SAIFUDDIN ABDULLAH SERTAI PKR?


Antara pimpinan Umno yang dilihat vokal dan sering mengeluarkan pandangan kritis dan agak terbuka ialah Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Saifuddin Abdullah. Tidak hairanlah beliau sering dikaitkan sebagai antara pimpinan Umno yang akan melompat parti menyertai PR.
Hari ini media menyiarkan kenyataan ringkat Ahli Parlimen Temerloh itu bahawa beliau tidak akan menyertai PKR walaupun dipelawa berbuat demikian.
Media melaporkan bahawa di sebalik desas-desus lompat parti yang menjadi perhatian banyak pihak,  Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah hari ini menolak 'tawaran Datuk Seri Anwar Ibrahim', yang dikemukakan kepada beliau menerusi mikro blog Twitter.
"Datuk Seri, terima kasih atas tawaran. Saya jawablah," kata Saifuddin sekitar jam 11 pagi tadi.
Bagaimanapun tawaran itu dipanjangkan kepada beliau menerusi satu akaun palsu yang menggunakan nama Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR).
Akaun palsu itu menggunakan alamat @anwaribrrahim sedangkan alamat Anwar yang sebenar ialah @anwaribrahim.
Tawaran sedemikian muncul ketika arena politik tempatan sekali lagi diselubungi spekulasi bahawa akan ada wakil rakyat Barisan Nasional (BN) akan keluar parti sama ada untuk menyertai PR ataupun bertindak sebagai parti mesra perikatan itu.
Ia semakin ketara selepas perkembangan di Sabah lebih seminggu lalu.
Saifuddin yang juga ahli Majlis Tertinggi Umno berkata, beliau terpaksa menjawab entri akaun itu bagi menjelaskan pendiriannya, lebih-lebih dalam keadaan sekarang.
"Kalau saya tidak jawab, saya kenalah," kata beliau lagi sambil menjelaskan menerusi satu lagi mesej bahawa "palsu atau tidak, saya masih kena jawab."
Ibu Pejabat PKR juga membuat penjelasan bahawa akaun @anwaribrrahim adalah palsu.
"Sila ambil maklum akaun ini @anwaribrrahim adalah palsu - akaun sebenar Ketua Pembangkang ialah @anwaribrahim #pkrhq," kata Penolong Setiausaha Agung, Sharifah Shahidah dari ibu pejabat PKR.
Saifuddin juga membalas mesej Anwar dengan berkata, "terima kasih atas penjelasan -  gentleman."

Akaun @anwaribrrahim setakat tengah hari ini telah mengeluarkan lebih 70 tweet.
Kita ingin menasihatkan Saifuddin supaya berfikir panjang sebelum PRU 13 kerana ada kemungkinan beliau tidak akan dipilih menjadi calon BN pada PRU 13 nanti ekoran dari kenyataan beliau yang tidak disenangi oleh sebahagian pimpinan Umno Bahagian dan pusat.

Jadi sebelum karier politik beliau berkubur lebih baik beliau 'berpindah' sebelum terlambat. Di Temerloh sendiri ada pihak yang tidak suka kepada Saipuddin.

Comments

Anonymous said…
UMNO tak pernah heboh pun walau begitu ramai pemimpin2 PKR yang telah keluar dari parti tersebut. Cuba kita renung balik berapa ramai pemimpin2 PKR yang meninggal kan parti.. nek chu, marina yuyusuf, ds zahrain, zulkifli nordin, aminah abdullah, nallakarupan, ruslan kassim , ezam, chandra muzaffar dan ramaaiiiii lagi pemimpin2 kanan PKR . hampir 99% pemimpin2 kanan PKR dari seluruh negara keluar parti, tapi UMNO relax saja!! seorang dua pemimpin UMNo kelaur parti pun nak heboh! Diorang keluar pun bukan sbb x setuju dasar parti tapi sebb x dicalonkan pada PRU13 sebab dah tua!