.

.

07 March 2009

KERAJAAN BN DAN POLIS SUDAH HILANG KEWARASAN

Kerajaan BN dan Polis sudah hilang kewarasan apabila bukan sahaja tidak menghormati rakyat malah tidak menghormati masjid apabila menembak gas pemedih mata dan air kimia di kawasan masjid pada himpunan aman membantah PPSMI anjiuran Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) petang tadi.

Tindakan Polis ini sangat biadap dan sudah melampaui batas.

Jika ingin menghalang rakyat berhimpun secara aman jangan di kawasan masjid pun ditembak dengan gas pemedih mata.

Saya mengharapkan kerajaan BN dan Polis bertaubat kepada Allah dan memohon maaf kepada rakyat Malaysia dalam insiden ini.


RENTETAN KEKEJAMAN KERAJAAN BN DAN POLIS











































Di kawasan Masjid Negara juga Polis menembak gas pemedih mata......sungguh biadap, RUMAH ALLAH pun mereka tidak hormati ....kita doakan mereka yang zalim ini supaya ................

Polis memuntahkan gas pemedih mata dan air kimia tanpa belas kasihan ..........
Beberapa orang rakyat kelihatan pengsan dan muntah-muntah ....







HIMPUNAN PPSM : KERAJAAN BN DAN POLIS MEMANG ZALIM DAN BIADAP

Kerajaan BN dan Polis memang zalim dan biadap sehingga sanggup bertempur dengan rakyat walaupun rakyat tidak ada apa-apa senjata untuk mempertahankan diri dari gas pemedih mata dan air kimia.

Rakyat yang menyertai himpunan membantah PPSMI hanya berhajat lebih kurang 1 jam untuk di hadapan Istana Negara tanpa apa-apa kekacauan namun kerajaan BN melalui kuda tunggangan mereka Polis menghukum rakyat dengan menembak gas pemedih mata dan air kimia untuk menyuraikan himpunan aman tersebut.

Tanpa rasa belas kasihan dan timbang rasa Polis menembak gas pemedih ke arah rakyat yang terdiri dari orang tua warga emas, kanak-kanak dan wanita. Ada yang pengsan, muntah dan pening kepala.

Kejadian yang berlaku jam 2.30-3.30 petang di sepanjang jalan dari Masjid Negara ke Istana Negara benar-benar memalukan serta menjijikkan.

Lebih dari 100,000 ribu rakyat berhimpun di sepanjang jalan dari Masjid Negara ke Istana Negara.

Inilah sikap kerajaan BN yang sebenarnya langsung tidak rasional dan berperi kemanusiaan. Himpunan ini bukannya himpunan parti-parti politik malah Yang Dipertua Agong sendiri bersetuju itu menerima memorandum rakyat.

Bayangkan bagaimana Sasterawan Negara, Pak Samad Said yang berumur 76 tahun juga terkena gas pemedih ini. Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang juga teruk di'kerja'kan oleh gas pemedih mata. Hamoir semua pejuang bahasa dan pimpinan utama PAS bersama-sama berhimpun petang tadi antara Professor Dr Abdullah Hassan, Professor Dr Shahrir Md Zain, Ainon Mohamad dan lain-lain. Pimpinan PAS yang hadir ialah Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Mahfuz Omar, Dr Hatta Ramli, Salahuddin Ayub dan lain-lain.

Kezaliman kerajaan BN dan Polis ini mesti dihukum pada PRK Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai serta Pilihanraya Umum akan datang.

s

POLITIK UMNO YANG TIDAK BERTAMADUN

Politik cara Umno/BN lah sebenarnya yang merosakkan bangsa dan negara.

Umno tidak menghiraukan apa juga semasa mereka berpolitik. Bagi mereka demi untuk mencapai tujuan politik mereka tidak kisah semuanya halal bagi mereka walaupun Islam dan demokrasi menharamkannya.

Mereka boleh :-

Memfitnah, merasuah, menipu, menyeleweng, melanggar undang-undang, membunuh, mengugut, mejatuhkan kawan dan seribu satu macam kejahatan dan kezaliman asalkan matlamat untuk mendapatkan kuasa tercapai.

Orang Umno tidak kisah siapa penghalang mereka samada sesama Umno bahkan yang bukan Umno sudah tentu akan menerima akibatnya jika menjadi penghalang mereka.

Undang-undang ISA, akta-akta dan agensi penguatkuasa dijadikan senjata ampuh untuk memastikan lawan mereka tersungkur.

Umno/BN tidak kisah akan kedaulatan bangsa, bahasa dan negara dalam berpolitik. Sebab mereka sanggup meminggirkan bangsa dan bahasa Melayu membiarkan pendidikan agama hancur semata-mata untuk kepentingan politik dan kepentingan perut mereka.

PERJALANAN MEMBELA BAHASA DAN BANGSA

Bahasa dan Bangsa Melayu dirobek dan dicincang oleh pemimpin yang mengaku pejuang bangsa. Bahasa dan Bangsa Melayu dihina dan dicerca oleh pemimpin yang mengaku memartabatkan bangsa.
Bahasa dan Bangsa Melayu dipinggirkan oleh pemimpin yang kononnya menjadikan melayu sebagai teras perjuangan mereka.

Namun hakikatnya mereka adalaha pembunuh Bahasa dan Bangsa Melayu.

Kini saya dan rakan-rakan dalam perjalanan untuk bersama-sama seluruh rakyat Malaysia untuk sama-sama menyokong perjuangan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) bagi menghantar memo kepada Seri Paduka Baginda Yang Dipertua Agong agar PPSMI dimansuhkan.

Perjalanan kami adalah perjalanan untuk memastikan Bahasa Melayu kembali dimartabatkan ditempat yang sepatutnya.

Kami bertekad andaikata kerajaan BN yang sombong dan bongkak ini tetap berdegil, maka akan berusaha sedaya upaya supaya rakyat akan menggunakan Bahasa Undi pada pilihanraya umum akan datang bagi menyelamatkan Bahasa Melayu.

BERAPA LAMA PERLU KU TUNGGU ..............

Berapa lama perlu ku tunggu,
Lontaran suara dari bibirmu
Gemersik bagai bintang
Bintang Syurgawi ..................
Begitu antara bait-bait lagu yang masih ku ingat dendangan Allahyarham Zubir Ali yang meninggal dunia 10.30 pagi tadi di Hospital Pakar Damansara.
Sepanjang hidupnya beliau terkenal sebagai penyanyi yang sopan, berakhlaq dan tidak hanyut bersama dengan keghairahan budaya hedonisme semata-mata.
Beliau sememangnya terdidik dengan ilmu agama kerana beliau belajar di Maktab Mahmud dan Kolej Islam Kelang sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya.
Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau.

06 March 2009

PENAHANAN ORANG KUAT MENTERI HANYA LAKONAN?

Saya yakin Setiausaha politik seorang menteri Umno telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Rabu lalu, kerana disyaki terbabit dalam rasuah melibatkan RM70,000 akan dibebaskan tanpa dakwaan kerana semua orang tahu bahawa pemimpin Umno mempunyai imuniti dan kekebalan. Ini ditambah pula dengan sifat SPRM yang seolah-olah menjadi 'parti komponen' BN.
Orang kuat pemimpin Umno itu dibebaskan awal pagi semalam. Difahamkan, menteri berkenaan akan bertanding jawatan Majlis Tertinggi dalam pemlihan parti itu hujung bulan ini.
Jadi tidak perlu kita mengharapkan apa-apa dari penahanan ini kerana sudah menjadi kebiasaannya SPRM tidak akan bertindak kepada pemimpin Umno dan kuncu-kuncunya.

MENGAPA TAKUT BENARKAN RAKYAT KE ISTANA NEGARA

Perhimpunan membantah pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) esok akan diadakan di Masjid Negara sahaja seperti arahan polis.
Polis semalam melarang mereka berarak ke Istana Negara, selain tidak membenarkan peserta perhimpunan itu berkumpul di Pasar Seni dan pusat membeli-belah Sogo seperti rancangan asal. Hanya tujuh pemimpin Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dibenarkan membawa memorandum kepada pihak Yang di-Pertuan Agong.
Mengapa kerajaan begitu takut untuk membenarkan mereka berarak ke Istana Negara sedangkan GMP sudah berjanji bahawa semua para demonstran tidak akan membuat kekacauan.
Rakyat Malaysia tidak pernah melakukan keganasan melainkan ada pihak yang cuba membuat provokasi kepada mereka.
Jadi saya merayu kepada Polis dan kerajaan supaya membenarkan kami berarak mengiringi pimpinan GMP ke Istana Negara.

PPSMI : KALAU DAH CELARU APA TUNGGU LAGI

Bekas Menteri Pendidikan, Musa Mohamad mengakui wujud kecelaruan dalam pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) walaupun tujuan pelaksanaannya adalah baik.

Menurutnya PPSMI bertujuan meningkatkan mutu pendidikan di Malaysia tetapi sepanjang enam tahun pelaksanaannya ia dilihat seperti tidak mencapai sasarannya disebabkan kecelaruan itu.

Ini adalah pengakuan pertama beliau yang secara jelas mendedahkan bahawa PPSMI memang bermasalah, caca marba dan bercelaru. Sedangkan beliaulah antara pendokong kuat Dr Mahathir ketika dasar PPSMI ini diperkenalkan dahulu.

Jadi saya menggesa kerajaan tidak perlu menghabiskan masa dan menghanguskan duit rakyat untuk membuat kajian. Batalkan sahaja dasar yang merugikan Bahasa Melayu dan rakyat Malaysia ini.

SPRM BERLAKON LAGI

Ketua Pesuruhjaya SPRMAhmad Said Hamdan berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bersiap sedia menangani gejala politik wang menjelang Perhimpunan Agung UMNO pada 24 hingga 28 Mac ini.

Menurutnya suruhanjaya itu akan menempatkan pegawai dan anggotanya di beberapa lokasi yang dipercayai menjadi tumpuan ejen-ejen calon untuk memancing undi.
Namun apa yang peliknya mengapa SPRM tidak bertindak ke atas kira-kira 1,000 aduan rasuah politik wang dan salah laku yang dilaporkan oleh ahli Umno kepada Jawatankuasa Disiplin dan Tatatertib Umno yang dipengerusikan oleh Tengku Ahmad Rithaudeen.
Aduan dan bukti sudah ada depan mata, mengapa tiada apa-apa tindakan.

Ahmad Said jangan bermain wayang lagi. Rakyat sudah kenal siapa anda.

05 March 2009

NAJIB KEMBALI PANAS, SAMAN AKHBAR JIKA LAPORAN ITU PALSU

Bakal Perdana Menteri, Najib Razak kembali panas dan tidak senang duduk hari ini apabila Ahli Parlimen Machang, Saifudin Nasution membongkar suatu laporan sebuah akhbar berBahasa Peranchis bahawa mereka berdua (Najib dan Altantuya) pernah bergambar bersama. Mereka juga didakwa sebagai pasangan kekasih.

Dalam laporan Liberation hari ini, Najib Razak didakwa pernah bergambar bersama mereka berdua, yang didakwa pasangan kekasih, bertentangan dengan penafian tokoh politik itu sebelumnya.

Jadi saya mengharapkan pihak berkuasa di negara kita supaya menyiasat kesahihan laporan akhbar ini kerana ianya memalukan negara dan pemimpin negara yang akan dilantik menjadi Perdana Menteri.

Dakwaan akhbar adalah berat dan serius kerana jika ianya benar maka sudah tentu Najib tidak layak untuk dilantik menjadi Perdana Menteri bahkan beliau sepatutnya di dakwa di mahkamah jika ada bukti-bukti beliau terlibat.

Manakala jika dakwaan itu tidak benar Najib Razak mesti bertindak untuk menyaman surat khabar itu yang cuba menjatuhkan imej beliau dan negara kita Malaysia.

Saya cadangkan Najib supaya mengambil tindakan mahkamah kepada akhbar tersebut jika benar-benar beliau tidak mengenali Altantuya. Jika Najib tidak menyaman akhbar tersebut saya pasti rakyat akan terus sangsi dan ragu-ragu dengan penafian Najib sebelum ini.

ISU PERAK : POLIS LAKUKAN KESILAPAN, SYED HAMID MENGAKU?

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar mengakui bahawa polis berkemungkinan melakukan beberapa kesilapan dalam mengendalikan situasi krisis politik Perak kelmarin tetapi menekankan bahawa polis mempunyai tanggungjawab untuk memastikan keamanan dan keselamatan undang-undang.

Syed Hamid berkata demikian yang saya petik dari Mstar.

Jadi kalau sudah sedar maka saya harapkan selepas ini Polis bersikap lebih professional dan mesra ketika menjalankan tugas ketika perhimpunan dan demonstrasi aman rakyat. Rakyat bukannya ingin melakukan keganasan atau kekacauan hanya untuk berhimpun secara aman samada menyerahkan memo atau menyatakan rasa tidak puas hati kepada sesuatu isu. Itu sahaja ..........

PEMILIHAN UMNO MESTI DITANGGUHKAN

Datuk Mazlan Harun yang menggesa pemilihan dan perhimpunan agung Umno hujung bulan ini ditangguhkan berkata, pihaknya tetap dengan pendirian mahu meneruskan usaha kemungkinan mendapatkan injuksi mahkamah jika kes politik wang pemilihan tidak diselesaikan sebelum 24 Mac ini.

Walaupun termaktub dalam Seksyen 18 C, Akta Pertubuhan 1966 bahawa mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk mendengar sebarang kes yang melibatkan parti politik, ahli Umno Bahgaian Subang itu tetap mempunyai alasan tersendiri mengapa beliau bertegas dengan pendiriannya itu.

Saya menyokong 100 % cadangan Mazlan kerana kita tidak mahu calon-calon yang terlibat dengan rasuah turut bertanding dan menang menjadi pemimpin Umno di peringkat pusat. Sudahlah pemimpin yang terlibat dengan aduan rasuah politik wang telah dipilih menjadi pemimpin Umno di peringkat Bahagian dan Cawangan, kini pemimpin sedemikian akan dipilih pula untuk menjadi pemimpin Pusat dan juga akan mungkin dipilih memimpin kerajaan.

Ini merupakan suatu mala petaka kepada rakyat Malaysia apabila kita dipimpin oleh kaki rasuah. Kita takut nanti negara kita dijual oleh mereka kerana mereka adalah kaki rasuah. Rasuah seolah-olah halal bagi mereka.

SIAPA BUAT ADUAN DIA YANG KENA

Di Malaysia, siapa yang membuat aduan kepada Polis dialah yang disiasat oleh Polis. Siasatan ke atas pengadu lebih detail dan hebat dari apa yang dikenakan kepada orang yang diadu khasnya bagi kes yang melibatkan pemimpin BN.
Jika BN didakwa dan diadukan melakukan kesalahan, aduan dibuat kepada Polis maka si Pengadu sudah pasti akan menerima tekanan dan sebagainya. Kadang-kadang Si Pengadu seolah-olah diganggu dan disuruh menarik balik siasatan.
Malah hampir semua siasatan akan dibakulsampahkan tidak disiasat atau diambil tindakan sewajarnya.
Inilah berlaku kepada aduan dan laporan kepada Polis dan SPRM (BPR) terhadap Khir Toyo, Najib dan lain-lain. Begitu juga dalam kes aduan kepada Jawatankuasa Tatatertib Umno terhadap salah laku Dollah dan Najib juga didiamkan.
Terbaru Ketua bahagian PKR Ipoh Barat, Fauzi Muda menyatakan kekesalannya terhadap tindak tanduk Polis yang seolah-olah tidak membuat apa-apa tindakan terhadap dakwaan percubaan Najib Razak merasuah wakil rakyat Pakatan Rakyat untuk melompat parti bagi menjatuhkan kerajaan Perak.
Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau juga mendakwa SPRM tidak berminat menyiasat aduannya atau mengambil tindakan terhadap timbalan perdana menteri.Sebaliknya polis seolah-olah diarah untuk bertindak terhadapnya berhubung akuan berkanun yang mengandungi butiran dakwaan tersebut, kata Fauzi lagi.
Inilah budaya Malaysia yang seolah-olah menghalang apa juga aduan dan laporan terhadap pemimpin.

04 March 2009

ISTANA SETUJU TERIMA MEMO, KERAJAAN BN DAN POLIS TETAP SOMBONG

Istana Negara memberikan reaksi positif bagi menerima memorandum membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), Sabtu ini.
Namun saya sangat kesal dengan sikap kerajaan BN dan Polis yang seolah-olah terus bermusuh dengan Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) dan rakyat sehingga memberikan amaran kepada rakyat supaya jangan berhimpun pada Sabtu ini.
Mengapa kerajaan dan Polis bersikap begitu sedangkan GMP dan rakyat mempunyai niat baik dan berhimpun bukannya untuk membuat kacau atau melakukan keganasan. Mereka hanya ingin menyerahkan memo kepada Yang Dipertuan Agong.
Jelas sekali kerajaan BN tidak mahu belajar dari pengalaman lalu sehingga meneruskan sikap permusuhan dengan rakyat.

TEMBELANG SPRM SEMAKIN JELAS

Tembelang SPRM yang jelas bertindak melindungi pembesar tertentu semakin terserlah dengan beberapa aduan yang tidak disiasat sehingga kini.
Salah satu aduan yang dibuat yang sehingga sekarang tidak disiasat oleh SPRM ialah aduan Ketua Bahagian PKR Ipoh Barat Fauzi Muda yang mendakwa, beliau ditawar RM50 juta bagi perkhidmatannya itu dan untuk membayar mereka yang berjaya dipujuk melompat parti.
Malang sekali bagi rakyat Malaysia apabila SPRM yang sepatutnya menjadi badan yang membasmi rasuah dengan mendakwa para perasuah kini menjadi sebuah badan yang seolah-olah menjadi Pelindung kepada perasuah.
Sebaliknya jika aduan itu melibatkan pimpinan PR maka secepat kilat SPRM membuat kenyataan akhbar dan seterus menjalankan penyiasatan.
Maka amat layak sekali untuk SPRM digelar Skim Perlindungan Rasuah Malaysia seperti yang dinyatakan oleh Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Haji Mahfuz Omar.

PRK 2 BUKIT DAN 1 BATANG PADA HARI YANG SAMA

SPR membuat keputusan bahawa PRK 2 Bukit dan 1 Batang dijalankan pada hari yang sama iaitu pada 7 April. Pagi ini SPR mengumumkan bahawa PRK Batang Ai dijalankan pada hari sama dengan 2 PRK lain iaitu Bukit Gantang dan Bukit Selambau.
Penamaan calonnya juga pada hari sama iaitu pada 29 Mac.
Ini satu perkembangan menarik kerana keputusan ketiga-tiga PRK ini akan dijadikan asas kepada persepsi rakyat Malaysia kepada BN dan PR yang sudah pasti bertembung antara satu sama lain diketiga-tiga kawasan tersebut.
Di Bukit Gantang Umno akan berdepan dengan PAS, Bukit Selambau pula bakal menyaksikan PKR menentang MIC dan Batang Air, PKR menentang PRS. Walaupun kemungkinan besar calon bebas akan menjadi pengacau di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai maupun di Bukit Gantang.
SPR pula sudah tentu akan diperhatikan dengan lebih teliti ekoran dari tindakannya yang dikatakan berat sebelah dalam menentukan tarikh PRK ini. Apakah SPR akan dilihat lebih berpihak dan tidak adil selepas ini atau mungkin juga SPR akan secara jelas menzahirkan dirinya untuk layak digelar parti komponen BN.

Apa pasti rakyat mahukan suatu pilihanraya yang adil, telus dan professional agar institusi ini kembali mendapat kepercayaan rakyat dan parti-parti politik.

KOLEKSI GAMBAR SIDANG DUN TERGEMPAR

MEMALUKAN : PERHIMPUNAN AGONG UMNO DITANGGUHKAN?

Perhimpunan Agong Umno akan ditangguhkan kerana dua ahli Umno berjaya mendapatkan injuksi Mahkamah menghalang perhimpunan itu diteruskan?
Ketua Cawangan Umno Muar, Datuk Kadar Ninam Shah dan ahli Umno Subang, Datuk Mazlan Harun semalam membuat sidang akhbar memaklumkan bahawa mereka akan memohon injuksi mahkamah itu beberapa hari lagi atas alasan Umno tidak bertindak tegas dan menyiasat aduan bahawa Presiden dan Timbalan Presiden Umno terlibat dengan penyalahgunaan kuasa.
Walaupun niat dan hasrat mereka sudah pasti dihalang dengan apa cara sekalipun samada, namun tindakan mereka berdua sebenarnya mendedahkan kepincangan dan kecelaruan dalam Umno yang hanya bertindak kepada ikan bilis tetapi bila jerung didakwa membuat kesalahan mereka tidak diambil tindakan.
Gejala buruk ini sebenarnya sudah lama disedari oleh rakyat dan mereka tidak rela budaya buruk di dalam Umno ini terus menular dalam pemerintahan negara. Oleh itu saya yakin rakyat akan lebih celik dan cerdik untuk menolak Umno yang jelas menggunapakai sistem dan amalann buruk yang berasaskan kasta, kroni dan sebagainya.

Ayuh kita sertai Himpunan mansuhkan PPSMI

Himpunan Aman 100,000 orang sempena majlis penyerahan memorandum pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di hadapan Istana Negara pada 7 Mac ini akan tetap diteruskan walaupun tanpa permit polis.
Oleh itu saya menyeru seluruh rakyat Malaysia yang cintakan Bahasa Kebangsaan kita, mari kita sama-sama memberikan sokongan kepada GMP bagi menyedarkan kerajaan BN yang meminggirkan Bahasa Kebangsaan di tanahair kita sendiri.
Jangan kita takut dan segan untuk sama-sama menyatakan bantahan kita demi masa depan bangsa dan negara kita yang tercinta.

Pengerusi Gerakan Memansuhkan PPSMI (GMP) Datuk Dr Hassan Ahmad berkata mereka bukan mahu mengadakan demonstrasi, sebaliknya hanya mahu mempersembahkan memorandum itu kepada Yang diPertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin.

"Itu salahkah? Saya rasa ia tidak perlu permit (polis) pun," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis perjumpaan GMP bersama persatuan yang menyokong gerakan itu di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini malam tadi. Turut hadir Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said.

Hassan yang juga bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkata memorandum setebal lapan halaman dengan menggunakan bahasa Istana itu ditandatangani beliau serta lima anggota GMP dan pihaknya juga telah menghubungi setiausaha sulit kanan Yang diPertuan Agong pagi semalam.

SIDANG DUN : SAH ATAU TIDAK SAH BN TERSEPIT

BN berada dalam keadaan tersepit jika Sidang DUN tergempar semalam sah maupun tidak sah. Jika Sidang itu sah maka sudah tentu kedudukan Zambry sebagai Menteri Besar adalah tidak sah kerana Nizar mendapat kepercayaan majoriti ADUN di DUN Perak. Selain itu DUN mesti dibubarkan berdasar usul pembubaran DUN yang dibentangkan semalam telahpun diluluskan.

Jika Sidang DUN semalam tidak sah sebagaimana yang diputuskan oleh Mahkamah BN berhadapan dengan satu kali perkara yang sangat ditakuti oleh mereka iaitu DUN Perak akan terbubar secara automatik pada bulan Mei ini kerana Sidang DUN mesti diadakan dalam masa 6 bulan selepas Sidang DUN sebelumnya. Sidang terakhir DUN Perak telah diadakan pada November 2008 yang lalu.
Maka dalam keadaan sekarang BN benar-benar berada dalam keadaan tersepit akibat kedurjanaan dan kebiadapan mereka sendiri merompak mandat yang diperolehi oleh PR pada Pilihanraya Umum lalu.

SIDANG BAWAH POKOK : MEMALUKAN

Semua gara-gara kebiadapan dan kerakusan BN tamakkan kuasa akhirnya negara kita dimalukan apabila Sidang DUN terpaksa di jalankan di bawah Pokok.

Walaupun begitu ramai berpendapat Sidang tersebut tetap sah kerana Speaker berkuasa untuk memanggil Sidang tergempar tanpa perkenan Sultan.

Menurut seorang pengunjung blog ini, Saudara Mawe menyatakan bahawa Professor Agus Yusof berpendapat jangankan Sidang adakah bawah, atas pokok pun sah.

Namun apa yang saya kesalkan ialah sikap BN yang tidak gentleman sehingga mengunci pintu dan menghalang Speaker ADUN-ADUN untuk masuk bersidang di dalam Dewan. Satu dunia melihat peristiwa ini dan jelas ianya memalukan negara kita.

Ini adalah peristiwa paling malang dalam sejarah demokrasi negara akibat kerakusan BN yang tidak menghormati keputusan Rakyat.

Patik memohon dengan setulus hati agar Paduka Seri Sultan Perak membubarkan DUN Perak secepat mungkin bagi membolehkan demokrasi dipulihkan di Perak.

03 March 2009

SEMUA USUL DILULUSKAN

Semua usul yang dibentang dalam Sidang DUN pagi ini diluluskan sebulat suara dan akan dipersembahkan kepada Sultan Perak untuk tindakan seterusnya.

Usul tersebut ialah usul percaya kepada YAB Nizar dan pembubaran DUN.

Dato' Ngeh Khoo Ham mengusulkan usul ke-3 supaya dewan menerima keputusan jawatankuasa hak dan kebebasan.Disokong oleh ADUN Sungkai.

SIDANG BERLANGSUNG SEKARANG

Sidang tergempar DUN Perak sedang berlangsung sekarang di suatu kawasan letak kereta kira-kira 100 m dari Dewan Undangan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan.

Mereka terpaksa bersidang di kawasan tersebut setelah Polis mengepung kawasan DUN menghalang mereka memasuki Dewan.

POLIS DAN PEGAWAI KERAJAAN BERSEKONGKOL DENGAN KERAJAAN HARAM LAWAN UNDANG-UNDANG

Malang sekali dengan apa yang berlaku di Perak. Polis dan Pegawai Kerajaan yang sepatutnya menjalankan tugas dengan tidak berpihak kepada sesiapa bertindak sebaliknya. Mereka sudah menjadi agen dan Pak Turut kepada BN yang bertindak di luar batasan undang-undang.

Speaker DUN yang mempunyai kuasa yang sah dalam untuk mengadakan sidang tergempar DUN dihalang dari berbuat demikian hanya semata-mata kerana BN takut kehilangan kuasa sedangkan mereka telah merompak kuasa tersebut dari PR.

BN mendakwa semua tindakan Speaker tidak sah dan bertentangan dengan undang-undang. Tetapi mengapa mereka bertindak menghalang Speaker dan ADUN dari memasuki Dewan untuk bersidang. Tidakkah ini membuktikan bahawa tindakan speaker adalah sah dan mereka tiada hujah untuk berlawan secara professional. Akhirnya tindakan tidak bertamadun dengan menghalang sidang DUN dilakukan dengan bantuan Polis dan pegawai kerajaan. Sedangkan kedua-dua institusi itu sepatutnya bertindak secara professional dan tidak berpihak kepada sesiapa.

Sebagai rakyat dan umat Islam mari sama-sama kita berdoa agar segala kezaliman dan kejahatan BN dan agensi-agensi kerajaan ini mendapat balasan setimpal dari Allah.

Takut doa dari hamba Allah yang kena zalim kerana sesungguhnya doa orang kena zalim tiada hijab di sisi Allah S.W.T

DRAMA HEBAT DI PERAK ESOK

Esok antara babak yang mungkin dapat kita lihat:-

1) Persidangan DUN dijalankan di Kedai Kopi atau di bawah pokok akibat tindakan 'barbarian' BN mengunci Bangunan Perak Darul Ridzuan

2) Polis mungkin akan menangkap sesiapa yang berhimpun di Bangunan Perak Darul Ridzuan termasuk ADUN dan Pegawai-pegawai Dewan Undangan Negeri Perak

3) Sidang DUN tersebut dipulau oleh semua ADUN BN dan pegawai-pegawai DUN

4) Usul undi Percaya kepada YAB Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan pembubaran Dewan diluluskan namun tidak diperakui oleh BN yang mendakwa Sidang DUN itu tidak sah.

5) Speaker akan mengeluarkan keputusan Sidang iaitu Mohammad Nizar mendapat kepercayaan majoriti ADUN untuk meneruskan khidmatnya sebagai Menteri Besar dan DUN Perak dibubarkan dan ianya akan dipersembahkan kepada Sultan Perak. Namun sudah pasti ianya tidak diperakui oleh BN.

6) Dan lain-lain kejadian yang mungkin tidak kita duga.

02 March 2009

RAKYAT PERAK RUGI ANGKARA KEPALA PENYAMUN

Rakyat Perak telah membuat keputusan majoriti mahukan PR memerintah mereka mentadbir negeri Perak tercinta.

Namun kemakmuran, keamanan dan kedamaian negeri tersebut 11 bulan lalu diragut dan direntap oleh Ketua Penyamun Tarbus dan kuncu-kuncunya yang tidak bermaruah dan tidak bertamadun.

Setelah menyamun kuasa kerajaan negeri Kepala Penyamun mempengaruhi pula Sultan untuk mendapatkan kuasa walaupun ternyata ianya tidak seindah mimpi kepala penyamun itu. Beliau menyangka bahawa rompakan kuasa tersebut akan memberikan kuasa mutlak dan mereka akan dapat menyamun apa sahaja kekayaan dan projek di Perak. Namun semuanya tidak semudah yang disangka.

Tuhan maha adil. Penyamun tidak terlupa bahawa selain Sultan dan MB terdapat seorang lagi manusia yang berkuasa di Perak iaitu Speaker yang mempunyai kuasa penuh di Dewan Undangan Negeri (DUN).
Kini penyamun pening kepala kerana segala yang dirancang tidak menjadi 100 %.

Esok Speaker memanggil Sidang Tergempar. Namun penyamun meneruskan tindakan gila membelakangkan undang-undang apabila bertindak menutup Bangunan Perak Darul Ridzuan di mana DUN terletak di dalamnya.

Inilah tindakan Penyamun dan Penyangak yang membuat apa sahaja demi untuk mengHALALkan kehendak dan nafsu mereka.

Penyamun tidak memikirkan bahawa segala tindak tanduknya merugikan rakyat negeri Perak di mana kerajaan Negeri yang ada sekarang tidak dapat beroperasi secara sah, pelabur tidak yakin untuk melabur di Perak, segala perancangan kerajaan negeri dan agensinya terbengkalai dan bermacam-macam lagi kerugian yang dialami oleh rakyat.

Malangnya penyamun sedikitpun tidak rasa bersalah. Penyamun terus menzahirkan kejahatan, kebiadapan dan kebongkakannya. Esok entah apa lagi yang penyamun lakukan.

Ayuh rakyat Perak sedarlah jangan bersekongkol dengan penyamun-penyamun tarbus yang diketuai oleh Bapak Penyamun yang kononnya akan menjadi orang paling berkuasa hujung bulan ini.

KERAJAAN SANGAT LEMAH DALAM MEMBUAT KEPUTUSAN

Kerajaan BN yang memerintah Malaysia sekarang sangat lemah dalam membuat keputusan termasuk yang melibatkan projek besar dan kritikal serta sensitif.

"Saya sangat bimbang dengan senario yang ada hari ini, di mana kita melihat banyak keputusan kabinet dibuat secara caca marba dan tidak konsisten"

"Sehari dua ini kita lihat sudah beberapa keputusan kerajaan yang dibuat ditarik balik dalam masa dua tiga hari malah dalam kes kenaikan tol ianya dibatalkan keesokan harinya" kata Mahfuz.

"Inilah contoh sebuah kabinet 'dapuq' (dapur) di mana di dapur tersebut ada tikus, lipas, semut dan sebagainya" tambah beliau.

Mahfuz memberikan contoh bagaimana kenaikan tol yang diumumkan oleh Menteri Kerja Raya ditarik balik keesokan harinya selepas mendapat bantahan ahli-ahli parlimen.

"Tidakkah kerajaan memikirkan sesuatu keputusan itu semasak-masaknya sebelum diumumkan kepada rakyat, tetapi dalam kes kenaikan tol ini nampaknya kerajaan sesuka hati mengumumkan kenaikan dan selepas membatalkannya".

"Begitu juga dalam kes pembinaan LCCT kedua di Labu yang dibatalkan setelah riuh rendah di seluruh negara bahawa ianya akan dibina di kawasan tersebut".

Mahfuz mempersoalkan sikap pemimpin kerajaan yang menganggotai kabinet dapur ini yang seolah-olah tidak serius dan tidak menjalankan kajian terperinci dalam membuat sesuatu keputusan. Sehingga akhirnya kredibiliti dan imej kerajaan Malaysia tercemar dan tercalar.
Sementara itu Mahfuz menggesa Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi mengangguhkan pemilihan Umno pada Persidangan Agong Umno ini kerana terbukti sebahagian besar calon yang bertanding terlibat dengan rasuah politik wang.
"Bayangkan terdapat 900 aduan rasuah yang diterima oleh Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno. Jumlah aduan ini menggambarkan bahawa gejala rasuah dalam Umno melibatkan hampir semua calon yang bertanding".
"Mereka ini mesti ditapis dan disiasat dengan telus, adil dan bebas bagi memastikan tiada calon yang terlibat dengan rasuah dipilih dan menjadi pemimpin kita nanti, kerana secara tradisinya ada di kalangan pemimpin Umno akan dilantik menjadi pemimpin kerajaan".
Menurutnya Mahfuz jika Abdullah tidak menangguhkan pemilihan maka terbukti kata-kata Abdullah untuk membenteras rasuah adalah retorik semata-mata.
"Saya mengharapkan SPRM tidak menjadi Skim Perlindungan Rasuah Malaysia, SPRM mesti menyiasat semua calon Umno yang akan bertanding nanti terutama yang diadukan terlibat dengan rasuah politik wang" ujar Mahfuz yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Pokok Sena.

KERAJAAN PERAK PERLU DI SITA ~ DATO' MAHFUZ

Ketua Penerangan PAS Pusat mencadangkan kerajaan Negeri Perak disita buat sementara waktu sehinggalah mahkamah membuat keputusan kerajaan mana yang sah samada PR atau BN.

Jadi ianya disita, kerajaan PR yang memerintah sebelum ini hendak mentadbirnya buat sementara waktu sehingga kerajaan yang sah diisytiharkan oleh mahkamah.

"Saya cadangkan kerajaan Perak disita sementara waktu, sebab masing-masing mengaku merekalah kerajaan yang sah, di mana mereka langsung tidak merujuk ke mahkamah.

"BN mendakwa kerajaan PR tidak sah, tindakan speaker DUN memanggil Sidang DUN tegempar tidak sah dan sebagainya. PR tetap bertegas bahawa kami masih kerajaan yang sah kerana MB dan Exco hanya boleh dijatuhkan dengan undi tidak percaya di Dewan; MB letak jawatan dan pembubaran DUN"

Mahfuz berkata semua 3 langkah itu tidak dituruti oleh BN tetapi mereka merompak kuasa kerajaan PR dengan rakus dan biadap. Selepas mengheret Sultan ke kancah politik.

'Selasa nanti dalam Sidang DUN tergempar, saya tidak tahu apa yang berlaku, mungkin MB BN akan merempuh masuk DUN atau mereka memula" kata Mahfuz.

Ahli-ahli Parlimen BN yang saya temui di Parlimen juga buntu dan pening untuk memikirkan masalah ini.

Namun pimpinan BN/Umno tetap berdegil mahu meneruskan pemerintahannya walaupun rakyat sudah meluat dengan mereka.

DI MELAKA PUN ADA KASTA

Aduan seorang rakyat biasa yang tidak puashati tentang tindakan pihak berkuasa. Beliau menghantar aduan ini ke email saya.

Keluhan beliau ..............

Saya dah ada ofis kat sini sejak 2005. Ofis saya di Jalan Melaka Raya 24, Taman Melaka Raya. Dulu saya pakai kupon parking, so kalau terlupa nak gores tu, habis je masa kenalah saman... Sebab tak tahan asyik kena bayar saman, saya guna kupon bulanan supaya tak terlupa lagi. Dah 2 tahun saya guna kupon bulanan. Kat sini orang MBMB buat rounding 2 kali sehari.

Banyak kereta "rakyat biasa" yg kena saman setiap hari jika kupon parking dah tamat masa atau parking di garisan kuning. Pernah sekali kereka rakan sepejabat saya yg parking sebentar saja di garisan kuning (anggaran 10 min) kerana nak angkat barang dari kereta ke dalam pejabat pun tak terlepas daripada saman. Tapi kereta Mercedes bernombor MX XXX milik seseorang yang berkedudukan tu tak pernah kena saman.

Termasuk juga kereta anak2nya yg menggunakan No. XX walau di mana pun mereka meletakkan kereta. Di hadapan pejabat saya juga satu spot baik utk pihak polis menyaman org2 yg buat U-turn di Persimpangan Pulau Melaka. Saya pernah bertanya kepada pegawai polis yg bertugas, (kebetulan waktu itu kereta MX XXX itu sedang parking di garisan kuning) kenapa tak saman kereta itu.

Anggota polis menjawab, itu bidang kuasa MBMB. Polis boleh saman, tapi bayarannya mahal, hingga RM300.

Saya kata, MBMB tak pernah saman kereta tu walaupun selalu langgar undang2. Polis tu jawab, mereka pun tak berani kerana nnt akan "dapat susah" dan "kena soal" kalau saman kereta tu.

Kerani di pejabat saya pernah membuat aduan (melalui telefon) ke MBMB berkenaan hal ini dalam 1 tahun lepas, tapi sampai sekarang tiada tindakan diambil.

Di Melaka pun ada KASTA ke? Orang besar tak kena sama sebab ada imuniti, rakyat marhaen jadi mangsa!!!!!!!!!!


3R JADI TALIAN HAYAT BN

Bukit Katil : Pengerusi PKR Melaka, Khalid Jaafar berkata BN menggunakan 3R untuk mengekalkan kuasanya iaitu sentimen Race, Religion, Royal (Bangsa, Agama dan Sultan).
Hanya dengan 3R ini sahajalah talian hayat yang BN ada kerana isu-isu lain sudah tidak laku dan tidak mampu untuk mempengaruhi rakyat. Dengan sentimen bangsa (race) BN meniupkan api perkauman di kalangan bangsa Melayu agar mereka kembali menyokong BN khasnya Umno.
"Sebab itu kita lihat Umno menggunakan isu DAP anti melayu, seperti isu Pengerusi DAP Johor yang dikatakan menyamakan dasar bumiputerisme dengan dasar apartheid".
"Umno membesar-besarkan isu ini untuk menagih simpati orang Melayu" kata Khalid.
Mengenai sentimen Ugama (religion) pula, jelas sekali BN sering memainkan isu negara Islam yang bertujuan menjauhkan bukan Melayu dari PAS dan PR. Isu ini sering dimainkan pada setiap kali Pilihanraya. Begitu juga dalam kes azan di Selangor di mana BN menuduh Teresa Kok terlibat dalam isu ini.
Selain itu BN sehari dua cuba membangkitkan isu derhaka kepada Raja-Raja Melayu untuk memburuk-burukkan imej PR di mata rakyat. PR khasnya di Perak dituduh sebagai penderhaka kerana didakwa tidak mahu tunduk kepada keputusan Sultan melantik MB dari kalangan BN.
Sedangkan PR tidak bersetuju dengan keputusan itu berdasarkan perlembagaan negeri di mana MB hanya boleh dilucutkan jawatan melalui 3 cara iaitu undi tidak percaya di DUN; meletakkan jawatan dengan rela atau yang ketiga DUN dibubarkan.
Malah menurut Khalid, BN lah yang sebenarnya derhaka kepada Raja-Raja Melayu kerana merekalah yang meminda perlembagaan mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu pada tahun 90-an dulu. BN sebenarnya dalam kelemasan sekarang kerana rakyat mula sedar kegagalan dan kelemahan BN setelah memerintah negara selama 50 tahun.
"Ekonomi makin parah, rasuah membarah, harga barang melambung, politik kacau bilau dan ketelusan dan keadilan tiada lagi" ujar Khalid.
Khalid berkata demikian pada ceramah beliau di perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi.

PAK LAH JANGAN UNDUR, NAJIB TIDAK LAYAK JADI PM

Bukit Katil : Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi mesti mengekalkan jawatan sebagai Perdana Menteri selepas perhimpunan agung Umno Mac depan bagi mengelakkan politik negara terus menjadi kalut dan kacau bilau.

"Ini kerana saya melihat Dato' Seri Najib Razak sudah terpalit dengan banyak isu dan kepemimpinannya semakin tidak dihormati rakyat di negara ini, sejak sebulan dua kemelut politik terutama di Perak adalah didakwa didalangi oleh Najib.

"Abdullah jangan mudah menyerah kalah kepada Najib biar pun pada perhimpunan agung Mac depan Presiden Umno sudah beralih kepada anggota parlimen Pekan itu" kata beliau.

Menurutnya kejadian penculikan tiga bekas Adun Pakatan Rakyat di Perak merupakan rancangan jahat Umno yang dikatakan turut melibatkan Najib. Ini kerana setelah menghilang diri beberapa hari mereka muncul bersama Timbalan Perdana Menteri di Putrajaya dan mengisytiharkan diri menyokong BN.

"Bagi saya sahlah Najib punca kekalutan politik di Perak. Menculik wakil rakyat adalah salah dalam Islam. Malangnya perkara itu berlaku ketika Najib bakal menduduki kerusi Perdana Menteri tidak lama lagi,"

Beliau ditemui di Pejabat PAS Kawasan Bukit Katil di sini malam tadi.

Bakrin yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil berkata, cara yang dilakukan Timbalan Perdana Menteri tidak kena dengan adat orang timur dengan merampas kuasa melalui penculikan wakil rakyat.

"Kita tak dapat terima cara Najib memancing tiga Adun terbabit yang menghilangkan diri dan kemudian muncul di televisyen.

Selain itu Najib juga gagal menguruskan ekonomi negara dengan baik. Pelbagai pakej ransangan diumumkan oleh Najib tetapi nampaknya ia tidak memberikan kesan positif kepada negara kita. Ini membuktikan Najib tidak pandai untuk menguruskan ekonomi negara.

Malah kelemahan ketara Najib dapat diukur apabila Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yackop mengeluarkan kenyataan beliau bahawa benar-benar tak tahu adakah Malaysia boleh mengelak kemelesetan ekonomi dunia sekarang.

Apabila ditanya sama ada Malaysia boleh mengelak kemelesetan, Bernama memetik Nor Mohamad berkata, "saya benar-benar tak tahu kerana terdapat terlalu banyak keadaan tidak menentu sekarang. Enam bulan lalu, kita tidak menjangka dunia akan berada dalam situasi berlarutan seperti sekarang dan kita tidak tahu daripada sekarang, bagaimana keadaan dunia di masa depan."

Walaupun kenyatan itu dibuat oleh Nor Mohamad namun Najib sebagai Kementerian Kewangan mesti bertanggungjawab dengan kenyataan yang tidak cerdik itu. Jadi tidak syak lagi Najib tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dalam keadaan Malaysia berada dalam kegawatan politik ciptaan Najib dan kegawatan ekonomi yang gagal ditangani beliau.

Bakrin sekali lagi menekankan Abdullah perlu mempertahankan jawatan sebagai Perdana Menteri sehingga menghadapi pilihan raya umum (PRU) ke-13 bagi mengekalkan kestabilan negara.

Menurutnya tidak sepatutnya beliau melepaskan jawatan disebabkan faktor kekalahan teruk Umno pada pilihan raya umum lalu, sebaliknya perlu terus memikul tanggungjawab tanpa mudah menyerah kalah.

"Kalau Dato' Seri Abdullah rasa tak bersalah dalam hal ini, mengapa harus ambil tindakan untuk berundur. Malah kekalahan demi kekalahan BN pada pilihanraya kecil adalah disebabkan kelemahan Najib yang menjadi Pengarah Pilihanraya BN," ujar beliau.
Katanya tidak menjadi halangan untuk Abdullah terus kekal sebagai Perdana Menteri di Malaysia biar pun bukan lagi mengetuai Umno. Presiden Umno tidak semestinya menjadi Perdana Menteri.

JANGAN LUPA 7 MAC, BUKTIKAN ANDA SAYANGKAN BAHASA MELAYU DAN BANGSA MELAYU

Saya meneru seluruh rakyat Malaysia sekali lagi agar sama-sama menyertai perhimpunan aman membantah PPSMI pada 7 Mac, Sabtu nanti bermula jam 2.00 petang.

Kepada yang mengaku mereka adalah ahli dan penyokong PAS haruslah memastikan kehadiran mereka sebagai komitmen terhadap perjuangan mengembalikan serta memartabatkan Bahasa Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar PPSMI.

Usaha saya menyokong himpunan 100,000 yang dianjurkan oleh Gerakan Mansuh PPSMI (GMP) iaitu mengadakan 'road show' seluruh negara sebagai penerangan jelas kepada rakyat bawah dasar itu tidak boleh diteruskan.

Saya ingin mengingat tuan-puan supaya jangan takut untuk hadir kerana perhimpunan itu akan diadakan secara aman dan mereka yang datang tidak akan buat kacau melainkan ada pihak yang sengaja melakukan provokasi. Malah lambang parti-parti politik juga tidak dibenarkan.

GMP yang dipengerusikan bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Dato' Dr Hassan Ahmad yang dianggotai kumpulan NGO, sayap-sayap Pemuda PAS dan KeADILan akan menyerahkan memorandum bantahan PPSMI kepada Agong.
Jangan ketinggalan !!!!!!!!!

ISU PERAK : SEMUA ORANG BERLAGAK MACAM HAKIM

Semenjak kemelut politik Perak tercetus gara-gara rompakan kuasa di Perak ramai sekali hakim-hakim mee segera memberikan ulasan.

Antaranya 'Yang Tak Arif' Najib Razak; Yang Tak Arif Zambry; Yang Tak Arif Mohamad Taib dan lain-lain.

Terbaru Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak 'Yang Tak Arif' Abdullah Antong Sabri, juga memberikan menjatuhkan hukuman bahawa Sidang DUN Tergempar esok TIDAK SAH. Mana undang-undang dan perlembagaan yang beliau pakai saya pun tak arif.

Menurutnya, tanpa pemasyhuran Sultan Perak itu, sidang DUN tidak boleh diadakan walaupun Speaker, V. Sivakumar telah mengarahkannya mengeluarkan notis segera untuk sidang tergempar tersebut.

"Dalam hal memanggil sidang Dewan, peruntukan Peraturan Tetap DUN 8(1) perlu dibaca bersama dengan Perkara XXXVI(1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak yang berkehendakkan perkenan Sultan Perak untuk memanggil apa- apa sidang DUN sama ada dalam keadaan biasa atau tergempar.

"Oleh itu, pemanggilan sidang DUN tergempar seperti yang dicadangkan oleh Speaker DUN adalah tidak sah dan tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak," katanya dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Manakala Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak YB V. Sivakumar berkata sidang tergempar Dewan itu esok adalah sah dan akan diadakan seperti yang telah ditetapkan.

Sivakumar berkata beliau dengan pakar undang-undang perlembagaan telah meneliti peruntukan Undang-undang Tubuh dan Perintah-perintah Tetap Perak dan mendapati beliau mempunyai kuasa untuk memanggil sidang tergempar itu.

"Saya dimaklumkan dengan jelas oleh pakar-pakar perlembagaan bahawa memanggil persidangan Dewan secara tergempar adalah terletak dalam ruang lingkup bidang kuasa Speaker," katanya yang dipetik daripada laporan agensi berita.

Beliau diminta mengulas kenyataan Setiausaha DUN Perak Abdullah Antong Sabri semalam yang mengatakan Speaker DUN Perak tidak boleh memanggil satu sidang tergempar Dewan itu kerana tindakan itu tidak sah dan tidak boleh diadakan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah.

Speaker DUN Perak itu berkata Abdullah telah membuat tafsiran yang salah ke atas PT kerana PT 8 (1) jelas menyatakan notis bertulis menarik perhatian kepada pemasyhuran memanggil Dewan adalah tidak diperlukan, sebaliknya hanya memerlukan notis memanggil Dewan bersidang dikeluarkan dengan seberapa segera.

"Artikel 36 (1) Undang-undang Tubuh Negeri Perak pula hanya digunapakai untuk permulaan sesuatu sesi Dewan ataupun apabila Dewan bermula selepas sesi itu tamat. Artikel ini tidak boleh digunapakai dalam keadaan setelah Dewan ditangguhkan dan dipanggil semula untuk bermesyuarat dalam sesi yang sama," katanya.

PRK : BATANG AI TEGANG, TIDAK MAMPU DIKENDURKAN

Pilihanraya Kecil (PRK) di tiga kawasan iaitu di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai amat perit bagi BN dalam keadaan mood rakyat yang memihak kepada Pakatan Rakyat.

Oleh sebab itu ramai mendakwa bahawa BN memperkudakan SPR dalam menetapkan tarikh PRK tersebut walaupun ianya dinafikan oleh SPR sendiri.

Saya tidak mahu mengulas isu tersebut yang sudahpun saya ulas sebelum ini.

Kali ini saya cuma ingin mengingatkan tuan-tuan dan puan-puan supaya berhati-hati menggunakan perkataan Batang Ai.

Menurut orang Sarawak, Batang bermaksud Sungai dan Ai adalah Air cuma R ditiadakan mengikit 'slang' orang Sarawak. Jika tersilap sebut mungkin ada yang mentafsirkan kita menyebutnya sebagai Batang I (saya), lain maksud itu.

Malah kemungkinan juga dalam ulasan media dan wartawan semasa kempen nanti ada yang berkata begini :

"Kempen pilihanraya di Batang Ai semakin TEGANG, kedua-dua pihak tidak mahu MENGENDURKANNYA, calon-calon terus MERANGSANGKAN gerakerja mereka dengan lebih dahsyat.

"Batang Ai benar-benar TEGANG sekarang, Polis dan SPR menasihat calon-calon supaya MENGENDURKANNYA bagi mengelakkan RANSANGAN kepada pekerja-pekerja parti masing-masing".

Maaf jika tuan-puan tersinggung dengan bahasa yang saya gunakan. Ianya hanya sekadar peringatan supaya tidak ada yang tersipu-sipu malu mendengar ulasan media dsan wartawan. Atau mungkin juga ada yang menuduh media melaporkan suasana kempen di Batang Ai secara lucah.

Saya mendapat idea di atas dari ceramah Ketua Penerangan PAS Pusat yang menyentuh isu ini pada ceramah beliau di Bukit Katil malam tadi.

Berhati-hati ketika memperkatakan tentang kempen di Batang Ai.

RAKYAT SEMAKIN CERDIK : SANGGAH BN

Rakyat semakin cerdik dan tidak mudah ditipu oleh BN yang merompak kuasa secara terang-terang di Perak. Bukti terbaru 97 peratus rakyat Malaysia menyatakan bahawa sidang tergempar DUN itu sah diadakan esok sungguhpun Timbalan Perdana Menteri AlNajib Tun Razak menyanggah keputusan Speaker DUN Speaker DUN Perak, V.Sivakumar.

Fakta ini sudah tentu memeningkan kepala Najib dan BN. Ianya sudah tentu menakutkan BN untuk berhadapan dengan rakyat di Bukit Gantang dan Bukit Selambau serta Batang Ai.

Terbukti rakyat tidak termakan dengan gula-gula, ugutan dan gertakan Najib dan kuncu-kuncunya yang sewaktu dengannya.

ISU PERAK : SIDANG DUN ESOK SAH

Kalau betul BN ingin memohon injuksi mahkamah bagi menghalang Sidang DUN tergempar esok maka terbuktilah BN sudah mula menyedari bahawa ianya sah. Maka jalan terakhir mereka untuk menghalang sidang DUN ialah memohon mahkamah menghalang Sidang DUN tersebut. Mungkin BN sudah tiada ikhtiar lain kerana mereka tahu semua perkara yang dilakukan oleh Speaker DUN adalah sah disisi undang-undang.

Namun jika mereka memohon injuksi mahkamah ini membuktikan BN BUTA undang-undang kerana jelas dalam perlembagaan persekutuan peruntukan bahawa :-

Fasal 72. Keistimewaan Dewan Negeri.1.Sahnya apa-apa perjalanan dalam mana-mana Dewan Negeri tidak boleh dipersoal dalam mana-mana mahkamah.

Mengapa begitu bangan dan dungu BN dalam bab undang-undang ini. Mungkin mereka sudah pening dan 'tak ketahuan keloloi' sekarang.

KEMELUT PERAK : DUA-DUA PIHAK BUNTU?

Kemelut Perak terus kusut dan tidak nampak jalan penyelesaiannya dalam masa terdekat. Esok Speaker Dewan Undangan Negeri memanggil Sidang tergempar. MB dan exco kerajaan HARAM bersama 3 ADUN lompat katak tidak dibenarkan memasuki persidangan.

Namun siang-siang lagi BN membuat komen macam kartun antaranya :-

1) Speaker tiada kuasa panggil sidang DUN tanpa perkenan Sultan
2) Setiauasaha DUN tidak patuh pada arahan Speaker kerana katanya Sidang itu tidak sah
3) Najib menyatakan sidang tidak sah kerana mahkamah belum tentukan keputusan saman Nizar.

Beberapa tindakan kebudak-budakan mungkin diambil oleh kerajaan HARAM BN antaranya :-

1) MB dan Exco haram mungkin hadir dan merempuh masuk ke sidang DUN walau dihalang
2) DUN akan dikunci oleh pihak tidak bertanggungjawab ini dan mungkin ianya diadakan di tempat lain hatta di bawah pokok
3) MB dan Exco haram serta juga ADUN BN dan Lompat akan memulaukan sidang DUN dan memberi alasan ianya tidak sah
4) Tok Bentara Dewan akan membenarkan mereka masuk dan ingkar perintah Speaker
5) dan lain-lain

Antara perkara yang mungkin berlaku :-
1) BN buat kacau, Sidang DUN kecoh dan terpaksa ditamatkan
2) Usul percaya kepada Nizar diluluskan dan dengan sendirinya MB dan Exco HARAM disingkirkan kerana mendapat undi tak percaya DUN
3) dan lain-lain

Bila ditanya kepada pemimpin BN mereka pun tidak tahu apa akan jadi esok !!!!!!!!!!! semuanya BUNTU.

Ini semua adalah gara-gara BN tamakkan kuasa sehingga negeri Perak jadi kacau bilau.

SPRM - SKIM PELINDUNG PERASUAH MALAYSIA ~ Mahfuz

Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato' Haji Mahfuz Omar berkata SPRM bukannya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tetapi wajar digelar Skim Pelindung Rasuah Malaysia kerana peranannya yang cuba melindungi kaki-kaki rasuah.

Bayangkan betapa banyak aduan rasuah (politik wang) dalam pemilihan Umno tetapi SPRM nampaknya tidak bertindak secara serius dan agresif sehingga membiarkan aduan tersebut. Walauoun aduan tersebut tidak dibuat secara terus kepada SPRM namun sebagai sebuah badan yang di dakwa berintergriti SPRM wajar menyiasat mana-mana individu yang terlibat.

Terdapat banyak kes di mana aduan kepada SPRM didiamkan atau dibakulsampahkan. Malah ada aduan yang telah bertahun-tahun pun tidak disiasat.

Inilah malangnya rakyat Malaysia apabila mempunyai suruhanjaya yang bertindak melindungi perasuah bukannya menyiasat dan membawa orang yang dituduh ke muka pengadilan.

Mahfuz berkata demikian pada ceramah beliau di Pejabat PAS Bukit Katil malam tadi.

01 March 2009

POLITIK PERAK : SETIAUSAHA DEWAN PULA JADI PAK TURUT

Kini Setiausaha Dewan Undangan Negeri Perak, Abdullah Antong pula menjadi Pak Turut dan Pak Sanggup kepada kerajaan HARAM Perak. Beliau yang sepatutnya taat kepada 'Boss'nya iaitu Speaker DUN Perak sudah berani untuk ingkar arahan 'Boss'nya semata-mata kerana menuruti dan menjadi 'yes man' kepada kerajaan HARAM BN Perak.
Abdullah hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa cadangan Speaker V Sivakumar untuk memanggil satu sidang tergempar Selasa ni adalah tidak sah.

Katanya, ia tidak boleh diadakan kerana tidak mendapat perkenanSultan Perak berdasarkan Perintah Tetap Dewan Negeri serta Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan.

Abdullah menegaskan demikian dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur hari ini.
Jelas sekali kenyataan beliau untuk senada dan seirama dengan kenyataan Zambry Abdul Kadir dan rakan-rakan yang sewaktu dengannya.
Maka tidak hairanlah selepas semua pegawai-pegawai kerajaan HARAM Perak akan mengeluarkan kenyataan sama dengan MB HARAM Perak. Cuma Speaker dan Pengerusi PAC sahaja yang tidak boleh dicucuk hidung dan di'keldai'kan oleh BN.

ULASAN TOK ISKANDAR TENTANG ISU POLITIK TERKINI

1 Mac 2009. Serangan bermula hari ini.Kesepakatan rakan-rakan bloggers ditagih untuk mencari segala kelemahan dan penyelewengan yang dilakukan pemimpin-pemimpin UMNO dan paparkan di dalam blog masing-masing agar MP-MP Pakatan Rakyat dapat bangkitkan perkara ini dalam parlimen,buat report polis dan SPRM.
Tok nak ulas kenyataan Najib semalam,sidang tergempar DUN Perak tidak boleh diadakan kerana perlu menunggu keputusan mahkamah.Tok tak tahu siapa penasihat Najib,Razak Baginda atau Zahid Hamidi,tapi janganlah memperbodohkan diri sendiri depan wartawan-wartawan.Kalau dah tak reti,eloklah diam sahaja.
Sekarang satu dunia tahu bakal PM Malaysia IQnya rendah.Nampak sangat Najib tak yakin dengan status kerajaan BN di Perak.Lain kali kalau nak bertindak,berfikirlah dulu.Apakah Najib akan menggunakan polis untuk menghalang sidang tergempar DUN Perak selasa ini.Jika ini berlaku,rakyat terpaksa turun ke padang untuk membantah kezaliman yang dilakukan oleh UMNO-BN.Inilah yang diharapkan berlaku kerana UMNO-BN memang berhasrat untuk memerintah ke semua negeri Pakatan Rakyat jika darurat diisytiharkan.
Bukan Najib je tengah pening,Tok tengok kabinetpun pening sama.hari ni kata naikkan tol,esok kata tak jadi.Hari ni kata penganut Kristian boleh pakai nama Islam,esok tak boleh pulak.Polisi kerajaan BN yang sentiasa berubah ini menunjukkan ketidakstabilan kerajaan UMNO-BN yang ada sekarang.Rakyat keliru,pelabur asingpun keliru.
Siapa yang jadi PM ketika ini,Pak Lah atau Najib.Masa tol naik,mesyuarat kabinet dipengerusikan najib dan persepsi Pak Lah dah serah kuasa kepada Najib sudah menjadi perbualan hangat rakyat semua dan ramai yang tertanya-tanya kita ada dua PM ke?Nampaknya ramailah yang terpaksa telan panadol lepas ni.Kabinet tak naikkan harga panadol ke?Tentang gerakan membantah PPSMI atau GMP,eloklah diperhebatkan kerana demo besar yang nak kita adakan tak sampai seminggu lagi,7 Mac 2009 dan penyertaan kesatuan guru,persatuan mahasiswa dan kesatuan sekerja CEUPACS atau MTUC sungguh penting.
Tok cadangkan kepada semua guru berminat boleh sms kepada Setiausaha NUTP negeri masing-masing nak mintak penjelasan sama ada NUTP sokong atau tidak PPSMI.Tok tengok NUTP sekarang macam tunggul mati.Bila dah dapat beribu-ribu sms Tok percaya NUTP akan sokong GMP dan jika NUTP bacul,guru-guru boleh gertak keluar daripada kesatuan itu atau lantik calon mereka untuk menentang kepimpinan NUTP sekarang yang mungkin pro UMNO-BN.rakan-rakan bloggers boleh paparkan no telefon Setiausaha NUTP negeri dalam blog masing-masing.Sepatutnya dalam isu ini NUTP di depan dan bukannya mendiamkan diri.MP Pakatan Rakyat,
ADUN-ADUN,barisan pemuda,puteri dan seluruh ahli juga perlu menyertai demo ini sebagai perjuangan kita untuk masa depan anak cucu kita.Sokongan terbuka tokoh seperti Tun Saleh Abas,bekas Ketua Hakim Negara,datuk Shahnon Ahmad,sasterawan negara dan lain-lain tokoh akademik juga diperlukan agar gerakan ini semakin berkembang dan mendapat sokongan padu daripada seluruh rakyat Malaysia.
Tok pelik bin hairan kenapa UMNO tak bantah.Kata pujangga bahasa jiwa bangsa.kalau dah bahasa dikuburkan,ke manakah identiti bangsa melayu.Cuba rakan-rakan bloggers siasat siapa yang mendapat tender membekalkan perisian,cd,buku-buku teks untuk sains dan matematik dalam bahasa Inggeris.Jika puak-puak UMNo yang dapat,memang patutlah mereka tak bantah dan pedulikan nasib bangsa Melayu kerana mulut mereka telah disuapkan dengan wang ringgit malaysia.Jelaslah selama ini UMNO hanya jual nama Melayu untuk hidup mewah.

Tok seperti rakyat Malaysia yang lain,nak tahu ketika negara dilanda kemelesetan ekonomi,berapa banyak bangunan pejabat pelajaran daerah di seluruh negara diperindahkan dan diperbesarkan ketika ada murid-murid miskin yang tidak mendapat bantuan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran atau meneruskan pelajarannya.
Cuba MP-MP Pakatan Rakyat ajukan soalan ini di parlimen dan tanyakan juga berapa banyak blok bangunan sekolah yang lewat disiapkan sehingga menyusahkan murid-murid.Satu soalan cepuemas,berapa ramai pula guru-guru dan GB yang aktif memegang jawatan dalam UMNO-BN.selama ini sikap double standard kerajaan UMNO-BN sudah diketahui umum.
Sokong dan pegang jawatan UMNO-BN boleh bagi kakitangan awam tapi sokong pembangkan tak boleh.Senario politik yang berlaku dalam politik tanahair kebelakangan ini menjadi realiti kepada rakyat UMNO-BN takut kehilangan kuasanya.Bermula isu rampasan kuasa kerajaan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat,ketakutan untuk membubarkan DUN Perak,isu ketuanan melayu dan derhaka kepada Raja-Raja Melayu dan paling mutakhir Sidang tergempar Dun Perak selasa ini.Rakyat semakin bijak menilai dan mula mempersoalkan apakah pelan pemulihan ekonomi oleh kerajaan UMNO-BN.
KDNK negara jatuh kepada 4.6% terburuk sejak 2001.Indeks Komposit BSKL merudum dan kadar pengangguran dikatakan mencecah 80 ribu orang.harga-harga barang keperluan makanan dijangkakan naik seperti gula akan naik 20 atau 30 sen sekilo.Tol juga diramalkan naik tetapi ditangguhkan kerajaan UMNO-BN kerana takut kalah dalam PRK di Bukit Gantang,Selambau dan Batang Ai.
Jika kerajaan pusat berani mengambilalih pengurusan air negara,mengapa pula kerajaan pusat UMNO-BN tidak berani mengambilalih syarikat konsesi tol.Apakah kerana UMNO dan kroninya ada kepentingan di dalam syarikat konsesi tol ini.Eloklah SPRM siasat.
Tok dan rakyat dah nampak UMNO-BN takut hilang kuasa.Peluang terbaik mmerintah negara adalah untuk isytiharkan darurat dan UMNO telah mula menjaja isu ini di kampung-kampung dan kepada golongan peneroka.Tok juga nak peringatkan kepada semua MB dan KM Pakatan Rakyat supaya tidak menyimpan musuh dalam selimut dalam jentera pentadbiran negeri masing-masing.nanti rahsia kerajaan negeri terbongkar dan paling tidakpun mereka akan buat surat layang menggunakan letter head Kerajaan Negeri.
Di Kedah,tok heran kenapa pemuda UMNO negeri itu berkokok dalam TV3 suku tentang isu surat layang yang menghina sultan kedah.Kan surat tu ada setem dan bersampul,buat ajelah report polis.jangan sampai rakyat anggap polis sudah mesra UMNO dan bukan mesra rakyat sudah.Ada yang beranggapan UMNo memperalatkan setiausaha Sultan membuat kerja-kerja keji ini dan eloklah polis siasat perkara ini.
Rakyat dah semakin muak dengan budaya samseng UMNO sekarang yang cuba menghuru-harakan negara ini dah sudah sampai masanya mereka pula ditahan ISA.rakyat dah ada persepsi UMNO semacam dah ada cawangannya di balai polis.UMNO pergi lanyak MP Pakatan Rakyat,seorang OKU dalam parlimen boleh tapi rakyat demo depan balai polis kena sembur dengan air pemedih mata dan lanyak dengan FRU. Tak pasal-pasal ada pulak rakyat hantar keldai,baghal atau lembu buat report polis.Ingatlah UMNO....,Polis,SPR,SPRM,Mahkamah dan Sultan bukan hak cipta terpelihara mereka sahaja.Usah bongkak dan sesuka hati melanggar undang-undang negara semata-mata gilakan kuasa.

JANGAN TERPERANGKAP DALAM JERAT BN

Saya menyeru seluruh kepimpinan dan ahli parti-parti komponen PR supaya tidak terperangkap dengan jerat yang dipasang oleh BN bagi menjatuh dan memburuk-burukkan imej Pakatan Rakyat di mata rakyat jelata.
BN yang berada dalam 'kelemasan' sekarang akan menggunakan taktik tradisionalnya untuk menggugat sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat (PR). Taktik tersebut ialah mengujudkan sentimen perkauman, sentimen agama dan isu penderhakaan kepada Raja-Raja Melayu.
Rakyat perlu sedar bahawa setiap kali BN berada dalam keadaan tertekan mereka akan meniupkan semangat perkauman bagi menarik sokongan orang melayu supaya menyokong Umno, Orang Cina supaya menyokong MCA dan India supaya menyokong MIC.
Sebab itulah sekarang ini BN sedang mengapi-api isu Karpal Singh dan isu tuduhan Ketua Pembangkang DUN Johor bahawa Dr Boo Cheng Yau bahawa dasar bumiputerisme sama dengan aparthied.
Jadi saya menyeru kepada semua pimpinan PR terutama DAP supaya tidak lagi membangkitkan isu sensitif perkauman supaya BN tidak mengeksploitasinya untuk memburukkan imej PR.
Selain itu BN juga cuba memainkan isu agama dengan membesarkan isu penubuhan Jawatan Antara Agama yang dakwa mereka ditubuhkan oleh kerajaan PR Pulau Pinang yang fungsinya sama dengan Suruhanjaya Antara Agama (IFC) yang cuba ditubuhkan oleh pihak-pihak tertentu beberapa tahun lalu. Sedangkan hakikatnya kerajaan negeri Pulau Pinang tidak pernah berniat untuk menubuhkan jawatankuasa tersebut. Ini dinyatakan sendiri oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Malah kerajaan Pulau Pinang akan mengambil tindakan mahkamah kepada Utusan Malaysia yang menyiarkan fitnah tersebut.
Kemelut politik di Perak juga membuktikan bahawa BN khususnya Umno mengheret institusi Raja-raja Melayu ke kancah politik. Mereka menggunakan senjata derhaka kepada Sultan sebagai talian hayat nereka untuk berhadapan dengan PR dalam kemelut politik di Perak. Dalam masa yang sama mereka menggunakan isu penderhakaan ini sudah menghentam dan memfitnah PR yang mereka dakwa biadap dan derhaka kepada Raja-Raja. Semua tindak tanduk PR dikatakan menentang Raja-Raja Melayu sedangkan PR bertindak hanya berlandaskan undang-undang dan perlembagaan yang ada.
Malangnya ada pemimpin PR yang masuk perangkap BN dengan mengeluarkan kenyataan seolah-oalh menentang insitusi kesultanan melayu. Ini memberikan 'peluru' baru kepada BN untuk memburuk-burukkan PR di mata rakyat.
Jadi saya mengharapkan pemimpin dan ahli PR tidak masuk perangkap BN/Umno yang sedang kelemasan sekarang. BN/Umno sudah tidak mampu untuk berhadapan dengan PR dalam isu-isu ekonomi, rasuah, integriti, perlembagaan dan sebagainya. Jadi senjata terakhir dan talian hayat mereka hanyalah 3R iaitu RACE, RELIGION dan ROYAL. Jadi jangan kita masuk perangkap mereka !!!!
Jika tersilap langkah mereka boleh menyumbat kita semua di bawah akta drakonian ISA kerana 3R itu menurut mereka amat sensitif dan boleh dijadikan justifikasi untuk menyumbat semua sesiapa sahaja merengkok di bawah akta zalim itu.

KELUARGA NIZAR TERUS DIUJI, MOGA BELIAU TERUS TABAH

Setelah diuji dengan kerakusan dan kebiadapan BN merompak kuasa kerajaan PR di Perak, YAB MB Perak, Muhammad Nizar Jamaluddin diuji sekali lagi. Kali ini Allah S.W.T menguji Nizar sekeluarga dengan pulangnya ke Rahmatullah ibunda kepada isteri beliau malam tadi.

Allahyarhamah meninggal dunia di Tapah dan akan dikebumikan pada jam 11.00 pagi ini selepas solat jenazah di Masjid Daerah Tapah.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarhamah dan memberikan kekuatan kepada keluarga YAB MB dalam menghadapi ujian yang berat ini.

Al Fatihah

SIAPA TAK DAPAT GAJI? NIZAR ATAU ZAMBRY

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negeri (PAC) Perak akan memanggil Menteri Besar, Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan MB HARAM Zambry Kadir bagi menentukan siapa yang layak untuk mendapat gaji dan elaun kerana masing-masing mengaku sebagai penjawat yang sah.
Selain itu kedua-dua barisan Exco yang sah dan yang HARAM juga dipanggil untuk memberi keterangan.
Kemungkinan selepas penyiasatan PAC ini salah satu pihak tidak layak untuk mendapat elaun dan satu pihak akan menikmatinya atau mungkin juga kedua-dua pihak tidak akan mendapat apa-apa imbuhan sehingga mahkamah memutuskannya.
Ini satu lagi isu yang menambahkan lagi kemelut politik negeri Perak yang semakin kalut dan kusut. Masing-masing mentasirkan undang-undang dan perlembagaan mengikut perspektif masing-masing.
PR merujuk kepada klausa dan seksyen yang ada dalam perlembagaan bila mengambil apa juga tindakan manakala BN pula mentafsirkannya mengikut nafsu dan kemahuan sendiri dengan berselindung di sebalik kuasa yang ada pada Sultan.
Saya sudah beberapa kali menegaskan hanya satu cara sahaja untuk menyelesaikan semua kemelut ini iaitu dengan membubarkan DUN dan memberi mandat kepada rakyat untuk memilih kerajaan baru.

SIVAKUMAR KARTUN, ZAMBRY MALAUN

Menteri Besar HARAM Perak menuduh Speaker DUN Perak V Sivakumar bertindak macam cerita kartun kerana memanggil Sidang tergempar DUN Perak.
''Siapapun boleh fikir apa tujuannya berbuat demikian. Dia buat benda tu macam cerita kartun,'' kata Zambry dipetik dari akhbar pengampu Utusan Meloya.
Kalau Zambry siatkan Sivakumar macam cerita kartun, Zambry saya siatkan macam 'Malaun' kerana tergamak bersekongkol dengan Ketua Penyamun dan Penjudi menyamun kerajaan negeri Perak pilihan rakyat pada Pilihanraya Umum ke 12 8 Mac tahun lalu.
Sementara itu ketika membidas tindakan Speaker memanggil Sidang DUN tergempar itu Zambry langsung tidak merujuk kepada klausa-klausa atau seksyen dalam perlembagaan negeri Perak berkaitan dengan DUN. Beliau berselindung di sebalik kuasa Sultan yang menurutnya semua Sidang DUN yang hendak di adakan mesti mendapat perkenan Sultan.
Maka benarlah apa yang dinyatakan oleh Anwar Ibrahim bahawa BN sekarang hanya menggunakan 3R untuk mengekalkan kuasa iaitu 'Race'; 'Royal' dan 'Religion'. BN terutama Umno memainkan api perkauman, menggunakan sentimen agama dan berselindung di sebalik kuasa Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan usia yang semakin ke penghujung.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter