29 January 2012

Beri Angpow warna PUTIH : Perkasa BUTA WARNA?

Posted On Sunday, January 29, 2012 by AD 0 comments

Semua orang tahu dan sedar bahawa setiap kali Sambutan Tahun Baru Cina, warna merahlah yang menjadi budaya orang Tionghua. Semua rakyat Malaysia tahu, hanya orang yang buta warna sahaja tidak dapat membezakan warna merah dengan putih.

Tiba-tiba pemimpin Perkasam buat-buat tahu. Mereka menghulurkan Angpow warna putih pada majlis sambutan Tahun Baru Cina semalam. Bila ditanya mengapa guna warna putih, tanpa rasa bersalah mereka kata mereka tidak tahu. Mustahil mereka tidak tahu kerana saban tahu sejak dari dahulu warna merah melambangkan budaya masyarakat Cina tidak pernah mereka menggunakan warna lain dalam sambutan Tahun Baru.

Tidakkah ini menghina orang Cina???? Hanya Perkasam sahaja yang boleh menjawab soalan ini.

Dalam majlis Tahun Baru Cina NGO itu di Kelab Sultan Sulaiman yang pertama kali diadakan semalam, PERKASA mengedarkan kira-kira RM10,000 angpow menggunakan sampul putih - tindakan yang menimbulkan rasa tidak puas hati, terutama di laman maya.

Dalam kenyataannya hari ini, Syed Hasan berkata, amat malang apabila wartawan yang membuat liputan rumah terbuka mereka lebih suka mengetengahkan isu itu daripada menyiarkan berita tentang keharmonian yang terbina dalamnya.

"Apa pun ramai juga rakan-rakan rapat PERKASA dari kalangan kaum Cina yang hadir semalam tidak pun beritahu hal itu dan mereka yang menerimanya tidak pula pertikaikan," katanya.


Sumber : Malaysiakini


Anwar sokong YAHUDI, Umno PENCACAI YAHUDI!

Posted On Sunday, January 29, 2012 by AD 0 comments

Anwar dituduh seorang yang simpati dan menyokong negara haram Yahudi. Anwar dituduh akan melindungi kepentingan dan keselamatan Yahudi. Itulah serangan terbaru Umno dan pencacainya terhadap Umno. Sesiapapun atas dunia jika ia seorang yang waras dan tiada kepentingan tidak sanggup untuk bersimpati dan menyokong bahkan melindungi Yahudi.

Anwar dikatakan sokong Yahudi hanya dengan satu kenyataan yang boleh kita tafsirkan dari pelbagai sudut. Tafsiran masing-masing adalah berbeza. Maksud yang tersirat dari apa yang dilaporkan media hanya diketahui oleh orang yang mengucapkannya iaitu Anwar. Media sebagai pelapor hanya melaporkan apa yang didengar tetapi tidak dapat melaporkan apa yang tersirat di dalam hati. Malah lebih teruk media seringkali memutar dan mereka-reka cerita demi kepentingan masing-masing lebih-lebih lagi media yang menjadi pencacai Umno. Spin sana spin sini sudah jadi wirid harian mereka.

Yang pasti kerajaan telah menjadikan Apco sebagai guru penasihat mereka. Anak murid sudah tentulah akan ikut jejak langkah Tok Guru. Pemimpin Umno/BN terhegeh-hegeh berjumpa dengan pencacai Yahudi di US. Malah berbangga pula dapat berjumpa dengan pemimpin US yang terkenal sebagai pencacai Umno. Ada pemimpin Umno yang berjumpa dengan pemimpin Yahudi ...apa tujuan berjumpa? Itu kena tanya pemimpin Umno tersebut.

Dalam keadaan mereka berselimut dengan selimut Apco dan berfikir dengan pemikiran Apco mereka cuba pula memalitkan Anwar dengan Yahudi. Ini tuduhan lama yang diulantayang. Sedangkan merekalah beriya-iya  hendak bertemu dengan pencacai Yahudi dan berbangga pula diterima berjumpa dengan pencacai Yahudi. Kalau boleh hendak cium tangan dan tapak kaki pencacai Yahudi tersebut ................


Hinanya Umno/BN : Tak dapat lawan AYAH, ANAK JADI MANGSA.

Posted On Sunday, January 29, 2012 by AD 0 comments

Umno/BN sudah kehabisan modal untuk menghentam dan menjatuhkan imej kerajaan negeri Pulau Pinang. Walaupun saban minggu ada sahaja demonstrasi jalanan yang dilakukan untuk memburuk-burukkan pimpinan kerajaan negeri tetapi ianya sedikitpun tidak memberikan kesan kepada rakyat. Mereka dapat merasakan kelainan di bawah pemerintahan PR di Penang.

Umno/BN menuduh kerajaan sekarang sebagai kerajaan zalim dan pelampau Cina tetapi semua itu hanyalah omongan kosong. Rakyat tetap gembira dan aman. 

Oleh kerana gagal untuk menjatuhkan imej Ketua Menteri Pulau Pinang, pula menjadi sasaran serangan Umno/BN.

Semalam Lim menafikan kenyataan kenyataan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi bahawa Lim Kit Siang berkata cucu perempuannya (anak Lim Guan Eng) berubah menjadi baik selepas mengikuti Kem Program  Latihan Khidmat Negara di Balik Pulau.
“Anak perempuan saya budak yang baik dan ia sama sebelum atau selepas menyertai program ini. Ayah saya dan saya tidak pernah memberitahu Menteri Pertahanan seperti yang didakwa olehnya dan kami tidak berterima kasih kepadanya,” kata Lim dalam kenyataan media semalam yang disiarkan oleh Malaysiainsider.
Beliau menggesa pemimpin Barisan Nasional (BN) agar tidak menggunakan anak-anaknya sebagai modal politik, menambah seluruh keluarganya “sedih” dengan kenyataan Zahid.
“Ia keluarga saya dan saya sayangkan anak perempuan kami dan mahu melindungi hak peribadinya. Kami telah melindunginya dari publisiti supaya dia boleh membesar dan menikmati kehidupan bersama rakan-rakan seperti kanak-kanak normal.
“Kami berharap Datuk Seri Ahmad boleh menghormati hak peribadi anak perempuan saya dan jangan heret dia ke dalam permainan politik,” tambah Lim.
Setiausaha Agung DAP ini menegaskan ia bukan kali pertama anak-anaknya menjadi sasaran Umno dan menekankan bagaimana anak lelakinya yang berumur 15 tahun dikecam pemimpin Umno atas dakwaan mencabul kehormatan rakan sekolah.
Blog Umno juga mendakwa Lim membayar RM200,000 untuk menutup skandal itu dan memindahkan anak lelakinya ke sekolah lain.
Pihak pentadbiran sekolah mengesahkan tiada kejadian sedemikian berlaku seperti yang didakwa blog Umno.
Gambar yang didakwa mangsa yang dihebahkan di Internet sebenarnya adalah juara catur yang menetap di Hong Kong dan tidak pernah mengenali anak lelaki Lim.
“Saya gesa Umno dan pemimpin BN melemparkan segala pembohongan terhadap saya dan jangan libatkan anak-anak saya, Mereka masih belajar dan tidak terlibat dalam politik.
“Adakah pemimpin Umno dan BN sudah ketiadaan idea dan terpaksa menggunakan kaedah penipuan terhadap pemimpin Pakatan Rakyat dan anak-anak kami?” soal Lim.


TAHUKAH ANDA SIAPA MANUSIA PALING TAKUT JIKA PR KUASAI MALAYSIA?

Posted On Sunday, January 29, 2012 by AD 0 comments

tAHUKAH ANDA SIAPA MANUSIA PALING TAKUT JIKA PR BERKUASA SELEPAS PRU 13 NANTI???? Sudah tentulah orang itu adalah orang yang paling banyak buat onar, orang yang zalim, orang yang paling banyak salah guna kuasa, orang yang mengkayakan anak-anak dan kroninya...........

Semasa pemerintahan beliaulah As Syahid Ibrahim Libya dibunuh kejam. Semasa pemerintahan beliaulah Bank Bumiputera bangkrap; kekejaman politik sampai ke kemuncak; fitnah berleluasa, kuasa Raja-Raja Melayu dikurangkan,,,,,,,,,,,,,,,,,,,dan macam-macam lagi.....SIAPA LAGI KALAU bukan SI DIA ......

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Idris Ahmad berkata bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad adalah antara pemimpin Umno paling takut sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menguasai Pautrajaya. 
Katanya, kenyataan-kenyataan Dr Mahathir kebanyakkannya untuk memperleceh kerajaan PR bahawa prestasi Pakatan Rakyat mendukacitakan dan gagal mentadbir negeri-negeri dikuasainya.

Sebaliknya, beliau berkata, kerajaan Pakatan Rakyat telah membuktikan betapa pakatan itu berwibawa dan layak diangkat sebagai kerajaan berdasarkan prestasi membanggakan dipamerkan setakat ini.
"Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan telah di istiharkan sebagai empat negeri yang menerima pelaburan luar paling tinggi di negara ini sedangkan negeri-negeri yang di tadbir Umno-BN tercorot kerana tiada keyakinan pelabur luar," ujar beliau

Maka, tegasnya, rakyat disaran terus memberikan peluang dan mandat kepada Pakatan Rakyat di dalam Pilihanraya Umum ke 13 akan datang bagi mengekal dan meluaskan kuasa seterusnya menguasai Putrajaya.

"Setakat hari ini prestasi yang ditunjukkan oleh kerajaan Pakatan Rakyat amat memberangsangkan bukan mendukacitakan termasuklah kita tengok skim yang kita tawarkan dan kita akan tawarkan lebih baik lagi sepertimana janji kita soal penurunan harga petrol, letrik dan tol," katanya kepada TVSelangor di sini hari ini.
Idris menyatakan apa yang disuarakan Dr Mahathir itu adalah menzahirkan kebimbangan beliau dengan menutup kegagalan di dalam pelbagai perancangan seperti projek penswastaan ketika menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun.

Menurutnya, kebanyakan projek dirancang Dr Mahathir menemui kegagalan seperti yang boleh dilihat dialami oleh Proton ketika ini serta yang lain termasuk Indah Water dan MAS kerana semua projek itu mementingkan kroni dan pihak tertentu.

Maka dengan itu, jelasnya Dr Mahathir sering memberi gambaran buruk kepada kerajaan Pakatan Rakyat semata-mata untuk menutup kepincangan dan kelemahan kerajaan BN sejak sekian lama

"Sebenarnya dia nak lindung segala kelemahan dia tinggalkan selama ini, selama 22 tahun. Terakhir kita tengok dasar-dasar penswastaan Dr Mahathir semua gagal. Dengan semuanya apabila kroninya kenyang, suku sakatnya kenyang, akhirnya kerajaan terpaksa tanggung 'biawak hidup'," ujarnya.

Idris seterusnya berkata, Pakatan Rakyat berjaya dengan cemerlang sebagai kerajaan di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor kerana pentadbiran penuh kebertanggungjawaban, telus dan adil.

"Maka sebab itu kita berjaya, pasal kita buat dan kita beri (kepada semua rakyat) bukan kepada ahli Umno atau penyokong BN. Setakat ini kemampuan kita berjaya berbanding dengaan apa Dr Mahathir dan juga suku sakat serta anak buahnya, (Perdana Menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) buat hari ini," katanya.
Menurut Idris, Tindakan Dr Mahathir tersebut juga ekoran kebimbangan berhubung nasib dan suku sakat serta kroni-kroni beliau berhubung pelbagai salah guna kuasa yang dilakukan ketika menguasai negara apabila Pakatan Rakyat berkuasa kelak.


PR menang, PEMIMPIN BN DALAM BAHAYA

Posted On Sunday, January 29, 2012 by AD 0 comments

Pada pandangan anda agaknya mengapa Najib begitu takut untuk kalah. Beliau sudah beberapa kali menyatakan bahawa BN akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan Putrajaya.

Pada kebiasaannya orang yang sangat takut kehilangan kuasa ialah orang banyak membuat kesalahan dan dosa. Bukankah begitu. Jika seseorang itu tiada masalah dan tidak melakukan kesalahan sudah tentu dia tidak takut untuk menghadapi saat kehilangan kuasa.

Jawapannya mudah - mereka takut sebab mereka banyak skandal, rasuah, buat zalim dan macam-macam lagi.


28 January 2012

Video Kedua Anwar : LEBIH PANAS MARI NONTON SAMA-SAMA?

Posted On Saturday, January 28, 2012 by AD 0 comments

Trio 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang mereka dakwa pelakunya adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini mencabar Anwar membuktikan yang mereka salah atau berdepan dengan satu lagi pendedahan video yang "lebih dahsyat".


Dalam laporan muka depan akhbar harian berbahasa Melayu -Utusan Malaysia - salah seorang anggota Trio 'Datuk T, yang juga bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim (kanan), berkata video baru itu dirakamkan pada 12 dan 13 Januari tahun lalu di Thailand.


‘‘Saya sendiri telah menonton rakaman video ini selepas diberikan oleh Datuk Eskay. Saya percaya Datuk Eskay sedia membuat pendedahan mengenai rakaman video ini di dalam mahkamah jika Anwar bertindak menyaman kami," katanya, merujuk kepada seorang lagi anggota trio Datuk T, Datuk Shazryl Ekay Abdullah.


‘‘Cuba periksa pasportnya di manakah Anwar berada pada ketika itu. Cuba tanya isterinya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail di mana Anwar pada masa itu,’’ katanya lagi.

Tidak lama lagi ramai menjangkakan video tersebut akan di'upload'kan di dalam Youtube sebagaimana yang berlaku kepada video sebelum ini. Taukeh Video Porno sudah tentu menggunakan modus operandi mereka sebelum ini. 

Mereka langsung tidak takut kepada amaran Allah bahawa fitnah itu lebih besar dari membunuh. Mereka tidak takut dikenakan hukum qazaf kerana mereka tahu mereka kebal dan imun. Mereka dilindungi dan dijaga dengan rapi. Mereka ibarat permata dan senjata berbisa oleh musuh Anwar dan PR. Mereka rela menjadi kuda tungangan yang mungkin mendapat habuan yang bukan sedikit jumlahnya.

Namun semua fitnah ini akan terjawab bila kita semua berhadapan dengan Allah. Orang yang memanjangkan fitnah ini sudah tentu ada sahamnya ............

Sumber : Malaysiakini


27 January 2012

Angelina Jolie MASUK ISLAM?

Posted On Friday, January 27, 2012 by AD 0 comments

Pasangan pelakon Hollywood Angelina Jolie (gambar) dan Brad Pitt mengaku memberikan pendidikan agama kepada anak-anak mereka.

Jolie tidak membataskan pendidikan itu pada satu atau dua agama sahaja, malahan enam anaknya mendapat pendedahan terhadap semua bentuk agama yang ada.

"Brad dan saya membesarkan anak-anak kami untuk menghargai sesama manusia," ujar ibu kepada Maddox, Pax, Zahara, Shiloh dan si kembar Vivienne dan Knox itu kepada majalah Parade.

Jolie dan Pitt memperkenalkan semua agama yang ada di dunia ini kepada enam anak mereka dengan menyediakan rak yang memuatkan pelbagai buku dan kitab agama di rumah mereka.

"Kami ada Injil, al-Quran dan semuanya. Kami juga mengajak anak kami ke gereja, kuil, menghadiri upacara ajaran Buddha, pergi masjid, mengajar mereka tentang semua kepercayaan," katanya pada Sabtu.

Menurut Jolie, walau apapun agama yang dipilih oleh anak-anaknya kelak, dia tidak akan membantah.

"Pilihannya (agama) terletak pada tangan mereka," ujarnya./

Kita mengharapkan suatu hari nanti dan Angelina Jolie dan Brad Pitt akan menerima Islam sebagai anutan dan anak-anak mereka juga dikurniakan hidayah oleh Allah. Tidak mustahil mereka akan menerima Islam kerana Islam sesuai untuk sesiapa sahaja tidak kira bangsa, tempat dan masa.
detikislam



Ustaz Nasa MASUK 'GENG' HASSAN ALI, BAKAL DIPECAT?

Posted On Friday, January 27, 2012 by AD 1 comments


Ahli Parlimen Bachok yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa terus menerus difitnah oleh orang tertentu yang mahu merosakkan beliau supaya meninggalkan jemaah.

Terbaru bekas Timbalan Presiden PAS itu membuat Laporan Polis di Balai Polis  Bandar Seri Putra menafikan penglibatannya dalam satu program di Bandar Baru Bang di mana banner yang di pasang memaparkan gambar beliau. Banner tersebut dipasang di sekitar Bandar Baru Bangi.

Banner memaparkan jemputan ke program Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr Hassan Ali yang djadualkan berlangsung pada 31 Januari di Balai Pahlawan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Antara penceramah yang dinyatakan di dalam banner tersebut ialah Dr Hassan Ali, Ustaz Nasa, dan Ustaz Hassan Basri,

Program tersebut anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat.

Ustaz Nasharuddin telah menafikan pengelibatan beliau dalam program ini dan beliau telah membuat laporan Polis sebentar tadi.


Terbukti ada pihak cuba memfitnah beliau dan melaga-lagakan beliau dengan PAS. Setakat ini Ustaz Nasa jelas menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan keluar dari PAS.


26 January 2012

LIW@% SUDAH ZINA PUN SUDAH, TAK LAMA LAGI SKANDAL DENGAN BINATANG PULAK!

Posted On Thursday, January 26, 2012 by AD 0 comments


Anwar telah difitnah dengan pelbagai fitnah. MeLI@$% Sukma, Azizan, Saiful Bukhari dan lain-lain. Beliau dituduh berzina dengan Amoi dan entah siapa lagi. Namun majoriti rakyat tidak percaya dengan fitnah ini. Sang Penuduh tidak dapat membawa saksi mengikut mengikut Islam. Sepatutnya Sang Penuduh dikenakan hukum Qazaf.


Mahkamah Sivil yang membicarakan Anwar mendapati Anwar tidak bersalah dalam kedua-dua fitnah tersebut. Namun cerita kotor dan fitnah ini terus dimainkan oleh media pencacai Umno/BN. tanpa henti. Fitnah zina dengan amoi dibesar-besarkan pula. Malah lebih jijik video fitnah zina ini ditayangkan di kampung-kampung, Tersipu-sipu Pak Imam, Pak Haji dan Mak Aji serta orang tua dan wanita menontonnya. Namun Umno tidak kisah yang penting Anwar dan PR hendak diburukkan imej mereka. Halal dan Haram belakang kira ...mereka sendiri tak pernah kisah tentang besar dosa memfitnah orang berzina dan LIW@%.

Semakin dekat dengan PRU 13 semakin hebat serangan dan fitnah dilemparkan dari segenap sudut. Atas bawah kiri kanan semua kena. 

Hari ini keluar pula satu cerita bahawa ada satu lagi video yang lebih hebat,  katanya berlaku di Thailand. Siapa lagi kalau bukan Trio Pemfitnah 3 orang itu yang membuat tuduhan. Mereka cabar Anwar supaya saman mereka. 

Agaknya selepas ini kalau fitnah LIW@% dan Zina ini tak dipercayai rakyat.....mereka akan buat tuduhan Anwar dengan BINATANG pula ...............nauzubillah....

Gambar di atas sekadar hiasan


Khutbah hari ini : Rakyat diminta bersederhana (WASATIYAH), berjimat, PEMIMPIN BOROS TAK APA!

Posted On Thursday, January 26, 2012 by AD 0 comments

Tajuk khutbah di Melaka hari ini ialah Wasatiah dlm kehidupan. Mungkin juga di negeri lain pun tajuk yang sama.


Arakian, seraya khatib berkata, "bersederhanalah manfaatkan bantuan RM500 yang kerajaan beri..". Ya, rakyat yang menerima bantuan tu dah memang dah hidup sederhana, pemimpin yang atas tu hidup mewah, belanja sakan, mereka yang patut menjadi contoh hidup bersederhana..!


Rakyat yang sememangnya terhimpit dan susah untuk menjalani kehidupan sudah lama berjimat dan besederhana. Manakan duit belanja bulanan pun tak cukup lantaran harga barangan yang semakin meningkat. Caj perkhidmatan semakin melonjak. Harga minyak tak turun-turun.


Pemimpin yang berada di atas membazir, anak isteri shopping ratusan juta, beg tangan berharga ratusan ribu, barang kemas jangan cakap. Bil air dan  bil api pun cecah juta ringgit. Rakyat diminta berjimat.


Inilah bahananya bila kita tersilap pilih pemimpin Umno/BN menjadi kerajaan pusat. Diharapkan pada PRU 13 seluruh rakyat Malaysia akan buat perubahan secara total.


UBAH SEBELUM PARAH.


Sumber : Thelegendz


Pemimpin BN kaya, membazir, buat salah TAK APA itu HAK DIA ...Engkau dengki ke?

Posted On Thursday, January 26, 2012 by AD 0 comments

Bila kita tegur dan bongkar segala penyelewengan dan pembaziran serta salah laku pemimpin kerajaan BN, pengikut-pengikut mereka yang mengikut secara membuta tuli menjawab :

"Nafsi-Nafsi...rezeki masing2..... Korang pun kalu dapat status tuuu pun sama jugak....sebab tak pernah dapat DENGKI laaaa..."


Itulah jawapan 'standard' penyokong Umno dari dahulu, kini dan selamanya. Langsung tidak ada kesedaran untuk menegur pemimpin atasan. Sebab mereka diajar supaya 'yes man' dan tidak membetulkan kesalahan pemimpin.


Kalau ada yang berani menegur dan membongkar kesalahan dan salah laku pemimpin maka mereka akan dicap dan diketepikan.


Sebab itulah pemimpin Umno/BN berani melakukan apa sahaja kerana pengikut mereka tidak berani membuat teguran walaupun mereka melakukan kesalahan yang jelas bertentangan dengan agama.


Kalau beginilah perangai pengikut Umno/BN punahlah negara kita. Pemimpin yang mengumpul kekayaan. membazir, melakukan kesalahan biarlah mereka, itu hak pemimpin, mereka boleh buat apa sahaja. Lama-lama negara hancur dan bangkrap!!!!!!!!


Parlimen BUBAR 10 Feb?

Posted On Thursday, January 26, 2012 by AD 2 comments

Ramalan awal pilihanraya umum akan diadakan pada Disember tidak menjadi kenyataan. Pejam celik pejam celik kita sudah menghampiri bulan Februari.

Pada bulan Mac ini ada cuti sekolah, ada sidang parlimen. Bantuan BR1M Malaysia sedang diagihkan. PM Najib sibuk ke sana ke mari menjelajah tanahair yang bertuah. Media pencacai sibuk mempromosikan PM Najib jauh lebih hebat dari Anwar. Bekas Timbalan Perdana Menteri itu pula dilabelkan sebagai pemimpin tidak bermaruah, penting diri, agen Yahudi dan mengamalkan Islam liberal. Kuasa ketiga pula diwar-warkan sebagai penentu kepada keputusan PRU 13.

Media pencacai semakin hebat mempromosi BN, sumbangan dan jasa BN, kebaikan BN dan sebagainya. PR pula digambarkan dengan hodoh dan buruk.

Semua perkara di atas memungkin PM Najib dan 'Mama'nya membubarkan Parlimen. PM Najib yakin mereka berjaya merampas Selangor, Kelantan, Kedah dan Pulau Pinang.. Tapi PM Najib tak yakin Melaka dapat dipertahankan ............ha ha ha.



Lagi PEMBAZIRAN Kerajaan Negeri Melaka, MUZIM PENGANGKUTAN GAJAH PUTIH

Posted On Thursday, January 26, 2012 by AD 0 comments

Ini adalah muzium pengangkutan Melaka.

Kos penubuhannya ialah RM198,900.
Kos Operasinya (April - Jun 2010)
1) Emolumen bagi bulan April hingga Jun 2010 adalah  RM3,840.59 (April - RM986.53, Mei - RM986.53 dan Jun - RM1,444.03). 


2) Perbelanjaan bagi utiliti (April - Jun 2010)adalah berjumlah RM784.23 


3) Kos kawalan keselamatan pada Jun 2010 adalah berjumlah RM1,946.67.


TAHUKAH ANDA BERAPA RAMAI YANG DATANG MELAWAT MUZIUM INI - Jumlahnya dari hari penubuhan iaitu 15 April 2010 adalah seramai 28 orang (tempatan) dan jumlah kutipan tiket adalah berjumlah RM265.00.


Cuba anda fikirkan TIDAKKAH IA MEMBAZIR PENDAPATANNYA HANYA RM265 BERBADING KOS PENUBUHAN DAN KOS  BULANAN YANG TERPAKSA DITANGGUNG .........................DUIT RAKYAT DIBAZIRKAN DAN HANGUS LAGI SEMATA-MATA HENDAK 'MAINTAIN' GAJAH PUTIH INI.


Sumber : Blog yusofwahab


Pemimpin BOROS, Rakyat MEREMPAT

Posted On Thursday, January 26, 2012 by AD 0 comments

Di saat pemimpin negara menghabiskan jutaan ringgit kos bil elektrik dan air, masih ada rakyat yang hidup merempat kerana kesempitan hidup. Jumlah mereka sebenarnya masih ramai cuma tidak diheboh dan dilaporkan oleh media samada kerana tidak diketahui atau mereka menyembunyikan diri mereka dari diketahui oleh orang ramai keran malu.


Sinar Harian 2 hari lalu menyiarkan laporan yang menyedihkan di mana 5 sekeluarga (gambar) terpaksa merempat kerana tiada wang untuk menyewa rumah. Anak-anaknya juga tidak bersekolah. Malah ibu 4 orang anak itu juga tidak bekerja.


Laporan itu menyebut bahawa keluarga malang itu  tidak mampu membayar sewa rumah berjumlah RM350 sebulan ­selama setahun lebih, lima beranak terpaksa hidup ­merempat sejak seminggu lalu.

G Eliza Scott, 36, bersama empat anaknya berusia antara dua hingga 16 tahun kini menetap di sebuah ­rumah kosong di sebuah flat, dekat sini untuk berteduh.

Eliza yang berasal dari Teluk Intan, Perak berkata, mereka sudah diarah keluar oleh pemilik rumah yang disewa sebelum ini pada minggu lalu.

“Sudah hampir setahun lebih saya tidak membayar sewa rumah kerana tidak bekerja kerana ada anak ­masih kecil dan tiada siapa yang akan menjaganya,” katanya.

Menurutnya, kehidupan dia sekeluarga kini hanya bergantung kepada bantuan bulanan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM300 sejak setahun lalu.

“Suami saya sudah berkahwin lain dan sudah mempunyai keluarga sendiri. Bagaimanapun, dia ada juga berusaha ­mencarikan rumah sewa baru yang sewanya lebih murah.

“Tetapi ia tetap mustahil untuk saya mampu membayar deposit dan sewa ­bulanan kerana saya tiada wang simpanan,” katanya.

Eliza berkata, anak ­sulung dan keduanya juga sudah hampir tiga tahun ­tidak bersekolah kerana ­masalah kewangan yang dihadapi.

“Dua lagi anak saya berusia lima dan dua tahun pula tidak memiliki sijil ­kelahiran. Ini menyukarkan saya dalam sebarang urusan terutama ketika mahu mendapatkan rawatan di klinik,” katanya.

Menurutnya, walaupun tinggal di rumah kosong, pengawal keselamatan dan pengurus bangunan di situ juga sudah mengarahkan ­mereka keluar meninggalkan rumah itu.

“Saya risau dengan keselamatan anak-anak yang ­semakin dewasa. Setiap malam saya hanya sekadar ‘tidur ayam’ kerana bimbang diganggu mereka yang mem­punyai niat jahat,” katanya.


Makin ramai ORANG MELAYU masuk PARTI PERKAUMAN CINA?

Posted On Thursday, January 26, 2012 by AD 0 comments

Hairan semakin hebat Umno menghentam DAP bahawa parti anti Melayu, anti Islam dan anti Raja, semakin  ramai orang Melayu menyertai DAP. Apakah tuduhan dan dakwaan pemimpin Umno itu 'valid' atau tidak.

Paling hebat orang kuat Najib sendiri iaitu Arif Sabri, bekas Ketua Penerangan Umno Bahagian Pekan (Najib Ketua Umno Pekan) menyertai DAP. Selepas itu Wartawan Kanan, akhbar pencacai Umno, Hata Wahari yang juga bekas Presiden Persatuan Wartawan Kebangsaan  (NUJ) juga tidak masuk Umno tetapi berjuang bersama DAP.

Maka jelas bahawa segala momokan dan fitnah Umno/BN yang menyatakan DAP dan PR anti Melayu, anti Islam dan anti Raja tidak dipercayai rakyar. 5 hari lepas 2 anak muda Melayu professional seorang peguam wanita dan seorang lagi penulis juga menyertai DAP di Perak.

Mereka tidak percaya lagi kepada Umno, hatta bekas Wakil Rakyat Umno/BN 2004, Arif Sabri yang duduk dibawah 'ketiak' Haji Najib pun 'bye bye' pada Haji Najib.

Rakyat sebenarnya sudah tidak percaya lagi kepada tuduhan dan fitnah pemimpin Umno/BN. Mereka akan menyelidik tuduhan dan fitnah itu terlebih dahulu. Selepas menurut sumber yang boleh dipercayai lebih ramai orang-orang Melayu yang akan menyertai DAP.


VIDEO

ENTER-TAB1-CONTENT-HERE

RECENT POSTS

ENTER-TAB2-CONTENT-HERE

POPULAR POSTS

ENTER-TAB3-CONTENT-HERE
 

MUTALIGAT ...Telus dan Tepat Copyright © 2010 LKart Theme is Designed by Lasantha