05 March 2020

4 ADUN BERSATU SELANGOR SOKONG PH

Empat Adun Bersatu Selangor hari ini mengumumkan pendirian mereka untuk kekal sebagai penyokong Pakatan Harapan (PH) di negeri itu selepas berunding dan mendapatkan pandangan daripada Dr Mahathir Mohamad. Perkara itu diumumkan dalam satu sidang media khas dihadiri Adun Kuang, Sallehuddin Amiruddin; Adun Jeram, Mohd Shaid Rosli; dan Adun Batang Kali, Harumaini Omar. Seorang lagi Adun yang mengambil pendirian sama ialah Adhif Syan Abdullah (Dengkil) tetapi tidak hadir pada sidang media petang tadi. Untuk rekod, Bersatu memenangi lima kerusi di DUN Selangor hasil PRU14 dua tahun lalu. Satu lagi kerusi mereka ialah Selat Kelang yang dimenangi Pengerusi Bersatu Selangor, Abdul Rashid Asari. Sumber : Malaysiakini

PH MELAKA ANJURKAN JELAJAH BERI PENERANGAN PADA RAKYAT

PH Melaka melancarkan program jelajah ke seluruh negeri bagi menerangkan kepada rakyat tentang pengkhianatan 4 Adun yang menyokong Umno/BN bagi menumbangkan kerajaan PH Melaka. Pada 8 Mac ini Jelajah PH ini akan berlangsung di perkarangan Pejabat PKR Negeri Melaka di Gangsa. Antara pimpinan yang akan berceramah pada program ini adalah Haji Mohamamad Sabu, Haji Adly Zahari, Khoo Poay Tiong dan Datuk Abdul Halim Bachik. Sebelum ini beberapa program jelajah ini telah dijalankan sebanyak 3 kali di 3 tempat berasingan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter