.

.

18 May 2012

BERSIH 4.0 TAK LAMA LAGI?


Sudah bersediakan anda untuk turun menyertai Himpunan Aman Bersih 4.0 jika ianya diadakan andaikata PRU 13 berjalan denga kotor dan menjijikkan.
Tidak mustahil ianya akan diadakan jika kerajaan dan SPR masih berdegil tidak mahu membuat perubahan terhadap sistem Pilihanraya kita.
Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Datuk A Samad Said tidak menolak kemungkinan Bersih 4.0 diadakan jika rakyat sekali lagi bersedia untuk menuntut pilihan raya yang bersih dan adil.

Pendirian Sasterawan Negara itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan kenyataan Datuk S. Ambiga, yang juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0, sebelum ini menyatakan beliau tidak bercadang ke arah penganjuran Bersih 4.0.

A Samad berkata, perhimpunan Bersih 4.0 mungkin menjadi kenyataan sekiranya penyokong pembangkang berhajat berbuat demikian dan pihaknya mengambil sikap tunggu dan lihat sebelum membuat keputusan seterusnya.
"Untuk sementara ini kita tidak berani buat (Bersih 4.0) tetapi kalau rakyat mahu kita buat, kita beranilah," kata beliau kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah di Dataran Pas Kuala Ibai di sini, malam tadi.
Berdasarkan kenyataan sebelum ini, Ambiga dipetik berkata masih belum bersedia meneruskan gerakan Bersih 4.0 yang dikaitkan dengan lambang kebangkitan rakyat di negara ini. Kelmarin, kepimpinan Bersih 2.0 berkata mereka sudah membuat keputusan muktamad tidak akan menggerakkan Bersih 4.0.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin Pas dilihat mahu perkara ini berlaku sekali lagi bagi mendesak pilihan raya lebih bersih pada pilihan raya umum akan datang.

Turut hadir pada majlis malam tadi ialah Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub; Penolong Setiausaha Agung Pas, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; Naib Ketua Muslimat Pas Pusat, Senator Mumtaz Md Nawi dan Pengerusi Amanah Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Tengku Ahmed Shah.

Sementara itu, Salahuddin turut memberitahu bahawa pihaknya mengadakan jelajah ke seluruh negara ketika ini bagi memberi pendidikan politik kepada orang ramai.

"Kita ingin rakyat Malaysia merasai politik baru dengan pengetahuan supaya politik kotor tidak berlaku dalam negara," katanya.

JAGA-JAGA 'GENG TAK SIUMAN' TARIAN PUNGG%$# DATANG RUMAH ANDA

Ada trend baru pula di Malaysia. Di mana ada satu geng tak siuman yang akan memperagakan tarian percuma iaitu tarian 'pungg%$% di rumah sesiapa sahaja  yang tidak sebulu dengan mereka.

Setakat ini rumah Pengerusi Bersama Bersih 3.0 telah didatangi geng tak siuman ini. Mereka yang terdiri dari tua kutuk tak sedar diri memperagakan tarian seksis yang amat menjijikkan. Siapalah yang menaja mereka ini.

Ramai orang mengkritik geng tidak siuman ini termasuk Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan tokoh pendidikan Tan Sri Arshad Ayob. Apa lagi sebaik sahaja geng ini mengetahui Khairy mengkritik mereka, ketua Geng Tak Siuman ini, Datuk Celup Mohd Ali Baharum menghentam Khairy dan segera menyatakan bahawa mereka akan memperagakan tarian pungg^%& di hadapan rumah Khairy pula.

Sebelum ini mereka telah menggolekkan pungg%^% mereka di rumah Ambiga dan mengancam untuk mengadakan tarian seksis itu di hadapan rumah Anwar (Ibrahim), Pak Samad Said, Kadir Sheikh Fadzir dan Tamri Ghafar.

Kepada sesiapa yang ingin menonton tarian geng tak siuman ini secara free sila kritik biar puak-puak ini patah pinggang menari di rumah-rumah rakyat Malaysia.

'GENG' TAK SIUMAN AKAN MALUKAN NEGARA DI DEPAN RUMAH ANWAR, PAK SAMAD, KADIR DAN TAMRIN.


PETALING JAYA: 'Geng' Tak siuman yang menari punggung di depan rumah Ambiga baru-baru akan sekali lagi memalukan negara kita di mata dunia. Mereka akan menari untuk kali kedua di hadapan rumah  Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu (Mat Sabu), Thamrin Tun Ghafar, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzir dan Datuk A Samad Said.
“Senaman tarian ini akan dibuat pada waktu terdekat dengan beberapa gimik menarik,” kata Datuk celup Mohd Ali Baharon ketika dihubungi FMT.
Bagaimanapun ketika ditanya mengenai pemilihan lima individu terbabit, Mohd Ali menegaskan ia sebagai memberi peringatan kepada mereka agar tidak menganggu gugat keharmonian negara.
Katanya, operasi senaman tarian itu nanti masih sama namun ia akan diadakan serentak di hadapan rumah pemimpin yang berkenaan.
“Tunggu dan lihat kita akan adakan satu tarian dahsyat. Senaman tarian ini lebih tajam dan akan dibuat di hadapan rumah mereka serentak dalam masa terdekat ini.
“Tujuannya siapa makan cili dia terasa pedasnya. Ia juga sebagai peringatan supaya jangan ulangi tindakan untuk merosakkan negara,” katanya.
Ketika ditanya mengenai gimik menarik itu, Mohd Ali berkata ia sesuatu yang istimewa dan mempunyai kaitan dengan daun.
Kita menyeru pihak berkuasa supaya menghalang 'geng' tidak siuman ini dari terus-terusan memalukan negara kita. Apa nak jadi dengan mereka ini. Sudahlah 'tidak siuman' malah diberi ruang dan peluang untuk menunjukkan ketidak siuman mereka di khalayak ramai. Mereka sendiri sudah menyatakan bahawa itu bukan senaman biasa tetapi senaman untuk memberika peringatan kepada Anwar dan lain-lain. Lebih teruk lagi senaman itu menang tidak senonoh, apatah lagi ianya digayakan oleh tua kutuk tak sedar diri.

AMBIGA : RUMAH PENTAS TARIAN PUNGGUNG, PEJABAT PUSAT LATIHAN PEROMPAK

Baru-baru ini rumah S.Ambiga Pengerusi Bersama 3.0 dijadikan tempat tarian punggung oleh penari-penari tua kutuk yang tidak diundang. Kubur kata mari rumah kata pergi, tapi penari-penari ini masih tidak sedar dan insaf menari punggung di depan rumah Ambiga.

Hari ini pejabat Ambiga di Damansara pula menjadi tempat latihan perompak yang belajar merosakkan sistem keselamatan pejabat Ambiga.. Kad Kawalan Pintu dirosakkan oleh mereka yang tidak bertanggungjwab. Mungkin kini pejabatnya pula menjadi pusat latihan perompak belajar untuk merompak dengan merosakkan sistem kawalan keselamatan.

BEKAS KETUA JABATAN SIASATAN JENAYAH BKT AMAN MASUK PAS


Bekas Ketua Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Fauzi Shaari menyertai PAS. Majlis pengisytiharan beliau masuk PAS akan diadakan di Batu Kurau 20 Mei ini.

Penyertaan beliau dalam PAS membuktikan bahawa PAS sebuah parti yang baik dan tidak ganas sebagaimana digembar gemburkan oleh sesetengah pihak.


Kemungkinan juga Datuk Fauzi akan menjadi calon PAS pada PRU 13 nanti. 



Dilahirkan di Larut Matang, Perak pada 25 September 1950, Fauzi memulakan kerjaya dalam PDRM sebagai Kadet Asisten Supritendan Polis pada 30 April 1975 iaitu selepas menamatkan latihan di Maktab Polis Kuala Kubu Baru.

Hampir kebanyakan masanya dalam PDRM dihabiskan dengan bergelumang dalam dunia membanteras jenayah.
Antaranya sebagai ASP Kongsi Gelap Pulau Pinang, Timbalan Ketua Siasatan Jenayah Sentul, Timbalan Penguasa Pentadbiran Jenayah Bukit Aman sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Daerah Dang Wangi pada 10 Oktober 1991.

Beliau dinaikkan pangkat ke Senior Asisten Komisioner II dengan memegang jawatan Komander Briged di Sarawak pada tahun 1998 sebelum dilantik sebagai Timbalan Pengarah 1 Logistik dua tahun kemudian.

Beliau kemudian diberi kepercayaan untuk menjadi Ketua Polis Selangor dengan pangkat Deputi Komisioner Polis dan seterusnya dinaikkan pangkat dengan menjawat jawatan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
kursus

Fauzi yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya pernah menghadiri kursus Asas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Kursus Kongsi Gelap di Maktab JSJ, kursus Sekolah Komando Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Sesko-ABRI), kursus pentadbiran di Jepun dan kursus menyelam di Sarawak.


Beliau mendirikan rumah tangga dengan Datin Fauziah Ngah dan dikurniakan dengan empat orang cahaya mata.

17 May 2012

MUHYIDDIN TAKUT NAK KOMEN ISU SCORPENE


Muhyiddin Yassin mengunci mulut daripada memberi sebarang reaksi terhadap siasatan mahkamah Perncis berhubung urusniaga pembelian kapal selam Malaysia-Perancis.

Ditanya sama ada kerajaan yang terkait sama dalam kes itu patut menghantar seseorang untuk mempertahankan diri, Muhyiddin menjawab: "Saya tidak mahu komen tentang itu."

Beliau kemudiannya menambah lagi: "Tiada komen".
Muhyiddin sangat berhati-hati untuk memberikan pandangan lebih-lebih lagi dengan isu yang berkaitan dengan Najib. Beliau tahu silap haribulan beliau mengikut jejak langkah Allahyarham Tun Ghafar dan Musa Hitam yang tidak merasai 'nikmat' menjadi Perdana Menteri. Beliau sudah tentu sangat sensitif tidak mahu melukakan hati Kak Mah. Silap langkah Muhyiddin 'tutup kedai'.


Sepatutnya sebagai seorang pemimpin yang berjiwa besar dan akan bertaraf negarawan Muhyiddin tidak takut untuk memberikan komen membina bagi mengelakkan negara kita dimalukan dengan tindakan pimpinan kita yang mungkin enggan menjadi saksi di mahkamah Perancis. Nampak sangat pemimpin-pemimpin Umno tidak berani menyatakan kebenaran.

untuk rekod NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada 2010 memfailkan kes terhadap gergasi pertahanan Perancis DCNS atas dakwaan membayar komisyen secara tidak sah kepada pegawai tertinggi Malaysia dalam penjualan dua kapal semalam Scorpene kepada negara ini pada 2002.

MELAKA DAPAT KETUA MENTERI BARU, RAMAI PASANG BADAN

Desas-desus Melaka akan mendapat Ketua Menteri baru semakin kencang di Melaka. Yang pasti jika BN kalah sudah tentu Melaka akan dapat Ketua Menteri Baru. Kalau Ali Rustam bertanding Parlimen atau digugurkan terus dari menjadi calon Dun, Melaka juga dapat Ketua Menteri Baru.

Kalau BN menang tetapi Ali bertanding Parlimen maka Melaka juga dapat Ketua Menteri baru. Umno/BN memang 200 % yakin mereka akan mempertahankan negeri Melaka, kalau BN kalah pun menurut ramalan mereka hanya di kerusi-kerusi majoriti pengundi Cina seperti di Kesidang, Bandar Hilir, Kota Laksamana, Ayer Keroh, Bachang, Duyong, Machap dan Bemban kerusi-kerusi lain mereka yakin akan tetap menang di Dun lain. Mereka sangat yakin untuk menang. Namun kuasa Allah siapa yang dapat lawan.

Oleh kerana ramai yang meramalkan bahawa Ali Rustam akan bertanding kerusi Parlimen kerana beliau ingin mengintai kedudukan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno. Kalau beliau kekal di negeri agak susah untuk beliau dipilih sebagai Timbalan, takkanb Timbalan Perdana Mneteri dilantik di kalangan Senator pula sudah tentu Ahli Dewan Rakyat akan marah.

Bisik-bisik bahawa Ali akan ke pusat menyebabkan ramai pemimpin Umno pula pasang angan-angan untuk menjadi Ketua Menteri Negeri yang banyak memelihara gajah putih ini. Ada yang mula melobi dan pasang badan. Ada  mula mencari 'cable optic' Presiden dan Timbalan Presiden. Ada yang mengaku mereka mendapat restu orang itu dan orang ini. Ada yang menda wa mereka adalah calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan tertentu. Semuanya melobi demi kelangsungan hajat dan cita-cita nafsu serakah mereka. Ada yang mula masuk kampung keluar kampung pukul canang melalui budah suruhan masing-masing.

Antara yang disebut-sebut sedang berangan-angan hendak menjadi pemimpin nombor wahid di Melaka  ialah :
Ahli Parlimen Tangga Batu Idris Haron; Ahli Parlimen Jasin, Ahmad Hamzah; Adun Gadek Abd Ghafar Atan; Adun Ayer Molek, Mohd Yunos Hussin malah Ahli Parlimen Bukit Katil Mat Sirat pun dikatakan ada hati juga. Selain itu ada lagi beberapa nama lain juga memasang niat untuk mendapatkan kerusi empuk lubuk duit bagi orang Umno/BN tersebut.

Kita ucapkan syabas dan selamat berjuang kepada mereka semua.

PAS SEDIA GANTI UMNO PIMPIN ORANG MELAYU


Umno telah terbukti gagal memimpin dan membela nasib orang melayu di Negara ini, tegas Pesuruhjaya PAS Perak Ustaz Abu Bakar Hussian.

Menurut beliau, Orang melayu telah memberikan amanah kepada umno sejak 55 tahun untuk memperjuangkan hak orang melayu, dan jelas umno telah gagal serta tidak mampu memberikan corak kepimpinan yang boleh disanjungi dan diteladani untuk dijadikan kebanggaan orang melayu.

Beliau menjelaskan lagi, kini sudah tiba masanya   kepimpinan orang melayu ditukar ganti dengan PAS dan KeADILan dalam memperjuangkan hak orang melayu bagi mengekalkan corak kepimpinan yang bersih dan amanah.

Beliau juga menyatakan bahawa rakyat di Kelantan telah membuktikan mereka boleh hidup tanpa umno.Orang Kelantan telah hidup tanpa kepimpinan umno sejak tahun 1990 lagi, kita telah lihat bahawa hak dan kedudukan orang melayu tidak terjejas walaupun sedikit.

“ Maka mitos bahawa umno lenyap melayu akan terjejas adalah cerita karut yang terbukti tidak benar” ujarnya lagi.

Tambahnya, kepimpinan baru kerajaan negeri Pakatan Rakyat selama empat tahun di Kedah, Selangor, Pulau Pinang, Perak selama 11 bulan adalah bukti bahawa melayu boleh hidup tanpa umno 

ANAK-ANAK PEMIMPIN PAS KAYA RAYA?

Anak-anak pemimpin PAS semuanya kaya raya terutama pemimpin-pemimpin yang berjawatan dalam kerajaan negeri. Anak Tok Guru Nik Abdul Aziz, Menteri Besar Kelantan, menjadi Pengerusi beratus-ratus syarikat berkaitan kerajaan. Anak Ustaz Azizan lagi hebat saham berkoyan-koyan dan macam-macam perniagaan dipunyainya.

Pada pandangan pembaca, jika ada yang buat tuduhan sperti di atas bolehkah tuan-puan percaya?

Tetapi kalau ada yang mendakwa anak Mahathir kaya, anak Najib, anak Nazri Aziz, anak Hishamuddin dan lain-lain kaya raya dan punyai pelbagai perniagaan tuan-taun boleh percaya tak?

Sila beri pandangan tuan-tuan.

16 May 2012

DR MAHATHIR BERTANDING KERUSI PARLIMEN PRU 13?

Melihat kepada gaya dan tingkah lakunya sejak kebelakangan ini kita dapat merasakan bahawa Dr Mahathir masih mahu mencampuri urusan politik negara. Kekerapannya membuat press statement mengalahkan Ketua Penerangan Umno, Ahmad Maslan dan pimpinan Umno lain.

Kita melihat seolah-olah beliau mahu bertanding pada PRU 13 ini. Ramai beranggapan bahawa tindakan Mahathir yang suka membuat kenyataan akhbar menunjukkan bahawa beliau mahu mempengaruhi politik Malaysia dan beliau amat takut BN kalah. Sepatutnya dengan umur yang sudah larut malam beliau sepatutnya memperbanyakkan amal ibadat. Tetapi jelas beliau tidak yakin kepada Najib.

Mengapa beliau begitu takut BN kalah? Jawapannya kerana beliau banyak skandal dan banyak musuh.....fail beliau akan dibuka untuk disiasat....isu Memali belum selesai, skandal BMF terjadi zaman beliau, fitnah Anwar zaman beliau dan banyak lagi ...sudah tentu beliau takut...

PRU 13 : CALON PAS MELAKA 65 % MUKA BARU

Kalau BN Melaka meletakkan hanya 30 % sahaja muka baru pada PRU 13 nanti, PAS Melaka bakal menurunkan 65% calon muka baru bagi mewarnai politik negeri Melaka.

Terbukti PAS lebih terbuka dan sanggup menerima pembaharuan dengan meletakkan calon-calon baru yang muda, berpendidikan, penuh dengan idea baru dan sebagainya. Manakala BN masih menaruh keyakinan kepada calon-calon 'expired' yang sudah tepu idea dan tenaga mereka.

PAS membuktikan kepada rakyat bahawa parti itu komited membawa perubahan kepada negeri Melaka. PAS juga sentiasa meremajakan partinya tidak seperti Umno yang terus diterajui oleh orang lama yang sudah ketandusan idea.

PENGASAS PAS MELAKA MENINGGAL

Salah seorang pengasas PAS Melaka, Haji Yusof Enjah meninggal dunia sebentar tadi. Jenazah Allahyarham akan dikebumikan pada jam 10 pagi esok di Kg Air Limau, Masjid Tanah.

Allahyarham merupakan antara orang yang pertama membawa PAS ke Melaka. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan bersama roh para anbia, solihin dan syuhada.

ISU SCORPENE : ZAHID HAMIDI BUTA UNDANG-UNDANG?

Dua tiga hari lepas, orang kuat Ah JIb Gor, Zahid Hamidi dengan angkuh menyatakan bahawa Mahkamah Perancis tidak ada kuasa untuk mengeluarkan waran tangkap kepada mereka jika mereka tidak mahu menjadi saksi setelah disapina mahkamah berkenaan.

"Siapa mereka hendak keluarkan waran tangkap, kami tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis" kata Zahid dengan angkuh.

Namun hari ini Peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham berkata mahkamah Perancis yang menjalankan inkuiri berhubung urusniaga kapal selam Scorpene Malaysia-Perancis mempunyai kuasa memanggil semua pihak untuk membuat pengakuan dalam prosiding di negara itu.

"Mahkamah Perancis mempunyai bidang kuasa terhadap semua orang, tidak kira orang Perancis atau tidak, selagi mereka terlibat dalam perkara melibatkan inkuiri sedia ada.

"Dakwaan sebaliknya salah dan mengelirukan," kata peguam beliau yang dilantik mewakili NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) dalam kes saman sivil itu.

Jadi sekarang siapa yang bercakap benar dan siapa yang buta undang-undang dan keras kepala. Persoalan yang selalu bermain di fikiran kita, mengapa Najib dan gangnya begitu takut untuk menjadi saksi sedangkan mereka sendiri menyatakan bahawa pembelian kapal selam Scorpene bebas dari segala penyelewengan, salah laku dan ianya dibuat pengikut prosedur yang betul.

Kata orang, berani kerana benar takut kerana salah salah.

MAJLIS PEGUAM DIGANTI DENGAN MAJLIS PEGUAM BODEK

Ternyata Kerajaan BN dipenhujung umurnya begitu terdesak. Sesiapa juga yang tidak sehaluan dengan mereka akan ditekan dan ditindas. Apabila Majlis Peguam dilihat tidak menjadi 'Yes Man' kepada mereka, maka Umno mula mencongak untuk membubarkan badan tersebut dengan menubuhkan Majlis Peguam Bodek (MBD) yang mereka mahu taja.


Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan penubuhan akademi undang-undang yang "boleh menjadi alternatif" dan Majlis Peguam patut terbubar sendiri.

Tindakan ini tidak lain tidak bukan kerana Umno/BN melihat mereka tidak dapat mempengaruhi badan tersebut dalam membuat sesuatu keputusan. Umno/BN mahu Majlis Peguam menjadi "Yes Man' dan pembodek nombor wahid kepada mereka.


Mereka melayan Majlis Peguam bagaikan JKKK kampung. Terbukti Umno/BN memang tidak berfikir secara waras. Bila umur mereka semakin ke penhujung usia Umno/BN semakin nyanyuk dan tidak malu.


Umno/BN tidak boleh menerima hakikat bahawa Majlis Peguam adalah badan begas yang bertindak secara professional dan adil. Mereka mengambil sesuatu keketapan atas pandangan ahli yang bebas menyuarakan pendapat mereka.

WAJIB TONTON : NAJIB KENA SORAK BERSIH BERSIH BERSIH PADA PERTEMUAN DGN RAKYAT MALAYSIA DI LONDON


Najib benar-benar menghadapi mimpi ngeri di London. Manakan tidak beliau telah disambut dengan laungan Bersih ketika memulakan ucapan pada program pertemuan dengan warga Malaysia di sana.

Baru Najib tahu bahawa memang rakyat mahukan satu pilihanraya Bersih tidak kotor. Kalau di Malaysia orang yang melaungkan perkataan Bersih sudah tentu ditangkap oleh 'Samseng' upahan yang dibayar gaji oleh rakyat atau setidak-tidaknya di halau keluar dari dewan. Tetapi Najib tiada kuasa di London, terpaksalah beliau dengan muka merah padam dan pucat lesi merayu kepada hadirin supaya menghentikan laungan yang sungguh menggerunkan beliau. Mana perginya kejantanan Najib sehingga terpaksa merayu dengan penuh sayu dan rendah diri.
Sorakan slogan itu bermula apabila Najib mula mengambil tempat di atas pentas dan berlarutan ketika beliau memulakan ucapannya.

Sorakan slogan itu menyebabkan Najib hilang tumpuan untuk meneruskan ucapannya dan terpaksa merayu supaya sorakan itu dihentikan.

"Bolehkah anda tolong berhenti? Boleh tolong berhenti," rayu Najib seperti dirakamkan dalam satu video yang dimuatkan di lamanYoutube.

Rayuan Najib itu disambut oleh seorang hadirin yang bertanya mengenai hak mereka untuk mengundi.

"Kami mahu mengundi. Kenapa anda tak bagi kami mengundi?" tanya individu itu di majlis tersebut.

Najib kemudian cuba menenangkan kumpulan tersebut agar beliau boleh meneruskan ucapannya.

"Anda boleh jumpa saya kemudian ok...bolehkah anda tolong hentikannya?" kata Najib.

Sorakan tersebut kemudiannya surut dan Najib meneruskan ucapannya seperti biasa.
Acara yang dinamakan ‘An Evening with the Prime Minister’ itu dianjurkan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di lokasi berprestij O2 Arena di kota tersebut.

Program berkenaan diuar-uarkan sebagai satu acara untuk membolehkan rakyat Malaysia di London berinteraksi secara tidak formal dengan perdana menteri.

Sekarang baru Najib tahu bahawa rakyat Malaysia di seluruh dunia sedar dan tahu bahawa sistem pilihanraya di Malaysia penuh dengan keraguan dan penipuan. Sebagai seorang negarawan Najib sepatutnya membuat reformasi segera apabila balik dari London nanti. 

Kesian .......Ah Jib Gor. Baru engkau tahu sekarang langit tinggi atau rendah. Kalau di Malaysia engkau hero tapi di London engalu Zero.

15 May 2012

SCORPENE : ZAHID HAMIDI CAKAP BESAR, SIAPA MEREKA HENDAK TAHAN KAMI

Menteri Pertahanan, Zahid Hamidi dengan angkuh berkata siapa mereka hendak tangkap kami, ketika ditanya komen beliau tentang tindakan mahkamah Perancis yang mungkin akan mengeluarkan sapina kepada beliau Najib, Razak Baginda dan beberapa orang lagi.

"Siapa mereka hendak keluarkan waran untuk tangkap?, kita tidak tertakluk kepada undang-undang Perancis" tegas Zahid pada sidang akhbar sempena lawatan Ketua Angkatan Tentera Thailand di Kementerian Pertahanan

Hebat sungguh Zahid Hamidi, bercakap ikut sedap mulut. Sedangkan Peguam Perancis yang mewakili Suaram juga bahawa jika Najib dan 'geng'nya tidak mahu hadir ke mahkamah Perancis walaupun di sapina, maka mahkamah Perancis boleh mengeluarkan 'Amaran Merah' (Red Alert) kepada Interpol.

Zahid jangan besar di Malaysia mungkin Zahid dan Najib berkuasa sepenuhnya tetapi di medan antarabangsa belum tentu mereka boleh terlepas dari kehendak mahkamah.

Apa yang menghairankan kita mengapa Najib, Zahid dan 'geng'nya takut untuk menjadi saksi di mahkamah Perancis jika mereka tidak bersalah. Berani kerana benar, takut kerana salah. Mereka bukannya dituduh melakukan kesalahan setakat ini, tetapi diminta untuk menjadi saksi sahaja, suatu tugas dalam prosiding mahkamah.

Sepatutnya Najib, Zahid dan gangnya tidak perlu kecut perut, jawab sahajalah setiap soalan dengan bersahaja dan yakin. Jangan gagap, kalau gagap nanti sudah tentu ada syak wasangka ......

Blogger pencacai edit video Nizar hadiri ceramah Umno

Blogger pencacai Umno telah mengedit video Datuk Seri Nizar Jamaluddin yang menghadiri ceramah Umno Bahagian dua malam lepas. Mereka cuba menggambarkan Datuk Seri Nizar 'angkat kaki' setelah diasak oleh Hanafizah Man penceramah Umno pada malam tersebut.padahal penceramah Umno dan pmimpin Umno pucat lesi apabila tidak semena-mena Nizar muncul di pentas ceramah yang bertajuk Nizar Pembohong Bersiri.

Untuk mendapat ulasan tentang video yang diedit tersebut sila layari  http://greenboc.blogspot.com. Greenboc mengulas mengenai bukti video itu diedit dan diputarbelit.

PESERTA BERSIH 3.0 MESTI SERAH DIRI SEBELUM RABU, BAGAIMANA DENGAN POLIS GANAS BILA NAK TANGKAP?

Polis masih menunggu 120 peserta, perhimpunan yang bertukar ganas di ibu negara pada 28 April lepas, yang disiarkan wajah mereka dalam media, untuk menyerah diri sehingga esok.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata sehingga semalam, 21 peserta terbabit ditahan dengan sebahagiannya menyerah diri kepada polis dan ada yang ditahan di rumah mereka.

Beliau berkata secara keseluruhan polis telah menyiarkan 141 gambar wajah demonstran yang dipercayai terbabit dalam rusuhan di Dataran Merdeka itu. 


Persoalannya kini, bagaimana pula dengan Polis yang menyepak, memukul, menerajang, 'flying kick', lempang dan sepak peserta Bersih 3.0. Adakah mereka juga ditangkap dan didakwa? Sehingga kini tidak ada langsung komen dari Taukeh 'Samseng' yang memukul peserta Bersih 3.0 ibarat memukul dan membantai binatang.

ORANG BUKAN ISLAM HAIRAN MENGAPA MELAYU TAK SOKONG TOK GURU

Sama-sama saksikan bekas S/U Parti Gerakan Kelantan, Cikgu Lau Chin Chua melahirkan rasa hairan mengapa orang Melayu tidak sokong Tok Guru Nik Abdul Aziz.

14 May 2012

FATWA BARU : HARAM HADIR CERAMAH JIKA TIDAK DIUNDANG

Malam Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hadir ceramah Umno yang bertajuk 'Nizar Pembohong Bersiri' di Tualang Sekah, Malim Nawar.

Terkejut beruk pemimpin Umno termasuk Ketua Umno Kampar, Radzi Manan, Adun Shaarani dan penceramah lompat katak Hanafiah Man. Dengan tidak semena-mena Hanifiah yang sedang menghentam Nizar menukar topik ceramahnya menghala peluru kepada Ambiga pula.

Pucat lesi pemimpin Umno sehingga Radzi membisikkan ke telinga supaya beredar. Kata Radzi orang PAS pun tentu tidak setuju kalau orang Umno datang dengar ceramah PAS. Memang tidak cerdik Radzi, orang PAS lagi suka kalau orang Umno datang sebab dengan kedatangannya itu mereka dapat dengar maklumat terkini dan betul.

Lepas ini mungkin Majlis Fatwa akan bersidang dan mengeluarkan fatwa bahawa haram hadir ceramah jika tidak diundang.

POLIS SAYAP SAMSENG; MAJLIS FATWA SAYAP KEAGAMAAN DAN SPR SAYAP POLITIK UMNO/BN?


Apa hendak jadi dengan negara kita. Semua agensi-agensi kerajaan dan badan-badan penting di dalam negara diperkudakan oleh Umno/BN untuk kepentingan mereka.

"Umno/BN menggunakan Polis sebagai sayap samseng mereka, Umno/BN menjadikan Majlis Fatwa sebagai sayap keagamaan mereka, Umno/BN menjadikan SPR sebagai biro politik mereka supaya SPR keluarkan peraturan-peraturan yang menguntungkan mereka" kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.pada ucapannya pada 11 Mei lalu di Selangor

Blog ini amat bersetuju dengan ucapan beliau. Ikuti ucapan penuh beliau dalam klip video ini.

WASATIYYAH (SEDERHANA) CARA NAJIB


FIKIRKANLAH .............

Sumber : FB Pejuang Keadilan

NAJIB PUTARBELITKAN FAKTA UNTUK KELIRUKAN RAKYAT

Malu kita bila seorang Perdana Menteri bercakap dengan fakta yang salah atau sengaja hendak mengelirukan rakyat.

Najib mendakwa bahawa hanya 3 negara sahaja yang memberikan pendidikan percuma. Padahal mengikut laporan Unesco ada lebih dari 20 negara memberikan pendidikan percuma.

Sebab itu kita lihat memang menjadi amalan pimpinan Umno/BN cuba memutarbelitkan fakta supaya rakyat terkeliru dan terus menyokong mereka.

Cuba layan Video ucapan YB Saifuddin Nasution ini ......untuk info seterusnya.

NIZAR MEMANG ANAK JANTAN, PATUT DICONTOHI

YB Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin memang anak jantan. Baru-baru ini beliau dengan selamba menghadiri program ceramah Nizar pemborong bersiri di Tualang Sekah, Malim Nawar.

Pihak penganjur iaitu Umno terpaksalah mempersilakan Datuk Seri Nizar duduk di hadapan. 

Apa lagi tak jadilah mereka menghentam dan memfitnah Nizar.

"Saya menghadiri cramah umno mnggodam saya di Tualang Sekah kampar,oleh yb dato shaarani & hanafiah man,mrk panik dan pucat " kata Muhammad Nizar.

Memang patut kita buat macam ini. Kepada pimpinan PAS Melaka memang baik cadangan dari Jai Fotografi melalui FBnya yang mencadangkan kita mencontohi tindakan Nizar ini.

NAJIB BELUM BERANI BUBAR LAGI?

Layari Internet Jalur Lebar
Untuk mencari info maklumat
Hajat di hati hendak bubar
Tapi takut rakyat Meluat


Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.

Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei  ini.
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Royal Charter kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.
Jadi Parlimen mungkin dibubarkan selepas 25 Mei iaitu selepas Najib balik dari London. Ternyata Najib hanya mengacah ahli Umno Jumaat lepas dengan reaksinya seolah-olah mahu membubarkan Parlimen hari ini. 

13 May 2012

NAJIB TIADA PILIHAN, PERANCIS BOLEH KELUARKAN 'AMARAN MERAH' KEPADANYA?

Amaran Merah atau 'Red Alert' akan dikeluarkan sekiranya Perdana Menteri, Ah Jib Gor masih enggan hadir membantu siasatan rasuah kes kapal selam Scorpene, kata Peguam Perancis, Joseph Breham.

"Waran Tangkap berkuatkuasa dalam Wilayah Perancis. Untuk kawasan antarabangsa 'Amaran Merah' akan dihantar kepada Interpol(Polis Antarabangsa)' kata Breham dalam kenyataannya yang dibaca oleh Pengarah Suaram Cynthia Gabriel.

Katanya, Waraan Tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh Hakim Perancis jika Najib Razak enggan membantu siasatan selepas sapian dikeluarkan.

"Jika saksi itu enggan mematuhi sapina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis manda d'amener, memaksa saksi hadir ke mahkamah.

"Jika saksi masih tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan" katanya dalam sidang media 3 Mei lalu.

Perkembangan ini sudah pasti merunsingkan Ah JIb Gor kerana ia sudah tentu menjejaskan peluangnya untuk terus berkuasa jika Umno/BN menang dengan penipuan yang bakal dilakukan pada PRU 13 nanti.

Perdana Menteri Malaysia seperti juga Mahathir boleh mengelak sapina dari mahkamah Malaysi tetapi belum tentu mereka dapat melakukan perkara yang sama di Perancis.

Dipetkik dari : SuarakeADILan

RAMAI MENTERI BESAR DAN KETUA MENTERI DALAM BAHAYA?


Beberapa orang Menteri Besar dan Ketua Menteri BN berada dalam bahaya digugurkan oleh Najib dan Rosmah selepas PRU 13 ini.

Antara Menteri Besar yang kemungkinan besar akan digantikan ialah Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu; Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said; Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hassan; Menteri Besar Johor, Abdul Ghani Osman; Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam; Ketua Menteri Sabah, Musa Aman dan Adnan Yaakub. Cuma Taib Mahmud sahaja yang masih berdegil tidak sedar diri tidak mahu berhenti dari jawatannya.

Menteri Besar Perlis, Md Isa Sabu dilihat sebagai Menteri Besar paling senyap tidak banyak publisiti yang beliau perolehi di samping beliau dilihat tidak mempunyai skandal dan salah laku. Cuma Md Isa dilihat gagal membawa perubahan kepada Perlis.

Lain-lain Menteri Besar dan Ketua Menteri semuanya mempunyai masalah samada yang jelas kelihatan atau tersembunyi.

Mendahului senarai yang mempunyai masalah ialah Ali Rustam yang dibuktikan terlibat dengan rasuah di samping melunggunkan hutang kerajaan negeri Melaka sehingga mencecah lebih dari RM850juta  dengan projek-projek gajah putih seperti Eye On Malaysia, Kincir Air, Lapangan Terbang Bt Berendam dan lain-lain. Sikap Ali Rustam yang kebudak-budak dan tidak professional juga menjadi buah mulut rakyat Melaka yang mula berubah. Tindakan mengganggu ceramah Pakatan Rakyat merupakan sikap jahiliyah moden yang sudah lapuk dan tidak dilakukan oleh pengamal politik moden hari ini. Ali yang mula menjadi Ketua Menteri sejak dipilih oleh Mahathir pada 1999, kelihatan masih tidak berubah dari segi corak pentadbirannya. Kronisme menjadi amalan yang tidak dapat disembunyikan lagi di Melaka samada dalam parti Umno atau pentadbiran kerajaan negeri.

Mohamad Hassan juga dilihat gagal membawa sebarang perubahan kepada Negeri Sembilan walaupun beliau merupakan tokoh korporat sebelum ini. Malah dirinya diselubungi dengan skandal wang yang di bawa keluar negeri. Mohamad juga gagal mengekang kemaraan Pakatan Rakyat sehingga pada PRU 12 BN hanya menang dengan majoriti 4 kerusi di Negeri Sembilan. Setelah 2 penggal menerajui Negeri Sembilan, sudah sampai masanya beliau berundur jika tidak mahu negeri tersebut dirampas oleh PR.

Di Terengganu Ahmad Said masih segar dengan perangani samsengnya. Malah turut gagal membawa pembaharuan meyakinkan hanya meneruskan legasi yang ditinggalkan oleh Derih Jusoh. Banyak persoalan yang dibangkitkan oleh PAS di Terengganu gagal dijawab dan diselesaikan oleh Kerajaan negeri Terengganu. Tidak syak lagi Terengganu berada dalam bahaya jika Ahmad terus diberi peluang untuk menunjukkan 'gedebe'nya di Terengganu. Ahmad juga gagal membawa Terengganu keluar dari status negeri miskin di Malaysia malah jauh lebih teruk dari negeri jirannya Kelantan pimpinan Tok Guru Nik Abdul Aziz.

Manakala di Sabah, Musa Aman gagal menjawab segala dakwaan pihak tertentu yang mengaitkan beliau dengan skandal projek dan sebagainya. Beliau juga dituduh sebagai seorang Ketua Menteri yang kaya raya tidak setimpal dengan elaun dan gaji yang beliau perolehi. Musa juga dilihat gagal untuk membawa perubahan drastik di Sabah sehingga masih ramai rakyat miskin dan tidak mempunyai rumah. Malah Sabah terus menjadi antara negeri paling miskin di Malaysia.

Menteri Besar, Adnan Yaakub juga sudah lama diberikan jawatan berprestij tersebut tetapi beliau gagal melakukan sesuatu bagi membangunkan Pahang. Imej samseng beliau juga tidak disenangi oleh ramai pihak. Adnan menghadapi tugas berat dengan isu balak, isu Lynas dan isu pembangunan. PR Pahang di lihat berada dalam landasan tepat untuk membuat kejutan pada kali ini. Adnan mula menduduki kerusi empuk Menteri Besar sejak 1999 menggantikan Tun Khalil Yaakub.

Kegagalan Ghani Othman untuk memastikan tanah orang Melayu terpelihara; kedudukan ekonomi orang Melayu di samping kesungguhan PR untuk menawan Johor menjadi faktor Ghani akan digugurkan kal ini. Rakyat melihat satu demi satu tanah orang Melayu terlepas ke bangsa lain khususnya orang asing dari Singapura. Tanah Rezab Melayu semakin berkurangan dengan ketara gagal diganti. Bekas Pensyarah Ekonomi ini juga menghadapi tugas berat untuk mempertahankan Johor jika diberi peluang untuk menjadi kapten sekali lagi kerana, Johor mempunyai kedudukan kerusi campuran yang sangat banyak Cuma Parlimen Mersing, Kota Tinggi dan satu dua lagi sahaja yang mempunyai majoriti pengundi Melayu yang besar. Selebihnya semua kerusi campuran yang jika dilihat dari sifir politik sekarang BN berada di ambang bahaya.

Tidak syak lagi kali ini Najib terpaksa menukar 'kapten'nya di semua negeri bagi memastikan kesinambungan Umno/BN berterusan selepas PRU 13. Siapa yang akan menjadi pengganti kepada kuda-kuda tua sama-sama kita lihat. Najib sudah pasti akan membuat kejutan kali ini sebagaimana Dr Mahathir membuat kejutan dengan memilih Khir Toyo, seorang Doktor gigi yang mencabut sejuta gigi menjadi Menteri Besar Selangor selepas PRU 1999. Najib sudah pun mempunyai nama-nama di kepalanya dan Rosmah sudah tentu ada calonnya sendiri. Ramai yang mula pasang badan dan mengaku diri mereka adalah bakal Menteri Besar dan Ketua Menteri. Tetapi sedarkah mereka bahawa calon-calon Menteri Besar dan Ketua Menteri bukan sahaja datang dari BN tetapi peluang lebih cerah ianya datang dari Pakatan Rakyat

NAJIB KENA SAMAN?

Perdana Menteri yang baru-baru mengajar rakyat dengan bahasa kesat dan kurang ajar bakal berhadapan dengan saman rakyatnya sendiri jika tidak menarik balik kata-katanya yang menyifatkan peneroka yang menentang penyenaraian Felda di Bursa KL sebagai Haram Jadah.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis 'menyogok' peneroka di Jengka 8 baru-baru ini. Kata-kata kurang ajar tersebut tidak patut keluar dari mulut seorang Perdana Menteri yang sepatutnya menunjukkan suri teladan yang baik kepada rakyat. Kalau pun ya terlalu marah kepada rakyat sendiri sepatutnya beliau tenang dan 'cool' sahaja bukannya marah-marah seperti itu.


Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman kepimpinan Anak Negeri Johor membuat laporan polis di Balai Polis Kulai, semalam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abd Razak.

Kata Mazlan, ia ekoran ucapan Najib ketika mengumumkan 'Durian Runtuh' di Felda Jengka 8 di Pahang pada 8 Mei lalu.

Beliau berkata, ‘haram jadah’ dalam kamus DBP bermaksud 'Anak Luar Nikah' dan ia sangat bertentangan prinsip Rukunegara- Kesopanan dan Kesusilaan'; apatah lagi ajaran Islam yang menekankan ketinggian akhlak dan moral, lebih-lebih lagi pemimpin yang sepatutnya menjadi contoh ikutan rakyat.

“Laporan polis mendesak PM menarik balik ucapannya dan meminta maaf secara terbuka kerana golongan yang tidak bersetuju dengan penyenaraian FGVH di Bursa Malaysia terlalu ramai,” ujarnya.

Mazlan menambah, ia bukan sahaja warga Felda tapi umumnya rakyat yang terlalu sayang dengan prihatin dengan masa depan institusi Melayu seperti Felda.

Katanya, pihak peguam akan menghantar notis tuntutan permohonan maaf oleh PM dan jika gagal berbuat demikian, saman malu akan dikemukakan.

SUARAM MILIKI 153 DOKUMEN SULIT BERKAITAN SCORPENE

Peguam, Fadiah Nadwa Fikri mendedahkan bahawa Suaram memiliki 153 dokumen yang dibekalkan oleh pihak pendakwaan Perancis berhubung transsaksi pembelian kapal selam Scorpene.

Bagaimanapun menurutnya Suaram tidak dapat mendedahkan dokumen itu kepada media berdasarkan halangan undang-undang.

Salah satu dokumen yang dibekalkan kepada Suaram ialah faks yang menunjukkan seorang VVIP meminta RM3bilion bagi pihak Perimekar daripada DCNI, anak syarikat pembuat kapal Perancis, DCN.

Ditanya mengenai jumlah tuntutan yang begitu besar, beliau berkata ia diminta VVIP tersebut pada Julai 2001, iaitu sebelum rundingan sebenar dilakukan pada 2002.

Katanyam Suaram akan mendedahkan lagi dokumen-dokumen penting dalam Bahasa Perancis itu dan kini dalam proses untuk menterjemahkan semua dokumen berkenaan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter