.

.

18 June 2016

LINTAS LANGSUNG 6.34 PM : BN SELESA DI SALURAN 3 PDM PASIR PANJANG TENGAH

Saluran 3 Dewan Dato Mohd Fauzi - Pasir Panjang Tengah


BN                       192
PAS                     139
AMANAH            40


LINTAS LANGSUNG 6.27 PM ; AMANAH MENANG

Saluran 6 PDM ( SK Yoke Kuan Sekinchan)

AMANAH               133
BN                           118
PAS                             0


Saluran 2 PDM SK Pasir Panjang

BN                          236
PAS                        119
AMANAH               28



LINTAS LANGSUNG 6.22 PM : BN MENDAHULUI

6.20pm:
Sungai Besar, BN mendahului 502 undi diikuti oleh Parti Amanah Negara 391 undi dan  PAS  184 undi
Kuala Kangsar, BN mendahului 358 undi diikuti oleh Amanah 164 undi dan PAS 101 undi. 

LINTAS LANGSUNG 6.30 PM : AMANAH MENANG SALURAN 1 PDM PEKAN SG BESAR

Parlimen Sg Besar

Tempat SK Seri Utama (PDM Pekan Sg Besar)

Saluran 1

AMANAH        124
BN                   183
PAS                   17



LINTAS LANGSUNG 6.00 PTG : KEPUTUSAN PERTAMA, BN MENDAHULUI SELESA

Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pasir Panjang (SK Pasir Panjang)

Saluran 1

BN                    217
PAS                    57
AMANAH          14


Saluran 3

BN                   168
PAS                  139
AMANAH          29

LINTAS LANGSUNG 6.00 PTG : TIADA INSIDEN BERLAKU

Tiada insiden serius berlaku di kedua-dua PRK hari ini. Keadaan tenang dan terkawal mungkin kerana bulan Ramadhan dan petugas keletihan kerana berpuasa.

LINTAS LANGSUNG : 74 % PENGUNDI BUANG UNDI DI SG BESAR, 71 % DI KUALA KANGSAR

5.30 ptg : SPR umumkan bahawa peratusan undi di Sg Besar adalah 74 %. Manakala 71 % pengundi keluar untuk kerusi Kuala Kangsar. Angka ini tidak termasuk undi awal dan undi pos.

Pengiraan telah bermula di semua pusat pengundian. Keputusan tidak rasmi pertama dijangka diketahui kira-kira 30 minit lagi.

KIRA,-KIRA 40% TELAH BUANG UNDI

Kira-kira 40 % pengundi Kuala Kangsar dan 39 % pengundi Sungai Besar telah membuang undi sehingga jam 1.00 ptg ini.

Suasana di Sg Besar agar mendung dengan perayu-perayu undi mula keletihan akibat cuaca yang semakin panas. Ramai yang mencari perlindungan dan ada yang sudah beredar dari situ

Adalah dijangkakan bilangan pengundi akan kurang selepas ini kerana ramai yang berehat sebelum keluar semua mengundi selepas solat Zohor. 

LINTAS LANGSUNG PRK : RAMAI PENGUNDI DI KUALA KANGSAR TIADA NAMA DALAM DAFTAR PEMILIH

Isu nama tiada dalam daftar pemilih sering berlaku pada setiap kali Pilihanraya Kecil. Kali ini ianya dilaporkan berlaku lagi di Kuala Kangsar.

Beberapa pengundi di Jalan Kangsar kesal kerana nama mereka hilang sedang mereka telah mengundi di situ pada PRU 13 lalu.

Pengarah Pilihanrayac AMANAH, Dr Hatta Ramli berkata mereka akan melaporkan pada SPR

LINTAS LANGSUNG 11.50 PAGI : LEBIH 30 SUDAH BUANG UNDI

Kira-kira 30 % pengundi Kuala Kangsar dan 28 % pengundi Sungai Besar telah membuang undi sehingga jam 11.40 pagi ini.

Suasana di Sg Besar agar mendung dengan perayu-perayu undi mula keletihan akibat cuaca yang semakin panas. Ramai yang mencari perlindungan.

Di Peti Undi Sek Men Dato Mustaffa perayu-perayu undi agak agresif manakala Dewan Fauzi perayu=perayu undi bersesak-sesak.


CUACA REDUP PAGI INI : PENGUNDI SELESA MENGUNDI

Pagi ini suasana di Sg Besar redup pagi ini. Pengundi agak selesa mengundi. Cuma diharapkan pengundi keluar lebih awal kerana dikhuatiri hujan akan turun pada sebelah petang

LINTAS LANGSUNG : 8.00 PAGI : PENGUNDI BERPUSU-PUSU MEMBUANG UNDI

Pengundi-pemgundi berpusu-pusu keluar mengundi seawal 7.45 pagi di kebanyakan pusat pengundian. Mereka kebanyakan begitu yakin untuk membuang undi.

Di Pusat Pengundian Pasir Panjang Selatan di Sek Men Keb Dato Mustaffa dan Pasir Panjang Tengah di Dewan Dato Fauzi pengundi mula keluar mengundi. Kelihatan juga perayu-perayu undi dari AMANAH, BN dan PAS mula memenuhi pondol-pondok panas yang terletak kira-kira 50 meter dari pintu pusat pengundian.

Pengundi-pengundi Cina di DUN Sekinchan jelas menzahirkan sokongan mereka kepada Parti AMANAH, mereka tanpa segan silu mengunjungi pondok panas AMANAH yang diuruskan oleh petugas-petugas DAP.


LINTAS LANGSUNG : POLLING AGENT PARTI AMANAH MULA BERGERAK

7.30 PAGI : Petugas-petugas AMANAH iaitu Pollint Agent (PA) mula bergerak ke pusat-pusat pengundian di seluruh Parlimen Sg Besar dan Kuala Kangsar. Mereka akan mula masuk ke tempat pengundian pada jam 7.45 pagi setelah menyerahkan surat perlantikan sebagai PA kepada Ketua Tempat Mengundi (KTM).

Setiap saluran akan diwakili oleh 2 PA dari AMANAH. Mereka telah dilatih bagi memastikan proses pengundian berjalan lancar.

KTM dan pembantunya telah bersedia untuk memulakan proses pengundian pada jam 8.00 pagi.

PRK SG BESAR & K.KANGSAR : PENGUNDI TENTUKAN NASIB PARTI BERTANDING

Kira-kira 42,000 pengundi Sg Besar dan 32,000 di Kuala Kangsar sudah pun mempunyai pilihan masing-masing sebelum keluar membuang undi kira-kira 1 jam dari sekarang. Majoriti daripada mereka sudah pun mempunyai pilihan sendiri. Tetapi masih ramai yang belum membuat keputusan parti mana yang harus dipangkah.

Di atas kertas BN tetap selesa di kedua-dua kerusi tersebut. Namun ianya bukanlah keputusan muktamad. Ini kerana bilangan pengundi yang tergolong dalam kumpulan ini agak ramai. Mengikut kajian ILHAM Centre lebih dari 20 peratus pengundi belum membuat keputusan.

Oleh itu rayuan terakhir para petugas dan keikhlasan petugas memujuk mereka di Pusat Pengundian mungkin akan melembutkan mereka untuk mengundi AMANAH.

Maklumat terakhir menjelang tengah malam tadi kedudukan parti-parti bertanding semakin sengit di mana AMANAH terus memberika saingan sengit kepada BN di kedua-dua kerusi tersebut. Adalah tidak keterlaluan untuk dinukilkan di sini bahawa BN dan AMANAH mempunyai peluang yang seimbang untuk di menang di kedua-dua kerusi ini. Kini keputusan parti mana yang menang akan ditentukan oleh pengundi-pengundi yang belum mempunyai keputusan sehingga ke saat terakhir untuk memangkah.


PAS pula adalah parti yang jauh ketinggalan ke belakang dan dijangkakan PAS akan kalah teruk di kedua-dua kerusi tersebut.

17 June 2016

LINTAS LANGSUNG PROSES PENGUNDIAN DAN KEPUTUSAN PRK SUNGAI BESAR & K.KANGSAR

PENGUMUMAN PENGUMUMAN PENGUMUMAN
Esok kami akan menyediakan live report(lintas langsung) tentang proses pengundian dan keputusan PRK Sungai Besar.
Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan info terkini melalui BLOG ini.

JANGAN BERSEKONGKOL DENGAN KEZALIMAN DAN KEMUNGKARAN - AZMIN ALI

Menteri Besar Selangor, Azmin Ali memberi amaran supaya jangan ada pihak-pihak tertentu yang bersekongkol dengan dengan kezaliman dan kemungkaran.
“Baru-baru ini ada kenyataan seseorang, dia tidak setuju jatuhkan Najib. Sesiapa yang tidak setuju jatuhkan Najib percayalah rakyat akan jatuhkan mereka dalam pilihan raya yang akan datang.
“Jangan bersekongkol dengan kezaliman. Jangan bersekongkol dengan kemungkaran. Ekonomi parah, rakyat susah, pimpinan mewah bagaimana kita boleh teruskan perkara ini,” Itu ucapan Azmin Ali pada satu program kempen PKR di Kuala Kangsar semalam.
Timbalan Presiden PKR itu menyeru rakyat Kuala Kangsar agar memilih wakil yang kuat di parlimen untuk melawan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disifatkan sebagai ‘makhluk perosak’.
Beliau berkata, hanya calon parti Amanah Negara (Amanah) Dr Ahmad Termizi Ramli yang layak dihantar ke parlimen untuk membawa suara mereka.
“Kita mahu anak jati Kuale untuk mewakili kita dalam parlimen . Kita mahu suara yang lebih kuat, yang berani lawan Najib dan berani turunkan Najib kerana dia adalah makhluk perosak yang mesti diturunkan,” katanya ketika berucap di majlis Iftar Perdana bersama penduduk Kampung Lempor Tengah, Manong Kuala Kangsar petang tadi.
Azmin juga berkata, jika ada pihak yang tidak bersetuju untuk menjatuhkan Najib, rakyat akan menjatuhkan pihak tersebut pada pilihan raya umum akan datang kerana bersekongkol dengan kezaliman.
Beliau yang juga Menteri Besar Selangor juga berkata, Selangor telah menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan mengutamakan kebajikan rakyat terbanyak menyebabkan rakyatnya hidup selesa.
Ia termasuk peruntukan RM100 juta untuk pinjaman mikro kredit hijrah  kepada peniaga kecil mengembangkan perniagaan mereka.
“Hari ini kita tahu peniaga kecil khususnya orang Melayu tidak mampu untuk mendapat pinjaman daripada bank untuk membiayai perniagaan mereka kecuali kalau ahli lembaga pengarah 1MDB. Kalau setakat peniaga di kampung kena lempor sahaja oleh bank. Tetapi kerajaan selangor ambil berat untuk membiayai perniagaan mereka.
“Kita nak beritahu orang Kuala Kangsar kalau teringin dasar-dasar bersama ini yang peduli rakyat, kekayaan diberi kepada rakyat, bukan kepada pemimpin dan isterinya maka sokonglah calon Amanah Dr Ahmad Termizi pada 18 Jun ini,” katanya.

TOLONGLAH KAMI, HANYA PENGUNDI SG BESAR DAN KUALA KANGSAR BOLEH TOLONG

SALAM KEPADA PENGUNDI SG BESAR DAN KUALA KANGSAR

Kami rakyat Malaysia amat memerlukan pertolongan Tuan-Puan Pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar. Tolonglah kami.

UNDILAH CALON-CALON AMANAH kerana sebab-sebab di bawah :

1) Jika AMANAH menang sudah tentu Najib dan BN takut untuk mengujudkan apa juga undang-undang dan peraturan yang menekan rakyat seperti GST, Akta MKN dan sebagainya

2) Jika AMANAH menang sudah tentu Najib dan BN tidak berani untuk menaikkan kadar TOL di Lebuhraya, tarif elektrik, air dan sebagainya.

3) Jika AMANAH menang sudah tentu Najib dan BN takut untuk berbelanja dengan boros menggunakan duit rakyat

4) Jika AMANAH menang sudah tentu Najib dan BN takut untuk menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri.

5) Jika AMANAH menang sudah tentu Najib dan BN akan melaksanakan program2 dan projek2 yang lebih menguntungkan rakyat

6) Jika AMANAH menang sudah tentu Najib dan BN takut untuk melakukan rasuah, berbelanja dengan boros dan sebagainya.

Tolonglah kami wahai pengundi Sd Besar dan Kuala Kangsar. Undilah AMANAH jangan undi BN dan rakan yang menjadi penasihatnya.

PRK SG BESAR DAN K.KANGSAR : BN KUKUHKAN KEDUDUKAN DENGAN JENTERA K-10 MEREKA

Tinjaun pemerhati bebas dan wakil kami di Sg Besar mendapati bahawa jentera AMANAH komited menjalankan amanah masing-msing. Namun sumber-sumber dalaman melaporkan bahawa jentera Umno/BN mula menyelinap masuk ke lokaliti-lokaliti dengan memperhebatkan jentera K-10 mereka yang terbukti amat berkesan pada setiap kali pilihanraya.

Jentera K-10 ini direct mendekati pengundi di mana seorang 'runner' menjaga 10 orang pengundi. 'Runner' ini akan memastikan 10 orang pengundi di bawah mesti keluar membuang undi dan mengundi BN. Mereka menggunakan apa juga taktik dan helah bagi memastikan 10 undi pasti diperolehi oleh BN. Apacara sekali pun akan digunakan samada yang halal atau haram di sisi Islam dan undang-undang.

Pada hari pengundian 'Runner' akan memantau secara teliti samada 10 pengundi di bawah seliaannya sudah mengundi atau belum? Jika belum mereka akan memastikan pengundi itu keluar walau dengan apa cara sekalipun.

Inilah kekuatan BN selain dari peranan media, agensi-agensi kerajaan dan rasuah serta janji projek-projek mega/kecil serta lain-lain taktik tradisional mereka yang sudah kita ketahui umum.

Oleh kerana itu jentera AMANAH mesti bersedia untuk memastikan pengundi-pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan bebas walaupun dikawal rapi oleh 'Runner' K10 Umno. Seumpama slogan Allahyarham Tok Guru Nik Abdul Aziz yang popular iaitu 'Beri Gula Kita Kacau, Bagi Kain kita pakai, Bagi Pitih Kita Ambik" tetapi undi belum tentu beri pada BN.

Tinggal 24 jam lagi untuk pengundi Sg Besar dan Kuala Kangsar untuk membuat keputusan dan menterjemahkannya dalam peti undi. Perang Safar, Provokasi, Ugutan dan seribu satu macam taktik dan strategi akan digunakan oleh parti lawan untuk meraih undi. Ayuh petugas AMANAH jangan leka dan tidur.




PRK SUNGAI BESAR : BN SEMAKIN GOYAH

BN semakin goyah itu yang boleh kita perkatakan apabila melihat hasil dapatan kajian beberapa firma yang membuat kajian di Sungai Besar.

Kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atau Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan sebab untuk mengekalkan BN, kata kira-kira separuh daripada golongan belia ketika tinjauan di kerusi parlimen di Sungai Besar.
Sejumlah 47.4 peratus menjawab 'tidak' ketika ditanya sama ada BN perlu dikekalkan di Sungai Besar kerana kepimpinan Najib.
Begitu juga, 44.7 peratus menjawab dalam negatif ketika ditanya sama ada BN sepatutnya menang di Sungai Besar kerana kejayaan BN memberi BR1M untuk membela nasib rakyat.
Tinjauan itu dilakukan oleh firma penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE) ke atas 522 pengundi dengan 190 berumur antara 21 hingga 40 tahun.
Satu firma lagi yang tidak mahu nama mereka disebutkan menyatakan AMANAH mendapat sokongan padu dari kaum Cina sehingga mencecah lebih dari 80 % dan sokongan melayu kira-kira 12-20 %. Jika keadaan ini mampu ditingkatkan sedikit khususnya sokongan pengundi Melayu maka sudah hampir pasti AMANAH akan menang di Sungai Besar. 

16 June 2016

SURAT TERBUKA TUN M : SERU PENGUNDI SG BESAR DAN K.KANGSAR SOKONG CALON AMANAH

Ketika kempen pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar berbaki hanya dua hari lagi, bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad menghangatkan lagi suasana kempen dengan mengutus surat terbuka kepada pengundi dua kawasan parlimen itu agar menolak BN dan Pas.
Dalam surat 14 perenggan bertarikh 13 Jun 2016, Tun Mahathir menyeru pengundi agar menolak BN bagi memberi isyarat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa rakyat tidak menyokong terma "cash is king" (duit adalah raja) yang didakwa selalu diungkapkan Presiden Umno itu.
Malah tambah beliau, calon-calon Pas juga perlu ditolak kerana presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah menjadi 'ayam sabung' Najib.
"Pas berkata mereka tidak mahu bersama di dalam gerakan menjatuhkan Dato' Najib kerana mereka lebih fokus untuk menjatuhkan Umno dan BN. Jikalau Pas menang pun Umno dan BN tidak akan jatuh.
"Pendirian Pas dan Haji Hadi menyokong Dato' Najib adalah bagi menghalalkan rasuah dan penipuan yang dilakukan oleh Dato' Najib melalui 1MDB," kandungan surat itu dipetik.
Terdahulu dalam suratnya, Dr Mahathir menyifatkan PRK Kuala Kangsar dan Sungai Besar memberi peluang kepada para pengundi untuk menyampaikan rasa tidak puas hati kepada Najib.
Menurutnya, walaupun keputusan PRK tidak akan mengubah kerajaan, namun jika calon-calon BN tewas, ia mampu membuka mata pemimpin Umno-BN bahawa dasar-dasar pentadbiran Najib ditolak rakyat.
"Kekalahan kepada kedua-dua calon Dato' Najib akan memberi mesej yang jelas bahawa rakyat tidak boleh diperbodohkan lagi berkenaan penipuan seta kehilangan berbilion ringgit wang 1MDB dan wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi Dato' Najib," ujar Tun Mahathir.
Kekalahan calon BN juga, tambah beliau menjadi mesej yang jelas bahawa rakyat enggan menanggung beban hutang 1MDB yang kini berjumlah RM50 bilion seperti dilapor Jawatankuasa Kira-Kira Awam Negara (PAC).
Ia juga, tambah beliau menjadi saksi penolakan rakyat terhadap cukai barangan dan perkhidmatan (GST), kos sara hidup yang begitu tinggi, kenaikan tol dan tarif elektrik juga pemotongan subsidi yang semata-mata untuk menampung gaya hidup mewah Najib dan ahli keluarganya.
Tun Mahathir turut menyeru para pengundi di dua PRK itu untuk menyokong Deklarasi Rakyat bagi menyelamatkan Malaysia dengan menyatakan penolakan terhadap Perdana Menteri yang terbabit dengan skandal rasuah.  
"Mereka berpeluang menyatakan rasa malu mereka mempunyai Dato' Najib sebagai Perdana Menteri yang telah menjatuhkan maruah Malaysia di mata dunia dengan skandal rasuahnya.
"Dato' Najib dan calon-calonnya perlu ditolak supaya dia tidak boleh dakwa rakyat sokong 'cash is king' rasuah amalannya," tegas perdana menteri paling lama berkuasa dalam sejarah negara itu.
Beliau juga mengingatkan ahli dan penyokong Umno bahawa kekalahan calon-calon BN akan memperlihatkan betapa Najib telah merosakkan Umno dan BN.
"Jika masih sayang Umno kalahkan calon Najib. Penolakan Najib akan menjadi amaran kepada pemimpin selepasnya, sama ada dari Umno/BN atau parti-parti lain, bahawa jika mereka berperangai seperti Najib, mereka akan menghadapi kemarahan rakyat dan akan menerima nasib yang sama," tegas beliau.
Surat terbuka Tun Mahathir itu disiarkan akhbar rasmi Parti Amanah Negara (Amanah) dan diedarkan kepada para pengundi di kawasan parlimen Kuala Kangsar dan Sungai Besar. (mdateline).
JIKA TUN MAHATHIR SENDIRI YANG MEMIMPIN UMNO/BN LEBIH 30 TAHUN MENYATAKAN SOKONGAN KEPADA AMANAH TAKKANLAH RAKYAT DI SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR MASIH MAHU MEMILIH UMNO/BN LAGI. 

PRK SUNGAI BESAR DAN KUALA KANGSAR : AMANAH BERPOTENSI BESAR UNTUK MENANG

Kempen Pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar memasuki selekoh terakhir. Tinggal kira-kira 48 jam lagi pengundi-pengundi di kedua-dua kawasan Parlimen tersebut akan membuang undi. Dalam keadaan ini sebahagian besar pengundi sudah pun mempunyai pendirian masing-masing untuk memilih siapa wakil rakyat mereka. Bagi mereka segala kempen dan rayuan sudah tidak berguna lagi kerana masing-masing sudah bertekad untuk memangkah parti yang mereka yakini. Namun masih ada segelintir pengundi yang belum membuat keputusan.

Dari tinjauan pelbagai pihak jelas sekali AMANAH mampu membuat kejutan di kedua-dua kerusi tersebut. Apa yang hampir pasti AMANAH sudah mengatasi PAS dari segi undi popular di kedua-dua kerusi tersebut. Namun masih bersaing hebat dengan BN untuk penentuan siapa pemenang sebenar. Jelas sekali peningkatan sokongan kepada AMANAH melonjak selepas beberapa hari penamaan calon berbanding dengan sebelum penamaan calon.

Keadaan ini berlaku kerana kejayaan AMANAH menggerakkan jentera kempen mereka dengan hebat berbanding dengan PAS yang dilihat tidak mampu menggerakkan jentera tempatan iaitu dari PAS Selangor/ dan Sungai Besar serta Kuala Kangsar sendiri,  Namun BN masih gagal lantaran bantuan agensi kerajaan dan media elektronik serta cetak.

Di Sungai Besar, AMANAH dijangka tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 8,000 undi dari kaum Tionghua serta 5,000 undi Melayu. Jika ini diperolehi maka AMANAH akan memperolehi 13,000 undi popular. Persoalannya sekarang berapa undi Melayu yang akan diraih oleh PAS dan BN. Jika PAS berjaya meraih undi Melayu melebihi 6,000 maka sudah pasti AMANAH akan menang kerana BN pula akan memperolehi 11,000 undi Melayu dan kurang dari 2,000 undi Tionghua. Jika itu keadaannya AMANAH akan memperolehi 13,000 undi, BN dalam lingkungan 11,000-13,000 dan PAS kira-kira 6,000 undi. Maka AMANAH akan menang.

Keadaan di atas diperkukuhkan dengan beberapa faktor semasa antaranya sokongan pengundi Tionghua yang dilihat amat luar biasa dibantu dengan kempen tanpa mengira waktu jentera DAP di Sekinchan dan beberapa lokaliti majoriti Tionghua di Sungai Panjang. Untuk pengundi Melayu pula AMANAH dilihat semakin mencengkam selepas Menteri Besar Selangor Azmin Ali dan Tun Mahathir menyataka sokongan terbuka kepada calon AMANAH Ustaz Azhar Shukor beberapa hari lepas. Selain itu peranan yang dimainkan oleh Ketua-Ketua Kampung di beberapa Pusat Daerah Mengundi memudahkan lagi jentera AMANAH mendekati pengundi. Pengundi-pengundi Melayu juga terkesan dengan program-program kerajaan negeri yang terbukti memberikan kebaikan kepada mereka.

Faktor keluarga besar Ustaz Azhar dan sokongan padu ayahnya Datuk Abdul Syukor Siraj juga sedikit sebanyak memberikan kelebihan kepada calon AMANAH ini.

Lebih mengejutkan pula ialah faktor kelemahan jentera PAS tempatan yang dilaporkan mempunyai masalah dalaman selepas berlakunya perpecahan dalam PAS sehingga melahirkan AMANAH.

Selain itu lebih 40 % pengundi di Sungai Besar terdiri dari pengundi muda yang umur mereka antara 21 hingga 45 tahun. Golongan ini sebenarnya mempunyai ketajaman minda yang tinggi untuk membuat perubahan. Mereka tidak takut untuk membuat keputusan yang luar biasa berbanding pengundi yang lanjut usia.

Manakala AMANAH juga mempunyai harapan besar di Kuala Kangsar atas bantuan isu-isu nasional, tempatan dan ketokohan calonnya Dr Ahmad Termizi Ramli yang mempunyai keluarga besar di Kuala Kangsar.

Tidak syak lagi keputusan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar sangat ditunggu-tunggu kerana ianya memberikan impak besar kepada politik negara kita yang kian kusut ini.

Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter