 13. Selain ramai juga pemegang jawatan di peringkat bahagian Umno/BN akan diketepikan. Yang pasti 'orang' Haji Najib akan dipilih menjadi calon atas alasan 'boleh menang' dan 'diterima rakyat' walaupun pada hakikatnya tidak demikian.


Maka sudah pasti ramai yang kecewa dan merana kerana masing-masing perasan bahawa merekalah calon terbaik dan terhebat yang boleh memenangkan Umno/BN. 

Lembu TINGGAL di Kondominiuim RM9.8juta?

Lembu zaman moden ini tidak tinggal di dalam kandang tetapi tinggal dalam kondominium. Sebab itulah sebuah syarikat penternakan lembu membeli sebuah kondominium berharga RM9.8juta. Hebat lembu syarikat NFC ini.

Sebuah syarikat 'associate' kepada NFC didapati membeli sebuah kondominium berharga RM9.8juta.

Saifuddin berkata NFC telah melakukan pecah amanah kerana menggunakan wang pinjaman dari kerajaan untuk membeli kondominium yang tidak ada kena mengena dengan penternakan lembu.

Ikuti penjelasan Saifudin Nasution dalam klip video di bawah :

PARLIMEN tak jadi BUBAR HARI INI?

Parlimen tak jadi bubar hari ini. Itu antara ramalan yang dibuat oleh portal-portal internet. Namun begitu harus diingat Haji Najib boleh mengumumkan pembubaran bila-bila masa sahaja termasuk hari ini. Walaupun pelbagai alasan diberikan oleh portal-portal internet tersebut bahawa parlimen tak mungkin dibubar hari ini, tetapi Haji Najib boleh melakukan kejutan itu.

Haji Najib masih mempunyai beberapa jam lagi untuk berbuat demikian. Tuan Haji baru kita ini mungkin ingin membuat 'kezutan' (kejutan), apa-apa pun boleh berlaku. Beliau mungkin sudah mendapat ilham. Cuma mungkin menunggu kelulusan Hajjah Rosmah kot.............

Malaysiakini memberikan beberapa petunjuk bahawa tiada pengumuman pembubaran parlimen hari ini.

Menurut portal itu walaupun spekulasi telah bertiup kencang bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan membubarkan Parlimen hari ini bagi membuka jalan untuk pilihan raya umum ke-13, tetapi pelbagai faktor, termasuk jadual rasmi Najib dan Yang di-Pertuan Agong, menunjukkan sebaliknya.

Mengikut kalendar rasmi persidangan kerjasama ekonomi Asia Pasifik (Apec) 2011 di Hawaii, dari 7-13 November, Najib dijadual memberi ucapan esok, bersama dengan Presiden Mexico, Felipe Calderon.

Selepas Apec, Najib akan menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur tahunan keenam di Bali, Indonesia, dari 14 hingga 19 November, di mana beliau akan mengadakan perjumpaan dengan Presiden Amerika Syarikat, Barrack Obama.

Faktor-faktor ini, yang memastikan perdana menteri sangat sibuk dan berada di luar negara, tidak memungkinkan spekulasi yang Parlimen akan dibubarkan pada bila-bila masa, akan menjadi kenyataan.

Di samping itu, perhimpunan agung tahunan Umno akan berlangsung dari 29 November hingga Disember 3 di mana pemimpin Umno dari semua peringkat akan berkumpul di ibunegara.

Dewan Tertinggi BN juga akan bermesyuarat petang ini

Satu lagi petunjuk ialah Yang di-Pertuan Agong dijadualkan untuk membuat lawatan rasmi sehari ke Melaka hari ini.

Najib UMUM BUBAR PARLIMEN HARI INI?

Rakyat sedang menunggu hari esok apakah Perdana Menteri Haji Najib Razak akan mengumumkan pembubaran Parlimen esok. Mungkinkah Haji Najib sudah mendapat ilham untuk bubar parlimen kita tunggu esok.

Haji Najib memang suka angka 11, esok 11.11.11, sudah tentu Haji Najib suka angka ini. Kalau benar Haji Najib suka angka 11  mungkin esok kita akan mula ber'hari raya'. Yang pasti kita kena bekerja kuat untuk menumbangkan parti Haji Najib.

Parti Haji Najib bukan kuat sangat cuma mereka menyalahgunakan media, menggunakan sogokan, ugutan dan menyalahgunakan jentera kerajaan untuk menang. Kalau tidak sudah lama parti Haji Najib  'ghoibul ghuyub' dari bumi Malaysia ini.

10 November 2011

Najib WAJAR LETAK JAWATAN

Ramai menyangka bahawa Pak Lah adalah Perdana Menteri paling lemah dalam sejarah Malaysia. Namun sejak akhir-akhir ini ada pendapat yang menyatakan bahawa Perdana Menteri paling lemah ialah Haji Najib Razak. Ini kerana Najib dilihat gagal membawa sebarang perubahan terhadap demokrasi, rasuah dan hak asasi manusia serta ekonomi negara.


Malah Najib sendiri gagal menyatupadukan Umno sehingga ada usaha-usaha untuk menjatuhkan beliau.


Usaha untuk menjatuhkan Najib sudah lama bermula. Antaranya dicetuskan oleh seorangt penulis ahli Umno yang menulis sebuah buku berjudul ‘Kesilapan-kesilapan Najib’ yang memaparkan apa yang didakwa sebagai kegagalan Haji Najib Razak selaku presiden Umno dan sebagai Perdana Menteri kini berada di pasaran.

Buku yang ditulis bekas pemimpin Umno, Wangsa Maju, Shahbudin Husin menuntut supaya Najib mengorbankan dirinya dan meletakkan jawatan sebelum pilihan raya umum ke-13 diadakan.

Malaysia diTIMPA BALA, Keluarga dapat projek TERPIJAK tak salah

Malaysia ditimpa bala kerana menteri kabinet yang ada sekarang merasakan tidak keluarga mereka mendapat projek kerajaan dengan percuma. Pada mereka itu tidak salah dan keluarga mereka berhak mendapat mana-mana projek walaupun sebenarnya ia amat tidak beretika dan berlawanan dengan undang-undang negara.

Oleh kerana minda menteri kabinet Malaysia semacam inilah menyebabkan berlakunya kebocoran, kronisme, penyalahgunaan kuasa, 'conflict of interest' dan sebagainya.

Menteri-menteri ini langsung tidak menunjukkan malu dan jelas mereka tidak bermaruah. Kes terbaru di mana Ketua Audit Negara melaporan tentang kegagalan Projek National Feedlot Corporation (NFC) dan berlakunya salah laku kerana syarikat yang dianugerahkan projek itu adalah milik keluarga terdekat Menteri Kabinet Haji Najib iaitu Shahrizat Jalil.

Malangnya dengan muka selamba, Shahrizat hari ini berkata  bahawa keluarganya mendapat projek Pusat Feedlot Kebangsaan (NFC) yang menelan jutaan ringgit, namun beliau percaya isu berkenaan telah digunakan untuk menyerang beliau selaku ketua wanita Umno dan pengerusi Wanita BN.

"Pada diri saya sendiri, saya lihat ini adalah agenda politik. (Ia) satu percubaan daripada pembangkang untuk melemahkan semangat dan tindakan Wanita Umno. Kami tidak semudah itu untuk dirobohkan," katanya.
NONE
"(Perkara) ini sudah dijawab dengan panjang lebar oleh menteri pertanian dan industri asas tani.

"Dan daripada apa yang saya dimaklumkan, jawapan daripada beliau itu sangat jelas dan nyata," katanya.

Jangan Shahrizat hendak alihkan isu. Perkara ini dibongkar oleh Ketua Audit Negara bukannya Pakatan Rakyat (PR). 

Mengapa begitu bersahaja Shahrizat menjawab tanpa ada rasa bersalah dan takut kepada rakyat. Ini berlaku kerana Haji Najib sendiri merestui kronisme dan amalan seperti ini.
pakatan rakyat convoy visit national feedlot corporation 031111 abbatoirShahrizat berkata lagi  keluarganya tidak sepatutnya dilayan sedemikian dengan apa yang dikatakan oleh pembangkang.

Sebaliknya, kata beliau, keluarganya berhak mendapatnya (NFC) kerana mereka telah bekerja kuat.

Mudah sungguh Shahrizat menjustifikasikan pengurniaan projek kepada keluarganya. Kalaulah ada orang yang bekerja kuat apakah mereka layak untuk mendapat projek ini jika mereka bukan keluarga menteri?????

NONEDalam pada itu, Sharizat turut mengambil peluang untuk menempelak Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin kerana mengaitkan keluarganya dengan projek berkenaan.

"Agenda politik mereka begitu jelas. Mereka terumbang-ambing, macam ketua Wanita PKR tu. Saya malulah dia seorang wanita Malaysia macam tu," katanya sinis.

Nampaknya minda pemimpin wanita Umno sama sahaja dengan minda wanita kemas dan ahli wanita Umno cawangan. Mereka bukannya menjawab isu integriti seperti ini tetapi menuding dan menyalahkan orang lain.

09 November 2011

Menteri PENIPU mesti DIPECAT

Isu National Feedlot Corporation (MFC) syarikat milik Ketua Wanita Umno, Shahrizat Jalil membongkar segala macam keburukan Umno/BN dan pemimpinnya.

Ternyata ada menteri dan 'Kepala' Menteri iaitu Perdana Menteri yang gelabah dan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang bercanggah antara satu sama lain.

Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mendedahkan bagaimana Perdana Menteri dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani mengeluarkan dua jumlah yang berbeza dengan wang yang di'sedekah'kan kepada NFC.

Noh Omar dalam kenyataannya pada 31 Oktober di lobi Parlimen menyatakan bahawa pinjaman RM250juta belum disalurkan kepada NFC. Manakala Tuan Haji Najib Razak pula dalam jawapan bertulisnya kepada Dewan Rakyat pada 1 November memberikan figur bahawa sehingga 31 Julai 2011 hanya RM181.9 juta sahaja disalurkan kepada syarikat milik Menteri yang mendapatkan jolokan mesra sebagai Juhi Chawla Malaysia oleh Hj Mohamad Sabu.

Jelas kenyataan kedua-dua mereka iaitu 'Boss' dan 'Anak buahnya' bercanggah. SIAPA YANG MENIPU RAKYAT DAN MEMBOHONGI RAKYAT? Adakah Pak Menteri atau Kepala Menteri (Perdana Menteri)?

Salah seorang dari mereka sudah pasti pelawok (Menipu dalam dialek Kelantan). Seorang Perdana Menteri atau Menteri yang menipu merupakan kesalahan serius. Ia melibatkan integriti dan amanah. Seseorang menteri yang menipu tidak layak menjadi menteri lebih-lebih lagi Perdana Menteri. Dalam isu ini salah seorang sudah melakukan pembohongan. SIAPA Perdana Menteri atau Menterinya????

Orang yang membuat bohong mesti meletakkan jawatan atau kalau enggan letak jawatan ia mesti DIPECAT kerana ianya melibatkan integriti. Jika di barat seorang menteri yang didapati berbohong sudah pasti akan dipecat atau lebih manis ia sendiri akan memecat dirinya.

Namun di Malaysia Perdana Menteri dan Menteri jika berbohong langsung tiada maruah dan harga diri tetap mahu meneruskan tugasnya. Seperti juga dengan 2 orang pemimpin Umno seorang Ketua Menteri dan seorang bekas Menteri Besar yang terus memegang jawatannya sehingga sekarang walaupun disabitkan dengan kesalahan rasuah pada pemilihan Umno.

Oleh itu rakyat ingin melihat suatu pembaharuan. Dalam isu NFC ini salah seorang yang berbohong samada Perdana Menteri atau Menteri Pertanian dan Perniagaan Asas Tani mesti DIPECAT segera. Yang pasti seorang lagi mesti juga DIPECAT iaitu Shahrizat Jalil kerana tidak menjaga etika di mana keluarganya boleh menerima projek besar ini dari kerajaan yang dia sendiri menjadi anggota kabinet. Sudah lah salah dari segi etika, perniagaannya juga gagal, akhirnya rakyat jadi mangsa kerana wang rakyat hangus begitu sahaja.

Ku Li tubuh PARTI BARU?

Bekas Naib Presiden Umno dan Presiden Parti Melayu Semangat 46 (S46) akan menubuhkan parti baru? Sejak akhir-akhir ini beliau sering mengkritik Umno secara terbuka. Pelbagai kelemahan Umno disuarkan oleh beliau. Umno cuba memujuk beliau dengan melantik pemimpin veteran tersebut menjadi Pengarah Pilihanraya BN pada Pilihanraya Kecil Galas tidak lama dahulu. Mungkin Umno menjanjikan sesuatu kepada Ku Li ketika memujuk beliau menjadi Pengarah PRK tersebut.

Tetapi ianya hanya sementara sahaja. Selepas itu suara Ku Li terus terusan tenggelam dan dipinggirkan oleh Umno/BN. Ku Li tidak diberikan peluang yang seluas-luasnya untuk menjelajah ke seluruh Bahagian Umno ketika pemilihan Umno lantaran Presiden Umno takut Ku Li dapat banyak pencalonan pada pemilihan Umno.

Tidak lama dulu, Ku Li mengorak langkah dengan menubuhkan NGO baru diberi nama Angkatan Amanah Merdeka atau dipanggil Amanah.

Keputusan Ku Li menerajui  Amanah, mencetuskan teka-teki di kalangan ramai ahli politik dan penganalisis politik.

Mengapa beliau harus menyertai sebuah NGO? Apakah agenda beliau terutama ketika beliau masih dianggap seorang pemimpin Umno dan ahli parlimen BN yang memerintah?

Namun kita tidak menolak kemungkinan untuk Ku Li menubuhkan parti baru jika beliau yakin suaranya telah dipinggirkan dari arus perdana. Beliau adalah seorang ahli politik yang sudah tentu tidak boleh duduk diam. Sebab itulah beliau berani menubuhkan Semangat 46 dan kembali semula kepada Umno setelah beliau melihat dirinya tidak lagi berpengaruh semasa menerajui S46. 


Beliau adalah seorang pemimpin yang licik mencari peluang untuk meneruskan kerjaya politiknya. Mungkin beliau merasakan dirinya tidak lagi diperlukan oleh Umno, maka beliau mesti mencari 'dahan' baru. Mungkin 'dahan' itu ialah Pakatan Rakyat (PR). Samada PR menerima beliau atau parti baru beliau itu perkara kedua, yang penting beliau mesti menyediakan tapak untuk meneruskan kesinambungan perjuangan dirinya.


Malah jawapannya kepada wartawan semalam menimbulkan teka teki di mana beliau berkata adalah amat sukar untuk menyatakan apa beliau akan lakukan seterusnya.

Haji Najib dan Hajjah Rosmah SELAMAT PULANG, ubahlah PERANGAI

Perdana Menteri Haji Najib Razak dan Hajjah Rosmah serta rombongannya berlepas dari Arab Saudi untuk kembali ke tanah air, awal hari ini.


Pesawat yang membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor serta rombongan itu berlepas dari terminal Royal Pavilion Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdulaziz kira-kira jam 1 pagi (6 pagi waktu Malaysia).



Najib bersama rombongan beliau, yang antara anggotanya termasuk bondanya, Tun Rahah Mohamad Noah serta adiknya, Datuk Mohamed Nazim dan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, tiba di Arab Saudi pada 31 Oktober lalu untuk menunaikan ibadah haji.

Kita sangat berharap sebagai Perdana Menteri Najib dapat mengubah perangai dan corak pentadbiran beliau supaya kembali kepada Islam sebagai teras undang-undang negara, sistem pentadbiran, ekonomi, pendidikan dan sebagainya.

Selain itu Najib mesti membuat perubahan drastik terhadap SPR, Kementerian Dalam Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, SPRM dan lain-lain yang diragukan ketelusan dan professionalisme mereka.


Sebagai rakyat Malaysia kita ber'gumbira' kerana Perdana Menteri selamat mengerjakan haji dan berdoa moga mendapat haji mabrur. Kita berharap setelah mendapat haji mabrur kita mohon agar Najib mengubah perangainya.

Saya menyokong penuh saranan dan cadangan Ketua Penerangan Pusat, Tuan Ibrahim Tuan Man yang menulis bahawa antara agenda besar yang rakyat ingin lihat hasil daripada mendapat haji mabrur sudah tentulah ialah tindakan susulan PM terhadap banyak penyelewengan samada daripada kroni Umno, serta pelbagai pihak lain yang terlibat yang memperolehi pelbagai projek seperti yang ditegur oleh Ketua Audit Negara dalam laporan tahunannya. 


Rakyat benar-benar kecewa setiap tahun bilamana teguran Laporan Audit Negara langsung tidak menjadi bekas bagi kerajaan BN dalam usaha untuk memperbaiki pengurusan kewangan negara.



Kalau tahun lalu, mungkinlah masih tak sedar kerana masa tersebut, PM tak pergi haji lagi. 



Namun tahun ini, sudah tentu tidak akan sama, kerana PM yang baru balik haji dengan semangat melontar jumrah sehebat melontar sifat mazmumah dalam diri, sudah pasti akan membawa pelbagai perubahan samada dalaman dan luaran, kerana ia antara tanda-tanda haji mabrur.



Lebih besar dari itu, rakyat yakin PM yang dapat haji mabrur akan hanya mengadakan pilihanraya setelah segala penyelewengan sistem pilihanraya dapat diperbaiki. 



Mana mungkin mereka yang dapat haji mabrur sanggup mengadakan pilihanraya dengan penipuan, ketidakadilan dan daftar pemilih yang tidak bersih? 



Bahkan, demi membuktikan kesan haji mabrur, PM diyakini akan mencadangkan agar celup jari dilaksanakan dalam PRU akan datang untuk menghalang penyelewengan dalam bentuk undi hantu dan undi berganda. Kesemua ini petanda haji mabrur, selain amalan peribadi yang bertambah baik dengan amalan tahajud, zikrullah dan munajat berterusan.



Begitu jugalah dengan isteri PM, rakyat sudah pasti berharap dapat menyaksikan perubahan besar dari sudut kesederhanaan dalam kehidupan seharian beliau. Diyakini selepas pulang kali ini, diharap beliau tidak terpalit lagi dengan cerita beg tangan berjenama mahal, rantai mutiara, cincin mahal yang menjadi lambang persepsi rakyat terhadap pemborosan beliau, kerana semua ini diyakini akan dapat dikikis dengan haji mabrur. 



Yang lebih penting, rakyat sedang menanti dengan penuh debar melihat keterampilan wajah baru isteri PM dengan bertudung sepanjang masa di luar rumah, selaras dengan kesan haji mabrur. Di samping itu, mungkin tiada lagi kedengaran desas desus campurtangan beliau dalam  dalam pentadbiran negara.



Perubahan ini sebenarnya bukanlah sesuatu yang terlalu sukar untuk dilaksana kerana sepanjang berada di Mekah dan Madinah, beliau sentiasa bertudung lingtup menutup aurat semasa menjalankan ibadah haji. 



Kalau semua ini berlaku, jangan terkejut kalau ada rakyat yang cukur kepala, bayar nazar atau ada kambing yang kena sembelih sebagai tanda kesyukuran. Namun, jangan sembelih dahulu, sehingga kita dapat lihat tanda-tanda haji mabrur itu berlaku.

MEMALUKAN : Penerbangan FIRE FLY dibatalkan dari Lapangan Terbang Melaka


Ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Keroh, Khoo Poay Tiong menyatakan bahawa semua penumpang Fire Fly dari Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam yang menempah tiket sebelum ini menerima sms pembatalan penerbangan dari syarikat tersebut. 


"Semua penumpang berasa hampa kerana mereka seolah-olah ditipu oleh Kerajaan Melaka dan Fire Fly kerana mereka dijanjikan bahawa syarikat itu akan beroperasi seperti yang dijadualkan, sebab itulah mereka menempah tiket" 

"Sekali lagi rakyat ditipu oleh kerajaan negeri, mereka telah menerima sms dari syarikat penerbabgan menyatakan bahawa penerbangan dibatalkan dan wang mereka akan dipulangkan" tambah Khoo pada ceramah anjuran PAS di Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

Khoo juga menggesa kerajaan negeri membatalkan penubuhan Syarikat Melaka Air dengan menyewa Kapal Terbang untuk beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM). 

"Untuk mengatasi masalah tiadanya syarikat penerbangan beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Batu Berendam, kerajaan negeri menubuhkan Melaka Air dengan menyewa kapalterbang, ini merupakan tindakan membazir dan bakal menghabiskan wang rakyat:".

"Sewa kapal terbang ini sudah mesti dibayar, bagaimana jika tiada penumpang menggunakan kapal terbang yang disewa ini, sudah tentu syarikat ini akan rugi dan wang rakyat akan dibazirkan, ini bukan sewa teksi, tetapi kapal terbang sudah tentu kosnya tinggi" tegas Khoo.

Menurutnya Ketua Menteri Melaka sering menuduh Kelantan mundur dan tiada pembangunan, tetapi di Lapangan Terbang Kelantan ada 17 kali penerbangan setiap hari tetapi LTAM hanya ada 3 kali penerbangan seminggu.

Khoo juga kesal kerana Ketua Menteri sudah berkali-kali menyatakan bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Melaka (LTAM) akan beroperasi sesuai dengan tarafnya sebagai Lapangan Terbang Antarabangsa tetapi sehingga sekarang semuanya tidak menjadi kenyataan.

"Rakyat sudah banyak kali ditipu dan wang rakyat dibazirkan untuk membesarkan LTAM tetapi ia tetap juga sunyi sepi tiada kapal terbang mendarat" tegas Khoo.

Umno : Ahli Parti dan pemimpin TERKONGKONG, TIADA KEBEBASAN

Ketua Umno Bahagian Gua Musang dan Ahli Parlimen Gua Musang mengesahkan bahawa tiada kebebasan dalam Umno sekarang.

"Tak ada kebebasan tidak seperti dahulu, jadi suara dari bawah tak didengari oleh orang atas"

"Azman Attar dia bangun dia bantai sahaja" kata Ku Li dalam sidang akhbar di Parlimen semalam.

Ku Li meluahkan perasaannya terhadap kepimpinan Umno yang dilihat semakin tidak berani berhadapan dengan rakyat dalam apa juga isu.

"Sekarang ini kalau hendak berucap pada perhimpunan agung Umno pun hendaklah diluluskan oleh pimpinan" tambah Ku Li.

Kenyataan Ku Li membuktikan bahawa Umno sebenarnya adalah sebuah parti 'Yes Man' di mana ahli tidak boleh mengkritik pimpinan seolah-olah pimpinan adalah maksum dan tiada kesalahan. Sebab itulah kita lihat sekarang ini pemimpin Umno bongkak, sombong dan boleh melakukan apa sahaja kerana mereka kebal tidak boleh ditegur dan dinasihat.

Sebab itulah penyelewengan. korupsi dan penyalahgunaan kuasa berlaku berleluasa seperti dibuktikan dalam Laporan Ketua Audit Negara saban tahun.

KETUA MENTERI MELAKA ORANG TIONGHUA?

Sehari dua ini sibuk musuh politik PR menuduh bahawa PR Melaka akan melantik Ketua Menteri Melaka di kalangan orang Tionghua. Sedangkan Majlis Pimpinan PR Melaka tidak pernah pun membuat keputusan untuk melantik siapa menjadi Ketua Menteri. Siapa akan menjadi Ketua Menteri hanya akan diputuskan selepas PR menang PRU 13 di Melaka jika rakyat memberikan mandat kepada PR.

Sudah menjadi amalan mana-mana parti pun di Malaysia, tidak menamakan sesiapa pun menjadi Ketua Menteri atau Menteri Besar sebelum keputusan pilihanraya umum diketahui. BN pun tidak akan berbuat demikian. Sebagai contoh BN Melaka pun tidak menamakan siapa calon Ketua Menteri mereka sekarang walaupun ada kemungkinan Datuk Seri Mohd Ali akan berundur atau beralih angin bertanding di kerusi Parlimen pada PRU 13 nanti.

Lihat sahaja bagaimana krisis kepimpinan di Terengganu dan Perlis sebaik sahaja PRU 12 selesai. BN tidak menamakan siapa Menteri Besar kedua-dua negeri itu sebelum PRU 12 diketahui keputusannya. Penyandang jawatan ketika itu Shahidan Kassim(Perlis) dan Idris Jusoh(Terengganu) perasan mereka akan dilantik semula sebagai Menteri Besar. Tetapi sebaliknya Pak Lah melantik Isa Sabu menjadi MB Perlis dan Ahmad Said menjadi MB Terengganu. Akhirnya muncullah maki hamun kepada Raja dan pimpinan Umno/BN kerana orang yang tidak dilantik tidak puas hati.

Jadi tidak timbul siapa Ketua Menteri Melaka jika PR menang kerana perkara itu akan hanya dibincangkan selepas keputusan PRU 13 diketahui. Yang pasti PR mempunyai ramai calon berkaliber untuk diketengahkan sebagai calon Ketua Menteri jika PR menang.

Kepada musuh-musuh PR yang cuba bermain perang saraf ingatlah bahawa rakyat sudah faham benar amalan perlantikan Ketua Menteri dan Menteri Besar.

PR sudah pasti akan bertanding satu lawan satu dengan BN. PAS akan bertanding 11-13 kerusi Dun, DAP 8-10 kerusi dan PKR 7- 9 kerusi.

08 November 2011

HAJI NAJIB terlalu cepat selesai, MUFTI PERLIS PERTIKAI?

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya melahirkan rasa agak terkejut dengan laporan berita bahawa seorang pemimpin kanan negara bersama isterinya serta orang kenamaan lain telah selesai ibadat haji.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106Menurutnya, sedangkan paling awal jemaah haji akan menamatkan ibadat mereka adalah pada waktu Zohor hari ini itupun jika mereka melakukan nafar awal iaitu setelah selesai bermabit di Mina malam 11 dan 12 Zulhijjah dan melontar tiga jamrah pada dua hari berkenaan.

“Haji hanya akan selesai paling awal pada 12 Zulhijjah atau Selasa 8 nov. Bagi yang melakukan Nafar Thani dan mahu melengkapkan tempoh bermabit dan melontar  di Mina mereka akan selesai haji pada 9 November bersamaan  13 Zulhijjah.

“Melainkan kalau yang berkenaan tidak mahu menyelesaikan urusan wajib haji yang dua di atas dan hanya mahu membayar dam atau denda akibat tidak selesaikan wajib haji. Itu hal lain,” kata mufti itu dalam satu kenyataan kepada Malaysiakini.

Bernama pada Ahad lalu, melaporkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor selesai menunaikan ibadah pada 6 November.

hajj pilgrimage haji pilgrimage 040107 masjidil haramLaporan itu berdasarkan twitter Najib yang menulis: "Alhamdulillah urusan haji kami sudah selesai."

Menunaikan rukun Islam kelima itu bersama Perdana Menteri ialah ibu beliau, Tun Rahah Mohamad Noah dan adik Najib, Datuk Mohamed Nazim, serta Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Andul Kadir.

Mengulas laporan itu, Juanda berkata pihak berkuasa perlu memberikan penjelasan supaya rakyat tidak terkeliru.

“Sesuatu perlu diperjelaskan? Kita mahukan VVIP kita mendapat nasihat agama yang benar, bukannya hanya ikut ikutan sahaja.

“Jika tidak ia akan memalukan VVIP berkenaan dan Malaysia sebagai sebuah negara Islam,” katanya lagi 


Saya mengharapkan Menteri Agama, Jamil Khir dan Jakim memberikan penjelasan terhadap kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya ini kerana ianya melibatkan kepentingan Haji Perdana Menteri kita dan 'Wanita Pertama' kita yang sangat di'sayangi' ini. Jangan nanti haji mereka terjejas hanya kerana tiada teguran dari Menteri Agama dan Jakim.


Kita semua mahukan Haji Najib dan Hajjah Rosmah selesai mengerjakan haji dengan sepenuhnya tiada cacat celanya.


Sumber : Tukar Tayar Baru, Malaysiakini dan Bernama

PRU 13 : Masa SEMAKIN HAMPIR unttuk Haji Najib dan Hajjah Rosmah umumkan BUBAR PARLIMEN

Datuk Seri Haji Najib dan Datin Seri Hajjah Rosmah Mansor telah selesai mengerjakan haji dengan aman dan tenteram tanpa kesesakan dan kepayahan seperti orang lain. Semoga Allah memberikan haji mabrur dan membuka pintu hatinya untuk menerima Islam sebagai asas perjuangan dan menegakkan undang-undang Islam di muka bumi Malaysia ini.

Sekarang merupakan masa yang mendebarkan dan ditunggu-tunggu oleh sekelian hamba rakyat kerana mungkin Tuan Haji Najib dan Hajjah Rosmah untuk mendapat ilham untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada Pilihanraya Umum ke 13.

Mungkin juga Haji Najib dan Hajjah Rosmah akan singgah di India bagi mendapatkan tambahan ilham bagi menguatkan keyakinan beliau untuk membubarkan parlimen. Ramai berpendapat Haji Najib akan membuat pengumuman penting pada 11 November 2011 (11.11.11) iaitu pada tarikh nombor kegemaran Haji Najib iaitu sebelas (Eleven).

Jadi semua hamba rakyat kena bersedia untuk membuat perubahan walaupun Haji Najib dan Hajjah Rosmah Mansor telah melakukan pelbagai usaha samada yang halal atau tidak halal bagi memastikan kuasa Haji Najib dan Hajjah Rosmah tidak terlepas ke pihak lain. Namun Haji Najib dan Hajjah Rosmah kena ingat kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Firman Allah " Mereka merancang, Allah juga merancang, Perancangan Allah adalah lebih baik". Kerajaan Namrud, Firaun dan lain-lain yang jauh lebih gagah ditumbangkan oleh Allah dengan sehina-hinanya begitu juga dengan kerajaan diktator dunia moden semuanya tidak kekal.

TARIF ELEKTRIK NAIK : Rakyat terus terkorban?

NONESempena Hari Raya Korban, kemungkinan besar rakyat akan terus terkorban? Ini kerana kita semua baru sahaja mendengar laporan bahawa TNB mengalami kerugian. Adakah ini menandakan bahawa rakyat akan terus dibebankan dengan kenaikan tarif hanya kerana kegagalan syarikat tersebut menguruskan perniagaannya dengan baik. Atau adakah laporan itu dibuat bagi mengHALALkan kerajaan meluluskan permohonan TNB uintuk menaikkan tarif elektrik?

Malaysia hari ini melaporkan Tenaga Nasional Bhd (TNB) dilaporkan menghadapi masalah aliran tunai yang gawat dan bergelut untuk membayar kos tinggi bahan api alternatif.

Menurut laporan akhbar the Star hari ini, keadaan itu disebabkan kekurangan bekalan gas yang berlaku kali ini pada skala yang lebih besar.

Terdapat cadangan bagi kos berkenaan dikongsi bersama berdasarkan pengalaman sebelum ini pada tahun 2002, iaitu pada nisbah 40:30:30, yang akan ditanggung oleh pembekal gas Petroliam Nasional Bhd (Petronas), TNB sendiri dan pengeluar tenaga bebas (IPP). Namun pihak-pihak tertentu memilih mengabaikannya.

Menurut the Star, TNB mendakwa firma utiliti gergasi itu tidak lagi mampu untuk membayar manakala IPP pula berpendirian bukan tanggungjawab mereka untuk membayar.

07 November 2011

Masa untuk berkorban dengan lebih hebat

Kita baru sahaja menyambut Hari Raya Korban semalam. Manifestasi dari sirah Nabi Ibrahim A.S yang sanggup mengorbankan anaknya Nabi Ismail, maka apalah sangat pengorbanan yang kita persembahkan kepada Islam hanya sekadar dengan tenaga, idea, masa dan harta serta mungkin juga nyawa.

Oleh itu marilah sama-sama memperhebatkan pengorbanan dan jihad kita untuk menegakkan Islam di bumi Malaysia ini. Umat Islam Malaysia khasnya dan dunia amnya menanti pengorbanan kita semua untuk membebaskan umat dari belenggu perhambaan kepada sesama manusia kepada perhambaan kepada Allah S.W.T
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter