.

.

03 October 2008

KIT SIANG ZIARAH HJ HADI, PAKATAN RAKYAT KIAN INTIM ~ Ref Malaysiakini

Sebelum ini ramai pemerhati politik tidak menjangkakan PAS dan DAP akan berbaik semula selepas DAP keluar dari Barisan Alternatif selepas Pilihanraya Umum 1999. Semua orang tahu DAP cukup anti dengan Prinsip Negara Islam PAS dan acapkali pemimpin Kanan DAP membuat kenyataan tidak akan bersama dengan PAS kerana isu negara Islam.

Manakala di pihak PAS tiada masalah, PAS boleh berkawan dan berbincang dengan sesiapa jua hatta dengan Umno. Namun PAS mempunyai prinsip. Dalam setiap persahabatan dan perbincangan PAS tetap berpegang kepada prinsipnya iaitu tidak menggadaikan Islam. Sebab itu PAS awal-awal lagi menolak untuk bergabung dengan BN kerana BN jelas menolak Islam, Keadilan, ketelusan dan kebajikan. Sebaliknya BN terus bangga dengan dasar pragmatik bertunjangkan kezaliman, rasuah, penyalahgunaan kuasa, kronisme dan sebagainya.

Atas dasar prinsip perjuangan dan persahabatan PAS tidak pernah memungkiri janji setia persahabatan. Fakta jelas tidak dapat disangkal oleh sesiapa. Sejarah telah membuktikan bukan PAS yang sengaja keluar dari BN, Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif (BA) tetapi parti-parti sahabat yang tidak setia atau keluar dari gagasan dan gabungan tersebut. PAS tetap setia.

BA akhirnya bercerai berai dengan ditunjangi oleh PAS dan PKR setelah DAP keluar, APU berkubur tanpa nesan setelah Semangat 46 keluar dan tutup kedai.

Namun atas prinsip perjuangan menegakkan keadilan dan menjamin kebajikan rakyat PAS tetap komited untuk bersahabat dan 'berkahwin' lagi walaupun sudah beberapa kali bercerai.

Apabila PKR meneruskan hubungan dengan DAP, PAS tidak menentang malah bersedia untuk berbaik bila-bila masa. Oleh sebab itulah PAS bersedia untuk menganggotai kerajaan campuran di Selangor dan Perak sebaik sahaja Pilihanraya Umum ke 12 selesai walaupun sebelum itu PAS tidak mempunyai hubungan rasmi dengan DAP. Bayangkan betapa terbukanya PAS. Ini yang tidak dapat difikirkan oleh pemikir-pemikir BN yang menelek bahawa kerajaan PR terutama di Selangor dan Perak tidak akan bertahan lama. Namun semua jangkaan meleset.

Apabila Anwar melaung-laungkan hasrat untuk menubuhkan kerajaan perseketuan yang baru menggantikan kerajaan 'puaka' BN, PAS tanpa berlengah terus memberikan sokongan tidak berbelah bahagi. Malah muktamar PAS di Ipoh pada pertengahan bulan Ogos lalu telah memberikan 'endorsement' bahawa PAS komited untuk bersama-sama menubuhkan kerajaan.

Namun begitu PAS tetap dengan prinsip perjuangannya bahawa kerajaan baru yang akan ditubuhkan kelak mestilah meletakkan Islam sebagai tunjang atau setidak-tidak kerajaan baru itu didominasikan oleh orang Islam. PAS juga memberi peringatan bahawa kerajaan baru mestilah dibina di atas asas Islam, jangan sampai nanti berlaku seperti di Indonesia di mana anggota Gerakan Islam yang berjuang menuntut kemerdekaan tetapi bila merdeka Gerakan Islam dan Islam itu sendiri diketepikan. Malah PAS juga memberi amaran supaya kerajaan yang baru mestilah lebih baik dari kerajaan bobrok, zalim, rasuah dan tidak telus seperti kerajaan BN yang diruntuhkan.

Alhamdulillah kita melihat Pakatan Rakyat semakin intim baik di peringkat pusat maupun diperingkat kerajaan negeri-negeri. Walaupun pelbagai isu dilontarkan oleh musuh tetapi PR semkain utuh, intim dan matang.

Keintiman ini terbukti apabila jarang sekali kita mendengar kenyataan-kenyataan yang bercanggah antara pemimpin-pemimpin utama parti-parti komponen PR. Kalau sebelum ini mereka menggunakan media (atau dipergunakan oleh media) untuk berbalas-balas tuduhan dan cacian kini ianya jarang kelihatan malah tiada langsung.

Semalam keintiman DAP dan PAS kian terserlah apabila Pemimpin Kanan DAP, YB Lim Kit Siang menziarahi Presiden PAS, YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dirumahnya di Kampung Rusila, Marang.

Menurut Buletin Online kunjungan Kit Siang itu diiringi oleh rombongan anggota DAP Terengganu. Mereka tiba di rumah Tuan Guru kira-kira jam 9.27 malam.

Dalam kunjungan itu, sambil beramah mesra mereka mengambil kesempatan untuk berbincang mengenai pelbagai isu politik negara dan hal ehwal semasa termasuk perkembangan Pakatan Rakyat dan pelan peralihan kuasa.

Kesedian YB Kit Siang menziarahi Tuan Guru merupakan suatu perkembangan yang amat sihat dan baik demi masa depan PR. Ianya akan lebih meyakinkan rakyat bahawa tiada lagi masalah antara PAS dan DAP. Yang menangis ialah BN dan Umno kerana siang malam mereka mengharapkan PAS bercakaran dengan DAP.

Turut bersama dalam pertemuan sempena kunjungan itu adalah Pesuruhjaya PAS Terengganu, Datuk Mustafa Ali dan Pengerusi Penaja DAP Kuala Terengganu, Ng Chai Hing.

Ng Chai Hing sendiri sememangnya bukan orang baru kepada PAS kerana beliau pernah menjadi Pembantu Khas kepada Tuan Guru Hj Hadi semasa Tuan Guru menjadi Menteri Besar Terengganu dari 1999-2004.

Beliau antara pemimpin DAP yang memilih untuk keluar dari DAP setelah DAP tidak membenarkan ahli-ahlinya memegang jawatan dalam pentadbiran kerajaan negeri Terengganu ketika itu.

Kini Chai Hing kembali menyertai DAP dan menubuhkan Penaja DAP di Kuala Terengganu. Adalah diharapkan semakin ramai kaum Tionghua menyertai DAP dalam usaha PR untuk merampas semula negeri Terengganu.

SEORANG LAGI MASUK KUMPULAN 'GILA' DAN TERGILA-GILA ~ Ref Malaysiakini

Bila nafsu dan kemahuan tidak dapat dikawal maka diri sendiri akan perasan bahawa akulah seorang yang hebat, ramai penyokong, pandai mentadbir, berkarisma, berilmu, petah berdebat dan macam-macam lagi. Walaupun hakikat sebenar dia tidaklah hebat seperti yang disangkakan oleh dirinya sendiri.

Malang sungguh Umno dan rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin yang perasan hebat begini.

Sebab itulah hari ini seorang lagi masuk kumpulan 'gila' dan tergila-gila akan jawatan Timbalan Presiden Umno. Lantaran takut-takut terlambat Naib Presiden Umno, Ali Rustam bingkas bangun menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno. Kesian kepada Ketua Menteri Melaka ini yang perasan dirinya hebat.

Oleh kerana takut dan bimbang jika benar-benar Pak Lah tidak mahu bertanding jawatan Presiden pada Persidangan Agung Umno Mac 2009 dan jawatan Timbalan Presiden akan kosong, maka Ali Rustam bangkit menonjolkan diri supaya dicalonkan untuk jawatan tersebut.

Jadi selepas ini kita akan dapat menyaksikan satu lagi episod drama Ali Rustam berkempen untuk mendapatkan pencalonan jawatan Timbalan Presiden dan juga berkempen untuk mendapatkan undi dari para perwakilan semasa Persidangan Agung Umno Mac 2009 nanti.

Untuk berkempen bagi mendapatkan pencalonan Timbalan Presiden atau Naib Presiden maka Ali Rustam sudah tentu mengaturkan strategi sebelum ini lagi. Lihat sahaja bagaimana Ali Rustam sudah menjelajah serata Malaysia sejak akhir-akhir ini. Malah saya yakin beliau akan bertambah ligat jika Pak Lah jadi berhenti nanti.

Maka masing-masing terutama ahli-ahli Kumpulan 'Gila' dan Tergila-gila ini tidak sabar-sabar menanti pengumuman Pak Lah samada berhenti atau terus memegang jawatan keramat idaman orang 'Gila' dan tergila-gila ini.

Hari ini Bernama melaporkan bahawa Ali Rustam menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti Mac depan.

Menurutnya, beliau sedia bertanding sekiranya ada kekosongan jawatan timbalan presiden parti.

Ali berkata beliau menawarkan diri (bertanding jawatan itu) ketika dihubungi Bernama siang tadi.

Mohd Ali, 59, yang juga Ketua Menteri Melaka sebelum ini menawarkan diri bertanding mempertahankan jawatan naib presiden yang dimenanginya kali pertama sewaktu pemilihan parti pada 2004.

Pengumuman Mohd Ali hari ini, meletakkan beliau sebagai pemimpin kedua, selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi yang menyatakan hasratnya bertanding Timbalan Presiden Umno pada pemilihan Mac depan.

30,000 RAKYAT BANJIRI RUMAH TERBUKA Ir NIZAR, BUKTI PR SEMAKIN DITERIMA ~ Ref Malaysiakini

Seramai 30,000 rakyat dilaporkan memeriahkan rumah terbuka YAB Dato Seri Menteri Besar Perak, Ir Mohd Nizar Jamaluddin, pada Hari Raya pertama lalu. Kesudian rakyat jelata negeri Perak untuk bersama-sama menghadiri rumah terbuka YAB membuktikan bahawa rakyat negeri Perak semakin sedar bahawa kerajaan PR jauh lebih baik dari kerajaan BN Perak pimpinan Tajol Rosli sebelum ini.

Hakikat bahawa ketelusan, keikhlasan dan keadilan kerajaan PR semakin disedari dan diterima oleh rakyat sejak PR mengambilalih tampuk kerajaan Negeri Perak dari BN yang sudah menjadi 'puaka' kepada rakyat sehingga rakyat seringkali dianak tiri dan dinafikan hak mereka.

Sebab itulah kerajaan PR dengan sedikit kuasa yang ada sudah melaksanakan beberapa program yang jelas menyenangkan hati rakyat. Antaranya :-

1) Geran Hak Milik untuk rakyat yang menduduki kampung-kampung baru sejak puluhan tahun lalu.

2) 1000 hektar tanah diberikan kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan 400 hektar tanah untuk Sekolah Jenis Kebangsaan Cina

3) Penghapusan saman MPT sebelum dan sehingga tarikh kemenangan PR

4) Bantuan Perkapita untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang dihentikan BN diberikan semula oleh kerajaan PR

5) Keprihatinan kerajaan terhadap masalah rakyat samada bencana alam seperti banjir, kebakaran jauh lebih baik dari kerajaan BN

6) Kelas-kelas pengajian agama di surau dan masjid-masjid disuburkan dengan lebih hebat

7) Ketegasan kerajaan kepada para pentadbir dan pegawai kerajaan lebih telus dan baik contohnya Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan diminta meletakkan jawatan kerana salah laku terlibat dengan habuan seks.

8) Air Percuma untuk 20 liter padu bagi rakyat miskin

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya sebutkan di sini.

Insya Allah jika rakyat negeri Perak terus memberikan sokongan kepada kerajaan PR ini maka sudah tentu lebih banyak program kebajikan dan meningkatkan kesejateraan rakyat akan dilakukan.

Ini jauh berbeza dengan BN yang diberikan peluang memerintah selama 51 tahun tetapi bukan sahaja gagal mendaulatkan Islam dan Melayu malah menekan dan menghimpit semua rakyat dengan peraturan dan program yang tidak menguntungkan rakyat.

GERAKAN AYUH TINGGALKAN PERAHU YANG BOCOR ~ Ref Malaysiakini

Saya menyarankan Gerakan supaya keluar dari BN serta merta tanpa berfikir panjang kerana perahu BN sudah lama bocor. Tidak ada gunanya berbahas dan berdebat pada Persidangan Agung Parti itu kerana ianya membuang masa sahaja.

Apa lagi yang hendak ditunggu kerana rakyat sudah jelas menolak BN pada Pilihanraya Umum ke 12 dan Pilihanraya Kecil Permatang Pauh.

Gerakan sendiri kalah teruk pada pilihanraya umum ke 12 lalu di mana Pulau Pinang yang menjadi 'markaz' mereka pun terlepas dan Gerakan hanya menang 2 kerusi (batu nesan) Parlimen.

Malah majoriti ahli Gerakan juga mahukan parti itu keluar dari BN. Perkara ini dinyatakan sendiri oleh Pemangku Presiden Gerakan Koh Tsu Kon. Jadi sudah sewajarnya Gerakan meninggalkan BN tanpa perlu berbahas atau berbincang dengan panjang lebar.

Saya bimbang jika Gerakan tidak mengambil tindakan yang cepat dan tepat akhirnya Gerakan akan menjadi pembangkang tidak berapa lama lagi.

Sejak akhir-akhir ini Gerakan sendiri jelas sering mempunyai pandangan yang berbeza dengan Umno dan BN dalam isu-isu seperti ISA, isu perkauman dan lain-lain. Jadi sudah sampai masanya Gerakan keluar dari BN tanpa menoleh kebelakang.

Hari ini media melaporkan bahawa Tiada usul dikemukakan untuk membincangkan kemungkinan Gerakan meninggalkan Barisan Nasional dalam persidangan perwakilan tahunannya minggu depan.

Setiausaha Agungnya Datuk Seri Chia Kwang Chye berkata, tiada negeri mencadangkan usul itu dalam pertemuan parti itu pada 10-12 Oktober.

Ahad lalu, pemangku Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata, sentimen 60 peratus ahli mahukan ia meninggalkan BN.

Pemuda Gerakan Kedah mencadangkan satu mesyuarat agung khas (EGM) diadakan bagi membincangkan kehendak majoriti ahli parti itu.

Bagaimanapun Koh hari ini dilaporkan berkata isu tersebut akan dibincangkan secara dalaman.

Chia juga berkata, walaupun tanpa usul keluar BN, isu itu mungkin akan turut dibahaskan oleh beberapa perwakilan.

TEMBAKAN HARI RAYA

Sahabat saya Hasbullah Ludin dari Kg Berchang hampir maut terkena tembakan dari seorang anggota Polis pada hari raya pertama lalu. Alhamdulillah, Allah masih memanjangkan nyawa beliau apabila tembakan tersebut hanya menembusi cermin keretanya apabila beliau sempat menundukkan kepalanya.

Hasbullah yang dalam perjalanan untuk menunaikan solat sunat Aidil Fitri di Telemin, Padang Tengku.

Mengikut ceritanya beberapa buah kereta telah ditembak oleh anggota Polis tersebut yang seolah-olah 'gila'.

Akhirnya anggota Polis tersebut ditangkap oleh sepasukan Polis dari Balai Kuala Lipis.

MENJELANG PEMILIHAN UMNO, SEMAKIN RAMAI YANG 'GILA' ~ Ref Malaysiakini

Menjelang pemilihan Umno Pusat semakin ramai yang tergila-gila untuk bertanding jawatan-jawatan tertentu di dalam Umno.

Malah kegilaan mereka ini mesti dimulakan dari sekarang kerana penentuan layak atau tidak bertanding akan diputuskan oleh mesyuarat Umno Bahagian yang akan bermula 6 hari lagi iaitu pada 9 Oktober ini.

Maka oleh kerana mesyuarat bahagian-bahagian akan bermula dalam jangka masa terdekat makan semakin ramai yang 'gila' dan tergila-gila jawatan tertentu kerana mereka menang dan seterusnya memegang jawatan dalam Umno bermakna hidup mereka di dunia akan senang, mewah dan ada kuasa. Inilah yang dicari oleh manusia yang hidup atas dunia yang tidak berpaksikan kepada perjuangan Islam.

Kita sedih apabila jawatan-jawatan ini dijadikan matlamat perjuangan kerana mereka memandang bahawa ada jawatan, ada projek, ada pangkat ada fuluss kerana di dalam Umno memang itu yang dijadikan syllabus tarbiyah mereka.

Maka oleh kerana sudah 'gila' dan tergila-gila dengan jawatan maka apa sahaja kaedah dan cara digunakan untuk menang dalam perebutan jawatan tersebut. Halal Haram letak tepi kerana di dalam Islam Hadhari seolah-olah politik tidak ada kena mengena dengan agama. Islam suku politik suku. Walaupun sejak akhir-akhir ini mereka menafikan dakwaan ini tetapi hakikatnya prinsip Islam suku Politik suku masih menebal dalam akidah perjuangan mereka sebab itu apa sahaja tindakan bagi memastikan mereka berkuasa masih diteruskan walaupun tindakan tersebut zalim dan jelas bertentangan dengan Islam.

Hari ini(semalam)seorang lagi pemimpin Umno masuk golongan 'gila' dan tergila-gila untuk bertanding jawatan utama dalam Umno. Beliau ialah Menteri 'Agama' dalam kabinet Dollah Badawi iaitu Zahid Hamidi yang tidak zahid (tidak zuhud). Beliau dengan yakin menyatakan bahawa akan untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno dan bersedia untuk dicalonkan ke jawatan nombor dua paling berkuasa dalam kerajaan.

Syabas Zahid kerana menyertai golongan 'gila' dan tergila-gila ini. Moga-moga selepas ini lebih ramai lagi akan menyertai engkau masuk group 'gila ' dan tergila-gila ini.

SHEIH KICKDEFELLA SEMAKIN HEBAT MENGANCAM ~ Ref Malaysiakini

Semenjak memasuki 'tuisyen' Polis iaitu tidur di lokap atas dakwaan melanggar akta hasutan Blogger Syed Azidi, tuan punya Blog Kickdefella semakin hebat, berani dan mengancam. Nampaknya 'tuisyen' Polis selama 3 hari 2 malam (kalau tidak silap) menampakkan hasil di mana Sheih (nama cembongannya) semakin berani membuat dakwaan terhadap Dollah Badawi.

Antara dakwaan Sheih dalam posting menjelang hari raya ialah :-

1) Beliau meminta Dollah Badawi menafikan bahawa beliau pernah menerima RM200 juta dari isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, sebahagian dari komisyen urus niaga kapal selam berjumlah RM500 juta yang didakwa diterima oleh Abdul Razak Baginda.

2) Sheih juga mendakwa penyiasat persendirian yang menghilangkan diri, P. Balasubramaniam, menerima RM5 juta dari Rosmah untuk menutup mulutnya.

3) Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta.

4) Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya," dakwa blogger itu.

5) Saya diberitahu bahawa sebelum lawatan Najib ke beberapa negara Eropah, beliau menulis kepada kedutaan Perancis, Itali dan Pesuruhjaya Tinggi British meminta mereka memberikan visa masuk ke negara mereka dari Kuala Lumpur kepada Altantunya Shaariibuu.

6) Tanya-tanyalah benarkah Datuk Kamaluddin (anak Perdana Menterilah, siapa lagi!) adalah "agen rahsia" bagi pihak Eurocopter.

7) Tanya-tanyalah juga adakah benar urusniaga Eurocopter itu akan membolehkan Kamaluddin meraih sebesar RM250 juta setahun untuk 30 tahun akan datang.

Nampaknya junior saya ini semakin kental dan tidak takut ancaman Kerajaan Zalim BN yang berusaha untuk menutup mulut rakyat dan bloggers.

Syabas Syed Azidi, Pentadbir Universiti Apeks kita, siswazah dan mahasiswa Universiti Apeks kita (betul ke ejaan tu?) sudah tentu berbangga mempunyai graduan yang berani dan hebat begini.

Syabas semoga lebih ramai lagi graduan kelahiran Minden yang berani berkata benar.

NAJIB PALING DIBENCI RAKYAT ? ~ Ref Malaysiakini

Daripada 946 responsden yang mengundi 'survey' yang saya jalankan di Blog ini lebih dari separuh membenci Najib iaitu 539 atau 56 % mengundi bahawa Najib adalah pemimpin yang mereka paling benci. Mengapa saya pun tidak tahu.

Pemimpin kedua paling dibenci ialah Dollah Badawi iaitu mendapat 248 undi atau 26 %, manakalan Pengerusi DAP Karpal Singh, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang masing-masing memperolehi 57 (6%), 45 undi (4%) dan 39 undi (4%).

Pemimpin paling kurang dibenci ialah Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang yang mendapat 18 undi atau 1%.

Keputusan ini walaupun tidak menggambarkan persepsi keseluruhan rakyat Malaysia tetapi apa yang memeranjatkan ialah kebencian rakyat kepada Najib yang dikatakan bakal menggantikan Dollah menjadi Perdana Menteri dalam waktu terdekat. Ini membuktikan bahawa Najib bukanlah pemimpin yang disukai ramai, malah beliau adalah pemimpin yang paling dibenci oleh ramai rakyat Malaysia.

Percayakah Abdullah begitu mudah mengalah? ~ Ref Malaysiakini

Anda percayakah Abdullah telah melepaskan kuasa kepada Najib Razak? Saya tidak percaya, Abdullah tidak semudah itu akan melepaskan kuasa menjelang 9 Oktober depan. Walaupun laporan media cenderung membuat berita, analisis seolah-olah Abdullah sudah melepaskan kehilangan arah dan sedia melepaskan kuasa kepada Najib, saya tidak mempercayainya, tidakkah kita mengenali Abdullah sebagai seorang PM yang sering berubah pendiriannya? masih ingatkan kita Abdullah pernah berkata pembubaran Dewan Rakyat tidak akan berlaku sebagaimana diramalkan dan disemua media menyiarkan dimuka hadapan kenyataan Abdullah itu, tiba -tiba pada jam 12 .30 tengah hari Abdullah esoknya tanpa malu dia mengistiharkan pembubaran Dewan Rakyat dan pilihan raya umum ke 12 berlaku pada 8 March lalu?

Kini media sibuk melaporkan kononya peralihan kuasa Abdullah-Najib akan berlaku bila-bila masa sahaja sekarang, para penyokong Najib sudah mula menunjukkan taringnya dimana-mana, para penyokong Abdullah terduduk hiba meniti hari untuk diratah penyokong Najib yang mula naik tocang itu sedang Abdullah diam membatu.. sedih.

Saya tidak fikir Abdullah menerima segala perlakuan penyokong Najib itu, Abdullah diam bukan bererti beliau sudah kalah dan bersedia untuk meninggalkan Mahligainya itu, Abdullah diam buat seketika untuk mengenal pasti siapa pentokong Najib! Saya juga tidak fikir Abdullah mahu mewarisi negara kepada 'tokoh' seperti Najib yang dikenali dan diketahuinya mempunyai banyak masalah peribadi dan dipertikaikan itu.

Masakan Abdullah mahu mewarisi negara ini kepada tokoh seperti itu, Abdullah tahu dia lebih baik dari Najib dari semua segi? Abdullah lebih faham agama daripada Najib, Abdullah lebih bersih daripada Najib, Abdullah tiada skandal seperti yang Najib ada? Abdullah berjaya membimbing Isterinya Jean Abdullah sehingga meletakkan tudung diatas kepala berbanding Najib yang terus gagal meletakan tudung diatas kepala Rosmah!.

Jadi kenapa Abdullah harus pergi? Apa pun kesilapan Abdullah mungkin kerana terlalu memanjakan anak menantunya, Abdullah hanya ada dua anak, Kamaluddin dan Norie, justeru dia memanjakanya sehingga dilihat tidak bersih oleh musuh politiknya, tetapi bagaimana pula dengan Najib? Saya pasti akhirnya Abdullah akan bangkit mempertahankan haknya, kedudukan politiknya tidak boleh ditentukan bekas bosnya Mahathir, Mahathir pun bukan bersih,malah pekung Mahathir jauh lebih busuk daripada Abdullah memang layak Abdullah tidak memperdulikan bekas bosnya itu.

Rekod siapa lebih buruk antara Abdullah dan Mahathir? siapa lebih ramai menyumbat orang kedalam ISA? jawapanya Mahathir .... tetapi malang bagi Abdullah dia tidak membebaskan mangsa ISA yang ditangkap Mahathir... jikalah Abdullah membebaskan semua tahanan dan mengundang mereka semua ke Putrajaya dan meraikan mereka sudah tentu Mahathir akan merasa Abdullah telah menumbuk dadanya dengan suatu tumbukan padu .... kesilapan Abdullah juga ialah dia mengekalkan sebahagian besar daripada menteri Mahathir didalam kabinetnya.

Tetapi masa masih ada bagi Abdullah untuk memperbetulkan semuanya, Abdullah boleh membebaskan semua tahanan ISA mulai hari ini dan meraikan mereka berbuka dan berhari raya di Putrajaya..pasti imej Abdullah akan melonjak, Abdullah juga perlu menjalankan hubungan mesra dengan negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Abdulah wajar membuat kunjungan hurmat kepada Menteri besar Selangor, Perak, Kedah Pulau Pinang dan Kelantan ... media arus perdana perlu menyiarkan kunjungan Abdullah itu secara langsung. Abdullah juga boleh mengadakan pertemuan empat mata dengan Anwar Ibrahim bagi membincangkan peralihan kuasa BN-Pakatan.

Jikalah Abdullah melaksanakan cadangan ini pastinya ia akan melukakan hari Najib dan Mahathir sekaligus.... dalam pertemuan itu Abdullah jangan lupa membawa menantunya Khairy Jamaluddin, biar Khairy kenal siapa dirinya berbanding Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Khairi kena pakaikan tudung kepada isterinya Norie.... kan anggun! ...

Selamat Hari raya maaf zahir batin.

http://darigaunghati.blogspot.com

02 October 2008

HARI RAYA DISAMBUT SEDERHANA TETAPI MERIAH ~ Ref Malaysiakini

Tahun ini merupakan tahun malang bagi rakyat Malaysia apabila tidak habis-habis didera oleh kerajaan BN yang tidak peka dan sensitif dengan kesengsaraan rakyat. Rakyat dibebankan dengan kenaikan harga minyak dan barangan keperluan harian.

Walaupun begitu rakyat terpaksa juga mengharungi keganasan dan kezaliman BN ini dalam merayakan Aidil Fitri tahun ini. Jelas majoriti rakyat amat berhati-hati dalam berbelanja.

Saya sendiri seperti biasa bersikap bersederhana dalam menyambut Aidil Fitri tahun ini. Tahun ini saya tidak membeli baju raya atas tanda protes kepada kezaliman kerajaan BN yang menindas rakyat. Biarlah orang lain bergaya dengan baju raya terutama pemimpin kerajaan BN kesana kemari dengan baju raya dan menggunakan kenderaan yang dibiayai oleh duit rakyat, membuat rumah terbuka dengan elaun yang dibiayai rakyat dan sebagainya.

Saya tetap tidak membeli baju raya biarkan diminta berkali-kali oleh isteri dan anak-anak. Tak apa biar abang dan abah pakai baju buruk tahun ini jawabku kepada keluargaku yang bertanya tak beli baju raya.

Tahun ini seperti biasa saya berhari raya di kampung halaman. Pada malam 1 Syawal (Selasa Malam Rabu), saya sempat ke Pekan berdekatan kampung halaman isteri. Memang ramai yang datang setiap kali malam raya. Kebanyakan ingin mencari kuih raya lelong. Juga mereka yang membuat persiapan menyambut hari raya 'last minute', malam itu digunakan oleh mereka untuk membeli baju raya dan kuih raya.

Terdetik di dalam hatiku bilakah kesengsaraan rakyat yang didera oleh kerajaan BN ini akan berakhir. Rakyat semua sedang menanti kelahiran kerajaan baru menggantikan kerajaan zalim ini.

01 October 2008

JAMUAN RAYA DAN RUMAH TERBUKA JADI MEDAN BERKEMPEN UMNO ~ Ref Malaysiakini

Hari Raya tahun ini merupakan perayaan yang paling sibuk bagi pimpinan dan ahli-ahli Umno yang sememangnya tamakkan kuasa dan pangkat. Sudah tentu perayaan kali ini akan digunakan sebagai medan untuk berkempen bagi pimpinan dan ahli-ahli Umno yang menawarkan diri untuk bertanding pada pemilihan Bahagian-Bahagian Umno yang akan bermula 9 hari dari hari ini.

Bagi calon-calon yang akan bertanding untuk jawatan Ketua, Timbalan Ketua dan Naib Ketua Bahagian serta AJK sudah hari raya tahun ini merupakan sambutan yang paling sibuk yang pernah mereka sambut. Sudah tentu puluhan atau mungkin ratusan jamuan hari raya dan rumah terbuka akan ditaja oleh mereka. Begitu juga dengan sesiapa yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden hinggalah di peringkat Ahli Majlis Tertinggi di peringkat pusat. Sudah tentu mereka akan berkempen habis-habisan untuk mendapatkan pencalonan.

Sudah tentu ada yang menghabiskan ratusan ribu malah diberitakan ada yang menghabiskan jutaan ringgit untuk berkempen pada masa-masa lalu. Banyak betul duit mereka ini. Mana mereka dapat duit sebanyak itu? Cara Halal atau Haram?

Selain dari rumah terbuka dan jamuan Hari Raya ini puak-puak yang tidak bermaruah ini menggunakan pelbagai cara untuk berkempen. Ada yang menaja lawatan keluar Negara, melancong, umrah, menawarkan gelaran Datok dan sebagainya.

Pendekata Halal dan Haram tolak tepi. Yang penting aku menang jawatan yang aku mahukan dan selepas menang sudah tentu habuan lebih besar akan aku ‘sapu’. Hancur agama dan bangsa kalau kita biarkan mereka ini terus memimpin Negara yang sudah sedia akan hancur.

Ramadhan yang baru berlalu sedikitpun tidak menginsafkan puak-puak yang gila pangkat dan kuasa ini. Moga kita semua dijauhkan dari wabak ‘hubudduniya’ ini.

30 September 2008

PR BUKTIKAN KETEGASAN DAN KESUNGGUHAN PERTAHAN KERAJAAN BERSIH ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucap tahniah kepada semua Parti-parti Pakatan Rakyat yang jelas sebulat suara bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin yang memecat Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan. Tindakan itu amat sesuai dengan tindakan Zul yang mengaku menemuan habuan Seks dan menyifatkannya sebagai sedekah.

Semua pemimpin utama PR termasuk, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan Exco Kerajaan Negeri Perak, Nga Kor Ming.

Pendirian kerajaan dan pimpinan Pakatan Rakyat ini jelas membuktikan bahawa PR bukan bercakap kosong dalam mempertahankan prinsip perjuangan PR iaitu bersih, telus, amanah, adil dan berkebajikan.

Inilah bezanya antara PR dan BN. Jika di dalam BN individu yang jelas mengamalkan rasuah, rosak akhlaq dan buruk tingkah laku tetap dipertahankan dan jauh sekali diminta meletakkan jawatan atau dipecat. Contoh yang jelas bagaimana Bekas Naib Presiden Umno, Isa Samad dan Bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zaid Ibrahim langsung tidak diminta meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen walaupun jelas sudah dibuktikan bersalah. Kedua-dua mereka terus memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen sehinggalah Parlimen dibubarkan pada Feb 2008 dahulu.

Syabas dan tahniah di atas kesungguhan dan ketegasan Pakatan Rakyat yang mengotakan janji untuk menjadikan pentadbiran PR adalah telus, adil dan bersih.

Tidak syak lagi jika kesungguhan dan ketegasan ini dipertahankan sampai bila-bila sudah tentu kerajaan PR ini akan terus mendapat sokongan rakyat kerana mereka dapat melihat perbezaan ketara antara kerajaan BN dan PR.

SYABAS DI ATAS KEJAYAAN BEBASKAN ANAK KAPAL MISC ~ Ref Malaysiakini

Tiada yang lebih menggembirakan keluarga tahanan lanun di Teluk Aden selain mendapat khabar berita bahawa kesemua tahanan telah dibebaskan dengan selamat semalam. Anak-anak kapal MISC milik Malaysia tersebut telah ditahan lebih sebulan oleh lanun-lanun diperairan Somalia tesebut.

Saya yakin berita gembira ini merupakan antara berita paling manis dalam hidup tahanan dan keluarga mereka. Yang sudah berendam air mata lebih sebulan.

Kejayaan ini walaupun terpaksa dibayar dengan harga mahal amat bererti kepada keluarga tahanan serta juga rakyat Malaysia yang sentiasa berdoa agar tahanan tersebut dibebaskan. Pembebasan mereka dua tiga hari sebelum hari lebaran amat menggembirakan kita semua.
Semalam media melaporkan bahawa pihak terbabit terpaksa membayar USD4 juta setiap kapal kepada lanun-lanun tersebut bagi membebaskan tahanan-tahana rakyat Malaysia itu.
Walaupun wang tersebut nampaknya agak banyak namun nyawa tahanan dan keselamatan mereka adalah lebih mahal dan tidak boleh dijual beli.

Syabas kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha pembebasan tahanan-tahanan tersebut. Kepada MISC saya mengharapkan usaha-usaha bagi memastikan keselamatan kapal-kapal mereka dipertingkatkan pada masa hadapan.

Syabas dan tahniah sekali lagi.

29 September 2008

TAKBIR RAYA BERGEMA LAGI, NAMUN IANYA TIDAK MEMBAWA ERTI BUATKU ~ Ref Malaysiakini

Takbir raya bergema lagi buat kesekian kalinya dalam hidupku. Namun kali ini seperti beberapa tahun lalu ianya tidak memberi erti buatku kerana aku bagaikan seekor burung di dalam sangkar terkurung tanpa dibuktikan bersalah.

Jeriji besi disekelilingku masih tetap utuh dan gagah menghalangku untuk bebas ke sana ke mari. Tidak dapat kubayangkan saat bahagian di pagi raya bersama anak-anak dan isteri menyambut Aidil Fitri. Tidak dapat kubayangkan betapa bersyukurnya aku dapat memohon kemaafan dari ibu dan ayahku yang sudah dimamah usia.

Kini semuanya sudah berlalu. Sudah beberapa kali aku berhari raya sebagai banduan ISA yang tidak pernah dibuktikan bersalah. Aku sendiri tidak tahu apa kesalahanku. Aku sendiri tidak pernah kenal apa pertubuhan yang dinamakan KMM atau JI. Aku dituduh menjadi anggota KMM dan kemudian JI tanpa dibuktikan. Aku sendiri tidak tahu samada KMM atau JI yang dimaksudkan itu ujud atau khayalan semata-mata.

Aku tidak tahu berapa lama lagi akan dizalimi dan disiksa oleh Kerajaan zalim ini. Walaupun mereka telah dihukum oleh rakyat pada pilihanraya umum lalu, namun pemimpin bongkak ini masih angkuh, bongkak dan takabbur, tidak insaf. Mereka masih menzalimi kami.

Anak-anakku membesar tanpa aku disisi. Mereka hidup tidak berbapa walaupun hakikatnya bapa mereka masih hidup dan sihat walafiat.
Kini Aidil Fitri datang lagi. Aku sekali lagi gagal menunaikan tanggungjawabku sebagai bapa kepada anak-anakku menguruskan urusan mereka untuk menyambut hari raya. Mengapa begitu kejam pemimpin yang berkuasa hari ini. Masih tidak puaskah mereka menzalimi aku dan keluargaku walaupun sudah bertahun-tahun kami dianiaya dan dizalimi.

Mengapa Ramadhan yang disambut mereka kali ini masih gagal melembutkan hati mereka untuk membebaskan kami semua tahanan ISA. Mereka berpuasa dan bertarawikh serta mungkin juga bertahajud dan sembahyang malam. Tetapi tidak ada sekelumit pun rasa belas ihsan kepada kami sekeluarga.

Ya Allah bukakanlah hati mereka supaya membebaskan kami. Andaikata mereka masih berdegil,ego, bongkak dan masih tamakkan kuasa, kami pohon kepadaMu ya Allah agar menghukum mereka dengan hukuman yang setimpal.

Kami akan menuntut dan mendakwa mereka di Mahkamah Allah di Yaumul Mahsyar nanti.

TAHANAN ISA YANG DIZALIMI KERAJAAN BN.

Ke Makam Bonda ~ Ref Malaysiakini

Sajak 'Ke Makam Bonda' adalah antara nukilan terbaik daripada Allahyarham Datuk Dr. Usman Awang. Sajak ini saya pelajari sewaktu berada dalam tingkatan 4 Sastera A, tahun 1982. Guru yang mengajar mata pelajaran Sastera Melayu ketika itu ialah Cikgu Ishak Jaafar.

Walau pun pada asalnya saya adalah pelajar aliran sains tulen, namun pengajarannya telah menimbulkan minat mendalam dalam subjek tersebut.

Beliau adalah Ketua Dewan Pemuda Pas negeri Melaka ketika itu.Sajak ini meninggalkan kesan yang mendalam kepada diri saya dan saya pernah menghafalnya pada masa itu. Minat terhadap sastera mendorong saya berkarya waktu zaman remaja dulu.

Temanya, cinta dan perjuangan.Ramadan yang hampir pergi, mengingatkan daku kepada allahyarham bonda tercinta. Kasihmu tiada nilainya.

'Kucupanmu di pipiku terutama pada pagi aidil fitri masih aku terasa... 'Al-fatihah.

Ke Makam Bonda

Kami mengunjungi pusara bonda
Sunyi pagi disinari suria
Wangi berseri puspa kemboja
Menyambut kami mewakili bonda

Tegak kami di makam sepi
Lalang-lalang tinggi berdiri
Dua nisan terkapar mati
Hanya papan dimakan bumi

Dalam kenangan kami melihat
Mesra kasih bonda menatap
Sedang lena dalam rahap
Dua tangan kaku berdakap

Bibir bonda bersih lesu
Pernah dulu mengucupi dahiku
Kini kurasakan kasihnya lagi
Meski jauh dibatasi bumi

Nisan batu kami tegakkan
Tiada lagi lalang memanjang
Ada doa kami pohonkan
Air mawar kami siramkan

Senyum kemboja mengantar kami
Meninggalkan makam sepi sendiri
Damailah bonda dalam pengabadian
Insan kerdil mengadap

TuhanBegitu bakti kami berikan
Tiada sama bonda melahirkan
Kasih bonda tiada sempadan
Kemuncak murni kemuliaan insan

~Usman Awang

Nulikan : Cikgu Azrin Abdul Majid

HARI RAYA DALAM DERITA ~ Ref Malaysiakini

Hari Raya tahun ini ku sambut dalam derita lantaran kezaliman kerajaan BN yang tidak henti-henti menekan rakyat.

Jun lalu kerajaan mem’bala’ rakyat dengan kenaikan harga minyak sebanyak 78 sen. Bermula dari itu barangan keperluan harian terus meningkat dan melambung bagaikan tiada penghujung.

Malangnya kerajaan BN yang memerintah langsung tidak prihatin akan masalah ini. Walaupun harga minyak telahpun diturunkan 25 sen namun harga barangan tidak turun-turun juga. Bayangkan harga beras yanag dulunya RM19 hingga RM22 10 kilogram kini ianya melambung sehingga RM26 hingga RM30.

Harga minyak naik 78 sen turun 25 sen sahaja. Tiada kesan langsung.

Hari Raya Aidil Fitri tahun tidak membawa apa-apa erti bagi kami rakyat miskin yang pendapatan cukup untuk kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Bayangkan untuk membeli beraspun kami terpaksa berfikir dua kali inikan pula hendak membeli kuih raya, baju raya, kasut raya dan sebagainya.

Kami terpaksa membutakan mata, memekakkan teliga dan menahan air liur melihat orang lain terutama pemimpin kerajaan BN bermewah-mewah menyambut hari raya. Mereka bersuka ria di atas kesusahan dan penderitaan rakyat miskin seperti kami.

Sungguh tidak berhati perut pemimpin yang sanggup menaikkan harga minyak dan tidak berusaha untuk memastikan harga barangan tidak dinaikkan sesuka hati.

Mereka hanya mementingkan tembolok dan nafsu mereka tanpa memikirkan kami yang susan dan sengsara di hujung desa ini.

Kami anak-anak tahanan ISA

Di saat orang lain bergembira dan bersuka ria bersama ayah dan ibu menyambut hari raya kami bergenang air mata memikirkan nasib ayah yang masih dikurung dengan kejam oleh kerajaan BN.

Apa salah ayah kami hingga dikurung sehingga bertahun-tahun lamanya tanpa dibuktikan bersalah. Ayah kami dituduh dengan pelbagai tuduhan tetapi tidak pernah dibicarakan di mahkamah terbuka.

Orang lain bergembira di malam raya bersama ayah, memohon ampun dan bermaaf-maafan dengan ayah kami sebelum subuh ada yang bertolak ke Kamunting untuk bertemu ayah. Zalimnya kerajaan BN.

Malah ada antara kami yang sudah bertahun-tahun tidak pernah bertemu ayah kami lantaran kami tidak ada duit dan kemudahan untuk ke Kamunting. Kami tinggal jauh di Sandakan, Sabah mana pun untuk menaiki kapalterbang ke Semenanjung sedangkan untuk makan pun kami terpaksa mengikat perut.

Ada antara kami yang tidak bersekolah kerana kesempitan hidup kerana ayah kami disumbat di dalam penjara tanpa dibicarakan di mahkamah dan diberi peluang membela diri. Zalimnya orang berkuasa sekarang, langsung tidak memikirkan perasaan kami dan ibu kami. Ya Allah perkenankanlah doa kami agar ayah kami dibebaskan segera serta hukumlah orang-orang zalim dengan hukuman yang setimpal.

RATUSAN RIBU DUIT RAKYAT ‘TERKORBAN’ SEMPENA HARI RAYA – Ref Malaysiakini

Sempena Hari Raya Aidil Fitri ini ratusan ribu duit rakyat akan ‘terkorban’, hangus dalam bentuk elaun keraian Perdana Menteri dan anggota kabinet lain. Malah mungkin ianya mencecah jutaan ringgit. Bayangkan kalau tiap-tiap seorang dari mereka berbelanja sekurang-kurangnya RM10,000 cuba congakan berapa berapa jumlahnya semua sekali kalau jumlah anggota kabinet dan pentadbira kerajaan yang beragama Islam adalah 100 orang termasuk Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri-menteri dan Timbalan-timbalan Menteri, Ketua Setiausaha Negara, Ketua-Ketua Setiausaha dan lain-lain.

Di saat rakyat terhimpit dan menderita dengan kenaikan harga barangan dan minyak menteri-menteri dan yang lainnya tesenyum lebar menghabiskan duit rakyat untuk kegembiraan mereka. Jamuan Hari Raya yang dihidangkan kepada rakyat di cuma dinikmati segelintir rakyat sahaja.

Mengapa pemimpin-pemimpin yang bergaji dan berelaun puluhan ribu ringgit malah kadang-kadang mungkin mencecah ratusan masih sanggup menghabiskan duit rakyat dalam bentuk elaun keraian. Apalah salahnya dalam keadaan kegawatan ini mereka berjimat cermat atau sekurang-kurangnya menggunakan duit sendiri untuk meraikan rakyat. Mungkin juga mereka boleh mengambil sesuku dari elaun tersebut sebagai langkah berjimat cermat. Teladanilah sikap Tuan Guru Nik Aziz yang tidak pernah mengambil elaun keraian yang sepatutnya diperolehi olehnya.

Bukankah elaun keraian yang berjumlah ratusan ribu itu boleh diperuntukkan untuk membantu rakyat termiskin membina kehidupan yang lebih bermakna di masa hadapan.

GERAKAN AKAN KELUAR DARI BN ~ Ref Malaysiakini

Sebahagian besar ahli-ahli Parti Gerakan dilaporkan berpendirian bahawa Parti itu hendaklah keluar dari BN kerana BN gagalkan mentadbir Negara serta menjamin kesejateraan rakyat.

Media hari ini melaporkan kepimpinan parti itu juga tidak menentang kehendak akar umbi tersebut sebaliknya sedang mengkaji langkah seterusnya. Samada Gerakan akan keluar dari BN dan menyertai Pakatan Rakyat ianya belum diputuskan oleh kepimpinan Gerakan.

Pemangku Presiden Gerakan, Koh Tsu Kon dilihat amat berhati-hati dalam isu ini di mana kenyataan beliau dilihat tidak memihak kepada mana-mana pendapat iaitu samada ingin kekal dalam BN atau keluar dari BN.

Koh Tsu Kon nampaknya lebih senang mencari jalan selamat atau ‘playsafe’ dalam isu ini. Mungkin beliau memikirkan adalah perlu untuk menjaga hati kedua-dua pihak iaitu pimpinan BN dan majority ahli parti yang mahu Gerakan keluar dari BN.

Parti Gerakan yang mendapat tamparan paling hebat pada pilihanraya umum lalu apabila kehilangan negeri Pulau Pinang dan hanya memenangi 2 kerusi parlimen kemungkinan besar tidak dapat mengembali kegemilangan rekod parti itu pada masa lampau. Ini kerana rakyat menolak gerakan secara total pada pilihanraya lalu. Mungkin rakyat yang menolak politik perakauman pada PRU lalu merasakan bahawa parti Gerakan adalah parti perkauman cina walaupun ada pimpinan dan ahlinya bukan Cina.

Lantaran dari kekalahan teruk Gerakan dan BN pada pilihanraya lalu, majority ahli-ahlinya merasakan bahawa Gerakan sudah tidak relevan lagi untuk bersama-sama dengan BN kerana BN sendiri adalah parti yang diasaskan atas semangat perkauman iaitu Umno dengan Melayunya, MCA dengan Cinanya, MIC dengan Indianya dan sebagainya.

Bagi saya sudah sampai masanya Gerakan mengikut kehendak ahli akar umbinya yang mahu Gerakan keluar dari BN. Sudah pasti jika Gerakan keluar dari BN landasan politik terbaik mereka ialah bergabung dengan Pakatan Rakyat kerana tidak mungkin Gerakan boleh berjuang secara sendirian sedangkan semangat dan objektif perjuangan adalah lebih kurang sama dengan Pakatan Rakyat.

Ayuh Gerakan mari sama-sama bergabung dalam semua gagasan yang berjuang untuk keadilan, ketelusan dan kebajikan rakyat.

28 September 2008

ISA : SYED HAMID, PAK LAH DAN HASSAN RAHMAN YANG BENGONG ~ Ref Malaysiakini

Rakyat terus menentang ISA, akta rimba yang zalim dan bertentangan dengan Islam serta Islam Hadhari sendiri.

Namun ianya masih dipertahankan oleh Syed Hamid, Pak Lah dan Hassan Rahman ADUN Sg Rambai yang bengong dan tidak cerdik. Akta Zalim ini juga disayangi bagai menatang minyak yang penuh oleh semua ahli-ahli Umno yang kuat mengampu pemimpin mereka.

Syed Hamid belajar undang-undang tetapi tidak faham mengapa ISA kejam, bertentangan dengan Islam dan Hak Asasi Manusia. Pak Lah memang sudah sebati dengan kekejaman ISA kerana beliau sendiri telah memasukan berpuluh atau mungkin beratus orang yang tidak dibuktikan bersalah ke dalam penjara ISA.

Kini Syed Hamid pula sedang mengumpulkan koleksi tahanan ISA dibawah arahan (tanda tangannya). Hassan Rahman pula ADUN yang tidak matang yang cuba hendak bercakap tentang undang-undang tetapi tidak faham akan sistem perundangan Islam dan akta rimba. Maklumkan dok sibuk dengan Gerakan Belia 4B (GB4B) maka pemikirannya pun sama seperti belia dan beliawanis Gerakan Belia 4B.

Di saat rakan-rakan yang tidur sebantal dengan mereka menentang ISA mereka masih tidak peka dan tidak faham mengapa ISA wajar dihapuskan. MCA dan Gerakan sejak-sejak akhir-akhir ini tidak bersetuju dengan ISA. Malangnya Umno masih sayangkan ISA.

Mungkin mereka tahu ini ISA adalah salah satu senjata terakhir untuk mengekalkan kuasa mereka.

Malam ini rakyat Malaysia sekali membuktikan solidariti mereka menentang ISA. Kira-kira 2,000 rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan ideologi politik (kecuali Umno) menyertai perarakan aman di ibunegara malam tadi, mendesak supaya dimansuhkan Akta Keselamatan Negeri (ISA) dan dibebaskan tahanan di bawah akta tersebut.

Pada mulanya, dua kumpulan - Barisan Bertindak Hak Hindu (HIndraf) dan gabungan NGO yang diketuai oleh Pakatan Penulis untuk Kebebasan Media (Wami) - merancang untuk mengadakan majlis memasang lilin di Dataran Merdeka pada kira-kira jam7.30 malam.

Apabila polis mengawal Dataran Merdeka, kumpulan Hindraf yang berjumlah kira-kira 500 orang, berarak menuju ke kuil yang terletak di depan pusat perhentian bas Puduraya kira-kira 1 km dari situ.Ketika berarak ke sana, orang ramai turut menyertai mereka dan jumlahnya kemudian bertambah mencecah kira-kira 2,000 orang, dengan ramai yang membawa lilin.

Satu lagi kumpulan, yang berarak sambil membawa tanglung, kemudiannya turut menyertai kumpulah Hindraf tersebut.

PAK LAH BERHADAPAN DENGAN SEMUA 'GENG ~ Ref Malaysiakini

Pak Lah sebenarnya keseorangan sekarang. Hasratnya untuk menunda Persidangan Agung walaupun seakan-akan diterima oleh MT Umno tetapi sebenarnya sebahagian besar akar umbi Umno tidak setuju dengan penangguhan tersebut.

Saya beranggapan bahawa Pak Lah akan tetap mempertahankan jawatan Presidennya walaupun beliau memberikan tempoh 2 minggu iaitu sebelum 9 Oktober ini untuk berfikir. Sebenarnya Pak Lah bukan berfikir tetapi sedang mengatur strategi dan mengumpul maklumat bagi memastikan beliau mendapat sekurang-kurangnya 58 pencalonan pada pemilihan bahagian-bahagian Umno bermula 9 Oktober ini.

Pembodek-pembodeknya diketuai menantu 'intan payungnya' Khairy sudah tentu menggunakan kesempatan 2 minggu ini untuk menjelajah atau bertemu dengan semua Ketua Bahagian atau pimpinan Bahagian bagi mendapat sokongan walau dengan apa cara sekalipun. Sepertimana kata Dr Mahathir, jawatan banyak lagi yang boleh diujudkan untuk sesiapa yang mahu membodek Pak Lah dan selepas itu bahagiannya mesti mencalonkan Pak Lah. 2 contoh terbaru ialah perlantikan Pengerusi Perhubungan Umno Perlis, Shahidan Kassim sebagai Penasihat Pak Lah koridor utara. Apa penting dan hebatnya Shahidan sehingga dipilih sebagai Penasihat Pak Lah sedangkan sudah ada jawatankuasa atau badan yang menguruskan Koridor ini. Selain itu Ketua Bahagian Pasir Salak, Tajuddin Rahman pula dilantik sebagai Pengerusi Felcra.

Selepas ini entah apa jawatannya pula akan diujudkan oleh Pak Lah untuk Pengerusi Perhubungan Umno negeri-negeri dan Ketua-ketua Bahagian. Mungkin macam-macam penasihat akan dilantik contohnya penasihat Pertanian, Penasihat Seni, Penasihat Ekonomi dan sebagainya.

Malah Pak Lah bolehkan juga memberhentikan penasihat-penasihat seperti Agama, wanita dan sebagai dengan Ketua-ketua Bahagian Umno yang mahu mencalonkannya. Apa susah Pak Lah ada 'full power' untuk buat apa sahaja.

Semuanya kerana Pak Lah tahu bahawa beliau sekarang ini keseorangan cuma ditemankan oleh menantunya Khairy dan samseng-samseng Khairy.

Ku Li menentangnya, Mahathir-Mukhriz menentangnya, Najib-Hishamuddin-Muhyiddin menentangnya, Rais-Shafie Afdal menentangnya, semua mereka tidak setuju Persidangan Agung Umno ditunda. Tetapi mungkin sebahagian mereka diam sebagai strategi untuk menyelamatkan diri.

Umno, Umno tak habis-habis merebut jawatan dan pangkat yang menjadi fitnah dunia.

Mukhriz sebagai contohnya menentang penangguhan sidang tersebut sehingga Mac. Beliau berkata tindakan Majlis Tertinggi (MT) menangguhkan Perhimpunan Agung parti yang dijadual Disember ini ke Mac depan yang dilihatnya memberi impak negatif.

Beliau berkata, tindakan MT itu menyebabkan anggota Umno menjadi semakin bosan dengan kepimpinan parti kerana bagi mereka tidak ada keperluan munasabah Perhimpunan Agung Umno perlu ditangguhkan.

Katanya, beliau sendiri tidak faham kenapa penangguhan itu perlu dilakukan dan ia tentunya akan memberikan gambaran yang tidak sihat serta boleh menimbulkan kekeliruan dalam kalangan anggota akar umbi.

Daripada maklum balas yang beliau terima dari seluruh negara, beliau mendakwa penangguhan Perhimpunan Agung Umno itu memberikan impak negatif dan ramai yang mahu supaya MT membatalkan penangguhan tersebut.

Beliau ditemui pemberita selepas menghadiri majlis berbuka puasa fan berkempen kepada ahli-ahli Umno Bahagian Temerloh dan Kuala Krau di Temerloh semalam.

Mukhriz berkata, penangguhan yang mengambil masa hanya tiga bulan dari tarikh asal itu juga tidak relevan dan tidak memberikan sebarang kelebihan dalam menguatkan semula parti. (Sumber: Bernama)
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter