PAK LAH BERHARI RAYA HARI INI ~ Ref Malaysiakini

PM Malaysia Abdullah Badawi telah mula beraya pada hari ini walaupun masih ada dua minggu lagi untuk berpuasa.

Tindakan itu dilakukan setelah seteru utama beliau DS Anwar Ibrahim dilihat gagal mengambilalih pemerintahan negara pada hari ini 16 September bersamaan 16 Ramadhan.

Namun demikian Pak Lah ketika mengeluarkan kenyataannya di kaca TV kelihatan tidak ceria dan dalam kesedihan.

Beliau juga dilihat beraya seorang diri tanpa disambut oleh menteri-menteri kabinet yang lain.

Kesedihan dihatinya tidak dapat disembunyikan lagi apabila seorang menterinya Zaid Ibrahim meletakkan jawatan.

Dalam masa yang sama pertempuran beliau dengan Menteri MITI yang mendesak beliau berundur lebih awal masih belum ditamatkan.

Kebimbangan serangan terbaru dari Anwar Ibrahim yang boleh membuat kejutan bila bila masa juga menambahkan ketidakceriaan hari raya beliau.

Tukulbesi

Comments

dariana said…
pak lah merayakan hari 916 dgn suka sangatlah agaknya walau pun dalam tak ceria.
mercun masih berdentum mengecut perutnya. bunga api masih berletup2 mencetuskan pelbagai rasa tak sedap badan.
pak lah sendiri masih gugup cemas menunggu saat kejatuhannya.
motor cabok said…
salam ziarah...
pakat mai tengok blog baru
http://motorcabok.blogspot.com
ulasan satira politik semasa..