.

.

22 November 2008

JANGAN API-APIKAN ISU PERKAUMAN ~ Ref Malaysiakini

Isu kepala babi yang disangkut di pagar rumah seorang Ahli Jawatankuasa Umno Bahagian Masjid Tanah nampaknya masih terus diambil kesempatan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Antaranya ada pihak yang mengambil kesempatan menggantung banner-banner berbau perkauman di Simpang-simpang yang strategik. Antaranya Simpang Sg Udang-Masjid Tanah berhampiran Pekan Sg Udang.

Tinjauan saya sebentar tadi di kawasan tersebut mendapati ada 2 banner yang dipasang yang saya yakinnya ianya berbau perkauman.

Saya menggesa pihak yang bertanggungjawab supaya menjatuhkan banner tersebut yang jelas bertentangan dengan peraturan di mana tidak nama pihak yang bertanggungjawab juga tidak ada permit dari Majlis Perbandaran atau MBMB.
Antara kata-kata yang ditulis di dalam banner tersebut ialah 'JANGAN CABAR MARUAH MELAYU' dan 'TUTUP KILANG BABI DI SINI'.
Saya hairan mengapa banner semacam ini tidak diturunkan oleh pihak Majlis Kerajaan Tempatan sedangkan banner program PAS yang berdaftar dan bertujuan untuk memberitahu program PAS dijatuhkan serta merta atau sehari dua selepas digantung.
Inilah sikap 'double standard' kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam.




AZIZAN SUMBANG RM10,000 SEBULAN, MB BN ??? ~ Ref Malaysiakini

Syabas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang menyedekahkan RM10,000 dari wang gajinya kepada agensi-agensi kerajaan negeri. Mampukah tindakan sebegini dilakukan oleh Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri BN.

Apa yang saya tahu hanya MB dan KM negeri-negeri Pakatan Rakyat sahaja yang sanggup berkorban sedemikina. Kalau MB dan KM BN bukan sahaja gaji mereka tidak didermakan kalau boleh duit kerajaan meneka mahu 'songlap. Inilah beza MB dan KM Pakatan Rakyat dan BN.

Semalam Malaysiakini mendedahkan bahawa Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak membuat potongan gajinya lebih RM10,000, jumlah paling besar yang pernah dibuat oleh seorang menteri besar, kata seorang pemimpin PAS negeri.

Potongan itu daripada jumlah gajinya RM14,100 dimulakan sejak awal pemerintahan kerajaan Pakatan Rakyat pimpinan PAS di negeri itu, Mac lalu, namun ia tidak diumumkan secara meluas, kata timbalan pesuruhjaya PAS Kedah, Hassan Abdul Razak.

Jumlah wang yang dipotong itu disalurkan kepada agensi-agensi kerajaan negeri bagi mencontohi amalan cara hidup sederhana yang selama ini diamalkan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Hassan mendedahkan amalan Azizan itu bagi menyangkal dakwaan pesuruhjaya PAS itu bermewah-mewah selepas menjawat kerusi nombor satu dalam pentadbiran Kedah.

Syabas Ustaz Azizan teruskan amalan sebegini demi kesejahteraan rakyat dan kedaulatan Islam. Insya Allah rakyat akan menilai pemerintahan kita dan terus memberi sokongan sampai bila-bila.

PERANG DALAM UMNO SEMAKIN DAHSYAT ~ Ref Malaysiakini

Perang dalam Umno sempena pemilihannya Mac ini semakin sengit dan hangat. Ini ditambah lagi dengan keputusan Naib Ketua Wanita, Shahrizat Abdul Jalil yang membuat keputusan bertanding menentang Ketuanya Rafidah Aziz.

Keputusan Shahrizat ini memang dijangka memandangkan beliau mendapat pencalonan yang banyak iaitu 70 lebih. Walaupun Rafidah mendapat pencalonan lebih dari 100 tetapi ramai pemerhati melihat bahawa Rafidah akan tersungkur di tangan Shahrizat berdasarkan perkembangan semasa yang dilihat banyak memihak kepada Shahrizat.

Wanita melihat Rafidah gila kuasa sedangkan beliau sudah 'memerintah' Wanita Umno lebih dari 20 tahun kecuali satu penggal di mana beliau tewas kepada Siti Zaharah iaitu pada penghujung 90-an.

Sesungguhnya keputusan Shahrizat untuk berlawan dengan Rafidah akan menyebabkan lebih banyak rasuah politik dan unsur-unsur ujud pada pemilihan kali ini. Sesungguhnya pemilihan kali ini akan menyaksikan suatu pemilihan paling kotor dalam sejarah. Akhbar Siasah melaporkan bahawa kira-kira RM1 bilion wang berlegar di dalam kocek pemimpin dan perwakilan Umno untuk digunakan bagi membeli undi.

Sudah sampai masanya Umno ditalkinkan kerana sikap parti itu yang menghalalkan rasuah yang merupakan penyebab kepada keruntuhan tamadun manusia.

20 November 2008

KERAJAAN PAKATAN RAKYAT PULAU PINANG BERI ELAUN PADA HAFIZ, KERAJAAN BN BILA LAGI? ~ Ref Malaysiakini

Satu demi satu program kebajikan meningkatkan syiar Islam dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang pimpinan DAP. Bermula dengan menaikkan elaun guru-guru agama, membantu sekolah agama dan lain-lain.

Hari ini Ketua Menteri Pulau Pinang YAB Lim Guan Eng mengumumkan pula bahawa Kerajaan Negeri akan memberi sumbangan kepada para hafiz anak kelahiran Pulau Pinang yang telah belajar ataupun sedang mengajar di seluruh negeri ini pada 29 November 2008.

"Sumbangan itu merupakan pengiktirafan dan penghargaan Kerajaan Negeri kepada hafiz yang berjaya mencapai tahap yang disegani dalam mendalami ilmu agama khususnya al-Quran, " ujarnya dalam sidang media sejurus masa rehat Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) pagi tadi.
Beliau berharap, sumbangan tersebut dapat menyembarakan lagi semangat anak muda untuk menjadi seorang hafiz yang berjasa kepada agama dan masyarakat.

Ini kerana, melalui pembacaan dan penghafalan dalam al-Quran jelas dapat membentuk sebuah masyarakat madani yang berakhlak dan berintegriti tinggi bersesuian dengan prinsip 'Amar Ma'ruf Nahi Mungkar' dan Cekap, Akauntabel dan Telus (CAT).

Pengiktirafan yang diberikan oleh kerajaan negeri kepada program-program keagamaan khususnya Agama Islam membuktikan bahawa tuduhan DAP membenci dan memusuhi Islam adalah tidak benar dan jauh tersasar.

Sesungguhnya tindakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang ini merupakan bukti bahawa PR tidak pernah membelakangkan agama Islam jauh sekali memusuhi Islam.

Persoalan sekarang bilakah keraajaan-kerajaan negeri BN akan mencontohi Pulau Pinang dari segi menaikkan elaun guru agama, memberikan elaun kepada hafiz dan lain-lain.???????

Syabas kerajaan Pulau Pinang.

RAZAK JADI 'PEGUAMBELA' NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Razak Baginda sudah mula bercakap kepada media. Kalau sebelum ini beliau sering mengelak dari membuat kenyataan media kini beliau mula berani dan seperti dijangka kenyataan media pertama beliau sudah tentu digunakan untuk mempertahankan dirinya dan 'boss' nya.

Hari ini media internet menyiarkan kenyaaan Bekas penganalisis politik tersebut yang mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri dan bakal Perdana Menteri Najib Tun Razak tidak terbabit langsung dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Malah, katanya, Najib dan isterinya, Rosmah Mansor tidak pernah bertemu dengan Altantuya. Abdul Razak memberitahu demikian dalam sidang akhbar pertamanya selepas dibebaskan pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Hebat kenyataan Razak Baginda ini. Mengapa tiba-tiba Razak Baginda bertindak seolah-olah sebagai peguam kepada Najib. Bukannya kenyataan beliau akan menyebabkan rakyat semakin sangsi dan curiga kepada Najib.

Bagi saya adalah lebih baik Razak Baginda berdiam diri dari bercakap soal hubungan Najib, Rosmah dan Altantuya. Ini kerana semakin isu ini dibangkitkan semakin ianya menjadi tandatanya dan mencurigakan.

Sudah menjadi lumrah kepada pemimpin di Malaysia bahawa jika sesuatu itu dinafikan, maka perkara itu sebenarnya adalah sebaliknya. Sepertimana penafian Pak Lah tentang tarikh pembubaran parlimen dan tarikh kenaikan harga minyak dahulu. Hari ini nafi besok betul-betul berlaku.

Maka kemungkinan ramai orang akan menganggap bahawa penafian Razak Baginda ini tidak benar.

ZAHID HAMIDI vs RPK ~ Ref Malaysiakini

Marah benar Ahmad Zahid Hamidi kepada Raja Petra Kamaruddin (RPK) dalam isu solat Jumaat di Kem Tahanan Kamunting.

Saya pun hairan mengapa Zahid begitu marah kepada RPK sehingga mempersoalkan pegangan agama dan amalan RPK. Bagi saya persoalan sebenarnya ialah mengapa tahanan ISA tidak dibenarkan solat Jumaat. Bukannya RPK seorang sahaja yang tidak dibenarkan solat Jumaat tetapi semua tahanan ISA tidak dibenarkan.

Zahid Hamidi dilaporkan dalam media hari ini, menyelar tindakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Raja Petra Kamarudin yang mempertikaikan prosedur ISA yang tidak membenarkan tahanan mengerjakan solat Jumaat.

Menurut Zahid Solat Jumaat memang tidak diizinkan pada tahanan ISA dan beliau menggesa Raja Petra supaya tidak memberikan alasan untuk mempertikaikannya.

Saya bukan nak tuduh tapi saya nak tanya, berapa kali dia (Raja Petra) sembahyang Jumaat selama ini," katanya pada sidang media ketika melawat ke Institut Penyelidikan Produk Halal di Universiti Putra Malaysia (UPM) di sini, semalam.

Zahid yang enggan mengulas lanjut berhubung hal itu bagaimanapun berkata, penulis laman blog Malaysia Today itu tidak sepatutnya mencabar aspek agama Islam yang telah ditetapkan itu.

"Setakat mana pegangan agama Islam dia? Sedangkan dalam blognya, dia ada juga menghentam tentang Islam," kata Zahid.

Saya hairan mengapa Zahir kelihatan beremosi dalam isu ini. Sepatutnya beliau memberikan jawapan dengan fakta dan alasan yang munasabah dan ilmiah sesuai dengan kedudukannya sebagai menteri yang menjaga hal ehwal agama.

18 November 2008

ISLAM SELAMAT, SEMUA BANGSA SELAMAT ~ Ref Malaysiakini

Islam adalah agama universal. Jika Islam selamat sudah pasti semua bangsa akan selamat. Ini kerana di dalam politik Islam, orang Bukan Islam tetap dipelihara kedaulatan dan kebajikan mereka. Ini dibuktikan ketika Nabi Muhammad S.A.W menjadi pemerintah di Madinah kaum Yahudi Bani Nadir, Qainuqaq dan Quraizah hidup aman damai tanpa sebarang gangguan.

Pada zaman moden ini pula, Tuan Guru Nik Aziz membuktikan kehebatan Islam dengan memerintah Kelantan selama 18 tahun tanpa apa-apa masalah dan aduan dari rakyat Bukan Islam.

Hari iini Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, tiada istilah ketuanan Melayu atau kelebihan terhadap satu bangsa ditekankan di dalam Islam.

Sebaliknya, Menteri Besar Kelantan itu berkata, Islam merupakan agama yang universal tidak memberi sebarang keutamaan kepada mana-mana bangsa melainkan kelebihan itu akan diberikan kepada individu yang mempunyai ketakwaan yang tinggi kepada Allah s.w.t.
"Di dalam Islam tidak mengira bangsa, apa yang penting adalah takwa kepada Allah s.w.t. Tidak kiralah bangsa apa, Cina, Melayu, India dan Arab.

"Tuhan hanya melihat ketakwaan seseorang itu... kerana bila kita bertakwa kita takut kepada Allah dan menjalankan tanggungjawab kita," katanya kepada pemberita selepas merasmikan restoran London Fish Tales, Kota Baharu.

ISLAM, MELAYU DAN BAHASA MELAYU TETAP DIPERTAHANKAN OLEH PR ~ Ref Malaysiakini

Ketiga-tiga parti anggota Pakatan Rakyat menerima kedudukan hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu dan agama Islam sebagai agama persekutuan sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.Menurut beliau, isu berhubung perkara itu tidak perlu dirisaukan lagi kerana persefahaman mengenainya telah dibuat antara ketiga-tiga parti anggota Pakatan - PKR, DAP dan PAS.

Bagi saya jaminan Datuk Seri Anwar Ibrahim ini memberikan keyakinan yang lebih kepada rakyat terutama orang Melayu yang dimomok-momokkan oleh Umno bahawa Pakatan Rakyat mengenepikan Hak Istimewa Orang Melayu, kedaulatan Bangsa Melayu dan agama Islam. Padahal selama inipun Umno lah yang menggadaikan kedaulatan Raja-Raja Melayu, meminggirkan agama Islam dan menganaktirikan Bahasa Melayu.

Namun oleh kerana kepintaran dan manipulasi media arus perdana maka kebobrokan Umno ini tidak disedari oleh rakyat terutama orang Melayu.

Menurut Anwar, kenyataan bahawa kesemua pihak telah bersetuju mengenai perkara itu, telah dikeluarkan pada 8 September lalu.

Kenyataan tersebut atara lain menegaskan bahawa Pakatan sekali lagi mengulangi pendirian menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.Ini termasuk soal-soal dasar seperti kedudukan Islam sebagai agama persekutuan dan menjaminkan kebebasan mengamalkan agama lain, kedaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, dan mempertahan hak bahawa ibunda, kedudukan kedaulatan dan institusi Raja-raja Melayu serta kedudukan hak istimewa orang Melayu dan bumiputera, serta hak-hak semua kuam yang telah dijamin oleh Perlembagaan.

17 November 2008

KEENGGANAN PENDAKWA RAYU KES RAZAK BAGINDA, TIMBULKAN TANDATANYA ? ~ Ref Malaysiakini

Jarang sekali pihak pendakwa tidak membuat rayuan kepada keputusan Hakim jika orang didakwa tidak dipanggil membela diri. Tetapi inilah yang berlaku terhadap kes mahkamah Altantuya di mana salah seorang tertuduh dilepaskan dan pendakwa tidak membawa rayuan.

Sikap Pendakwa ini menguatkan lagi kesangsian keluarga mangsa dan rakyat Malaysia bahawa sesuatu yang tidak kena terhadap perbicaraan kes Altantuya ini.

Sementara itu Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo hari ini meminta Jabatan Peguam Negara memberikan alasan yang konkrit berhubung keputusan mereka tidak akan memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam membebaskan Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Strategik Malaysia, Abdul Razak Abdullah Baginda pada 31 Oktober lalu daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.
Gobind berkata, sepanjang pengetahuannya, ketika Jabatan Peguam Negara mendapat fail kes, mereka dikatakan mempunyai cukup bukti untuk mendakwa Razak yang akhirnya menyebabkan Razak ditahan reman sepanjang perbicaraan.

"Apabila tiba masa pembebasan pada masa ini, tiada alasan konkrit yang diberikan...tiada yang berubah. Jika tiada yang berubah, kami akan tanya kenapa Jabatan Peguam Negara membuat keputusan yang sebaliknya iaitu rayuan tersebut tidak perlu (dilakukan).

"Ini penting kerana kes ini bukan sahaja mendapat perhatian dalam negara malah daripada masyarkat antarabangsa," katanya kepada media di lobi Parlimen, di sini hari ini.

Jumaat lalu, Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah yang mengetuai barisan pendakwaan kes pembunuhan Altantuya berkata, pihaknya tidak akan memfailkan rayuan atas alasan Hakim Mohd Zaki Md Yasin yang memutuskan kes berkenaan sudah membuat penemuan fakta ketika membebaskanRazak daripada tuduhan tersebut.

Saya setuju dengan pandangan YB Gobind Singh ini. Pihak mesti memberikan justifikasi secara lengkap mengapa pihak tidak mahu membuat rayuan. Kita tidak mahu institusi kehakiman kita diragui oleh rakyat malah oleh masyarakat antarabangsa.

Jika sistem kehakiman kita mula diragui saya bimbang ianya akan memberi kesan besar kepada ekonomi negara apabila pelabur luar dan pelancong takut untuk melabur dan melancong ke negara. Mungkin mereka merasakan institusi kehakiman kita hanya seringkali menyebelahi rakyat negara kita dalam kes-kes yang melibatkan orang luar.

HARGA MINYAK AKAN TURUN, HARGA BARANG ...? ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN seolah-olah berbangga dengan kejayaan mereka menurunkan harga minyak. Namun hakikatnya rakyat terus menderita kerana harga barangan terus statik tidak turun-turun.

Rakyat sebenarnya sedang menanti tindakan drastik kerajaan BN dalam isu harga barangan keperluan yang kekal tinggi berbanding sebelum kenaikan harga minyak Jun lalu.

Kerajaan BN semestinya bertanggungjawab penuh dengan kesalahan mereka menaikkan harga minyak pada Jun llalu sehingga rakyat menderita teruk sekarang ini. Walaupun harga minyak sudah turun banyak kali namun harga barangan masih tinggi dengan menjerut leher rakyat.

Sampai bilakan rakyat akan didera oleh kerajaan.

Selepas turun sebanyak 15 sen pada awal bulan ini - buat kali keempat, harga minyak dijangka diumumkan turun lagi pada hari ini oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Minggu lepas, Menterinya, Datuk Shahrir Abdul Samad menyatakan tentang harga minyak yang dijangka turun pada pertengahan bulan ini.

Ini berikutan harga purata minyak yang berada di paras AS$70 setong pada masa ini.

NAZRI SUDAH PASTI TIDAK BERSALAH ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar hari ini berkata, keputusan sama ada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Abdul Aziz perlu dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan berhubung hakim-hakim yang terlibat dalam krisis kehakiman 20 tahun lalu hanya akan diumumkan minggu depan.

Beliau berkata, ini disebabkan Nazri kini berada di luar negara kerana menyertai lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ke Uzbekistan selama seminggu dan hanya akan pulang pada hujung minggu ini.

Saya percaya kita tidak perlu tunggu minggu depan untuk mengetahui samada Nazri bersalah atau tidak. Ini kerana sudah pasti Nazri 'maksum' tidak melakukan apa-apa kesalahan. Mana mungkin seorang menteri akan disabitkan dengan kesalahan di dalam Parlimen Malaysia. Semua mereka 'immune'. Jadi tidak perlu tunggu minggu depan, umumkan sahaja hari ini yang Nazri tidak bersalah.

Mungkin ramai yang bersetuju dengan saya.

16 November 2008

RAKYAT TERUS DINAFIKAN HAK UNTUK BERHIMPUN SECARA AMAN ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Malaysia terus dinafikan hak untuk berhimpun secara aman. Setiap kali rakyat berhimpun secara aman, maka pihak keselamatan akan membuat pelbagai sekatan untuk menghalangnya.

Kerajaan Malaysia yang dikuasai BN masih menganggap rakyat negara kita sebagai rakyat yang bodoh, bangang dan tidak ada otak. Sebab itulah kerajaan terus memperkecil-kecilkan rakyat dengan tidak memberikan kebebasan untuk mereka berhimpun secara aman.

Sedangkan saya yakin rakyat negara kita sudah maju jauh ke hadapan. Setiap kali himpunan aman diadakan oleh sesiapa sahaja samada parti -parti politik maupun NGOs tidak ada kejadian yang tidak diingini berlaku termasuk himpunan Bersih 100,o00 November tahun lepas. Rakyat Malaysia sudah matang dan faham akan pentingnya menjaga ketenteraman awam.

Mengapa kerajaan BN memperalatkan pasukan keselamatan untuk menganggu himpunan aman ini.?

Setahu saya tidak pernah berlaku sebarang kekacauan atau keganasan sebelum ini melainkan ianya dicetuskan pihak-pihak tertentu yang sengaja melakukan provokasi kepada para peserta himpunan aman.

Malam tadi sekali lagi himpunan aman menentang ISA diganggu Polis. Kali ini di Pulau Pinang.

Majlis memasang lilin anti-ISA yang diadakan secara aman di Esplanade, George Town itu dicemari dengan penahanan penganjur bersamanya, seorang guru tuisyen, Paula Khoo Gaik Hong.

Paula Khoo, 47, yang kali pertama menganjurkan majlis seumpama itu bagaimanapun dibebaskan empat jam kemudiannya, dengan jaminan polis, selepas suaminya BS Khor, 51, menandatangani perintah jaminan tersebut. Paula dikehendaki melaporkan diri di balai polis Jalan Patani pada 28 November.

Penahanan Paula, sejurus selepas majlis selama 40 minit itu, selesai pada jam 8.40 malam, mencetuskan kritikan dari para aktivis, yang menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak wajar, tidak rasional dan satu taktik intimidasi'.

Sebelum itu, kira-kira 200 orang aktivis memasang lilin ketika menyertai majlis itu anjuran satu kumpulan yang dinamakan Rangkaian Anti-ISA Pulau Pinang.

Bila agaknya kerajaan BN mahu berubah menjadi seperti kerajaan negara maju seperti Britain, Amerika dan lain-lain yang sentiasa memberikan kerjasama jika rakyatnya mengadakan himpunan aman.

Jika sikap kerajaan yang seolah-olah bermusuh dengan rakyat ini diteruskan saya yakin bahawa negara kita masih jauh lagi untuk mendapat status negara maju. Ini kerana otak pemimpin negara kita ini masih sama dengan otak negara-negara mundur yang jauh ketinggalan.

PAS MELAKA BUAT ROMBAKAN 'KABINET' ~ Ref Malaysiakini

Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka membuat rombakan kecil 'kabinet'nya apabila melantik Adly Zahari menjadi Ketua Lajnah Perpaduan Nasional menggantikan Ustaz Kamaruzaman Abdul Rahim.

Selain itu Ustaz Minghat Mahmut pula dilantik menjadi Ketua Lajnah Kebajikan menggantikan Dr Khatijah Jumangat.

Pengumuman ini dibuat oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman di Pejabat Perhubungan PAS Negeri di Semabok hari ini.

Ustaz Ghani dalam kenyataannya kepada media memberitahu bahawa rombakan ini adalah usaha PAS Negeri untuk menguatkan gerakerja mendekati rakyat bukan Melayu yang semakin terserlah sokongan mereka kepada PAS.

Adly dalam kenyataan pertamanya sebagai Ketua Lajnah Perpaduan Nasional menjelaskan bahawa beliau akan memperkemaskan lajnah tersebut dan seterusnya mengaktifkan Kelab Penyokong PAS Melaka yang telahpun ditubuhkan beberapa bulan lalu.

Ditanya apakah beliau akan merombak AJK Lajnah dan Kelab Penyokong PAS, beliau menjawab ringkas, tiada rombakan besar akan dibuat, cuma beliau akan melantik beberapa orang AJK baru dalam usaha untuk menggerakkan lajnah ini dengan lebih aktif.

ISU BABI SANGKUT : UMNO JUGA MESTI DISIASAT - ADLY ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menggesa pihak berkuasa menyiasat isu daging babi yang disangkut di pagar rumah Md Rawi Mahmud, 55 AJK Umno Bahagian Masjid Tanah.

Akhbar kelmarin melaporkan, seorang pesara guru terkejut selepas mendapati bangkai kepala babi tergantung di pintu pagar rumahnya ketika dia hendak menunaikan solat Subuh di surau di kampungnya, di Kampung Ujong Padang, dekat Masjid Tanah.

Md Rawi yang juga Setiausaha Jawatankuasa Pemantauan Pengeluaran Babi menganggap kejadian itu berkemungkinan mempunyai unsur sabotaj atau rasa tidak puas hati pihak tertentu kepadanya.

Menurut Adly, siasatan tersebut mestilah dijalankan dengan telus dan tidak mengaitkan isu tersebut dengan isu perkauman.

"Saya kurang setuju dengan pandangan Ketua Menteri Melaka yang mengaitkan isu itu dengan isu perkauman."

"Sudah tiba masanya babi tidak dijadikan bahan perkauman. Persoalan utama adalah perbuatan itu menunjukkan perasaan tidak puas hati seseorang kepada AJK UMNO terbabit."

"Orang yang tidak berpuas hati itu mungkin Melayu, Cina atau India. Apakah kalau daging lembu disangkut semestinya perbuatan Melayu dan daging babi dikira perbuatan Cina. India pula bagaimana ? "

Beliau menyarankan agar perkara ini harus dilihat dipelbagai sudut, jangan sekadar pada sudut perkauman.

Menurutnya pihak berkuasa sewajarnya menyiasat semua pihak yang disyaki. Jangan hanya tertumpu kepada rakyat sahaja, pemimpin dan ahli UMNO juga seharunya disiasat dan mereka tidak terlepas dari kemungkinan terlibat sama kerana UMNO sama UMNO juga ramai yang bergaduh sesama sendiri terutama musim pemilihan ini.

Adly menggesa pihak berkuasa membawa mereka yang bersalah dimuka pengadilan, tak kira mereka Melayu, Cina atau India.

Adly berkata demikian di dalam blognya adlyzahari.blogspot.com.

Sementara itu Md Rawi telah membuat laporan polis Balai Polis Kuala Sungai Baru dan berharap perkara ini dapat diselesaikan segera.

Setakat ini, polis belum membuat sebarang tangkapan.

Penemuan bangkai babi ini adalah kali kedua selepas seorang pengunjung dari Seremban, Negeri Sembilan menemui bangkai kepala babi di Pantai Padang Kemunting, Pengkalan Balak, pada 17 Oktober lalu.

DUIT KALAHKAN WIBAWA ~ Ref Malaysiakini

Ideologi Politik Umno sudah jauh berubah dari mula-mula ianya ditubuhkan. Tiada perjuangan mendaulatkan bangsa jauh sekali mendaulatkan agama. Tiada lagi agenda untuk mengangkat bahasa yang ada hanya untuk melaknat bahasa.

Musim pemilihan yang sedang hebat sekarang ini menjadikan pekung Umno semakin terserlah. Kalau dahulu mungkin masih ramai rakyat yang kurang percaya bila kita katakan Umno sebenarnya tidur berlantaikan duit, baring berbantalkan rasuah. Tetapi kini pekung sudahpun berbau, kudis sudah bertukar menjadi pekung yang tidak sembuh-sembuh juga walaupun dibubuh ubat 'Fusicort'** yang diimport.

Jelas ramai meramalkan kali ini wibawa, karisma, akhlaq dan kepintaran seseorang calon akan dikalahkan oleh duit dan habuan yang lain.

Dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden umpamanya Muhyiddin dilihat berwibawa, Ali Rustam dianggap tidak cerdik dan Mat Taib penuh skandal. Namun ramai meramalkan wibawa Muhyiddin akan dikalahkan oleh 'Tidak Cerdik' Ali Rustam dan 'Skandal' Mat Taib kerana Muhyiddin dikatakan bakhil oleh pelobi-pelobi Umno, manakala Ali dan Mat dipuja oleh mereka kerana 'pemurah'.

Sebab itulah saya katakan tadi Muhyiddin bakal tersungkur kali ini sebagaimana beliau dikalahkan oleh Isa Samad dan Ali Rustam pada pemilihan Naib Presiden ketika musim pemilihan sebelum ini. Beliau hanya menduduki tempat ketiga nyaris tidak terpilih sebagai Naib Presiden ketika itu sedangkan beliau dilihat paling layak dan berwibawa berbanding Isa dan Ali.

Jangan terperanjat jika Muhyiddin 'lari' terjun tingkap kerana malu dikalahkan oleh Ali atau Mat nanti. Sebagaimana Ghafar Baba membawa diri dengan beg plastik kerana dimalukan oleh Anwar pada pemilihan Umno sebelum Anwar dipecat Dr Mahathir dulu.

Inilah rupa paras Umno yang ada pada hari ini. Fenomena ini amat membahayakan negara dan rakyat kerana kita dipimpin oleh pemimpin yang tidak berwibawa dan tidak cerdik. Ada cerdik dan berwibawa diketepikan dengan cara kotor. Sebab itulah rasuah sangat merbahaya dan boleh menjahanamkan tamadun manusia.

Saya menyeru ahli-ahli supaya memilih calon-calon pemimpin dengan tidak dipengaruhi oleh wang dan habuan lain. Jangan ingat habuan yang anda perolehi tidak memberi kesan kepada diri anda, masyarakat dan negara. Di tangan andalah terletaknya masa depan negara sebelum kerajaan bakal bertukar pada pilihanraya umum ke 13 nanti. Insya Allah.

TAK SAH KHUTBAH DAN SEMBAHYANG IMAM TANPA TAULIAH?~ Ref Malaysiakini

Riuh rendah Jabatan Agama Islam Pahang, apabila Ahli Parlimen Rompin Jamaluddin Jarjis (JJ)membuat aduan bahawa seorang Imam dari luar membaca khutbah di Masjid Keratong 4 menghentam kerajaan Jumaat lepas.

JJ membuat aduan bahawa khutbah tersebut berbau politik dan Imam tersebut, kata JJ, adalah tidak bertauliah dan dipercayai berasal dari luar daerah Rompin.

Isu ini timbul apabila Pemangku Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pahang, Ustaz Suhaimi Saad telah berkhutbah semasa solat Jumaat di Masjid Keratong 4. Kebetulan Ahli Parlimen Rompin JJ turut sama bersembahyang di masjid tersebut. JJ menuduh Suhaimi berhutbah dengan menghentam kerajaan sedang Suhaimi menyatakan beliau hanya menyentuh soal Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Memang sejak dari dahulu kerajaan negeri-kerajaan negeri BN melalui Jabatan Agama mensyaratkan Khatib atau ustaz yang ingin mengajar agama atau berkhutbah mesti mendapat tauliah dari mereka. Walaupun Ustaz tersebut lulusan Al Azhar, mereka tetap memerlukan tauliah. Inilah bengongnya peraturan Jabatan Agama BN.

Bagi Umno dan BN mereka merasakan khutbah dan sembahyang yang diimamkan oleh Imam atau Ustaz yang tiada tauliah adalah seolah-olah tidak sah. Agaknya rukun khutbah dan sembahyang mereka tambah satu lagi iaitu Imam mesti ada tauliah dari pejabat agama.

Apa yang menghairankan Jabatan Agama tidak pula mengambil perhatian serius terhadap Imam-imam yang membaca fatihah tidak betul dengan makhraj dan tajwidnya. Sebaliknya mereka sibuk dengan isu ada tauliah atau tidak.

Jabatan Agama lebih takut kepada aduan JJ daripada hukum Allah iaitu memastikan setiap bacaan Imam betul supaya sembahyang itu sempurna.

DIMENSI BARU DALAM PAS ~ Ref Malaysiakini

PAS melangkah ke dimensi baru tidak lama lagi jika penubuhan Kelab Penyokong PAS menjadi kenyataan.

Semalam Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS, Dr Mujahid Yusof Rawa berkata Kelab Penyokong PAS (KPP) akan diangkat menjadi satu dewan yang setaraf dengan Dewan Ulama, Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat dalam organisasi parti tersebut.

Perkara merupakan dimensi baru rentetan perjuangan PAS di mana sebelum ini kita tidak pernah terfikir bahawa akan ujud Kelab Penyokong PAS dan juga sayap PAS yang dianggotai oleh bukan Melayu dan Bukan Islam

Ini hebatnya perjuangan PAS yang tidak pernah meletakkan perjuangannya atas dasar bangsa dan perkauman. Sebelum inipun semua kaum boleh menyertai PAS asalkan mereka beragama Islam. Maka ramailah sahabat kita yang berketurunan Cina menyertai PAS seperti Kamal Koh, Ridhuan Onn, Kamal Liang, Mohd K Y Tiang, Idham Lim, Ann Wan Seng, Anuar Tan dan lain-lain. Kini PAS melangkah satu tapak lagi kehadapan apabila mereka yang bukan beragama Islam juga boleh menyertai PAS dengan menyertai Kelab Penyokong PAS yang selepas ini akan diangkat status menjadi sebuah Dewan seumpama Dewan Pemuda, Muslimat dan Ulama'.

RESPONSED FROM MY BLOG READERS ~ Ref Malaysiakini

Mirage said... comment for my article "UMNO SAKIT TAPI TIDAK MAHU BERUBAT'.

THE TERMINAL CANCER MUST BE REMOVED BY SURGERY, CHEMO DOESN'T WORK ANYMORE EVERYONE KNOWS POLITICS IS DIRTY, BUT NOW IN MALAYSIA JUSTICES UNDER THE NEW UMNO ADMINISTRATION ESPECIALLY IN THE NEW ERA OF SI BOTAK AND NAJIS IS WORST OFF, THEREFORE MONGOLIA IS RIGHT TO BRING THIS CASE TO INTERNATIONAL COURT TO SEEK JUSTICE AND AT THE VERY LEAST THE EMBARRASSMENT TO THE UNFIT PRIME MINISTER IN WAITING OF THE GOVERNMENT OF MALAYSIATHE POLICE & THEIR BRUTALITY AGAINST PEACEFUL CITIZENS IN A NEW ERA OF UMNO SI BOTAK & NAJIS FIT FOR THE SEWERS ONLY.

THE SELECTIVE USE OF ISA SCARED AWAY CAPITAL INVESTMENT TO MALAYSIA IN A CAPITAL FLIGHT AND NEXT THE POLICE BRUTALITY AGAINST PEACEFUL RAKYATS UNDER THE DIRECT GUIDANCE OF UMNO SI BOTAK WILL SCARED AWAY THE TOURISTS VISITING MALAYSIA THAT IS THE NEW ERA OF NAJIS IN HIS IN WAITING ADMINISTRATION.

WHY Razak Baginda, the fall guy, with no further obstacles or hindrances in sight for Najis in his ascending to the Top Power, has now been released??? The real murderers whose identities are obvious but are still at large, with RPK detained under ISA but just released and PI Balasundram exiled overseas there are no other major obstacles and hindrances to Najis’ ascendancy to the pinnacle of his power come March 2009.

This is only obvious that UMNO has now the final say in justice with their man Zaki as the Chief Justice. This is the obvious Justice of Malaysia, the laughing stock of the whole world, Malaysia should be boycotted by the world communities for their greatest injustices towards human rights and common normal justices.

THIS IS MALAYSIA UMNO’S MALAY SUPREMACY AT ALL COSTS BUT GOING DOWN THE SEWERS WITH NAJIS, THE NEW PRIME MINISTER IN WAITING AFTER THE 51ST YEAR OF INDEPENDENCE.

5 SOALAN PANAS UNTUK SAYA ~ Ref Malaysiakini

5 soalan PANAS yang diajukan oleh wartawan Harakah Melaka, Zaili Muhammad kepada saya.

Soalan 1 : PAS Melaka gagal dalam pilihanraya lepas di mana satu kerusi pun PAS tak menang. Bukankah ini membuktikan kerja-kerja penerangan telah gagal dan tidak secara langsung saudara juga gagal memainkan peranan sebagai Ketua Penerangan?

Jawapan : Memang salah satu sebab kemenangan dan kekalahan dalam pilihanraya adalah gerakerja penerangan. Saya mengakui Jentera Penerangan kita tidak sehebat dan seaktif negeri-negeri lain semasa pilihanraya yang lalu. Kerja-kerja penerangan bukanlah kerja perseorangan. Walau sehebat mana perancangan dan kertas kerja, jika ianya tidak didokongi oleh jentera yang berkemahiran tinggi dan bersedia bila-bila masa untuk bergerak maka perancangan tersebut akan gagal.

Saya tidak menafikan jentera kita lemah dan 'post mortem' telah pun dibuat termasuk kepada jentera penerangan. Gerakerja awal dari sekarang mesti dilaksanakan. Inilah antara kelemahan yang ketara. Kekurangan tenaga yang komited, berkemahiran dan bersedia bila-bila masa juga antara penyebab kelemahan kita. Lajnah Penerangan mesti mengatasi masalah ini dari awal.

Soalan 2 : Saudara bukanlah anak jati Melaka, tetapi dilihat naik dengan begitu cepat dalam kepimpinan PAS Negeri, mungkin kerana saudara cuba menonjolkan diri dan pandai mencari kesempatan?

Jawapan : Saya tidak pernah meminta jawatan. Saya dilantik untuk jawatan Ketua Penerangan ini separuh jalan menggantikan sahabat lain. Malah saya bersedia bila-bila masa untuk menyerahkan amanah besar ini kepada sahabat lain yang lebih baik. Prinsip saya ialah bekerja untuk jemaah walau dalam keadaan apa sekalipun samada kita ada jawatan ataupun tidak. Prinsip saya ialah kita mesti bertolong menolonglah dalam jalan taqwa, kebaikan dan jangan bertolong menolong dalam jalan kejahatan.

Saya sendiri memang rasa bersalah kerana gagal memimpin jentera penerangan sebaik mungkin pada pilihanraya lepas. Sudah 7 tahun saya tinggal di Melaka dan merasakan ianya sudah agak lama malah untuk mengenali Melaka dan sahabat-sahabat tidak susah kerana hanya ada 6 kawasan sahaja di sini. Saya juga sangat mengharapkan anak jati Melaka dapat memimpin PAS Melaka di semua peringkat. Diharapkan sessi depan akan ada anak Melaka yang akan menggantikan saya untuk memacu gerakerja penerangan yang sangat penting. Saya bersedia untuk membantu bila-bila masa.

Soalan 3: Saudara dilihat sering membuat kenyataan akhbar di media arus perdana. Seolah-olah tidak ada 'muka' lain di Melaka yang boleh membuat kenyataan akhbar. Ramai yang menyatakan saudara mencari 'glamour' supaya dikenali, betulkah begitu?

Jawapan : Saya yakin kita tidak perlu mencari 'glamour' di Melaka ini kerana bukan 'glamour' yang akan kita dapati tetapi tekanan dan tohmahan dari pihak tertentu yang jadi habuan.

Saya rasa bertanggungjawab untuk membawa suara PAS di media arus perdana. Saya sangat mengharapkan sahabat lain dari pelbagai peringkat tampil untuk membuat kenyataan dan membawa suara PAS di mana-mana sahaja. Kebetulan ada sebuah media yang agak tebruka sekarang, maka peluang ini mesti kita ambil. Kalau sebelum ini kita sering merungut bahawa kita dianaktirikan oleh media mengapa sekarang kita berdiam diri pula.

Soalan 4 : Melaka dikatakan negeri yang paling kuat Umno dalam dunia sebab itu satu kerusi pun PAS tak menang di Melaka, berbanding dengan Johor dan Negeri Sembilan yang sudah mendapat 2 dan 1 kerusi DUN masing-masing. Malangnya Melaka masih terkial-kila mencari walaupun satu kerusi. Bila agaknya Melaka akan dapat melahirkan 'anak sulung' yakni wakil rakyat pertama samada di DUN atau Parlimen?

Jawapan : Jawapannya ada dalam diri pemimpin dan ahli-ahli PAS Melaka. Allah tidak akan memakbulkan doa dan hajat kita, tanpa pengorbanan dan gerakerja yang hebat, kemas, sistematik dan bersungguh-sungguh. Kita semua faham konsep tawakkal. Kita mesti berusaha bersungguh-sungguh barulah kita berjaya. Walaupun pahit kita kena akui gerakerja kita di Melaka masih jauh ketinggalan jika hendak kita bandingkan dengan negeri-negeri lain. Ini merupakan satu cabaran dan tanggungjawab hebat yang terpikul di atas bahu saya juga.

Soalan 5 : Tahun hadapan adalah tahun pemilihan, benarkan saudara akan merebut jawatan tertinggi dalam Kawasan saudara?

Jawapan : Jawatan dalam jemaah bukanlah untuk kebanggaan dan kehebatan seperti dalam Umno sehingga berlakunya rasuah politik dan politik wang.Ahli PAS ditarbiah supaya tidak meminta jawatan dan kita juga ditarbiah supaya menerima jawatan jika kita yakin kita mampu dan tidak memudaratkan jemaah.

Seperti yang saya nyatakan tadi, saya tidak pernah meminta jawatan. Namun sebagai seorang ahli jemaaah saya mesti patuh dan taat kepada arahan pimpinan dan jemaah selagi ianya tidak bercanggah dengan Islam. Saya yakin di dalam kawasan saya iaitu Bukit Katil masih ramai lagi sahabat lain yang lebih hebat, berilmu, istiqamah dan berketerampilan. Saya lebih selesa menjadi askar-askar atau budak suruhan. Saya boleh melakukan apa juga arahan pimpinan selagi saya termampu.

Terima Kasih.

PAS KONSISTEN TENTANG KEZALIMAN ISA ~ Ref Malaysiakini

Banyak parti-parti politik termasuk komponen BN sejak akhir-akhir ini mengkrtik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Namun kritikan mereka itu hanya sekadar dimulut tidak diterjemah dalam bentuk tindakan.

Bagi PAS pula, sejak dari dahulu PAS sentiasa konsisten dalam membantah ISA. Setiap kempen menentang ISA yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) sentiasa dihadiri oleh pemimpin PAS. Ini membuktikan solidariti PAS terhadap penentangan kepada akta drakonian yang zalim ini.

Begitu juga parti-parti komponen Pakatan Rakyat (PR) yang lain iaitu DAP, PKR dan PSM yang sentiasa konsisten menentang ISA.

DAP hari ini melancarkan kempen larian anti-ISA dari Pandamaran ke Kem Kamunting pagi tadi. Manakala PAS dan GMI akan menganjurkan Kempen bagi mendesak kerajaan menghapuskan ISA pada 23 November ini.

Malangnya Umno dan parti-parti komponen BN yang lain tetap 'tongong' tidak nampak akan kezaliman ISA yang jelas bercanggah dengan Islam dan hak asasi manusia.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter