.

.

20 May 2017

SIAPA ANAK JANTAN PAS ATAU PKR?

Seorang perwakilan Pemuda PKR (AMK) mencabar exco PAS dan semua lantikan politik di Selangor untuk meletakkan jawatan sekiranya mereka 'anak jantan'.
"AMK Johor cabar PAS Selangor letak jawatan sebagai exco dan jawatan dalam kerajaan negeri. Mereka kalau anak jantan letak jawatan sekarang," kata wakil AMK Johor, Naim Jusri pada kongres sayap parti itu di Shah Alam hari ini.
Cabaran Naim itu dibuat lebih seminggu selepas PAS memutuskan hubungan secara rasmi dengan PKR.
PAS bagaimanapun berkata tiga  exco Selangor itu tidak akan meletakkan jawatan selagi mendapat perkenan sultan Selangor.
Timbalan Presiden PKR dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali masih belum membuat keputusan mengenai perkara itu.
Sebagai tindak balas, PKR sebelum ini mengarahkan semua lantikan politik dalam pentadbiran kerajaan negeri Kelantan melepaskan jawatan mereka.
Terdahulu, perwakilan AMK Wilayah Persekutuan, Ahmad Azri Zainal Nor mencabar PAS meneruskan rancanganNYA untuk bertanding di kerusi Parlimen Batu.
"Kerusi kita pun dia nak. (Kerusi) Batu pun dia nak. Saya nak kata pada mereka ini, kalau Batu mereka nak, just bring it on," kata Ahmad Azri.
PAS menyasarkan untuk bertanding 100 kerusi pada pilihan raya umum akan datang termasuk yang pernah ditandingi PKR. Kerusi parlimen Batu kini disandang Naib Presiden PKR, Tian Chua.
Kita berharap PAS dapat membuat keputusan segera kerana persepsi rakyat kepada mereka amat teruk sekarang
Sumber : Mkini

19 May 2017

DAP PERAK 'DERA' SPR?

DAP Perak hari ini membuat bantahan terhadap 129 pengundi meragukan dalam daftar pemilih tambahan dan membayar deposit RM1,290 dalam bentuk wang syiling.
DAP negeri itu juga sebelum ini membawa mesin fotokopi sendiri dan penjana elektrik (generator) di kawasan pameran awam untuk membuat salinan daftar itu.

“Kami malah bawa generator sendiri kerana SPR enggan beri kami guna elektrik mereka.

“Anggota-anggota kami bekerja siang malam untuk menyalinnya tetapi kami masih belum dapat menghabiskan kerj
a-kerja fotokopi daftar pemilih itu,” katanya.
SPR sebelum ini berkata proses pameran awam sahaja sudah cukup untuk pihak berkepentingan menyemak daftar pemilih tambahan.
Suruhanjaya itu justeru berhenti menjual salinannya kepada parti politik dan pihak-pihak lain.
Keseluruhan kira-kira 20,000 keping wang syiling digunakan untuk membayar deposit yang setiap satunya bernilai RM10.
Mungkin cara untuk mengajar sikap SPR yang jelas berat sebelah dan berpihak.
Sumber : Mkini.

PELIK TETAPI BENAR. ORG KENA TAMPAR YG KENA MINTA MAAF

Di Malaysia banyak perkara pelik berlaku. Antaranya orang yang laporan ditangkap, yang melakukan kesalahan bebas; orang kena tampar kena minta maaf orang menampar diangkat menjadi hero.
Pengarah filem Datuk David Teo menyifatkan dunia ini pelik apabila dirinya yang dikasari pada majlis dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Putrajaya, Rabu lalu, dituntut untuk meminta maaf.
"Seseorang tampar saya, tetapi saya perlu minta maaf kepada dia dan orang ramai? Dunia yang pelik," katanya yang dipetik oleh portal Free Malaysia Today.
Teo juga dipetik sebagai berkata, isu tersebut sebenarnya sudah selesai pada malam kejadian dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sendiri sudah memaafkannya.
"Tiada keperluan untuk saya memohon maaf sekali lagi melainkan PM sendiri mahu saya berbuat demikian.
"Bagaimanapun, saya sudah jelaskan kepada beliau yang saya hanya terkejut dengan apa yang berlaku," katanya.
Sebelum ini, Teo menafikan beliau bertindak biadab terhadap perdana menteri.
Sesi dialog Perdana Menteri bersama penggiat seni tanah air pada Rabu lalu itu bertukar menjadi kecoh apabila tanpa diduga pelawak Sulaiman Yassin bertindak mengasari Teo.
Teo didakwa telah meninggikan suaranya selepas tidak mendapat peluang untuk bercakap semasa dialog berkenaan.

PAS WAJAR CONTOHI PKR LETAK JAWATAN SEMUA JAWATAN POLITIK DI KELANTAN

PAS sebagai sebuah Parti Islam wajar mengikut langkah PKR yang dengan tegas mengarahkan semua ahlinya yang dilantik sebagai penjawat jawatan politik di Kelantan meletak jawatan. Alangkah malangnya apabila PAS bukan sahaja tidak mengarahkan Exconya dan semua lantikan politik meletakkan jawatan malah bertegas semua mereka semua mengekalkan jawatan masing-masing. 

Ini merupakan tindakan yang tidak bermaruah dan membuktikan PAS lebih mengutamakan kepentingan peribadi dari maruah dan integriti mereka.

Kami sangat menyokong tindakan PAS ini kerana tindakan ini lambat laun akan membuka mata rakyat tentang siapa sebenarnya PAS. Rakyat akan tahu bahawa PAS lebih mementingkan kuasa dan pangkat dari maruah dan integriti.

PAS mungkin tidak menyedari bahawa tindakan mereka ini merupakan 'back fire' kepada mereka sendiri. 

Awal minggu ini, Biro Politik PKR mengarahkan ahli-ahli parti yang memegang jawatan dalam kerajaan Kelantan pimpinan PAS untuk meletakkan jawatan.
Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kemudian berkata keputusan muktamad mengenai exco PAS di Selangor akan dibuat apabila Azmin pulang dari lawatan kerja ke Brussels.

Menteri besar Selangor itu dijadualkan pulang hari.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter