12 May 2020

SIARAN LANGSUNG SIDANG DEWAN UNDANGAN NEGERI

Siaran Langsung sila Klik Di sini

DI SAAT KITA BERPERANG DENGAN COVID-19 PN TETAP PENTINGKAN KUASA

Di saat negara dan rakyat berperang dengan COVID-19, Perikatan Nasional tetap mementingkan kepentingan politik bagi mendapatkan kuasa. Usaha demi usaha dilakukan untuk merampas kuasa secara tidak bermoral dengan cara mendapatkan sokongan dari Adun-Adun atau Ahli Parlimen supaya menyokong mereka. Terbaru kerajaan PH Kedah bakal tersungkur apabila 2 Adun PKR iaitu Azman Nasruddin dan Robert Ling mengisytiharkan mereka bukan lagi ahli PKR dan menyokong Muhyiddin Yassin. Pada satu masa mereka menggesa PH supaya tidak berpolitik di peringkat nasional khususnya pada Sidang Parlimen 18 Mei ini, tetapi pada masa yang sama mereka tidak putus-putus berusaha merampas kuasa di Kedah. Inilah sikap sebenar PN yang langsung tidak peka dengan masalah rakyat dan negara. Media sebentar tadi melaporkan bahawa dua adun PKR di Kedah, Dr Robert Ling Kui Ee (Sidam) dan Azman Nasrudin (Lunas) mengumumkan keluar daripada parti itu. Dalam satu sidang media bersama tengah hari ini, Ling berkata beliau telah hilang keyakinan terhadap kepimpinan presiden Anwar Ibrahim. Azman pula berkata keputusan itu dibuat setelah membuat pertimbangan secara mendalam. Pengumuman itu sudah dijangka dengan seorang pegawai Ling memberitahu media bahawa kedua-duanya akan mengadakan sidang media berkenaan "kedudukan" dalam kerajaan negeri. Dengan pengumuman Ling dan Azman itu, Menteri Besar Mukhriz Mahathir kini mempunyai 17 kerusi di DUN dan pembangkang pula 19 kerusi. Pada masa sama, Perikatan Nasional (PN) Kedah turut mengeluarkan satu jemputan “sidang media khas”, dijadualkan berlangsung jam 3 petang ini di Kompleks PAS Kedah. Minggu lalu, Pesuruhjaya PAS Kedah Ahmad Yahaya membuat kenyataan bahawa perubahan kerajaan negeri Kedah “sudah tidak dapat dielakkan lagi” dan mendakwa PH tempang di Kedah dan hilang majoriti. Malah, Ahmad turut menyatakan bahawa pihaknya bersedia untuk menerajui pentadbiran Kedah. Mukhriz yang juga timbalan presiden Bersatu, mengekalkan kerajaan PH di Kedah meskipun presiden parti Muhyiddin Yassin telah membawa Bersatu keluar daripada gabungan itu untuk membentuk PN bersama-sama BN, PAS, GPS dan wakil bebas. Mukhriz mencabar Muhyiddin untuk jawatan presiden dalam pemilihan parti yang kini tertangguh gara-gara Covid-19.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter