.

.

11 August 2012

GEMPAR !!! : CUBA TEKA SIAPA MASUK PAS MALAM INI?


Seorang tokoh penting Umno dijangka akan mengumumkan penyertaannya ke dalam PAS malam ini. 

Cuba teka siapa tokoh Umno tersebut. Beliau pernah memegang beberapa jawatan dalam Umno dan kerajaan. Seorang yang berpengalaman dan ada pengaruh tersendiri.

Majlis pengumuman itu akan diadakan selepas Solat Tarawikh di Dewan KUIZM, Taman Melewar, Gombak.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka akan menerima borang permohonan menjadi ahli PAS dari tokoh Umno itu.

Pengisytiharan itu akan dibuat pada majlis sambutan Badar Al-Kubra anjuran Lajnah Penerangan & Dakwah PAS Pusat yang akan diadakan di Dewan KUIZM, Taman Melewar Gombak.

"Pada program tersebut juga ada tokoh Umno akan membuat pengisytiharan menyertai PAS di hadapan Presiden Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan orang ramai," kata setiausaha lajnah itu Misbahul Munir Masduki.

Kebanjiran tokoh Umno menyertai PAS, PKR dan DAP ini tidak dapat dibendung lagi kerana masing-masing muak dan meluat dengan perangai pimpinan Umno/BN sekarang yang semakin hari semakin caca marba. Mereka ini sebenarnya sudah lama nampak kebobrokan pimpinan Umno/BN ini cuma mereka perlukan masa yang sesuai untuk mengisytiharkan diri masuk PAS.

Gambar di atas sekadar hiasan.

10 August 2012

DAP TOLAK HUDUD, MCA TOLAK HUDUD? MANA NAK PILIH?

1. DAP bertanding kawasan majoriti bukan Islam, lawan MCA, Gerakan, MIC dll. Semua parti non muslim dalam BN nampaknya tolak hudud dan negara Islam. 
Chua Soi Lek sampai sifatkan gila pada ADUN yang cadang hudud di Johor. Jadi kalau sokong orang tolak hudud haram... calon DAP lawan MCA (kita katakan, dua-dua tolak hudud) ORANG ISLAM NAK UNDI SIAPA?

2. Kalau Dalam PR ada parti tolak hudud (DAP) tapi semua parti PR tolak rasuah, penyelewengan, kezaliman, kronisme dll. Dalam BN ada MCA, MIC, Gerakan,PPP, SUPP, PBS (11 parti komponen BN bukan Islam). Semua parti dalam BN tolak hudud disamping mereka adalah perasuah, penyamun wang rakyat, peneraju budaya mungkar, penindas rakyat. JADI, SIAPA YG AGAK BAIK SIKIT? ORANG ISLAM PATUT UNDI SIAPA?

3. Dalam PR ada DAP tolak hudud, tapi PAS menerima hudud. Manakala dalam BN semua parti termasuk UMNO tolak pelaksanaan hudud bahkan mempersenda hudud. Jadi, antara BN dan PR, ORANG ISLAM PATUT UNDI SIAPA?




FB : Ustaz Suhaimi Md Saad

TAKZIAH BUAT KELUARGA CIKGU HABIBAH, PENGORBANANNYA SUKAR DICARI GANTI

Berat mata memandang, berat lagi mahu memikul. Tidak sampai setahun suaminya pergi mengadap Ilahi beliau pula, Allahyarham Cikgu Habibah Sidek dijemput Allah jam 2.00 petang semalam.

Malam sebelum itu saya dan isteri serta anak murid kesayangannya Ahmad Danial sempat menziarahi Allahyarhamah di Wad Paliatif Hospital Melaka.

Menurut isteri saya keadaan beliau pada masa tersebut pun sudah tidak seperti biasa. Mungkin pengaruh ubat menyebabkan beliau tidak berapa sedar.

Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Baru, malam tadi,  tidak jauh dari pusara Allahyarham suaminya.

Sungguh berat ujian yang beliau tanggung. Sebelum ini Allahyarham suaminya mengidap kanser selepas itu beliau pula diuji dengan penyakit yang sama.

Kini anak-anaknya hilang tempat bergantung, ibu tiada, ayah tiada, yatim piatu. Sungguh berat ujian terhadap mereka. Kita harap sahabat-sahabat kita dapat menjenguk dan membantu mereka yang kebanyakkan masih bersekolah.

Terlalu besar pengorbanan yang dilakukan oleh Allahyarhamah. Menghambakan diri menjadi Guru PASTI yang imbuhannya tidak seberapa. Tidak ramai yang sanggup berkorban masa dan tenaga mendidik anak-anak di PASTI yang imbuhannya tidak setimpal dengan amanah besar yang dipikul.

Beliau terkenal sebagai seorang yang penyayang dan berdedikasi mengajar anak-anak PASTI Ar Rahmah, Solok Gaong selama puluhan tahun.

Insya Allah segala pengorbanan Allahyarhamah akan dikira sebagai amal kebajikan yang menjadi bekalan beliau di sana. Kesemua anak saya menjadi anak didik beliau kecuali si kecil Ariq Amsyar yang masih setahun jagung ....

Kita mendoakan roh Allahyarhamah ditempatkan bersama para anbia, solihin dan syuhada. Al Fatihah.

Catatan : Abu Fauzan Amsyar Danial

09 August 2012

MUFTI PAHANG BAKAL KENA PECAT?

Mufti Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman (gambar) bakal kena pecat kerana berani mengeluarkan hukum bahawa haram dan berdosa bagi umat Islam yang menyokong parti yang secara terang-terangan menentang penubuhan negara Islam dan hukum hudud.

Kalau begitu antara parti yang terang-terang menolak hukum hudud ialah Umno dan MCA di mana pemimpin-pemimpin parti tersebut secara jelas menyatakan hudud tidak boleh dilaksanakan malah ada yang menghina hukum Allah tersebut.

Adapun DAP, walaupun pengerusinya Karpal Singh menyatakan tidak setuju dengan negara Islam dan hukum hudud tetapi ianya masih boleh dibincangkan dalam PR seperti katanya semasa konvensyen PR ke 2 tidak lama dahulu.

Syabas diucapkan kepada Abdul Rahman yang juga merupakan orang Tanjung Kerayong, Temerloh yang berani berkata benar walaupun pahit. Jadi umat Islam kena patuh kepada 'fatwa' Mufti Pahang ini maknanya haram dan berdosa menyokong parti-parti yang menentang negara Islam dan hukum hudud.

Tidak lama lagi mungkin Mufti ini kena pecat atau dipencenkan awal.............

Kes mufti kena pecat ini pernah berlaku di mana Allahyarham Ustaz Ishak Baharom pernah dipecat kerana mengeluarkan kenyataan yang menyebabkan kemarahan pemerintah.


08 August 2012

AZIZUL SEKADAR TEMPAT KE 6

Azizulhasni gagal meraih sebarang pingat pada perlumbaan basikal acara Keirin akhir sebentar tadi apabila hanya beruapaya menduduki tempat ke 6 iaitu tempat terakhir. Pelumba Great Britain Chris Hoy mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Beijing sekali lagi.

Namun begitu sekalung tahniah diucapkan kepada Azizil yang jelas mencuba sedaya upaya untuk membawa kejayaan negara.

OLIMPIK : MALAYSIA DAPAT EMAS 1 PAGI INI?

Apakah negara kita akan mendapat pingat emas pertama jam 1.00 pagi apabila pelumba handalan negara Azizulhasni Awang akan berentap dalam acara keirin akhir. Harapan yang tinggi menggunung tidak mustahil jika kesungguhan dan semangat kental beliau yang terkenal dengan jolokan The Pocket Man.


Selepas  kegagalan Lee Chong Wei merealisasikan impian emas, tumpuan kini terarah kepada Azizulhasni Awang yang menganggap dia tidak tertekan dengan sandaran menggunung itu dan sudah sedia untuk turun bertarung dalam acara keirin, hari ini.

“Jika saya berasa tertekan, saya tidak akan berada di sini. Dulu lagi saya sudah tarik diri. Kini mungkin tinggal saya dan Pandelela (Rinong dalam dalam terjun), tapi saya menganggap sandaran itu sebagai misi negara dan bukan peribadi. “Jadi, saya perlu memberikan lebih daripada yang terbaik kerana negara lebih penting daripada diri saya sendiri. 

Ramai yang menaruh harapan dan jika menang, mungkin arena basikal negara akan berubah sepenuhnya,” katanya yang mendapat suntikan semangat berikutan kehadiran ibunya, Selamiah Yong untuk memberikan sokongan.

Chong Wei yang menjadi sandaran untuk menghasilkan pingat emas pertama negara sejak Melbourne 1956, tewas kepada Lin Dan di final badminton perseorangan lelaki, kelmarin, sekali gus menjadikan Azizulhasni sebagai calon terbaik untuk mengubat kekecewaan itu .

Azizulhasni akan memulakan acaranya di Olympic Velodrome pada jam 4 petang ini waktu Malaysia dan jika mara ke final, dia dijangka beraksi pada jam 1 pagi esok. Sambil menyifatkan dirinya sudah bersedia 100 peratus, pelumba yang dikenali sebagai Pocket Rocketman itu berkata, acara pecut yang menyaksikannya menduduki tempat ke-8 keseluruhan kelmarin, menyediakan peluang terbaik untuknya memanaskan badan sebelum acara keirin bermula.

Bagaimanapun, Azizulhasni mengakui yang dia tersilap congakan ketika menentang pelumba Russia, Denis Dmitriev di pusingan kedua sehingga menyaksikannya terpaksa beraksi dalam pusingan repechage.

Biarpun memenangi pusingan itu, Azizulhasni terpaksa bertemu dengan pelumba pilihan yang juga peserta tuan rumah, Jason Kenny di suku akhir yang menyaksikannya tewas dalam kedua-dua saringan.

07 August 2012

CHONG WEI DIBERI GANJARAN RM100,000


Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng has mengumumkan bahawa jaguh badminton negara, Lee Chong Wei diberi ganjaran RM100,000 di atas kejayaan beliau merangkul pinat perak pada Sukan Olimpik London 2 hari lepas.

Dalam kenyataan akhbarnya hari ini, Lim berkata hadiah itu diberikan atas kejayaan beliau memenangi 2 pingat Perak dalam Sukan Olimpik di Beijing 2008 dan London 2012.

lim guan eng press conference on bicycle lane 251111 1“Kita mahu menunjukkan penghargaan kita kepada Lee yang menjadi orang Malaysia pertama memenangi 2 pingat perak olimpik".

Guan Eng berkata beliau sendiri akan menyampaikan ganjaran tersebut kepada Chong Wei sekembalinya beliau nanti ke Pulau Pinang.

Jaguh badminton negara ini akan kembali ke tanahair hari ini pada jam 7.30 pagi di KLIA.

Beliau berjaya merangkul pingat perak selepas dikecewakan oleh Lin Dan dari  China 21-15, 10-21, 19-21 pada perlawanan akhir yang penuh dramatik dan mendebarkan.



06 August 2012

SAIFUDDIN ABDULLAH SERTAI PKR?


Antara pimpinan Umno yang dilihat vokal dan sering mengeluarkan pandangan kritis dan agak terbuka ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah. Tidak hairanlah beliau sering dikaitkan sebagai antara pimpinan Umno yang akan melompat parti menyertai PR.
Hari ini media menyiarkan kenyataan ringkat Ahli Parlimen Temerloh itu bahawa beliau tidak akan menyertai PKR walaupun dipelawa berbuat demikian.
Media melaporkan bahawa di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak,  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.
"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).
Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.
Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.
Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.
Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.
"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."
Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.
"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.
Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan -  gentleman."

Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.
Kita ingin menasihatkan Saifuddin supaya berfikir panjang sebelum PRU 13 kerana ada kemungkinan beliau tidak akan dipilih menjadi calon BN pada PRU 13 nanti ekoran dari kenyataan beliau yang tidak disenangi oleh sebahagian pimpinan Umno Bahagian dan pusat.

Jadi sebelum karier politik beliau berkubur lebih baik beliau 'berpindah' sebelum terlambat. Di Temerloh sendiri ada pihak yang tidak suka kepada Saipuddin.

05 August 2012

ROYALTI : NAJIB SEKALI LAGI PERBODOHKAN RAKYAT

Sekali lagi Najib cuba memperbodoh-bodohkan rakyat negara ini khasnya rakyat Kelantan. Tanpa segan silu  Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat tidak pernah menafikan hak rakyat Kelantan dalam apa jua perkara termasuk dalam isu tuntutan bayaran tunai daripada hasil petroleum. 

Perdana Menteri berkata kerajaan BN sentiasa berlaku adil dan telus kepada semua rakyat Malaysia termasuk rakyat Kelantan.

Jadi apakah dengan menafikan royalti kepada Kelantan itu dikira adil dan tidak zalim. Kita yakin royalti diberi sudah tentu rakyat Kelantan tidak bising dan tidak buat demonstrasi.

"Sebagai kerajaan pimpinan BN, kita mesti ikut perintah Allah. Antaranya kita mesti berlaku adil bila kita memerintah, kerajaan BN memang berlaku adil kepada rakyat Malaysia," katanya semasa berucap pada Majlis Berbuka Puasa Perdana Menteri Bersama Rakyat dan Penyampaian Bantuan Kebajikan Masyarakat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato Perdana di Bachok, malam ini.  

Turut hadir Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri yang juga Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Timbalan Menteri Kewangan yang juga Ketua Umno Bachok Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin. 

Berucap di hadapan lebih 20,000 orang penduduk Bachok, Najib menegaskan kerajaan pusat sememangnya berlaku adil dan telus dengan tidak memilih "bulu" dan membezakan fahaman politik, dalam memenuhi kepentingan rakyat.

"Kita berlaku adil kepada rakyat Malaysia. Kita takut kepada Allah, kita tidak takut kepada yang lain. Kita tidak tipu sebab itu bila timbul isu royalti minyak, isu petroleum...isu ini tidak dapat kita selesaikan sehingga ini. 

"Datuk Pa (Mustapa) jadi sasaran, Awang Adek jadi sasaran, saya juga jadi sasaran, kononnya kami ini tipu rakyat Kelantan. Di bumi Kelantan ini, bulan Ramadan, kami tidak menafikan hak rakyat Kelantan. 

"Kita nak berlaku adil, telus, nak buka buku baru kepada rakyat Kelantan bahawa kerajaan pusat tidak menafikan hak walau satu tong minyak pun," katanya.

Perdana Menteri berkata bagi menyelesaikan isu tuntutan bayaran tunai itu, kerajaan Pusat menubuhkan sebuah Jawatankuasa Khas bagi mengkaji secara adil dan telus berhubung isu itu kepada Kelantan, Terengganu dan Pahang. 

"Bertindak mesti berdasarkan Perlembagaan Negara, mengambil kira telaga minyak di mana, Petronas akan beri penjelasan, telaga minyak ada di lautan luas milik kerajaan pusat. Tapi kita memutuskan lima peratus dibayar sebagai bayaran tunai supaya rakyat Kelantan, Terengganu dan Pahang dapat," katanya. 

Najib berkata beliau sudah mengutus surat kepada Sultan Kelantan Sultan Muhammad V dan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk memilih seorang wakil bagi menganggotai jawatankuasa itu.  

Beliau mahukan wakil itu seorang yang tidak berpihak kepada mana-mana parti sebaliknya mempunyai semangat dan jiwa rakyat Kelantan. 

Perdana Menteri gembira dengan kehadiran begitu ramai rakyat Kelantan dalam majlis yang dihadirinya sebelum ini dan juga hari ini, yang menunjukkan sokongan mereka kepada BN. 

Beliau berkata rakyat Kelantan mahukan perubahan dan BN sudah bersedia untuk melakukan tranformasi termasuk menyelesaikan masalah bekalan air bersih.  

Pada majlis itu, Perdana Menteri mengumumkan pembinaan Hospital Bachok yang akan dimulakan pada tahun depan


Jelas sekali Najib cuba mengelirukan rakyat yang cerdik dan akses kepada maklumat. Semua rakyat tahu selama ini Kelantan dinafikan hak mereka mendapatkan royalti.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter