.

.

27 August 2016

SALAH LAKU FAM : SILA SIASAT DAN DAKWA PEMIMPIN TERBABIT????

Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim hari ini menyerahkan pendrive mengandungi butiran laporan mengenai dakwaan ketirisan dan salah laku dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) kepada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
Dalam satu kenyataan ringkas disiarkan di Facebook Johor Southern Tigers hari ini, Tunku Ismail atau popular dengan gelaran TMJ berkata baginda memutuskan untuk menyerahkan pendrive itu kerana tidak lagi mempunyai sebarang masalah dengan FAM.
Awal hari ini, TMJ berkenan menerima kunjungan Khairy di Istana Bukit Pelangi, Johor Baru.
“FAM bukanlah masalah baginda. Baginda hanya ingin menjaga kelab kecilnya, JDT,” menurut kenyataan di Facebook itu hari ini.
Bulan lalu, TMJ mendakwa baginda memiliki maklumat, disimpan dalam pendrive – terima kasih kepada “rakan berpangkat tinggi’ – yang menurutnya dapat memberikan maklumat salah laku FAM.
Maklumat itu termasuk aktiviti dalam FAM, ketirisan penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia, orang-orang media yang FAM selalu gunakan termasuk bekas-bekas pemain di Malaysia, duit kelab yang diambil FMLLP dan diberikan kepada FAM serta laporan audit yang merepek.
Kita mengharapkan salah laku ini disiasat dengan terperinci bukannya oleh Khairi Jamaluddin tetapi oleh badan penguatkuasa seperti SPRM dan Polis. Salahlaku seperti ini tidak boleh dibiar dan didiamkan. Salahlaku inilah yang memusnahkan negara dan tamadun bangsa.

Sumber : FMT

JURUTERA OIL & GAS MASIH MENGANGGUR APA INDIKASINYA???

Pada 1 Mei tahun ini, ketika seluruh dunia menyambut sumbangan pekerja, Rosdi Che Harun dengan rasminya menjadi seorang penganggur.
Bekas jurutera operasi Petronas ini merupakan antara beribu-ribu kakitangan sektor minyak dan gas (O&G) yang terpaksa menjalankan pembuangan staf secara besar-besaran berikutan kejatuhan harga minyak sedunia, sementara bonus dan kenaikan gaji dibekukan bagi mereka yang bernasib baik mengekalkan jawatan.
Dalam sekelip mata, mereka yang bergelar “jurutera O&G” yang selama ini dibayar gaji lumayan menjadi sebahagian daripada statistik penganggur dan terpaksa menceburkan diri dalam bidang lain sementara menunggu pasaran minyak pulih.
Kini, selepas 4 bulan, Rosdi yang berasal dari Terengganu masih bergelut mencari kerja.
Malah beliau terpaksa menjual rumah kedua di Shah Alam yang dibeli menerusi program pinjaman Petronas, selepas diberi masa 6 bulan untuk menjelaskan baki pinjaman.
Beliau menerima pakej pemisahan sukarela (VSP) dari Petronas pada April lalu, di mana pengurusan memberikan masa 2 minggu untuk menimbangkan perkara itu.
“Mereka berkata tidak tahu apa yang akan berlaku kepada pekerja yang menolak VSP. Atas ketidaktentuan itu, saya akhirnya terima,” katanya kepada FMT.
Pada 1 Mac lalu, Petronas mengumumkan penilaian strategik untuk kecekapan operasinya dalam menghadapi cabaran industri minyak dan gas, yang antaranya menyebabkan lebihan lebih 1,000 jawatan.
Apa indikasinya apabila ramai pekerja dibuang atau diberhentikan secara sukarela. Tidakkah ini menggambarkan negara berada dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu sehingga banyak kilang-kilang ditutup, firma-firma memberhentikan pekerja dan pengangguran semakin meningkat.

Sumber : FMT

PAS SIBUK : TAK SERTAI HIMPUNAN TANGKAP MO1

PAS tidak memberi sebarang arahan kepada ahlinya untuk turun ke demonstrasi #TangkapMO1 anjuran mahasiswa esok, kata Ketua Dewan Ulama.
Ini kerana parti Islam itu terbabit dengan acara lain, kata Datuk Mahfodz Mohamed dipetik dari portal FMT
“Yang saya tahu tidak ada apa-apa arahan daripada PAS untuk menyertai demonstrasi #TangkapMO1. Esok kita ada program sendiri,” katanya ketika dihubungi FMT.
Pemberita tidak sempat bertanyakan mengenai program yang disebutkan itu.
Tunjuk perasaan #TangkapMO1 dianjurkan bagi mendesak pihak berkuasa untuk mengenalpasti dan mendakwa individu yang dirujuk sebagai Malaysian Official 1 (MO1) dalam tuntutan penyitaan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ).
Dalam tuntutan itu, DoJ mahu merampas aset yang “terbabit dalam atau boleh dikesan kepada suatu pakatan antarabangsa untuk mengubah wang yang dilesapkan daripada 1MDB”.
Tak apalah PAS sibuk. Mereka merasakan program itu tidak memberikan sebarang makna kepada mereka dan rakyat Malaysia sebab itu mereka enggan menyertainya. Kepada anak muda dan mahasiswa inilah pendirian PAS sekarang .............fikirkanlah.

26 August 2016

JERUNG DAN PIPIT DAH KENA, PAUS DAN ENGGANG BILA LAGI

Sejak akhir-akhir ini menteri-menteri dan orang besar semua bersih dari rasuah dan penyelewengan. Tidak seperti zaman Tunku dan Tun Razak serta Tun Hussein di mana ramai yang dicekup BPR ketika itu.

Itulah bezanya ......Hari ini Bernama melaporkan seorang pengarah urusan sebuah syarikat berkaitan kerajaan bergelar Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), dipercayai atas kesalahan salah guna kuasa dan terlibat rasuah.

Pengarah Siasatan SPRM Datuk Azam Baki berkata lelaki itu ditahan hari ini di pejabatnya iaitu sebuah syarikat perbankan pada 2 petang tadi di ibu negara hasil maklumat orang ramai berhubung salah laku rasuah.

"Dia dipercayai terlibat dalam tender pertukaran sistem bank dan penerbitan buku berkaitan seorang tokoh pemimpin negara.

"Sebanyak RM15 juta telah diberikan kepada sebuah syarikat penerbitan milik orang yang mempunyai kepentingan dengan Datuk tersebut namun sehingga kini tiada sebarang buku yang diterbitkan," katanya ketika dihubungi Bernama.

Susulan itu, SPRM membekukan RM8.1 juta daripada beberapa akaun termasuk milik Datuk terbabit dan beberapa individu lain.

SPRM melancarkan operasi besar-besaran untuk menangkap mereka yang menyalahgunakan kuasa dan mempunyai kehidupan melebihi kemampuan, selaras dengan kenyataan Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli Ahmad, kepada Bernama baru-baru ini yang mahu membersihkan perkhidmatan awam daripada rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.

Pada 15 Ogos lalu, tiga penjawat awam - dua daripadanya bergelar 'Datuk' dan 'Datuk Seri' - ditahan SPRM atas kesalahan rasuah, salah guna kuasa dan pengubahan wang haram.

Ketiga-tiga mereka yang masing-masing berkhidmat di jabatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan syarikat berkaitan kerajaan ditahan di Kuala Lumpur, Melaka dan Kelantan.

SPRM turut membekukan akaun milik ketiga-tiga individu berkenaan melebihi RM13 juta, meliputi wang simpanan dan amanah saham bernilai antara RM1 juta hingga RM6 juta setiap seorang yang ditahan.

Kita tunggu bilalah paus dan enggang pula kena .........

22 August 2016

BETUL KE NAJIB NAK BERHENTI????

Najib Tun Razak berkata beliau akan menyerahkan kerajaan dan parti dalam keadaan yang kuat kepada pemimpin seterusnya bagi meneruskan legasi perjuangan pemimpin terdahulu.

Namun bagi merealisasikan hasrat itu, Najib yang juga presiden Umno menegaskan anggota parti perlu bersikap setia dan tidak menyerang parti walaupun berbeza pendapat dengan kepimpinan semasa parti, lapor Bernama.

"Perjuangan kita melewati pemimpin ... bila bersara nanti saya nak serah kerajaan dan parti (yang kuat). Saya (akan) pesan (kepada pemimpin seterusnya) tolong bawa parti dan kerajaan (menjadi) lebih hebat daripada zaman saya," katanya.

Beliau berucap di majlis pemimpin bersama rakyat dan perasmian persidangan perwakilan Umno bahagian Tumpat di Sekolah Kebangsaan (SK) Kubang Batang, di Tumpat hari ini.

Najib berkata sebab itu beliau menghargai bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan pesanan kepada dirinya supaya membawa lebih banyak kejayaan kepada Malaysia berbanding apa yang beliau (Abdullah) sendiri telah lakukan

Betulkah Najib hendak berhenti? Kami tidak fikir dia hendak berhenti di saat macam-macam isu dikaitkan dengan beliau.

Kenyataa beliau supaya ahli Umno taat pada parti sebenarnya ialah supaya ahlinya tetap taat kepada Najib walau apapun yang berlaku.

Ini adalah sikap yang tidak bertanggungjawab. Sepatutnya sebagai pemimpin beliau mesti menyatakan bahawa ketaatan kepada beliau hanya jika beliau tidak melakukan kesalahan dan ianya tidak mutlak.

Cukuplah Najib jangan perdayakan rakyat dan ahli Umno lagi.

KHALID NORDIN DALAM BAHAYA?


Umno Johor tidak akan melupakan jasa Tan Sri Muhyiddin Yassin di sebalik apa yang berlaku di antara beliau dan Umno.

Menteri Besar Johor, Mohamed Khalid Nordin berkata ini kerana Umno Johor mengamalkan politik yang matangcc dan berpendirian justeru akan terus mendoakan semua orang yang pernah berbuat baik dan berjasa pada parti itu.

“Kita pasti akan mengenangnya. Kita tidak akan melupakan sahabat.

Kenyataan Khalid Nordin amat bahaya kepada karier politik beliau. Tidakkah beliau sedar bahawa sesiapa sahaja yang simpati dan dilihat suka kepada Muhyiddin dan Mahathir sudah tentu dicap sebagai tidak setia kepada Umno atau lebih tepat tidak setia kepada Najib.

Tidak hairan jika Khalid akan digugurkan berikutan kenyataan atas ......mungkin Khalid sudah bersedia gamaknya.

Kita tunggu dan lihat siapa yang kena 

21 August 2016

CILIK AL FATEH MELAKA JUARA KEBANGSAAN

Tadika Cilik Al Fateh (CAF) adalah produk Parti AMANAH Negara yang kedua selepas ARIF. Semalam CAF berjaya mengadakan sukan tahunan pertamanya di Stadium UTM Skudai.

Lebih manis lagi CAF Sg Putat satu-satu CAF di Melaka menjadi juara keseluruhan

Berita penuh klik di SINI


CHONG WEI TEWAS TAJUK MEDIA ESOK

Buletin Utama - LCW hampiri emas

Sinar Harian - Telus & Tulus Malaysia belum mampu rangkul emas

Harian Metro - Lin Dan dirasuah?

Kosmo - Malaysia sekadar dipinggiran Kilauan Emas

Akhbar AMANAH - Syabas Chong Wei anda satukan rakyat Malaysia

Utusan Malaysia - Melayu mesti bangkit dalam sukan Badminton

Harakah -  LCW dan Lin Dan mendedahkan aurat semasa bertukar jersi

Malaysiakini - Kerajaan harus pastikan ganjaran LCW tidak diselewengkan nanti

Astro Awani - Dilemma Emas Olimpik - Dah tahu kalah, kenapa teruskan?

Mastika - Lin Dan dakwa LCW dibantu jin angin

URTV - Kurangnya hiburan membuatkan pasukan Malaysia hampa

Mangga - Walaupun tewas tapi Lin Dan tetap meminang Neelofa

Tamil Nesan - Kenapa bukan India yang masuk final?

Hj Mohd Sabu - Tahniah Chong Wei anda hebat satukan rakyat

Najib Razak - LCW ke final bukti Kerajaan tidak rasis

Anwar Ibrahim - LCW dan Lin Dan berkonspirasi di set kedua

Lim Guan Eng - Kerajaan Pulau Pinang iktiraf LCW

Wan Azizah - LCW sudah ke final, sekarang bebaskan suami saya

Ibrahim Ali - Kenapa tiada langsung pemain badminton Melayu?

Rani Kulup - Kalau LCW tak menang tadi, saya repot Polis!

Majoriti Rakyat Malaysia (Yang Nyata Tidak Patriotik) - Takde Cuti La Ni?

Sultan Melaka - Perak je?!....Beta is Better

Amran Fans - Ape ni? Main macam anaatt je..Patut kalah

Wak Doyok - Kontinjen Malaysia perlu masukkan tempe sebagai sumber protein utama disamping melebatkan misai

Sumber FB Tuan Razak Endut
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter