.

.

01 November 2008

AL-FATIHAH : GURUKU PROF NASIR MENINGGAL ~ Ref Malaysiakini

Saya mendapat berita sedih sebentar tadi bahawa Guruku, Professor Dr Mohd Nasir Zainal Arif meninggal dunia waktu maghrib tadi di Kuala Lumpur.
Beliau yang pernah mengajarku di USM merupakan seorang pakar Teknologi Plastik. Allahyarham merupakan seorang guru yang sangat dedikasi dan mesra pelajar. Beliau juga merupakan 'produk' USM.

Selepas meninggalkan USM beliau berkhidmat di Universiti Industru Selangor (UNISEL) sebelum berpindah ke Universiti Malaysia Perlis (Unimap).

Beberapa bulan lepas saya menghubungi beliau bertanyakan keadaan kesihatan beliau yang mengidap kencing manis. Beliau sungguh mesra melayan dan memang mudah mengingati pelajarnya walaupun sudah lama tidak bertemu.

Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah dan ditempatkan bersama-sama para anbia dan solihin. Amin

Al Fatihah.

PAK LAH TAK PERLU BERPURA-PURA ~ Ref Malaysiakini

Presiden Umno, Pak Lah Badawi kononnya cuba bertegas dengan pelobi dan tukang kempen calon-calon Umno yang bertanding. Dalam kenyataan beliau kepada media hari ini Imam Hadhari ini kononnya memberi amaran kepada pelobi dan perayu undi bagi calon bertanding pemilihan parti, yang banyak dikesan berada di hotel di sekitar Kuala Lumpur dan negerinegeri, supaya pulang ke kawasan masing-masing atau menghadapi tindakan disiplin.

Menurutnya laporan yang diterima, ramai mereka ini sedang berada di hotel-hotel di KL (Kuala Lumpur) dan negeri untuk kempen secara langsung dan tidak langsung untuk dorong undi atau jangan mengundi (calon tertentu).

Bagi saya amaran Pak Lah hanyalah omongan kosong dan lakonan sahaja kerana amaran seumpama ini pernah dikeluarkan beliau sewaktu pemilihan lalu tetapi tidak diendahkan oleh pelobi dan tukang kempen ini. Mereka tahu jika Pak Lah dan Umno benar-benar ingin mengambil tindakan sudah tentu hampir semua calon yang bertanding akan dikenakan tindakan. Tetapi akhirnya hanya beberapa orang sahaja yang diambil tindakan antaranya Isa Samad, Zaid Ibrahim dan beberapa orang lain. Pemimpin Umno lain bebas dan terus memegang jawatan yang dimenangi sehingga tamat tempoh.

Pak Lah tidak perlu berlakon untuk memberi amaran kerana boleh dikatakan semua calon terlibat dengan rasuah dan politik wang ini. Ianya diakui sendiri oleh Rais Yatim dalam media baru-baru ini. Malah calon Ketua Pemuda Umno, Khir Toyo juga mengakuinya di TV9.

Pak Lah melarang calon-calon yang bertanding menggunakan jentera kerajaan secara langsung atau tidak langsung untuk berkempen. Ini satu lagi kenyataan yang boleh ditertawakan. Kalau tuan-puan perasan sekarang ini para menteri begitu sibuk menjalankan program di serata negeri samada program rasmi atau tidak rasmi. Program ini sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada calon tertentu kerana dilihat sebagai pemimpin berjiwa rakyat sering bertemu rakyat diseluruh negara.

Sepatutnya Pak Lah tidak perlu mengeluarkan kenyataan bodoh sebegini kerana ianya sudah pasti tidak akan dituruti oleh pemimpin-pemimpin Umno lain yang sering berselindung di sebalik program kerajaan untuk berkempen.

ISU ERUCOPTER : SIASATAN BPR HANYA LAKONAN ~ Ref Malaysiakini

Hari ini dilaporkan bahawa BPR mula membuka kertas siasatan terhadap isu pembelian Eurocopter yang dikatakan berlaku penyelewengan dan salahguna kuasa.

Bagi saya siasatan ini hanyalah lakonan biasa BPR guna untuk mengaburi mata rakyat. Saya pasti sudah tentu BPR tidak akan menemui sebarang 'findings' atau kesalahan kerana ianya melibatkan pimpinan kerajaan. Sudah pasti mereka yang terlibat 'imune' dan kebal.

Kalau adapun kesilapan ianya sudah pasti akan dihalakan kepada pegawai sahaja bukan menteri. Skrip ini memang sudah biasa dan normal dalam negara kita.

Isu penyelewengan duit PPRT umpamanya yang kena adalah pegawai, Menterinya bebas, lepas dan semakin kaya sekarang. Inilah negara Malaysia sebuah negara yang menjadi syurga perasuah bukan sahaja dalam pentadbiran malah dalam politik pun rasuah semakin barah. Pemilihan Umno sekarang membuktikan bahawa rasuah begitu teruk dan memalukan.

Jadi oleh kerana pemimpin Umno naik oleh sebab rasuah, mereka sudah biasa dengan rasuah. Maka tidak hairan dan pelik jika ramai dikalangan pemimpin Umno tidak segan untuk meneruskan amalan rasuah dan penyalagunaan kuasa dalam pentadbiran dan pengurusan kementerian dan apa juga organisasi yang mereka pimpin.

HANYA GUA MUSANG BERANI CALON KU LI ~ Ref Malaysiakini

Terbukti pemimpin dan ahli Umno memang tidak ada pendirian dan prinsip. Sesiapa sahaja dilihat akan berkuasa akan dicalonkan untuk jawatan pimpinan tertinggi walaupun calon tersebut penuh dengan kontroversi.

Hal ini yang berlaku sekarang dimana Najib terus dicalonkan oleh Umno Bahagian kerana beliau dilihat bakal berkuasa. Bukan orang Umno tidak tahu beliau penuh dengan kontroversi tetapi demi untuk menjaga pangkat dan periuk nasi prinsip, kebenaran dan etika diketepikan.

Akhirnya terkapai-kapailah seorang lagi calon Presiden iaitu Ku Li, di mana sehingga kini baru 1 pencalonan yang beliau perolehi itupun dari Bahagian Gua Musang yang diketuai oleh beliau sendiri. Malah Umno bahagian lain di Kelantan juga turut sama kecut perut untuk mencalonkan beliau.

Inilah sikap yang amat bahaya yang ditanamkan di dalam diri orang Umno yang boleh menjahanamkan orang Melayu dan negara. Pemimpin dipilih atas dasar takut dan kepentingan diri bukannya atas dasar kebenaran, karisma, akhlaq dan kepimpinan.

Sementara itu media hari ini melaporkan bahawa setelah tiga minggu bersidang dan lebih 100 bahagian menamatkan persidangan masing-masing, akhirnya Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah mendapat pencalonan sulung untuk bertanding jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti Mac depan.

Tengku Razaleigh menerima pencalonan daripada bahagiannya sendiri yang bersidang hari ini.

Pada mesyuarat itu, Tengku Razaleigh dicalonkan sebulat suara oleh 384 perwakilan yang hadir di Kompleks UMNO Gua Musang Bukit Cekati, di sini.

Sementara Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad dicalonkan sebagai Timbalan Presiden parti.

Bagi jawatan Naib Presiden, bahagian tersebut mencalonkan bekas Naib Presiden UMNO Tan Sri Mohd. Isa Samad, Ketua Wanita UMNO Johor, Datuk Halimah Mohamed Sadique dan bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr. Affifudin Omar.

31 October 2008

JIKA AZILAH DAN SIRUL BERSALAH SIAPA DI BELAKANG MEREKA? ~ Ref Malaysiakini

Razak Baginda dibebaskan, Azilah dan Sirul terpaksa membela diri. Persoalaannya andai Mahkamah Mendapati Azilah dan Sirul bersalah selepas ini, apa motif pembunuhan dan siapa dibelakangnya. Itu persoalannya. Razak Baginda tidak bersalah jadi siapa yang bersalah.

Sudah tentu ada dalang dibelakang Sirul dan Azilah yang menyebabkan mereka meletupkan Altantuya. Siapa jantan atau betina yang mengarahkan mereka berbuat demikian. Adakah mereka melakukannya kerana kehendak mereka sendiri?

Mustahil Sirul dan Azilah membunuh Altantuya secara sukarela tanpa ada arahan dari sesiapa?????

APA MOTIF PENGARAH BPR PERAK DITUKAR? ~ Ref Malaysiakini

Tidak semena-mena Pengarah BPR Perak, Shamsiah Abu Bakar ditukar ke Sarawak. Timbul beberapa persoalan :-

1)Adakah Shamsiah Abu Bakar memalukan BPR kerana kesilapannya menangkap 2 orang Exco?

2)Adakah Shamsiah Abu Bakar tidak sehaluan dengan BPR Pusat?

3)Adakah prestasi kerja Shamsiah Abu Bakar tidak baik?

4)Adakah Umno tidak suka kepada Shamsiah Abu Bakar?

5)Adakah Shamsiah Abu Bakar bertegas tidak mahu lagi menjadi Pak Sanggup Umno Perak?

Jawapannya hanya Shamsiah dan Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan yang tahu. Hari ini media internet melaporkan bahawa Pengarah Badan Pencegah Rasuah (BPR) Perak itu telah ditukar ke pejabat BPR Sarawak.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah BPR, Ahmad Said Hamdan menafikan dakwaan ia ada kaitan dengan kes berprofil tinggi yang membabitkan tokoh politik di Perak.

Sebaliknya, Bernama memetik ketua pengarah BPR itu sebagai berkata, ia merupakan prosedur pemindahan biasa.

Pada 25 Ogos lalu, dua exco kerajaan Perak dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas tuduhan menerima rasuah masing-masing bernilai RM100,000 dan RM5,000.

Mereka ialah exco perlancongan, modal insan dan NGO Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu yang didakwa melakukan kesalahan itu sebuah kafeteria di Ipoh pada 16 Ogos lalu.

Manakala exco pembangunan usahawan, koperasi, pertanian dan perdagangan, Jamaluddin Mohd Radzi pula dituduh bersama bekas wakil rakyat PKR bagi Bota, Kapt (B) Usaili Alias melakukan kesalahan itu pada 14 Ogos lalu di pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, di Ipoh.

Mereka dituduh menerima habuan itu daripada Mohd Imran Abdullah untuk membangunkan tanah seluas 90 ekar (54 hektar) di Seri Iskandar.

Saman RM100 juta

Berikutan, Jamaluddin dan Mohd Osman memfailkan saman terhadap BPR, dua pegawai tingginya serta sebuah akhbar tempatan.

Ahmad Said dan Samsiah serta Star Publications (M) Berhad dinamakan sebagai defendan.

Ketiga-tiga defendan antaranya didakwa bertindak dengan niat jahat serta mengatur tangkapan dan penahanan mereka.

Tindakan itu didakwa bertujuan menyakiti plaintif dan cuba membunuh dari segi politik serta memburukkan imej PKR untuk mempengaruhi keputusan pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh.

Mereka menuntut ganti rugi am sejumlah RM100 juta untuk salah tangkap, salah tahan, pendakwaan berniat jahat, dan libel selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Defenden keempat Star Publication (M) Berhad dituntut ganti rugi am untuk libel, kos dan relif serta apa-apa relif yang difikirkan wajar oleh mahkamah kerana berniat jahat dan salah mencetak dan menyebar dalam laporannya 21 Ogos lalu.

AKHIRNYA BUAYA TERLEPAS, CICAK BERNASIB MALANG ~ Ref Malaysiakini

Akhirnya seperti biasa Buaya terlepas, Cicak bernasib malang. Atau boleh dikatakan Jerung terlepas, ikan bilis tersangkut di jaring.

Razak Baginda yang boleh dikategorikan sebagai orang atasan dan bangsawan juga mempunyai hubungan yang akrab dengan pemimpin tertinggi terlepas dari hukuman. Tetapi 2 orang anggota Polis terpaksa membela diri.

Sudah menjadi resam di negara kita orang atas mempunyai imuniti dan kekebalan yang hebat berbanding orang bawah yang boleh sahaja dikenakan tindakan walaupun mencuri atau meng'songlap' duit berjumlah RM1. Sebagai contoh ada orang atas yang mencuri dan meng'songlap' duit orang miskin bernilai jutaan ringgit bebas dan 'happy' ke sana ke mari malah terus disanjung dan dipuja.

Mungkin mereka lupa bahawa di sana terdapat mahkamah yang maha adil yang pasti tidak akan melepaskan orang yang bersalah. Lebih hebat lagi bukan manusia lain menjadi saksi tetapi anggota badan kita sendiri yang bercakap dan bersuara menjadi saksi yang sangat amanah. Maka pada hari itu tidak berguna lagi harta, pangkat, kekuasaan dan anak pinak.

"Pada hari yang tidak berguna lagi harta dan anak pinak, kecuali mereka yang mengadap ALLAH dengan hati yang sejahtera".

CAN A FAMILY MAN WITH SALARY RM3000 SURVIVE IN MALAYSIA ~ Ref Malaysiakini

Please click on the image to read it! (Slik klik di atas imej untuk membacanya).



Cuba bayangkan bagaimana satu keluarga yang pendapatannya di bawah RM1000 sebulan dengan anak 5 orang semua bersekolah. Apa yang mereka makan, pakai dan belanja????

Apakah pemimpin Umno/BN memikirkan penderitaan rakyat yang terpaksa menanggung semua ini. Mereka yang berada di atas dan kenyang dengan gaji dan elaun dari duit rakyat semakin bongkak dan sombong.

HUJAN LEBAT MELANDA MELAKA SEKARANG, RAKYAT TRAUMA ~ Ref Malaysiakini

Semasa saya mengetuk 'keyboard' PC buruk saya ini, jam menunjukkan pukul 10.45 pagi, hujan turun mencurah-curah dengan lebatnya disekitar Batu Berendam.

Kebiasaannya jika hujan turun selebat ini sudah tentu ada rakyat Melaka yang trauma kerana kampung mereka sering dilanda banjir kilat yang tidak kunjung padam. Semuanya gara-gara kerakusan manusia yang memerintah negeri Melaka yang mementingkan pembangunan yang tidak menghiraukan saliran dan longkang.

Hutan simpan ditebang, bukit di tarah, paya ditimbus dan sebagainya. Bangunan didirikan, rumah dibikin dan segala macam hutan batu dibina tetapi sistem saliran dan perparitan tidak diutamakan hanya sekadar melepaskan batuk ditangga.

Akhirnya rakyat menanggung derita. Acapkali kali anak-anak kecil yang tidak tahu erti kesusahan mak bapak, bergembira bermain 'rakit dan perahu' di halaman rumah lantaran air yang tidak diundang berkunjung ke rumah mereka setiap kali hujan lebat turun.

Harta benda sering rosak, rumah mesti dibasuh, bau lumpur menusuk hidung dan anai-anai mengintai untuk membuat sarang pada setiap kali selepas banjir.

Sampai bila nasih mereka begini, entahlah .......agaknya selagi kerajaan BN tidak ditukar dengan kerajaan PR selagi itu isu ini tidak akan mendapat perhatian serius dari kerajaan .......

SUDAH DIDUGA, RAZAK BAGINDA DIBEBASKAN ~ Ref Malaysiakini

Memang telah diduga, teman rapat AlNajib akan dibebaskan dari tuduhan bersubahat membunuh Altantuya.

Akhirnya ramalan ini tepat apabila Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membebaskan penganalisa politik Abdul Razak Baginda daripada tuduhan bersubahat membunuh wanita Mongolia, Altantayua Shaariibuu.

Bagaimanapun, dua anggota polis yang dituduh membunuh wanita Mongolia itu diperintah membela diri.

Sebentar tadi, Hakim Datuk Mohd Zaki Md Yasin memutuskan pihak pendakwa gagal membukti kes prima facie terhadap penganalisis politik tanah air berusia 48 tahun itu.

Bagaimanapun Cif Inspektor Azilah Hadri, 32, dan Koperal Sirul Azhar Umar, 36, kedua-duanya anggota Unit Tindakan Khas (UTK) diarah supaya membela diri atas tuduhan yang dihadapi.

Mohd Zaki akan mengumumkan tarikh perbicaraan bela diri bagi kedua-dua tertuduh berkenaan sebentar lagi.

Mahkamah Tinggi Shah Alam mula bersidang pukul 9.35 pagi tadi.

Kes berprofil tinggi itu berlarutan selama 151 hari sejak November 2006, melibatkan pihak pendakwa mengemukakan 84 orang saksi.

Pembebasan ini memang tidak menghairankan kerana sejak dari awal penangkapan Razak Baginda, ramai pemerhati percaya beliau sudah pasti dibebaskan. Malah perjalanan perbicaraan juga dilihat banyak kontroversi seolah-olah ada yang tidak kena terhadap kes ini.

Razak Baginda merupakan orang kuat AlNajib sejak dari dahulu.

Gambar : Tapak dan kesan Altantuya dibunuh dengan kejam menggunakan bom C4 yang langsung tidak disiasat siapa yang membenarkan ia dikeluarkan dari stor.

AHLI AKADEMIK JUGA AKUI UMNO PARTI RASUAH ~ Ref Malaysiakini

Rasuah politik dan politik wang dalam pemilihan Umno bukan sahaja diakui oleh pemimpin Umno seperti Rais Yatim dan lain lain malah ianya juga dipersetujui oleh ahli akademik.

Pendek kata rasuah politik sudah sampai ke tahap meruncing. Jika BPR benar-benar telus dan diberikan kuasa seluas-luasnya untuk menyiasat dan mendakwa perasuah-perasuah ini saya majoriti pemimpin-pemimpin yang menawarkan diri untuk bertanding akan didakwa di mahkamah.

Malah gejala jijik ini akan bertambah parah selepas ini iaitu selepas calon-calon disahkan mencapai cukup pencalonan untuk membolehkan mereka bertanding.

Semua calon-calon yang bakal bertanding ini akan pertamanya mengenalpasti senarai perwakilan Umno bahagian ke persidangan Agung Mac 2009 nanti. Kedua setelah nama-nama mereka dikenalpasti maka proses mendekati mereka untuk ditawarkan habuan supaya mengundi calon akan dimulakan. Antara habuan yang popular untuk merasuah perwakilan ialah wang, pakej lawatan, projek/kontrak perniagaan, gelaran dan pangkat dan lain-lain lagi yang kadang-kadang tidak masuk akal.

Proses merasuah ini akan berlanjutan sehingga ke saat akhir sebelum pengundian dijalankan. Bayangkan betapa jijiknya Umno dan pemimpin Umno yang tidak lagi menghiraukan HALAL dan HARAM di sisi ISlam dan undang-undang negara.

Semua ini sudah dibuktikan pada pemilihan-pemilihan lalu, sehingga ramai juga yang dikenakan tindakan tatatertib yang tidak munasabah dan amat ringan. Tiada pendakwaan di mahkamah di buat. Akhirnya pelaku rasuah seperti Isa Samad dan lain-lain tersenyum lebar dan terus dicalonkan oleh ahli Umno untuk jawatan Naib Presiden Umno kali ini.

Sebab itulah ahli akademik, Prof Mustaffa Ismail dari Universiti Utara Malaysia (UUM) mengakui bahawa politik wang akan menjadi semakin berleluasa selepas tempoh mesyuarat bahagian Umno berakhir pada 9 november depan.

Katanya, ketika itulah calon-calon yang mendapat pencalonan, akan berusaha untuk mendapatkan sokongan menjelang perhimpunan agung Umno.

HARGA MINYAK : RAKYAT TERUS DIPERMAINKAN, HARGA BARANG TERUS TINGGI ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN yang ada pada hari ini terus mempermainkan rakyat dalam menguruskan harga minyak.

Begitu mudah kerajaan menaik dan menurunkan harga minyak ibarat kita pergi ke pasar membeli ikan. Rasa nak dinaikkan, ia dinaikkan tanpa kajian yang teliti dan menyeluruh. Akhirnya rakyat yang menderita bahana kenaikan harga minyak.

Pada 4 Jun lalu, kerajaan mengumumkan kenaikan harga petrol sebanyak 78 sen atau kira-kira 41 peratus, kepada RM2.70 seliter daripada RM1.92 seliter, satu keputusan paling bodoh pernah dibuat oleh kerajaan BN dalam menguruskan harga minyak. Tidak ada Perdana Menteri dan kerajaan paling tidak cerdik selain dari yang memerintah sekarang. Bahana dari kenaikan tidak masuk akal ini dirasai dan dideritai rakyat sehingga ke saat ini.

Sekarang ini barulah kerajaan 'terhegeh-hegeh' ingin menurunkan harga minyak setelah harga minyak dunia menurun sehingga lebih rendah dari harga semasa harga minyak di Malaysia RM1.92 sen seliter dahulu.

Kita hairan bagaimana pakar-pakar ekonomi kerajaan yang dikatakan sangat hebat itu tidak dapat membuat kajian awal sehingga menaikkan harga minyak sampai RM2.70 seliter dan sekarang menurunkannya sehingga ke harga sekarang yang masih lebih tinggi dari harga yang sepatutny (iaitu kurang dari RM1.92 sen seliter).

Pada masa yang sama kerajaan melaung-laungkan untuk cuba menurunkan harga barang. Maka diwar-warkan dalam media bahawa Giant dan Tesco telah menurunkan harga barang. Saya ingin bertanya kepada Shahrir Samad (menteri barang mahal), apakah Giant dan Tesco ada diserata Malaysia.

Dekat Kuala Tembeling, Grik, Kuala Berang dan lain-lain ada atau tidak Tesco dan Giant di sana? Jangan cuba memperdayakan rakyat dengan penipuan sebegini.

Mungkin Giant dan Tesco boleh menurunkan harga barang kerana mereka membeli secara pukal (berkoyan-koyan), bagaimana dengan kedai runcit dan mini market adakah mereka juga telah mula menurunkan harga barang.

Memang tidak cerdik dia orang ini!!!!

ELAKKAN SENTUH ISU-ISU SENSITIF, BINCANG DULU SEBELUM BUAT KEPUTUSAN ~ Ref Malaysiakini

Saya tidak mahu menyentuh samada perlantikan Low Siew Moi sebagai pemangku pengurus besar Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), tepat dan betul ataupun tidak tepat dan tidak betul.

Tetapi saya ingin mencadangkan supaya semua perlantikan yang melibatkan jawatan tertinggi dan penting mesti dibincangkan di dalam kerajaan dan parti-parti komponen Pakatan Rakyat. Selesaikan semua perbezaan pendapat terlebih dahulu sebelum perlantikan rasmi dibuat.

Amat malang jika selepas perlantikan masih ada 'pahat' dan 'paku' yang berbunyi disebabkan ianya tidak diputuskan secara kolektif sesama pimpinan negeri di kalangan PR. Kita semua tentu faham jika berlaku perselisihan walaupun kecil dan remeh pihak lawan akan memainkannya habis-habisan guna untuk mengaburi dan menyelewengkan minda rakyat supaya memandang PR mudah bercakaran dan tidak stabil.

Ini semua pasti merugikan kesinambungan perpaduan PR dan kerajaan PR sendiri. Belajarlah dari kesilapan lalu.

Saya yakin perselisihan pendapat ini dapat dielakkan jika semua pihak berlapang dada, menerima hujah-hujah orang lain dan berpegang kepada undang-undang peruntukan yang sedia ada.

Kita juga sebagai pemimpin tertinggi parti dan sudah matang dalam sepak terajang politik seharusnya mengawal diri dari sebarang kontroversi dengan membuat kenyataan akhbar secara terbuka kepada mana-mana media. Bukankah kita semua faham bahawa di kalangan media itu rata-ratanya menjadi 'wak yek' atau budak suruhan Umno/BN yang sentiasa menunggu peluang untuk 'membaham' kita ibarat buaya lapar yang disuakan daging enak.

Belajarlah dari pengalaman dan keperitan masa lampau. 'Lesson learned' amat penting.

30 October 2008

MALAYSIA SYURGA PENZINA ~ Ref Malaysiakini

Sah Malaysia adalah negara Islam Hadhari yang menjadi syurga para penzina. Buktinya seramai 257,411 anak hasil perzinaan dilahirkan di Malaysia sejak 7 tahun lalu. Ini bermakna 257,411 kali perzinaan berlaku yang menghasilkan anak. Maka sudah tentu beratus kali ganda jumlah perzinaan yang dilakukan tetapi tidak menghasilkan anak.

Jadi sahlah negara Islam Hadhari yang ditadbir oleh Umno/BN ini adalah negara yang penuh dengan maksiat lantaran kegagalan pemerintah mendidik rakyat menjadi rakyat yang takut kepada Allah bagi yang Islam dan rakyat yang bermoral bagi yang bukan Islam.

Selagi sistem pemerintahan dan pemerintah tidak ditukar selagi itulah negara kita ini akan terdedah kepada maksiat yang amat dikutuk oleh Allah ini.

Apakah rakyat yang mengundi Umno/BN tidak rasa bersalah kerana mengangkat pemimpin dan parti yang gagal mentadbir negara dengan baik sehingga Malaysia dikotori dengan zina dan maksiat.

Fakta ini saya perolehi dari blog saudari Nuraflah yang mendedahkan jawapan Syed Hamid Al ISA di parlimen semalam.

Dalam jawapannya Syed Hamid berkata sebanyak 257,411 sijil kelahiran yang didaftarkan rupa-rupanya tanpa dicatatkan nama bapa dari tahun 2000 hingga Julai lalu.

Beliau menjawab soalan lisan R. Sivarasa (PKR-Subang) semasa sesi soal jawab Dewan Rakyat, semalam.

Menurutnya, data itu dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) ekoran anak-anak yang dilahirkan itu tidak mempunyai sah taraf atau anak luar nikah.

"Pendaftar tidak boleh mencatat nama bapa pada sijil kelahiran bagi anak-anak tidak sah taraf atau luar nikah kecuali atas permintaan bersama ibu dan orang yang mengaku dirinya sebagai bapa.

"Ini selaras dengan peruntukan Seksyen 13 Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 atau Akta 229," katanya.

Tambah Syed Hamid, di bawah peruntukan Seksyen 28 Akta 299, pendaftar berhak untuk mendapatkan maklumat sebaik mungkin berkenaan ibu dan bapa yang sah bagi setiap kelahiran yang hendak didaftarkan.

Malunya saya untuk mengaku Malaysia sebagai negara umat Islam kerana maksiat dan kedurjanaan berlaku berleluasa.

DEBAT : KHAIRY NAIK TOCANG KERANA MUKHRIZ TAKUT ~ Ref Malaysiakini

Menantu kesayangan Imam Hadhari, Khairy Jamaluddin (KJ) naik tocang berasa gah sekarang kerana lawannya Mukhriz Mahathir (MM) takut untuk berdebat.

Keengganan MM untuk berdebat sudah tentu memberikan sedikit lonjakan semangat kepada KJ untuk mendapatkan lebih banyak sokongan dari akar umbi. MM sepatutnya tidak perlu takut untuk berdebat kerana KJ bukanlah seorang hebat untuk berhujah dan berdebat.

Namun mungkin MM takut untuk bercakap dan berhujah dihadapan ramai kerana ia mungkin tidak lancar untuk berpidato dan berdebat secara spontan tanpa teks berbanding KJ yang dilihat sudah acapkali berdebat secara terbuka di kaca-kaca TV3 suku, RTM dan TV9 serta NTV7.

Jelas beliau berada setakuk di hadapan dalam isu debat ini berbanding MM.

Hari ini KJ menunjukkan sikap beraninya apabila bercadang bertemu dengan Ketua Pemuda Umno, Hishammuddin Hussein berhubung cadangannya mengadakan debat terbuka bagi calon-calon jawatan teratas pergerakan itu.

Selain menjelaskan perkara itu, Khairy Jamaluddin juga ingin meminta restu daripada ketuanya.

Menurutnya beliau akan berjumpa dengan Hishamuddin dalam masa terdekat untuk jelaskan mengenai cadangan itu dan minta restu.

KJ berkata, terserah kepada Hishamuddin untuk teruskan (cadangan debat) atau tidak. Saya mencadangkan supaya MM menarik balik kenyataannya yang tidak setuju berdebat kerana kenyataan itu menjatuhkan imej dan kredibilitinya sendiri. Sebagai seorang anak muda beliau sepatutnya berfikiran terbuka dan rasional. Jangan diikutkan rentak pemimpin-pemimpin UMNo lain yang sudah ganyut yang siang-siang lagi tidak bersetuju dengan debat ini.

Dalam hal ini KJ mendapat sedikit kelebihan kerana jelas ahli Umno nampak KJ lebih berani dan terkehadapan.

ELAUN BERTUGAS PILIHANRAYA BN LESAP? KHIR TOYO SILA JAWAB ~ Ref Malaysiakini

Saya tidak mahu percaya atau terus menolak dakwaan pengunjung blog ini yang mendakwa bahawa Umno Selangor menipu mereka. Janji yang dibuat kepada pekerja-pekerja pilihanraya Umno tidak ditunaikan. Elaun yang sepatutnya diberikan kepada setiap petugas lesap entah ke mana.

Saya mengharapkan Khir Toyo selaku Pengerusi BN dan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor semasa pilihanraya umum ke 12 lalu dapat membuat penjelasan terhadap dakwaan petugas Umno ini.

Kalau ianya tidak berasas maka abaikan sahaja. Tetapi kalau dakwaan ini benar Umno Selangor dan BN Selangor wajib membayar elaun mereka sebagaimana yang dijanjikan. Jika tidak makin bertambahlah koleksi penipuan Umno dan BN di atas dunia ini. Insya Allah segala koleksi kejahatan itu akan mendapat pembalasan setimpal dari Allah di Akhirat kelak andaikata pesalah-pesalah itu tidak bertaubat dan tidak menunaikan janji mereka sehingga ke akhir hayat.

Dibawah ini adalah respon yang diberikan oleh seorang petugas BN yang menamakan dirinya Azisirikit :

"Pergi jahanam dengan UMNO dan BN. Pengecut dan tak bertanggung jawab. Apa dah jadi dengan duit elaun yang dijanjikan kepada petugas-petugas pilihanraya yang lalu. Mereka bersengkang mata dari subuh sampai selesai pengiraan undi. Apabila BN kalah diSelangor, elaun tu senyap. Apa! kamu ingat titik peluh petugas tu tak ada nilai? Memang kami petugas-petugas akan undi pembangkang pada pilihanraya akan datang. Go to hell with you UMNO and BN".

Saya harap Khir Toyo atau Mat Taib serta juga mana-mana pimpinan Umno/BN dapat menjawab dakwaan ini dengan kadar segera jika anda membacanya.

SIASAT MENGAPA MENARA TAMING SARI ROSAK ~ Ref Malaysiakini

Saya mendapat khabar dari sahabat saya blogger angkasanuri bahawa Menara Taming Sari kebanggaan Ketua Menteri kita, rosak dan tidak boleh digunakan buat sementara.

Pelik! Menara yang baru berumur 6 bulan lebih itu sudah rosak walaupun ianya baru beroperasi kurang dari setahun. Apa masalahnya ini?

Menurutnya cerita sahabat saya, kerosakan yang berlaku hari ini bukan kali pertama malah sudah beberapa kali ianya ditutup tidak boleh dinaiki oleh manusia. Dakwaan sahabat saya ini bukannya tuduhan atau tohmahan tetapi ianya dibuktikan apabila beliau menelefon pihak pengurusan menara tentang statusnya hari ini. Pihak pengurusan menara memaklumkan memang benar menara tersebut rosak hari ini.'Confirm' rosak.

Alangkah malunya kita apabila menara yang 'menghanguskan' duit rakyat dan duit kita sebanyak RM23 juta yang masih hijau itu sudah pun rosak. Bila rosak maka tiadalah 'income'. Siapa yang rugi! sudahlah ianya suatu pembinaan yang membazir ditambah pula dengan keadaaannya yang selalu rosak.

Oleh kerana itu saya menggesa pihak terbabit khususnya BPR membuat penyiasatan dari semua segi iaitu bermula dengan proses pemberian tender, penilaian sebutharga, kos, barangan yang digunakan, kompetensi pekerja, struktur pembinaannya, kelulusan dan lain-lain aspek yang bersangkutan dengan pembinaan menara ini.

Saya bimbang menara ini rosak kerana ianya tidak memenuhi spesifikasi dan standard pembinaan yang sepatutnya. Jika terdapat unsur-unsur penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa, saya harap orang-orang yang terlibat mesti dihadapkan ke mahkamah untuk dibicarakan.

Selain itu kerja-kerja penyelenggaraan menara ini juga patut disiasat secara detail demi untuk memastikan ianya selamat untuk digunakan.

TAKUT KEBURUKAN DIKETAHUI RAMAI, UMNO BIMBANG UNTUK BERDEBAT ~ Ref Malaysiakini

Umno memang dari dahulu takut untuk berdebat. Malah surat pelawaan oleh PAS untuk bermuzakarah dan berdebat secara formal dan terbuka tidak pernah di jawab oleh Umno.

Sebagai persediaan untuk berdebat dengan PAS Umno pernah menganjurkan debat olok-olok untuk mengetahui keupayaan Umno berdebat dengan PAS. Bekas-bekas pemimpin 'recycle' dari PAS dipilih sebagai wakil PAS dan Ustaz-ustaz totok mereka menjadi wakil Umno dalam debat itu. Akhirnya kemenangan berpihak kepada 'PAS' dan Umno takut untuk meneruskan perdebatan dengan PAS selepas itu.

Rupa-rupanya pemimpin-pemimpin Umno ini bukan sahaja takut untuk berdebat dengan musuh politik mereka malah mereka juga takut untuk berdebat sesama mereka.

Sebab itulah cadangan untuk mengadakan debat antara calon-calon pemimpin Umno yang sedang hangat diperkatakan sekarang ditentang oleh 2 orang pemimpin utama dan seorang pemimpin pemuda mereka. Antara yang kuat menentangnya ialah Muhyiddin Yassin dan Hishamuddin Hussein serta Mukhriz Mahathir.

Apa alasan mereka menentang perdebatan ini?

Alasan mereka ialah tidak lain tidak bukan takut keburukan dan pekung Umno akan terdedah kepada rakyat dan kemungkinan rakyat akan sedar bahawa parti yang mereka sokong itu adalah parti jijik, busuk dan membusukkan.

Sebab itu hari ini Naib Presiden Umno, Muhyiddin Yassin tidak bersetuju dengan cadangan supaya debat terbuka diadakan bagi semua calon yang bertanding untuk semua jawatan dalam pemilihan parti Mac depan.

Beliau yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata, walaupun terdapat sebilangan pemimpin Umno yang menganggap ia adalah peluang terbaik untuk mengetahui ketokohan dan wawasan calon-calon yang bertanding tetapi katanya, ia sebenarnya mendatangkan banyak keburukan daripada kebaikan.

Saya yakin antara keburukan dan pekung yang sudah pasti akan tersingkap ialah gejala rasuah, politik wang, ugut-mengugut dan sebagainya.

Oleh kerana keburukan dan pekung untuk membarah dan kebusukannya tidak boleh dibendung lagi maka Muhyiddin takut ianya akan pecah dan terbuka luas dibocorkan oleh para pendebat nanti.

Mungkin para pendebat ini tidak sedar apa mereka perkatakan sehingga ianya menjejaskan Umno dan pemimpinnya. Sebab itu sampai matipun Umno tidak akan berani berdebat secara terbuka.

TOLONG JAWAB : ISTERI SUKA PADA MAT BANGLA ~ Ref Malaysiakini

Saya mengambil soalan ini dari sebuah akhbar harian. Gejala seperti di bawah ini sebenarnya semakin hari semakin banyak terjadi. Lebih malang lagi ada yang sudah bergelar isteri tetapi suka kepada Mat Bangla. Sementelah lagi bagi anak-anak gadis.

Mungkin fenomena ini terjadi kerana Mat-Mat Bangla ramai yang mukanya seiras Datuk Shah RUkh Khan yang menyebabkan wanita melayu ini suka dan berkenan kepada Mat-Mat Bangla ini.

Cerita di bawah adalah salah satu contoh bagaimana Mat Bangla berjaya memikat Wanita tempatan yang sudah bergelar isteri. Namun kita tidak boleh menyalahkan Mat Bangla sahaja kerana ibarat kata pepatah, kalau bertepuk sebelah tangan masakan ada bunyinya (saya reka sendiri je)....

Ceritanya begini ....

SAYA wanita sudah berkahwin dan ada ramai anak. Masalah saya ialah saya kini jatuh hati dengan seorang lelaki warga asing yang berasal dari Bangladesh.

Biarpun tahu saya sudah berkahwin, lelaki itu tetap menyatakan cintanya kepada saya.

Dalam pada itu, saya sebenarnya ada masalah dalam hubungan dengan suami saya iaitu sikapnya yang terlalu cemburu, biarpun saya belum berkenalan dengan lelaki asing itu.

Suami selalu menuduh saya ada hubungan dengan lelaki lain, sedangkan ketika itu saya langsung tidak ada hubungan dengan mana-mana lelaki.

Disebabkan perangainya yang kuat cemburu dan suka menuduh saya yang bukan-bukan itu, saya semakin suka pada lelaki Bangladesh itu.

Tolonglah saya bagaimana untuk mengatasi masalah ini.

INSAN KERISAUAN
Petaling Jaya, Selangor

SOKONG WUJUDKAN DANA PEMBERHENTIAN PEKERJA ~ Ref Malaysiakini

Saya menyokong penuh cadangan Kesatuan Pekerja Pengangkutan yang menggesa kerajaan supaya mewujudkan Dana Pemberhentian Pekerja Kebangsaan bagi menampung keperluan para pekerja untuk sementara ketika mereka mencari pekerjaan baru.

Cadangan yang dikemukakan oleh Setiausaha Agungnya, Datuk Zainal Rampak itu adalah baik sebagai persediaan untuk masa depan pekerja yang kita lihat hari semakin terdedah kepada risiko pemberhentian pekerja akibat ekonomi negara dan dunia yang semakin teruk.

Kita hendaklah sedar bahawa masalah kelembapan ekonomi ini mungkin berpanjangan hingga setahun sepertimana yang berlaku pada tahun 1987 dan 1997 dahulu yang mengakibatkan ramai pekerja yang teraniaya kerana tiada pembelaan dari majikan dan kerajaan.

Dalam kenyataan yang disiarkan oleh Bernama, Zainal mencadangkan supaya sumbangan kepada dana itu mestilah dilakukan oleh majikan dan pekerja, dengan jumlah sumbangan RM1 setiap bulan bagi setiap pekerja.

Katanya, dana itu perlu diuruskan oleh panel yang terdiri daripada profesional di bawah pengurusan Pertu buhanKeselamatan Sosial (SOCSO).

Menurutnya panel itu boleh melabur dalam dana ekuiti kerajaan atau instrumen pelaburan lain yang dijamin bagi memperoleh pendapatan yang baik dan tidak terdedah kepada risiko tinggi.

Ketika berlaku pemberhentian, mereka boleh dibayar satu pertiga daripada gaji terakhir mereka sebagai langkah sementara bagi menampung keperluan mereka sewaktu tempoh tidak bekerja itu.

Saya yakin pekerja dan majikan boleh bersetuju dengan cadangan ini kerana ianya tidak terlalu membebankan majikan yang hanya perlu berbelanja lebih RM1 sebulan untuk seorang pekerja.

Apa yang penting sekarang kerajaan perlu meminda akta dan menguatkuasakan akta tersebut secepat mungkin demi kebajikan pekerja.

Andaikata mekanisme ini tidak mahu dijalankan oleh kerajaan pusat saya mencadangkan kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat dapat memikirkan jalan terbaik untuk menangani isu pemberhentian pekerja ini agar mereka tidak dianaktirikan oleh majikan. Kerajaan Pakatan Rakyat mungkin boleh menyediakan dana atau tabung khas bagi pekerja yang diberhentikan kerja ini. Selain itu khidmat guaman dan kaunseling juga mesti disediakan membantu mereka yang dilanda musibah pemberhentian kerja ini.

SIAPA PENGGANTI AYAHANDA (TG NIK AZIZ) ~ Ref Malaysiakini

Salam Kamunting,

Sudah bertahun - tahun soalan ini ditanya, kemudian dibangkitkan dan diungkitkan kembali kepada saya, juga kepada sesiapa saja. Hari ini soalan ini masih laku, relevan dan dinanti - nanti jawaban penyudahnya, walaupun dah berlonggok - longgok jawaban diberikan oleh saya, juga oleh semua yang ditanya.

Manusia itu suka sangat mengetahui apa yang mereka tak tahu. Kekadang sampai memaksa - maksa pula untuk mengetahui perihal masa depan, sedangkan dalam akidah mereka sebagai seorang yang beriman, tiadalah yang mengetahui yang di depan selain Allah jua.

Saya agak, kerana suasana memaksa - maksa dengan soalan ‘bila? bila?’ inilah Datuk Sri Anwar Ibrahim memacak tarikh 16 September sebagai hari pembukaan Kota ’Makkah’ Putra Jaya dengan pasti. Mesti berlaku. On track!

Jadinya, ramai manusia bergembira dengan penuh girang kerana mereka telah mengetahui masa depan secara pasti. Bila saya tanya, “Pastikah atau DSAI hanya memacak strategi?” Ahli parlimen itu dengan serius menjawab, “Dia kata pasti!”

Saya terlopong. Di mana ‘insya Allah’ ? Dulu saya tulis, demokrasi Malaysia adalah demokrasi Pak Nujum. Rakyat dipaksa berteka - teki tarikh pilihan raya. Hari ini apa harus saya kata. Pembukaan 16 September yang pasti. Dah tak perlu bernujum lagi. Bolehkah saya namakan ini sebagai ‘politik Ayah Pin’?

Ketahuilah olehmu wahai rakyat Malaysia, DSAI telah berkata dengan hatinya, ‘insya Allah’! Hanya kamu yang bodoh sangat sampai terlupa berkata, ‘insya Allah’. Baguslah hikmat Allah menidakkan tarikh itu. Bagus untuk kamu dalam menjaga agama kamu bahawa masa depan itu milik Allah dan bahawa kemenangan Islam itu pasti tiba dalam jadualNya yang terpacak semenjak azali.

Berjuanglah dalam iman yang teguh bahawa kegelojohan itu bukan daripada disiplin dan hati budi seorang pejuang Islam. Berpautlah pada janji Allah yang lebih dekat, tenang dan pasti, bukan pada janji manusia yang jauh dan pasti mengecewakan kamu. Tidakkah Allah berkata, ” Bukankah waktu subuh itu sudah dekat?”

Bukankah subuh itu tiap - tiap hari? 16 September itu setahun sekali. Mana lebih dekat? Maha suci Allah daripada sebarang kekurangan..

Ayuh, mari pula bersama saya berteka - teki pasal masa depan, tetapi dalam irama, rentak dan lagu yang meneguh akidah, menambah ilmu dan menagih harapan daripada kurniaNya. Saya pernah meminta izin ayahanda untuk menulis dan menjawab cara saya. Ayahanda jawab, tulislah!

Ia bukan soalan, bila ayahanda akan berhenti? Tetapi siapakah penggantinya ‘nanti’?

Anda mahu tahu juga bila? Saya jawab, ayahanda pun belum pasti bila. Masakan pula saya tahu. Masakan pula orang lain lebih tahu. Tidakkah ayahanda telah menyebut berkali - kali untuk berhenti, tetapi hanya Allah yang tahu masanya. Allah tuhan pemilik segala hikmat di sebalik kejadian di bumi dan di langit. Sesungguhnya Dialah di langit adalah tuhan dan di bumi adalah tuhan.

Adapun siapa penggantinya, saya berkata:

Dalam struktur parti, penggantinya sebagai Pesuruh Jaya atau Menteri Besar adalah Presiden PAS dengan persetujuan Jawatan Kuasa PAS Pusat dan perkenan Majlis Syura. Begitulah ayahanda semasa dilantik sebagai MB 18 tahun dulu dan sebagai Pesuruh Jaya PAS Kelantan 10 tahun sebelum itu lagi.

Begitu ayahanda, begitulah MB Kedah dan MB Perak. Bukan PAS negeri masing - masing yang memuktamadkan. Hak mereka adalah mencadangkan.

Adapun pengganti ayahanda sebagai ulama besar, maka ia adalah ulama juga. Ulama adalah pewaris nabi. Apabila ulama pergi dan Allah menghendaki kebaikan untuk hambaNya di bumi, maka digantikannnya dengan ulama juga. Apabila Allah tidak menghendaki sedemikian, maka digantikannya dengan yang bukan jenis ulama yang tiada taqwa dan teladan untuk ummah. Maka kehidupan ummah menjadi bertambah parah dan menuju kemunduran di dalam iman dan kehidupan. Wal ‘iyazu BiLlah.

Semoga Allah membekali kita dengan ulama yang lebih baik dan lebih alim. Semoga Allah menyelubungi kita rakyat Malaysia dengan limpahan rahmat dan kasih sayangNya yang tak terperi agungnya.

Adapun pengganti ayahanda sebagai MB, Pesuruh Jaya dan ulama dari kaca mata tuntutan politik semasa, atau siasah syar’iyyah, atau siasah harakiyyah, maka mari kita panjangkan perbincangannya. Ia kelihatan sukar. Allahlah memudahkan segala kesukaran buat hambaNya. Justeru bersegeralah kepada Allah demi memperolehi kemudahan.

Menjadi pemimpin dalam Islam adalah menjadi pemimpin manusia menuju akhirat. Sebaik - baik pemimpin adalah pemimpin yang menjadikan akhirat sebagai kecintaan rakyatnya. Tiadalah mampu berbuat demikian selain pemilik sifat taqwa yang mengepalai sifat - sifat mulia menuju akhirat.

Oleh kerana ayahanda diterima rakyat Malaysia amnya, dan rakyat Kelantan khususnya sebagai pemimpin akhirat mereka, maka sebaik - baik pengganti adalah orang yang paling bertaqwa di kalangan pimpinan PAS.

Siapa? Taqwa itu di dada. Allah pasti mengilhamkannya ke dalam hati - hati hambaNya yang beriman, khususnya para ulama syura yang akan merestukan. Adakah anda seorang yan ragu - ragu dengan syura?

Kemudian, menjadi pemimpin di dalam Islam adalah menjadi pemimpin manusia untuk mencintai kebaikan dan kebaktian di dunia. Dunia adalah ladang akhirat. Sebaik - baik pemimpin adalah pemimpin yang menjadi pendorong dan contoh terbaik manusia untuk berlumba - lumba mengejar kebajikan dan kebaktian.

Tiadalah mampu berbuat demikian selain pemilik sifat amanah. Amanah adalah kemuncak sifat mulia manusia dalam mengharungi kehidupan di dunia yang penuh pancaroba dan tipu daya.

Oleh kerana ayahanda diterima seluruh rakyat sebagai lambang pemimpin beramanah, maka sebaik - baik pengganti adalah orang yang paling amanah di kalangan pemimpin PAS selepas ayahanda.

Siapa? Amanah adalah terjelma di dalam kehidupan. Maka menjadi kewajiban ke atas setiap pencadang, terutama Majlis Syura yang akan merestukan, untuk menilai dan memperhalusi setiap pemimpin PAS yang sedang berkhidmat dan berjuang bersama ayahanda di medan. Adakah anda bermalasan dan bermudahan untuk memilih yang terbaik untuk dunia dan akhirat anda?

Kemudian, menjadi pemimpin di dalam Islam adalah menjadi pemimpin gerakan dakwah Islamiyyah. Islam adalah dakwah dan jihad. Tanpa keduanya leburlah kekuasaan Islam di dunia ini dan berkuburlah iman di dada manusia. Tiadalah mampu berbuat demikian selain pemilik sifat benar dan tabligh. Dia benar pada zahirnya sebagaimana dia benar pada batinnya. Zahirnya tidak membohongi batinnya. Dia berjiwa dakwah dan tabligh. Jaga dan tidurnya adalah dakwah dan menyampaikan seruan Islam.

Oleh kerana ayahanda diterima rakyat Malaysia sebagai bapa gerakan dakwah masa kini, maka sebaik - baik pengganti adalah orang yang paling konsisten dan istiqamah di jalan dakwah kepada Allah. Istiqamah adalah petanda sifat benar.

Siapa? Ini lebih mudah dikenal berbanding kriteria sebelumnya. Hiduplah dalam dunia dakwah dan berkenalanlah dengan para pendakwah, anda pasti lebih tepat pilihan anda. Yang pasti Majlis Syura akan lebih bersedia untuk mengenali kerana mereka sendiri adalah para pendakwah terpilih dalam parti, insya Allah.

Kemudian, menjadi pemimpin di dalam Islam adalah menjadi pemimpin yang mampu mendepani dan mempertahankan rakyatnya daripada keburukan dan kerosakan yang dicanang musuh agama. Islam adalah agama yang pasti diperangi jentera kufur di dunia ini. Oleh kerana kekufuran adalah lebih melata di bumi ini, maka permusuhan dan perancangan jahat terhadap Islam adalah keras dan bertimpa - timpa.

Tiadalah mampu berbuat demikian selain pemilik sifat gagah berani dan bijaksana. Inilah sifat utama pemimpin di medan pertempuran fizikal dan pemikiran juga.

Oleh kerana ayahanda dikenali rakyat Malaysia dengan kebijaksanaan selain keberaniannya, maka sebaik - baik pengganti adalah orang yang paling bijaksana dan paling berani di kalangan pemimpin PAS.

Siapa? Ini lagi mudah dikenal bukan? Samada anda penakut atau pemberani, orang bijak berani selalu dikenali dan di depan.

Adapun yang terakhir, maka ketahuilah olehmu wahai rakyat Malaysia bahawa seorang pemimpin Islam adalah seorang yang yang menyatukan di antara jiwa rakyatnya dengan tali Allah . Kesatuan adalah benteng dan kekuatan yang paling ampuh. Kesatuan di dalam saf perjuangan pasti menghancurkan kekuatan musuh agama.

Paling penting, pemimpin tersebut mestilah mampu menyatukan di antara saf kepimpinan bersamanya sebelum mampu menyatukan rakyat di bawah Islam.

Tiadalah mampu berbuat demikian selain pemilik sifat lembut, kasih mesra dan disenangi selain jauh daripada sifat keras dan sombong.

Oleh kerana ayahanda disenangi rakyat Malaysia, maka sebaik - baik pengganti adalah yang paling disenangi rakyat. Dengan kasih dan mesra rakyat akan berkasih sayang sesama mereka dan begitulah kesatuan dibina.

Saya telah menjelaskan 5 kriteria penting kepimpinan Islam tanpa mengemukakan nas dan hujah daripada rujukan demi meringkaskan persembahan ini. Ada pun yang memerhatikan dengan teliti, maka cukuplah ketelitian itu sebagai hujah yang membenarkan kelima - lima kriteria tesebut. Ia penuh hujah di dalam al Quran dan Hadis, juga sejarah kepimpinan Islam.

Apabila saya pula bertanya anda, adakah anda telah mampu memilih seseorang sebagai pengganti ayahanda, saya pasti kebanyakan anda akan menjawab, ” Oh, alangkah sukarnya.”

Jawaban anda adalah betul. Betapa sukarnya memilih pemimpin. Sesetengah pemimpin adalah anugerah. Ia datang dengan tersedia untuk dipilih. Tetapi sebahagian besar adalah pilihan yang mesti diputuskan dengan ketelitian yang cukup halus.

Allah memudahkan segala urusan hambaNya yang beriman. Beriman, bertawakkal dan mengharapkanNya adalah penenang dan jawaban segala kesukaran.

Kelima - lima kriteria di atas yang saya ringkaskan itu adalah sangat jarang berkumpul pada satu tubuh. Kita diminta meneliti siapakah yang paling banyak terhimpun padanya sifat - sifat itu, lalu kita memilihnya untuk memimpin kita menuju akhirat dan kebaktian. Ketua hanya seorang, tidak boleh dua. Tuhan hanya satu. Jika ada dua tuhan, hancur leburlah langit dan bumi.

Janganlah sekali - kali anda berkata bahawa ayahanda mendahului dalam semua kriteria tersebut. Jangan sama sekali kerana anda telah menghukum diri anda sendiri untuk menjadikan anda lemah dan sering berputus asa. Dalam lima pemimpin terbaik yang saya teliti di Kelantan khususnya, ada sesetengahnya memiliki satu atau lebih kriteria yang mendahului ayahanda. WaLlahu a’lam.

Itulah keyakinan yang memberi kekuatan dan masa depan yang cerah untuk Islam. Allah pasti merahmati hambaNya yang mengharap.

Kemudian, pada pandangan saya, kriteria kelima adalah pilihan pertama dan mesti diutamakan.

Ummah hari ini terlalu rapuh kesatuannya. Kita lahir daripada dunia penjajahan ratusan tahun barat yang menjadikan dan memastikan perpecahan ummah sebagai senjata dan racun yang mematikan kekuatan dan kebangkitan kita. Kita lahir dalam dunia sendiri yang tidak lagi mengenali erti kesatuan dan peri pentingnya membangun dan maju dengan kesatuan. Malah, semua kita hidup dalam kekeliruan untuk mencari jawaban ampuh membina kesatuan sebenar umat Islam - kecuali hambaNya yang dikasihaniNya -.

Alangkah bagusnya kita memiliki pemimpin yang berjaya menyatukan saf di antara kita. Dia disenangi majoriti besar kalaulah tidak semuanya. Dengan ikatan kesatuan yang berjaya dibentuk, akan lahirlah satu kepimpinan bersama yang memacu ke arah kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat rakyat jelata.

Ingat, kepimpinan bersama adalah pengganti ayahanda Tuan Guru.

Berdoalah kepada Allah. Itulah yang terbaik berbanding memacak tarikh atau nama menujum masa depan. Itu dalam ilmu Allah yang tiada kepastian selain dalam ilmuNya jua.

Adakah anda masih mahu bertanya, siapa?

Sah, anda betul - betul ahli Pakatan Rakyat yang tegar. Saya pun mahu bertanya anda, siapa ya?

Written by : Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz

PERALIHAN KUASA MAKIN HAMPIR ? ~ Ref Malaysiakini

Anwar minggu lalu membuat kenyataan bahawa beliau akan lebih menumpukan kepada hal-hal ekonomi berbanding isu peralihan kuasa. Ramai pihak tertanya-tanya mengapa tiba-tiba Anwar berubah angin sedangkan sebelum itu beliau akan tetap mendakwa bahawa perancangan untuk mengambilalih kuasa masih 'on track'.

Setiap kali wartawan mengaju soalan tentang peralihan kuasa, Anwar tetap yakin yang beliau akan berjaya. Tetapi tiba-tiba minggu lalu Anwar berpusing 180 darjah dan ingin menumpukan usaha membangunkan ekonomi negara pula.

Ada pihak yang mendakwa itu hanyalah helah Anwar untuk meredakan suasana yang panas iaitu penahanan rakyat di bawah ISA dan juga suasana pemilihan Umno yang kucar kacir.

Tiba-tiba sehari dua ini timbul lagi spekulasi yang lebih hebat di mana diberitakan semua ahli parlimen PKR telah dilarang meninggalkan negara dalam masa dua minggu ini!

Laman Web Tranungkite menyiarkan artikel edyesdotcom yang meyatakan seorang ahli Parlimen PKR memberitahu Sin Chew bahawa dia menerima arahan mengatakan bahawa parti akan membuat usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri Abdullah Badawi dan semua ahli Parlimen PKR mesti berada didalam negeri sehingga arahan seterusnya.

Edyesdotcom juga berkata bahawa sokongan terhadap Pakatan Rakyat amat kuat dan percaya bahawa peralihan kuasa akan berlaku tidak lama lagi.

Beliau juga berkata, sebelum ahli ahli Parlimen BN berangkat ke Taiwan, seramai 31 ahli-ahli Parlimen BN telah pun menandatangani akuan bersumpah bersetuju untuk menyertai Pakatan Rakyat.

Menurut maklumat dalaman PKR, Pakatan Rakyat telah mencapai persetujuan untuk mengkhaskan jawatan PM dan tPM kepada orang Melayu apabila mengambil alih kerajaan pusat, kerana persekitaran politik yang masih belum menentu buat masa ini.

Samada benar atau tidak apa yang diperkatakan di atas tidak dapat kita pastikan. Namun kita masih berharap agar kerajaan baru PR akan ditubuhkan secepat mungkin.

Saya Dah Cakap Lama Dah!!! ~ Ref Malaysiakini

Barack Obama meletak kata-kata ini sebagai signature kempennya dalam mengejar cita-citanya menjadi pemimpin kulit hitam Amerika pertama menerajui Rumah Putih, “Saya meminta untuk anda percaya, bukan hanya keupayaan saya untuk membawa perubahan sebenar ke Washington, saya meminta anda percaya akan keupayaan anda.”

Bukan tidak ada pemimpin kulit hitam Amerika yang cuba memasuki perlumbaan ke Rumah Putih sebelum-sebelum ini, tetapi belum ada yang berjaya dan tiada seorangpun yang seberjaya Obama. Kini rakyat Amerika mula memasang harapan baru dan Obama menjadi idola mereka, bukan setakat itu, kemunculan Obama juga telah merebak menjadi fenomena seluruh dunia.

Termasuklah di Malaysia ini. Ramai ahli politik yang mahu menjadi seperti Obama, berkempen ala Obama, mengangkat tangan ala Obama, laman web ala Obama, sampai pentas ceramah pun ada yang ala-ala kempen Pilihanraya Presiden Amerika itu. Tidak kiralah kalau sebelum ini totok menyokong atau pro Republikan (konservatif dan neo-konservatif), hari ini boleh bangga pula kalau ada orang menggelarnya Obama Malaysia.

Cuma Obama bila memutuskan untuk memasuki secara serius perlumbaan menerajui Rumah Putih dahulu meminta supaya rakyat Amerika bukan hanya mempercayainya untuk merobah Amerika, tetapi lebih dari itu meminta rakyat Amerika supaya mempercayai keupayaan mereka sendiri untuk melakukan perubahan.

Lain pula di Malaysia, atas premis yang sama, “perubahan,” Pakatan Rakyat yang diterajui Anwar Ibrahim memasuki Pilihanraya Umum 8 Mac 2008 yang lalu. Tetapi Anwar, melalui Pakatan Rakyat dalam usaha menguasai Putrajaya jelas membina projeksi yang berbeza berbanding Obama. Jentera kempen Pakatan Rakyat, terutama Parti Keadilan dan Anwar Ibrahim sendiri (sehingga hari ini) cuba menggambarkan kepada rakyat bahawa Anwarlah perubahan, Anwarlah “Dewa Perubahan (Reform Angel)” – sebab itulah segelintir kalangan penyokong Anwar telah menaikkan replika gergasi Anwar di Batu Cave (kalaupun itu bukan patung, sudah jelas ia tanda pendewaan).

Namun misi Anwar gagal sehingga hari ini. Selepas berjaya menafikan majoriti 2/3 Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum yang lepas dan selepas menang bergaya dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh, Anwar dengan begitu yakin mewar-warkan yang beliau akan dapat mengambil-alih kerajaan persekutuan dengan melompatnya Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional ke Pakatan Rakyat, paling mengejutkan bila tarikhnya diberi, 16 September 2008, hingga pada satu masa, jumlah Ahli Parlimen Barisan Nasional yang ingin melompat itu dikatakan bertambah setiap jam!

16 September dihampiri, tiba dan berlalu, tidak ada apa-apa berlaku, tarikh lain diberi, dan terus diberi, sehingga tidak bertarikh lagi, perubahan tidak berlaku juga. Mungkin agaknya sudah kebas mulut untuk berjanji manis, akhirnya melalui laporan The Malaysian Insider bertarikh 23 Oktober (laporan ini tidak dipetik oleh blog peribadi Anwar Ibrahim – memelikkan) Anwar telah memberi respon paling pesimis semenjak Pilihanraya Umum 8 Mac 2008. Ayat Anwar tidak lagi mengatakan bahawa pelan perubahan Malaysia melalui pengambil-alihan kuasa adalah satu keyakinan dan pasti tetapi telah menjadi opsyen yang semakin sukar.

Saya kadang-kadang tersenyum sendiri, ketawa dan sesekali menggeleng kepala bila mengikuti drama “rampasan kuasa berperlembagaan” Anwar Ibrahim ini. Sampai hari ini saya hairan bagaimana orang boleh begitu percaya kepada idea dan perancangan Anwar ini. Saya tidak percaya, saya dah cakap lama dah!!! Kalangan bawahan Parti Keadilan dan juga PAS dulu ramai yang bertanya saya soal ini, saya kata saya tidak percaya, ia tidak akan berlaku. Ya, saya akui Anwar punya karisma yang cukup hebat, pidato yang cukup memukau, siap lagu dan tarinya. Tetapi itu belum menjamin yang Anwar juga cukup hebat dan memukau bila berstrategi dalam politik, hujah saya cukup ringkas, kalau idea dan perancangan Anwar itu syumul sifatnya, ketika dalam Umno lagi dah dia berjaya menjadi Perdana Menteri, kalau ketika bersama parti yang memerintah pun dia gagal dan tersepak keluar, apa lagilah ketika ini yang berstatus pakatan pembangkang, memanglah memerintah di lima negeri, tetapi tetap pembangkang di lapan negeri yang lain, juga pembangkang di Dewan Rakyat. Kalau SAPP yang begitu lantang mahu mengusulkan undi tidak percaya kepada Pak Lah boleh tiba-tiba menikus, apa sangatlah yang boleh diharap dengan Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional yang lain, beranikah mereka… Kalau dahulu Barisan Nasional pun tersungkur dalam usaha mengambil-alih Kerajaan Kelantan yang hanya berkelebihan dua kerusi (dan kini di Perak), macam mana kita boleh bermimpi untuk mengambil-alih Kerajaan Persekutuan yang mana Barisan Nasional mempunyai kelebihan 58 kerusi! Apakah Anwar Ibrahim dan pengikut-pengikutnya menganggap kalangan pemimpin Barisan Nasional hanya berpeluk tubuh dan berdiam diri sahaja melihat perilaku Anwar?

Maka kecewalah penyokong-penyokong bawahan Parti Keadilan dan PAS ini bila mendengar hujah-hujah saya ini. Begitu taksub, percaya dan besarnya harapan mereka terhadap Anwar. Saya kasihankan mereka, saya tidak kata Anwar tidak ada pengaruh, memang ada kalangan Umno dan pemimpin parti komponen lain yang menyertai Parti Keadilan dan Pakatan Rakyat selepas Pilihanraya Umum 8 Mac 2008, tetapi bukanlah yang berstatus Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri, yang ada hanyalah pemimpin-pemimpin Umno pencen, tidakpun pemimpin-pemimpin parti komponen Barisan Nasional yang lain yang sedang diserang penyakit buntu dan keliru, gagal mencari sebab mengapa parti-parti yang dipimpin mereka sebelum ini tiba-tiba ditolak rakyat sebegitu rupa, terperangkap di antara yang mereka anggap perjuangan dan survival kuasa.

Kenapa Anwar gagal? Anwar lupa rakyat, Anwar hanya mahukan sokongan dan undi mereka, perubahan itu rakyat, bukan Anwar, yang merobah itu rakyat, bukan Anwar, itu yang Anwar lupa. Anwar cuba meyakinkan rakyat yang dia mampu membuat perubahan (baca: perubahan susunan orang di pejabat-pejabat mewah di Putrajaya). Anwar lupa meyakinkan rakyat yang rakyatlah paling perlu membuat perubahan sebelum mahu melihat perubahan berlaku di mana-mana (baca: perubahan pendekatan politik, ekonomi, sosial, budaya, perubahan mentaliti, perubahan ideologi, perubahan kepercayaan kepada status quo, perubahan sikap dan cara bertindak). Garis dasar untuk ini perlu ada, lalu wujudlah keperluan segala macam jenis manifesto dan agenda. Tetapi oleh kerana kempen pengimejan Anwar sebagai dewa perubahan ini terlalu melampau dan dominan, maka dokumen-dokumen ini semakin lama menjadi semakin mengecil dan tidak diperhatikan serta tidak dianggap penting, rakyat pun akhirnya tidak dapat menangkap apakah idea perubahan itu dan bagaimana mereka harus berperanan…

Hasilnya, jadilah seperti yang kita dapat lihat selepas Pilihanraya Umum 8 Mac 2008, kegagalan Pakatan Rakyat yang saya namakan sebagai kegagalan yang mengecewakan, kenapa? Sebab kegagalan ini sedikit lagi boleh menjadi kejayaan, tetapi malangnya tidak berjaya. Di antara kegagalan dan kejayaan ini adalah titik keseimbangan graviti, Anwar telah salah menanda titik keseimbangan, kemudiannya berdiri pula di atas titik keseimbangan yang salah itu.

Written by : Zukri Aksah

HISHAMUDDIN JUGA TAKUT DEBAT ~ Ref Malaysiakini

Tidak guna menjadi seorang Ketua Pergerakan Pemuda jika takut untuk berdebat secara terbuka atau takut untuk membenarkan pemuda berdebat secara terbuka.

Namun inilah senario yang terpaksa dihadapi oleh Umno pada hari ini apabila Ketua Sayap Kanan parti itu yang sepatutnya berani akhirnya bersuara menyatakan tidak setuju dengan debat tersebut.

Apa sudah jadi dengan Umno. Ada pemuda, pemudanya 'mandom' lembap dan lesu. Diajak berdebatpun tidak berani. Inilah akibatnya apabila pimpinan pemuda yang ada dilahirkan mewarisi kepimpinan kerana faktor darah dan keluarga bukannya kerana karisma, bakat dan pengalaman.

Saya merujuk kepada kenyataan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Hishamuddin Hussein dalam Utusan Meloya hari ini yang tidak bersetuju dengan rancangan pihak tertentu untuk menganjur debat terbuka di kalangan calon-calon kepimpinan Umno yang akan bertanding pada Mac 2009.

Dalam kenyataanya, Hishamuddin bimbang debat yang tidak terkawal di antara calon Ketua Pemuda UMNO akan menjejaskan maruah dan imej pergerakan itu yang dibinanya sejak 10 tahun lalu.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan calon-calon terbabit supaya tidak meneruskan hasrat tersebut sehinggalah diberi ‘lampu’ hijau oleh kepimpinan tertinggi Pemuda UMNO.

Katanya, ia bagi mengelakkan calon yang berdebat gagal mengawal emosi sehingga mengemukakan hujah yang tidak berpijak di bumi nyata atau bercanggah dengan perancangan parti.

Tambahnya lagi, mereka kena meyakinkan beliau kerana beliau adalah Ketua Pemuda sehingga Mac ini dan ia (debat) tidak akan berlaku sehingga kepimpinan tertinggi Pemuda mengiakannya, jika hendak dijalankan terus tanpa merujuk atau dibawa berbincang, tuan punya badan kena pikul tanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini.

Menurutnya beliau tidak mahu menjejaskan maruah dan imej Pemuda yang telah dibina olehnya selama 10 tahun untuk diserahkan kepada barisan kepimpinan baru.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Program Bumi Hijau Peringkat Kebangsaan yang disempurnakan oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Jeanne Abdullah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sungai Long di Kajang semalam.

Saya hairan mengapa Hishamuddin begitu takut dengan debat ini sehingga katanya mungkin debat ini akan menjejaskan maruah dan imej pergerakan pemuda. Apa yang hendak ditakutkan jika pergerakan itu bergerak di landasan yang betul dan benar. Malah debat ini sudah tentu memberikan impak dan promosi yang kepada pemuda kerana sudah tentu ramai pemuda-pemudi akan menontonnya.

Saya mula terfikir apa agaknya yang ingin disembunyikan oleh Hishamuddin dan UMno sehingga sessi percambahan fikiran dan idea sebegini tidak dibenarkan. Inilah sebenarnya budaya yang cuba dibawa oleh Umno kepada rakyat negara ini sehingga ruang untuk bertukar-tukar idea dan pendapat ditutup oleh kerajaan. Jika adapun hanya panelis yang datang dari Umno dan pengampunya sahaja yang dijemput terutama jika penganjur adalah RTM dan TV3 suku.

Apakah Hishamuddin takut kerana berlakunya perebutan yang dahsyat dikalangan calon-calon sehingga ujudnya rasuah dan politik wang yang hebat semasa pemilihan ini. Selain itu terdapat juga ugutan, pergaduhan dan sebagainya berlaku yang semuanya itu mungkin menyebabkan Hishamuddin takut untuk membenarkan debat itu dilangsungkan secara terbuka.

Terbukti Pemuda PAS jauh lebih matang dan terkehadapan dalam isu ini. Malah pemilihan dalam kepimpinan Pemuda PAS sendiri berlaku dengan licin dan penuh berakhlaq. Malah sejak 2, 3 penggal lepas Jawatan Ketua dan Timbalan Ketua tidak dipertandingkan kerana tiada pencabar untuk kerusi tersebut.

ISU TABUNG 'SANISAH' : BUKAN TUDUHAN TETAPI GESA SUPAYA DISIASAT ~ Ref Malaysiakini

Ahli Dewan Undangan Negeri Kuala Linggi Ar Ismail meminta PAS tidak membuat tuduhan melulu dan tidak berasas dalam isu Tabung Sanisah.

Bagi saya apa yang dinyatakan oleh Imran dalam Sinar Harian semalam bukannya merupakan tuduhan. Sebaliknya Imran memintah pihak BPR menyiasat samada laporan akhbar (bukan Sinar Harian) minggu lalu itu benar atau tidak. Jika ianya tidak benar maka siasatan ini sudah pasti akan membersihkan nama pihak yang terbabit secara langsung atau tidak langsung.

Dalam kenyataannya kepada Sinar Harian (disiarkan hari ini) Ar Ismail menafikan bahawa wang dari Tabung Sanisah hilang sebagaimana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar harian minggu lalu. Tabung itu yang dilancarkan untuk urusan pengambilan Sanisah dan anak-anak di Lombok dikatakan digerakkan oleh Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi.

Beliau juga mendakwa bahawa Tabung itu digerakkan oleh sebuah akhbar harian dan bukannya dikendalikan oleh Biro Kebajikan Umno Kuala Linggi. Malah menurutnya Biro itu sendiri tidak pernah ujud.

Walau apapun isunya, saya menyokong kenyataan Imran supaya isu ini disiasat samada benar berlaku unsur-unsur penyelewengan. Malah ianya juga penting untuk membersihkan nama pihak yang tidak terlibat dengan tabung ini.

29 October 2008

UMNO CACA MARBA, PEMILIHAN TAK TENTU BILA? ~ Ref Malaysiakini

Umno semakin caca marba sekarang. Pemimpin dan ahli-ahlinya pening lalat ekoran berlaku perebutan jawatan yang sangat dahsyat sehingga gejala rasuah, penipuan, ugutan dan sebagainya menjadi semacam barah yang tidak dapat diubati lagi.

Di sana rasuah di sini ugut, di sana fitnah di sini umpat. Begitulah haru birunya Umno. Ada yang mahu jawatan Umno ditender, ada yang menyatakan Umno bakal gulung tikar, ada yang merajuk dan ada yang jauh hati. Itulah akibatnya apabila perjuangan tidak dilandaskan atas agama dan aqidah. Hanya hawa nafsu dan kemahuan diri yang menjadi 'petunjuk' dan pedoman.

Oleh kerana masalah bertimpa-timpa kepimpinan Umno terpaksa menangguhkan pelan peralihan kuasa dari Pak Lah kepada Najib sehingga Jun 2009. Selepas itu dipendekkan pula kepada Mac 2009 kerana ada bantahan. Kini ada pula ura-ura pemilihan itu terpaksa diadakan juga pada Disember ini seperti cadangan asal dahulu.

Ada yang berpendapat Najib boleh menjadi Presiden Umno Disember ini dan Pak Lah menjadi Perdana Menteri sehingga Mac 2009 seperti yang dipersetujui oleh kedua-dua pemimpin parti jijik ini. Namun adakah Najib bersetuju dengan cadangan ini?

Nampaknya kemelut dalam Umno ini tidak dapat dibendung lagi. Pak Lah pula jelas seorang pemimpin yang lemah dan lembut di mana beliau gagal mengawal dan menyelesaikan semua masalah ini sehingga beliau dilihat hanya menurut sahaja kehendak orang bawahannya.

Sekali-sekala beliau marah tetapi marahnya ini tidak digeruni oleh anak buahnya, malah mereka mengejek dan memperlinya pula. Kasihan Pak Lah, kadang-kadang timbul rasa simpati terhadap beliau.

Hari ini seorang ahli Majlis Tertinggi, Rahman Bakar berkata Majlis Tertinggi (MT) tidak wajar mempersoalkan kedudukan Pak Lah sebagai Perdana Menteri walaupun beliau tidak lagi menjadi Presiden Umno selepas bulan Disember ini.

Bekas ketua Umno bahagian Marang itu berkata, Abdullah belum lagi menyerahkan jawatan tersebut kepada penggantinya AlNajib Razak.

Katanya, bulan lepas MT setuju sebulat suara agar Abdullah menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada Mohd Najib pada Mac tahun depan.

Ini bermakna, menurutnya, Abdullah masih lagi perdana menteri walaupun bukan lagi seorang presiden Umno dan begitu juga dengan Najib, walaupun menjadi presiden Umno tetapi bukan perdana menteri.

Beliau mengulas mengenai mesyuarat MT pada Khamis ini yang dijangka menetapkan supaya perhimpunan agung dan pemilihan Umno dipercepatkan kembali pada Disember ini –seperti rancangan asal.

Pada 25 September lalu, MT menangguhkan perhimpunan agung dan pemilihan parti sebagai sebahagian rancangan mempercepatkan peralihan kuasa Abdullah, asalnya dijadual pertengahan 2010.

Begitulah teruknya Umno hari ini. Sehingga tarikh pemilihan sebenarnya belum pastilah walaupun sudah dua tiga kali keputusan di buat.

Inilah tanda-tanda jelas bahawa Umno akan ditalkinkan tidak lama lagi. Pusaranya pun sudah tersedia dan keranda telahpun ditempah.

SUDAH 7 BULAN BERLALU, BERJAYAKAH KERAJAAN PR PIKAT RAKYAT? ~ Ref Malaysiakini

Masa berlalu dengan begitu pantas. Pejam celik pejam celik sudah lebih kurang 7 bulan berlalu selepas kerajaan baru PR ditubuhkan di 5 buah negeri iaitu Kelantan, Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak.

Persoalaanya sekarang apakah kerajaan PR khasnya Pulau Pinang, Kedah, Selangor dan Perak mampu membawa perubahan dan yang penting mampu memikat rakyat agar sayang dan cinta kepadanya. Kelantan mungkin tidak perlu digusarkan sangat kerana kejayaan mempertahankannya selama 18 tahun sudah tentu menjadi track record kepada rakyat untuk terus menyokongnya.

Bagaimana dengan 4 buah negeri yang lain itu?

Bagi saya apa yang penting ialah 4 buah kerajaan ini mesti segera membuat penilaian atau 'survey' dan pungutan suara untuk mendapatkan pandangan rakyat samada mereka puashati atau meluat kepada kerajaan PR. Masa 3 atau 4 tahun lagi tidak panjang. Mahu tidak mahu Dewan Undangan Negeri masing-masing terpaksa dibubarkan bila tiba masanya. Maka sebelum masanya tiba kerajaan negeri ini mesti proaktif untuk menarik sokongan rakyat.

Saya yakin kerajaan PR di semua 5 negeri sedang berusaha sedaya upaya untuk mendapatkan sokongan rakyat. Namun jika semua itu tidak dapat diterjemahkan secara fizikal saya bimbang rakyat akan kembali menyokong BN.

Secara mudahnya manusia amat menitikberatkan kepada soal agama, bangsa, keluarga, kebajikan. Andaikata kerajaan PR gagal merealisasikan perubahan drastik berbanding kerajaan BN dahulu saya bimbang Menteri Besar dan Ketua Menteri kita akan dipencenkan selepas sepenggal memerintah.

Oleh itu suatu usaha bersepadu, terancang, sistematik dan berpijak di bumi nyata mesti digerakkan 'all out' mulai dari sekarag bagi memenangi hati semua pengundi kita tahun 2008 ini, di samping berusaha menarik undi melayu yang jelas masih totok Umnonya.

Semua orang tahu PR telah menabur janji kebajikan yang agak banyak dalam manifesto kempen. Adakah semuanya telah dilaksanakan dengan rapi dan mantap.?

Selain itu saya melihat kerajaan PR ini semuanya agak lemah dari segi promosi dan 'marketing' terhadap produk atau program yang dijalankan oleh mereka untuk rakyat. Saya mencadangkan satu makalah khas atau berkala mesti diterbitkan khusus untuk memberitahu rakyat program dan projek yang telah dijalankan di seluruh negeri-negeri Pakatan Rakyat ini. Makalah bukan sahaja diedarkan di negeri-negeri Pakatan Rakyat tetapi juga diedarkan ke seluruh negara supaya rakyat dapat membandingkan kebaikan kerajaan PR dengan Kerajaan BN.

Maka saya yakin masanya sudah sampai untuk semua kerajaan negeri mengkaji (mengaudit)apakah 'performance' kita masih 'on track' atau sudah tergelincir dari perancangan. Jika ianya tergelincir jauh maka suatu langkah drastik mesti diambil oleh PR bagi memastikan negeri-negeri tidak terus hanyut dan akhirnya dihukum rakyat pada pilihanraya umum akan datang.

Jangan pilihanraya mesti dikotakan semaksima mungkin. Jangan tunggu lama-lama, lagi lama janji tidak ditepati lagi marah rakyat kepada kita. Rasanya tidak sanggup kita melihat negeri-negeri kembali berada dibawah cengkaman kezaliman BN seperti Terengganu dulu yang kembali terlepas kepada BN setelah sepenggal berada di bawah BA.

Interview about MS 1900:2005 - Halal Standard For Quality Management with Ahmad Sarji

Five years ago, Tun Ahmad Sarji mooted the idea on developing a quality management standard that is applicable for the private and civil service providers as well as industries.

As a result, the birth of the MS 1900:2005, the halal standard to boost the practice of Islamic values in the management of work quality in a company or organisation in this country.

This standard is produced under the Committee for Industrial Standard for the Halal Standard (ISC I).

Now, two years after the commencement of the pioneer programme for the launch of the MS 1900:2005 certification scheme, a seminar would be held on Oct 30 to award this certificate to the company that succeeds in promoting the compliance to the certification to a wider group.

In conjunction with this seminar, Bernama interviewed Ahmad Sarji on the MS 1900:2005, a standard that brings forth the approach to improve work quality and performance as well as work performance through the appreciation of Islamic practices.

QUESTION : You are the person who mooted the idea for the creation of the Industrial Standards Committee for Halal Standard (ISC I). How the idea cropped out and what made you to initiate its setting up?

ANSWER : The idea to create the ISC I came from my observation on what was happening in the world of management, both in the civil and private sectors.

I noticed that one of the major problems that concerned work quality in Malaysia was the absence of a standard based on Islamic guidelines that could be made as the yardstick or gauge to evaluate the efficiency of activities held by the particular organisation.

These organisations were frequently linked with issues related to transparency in the administration, corruption and lack of enthusiasm for the task entrusted, not safeguarding the welfare of stakeholders (employees, clients, shareholders, community and environment) and the rest.

In other words, the focus and appreciation of Islamic noble values were not given serious attention by the management. Hence I felt that it is time for us to develop a quality management standard that can be applied by the industries as well as the public and private service providers.

So I took the opportunity to develop on the idea to create the ISC I when I became the Sirim chairman (for 10 years) and finally on Feb 18, 2003, the Malaysian Standard and Accreditation Council (MSDAM) gave its nod for the setting up.

When I was the International Trade and Industry Ministry Secretary General and chairman for the Malaysian Industrial Development Authority (MIDA in 1986), I was responsible over the export of Malaysian goods and services. I upheld the principle of “if we wish to improve our competitive edge, our products and services as well as the management of our firms should be of high standard”.

I am in the opinion that even though there are many firms that adhere to the standard required by the ISO and obtained certification from Sirim QAS International, our competitiveness could still improved if we include Islamic values into the existing standard by setting a syariah committee to ensure that our products are halal, its production was halal and the working environment is according to Islamic principles.

Thus, I recommended for a management standard in terms of Islamic perspective to be set up and this received the support of Sirim QAS, Standards Department and the then Science and Technology Ministry.

Hence the birth of MS 1900:2005, the management quality of an organisation based on the Islamic perspective and to meet the certification requirements, each organisation or firm is required to appoint a syariah officer to provide assurance on the compliance of Islamic syariah for the halal products and services provided.

MS 1900:2005 had been gazetted and now is at the level on how to promote this standard for Muslim-operated firms or companies to apply for this certification based on the specifications and conditions prescribed.

The significance of MS 1900:2005 is that it focuses on Islamic values and its hold on Islamic principles like ensuring continuous quality and standard of products and quality with the presence of surveillance audit. Basically, ISC I develops the halal standard in management for food and non-food products.

Since the date of its inception, ISC I has been chaired by IKIM while its members are made up of representatives from Jakim (Islamic Advancement Department), Standard Malaysia, Sirim Berhad, Fomca (Federation of Malaysian Consumers Associations), Miti (Ministry of International Trade and Industry), Health Ministry, Malaysian Muslim Consumers Association, Malaysian Manufacturers Federation, Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry and academicians from local universities.

QUESTION : As an organisation related to agendas of Islamic matters and affairs, the post as the chairman of ISC I and IKIMs involvement in the development of halal standard brings a progressive image for IKIM. What are your comments on this?

ANSWER : IKIM attempts to discard the traditional image that the society always furnish on Islamic institutions. Islam should be sen as a way of life that as a whole covers all aspects of existence.

Islam does not merely delves on the issue of religious obligations, but also covers guidelines on quality subsistence in terms of economy, social, culture, politics and others.

Thus by championing a subject that has been so far not seen as something Islamic by the society, even though it is demanded by religion, I believe it gradually erodes this traditional belief. This brings a positive image on Islam to be viewed as a progressive and dynamic religion instead of being static and negative.

(Deputy Director General) Nik Mustapha Nik Hassan is named chairman as it is IKIM that initiated this effort and hence it should be accorded the honour. He is assisted by Sirim Berhad, Science, Technology and Innovations Ministry, Standards Department and the others.

IKIMs image would improve because (MS 1900:2005) is the best practice in terms of Islam, not only IKIM being able to deliver or propagate Islamic principles, understanding and concept. In fact via this IKIM could monitor and move the finest methods in management.

IKIM has a role to propagate this effort, only that IKIM does not have the authority to issue the MS 1900:2005. Instead Sirim has this right with gazettment from the Science (Technology and Innovations) Ministry.

But what is important is the endeavour undertaken by IKIM itself.

QUESTION : What actually this standard wants to highlight?

ANSWER : MS 1900:2005 is one of the halal standards in quality management fashioned by the Islamic Management Technical Committee under the patronage of ISC I.

It is developed using the ISO 9001:2000 framework. MS 1900:2005 is the Islamic version of the ISO 9001:2000 certification and is the first of its kind worldwide.

This Islamic version of certification, themed : Quality Management System - Requirement From Islamic Perspectives MSc1900:2005 focuses on these needs for the creation of what could be referred to as a quality management system from the Islamic perspective.

It is not saying that ISO 9001:2000 is not in line with Islam but it is not really comprehensive if it is to be applied by an Islamic organisation or a body with the majority of its workers and clients made up of Muslims.

The objective behind this effort is to create a standard to inculcate the Islamic practices and methods in an organisation’s quality management system.

Through the appreciation and ways of these values in an organisation’s management and administration, the firms work quality and performance would be improved in line with the objective brought by Islam.

The move by ISC I to develop MS1900:2005 is timely as the nation is experiencing a decline in the appreciation of noble values among the society and business community.

This situation could be viewed through issues of transparency, corruption, workers commitment and the others that are enveloping the governments and private sector administration in this nation.

Incongruously the companies that face these issues are organisations led by Muslims and the majority of their workers are Muslims.

Hence through the implementation of MS 1900:2005 is hoped to assist a firm to improve its quality and performance for more meaningful contribution for development of the society.

QUESTION : MS 1900:2005 is developed on the ISO 9001 framework. Why not use a specifically new framework?

ANSWER : There is nothing in the ISO 9001 that contradicts Islam. In fact its contents is suitable to be made as guidelines by the organisation to improve its performance and work quality.

Only that the ISO 9001 does not emphasise on Islamic input that can be utilised as the yardstick by an Islamic organisation or that where Muslims made up the majority of its employees or clients.

In MS 1900:2005, these inputs are incorporated. Among them is the practices and appreciation of Islamic values, the need to create the post of syariah adviser and provision of facilities for the Muslim workers requirements.

I was made to understand that when the Geneva-based International Organisation For Standardisation (ISO) drafted the ISO 9001 in the mid 1980s, representatives from Muslim nations were present.

To avoid any sentiments that may crop out against the acceptance of ISO 9001 among user nations, the ISO party attempted to avoid any religious and country-related complications.

Hence it is not right to say that the ISO 9001 is non-Islamic and cannot be made the basis for halal quality management system. Only that if it is to meet the needs of Muslim stakeholders, it should be enhanced and the result is the birth of MS 1900:2005.

For example the ISO, on environment upkeep does not contradicts Islam and is encouraged but if we adapted it according to the Muslim perspective. So there is no need for us to create a ISO standard of our own as the existing one can be used where applicable.

QUESTION : From what you have observed in the management of organisation be it in the civil and corporate sectors as well as the non-governmental organisations (NGOs), by implementing the MS 1900:2005, can these bodies obtain the cutting edge if compared with institutions that apply the ISO 9001:2000?

ANSWER : Nowadays, the consumers are more concerned on the quality of products and services that they purchased or subscribed. Coupled with the fact that is increased in awareness among the society. Apart from that the purchasing power of Muslims locally and worldwide has improved.

Therefore by implementing the MS1900:2005, an organisation would gain the edge against its competitors. As with the ISO 9001, to be awarded with the certification, an organisation has to undergo tight audit screening by Sirim. Hence matters on effective administration would be given appropriate attention in the effort to ensure each activity carried out adhere to the standards requirements.

The four firms that have so far gained this certification, have definitely derived the recognition and confidence of their respective clients. For example if they obtained services from PNB Darby Park, they are definitely satisfied as this hotel had obtained the certificate from Sirim QAS International, hence its services are better than that provided elsewhere.

According to the Islamic values, we should deliver the best available services and on time otherwise the certificate would be revoked.

That is the bonus by delivering more confidence for the clients and we do not simply buy over the certificate. I believe Sirim QAS International would not issue the certificate if they are not satisfied with the capability of an organisation in meeting the stipulated pre-requisites and subsequently a surveillance audit would also be held.

QUESTION : Sirim launched the pioneer programme for the MS 1900:2005 certification in September 2006. To date how far has this programme developed and are you contented?

ANSWER : When the pilot programme was launched in September 2006, there were 11 firms interested in the MS 1900:2005. As the MS 1900:2005 is a new certification, Sirim assisted by providing assistance like on how to develop the manual or work procedures. Later after passing through several stages including the work process implementation, Sirim held the certification audit.

So far, four companies — Natural Wellness Sdn Bhd, Century Total Logistic Sdn Bhd, Takaful Ikhlas and PNB Darby Park have achieved the MS 1900:2005 recognition from Sirim QAS International Sdn Bhd while the others are in the midst of attaining this certificate.

From next year, Sirim would conduct five-module training sessions for companies that wish to implement the MS 1900:2005. These modules focus on aspects in MS1900 like the company’s needs, practices and appreciation of Islamic values as well as aspects related to auditing requirements of the certificate.

Thus any firm that wish to implement the MS 1900:2005 has to send its representatives to attend the training. This is not a form of burden for the company but more towards providing guidance for smoother and better implementation of the MS 1900:2005.

I think the achievement so far is rather slow. By right, more than four firms should already have this certificate. To me this is connected to the propagation of information, should be more actively promoted by IKIM itself like holding more seminars and discussions. We should stress on the impacts on an organisation if they accept the MS 1900:2005 certificate. Then they would accept it well.

At the moment I am not really happy as too few have applied and obtained this certificate but I hope after the completion of this seminar, more firms would apply for the certificate

QUESTION : Is your target inclines towards Muslim firms and organisations?

ANSWER : I am in the opinion that Bumiputera and non-Bumiputera firms have the same needs as the products and services rendered by the non-Bumiputera companies have entered the market in West Asia and other Muslim countries.

There are companies and hotels that have many Muslim clients and in this aspect both are equally important.

The companies wish to convince their Muslim clients and the clients gained confidence when the firm obtained the certificate like MS 1900:2005.

In my view it is apt for the companies to apply for this certificate to meet the need of their clients. For example if guests from West Asia arrive at a hotel in Kuala Lumpur and if the hotel possess the MS1900:2005 certificate, then they would have no qualms to stay there.

The same aspect applies to the working environment particularly for food-producing firms that must focus on the hygiene and halal factors of the production and packaging of their goods in order not to contravene the Islamic requirements.

They are welcomed if they wish to obtain this certification but if they wish to get other ISO certifications, there is nothing wrong with that.

I have been to Jakarta and played golf at Pondok Indah on Friday but when the time arrived for the Friday prayers, the place is used for that purpose.

This is the sort of preparation that our organisations and hotels should have towards meeting the needs of clients. The first thing that I did at IKIM was to provide a surau for prayers.

QUESTION : As the chairman of PNB that has many subsidiaries and associated companies, do you encourage these companies to implement the MS 1900:2005?

ANSWER : Actually the move towards this direction has been initiated. For instance PNB Darby Park is PNB subsidiary that had obtained the MS 1900: 2005 certificate.

In the hoteling industry, PNB Darby Park can be proud for being the first hotel in Malaysia to have received this certificate.

Several companies have been invited to the seminar and what is crucial now is to expose this certification to them.

They have to be convinced that compliance to this certification would boost the competitiveness of their products and services. However I could not force them as these companies have their own say on whether they want the certificate.

QUESTION : What is your hope for the MS 1900:2005 in the immediate future and also for time to come?

ANSWER : I hope the MS 1900:2005 would be well received by the industries and service providers in both the civil and private sectors. I believe by implementing the MS 1900:2005, the organisation would improve its performance in terms of having the competitive edge apart from being able to transform its employees into being capable of producing better quality work.

I also hope that the MS 1900:2005 is well accepted internationally particularly the firms or bodies within the Organisation of Islamic Conference (OIC) countries.

The value of MS 1900:2005 is universal. Even though its compliance is from the Islamic perspective its universal value can be accepted by all including the non-Muslims like improving work quality and performance, proper and timely delivery. All of these are not in conflict with universal values and general features of the other religions.

I wish that with the presence of many parties that obtain the certification and its compliance, we can better enhance the quality of our products and services as well as productivity. It is hoped this quality stays everlasting to ensure that its competitive edge is always higher than the firms that do not have this certificate.

I am confident that the benefits obtained from complying with the MS 1900:2005 as I have studied it right from its draft stage until the value-adding process and improvements made to the flaws, right until the phase when it was launched, gazetted and implemented.

- BERNAMA

MAKIN TIDAK BERMARUAH MAKIN DAPAT JAWATAN DALAM UMNO ~ Ref Malaysiakini

Dalam Umno makin jahat dan makin tidak bermaruah, orang itu makin diangkat menjadi pemimpin. Lumrah ini sudah menjadi perkara biasa dalam Umno.

Siapa tidak kenal jantan yang pernah berjahat dan berbuat jahat dengan seorang gadis di Alor Gajah. Jantan ini masih mendapat tempat dalam Umno.

Siapa tidak kenal Jantan yang pernah bawa lari puteri Sultan, Jantan ini masih disanjung, dipuja puji di dalam Umno.

Siapa tidak kenal Jantan yang membawa duit 'cash' ratusan ribu ke luar negara dan ditangkap, Jantan ini masih menjadi pimpinan tertinggi dalam Umno dan kerajaan.

Siapa tidak kenal Jantan yang pernah terlibat dengan rasuah politik wang pada pemilihan Umno lalu, Jantan ini menang tanpa bertanding Ketua Umno Bahagian baru-baru ini, malah sekarang terus mendapat pencalonan untuk jawatan No 3 dalam Umno.

Siapa tidak kenal dengan betina yang pernah dituduh dengan macam-macam dakwaan tentang salahlakunya semasa memegang jawatan penting dalam kerajaan, betina ini terus mendapat pencalonan hebat pada pemilihan Umno kali ini.

Siapa tidak kenal dengan betina yang ada hubungan dengan bekas Ahli Parlimen, gambar romantis mereka tersebar luas, betina ini pula sedang dibicarakan tentang kes nusyuz di mahkamah syariah, malangnya betina ini terus dilantik sebagai Ahli Dewan Negara untuk sepenggal lagi.

Memang ramai (tak terkira) jantan dan betina jahat dalam Umno, namun mereka masih mendapat tempat di hati orang Umno dan rakyat.

Macamana kita hendak sedarkan ahli dan Umno serta rakyat supaya menjauhkan diri dari jantan dan betina sebegini.?

Memang pemimpin dan ahli Umno tidak kisah tentang akhlaq dan maruah. Yang penting 'masyukkk' dan habuan dunia.

ISU EUROCOPTER : TEKANAN RAKYAT DAN PAKATAN RAKYAT BUAHKAN HASIL ~ Ref Malaysiakini

Jika tidak kerana tekanan dan gesaan rakyat supaya isu pembelian Eurocopter disiasat dan ditangguhkan sehingga penyiasatan selesai sudah tentu projek pembelian mega ini akan diteruskan walaupun terdapat kontroversi dari segi proses pembelian dari awal lagi.

Maka oleh kerana desakan ini, kerajaan BN yang semakin terhimpit dengan isu dalaman ini terpaksa menangguhkannya buat sementara. Maka kemungkinan besar menangislah penyangak-penyangak di luar sana yang sedang menanti habuan mereka dari pembelian pesawat mahal ini.

Rakyat, syarikat yang terlibat dan pimpinan Pakatan Rakyat berang dengan proses pembelian yang disifatkan ada unsur-unsur yang tidak baik berlaku. Selain itu harga pesawat tersebut tidak masuk akal di mana ianya jauh lebih tinggi daripada pesawat jenis sama yang dibeli oleh negara Brazil.

Mungkin kerana untuk menutup isu ini kerajaan BN terpaksa memberikan alasan bahawa pembelian helikopter EC-725 keluaran Eurocopter yang bernilai RM1.67 bilion ditangguhkan sebagai langkah berjimat-cermat berikutan krisis kewangan global.

Perdana Menteri (hampir pencen) Pak Lah dalam kenyataannya semalam berkata, kerajaan juga memutuskan bahawa sebarang pembelian baru helikopter bagi menggantikan Nuri akan dilakukan selewat-lewatnya sebelum 2011.

Menurut beliau yang juga Menteri Pertahanan, perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Exco Majlis Ekonomi Kebangsaan yang dipengerusikan beliau pada 13 Oktober lalu.

Keputusan itu, tambahnya, tiada kaitan dengan dakwaan beberapa pihak bahawa wujud penyelewengan dalam pengeluaran tender itu. Untuk rekod jika Pak Lah begitu maksudnya kemungkinan besar perkara itu benar-benar berlaku, kerana Pak Lah suka bercakap secara terbalik. Kalau ya beliau kata tidak, kalau tidak beliau akan kata ya. Itu memang perangai beliau.

MUKHRIZ TAKUT BERDEBAT? ~ Ref Malaysiakini

Mengapa anak kesayangan Dr Mahathir ini takut berdebat? Jawapannya hanya Mukhriz yang tahu. Mungkin beliau tidak yakin, tidak pandai berhujah atau gagap? Sedangkan dua orang calon Ketua Pemuda yang lain iaitu KJ (Khairy Jamaludddin) dan KT (Khir Toyo) sudah bersetuju berbuat demikian.

Memang saya tidak pernah mendengar atau melihat Mukhriz berdebat atau berforum di TV berbanding KJ dan KT yang sudah acapkali keudara di TV. Malah dua hari lepas KT muncul di TV9 dalam rancangan Debat bersama-sama dengan Pengarah Strategik PKR, YB Saifuddin Nasution yang juga Ahli Parlimen Machang.

Bagi saya Mukhriz tidak perlu takut untuk berdebat dengan KJ dan KT kerana kamu bertiga 2 X 5 dan 5 X 2 sahaja, semua serupa menghalalkan ISA, tolak hukum Islam, redha dengan kezaliman UMno/BN, halalkan rasuah politik dan sebagainya. Jadi apa yang hendak ditakutkan.

Atau mungkin juga Mukhriz tahu dan faham bahawa tidak apa yang hendak mereka bertiga janjikan keraja perjuangan Umno sekarang adalah perjuangan hawa nafsu untuk memuaskan perut dan bawah perut sahaja tidak lebih dari itu.

Hendak janjikan perjuangan menegakkan kedaulatan Melayu, Melayu dan merempat. Hendak tingkatkan ekonomi Melayu, Melayu dan jadi Kuli dan daulat agama, Umno mana pernah fikir pasal agama. Jadi tidak ada apa yang mungkin boleh Mukhriz perkatakan dalam debat. Itu sebab Mukhriz membuat kenyataan bahawa hal-hal dalaman parti tidak perlu didebatkan secara terbuka. Beliau membuat kenyataan itu seperti disiarkan dalam Utusan Meloya hari ini.

Mukhriz dilaporkan sebagai berkata bahawa debat ala Amerika Syarikat tersebut kurang sesuai kerana bakal mendedahkan masalah parti untuk tatapan umum berkata, ia juga tidak membawa kepada pengukuhan dalam parti.

Menurutnya dengan pencalonan yang berjalan lancar, kita lihat perwakilan sudah kenal rapat dengan calon-calon yang menawarkan diri, cuma perlu ada sedikit pemantapan dari segi memahami lebih dekat misi dan visi setiap calon.

Beliau kepada pemberita pada majlis jamuan hari raya anjuran Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) Jerlun di Alor Biak, Jitra semalam.

Nampaknya Mukhriz jauh lebih cerdik dari KJ dan KT. Beliau tahu bahawa terlampau banyak pekung di dalam Umno ini yang jika tersalah cakap akan dihidu dan diketahui rakyat, maka lebih baik debat terbuka tidak dijalankan.

UMNO GULUNG TIKAR? ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya sehari dua ini Rais Yatim benar-benar bimbang dengan kedudukannya dalam pemilihan nanti lantaran hebatnya gejala rasuah pada pemilihan Umno kali ini. Ramai berpendapat rasuah pada pemilihan kali ini paling hebat dan terburuk pernah berlaku.

Mungkin kerana tidak cukup wang atau mungkin kerana Rais benar-benar ikhlas untuk bertanding maka beliau terpaksa bercakap dalam nada yang agak bertentangan dengan pemimpin lain.

Apa yang dikesalkan Imam Hadhari dan AlNajib langsung tidak risau dan bimbang dengan gejala rasuah yang membarah ini. AlNajib lebih sibuk ke sana ke mari berkempen untuk memastikan Ku Li tidak mendapat walaupun satu pencalonan sekalipun. AlNajib juga sibuk memberikan jaminan bahawa beliau akan meneruskan 'kejahatan' Pak Lah andai beliau diangkat menjadi Perdana Menteri nanti.

Rais mungkin merasakan peluang beliau untuk memenangi jawatan Naib Presiden tertutup jika gejala rasuah ini tidak dibendung. Malah kemungkinan juga beliau akan tersungkur lebih awal sebelum masuk bertanding kerana tidak cukup pencalonan. Sehingga ini Rais hanya mendapat kurang dari 10 pencalonan. Jauh lagi perjalanan Rais untuk melayakkannya bertanding.

Hari ini pada muka depan Sinar Harian disiarkan keluhan dan luahan hati Rais yang meramalkan Umno akan gulung tikar kalau gejala jijik ini dibiarkan sebagaimana sekarang. Tidak ada tindakan drastik diambil oleh Umno. Jawatankuasa Tatatertib yang ditubuhkan oleh Umno hanyalah untuk melepaskan batuk ditangga. Hakikatnya jawatankuasa ini tidak ada sebarang 'power' untuk menguatkuasakan undang-undang. Ianya masih dibayangi oleh pimpinan tertinggi parti.

Lebih malang, BPR yang mempunyai kuasa undang-undang untuk mendakwa pelaku rasuah tidak dibenarkan campurtangan. Akhirnya rasuah berleluasa dan pemimpin yang ada sekarang semuanya kaki rasuah. Bagaimana mereka dapat membenteras rasuah kalau mereka sendiri pengamal rasuah yang hebat atau boleh kita katakan Juara Rasuah.

28 October 2008

BANDINGKAN MB KERAJAAN PR DENGAN MB KERAJAAN BN ~ Ref Malaysiakini

Saya mengajak sesiapa sahaja yang membaca posting saya ini supaya memikir dan merenung fakta dan pengakuan Setiausaha Politik MB Perak, Ustaz Misbahul Munir Masduki yang saya siarkan di bawah dipetik dari Blog beliau. Saudara baca dulu lepas ikuti ulasan saya di bawahnya.

Ustaz Misbah menulis .......

Ramai yang hantar mesej pada saya, dan ada juga yang kemukakan soalan dalam blog saya apabila berita MB Perak dan saya menyertai ijtima' Jamiat Islami di Lahore, Pakistan . Mereka bertanya siapa yang membiayai perbelanjaan tambang dan segala kos di sana. Terima kasih di atas persoalan tersebut.

Saya nak jelaskan bahawa kos tambang kami di sana tidak dibiayai oleh parti dan kerajaan. Kami guna duit sendiri. Saya diberitahu oleh pegawai di pejabat MB, kalau MB ada jemputan rasmi dari pihak penganjur di Pakistan, MB boleh menggunakan peruntukan kerajaan, naik pesawat first class atau bisnes class, saya sebagai SETPOL MB yang mengiring MB juga boleh mengunakan peruntukan tersebut, bahkan sepanjang di Pakistan, boleh tuntut elaun harian dan elaun-elaun yang lain.

Tetapi kami tidak berbuat demikian. Saya tanya pegawai di pejabat MB, kami pergi mewakili parti, boleh guna peruntukan kerajaan ke, dia jawab kalau ada jemputan rasmi sebagai MB mewakili kerajaan Perak, boleh guna peruntukan tersebut. Saya boleh berbuat demikian dengan meminta penganjur supaya keluarkan surat rasmi dari Jamiat Islami jemput Hj Nizar sebagai MB Perak yang mewakili kerajaan Perak bukan mewakili PAS, tetapi saya tidak mahu berbuat demikian kerana perbuatan ini tidak amanah.

Malahan MB menggalakkan mana-mana EXCO, ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat supaya naik kelas ekonomi sahaja apabila menaiki pesawat ke mana-mana destinasi. Kerana ini adalah antara langkah menjimatkan duit kerajaan.

Semuga penjelasan ini dapat mengikis salah tanggap terhadap MB Perak dan pegawai-pegawainya.


Sudah terang lagi bersuluh bahawa inilah contoh tauladan seorang pemimpin yang sentiasa memikirkan kesejahteraan rakyat dan menjaga amanah perbendaharaan negeri. Beliau tidak mahu menggunakan duit rakyat untuk kesenangan dan kepentingan diri sendiri.

Tetapi kalau MB BN dan pegawai-pegawai MB BN sudah tentu semuanya di'claim'. Tambang 'claim', hotel, makan, perjalanan dan segala macam elaun akan di'claim' tanpa segan silu.

Malah ada laporan yanga mengatakan mereka berhibur dan berfoya-foya di Pub, Night Club dan rumah urut pun 'claim' duit rakyat.

Bukalah mata dan telingan wahai rakyat Malaysia. Sedar dan insaflah siapa yang benar, ikhlas dan amanah antara pimpinan PR dan BN.

BERHATI-HATI LANTIK NAIB CANSELOR IPT ~ Ref Malaysiakini

Saya menggesa pihak Kementerian Pengajian Tinggi(KPT) di bawah pimpinan Khaled Nordin supaya lebih berhati-hati melantik Naib Canselor (NC) IPTA pada masa depan. Kesilapan KPT selama tinggi terpaksa dibayar dengan harga yang mahal apabila ranking keseluruhan IPTA utama kita, USM, UM, UKM dan UPM merudum teruk didalam ranking 200 IPT terbaik di dunia. Tidak ada satu pun IPTA kita tergolong di dalam 200 IPT terbaik di dunia. Sungguh memalukan!

Awal November ini Universiti tertua dan terulung di Malaysia bakal mendapat Naib Canselor baru apabila NC sekarang Dato' Rafiah Salim akan tamat kontraknya.

Dalam ruangan surat pembaca harakahdaily, seorang pengunjung setia laman web itu yang hanya mahu dikenali sebagai Pensyarah Prihatin meluahkan perasaannya tentang 'kejayaan' Rafiah memimpin UM.

Menurutnya, dari sumber yang boleh dipercayai, tiga calon telah dipanggil untuk ditemu duga untuk mengisi jawatan tersebut.

Antaranya ialah Dato' Rafiah Salim sendiri. Beliau dikhabarkan telah pergi berjumpa Dato' Khaled Nordin untuk memberi beliau peluang sepenggal lagi untuk menerajui UM bagi membetulkan kelemahan-kelemahan terdahulu beliau.

Di bawah pentadbiran Dato' Rafiah, UM telah jatuh merudum di dalam kedudukan universiti-universiti di serata dunia. Dato' Rafiah juga dilihat tidak berkelayakan dari segi bidang akademik dan kepimpinan. Bagaimanakah golongan-golongan professor malahan pensyarah berstatus doktor falsafah hendak menghormati bosnya yang hanya berkelulusan master? Begitulah keluhan Pensyarah Prihatin.

Saya mengharap Menteri berkenaan dapat mencari pengganti Rafiah yang benar-benar mampu dan berkelayakan untuk mengembalikan semula kecemerlangan UM yang pernah tergolong di dalam kelompok 100 Universiti terbaik dunia. UM pernah dikategorikan sebagai ke 89 terbaik di dunia dan ke 24 terbaik di Asia pada tahun 2004. Namun semuanya tinggal kenangan sahaja kini.

Oleh itu saya mencadangkan KPT tidak lagi mengamalkan dasar memilih kroni, kawan dan kenalan dalam melantik NC sesuatu universiti. Negara sebenarnya malu besar bila kedudukan universiti kita semakin teruk dari tahun ke tahun lantaran kesilapan KPT memilih NC yang tidak berkeupayaan, 'mandom', tiada idea baru dan tidak cerdik.

Adalah diharapkan dengan melantik seorang NC baru yang berkaliber dan berpengalaman serta berkelayakan UM akan kembali bersaing di persada antarabangsa demi memartabatkan pendidikan di negara kita.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter