.

.

23 July 2011

Pengkhianat negara di anugerahkan Ijazah Doktor Falsafah Universiti United Kingdom


'Pengkhianat Negara', S.Ambiga  di anugerahkan Ijazah Doktor Falsafah oleh Universiti Exeter United Kingdom.


Pengkhianat BN ini  mendapat pengiktirafan dari Universiti luar negara. 

Persoalannya kalau betullah dia seorang pengkhianat kepada negara mengapa beliau diiktiraf oleh Universiti Exeter.?????

Saya yakin anugerah tersebut merupakan pengiktirafan institusi itu kepada Ambiga atas jasa beliau dalam bidang undang-undang dan kepada rakyat.

Biometrik tidak dapat atasi masalah mengundi dua kali dan pengundi hantu


Kerajaan hari ini bersetuju memberi peruntukan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi mewujudkan sistem biometrik dalam mengesahkan pengundi yang sah pada pilihan raya nanti, kata Najib Razak. 

Beliau berkata ia adalah salah satu usaha untuk memastikan pilihan raya di negara ini dijalankan secara telus dan adil."Pelaksanaan sistem biometrik ini juga akan dapat mengatasi dakwaan-dakwaan bahawa wujudnya pengundi hantu pada pilihan raya di negara ini," katanya semasa berucap pada Majlis Program Jalinan Mesra Rakyat di Dewan 2020 di Kangar hari ini.

Ternyata kerajaan dan SPR sengaja mengenepikan tuntutan rakyat yang mahukan kaedah celupan jari dalam dakwat yang sudah pasti dapat mengatasi masalah mengundi dua kali. 

Tidak ada jaminan bahawa sistem biometrik ini dapat mengatasi masalah penipuan dan penyelewengan. Ianya boleh berlaku apabila seseorang itu diberikan kad pengenalan walaupun ia tidak layak. Sebagai contoh jika seseorang pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran dan didaftarkan sebagai pemilih maka beliau layak mengundi kerana data biometrik dalam Kad Pengenalan memang kepunyaannya sendiri. 

Orang asing ini sudah tentu boleh mengundi jika diberikan Kad Pengenalan yang sah oleh Jabatan tertentu dan namanya di daftarkan menggunakan Kad Pengenalan yang sah diberikan oleh jabatan berkenaan.

Dengan itu kaedah biometrik ini tidak mampu untuk mengatasi pendaftaran pengundi yang tidak layak dan juga pengundian lebih dari sekali.

Polis Vs Mat Sabu


Polis tidak menghalang hasrat Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang dilapor mahu menyaman Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas dakwaan dilanggar sebuah kereta polis semasa perhimpunan Berih 2.0 di ibu negara pada 9 Julai lalu.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis tidak boleh menghalang mana-mana pihak atau individu yang mahu menyaman PDRM termasuk oleh anggota dan pegawai polis sendiri.

“Itu hak individu, kita (PDRM) tak menghalang (saman). Kita agensi yang profesional,” kata beliau.

“Kita dah jalankan tugas kita dengan memberi penjelasan dan gambaran apa yang berlaku itu semalam (tayangan video) ... terpulang kepada mana-mana pihak untuk buat penilaian,” katanya dipetik Bernama Online hari in

Ulasan : Polis memang terkena sindrom penafian sehingga membuat semua penafian terhadap dakwaan rakyat. Sepatutnya Polis sebagai sebuah badan bebas dan penguatkuasa yang bertanggungjawab kepada negara dan rakyat tidak menafikan segala dakwaan tersebut sebaliknya menyiasat segala dakwaan tersebut samada benar atau tidak tindakan mereka menafikan semua isu menyebabkan rakyat semakin ragu dan sangsi kepada Polis. Lebih-lebih begitu banyak pembohongan yang dilakukan oleh Polis termasuk bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor yang menafikan beliau terlibat memukul Anwar sehingga lebam matanya. Akhirnya selepas disiasat ternyata dakwaan Rahim memukul Anwar adalah benar.

Selamat Hari Lahir Najib, lebih baik anda letak jawatan

Warga emas yang menjadi ikon BERSIH 2.0, Auntie Anne Ooi menasihati Najib supaya meletakkan jawatan. 

Ketika ditanya apa nasihat anda jika diberi peluang berjumpa dengan PM Najib, Anne Ooi berkata letak jawatan.

"Letak jawatan, itu adalah lebih baik kepada anda dan lebih baik kepada tiap-tiap orang jika ada melakukan kesalahan, anda mengakuinya. Dia menggunakan Polis untuk menukarkan tempat ini kepada negara Polis" kata Auntie Ooi semasa ditemuramah oleh Malaysiakini.

Ooi juga menggesa warga emas supaya memainkan peranan untuk membuat perubahan dan tidak hanya membiarkan generasi muda sahaja.

" Saya terperanjat melihat terlalu ramai generasi muda (semasa himpunan), saya mahu melihat orang-orang tuan juga mengambil bahagian pada masa hadapan." 


Itu sebahagian dari pandangan Auntie Ooi yang saya petik dari Malaysiakini.


Selamat Hari Lahir PM Najib, jadilah seorang pemimpin yang matang

Selamat Hari Lahir wahai PM Najib, jadilah pemimpin yang matang. Itu ucapan saya sebagai seorang rakyat Malaysia yang dahagakan sebuah negara yang benar-benar demokratik, telus, aman, damai serta mempunyai pemimpin yang rasional, berakhlaq dan matang.

Tindakan kerajaan sejak akhir-akhir ini amat memalu dan menyedihkan saya. Rakyat dijadikan musuh tanpa adanya toleransi dan budi bicara dalam apa juga hal. Selain itu isu-isu perkauman dan agama yang lapuk terus dimainkan walaupun kita sudah berada dalam era moden sekarang.

Di saat negara lain membuat pelbagai pembaharuan dalam sistem pentadbiran dan pilihanraya kepimpinan Najib berundur ke belakang apabila bertindak zalim terhadap rakyat yang menuntut pembaharuan dalam pilihanraya seperti yang berlaku dalam Tragedi BERSIH 2.0.

PM Najib juga menambahkan lagi imej buruk yang ada pada dirinya apabila menangkap Peguan Scorpene, William Bourdon semalam. Tindakan ini sudah tentu menyebabkan rakyat bertambah sangsi kepada Najib tentang isu-isu berkaitan dengan skandal Scorpene dan Altantuya. Selain itu dunia luar sudah tentu memandang serong dengan penangkapan Bourdon.  Isunya di sini mengapa Bourdon ditangkap??

Sebagai rakyat yang hakikatnya sedang bernaung di bawah kepimpinan PM Najib, saya sangat mengharap Najib berubah sempena sambutan Hari Lahir yang ke 58 hari ini. 

Selamat Menyambut Hari Lahir semoga menjadi seorang pemimpin yang matang dan layak dilabelkan sebagai seorang negarawan.

22 July 2011

Najib lemah dan lembap berpolitik, tindakannya akhir-akhir ini meragukan rakyat

Perdana Menteri Najib Razak lemah dan lembap berpolitik. Beliau ternyata tidak cerdik dalam mengendalikan beberapa isu yang sepatutnya ditangani dengan bijaksana dan cerdik. Najib gagal mengambil kesempatan untuk memenangi hati rakyat apabila mengambil pendekatan 'konfrontasi' dengnan rakyat, suatu tindakan yang semakin menjauhkan rakyat dari Najib dan BN.

Sikap pentadbiran Najib yang samada mengarah atau membiarkan Polis menghentam dan membantai rakyat semasa Himpunan Aman BERSIH 2.0 merupakan kesilapan paling besar Najib. Kalau pun Najib tidak mahu melayan 8 tuntutan BERSIH 2.0, beliau tidak sepatutnya menzalimi rakyat dengan tangkapan kasar, hadiah gas pemedih mata dan mandian air kimia. Sebagai seorang calon negarawan beliau sepatutnya sama-sama turun padang dengan rakyat dan orang-orang Umno menyokong tuntutan BERSIH 2.0. Tidak semestinya beliau turun padang beliau bersetuju dengan tuntutan BERSIH 2.0 dan mengarahkan SPR membuat perubahan. Sekurang-kurangnya tindakan beliau turun padang bersama BERSIH 2.0 akan berjaya menutup isu yang dimainkan oleh BERSIH 2.0 dan PR.

Kesilapan terbaru Najib ialah mengarah atau membiarkan Jabatan Imigresen menahan Peguam 'Scorpene', William Bourdon(gambar) hari ini. Tindakan tersebut sudah tentu menyebabkan rakyat sangsi dan tertanya-tanya mengapa Bourdon ditahan. Jika tidak ada 'udang' di sebalik mee, mengapa beliau ditahan. Penahanan ini merupakan suatu kesilapan paling besar dalam pentadbiran Najib. Sepatutnya beliau menghantar wakilnya untuk berforum atau berdebat dengan Bourdon dan mengemukakan hujah-hujahnya supaya rakyat tahu bahawa Bourdon tidak benar. 

Saya bersetuju dengan pendapat bekas Menteri Penerangan, Kadir Sheikh Fadzir yang menyatakan bahawa kalau kita mula mahu sorok dan sebagainya, maka rakyat akan berasa syak wasangka sebab amanah (sejak) Merdeka (dan) pada zaman Tun Razak (adalah) memberi kebebasan bersuara.

TV Selangor juga memetik tokoh veteran Umno itu yang mahukan kerajaan menilai secara positif sebarang pandangan yang dilontarkan oleh mana-mana pihak.

Kerajaan Negeri Biadap : Rakyat kesal dan bantah

PAS dan rakyat negeri Melaka membantah tindakan kerajaan negeri Melaka melanjutkan masa operasi Pusat Hiburan sehingga jam 3.00 pagi.

Kira-kira 200 rakyat Melaka berkumpul secara aman di hadapan Masjid Bukit Katil selepas solat Jumaat sebentar tadi untuk menyatakan bantahan di atas tindakan biadap kerajaan negeri Melaka.

Seorang pendakwah, Ustaz Musa Mohamad(gambar atas) berkata tindakan kerajaan negeri yang melanjutkan masa operasi Pusat Hiburan menjelang bulan Ramadhan adalah tindakan yang biadap dan mencabar hukum Allah.

"Kita menggesa pihak terbabit menarik balik keputusan yang amat memalukan tersebut".

"Rakyat negeri Melaka mesti bangkit menolak segala bentuk kemungkaran dan maksiat seperti ini dengan menggunakan kuasa yang ada pada mereka iaitu kuasa undi" kata Ustaz Musa ketika berucap pada himpunan tersebut.

Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka, Harun Mohamed pula kesal dengan sikap kerajaan negeri Melaka yang ternyata mencabar kesabaran umat Islam di Melaka.

"Ketika kerajaan Kedah mengambil keputusan menghadkan pusat hiburan hanya untuk orang Bukan Islam pada bulan Ramadhan ini kerajaan Melaka dengan berani bertindak meluluskan perlanjutan masa operasi pusat hiburan di Melaka".

"Tindakan ini mesti menjadi iktibar kepada rakyat Melaka supaya menggantikan kerajaan BN yang biadap kepada Islam dengan kerajaan PR yang lebih ikhlas melasanakan Islam seperti di Kedah dan Kelantan" tegas Harun yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka.

Himpunan aman berakhir kira-kira pukul 2.15 minit petang tanpa sebarang gangguan pihak berkuasa, Beberapa pimpinan Dewan Pemuda PAS Negeri dan Kawasan turut berucap. Majlis diakhiri dengan bacaan doa Ustaz Khairi Abdul Aziz.

Penjelasan Polis : Video Mat Sabu Kantoi!!!

Anda tonton dan nilaikan sendiri penjelasan Polis. Siapa yang bercakap benar.

Mat Sabu telah mengarahkan Peguamnya Hanipa Maidin meminta Polis menarik balik tuduhan tersebut atau beliau akan menyaman Polis jika mereka enggan memohon maaf.

"Kita jumpa di mahkamah" kata Mat Sabu ringkas.

Gempar !!!! : Ramai wanita muntah sehari dua ini, semua mengandung ke?


Sehari dua ini ramai isteri-isteri tidak mengira bangsa, agama dan warna kulit termuntah. Ramai yang menyangka bahawa rakyat Malaysia akan bertambah ramai kerana ramai para wanita termuntah. Lebih memeranjatkan bukan sahaja wanita yang ada suami yang muntah, warga emas yang sudah monopaus dan anak dara serta janda yang tiada suami pun muntah juga. Apakah mereka mengandung kerana berzina???? Kecut perut saya bila mendengar cerita tentang situasi sebegini.


Lantas saya menyiasat, rupa-rupanya mereka muntah banyak kali sehari iaitu setiap kali mereka menonton berita di RTM, TV 3 suku dan lain-lain. Mereka juga termuntah bila membaca akhbar Utusan Meloya, Berita Hairan dan lain-lain.

Timbul persoalan mengapa mereka termuntah dan meloya? Rupa-rupanya mereka termuntah dan meloya akibat mendengar, menonton dan membaca terlalu banyak cerita lucu dan memualkan yang dimuatkan dalam media tersebut lebih-lebih lagi yang melibatkan cerita BERSIH 2.0 dan politik semasa.

Mungkin selepas ini banyak ubat penahan muntah perlu dihasilkan dan dijual di pasaran .........

Kematian Allahyarham Baharuddin : Lojikkah rawatan CPR menyebabkan tulangnya patah????

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Salleh Mat Rasid berkata  dakwaan keluarga Baharudin Ahmad, bahawa tulang rusuk lelaki itu patah adalah mungkin disebabkan oleh rawatan Cardiopulmonary Resuscitation (CPR) yang diberikan oleh pihak berkuasa.


Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.Polis menafikan taktik ganas digunakan ke atas mangsa tunggal perhimpunan BERSIH 2.0 yang meninggal dunia pada perhimpunan 9 Julai yang lalu, termasuk dakwaan beliau dibelasah pihak berkuasa.

NONE“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam.


Ulasan : Saya ingin bertanya kepada Doktor pakar adakah benar rawatan CPR akan menyebabkan tulang rusuk patah kerana saya tidak pernah mendengar orang yang dilakukan rawatan CPR sampai PATAH TULANG RUSUK. Kalau macam itu CPR bukan rawatan tetapi CPR adalah salah satu cara supaya pesakit MATI CEPAT.


Tentang gigi patah saya juga musykil kerana takkanlah disebabkan kemasukan tiub itu gigi patah???????


Siapa yang bercakap bohong akan diadili di mahkamah Allah nanti. Mungkin di dunia boleh lepas tetapi di Akhirat tiada siapa yang terlepas!!!!!!!!!!!!!!!

Kena langgar : Siapa bohong Mat Sabu atau Polis

Timbalan Presiden PAS mendakwa Land Rover Polis melanggar beliau semasa Himpunan Bersih 2.0 9 Julai lalu.  Polis pula semalam mendakwa bahawa motorsikal yang ddinaiki Mat Sabu terjatuh kerana melanggar penbahagi jalan dan bersondol dengan kenderaan Polis secara tidak sengaja. 

Siapa yang menipu dan berbohong sebenarnya. Polis juga menyiarkan gambar motorsikal yang ditunggangi Mat Sabu. Gambar itu tidak jelas dan kabur tidak dapat dipastikan apakah ianya Mat Sabu atau orang lain.

Persoalannya, adakah Polis tidak pernah berbohong dan tidak pernah melakukan perkara-perkara yang menyebabkan kredibilti mereka terjejas. Semua rakyat Malaysia sudah kenal dan faham perangai dan imej Polis Malaysia.............

Hakikatnya Mahkamah Allah di 'Yaumil Mahsyar' nanti akan membongkar semua kejahatan dan pembohongan. Mungkin manusia boleh berbohong di dunia tetapi mereka tidak akan dapat membohongi Allah dan mereka pasti akan mendapat pembalasan setimpal di atas segala kesalahan masing-masing.

21 July 2011

Bolasepak : Pasukan BERSIH 2.0 cemerlang kekang Chelsea


Pasukan BERSIH 2.0 bermain cemerlang apabila berjaya mengekang pasukan Chelsea sehingga ke akhir perlawanan. Chelsea hanya mampu menyumbatkan 1/4 (suku) gol sahaja itupun atas ihsan pengadil perlawanan yang mengesahkan bola itu melintasi garisan gol walaupun dibantah oleh pemain-pemain BERSIH 2.0


Ternyata pasukan BERSIH 2.0 yang turun dengan jersi kuning kebanggaan mereka berjaya menaikkan nama dan semangat Malaysia untuk melangkah lebih jauh pada perlawanan pusingan kelayakan Olimpik tidak lama lagi.

Pujian harus diberikan kepada Jurulatih pasukan BERSIH 2,0, Chan Kim Swee dan semua pemain yang menunjukkan komitmen yang tinggi dan istiqamah bermain dari wisel permulaa hingga ke titisan peluh terakhir.

Insya Allah semangat BERSIH 2.0 ini mampu untuk membuatkan pemain kita lebih yakin, bersemangat dan berjuang dengan lebih hebat.

Chelsea mengalahkan Malaysia 1/4-0

Perlawanan Chelsea dan Malaysia baru sahaja berakhir di mana Chelsea menang dengan 1/4 - 0. Bola tendangan bebas Didier Drogba hanya masuk 1/4 sahaja. Tetapi Pengadil mengesahkan ianya sudah melampaui garisan gol.

Tahniah kepada pasukan Olimpik Malaysia. Semoga kecemerlangan itu dapat dipertingkatkan dalam mengharungi Pusingan Kelayakan Olimpik.

Pasca BERSIH 2.0 : Solat dengan tangan bergari Polis lihat sahaja

Anak-anak muda ini adalah antara yang ditahan secara zalim semasa Himpunan BERSIH 2.0, 9 Julai lalu. Mereka bersolat dengan keadaan tangan bergari. Polis hanya melihat sahaja mereka bersolat, Polis tidak solat bersama.

PAS terbukti berjasa mentarbiyyah ahlinya untuk sentiasa istiqamah mengerjakan solat walaupun dalam keadaan apa sekalipun.

Gambar ini diambil berhampiran Dataran Maybank.

Syabas kepada anak-anak muda ini ............

Himpunan Aman bantah lanjutan masa Pusat Hiburan di Melaka ESOK


Esok, selepas solat Jumaat satu himpunan aman membantah tindakan kerajaan negeri Melaka yang melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan akan diadakan di beberapa tempat. 

Seluruh umat Islam di negeri Melaka dijemput hadir bagi memberi isyarat kepada kerajaan BN betapa biadapnya mereka terhadap Islam kerana menggalakkan rakyat melakukan maksiat khasnya pada bulan Ramadhan.


Kebiadapan kerajaan BN pimpinan Ali Rustam ini mesti dihentikan serta merta. Rakyat wajib menggunakan kuasa undi mereka untuk menghentikan kejahatan dan kezaliman kerajaan BN Melaka ini.

Nenek pun berani pergi BERSIH 2.0, orang muda segar bugar kecut perut

Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang telah mengarahkan seluruh ahli PAS agar sama-sama turun ke KL pada 9 Julai untuk menuntut pilihanraya yang bersih. Dari ratusan ribu peserta Bersih 2.0 salah seorangnya ialah nenek warga emas, Anne Ooi  yang berumur 65 tahun. Beliau dengan gagah mengharungi air kimia dan gas pemedih mata hadiah dari FRU.

Malangnya anak-anak muda dan ahli-ahli PAS yang tidak turun ke KL pada 9 Julai lalu bersenang lenang di rumah. Mereka tidak memberikan wala' kepada Tuan Guru Presiden........apa alasan kita untuk menjawab arahan Tuan Guru??????

Siapa yang manipulasi gambar BERSIH 2.0

Akhbar pencacai Umno hari ini menuduh rakaman dan gambar-gambar BERSIH 2.0 yang ada di internet khususnya Portal PR di manipulasi untuk menggambarkan keganasan Polis.Manakala satu pihak lagi menuduh media dan pihak tertentu yang melakukan perkara itu.

Siapa yang bercakap benar dan berbohong dalam hal ini.


Bagi saya mudah sahaja untuk membuat ukuran kerana saya sendiri berada di tempat kejadian. Kegansan dan kezaliman pihak terbabit berlaku di hadapan mata saya dan ribuan peserta BERSIH 2.0. Apa yang hendak disangkal. 


Jika pihak yang zalim dan ganas itu tidak mahu mengaku tak apa. Apa yang penting mahkamah di Yaumil Mahsyar (Padang Mahsyar) akan mengadilinya. Pada hari itu kaki, tangan dan semua anggota akan bercakap dan tuan empunya diri tidak boleh melepaskan diri lagi. Tunggulah Hari Pembalasan nanti....orang yang kena zalim akan menuntut dan Allah akan membalasnya walaupun keganasan dan kezaliman itu sebesar zarah atau atom sekalipun.

Adakah kita tidak takut kepada pembalasan Allah. Sudahlah kita melakukan kezaliman selepas itu tidak mahu mengaku dan berani membuat penipuan dan fitnah orang lain pula!!!!!!!!!!!!

20 July 2011

Politik Baru : BN semakin layu dan mereput

Politik baru ialah politik di mana rakyat adalah tuan atau 'boss' kepada kerajaan bukan kerajaan yang berkuasa sepenuhnya kepada rakyat. Apa yang berlaku selama ini rakyat begitu takut kepada kerajaan sehingga apa sahaja program dan rancangan kerajaan semuanya dikira bagus dan tidak mendapat tentangan dari rakyat. Akhirnya oleh kerana budaya ini terus menjalar maka pemimpin kerajaan terus mabuk dan kemaruk kuasa melakukan apa sahaja untuk mengkayakan diri sendiri dan kroni masing-masing.

Politik Baru nampaknya kian difahami oleh rakyat Malaysia. Buktinya walaupun diugut, diancam dan disekat dengan pelbagai cara oleh kerajaan dan pencacai kerajaan, rakyat tetap keluar menuntut hak supaya pilihanraya Malaysia dijalankan secara telus, adil dan professional. 9 Julai baru-baru ini menjadi bukti terbaru bahawa Politik Baru kian diterima dan Politik Lama dewaan Umno/BN semakin mereput.

Rakyat Malaysia diharapkan terus menyemarakkan lagi kesedaran tentang kepentingan Politik Baru yang tidak mengenal perkauman, agama dan bangsa. Apa yang penting kerajaan dan pemimpin yang memerintah mestilah meletakkan kesejahteraan rakyat sebagai asas kepada pemerintahan mereka.

Masa depan Politik Baru kian cerah dan Politik Lama yang dijiwai Umno/BN kian longlai dan lambat laun akan berkubur. Oleh kerana itulah kita lihat pelbagai rintangan dan dakyah dilemparkan kepada pendukung Politik Baru kebanyakannya didokongi pengundi muda. Tohmahan, fitnah dan pembohongan bergentayangan di media pencacai ................

Pendedahan 3 : Pengundi berumur 116 tahun masih ada dalam daftar pemilih?

Umur pengundi yang bernama Lee Ah Tin ini samada 16 tahun atau 116 tahun tidak kita ketahui.


Tetapi untuk melayakkan dirinya menjadi Pemilih Berdaftar beliau mesti berumur 116 tahun bukan 16 tahun. 

Dari nombor Kad Pengenalannya, beliau lahir pada tahun 1895 dan umurnya 116 tahun. Persoalannya adakah beliau ini masih hidup kerana jarang sekali rakyat kita berumur lebih dari 100 tahun.


Jika beliau lahir pada 1995 maka umurnya baru 16 tahun dan sudah pasti tidak layak mengundi. SPR mesti memberikan jawapannya mengapa pengundi berumur 16 tahun boleh ujud dalam daftar pemilih atau benarkah Lee Ah Tin masih ujud sedangkan umurnya sudah menjangkau 116 tahun.

SPR SILA JAWAB. !!!

(Sila klik pada imej untuk mendapat gambar yang lebih besar).

Ambiga sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab?

PAS menyifatkan pihak yang membantah PAS menyokong perhimpunan Bersih 2.0 dengan alasan ia dipimpin oleh bukan Islam iaitu Datuk S Ambiga sebagai buta sejarah Islam.

"Nabi Muhamad saw menyertai perjanjian Al Fudul di Mekah untuk membantu mereka yang dizalimi ketika Nabi belum menyebarkan Islam. Dan Baginda berkata dalam satu hadisnya, sekiranya ia berlaku lagi (semasa sudah menyebarkan Islam), aku akan menyertainya.

"Jadi berdasarkan sejarah ini, orang yang kata kat PAS itu tidak tahu sejarah Islam sebenarnya," kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam wawancara khasnya dengan Harakahdaily dan Harakah.

Beliau mengulas kenyataan ramai pemimpin BN khasnya di kalangan blogger Umno yang mempertikaikan  PAS yang menyokong perjuangan Bersih 2.0 yang dipimpin oleh Datuk S Ambiga.

Mereka membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Ambiga dan mengecam PAS yang menyokong dan menyertai perhimpunan Bersih 2.0 9 Julai lepas.

Turut menyertai perhimpunan itu dan ditangkap polis adalah Abdul Hadi sendiri yang terpaksa naik 'black maria' polis dan dibawa ke balai polis Jinjang bersama mangsa tangkapan yang lain.

Menurut Abdul Hadi, semasa Nabi belum menyebarkan Islam, bapa saudara beliau telah mengajaknya bertemu dengan para pemimpin Arab ketika itu di rumah Abdullah Al Judaan di kota Mekah.

Ia turut disertai sama oleh Abu Jahal dan Abu Lahab iaitu dua pembesar Quraisy ketika itu yang banyak menentang perjuangan Islam yang dibawa baginda.

Perjanjian yang dinamakan Al Fudul itu adalah bertujuan untuk mengikat janji bagi mempertahankan mereka yang dizalimi.

Selepas sudah menyebarkan Islam, Baginda menceritakan peristiwa ini kepada para Sahabat Baginda dan berkata, jika perjanjian sebegitu berlaku lagi, Baginda akan menyertainya.

"Saya yakin, Datuk Ambiga adalah profesional yang adil. Begitu juga Tan Sri Samad Said. Takkan mereka sama dengan Abu Jahal dan Abu Lahab. Jadi apa salahnya kita bersama-sama memperjuangkan kebaikan yang ingin dibawa oleh Bersih 2.0 pimpinan mereka," beritahu Abdul Hadi dalam wawancara itu.


Kita mengharapkan pemimpin Umno/BN dan sesiapa yang termakan dengan hujah buta sejarah mereka berfikir dengan matang dan terbuka dalam hal ini. Penjelasan Presiden PAS ini sudah cukup kuat untuk menjawab segala tohmahan media pencacai Umno/BN tentang Ambiga dan perjuangan Bersih.

Canister FRU sama dengan yang digunakan Israel???

Tahukah anda bahawa Canister yang digunakan oleh FRU semasa perhimpunan BERSIH 2.0 sama dengan yang digunakan oleh tentera regim Yahudi Israel.

Ciri-cirinya ialah :-

  • Mengandungi bahan kimia yang menjejaskan sistem saraf
  • Dibekalkan oleh Federal Laboratories Inc kepada Tentera Israel
  • Boleh menyebabkan kecederaan mata, paru-paru dan penyakit kulit
  • Beberapa penduduk Palestin terbunuh disebabkan canister ini.
Anda boleh menilai sendiri betap kejam dan zalimnya pihak menggunakan canister ini ke atas rakyat yang berhimpun secara aman tanpa sebarang senjata dan tidak melawan.

Sumber : Suara Keadilan

Sorotan Isu : Sebahagian dari RM600,000 duit rakyat dibazirkan semasa pelancaran Tugu 1Malaysia di Melaka?


RM600,000 duit rakyat digunakan untuk menyediakan makanan kepada pengunjung Program Pelancaran Tugu 1Malaysia oleh Perdana Menteri 4 Februari lalu. 

Pada program tersebut kerajaan negeri Melaka menjangkakan lebih 50,000 rakyat akan hadir untuk memeriahkan program tersebut namun jumlah tersebut tidak mencapai sasaran walaupun pelbagai hadiah menarik disediakan untuk pengunjung.

Ratusan ribu duit rakyat dibazirkan kerana makanan tidak habis dan dibazirkan begitu sahaja. Akibatnya satu Treler makanan terpaksa dibuang?

Cabutan bertuah berupa sebuah kereta dan hadiah-hadiah lain masih tidak mampu untuk menarik minat rakyat untuk datang. 

Sorotan Isu : Tugu 1Malaysia semakin usang RM350,000 duit rakyat hangus

Tugu 1Malaysia yang dibina sempena lawatan Najib Razak 4 Februari lalu, sudah semakin usang dan menanti masa untuk rebah menyembah bumi. Tugu yang dibina dengan harga RM352,000 itu ternyata membazir dan tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat.

Jika ditinjau dari segi pembinaannya iaitu bahan-bahan binaan, upah pembinaan dan sebagainya harga sebenar tugu itu tidak sampai RM100,000. Malah seorang kontraktor binaan yang tidak mahu namanya disiarkan memberitahu bahawa jika beliau dibayar dengan RM100,000 untuk membina tugu itu sudah tentu beliau sudah untung besar. Ini bermakna kos pembinaannya jauh lebih rendah dari RM100,000 memandangkan bahan binaannya terdiri dari papanlapis dan besi-besi biasa sahaja.

Tetulang-tetulangnya sudah berkarat dan reput hanya menunggu masa untuk runtuh. (Gambar)


Tugu 1Malaysia tersebut dibina daripada tetulang besi dengan ketinggian 17.7 meter dan lebar 9.1 meter yang dibaluti dengan kanvas pada bahagian depan dan belakangnya dengan asasnya diperbuat daripada konkrit.

Manakala pada bahagian kiri kanannya ditutup dengan menggunakan aluminium nipis dan lantai pentas kecil di hadapannya ditutup dengan kayu lapis nipis beserta 15 unit tiang bendera di tepi tugu tersebut.

Satu lagi pembaziran berlaku dan rakyat dimangsakan dahulu kerana kos pembinaannya sudah tentu menggunakan duit rakyat.

Perkara ini pernah didedahkan oleh pimpinan DAP dan beberapa orang blogger sebelum ini.

RM100,000 dibazirkan untuk cetak Melaka Hari Ini

Sejumlah RM100,000 duit rakyat dibazirkan untuk mencetak akhbar Melaka Hari Ini yang antara lain memuatkan berita-berita tentang Umno/BN yang tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan negeri. Akhbar ini juga tidak mendapat sambutan di mana jumlah jualannya sangat rendah sehingga ianya terpaksa diberi secara percuma kepada pembaca.

Sebagai contoh semasa kempen Pilihanraya Kecil Merlimau tidak lama dahulu, akhbar ini banyak memuatkan berita-berita tentang Umno/BN yang tiada kena mengena dengan rakyat.

Kita yakin rakyat tidak redha dengan penggunaan duit mereka untuk menerbitkan sebuah akhbar yang menjadi pencacai kepada Umno/BN

19 July 2011

Ceramah Panas Dr Dzulkefli Ahmad di Kg Musai, Bukit Baru malam ini

Dr Dzulkefli Ahmad, Ahli Parlimen Kuala Selangor yang juga AJK PAS Pusat akan menyampaikan ceramah umum di Kg Musai, Bukit Baru jam 9.00 malam ini. 
Ceramah ini dijangka hangat kerana banyak isu semasa yang akan dikupas oleh beliau. Antara isu yang pasti dikupas oleh beliau ialah Isu BERSIH 2.0, Isu Pusat Hiburan, Isu Najib dan sebagainya.

Seluruh penduduk negeri Melaka dijemput hadir.

Ketua Pengarah IKIM mesti LETAK JAWATAN kata isu MAKSIAT isu REMEH TEMEH

NONEKetua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) Nik Mustapha Nik Hassan berkata di sebalik isu larangan operasi pusat hiburan pada Ramadan di Kedah, umat Islam patut menumpukan perkara yang lebih besar, khususnya berkaitan ekonomi.


"Senario kita adalah menumpukan kepada perpaduan untuk majukan negara kita. Cabaran luar negara terlalu banyak, soal ekonomi.


"Soal ekonomi yang merisaukan saya sebagai seorang ahli ekonomi. Kita jangan buang masa terhadap perkara-perkara yang remeh-temeh, mari kita teruskan (usaha) untuk membina negara kita," katanya dalam sidang media di ibu negara hari ini yang saya petik dari Malaysiakini.


Kenyataan beliau ini merupakan sesuatu yang amat malang bagi umat Islam kerana seorang Ketua Pengarah Organisasi yang berlabelkan Islam menyatakan ISU MAKSIAT SEBAGAI REMEH TEMEH. Apakah beliau tidak sedar bahawa maksiat adalah dilarang oleh Islam dan Allah menegaskan supaya umat Islam WAJIB mencegah Kemungkaran dan Maksiat.

Sebagai seorang yang bertanggungjawab dengan apa yang diperkatakannya, saya minta Nik Mustapha supaya meletakkan jawatan dan memberikan amanah itu kepada orang lain yang lebih faham Islam dan mempunyai ilmu Islam yang lebih luas. Jangan kita berselindung di sebalik nama Islam tetapi kita mengeluarkan kenyataan yang mengelirukan dan menunjukkan kita jahil tentang Islam.

Anugerah JUARA LOMPAT KATAK

Cepat sebelum terlambat. Siapa yang ingin memenangi anugerah JUARA LOMPAT KATAK. Dunia sudah terbalik. Universiti pun boleh tertipu dengan helah dan kelicikan Presiden Perkasa(M) sehingga hendak menganugerahkan hadiah kepada pelajar yang memenuhi kriteria JUARA LOMPAT KATAK.


Antara kriteria lain pelajar tersebut:

-Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus.-Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.-Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM.

Ternyata pimpinan IPT sekarang ini tidak idea sehingga Idea untuk menganugerahkan JUARA KATAK LOMPAT pun diterima dengan mudah.

Pendedahan 2 : SPR Menipu??? Nama sama, No Kad Pengenalan sama - ada 2 tempat mengundi berlainan

Seorang pengundi bernama Asia Binti Osman bernombor Kad Pengenalan lama 5962350 mempunyai 2 tempat mengundi yang berlainan satu di Dun Taboh Naning dan satu lagi di Dun Ayer Limau kedua-duanya dalam Parlimen Masjid Tanah.

Namanya hanya dibeza dengan perkataan 'Binti' dan satu lagi 'Bt". Inilah penipuan SPR yang tidak boleh disangkal lagi?


(SILA KLIK DI ATAS IMEJ UNTUK MELIHAT DENGAN JELAS).

Pendedahan 1 : Pengundi yang sama boleh mengundi di 2 Dun berlainan?

Seorang pengundi yang mempunyai nombor kad pengenalan lama 6830901 yang SAMA mempunyai 2 nama yang hampir serupa cuma ejaan yang berlainan. Yang pertama Daud Bin Mohd mengundi di Dun Asahan , Parlimen Alor Gajah dan kedua Daud Bin Mohamad mengundi di Dun Bemban, Parlimen Jasin.

Bagaimana orang yang berlainan mempunyai no kad pengenalan yang sama???

Mungkinkah beliau ini orang yang sama dan boleh mengundi dua kali. Dun Bemban dan Dun Asahan terletak tidak jauh antara satu sama lain dan memang tidak menjadi masalah untuk orang yang sama mengundi pada hari yang sama.

(KLIK  ATAS IMEJ UNTUK MENDAPATKAN IMEJ LEBIH BESAR)

Kelab Permotoran Alternatif di tubuh di Melaka

Alternative Riding Club (ARC) Negeri Melaka dilancarkan oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari di Merlimau pada 16 Julai lalu.

Dalam ucapan perasmiannya, Adly berkata PAS Negeri Melaka menyokong sepenuhnya usaha baik Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka melancarkan Alternative Riding Club (ARC) peringkat negeri Melaka, dalam usaha mendekati anak-anak muda yang dahagakan program-program sukan dan rekreasi alternatif.

"Program seperti ini menjadi alternatif kepada program sedia ada yang dianjurkan oleh pihak lain yang kadang-kadang tidak mengambil kira aspek akhlaq, solat dan pergaulan bebas".

"Sebaliknya PAS menyediakan program yang lebih bersepadu yang sesuai dengan jiwa kepemudaan dan pada masa yang sama tidak menyimpang dari batas akhlaq dan kewajipan mereka sebagai seorang Islam" ujar Adly.


Program anjuran Lajnah Seni, Budaya dan Sukan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka ini merupakan program yang julung kali di adakan. Sebelum ini Kelab ARC ini telah ditubuhkan di semua negeri-negeri lain.

Pengerusi ARC Melaka, Jauhar Md Dawi berkata kelab ini diwujudkan sebagai alternatif kepada program sukan dan rekreasi yang ada di dalam negara kita sekarang.

"Ia menjadi wadah kepada kreativiti anak muda, serta mampu menyatukan anak muda atas nama hiburan sukan permotoran"

"ARC akan berusaha sedaya upaya untuk menarik minat anak muda di negeri ini untuk bersama-sama menyertai sukan permotoran alternatif yang dianjurkan oleh Pemuda PAS" ujar Jauhar.

Pelancaran ARC Negeri Melaka berlangsung dengan meriah di mana ianya dihadiri oleh Presiden Kelab ARC,  Yasir Said yang juga merupakan bekas juara Cup Prix Malaysia.


Pada program tersebut seramai hampir 70 orang mendaftar sebagai ahli baru kelab ARC Melaka.

18 July 2011

Gempar : DAP keluar Pakatan Rakyat?

DAP keluar Pakatan Rakyat (PR)? Itulah yang diharapkan oleh Umno/BN. Isu terbaru yang melibatkan enakmen hiburan sekali lagi menggegarkan hubungan PAS dan DAP di Kedah. Isu ini bukan sahaja melibatkan PR Kedah.

Setiausaha Publisiti DAP kebangsaan Tony Pua mencadangkan partinya keluar Pakatan Rakyat ekoran isu penguatkuasaan penuh Enakmen Hiburan dan Tempat-tempat Hiburan 1997 melarang operasi pusat-pusat hiburan di Kedah sepanjang bulan Ramadan.

Perkembangan menyebabkan Umno/BN senyum lebar sampai ke telinga. Namun ianya hanya sebentar sahaja kerana ternyata matang dan professional dalam menjalinkan hubungan tidak sebagaimana BN yang menggunakan  strategi ugut, umpan dan rasuah untuk mengekalkan perpaduan dalam BN.


Akhirnya Penasihat DAP Lim Kit Siang hari ini mengetepikan tanggapan bahawa partinya akan meninggalkan Pakatan Rakyat ekoran kemunculan semula konflik dengan PAS sambil menegaskan, partinya tidak mempertimbangkan idea mengenainya dengan serius.

Pemimpin veteran itu menolak andaian bahawa PAS telah membelakangkan DAP apabila ia memutuskan untuk menguatkuasakan sepenuhnya enakmen yang melarang operasi pusat hiburan ketika bulan Ramadan.
Sebaliknya kata beliau, kerajaan negeri telah menunjukkan sikap tolak ansur dan kesediaan untuk menyelesaikan konflik menerusi perundingan.
“Isu ini menunjukkan kesediaan kepimpinan Pakatan Rakyat untuk berbincang dan menyelesaikan masalah-masalah yang wujud, berbeza daripada Umno,” kata beliau kepada The Malaysian Insider.
“Salah faham sebenarnya mengenai enakmen 1997 yang diluluskan oleh Barisan Nasional (BN). Enakmen itu memberi kesan ke atas hak dan sensitiviti bukan Islam, tetapi kini ia sudah dibetulkan,” kata Lim.
Lim mengakui bahawa isu itu telah menyinggung ramai ahli PAS dan DAP, tetapi mengakui bahawa masalah tersebut telah diselesaikan dengan baik menerusi penyelesaian menang-menang oleh kedua-dua parti.

Mengapa susah sangat hendak sahkan kematian Allahyarham Baharuddin

Mengapa sehingga sekarang pihak berkuasa masih belum mengumumkan laporan rasmi Post Mortem kematian Pejuang Bersih Allahyarham Baharuddin Ahmad. Walaupun sudah 9 hari peristiwa itu berlaku keluarga Allahyarham masih belum berpuashati dengan sebab sebenar pemergian Allahyarham ke alam baqa'.

Mengapa begitu susah pihak berkuasa yang dikatakan cekap, telus, amanah, cepat dan hebat menjalankan kerja, hendak mengeluarkan kenyataan rasmi atau menyerahkan laporan kepada keluarga Allahyarham sehingga memaksa keluarganya membuat laporan Polis.

Hari ini Malaysiainsider melaporkan bahawa  keluarga Allahyarham memberi tujuh hari kepada kerajaan pusat untu mengadakan prosiding khas menyiasat punca kematian ahli PAS itu.
Menurut balunya Rosni Melan, 55, tempoh tujuh hari itu berkuat kuasa sejak semalam.
Selain itu, Rosni yang juga Ketua Wanita PKR Setiawangsa memberitahu beliau juga berharap agar peserta yang menyaksikan insiden yang menimpa suaminya itu agar tampil memberikan maklumat.
“Kami memohon dan berharap agar saksi-saksi yang berada dan mengetahui apa yang sebenarnya berlaku pada hari itu sehingga menyebabkan kematian beliau tampil menolong kami untuk mencari kebenaran dan keadilan.
“Kami telah membuat laporan polis semalam dan memohon agar satu prosiding khas bagi satu siasatan mengenai kematian beliau dibuat dalam masa tujuh hari dari tarikh laporan dibuat,” katanya pada sidang media di sini.
Jelas Rosni, peguam keluarga juga akan mengambil tindakan susulan sekiranya Putrajaya enggan berbuat demikian.
“Peguam kami sedang mengkaji dan akan membuat tindakan susulan dalam perkara ini,” katanya.
Ditanya mengenai langkah polis yang mahu mengadakan pasukan bebas khas untuk menyiasat kematian suaminya, Rosni bagaimanapun enggan memberi sebarang komen berhubung perkara itu.
“Tiada komen,” jawabnya ringkas.

Gambar Palsu : Razak Endut saman media yang fitnah beliau


Ahli Unit Amal, Abdul Razak Endut yang gambarnya dimanipulasi oleh media seolah-olah membawa pisau dan melontar batu ke arah pihak berkuasa akan menyaman pihak terbabit kerana memfitnahnya.

Difahamkan beliau akan menyaman pihak terbabit melalui peguamnya tidak lama lagi. 

Beliau juga menegaskan bahawa beliau memegang bendera Malaysia dan membaling 'canister' ke arah rumputnya bukannya membaling batu dan memegang pisau seperti yang dinyatakan oleh media pada 10 Julai lalu.

Abdul Razak berkata demikian pada ceramahnya di Taman Melewar baru-baru ini. 

Pada ceramah tersebut beliau juga menunjukkan wajahnya yang sebenar kepada hadirin.

Razak ialah seorang ahli Unit Amal berasal dari Temerloh. Saya sendiri telah lama.mengenali beliau 

Lanjutan operasi pusat hiburan : Pemuda Melaka kesal dengan sikap kerajaan BN Melaka

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka kesal dengan sikap dan tindakan Kerajaan negeri Melaka atas keputusan untuk melanjutkan tempoh operasi pusat hiburan sehingga ke 3 pagi. 

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Muhammad Aizat Baharuddin berkata tindakan tersebut suatu yang amat malang buat umat Islam di saat umat Islam hari ini semakin jauh dari pegangan agama.

"Ketua Menteri, Datuk Ali Rustam perlu sedar tindakan melanjutkan operasi pusat hiburan lebih banyak mendatangkan mudarat."

"Ianya  mengalakkan maksiat berlaku dengan lebih berleluasa dengan memberi ruang kepada rakyat khususnya orang Islam berkunjung sehingga lewat malam." ujar Aizat.

Beliau berkata sikap ini jelas menunjukkan bahawa Kerajaan Melaka di bawah Barisan Nasional gagal membimbing rakyat kepada panduan hidup bersyariat.

"Ianya juga di lihat berlawanan dengan sikap kerajaan Kedah yang mengajar rakyatnya agar tidak terjebak kepada maksiat dengan mengharamkan pusat hiburan kepada orang Islam."

"Gegala keruntuhan moral anak muda hanya di benteras setelah berlaku bukan membenteras sebelum berlaku. Sebagai contoh Sekolah Harapan yang di bina setelah anak muda terlajur." tambah Aizat.

"Adakah kerajaan negeri mahu menambahkan lagi bilangan pelajar di Sekoalah Harapan ini?" soal Aizat.

Menurut Aizat, Dewan Pemuda PAS Melaka menggesa agar kerajaan negeri Melaka mempertimbangkan lanjutan operasi pusat hiburan ini.

"Jangan hanya fikirkan soal keuntungan semata-mata. Fikirkan soal agama dan maruah anak bangsa pada masa hadapan."

"Dewan Pemuda PAS Melaka juga berharap Jabatan Agama Islam dan para agamawan dapat menegur dan tidak hanya diam membisu." kata beliau dalam kenyataannya kepada Harakahdaily pagi ini.

Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka baru-baru ini telah memutuskan untuk melanjutkan tempoh masa operasi pusat hiburan di negeri itu dari sekitar jam 1 pagi hingga ke 3 pagi.

Jeti Roboh : Kesian Exco

JASIN, 15 Julai -- Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (kanan) melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, dekat Bemban.
Turut serta Anggota Dewan Undangan Negeri Bemban Chua Kheng Hua (kiri).



TERJATUH... Beberapa petugas Jabatan Perikanan Melaka membantu Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Datuk R.Perumal (dua kanan) naik ke tebing selepas terjatuh ke dalam sungai bersama beberapa jemputan ketika melepaskan benih anak ikan Lampam ke dalam Sungai Tehel, di sini, hari ini. Sebanyak 20, 000 ekor benih ikan dilepaskan pada program tersebut.


Kita nasihatkan kepada penganjur lain kali kalau mahu mengadakan sebarang progrma periksa dahulu semua kelengkapan supaya insiden memalukan seperti ini tidak berlaku. 


Sumber : BLog pulakdah.

Isu hiburan : PAS tunduk pada DAP?

NONE
Media pencacai sudah tentu akan memainkan isu bahawa PAS tunduk kepada DAP sehingga menarik balik tindakan penutupan pusat hiburan pada bulan Ramadhan. Perkara sudah tentu akan dijadikan isu baru untuk menyerang PAS Kedah yang mereka katakan tidak konsisten sedangkan BN lah sebenarnya yang tidak menguatkuasakan enakmen negeri 1997 yang memerlukan bar, disko dan kelab karaoke ditutup pada bulan Ramadan yang diluluskan oleh BN sendiri pada tahun tersebut.


Enakmen itu seolah-olah hanya menjadi gajah putih di mana BN tidak pernah pun menggunapakai enakmen itu lantaran takut kepada MCA, MIC dan Gerakan.

Kerajaan PR Kedah sebaliknya telah mengambil langkah drastik mahu menguatkuasakan enakmen itu. Apabila ianya dibantah oleh rakyat kerajaan Kedah sedia untuk berbincang dan bukannya mengambil jalan untuk menutup pintu rundingan. 


Setiausaha Politik Menteri Besar Kedah, Mohammad Sanusi Mohd Nor memberitahu AFP bahawa kontroversi tersebut telah diselesaikan selepas Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak bertemu pengendali premis hiburan hari ini, dan bersetuju mereka beroperasi selagi mereka memastikan tidak ada orang Islam memasuki premis mereka pada bulan puasa.

Sementara itu, dalam satu sidang akhbar di Ampang hari ini, rce the shut down.setiausaha politik Azizan, Mohd Sanusi Md Nor memberitahu pemberita bahawa kerajaan negeri bersetuju untuk tidak menguatkuasakan penutupan premis hiburan sepanjang bulan Ramadhan.Katanya, keputusan itu dibuat selepas pengendali berkenaan secara sukarela bersetuju lesen mereka dibatalkan jika umat Islam ditemui di premis hiburan mereka dalam bulan Ramadan.Menurutnya, jumlah sebenar operator pusat hiburan terbabit mungkin lebih rendah daripada yang dipetik.


Ternyata kerajaan negeri Kedah lebih terbuka, matang dan professional dalam menguruskan isu yang melibatkan rakyat bukannya bertindak melulu tanpa mengambil kira kepentingan dan kesejahteraan rakyat.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter