.

.

17 January 2009

TAHNIAH YB-YB WAHID ENDUT ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada YB-YB Mohd Abdul Wahid Endut di atas kemenangan beliau menumbangkan BN yang bongkak dan sombong di Kuala Terengganu. (2 kali YB).
Kemenangan beliau merupakan kemenangan yang amat manis dan besar ertinya kepada rakyat Terengganu dan Malaysia. Lebih-lebih beliau diberitakan memenangi semua 4 DUN dalam PRK ini. Rakyat Terengganu mula sedar kesilapan mereka memilih BN menjadi kerajaan Negeri pada PRU 2008. Tahniah juga buat rakyat Terengganu di atas kehebatan saudara/i semua berfikir dan menolak parti yang jelas tidak menjaga kedaulatan Islam, Bahasa Melayu dan rakyat.
Diharapkan kerajaan BN dapat memansuhkan PPSMI dengan penolakan rakyat kepada BN kali ini. Juga saya menggesa kerajaan lebih demokratik dan menjaga kebajikan rakyat dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.
Semoga rakyat akan terus memberikan kepercayaan kepada PAS dan PR pada pilihanraya akan datang.

Kepada BN dan pemimpinnya sedarlah bahawa kuasa di tangan rakyat. Rakyat mula sedar bahawa mereka berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin dan parti yang bongkak dan sombong.
Syabas juga buat SPR diatas perjalanan pilihanraya yang baik walaupun banyak lagi yang perlu diperbaiki. Kejayaan mereka mengisytiharkan keputusan lebih awal menggambarkan bahawa SPR di bawah pimpinan Tan Sri Abdul Aziz Yusof jauh lebih baik dari pimpinan Rashit.
Kepada pasukan Polis rakyat mengharapkan jangan duit rakyat dihabiskan untuk tujuan pilihanraya seperti ini. Tidak ada gunanya menghimpunkan sehingga 10,000 anggota untuk bertugas sedangkan rakyat sekarang sudah matang. Banyak duit rakyat dibazirkan untuk menampung keperluan anggota Polis selama hampir 2 minggu di Kuala Terengganu. Walaubagaimana saya mengucapkan syabas kerana Polis berjaya memastikan PRK kali ini berjalan dengan lancar dan baik walaupun ada juga beberapa insiden yang tidak mengembirakan penyokong PAS.

KEPUTUSAN RASMI : PAS MENANG MAJORITI 263I ALLAHU AKHBAR ~ Ref Malaysiakini

Calon PAS memenangi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu dengan dengan majoriti 2,631 undi.

Mohd Abdul Wahid Endut (PAS) mendapat 32,883 undi
Datuk Wan Ahmad Farid (BN) mendapat 30,252 undi.
Azaharudin Mamat (Bebas) mendapat 193 undi.

UTUSAN MELOYA, BERITA HARIAN, RTM DAN TV3, TAK PAYAH SIARKAN KEPUTUSAN PRK KT ~ Ref Malaysiakini

Semua akhbar pengampu dan media penjil#t BN dicadangkan supaya tidak menyiarkan keputusan PRK KT sebab PAS yang menang, Ini kerana mereka memang membenci dan memusuhi PAS dan PR.

Jadi tak perlu mereka siarkan berita kemenangan PAS ini. Lebih baik siarkan kebaikan dan kehebatan BN.

Bagi mereka BN adalah seumpama malaikat tak ada kesalahan, PAS dan PR ini buruk belaka. Hanya rakyat sahaja yang mempunyai otak, media semuanya bagaikan tiada akal fikiran memfitnah dan mentohmah PAS dan PR.

PRK KT : PAS MENANG KT ~ Ref Malaysiakini

Keputusan tidak rasmi yang disampaikan oleh seorang pemimpin kanan PAS menunjukkan PAS menang di kesemua DUN. Allahu Akhbar. Ini juga bermakna PAS berjaya memenangi PRK ini. Kita nantikan keputusan rasminya.
Menurut beliau PAS menang dengan majoriti 1,600 undi. (keputusan tidak rasmi)

Insya Allah keputusan sahih kerana Tuan Guru Presiden PAS sendiri akan membuat sidang akhbar sebentar lagi.




PRK KT : WAHID BERSEDIA UNTUK MEMBERIKAN UCAPAN KEMENANGAN ~ Ref Malaysiakini

Sedangkan calon BN berkira-kira dan berfikir untuk hadir atau tidak pada majlis pengumuman keputusan PRK Kuala Terengganu di Stadium Negeri jam 10.30 malam ini, calon PAS, Hj Mohd Abdul Wahid Endut kemungkinan sedang menarik nafas lega dan sedang mencongak-congak apa isi ucapan ringkas sempenan kemenangan beliau.

Saya meramalkan Wan Farid mungkin tidak hadir kerana malu. Tetapi yang pasti Najib tidak akan hadir kerana beliau lebih malu dari Wan Farid.

PRK KT : NAJIB DAN WAN FARID PUCAT GIGI ~ Ref Malaysiakini

Najib Razak dan calon BN pucat gigi dan muka bertambah pucat kerana PAS terus mendahului pengiraan undi sekarang.
Saya yakin sebentar lagi Najib akan berangkat pulang dan tidak akan hadir pada majlis pengumuman rasmi keputusan PRK Kuala Terengganu yang dijadualkan berlangsung pada 10.30 - 11.00 malam ini.
Selamat Berangkat Pulang wahai 'Santa Klaus Pilihanraya'.

PRK KT : PAS TERUS MELUNCUR KEHADAPAN ~ Ref Malaysiakini

Keputusan tidak rasmi - PAS mendapat 24,604 undi dan BN mendapat 22,380 undi. PAS mendahului dengan majoriti 2,224 undi. Sejumlah 48,842 undi telah dikira sehingga ini.

Jadi kira-kira 20,000 undi sedang dalam pengiraan dan penjumlahan.

PRK KT : PAS MENANG DUN BANDAR ~ Ref Malaysiakini

Pengiraan undi untuk DUN Bandar sudah selesai. Keputusan tidak rasmi menunjukkan PAS menang di DUN tersebut dengan majoriti 190 undi suatu keputusan di luar jangkaan sebelum ini kerana PR kalah kepada calon BN pada PRU 2008 lalu.
Jika benar PAS menang di DUN Bandar ini merupakan permulaan yang baik kerana 2 DUN lain iaitu Batu Burok dan Wakaf Mempelam adalah kubu kuat PAS sementara DUN Ladang kekuatan PAS dan adalah seimbang.
Perkembangan terbaru ini memberikan harapan untuk PAS merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu.
Setakat kira-kira 45,400 undi telah dikira PAS masih mendahului dengan 2,026 undi. Hanya tinggal lebih kurang 20,000 undi belum dikira.

PRK KT : BERITA DARI SUMBER DALAMAN, PAS TERUS MENDAHULUI ~ Ref Malaysiakini

Setelah 43000 lebih undi dikira PAS sedang mendahului dengan 1554 undi.

PRK KT : PAS DAN BN SALING POTONG MEMOTONG ~ Ref Malaysiakini

PAS dan BN sekarang saling potong memotong antara sama lain. Keadaan sangat meruncing dam amat mendebarkan kedua-dua penyokong kedua-dua parti.
PAS diberitakan sedang mendahului dengan majoriti sangat tipis iaitu kira-kira 158 undi. Masih ada 50 % undi masih dalam proses pengiraan.

PRK KT : NAJIB BERANGKAT PULANG AWAL ~ Ref Malaysiakini

Kalau hendak tahu siapa yang antara BN atau PAS ada beberapa petua. Antaranya :-

1) Kalau Najib pulang awal dan tidak datang ke Stadium Negeri itu bermakna BN tewas.
2) Kalau keputusan lambat diumumkan oleh RTM dan TV3 itu maknanya BN tewas
3) Kalau Wan Farid tak muncul di Stadium Negeri malam ini itu maknanya BN tewas. Tapi kadang-kadang ada juga calon BN yang gentleman
4) Kalau petugas BN dan agent pengiraan undi BN muram durja itu tandanya BN tewas

Tunggulah tanda-tanda ini, kalau tanda-tanda ini muncul itu makna kerusi Kuala Terengganu menjadi milik PAS.

PRK KT : HAMPIR 80 % KELUAR MENGUNDI, HARAPAN PAS CERAH ~ Ref Malaysiakini

Tidak sebagaimana PRU 2004 di mana peratusan keluar mengundi di Terengganu 'menggila', PRK Kuala Terengganu menyaksikan peratus keluar mengundi di bawah 80 % menurut angka tidak rasmi SPR.

Jika benar angka ini maka harapan PAS adalah cerah untuk merampas kerusi Parlimen ini kerana kemungkinan besar tiada pengundi hantu yang datang mengundi.

PRK KT : MASA MENGUNDI TAMAT, HARAPAN KITA TERPIKUL DI BAHU COUNTING AGENT ~ Ref Malaysiakini

Masa pengundian telah tamat dan sekarang semua rakyat sedang menunggu keputusan pengiraan yang dijangka dimulakan sebentar lagi.

Proses ini mungkin memakan masa sekitar antara 2 - 4 jam bergantung kepada bilangan pengundi disesuatu saluran dan peti undi.

Sekarang harapan semua rakyat Malaysia terletak di bahu Counting Agent PAS untuk memastikan tiada penipuan dan tipu muslihat semasa pengiraan dan penjumlahan undi nanti.

Saya berdoa semoga Allah melindungi PAS dan petugas PAS dan dihindarkan dari tipu muslihat jahat BN.

Amin

PRK KT : KETUA MENTERI KU KENA 'BOO' ~ Ref Malaysiakini

Ali Rustam bukan sahaja di 'boo' di Melaka di Terengganu pun beliau kena 'boo'. Inilah standard calon Timbalan Presiden Umno. Kalau lain-lain pemimpin Umno jarang kena 'boo' saya tidak tahu mengapa beliau pula jadi sasaran.
Menurut laporan Malaysiakini Mohd Ali Rustam 'diboo' oleh penyokong parti pembangkang apabila tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsaan Wakaf Mempelam pada kira-kira jam 11.30 pagi tadi.
Ini menyebabkan beliau - yang juga ketua Menteri Melaka - tidak dapat menghampiri pintu utama pusat mengundi sekolah kebangsaan tersebut.

PRK KT : 72 % KELUAR SEHINGGA PUKUL 4 PETANG, PELUANG PAS CERAH? ~ Ref Malaysiakini

Sehingga jam 4.30 petang tadi kira-kira 74% pengundi telah keluar mengundi. Jumlah ini adalah kurang daripada jangkaan awal SPR yang menjangkakan peratusan mengundi mungkin mencecah 90%. Tidak dapat dipastikan mengapa jumlahnya agak kurang sehingga setakat ini.
Namun apa-apa pun boleh terjadi dalam masa 30 minit lagi di mana masa pengundian akan tamat pada jam 5.00 petang ini. Segala-galanya akan terjawab menjelang jam 8.00 malam ini di mana sebahagian besar proses pengiraan akan tamat sekitar jam 7.30 hingga 8.00 malam. Selepas itu semua undi yang dikira akan dijumlahkan di Stadium Negeri sebelum keputusan rasmi diumumkan.
Namun begitu keputusan awal sudah boleh dijangka kerana sebaik sahaja semua proses pengiraan tamat pada jam 7.30 -8.00 malam nanti. Kebiasaannya semua Peti Undi akan memaklumkan ke Markas Besar PAS dan di sana pihak petugas akan membuat penjumlahan sendiri dan kita akan mendapat keputusan awal sebelum keputusan rasmi dari SPR. Biasanya jumlahnya tidak banyak perbezaan antara keputusan rasmi dan tidak rasmi.
Mengikut SPR pengumuman rasmi akan dibuat sekitar jam 10.30 malam.

PRK KT : KEADAAN MAKIN CEMAS BUAT PAS, PERATUSAN KELUAR SUDAH 70 % ~ Ref Malaysiakini

Sehingga jam 3.00 petang tadi sudah 70 % pengundi keluar mengundi. Ramai menjangkakan dalam masa 2 jam terakhir semakin ramai yang akan datang mengundi dan jika jumlah pengundi yang keluar melebihi 85 % maka peluang untuk PAS menang masih samar-samar. Ini kerana sejarah telah membuktikan bahawa PAS tewas di Terengganu pada PRU 2004 dengan kehadiran pengundi yang menakjubkan.
Kemungkinan jika pengundi yang keluar melebihi 85 % maka tidak siapa yang dapat memastikan dari mana pengundi yang begitu ramai keluar mengundi. Apa yang menghairankan Polling Agent dan Petugas PAS di pondok panas tidak mengesan dari mana datang pengundi yang seramai itu sedangkan jumlah peratusan mengundi yang normal ialah di antara 70-80 % sahaja.
Kini ada 1 jam lagi masa mengundi, petugas-petugas kedua-dua belah pihak terus sibuk merayu pengundi-pengundi yang masih ramai datang membuang undi. Tidak mustahil bilangan pengundi yang keluar akan berjumlah 90 % keseluruhannya kerana laporan yang diterima menyebutkan bahawa pengundi-pengundi masih ramai yang datang dan berbaris diluar bilik mengundi.

PRK KT : NAK MENYAMAR PUN TAK PANDAI, AZEEZ MAMAK DITAHAN ~ Ref Malaysiakini

Nak menyamar pun tak reti .... nak buat jahat pun tak pandai ....kalau buat baik mungkin lagi kekok ....itulah perumpamaan yang elok kita katakan kepada Ketua Putera Umno yang ditangkap kerana menyamar sebagai Agen Tempat Mengundi di Peti Undi Chabang Tiga.
Beliau telah mendapat malu apabila ditangkap oleh petugas PAS yang datang dari negeri beliau sendiri iaitu Kedah. Alahai malunya kena tangkap dengan orang kampung sendiri.
Kejadian berlaku kira-kira 10.45 pagi tadi apabila skuad pemantau PAS yang diketuai oleh Syed Fadil Husin dan Ahmad Rizal menyedari Abdul Azeez keluar daripada tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Pusat Cahbang Tiga, dekat sini.

Azeez didapati memakai kad pas agen Barisan Nasional (BN) kepunyaan Ibrahim Omar nombor kad pengenalan 660404-11-5335 dan mendakwa beliau merupakan anak tempatan sedangkan beliau adalah calon BN yang bertanding di kawasan Parlimen Baling, Kedah melawan Dato' Taib Azzamuddin daripada PAS.

Satu laporan polis bakal dibuat kerana kesalahan Azeez yang didakwa menyamar sebagai agen tempat mengundi.

Sumber : Harakahdaily.

PRK KT : SIASAT SAMADA KEGIATAN DI BAWAH INI BERLAKU BAGI MEMENANGKAN BN ~ Ref Malaysiakini

Banyak tipu helah, penyelewengan dan taktik yang digunakan oleh BN untuk menumbangkan lawannya. Antaranya kegiatan seperti di bawah :-
1) Kegiatan membeli kertas undi. Broker akan bertemu dengan para pengundi dan menawarkan para mengundi supaya menjual kertas undi kosong kepadanya dengan harga yang tinggi. Selepas mendaftarkan nama di tempat pengundian, pengundi tersebut akan tidak memasukkan kertas undi ke dalam tong undi. Hanya berpura-pura menconteng kertas dan berpura-pura memasukkannya ke dalam tong undi. Jika Polling Agent tidak memerhatikan betul-betul kemungkinan mereka tidak memasukkan kertas undi dan membawanya keluar untuk dijual kepada broker tadi.
2) Selepas broker-broker ini mendapat beberapa kertas undi beliau yang juga merupakan pengundi di kawasan tersebut akan masuk mengundi dan akan memasukkan semua kertas undi yang dibelinya (setelah dipangkah) ke dalam tong undi. Broker itu akan melipatkan kertas undi tersebut elok-elok dan memasukkannya ke dalam tong. Mungkin mereka tidak boleh membawa banyak kertas undi yang dibeli tetapi saya yakin 4-5 undi boleh dilipat dan dimasukkan serentak ke dalam tong undi. Jadi kemungkinan akan ujud ramai broker untuk satu peti undi. Maka Polling Agent mesti memeriksa kertas undi yang dimasukkan ke dalam tong samada terdapat lebih dari satu kertas undi.
3) Membayar dengan berapa harga sekalipun untuk setiap kad pengenalan pengundi. Jadi pada hari pengundian 'pengundi hantu' akan masuk menyamar sebagai tuan kepada kad pengenalan tersebut. Maka Polling Agent mesti memeriksa betul-betul gambar-gambar tersebut samada ianya serupa dengan orang yang datang mengundi. Selain itu agak sukar untuk kita menangkap pengundi hantu ini jika beliau memperolehi Kad pengenalan klon dengan gambarnya betul.
Banyak cara sebenarnya penipuan boleh dibuat lain kali cerita lagi ...........

PRK KT : SUDAH SEPARUH PENGUNDI KELUAR BUANG UNDI ~ Ref Malaysiakini

Sudah lebih dari 50 % pengundi membuang undi di 36 pusat pengundian seluruh parlimen Kuala Terengganu. Hanya tinggal 2 jam setengah lagi masa pembuangan undi tamat.
Inilah masa kritikal yang mesti dipantau dan diperhatikan dengan serius. Ini kerana dibimbangi ada pihak-pihak tertentu yang mengambil kesempatan dengan apa cara sekali pun mengundi bagi pihak pengundi yang 'confirm' tidak membuang undi. Mungkin mempunyai Kad Pengenalan klon dan sebagainya yang boleh meyakinkan Ketua Tempat Mengundi dan Polling Agent dan akhirnya mereka dibenarkan untuk mengundi.

Maka pihak petugas pondok panas dan Polling Agent tidak boleh leka walaupun sesaat untuk memantau apa sahaja gerak geri yang mencurigakan yang mungkin memusnahkan peluang untuk PAS menang.

PRK KT : NAJIB KERAS KEPALA MASUK PUSAT PENGUNDIAN ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak menunjukkan sikap ego dan keras kepalanya apabila memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Losong menyebabkan penyokong PAS membuat bantahan kepada SPR.
Najib telah memasuki pusat pengundian tersebut bersama beberapa orang penyokong BN tanpa rasa malu dan bersalah sedangkan beliau tidak ada hak untuk berbuat demikian.
Dilaporkan juga dari raut wajahnya terpancar keresahan Najib kerana dari tinjauan yang beliau buat sendiri rata-rata pondok panas BN kurang dikunjungi oleh pengundi berbanding pondok panas PAS. Keadaan amat ketara terutama di DUN Wakaf Mempelam, Batu Burok dan Bandar. Sementara di DUN Ladang ada beberapa peti undi dilihat keadaan adalah agak seimbang walaupun dipercayai PAS masih berada di depan.

PRK KT : BN MULA CEMAS, MAJORITI PENGUNDI SEMAK NAMA DI PONDOK PANAS PAS ~ Ref Malaysiakini

Kem BN mula cemas kerana di kebanyakan peti undi Pondok Panas PAS menjadi tumpuan pengundi menyemak nama mereka. Senario ini jelas dapat dilihat dengan jelas umpamanya di Peti Undi Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga dan lain-lain.
Pengundi-pengundi berpusu-pusu mengunjungi pondok panas PAS untuk menyemak nama mereka sehingga menyebabkan pondok panas BN lengang.
Ini cukup menggusarkan kem BN.
Sehingga jam 12.00 tengahari tadi SPR mengumumkan bahawa lebih 40 % pengundi sudahpun keluar mengundi. Mereka menjangkakan lebih ramai pengundi akan membuang undi selepas jam 2.00 petang nanti.

PRK KT : PENGUNDIAN DI DUN BANDAR HEBAT ~ Ref Malaysiakini

Pengundi-pengundi di DUN Bandar berpusu-pusu keluar di awal pagi sehingga sekarang. Di peti undi berhampiran Kampung Cina ditengah Bandaraya Kuala Terengganu,ramai pengundi keluar dan beratur untuk membuan undi. Di anggarkan jumlah yang keluar mengundi di sini sudah melebihi 10 %.

PRK KT : PENGUNDIAN BERJALAN LANCAR ~ Ref Malaysiakini

Setakat ini kira-kira 10 % pengundi sudah membuang undi. Tiada kejadian tidak diingini berlaku, proses pengundian berjalan lancar.
Kedua-dua penyokong PAS dan BN berebut-rebut mendekati pengundi yang datang berpusu-pusu untuk mengundi.
Di Sekolah Pusat Chabang Tiga umpamnya, pengundian berjalan rancak di mana kedua-dua petugas pondok panas PAS dan BN sesekali berbalas-balas cakap dan berhujah secara baik dan berhemah.
Gelagat kedua-dua penyokong parti ini diperhatikan dengan penuh minat oleh Polis yang mengawal suasana. Pengundi-pengundi yang datang kebanyakan tidak mengendahkan perayu-perayu undi mereka hanya tersenyum kerana mungkin masing-masing sudah menetapkan di dalam hati siapa yang mereka ingin undi.

PRK KT : SPR JANGKA 90 % KELUAR MENGUNDI, TINGGI TU ...JAGA-JAGA PAS ~ Ref Malaysiakini

SPR menjangkakan 90 % pengundi akan keluar bermakna kira-kira 72, 500 pengundi akan keluar membuang undi masing-masing. Peratusan yang tinggi ini cukup membimbangkan kita kerana kebiasaannya peratusan pengundian di peringkat kebangsaan hanya kurang daro 80 %. Jika 90% yang keluar, ini menunjukkan bahawa kira-kira 8,000 undi lebih dari biasa. Persoalan 8,000 pengundi tambahan adakah mereka benar-benar pengundi yang tulen atau pengundi hantu yang dijelmakan oleh BN ataupun pengundi yang boleh mengundi 2 kali kerana nama mereka terdapat di lebih dari satu tempat pengundian.
Saya menjangkakan jika peratusan keluar mengundi mencecah sehingga 90-95% maka harapan untuk PAS menang adalah tipis. Ini berdasarkan kepada pengalaman kita semasa PRU 2004 dan PRU 2008.
Petugas PAS samada di pondok panas dan polling Agent mesti sentiasa peka dengan segala kemungkinan penipuan jentera BN dan SPR sendiri.

PRK KT : SETAKAT INI BELUM ADA TANDA-TANDA PENGUNDI HANTU DATANG ~ Ref Malaysiakini

Setakat ini menurut laporan dalaman PAS iaitu dari Polling Agent dan petugas pondok panas PAS belum ada tanda-tanda pengundi hantu atau pengundi yang diragukan hadir untuk membuang undi.

Namun masa pengundian masa panjang. Petugas-petugas PAS do pondok panas dan Polling Agent terus memerhatikan dan memantau dengan cermat dan dedikasi. Polling Agent PAS yang bersemangat, terlatih, mahir dan tahu selok belok undang-undang akan sentiasa memastikan tiada pengundi yang meragukan dibenar membuang undi.
Pengundi hantu yang cuba membuang undi sudah tentu akan dikenali mereka kerana PAS sudah mempunyai cula yang lengkap dan hampir 80 % pengundi sebenar termasuk yang mati mereka kenali.

PRK KT : CALON MENGUNDI AWAL ~ Ref Malaysiakini

Sebagaimana tradisi oada Pilihanraya lain, calon-calon yang bertanding akan mengundi awal untuk membolehkan mereka menumpukan perhatian kepada lawatan ke setiap peti undi.
Calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut ditemani oleh isteri beliau Hajah Wan Fatimah dan 5 orang anaknya dilihat membuang undi seawal jam 8.00 pagi di Sekolah Kebangsaan Chabang Tiga. Beliau dilihat beramah mesra dengan petugas pondok panas PAS sebelum memasuki tempat mengundi.Beliau adalah antara pengundi paling awal membuang undi di Peti Undi tersebut. Sebaik sahaja selesai mengundi beliau dilihat menaiki kereta untuk lawatan ke peti-peti undi yang lain.
Calon BN, Wan Farid juga mengundi awal iaitu pada jam 8.10 pagi di Sekolah Kebangsaan Bukit Besar juga ditemani isterinya.
Cuaca di Kuala Terengganu agak baik sekarang namun kemungkinan hujan tetap ada kerana di beberapa tempat kelihatan mendung.
Polis juga dilihat berkawal dengan jumlah yang agak ramai berbanding PRK lain di semua peti undi.

SUASANA DI PUSAT PENGUNDIAN : PENYOKONG BN SURAM ~ Ref Malaysiakini

Terbukti moral penyokong dan jentera jatuh merudum dengan beberapa isu hari-hari kempen antara isu perletakan jawatan Pegawai Pengurus Pilihanraya, isu Altantuya membabitkan Najib dan sikap Wan Farid yang dingin kepada keluarga Allahyarham Dato' Razali Ismail.

Tinjauan kami di beberapa lokasi mendapati jumlah penyokong BN jauh lebih sedikit berbanding petugas-petugas di pondok panas PAS.

Antaranya di DUN Bandar begitu ketara sekalia moral penyokong BN jatuh. Begitu juga di DUN-DUN lain. Sedangkan jentera PAS begitu bersemangat. Di setengah-setengah tempat jumlah petugas PAS berlipatkaliganda ramainya berbanding BN.

Sementara itu sehingga pukul 9.00 pagi ini kira-kira 8 % pengundi sudah membuang undi. Suasana di kesemua peti undi sibuk dengan pengundi semua saluran beratur panjang menunggu giliran untuk mengundi.

Kesempatan cuti hujung minggu digunakan sepenuhnya oleh pengundi Kuala Terengganu untuk membuang undi awal-awal pagi.

Saya menjangkakan jumlah pengundi yang keluar melebihi 85 % mungkin menjangkau 90%. Jika peratus pengundian mencecahkan lebih 95 % barangkali ada pengundi dari alam lain yang mengundi.

PENGUNDI KUALA TERENGGANU : MASA DEPAN BAHASA MELAYU DAN KESEJAHTERAAN RAKYAT TERLETAK DITANGAN ANDA ~ Ref Malaysiakini

Masa depan Bahasa Melayu dan kesejahteraan rakyat Malaysia terletak di tangan pengundi Kuala Terengganu yang akan mula membuang undi kira-kira 20 minit dari sekarang.
Jika anda mengundi PAS dan calonnya menang sudah tentu kerajaan BN tidak akan berani untuk melakukan apa juga tindakan dan program dengan sesuka hati pada masa akan datang kerana mereka tahu rakyat mula membuka mata dan sensitif.
Jika PAS menang hari ini sudah pasti Tsunami politik pada 8 Mac 2008 lalu akan lebih hebat dan kerajaan BN sedikit sebanyak tidak berani menjalankan program-program yang mendapat tentangan rakyat seperti meneruskan PPSMI, menaikkan harga minyak, menindas rakyat, membiarkan harga barangan melambung dan sebagainya.
Dari itu saya menyeru kepada pengundi Kuala Terengganu supaya mendengar keluhan dan permintaan kami ini. Kasihanilah kami rakyat marhaen yang sudah lama tersiksa di bawah pemerintahan BN.

PRK KT : DOAKAN KEMENANGAN PAS SELEPAS SOLAT DHUHA DAN BILA-BILA MASA ~ Ref Malaysiakini

Wahai para ahli dan penyokong PAS mari kita bermunajat kepada Allah supaya memberikan hidayah dan petunjuk kepada pengundi Kuala Terengganu supaya mengundi PAS demi masadepan Islam, Bahasa Melayu, kedaulatan dan kebajikan rakyat serta negara.
Juga kita mohon kepada Allah agar memberi petunjuk kepada pengundi hantu (jika ada) supaya turut sama mengundi PAS, merosakkan undi atau membatalkan niat mereka untuk mengundi.
Ya Allah kami hambamu yang lemah, yang tiada kuasa untuk menentang semua penipuan dan tipu helah manusia,
Ya Allah berikan petunjuk kepada seluruh pengundi Kuala Terengganu supaya mengundi PAS demi untuk masa depan Islam, kedaulatan Bahasa Melayu, kedaulatan dan kebajikan rakyat serta negara;
Ya Allah Ya Tuhan kami kepadaMu sahajalah tempat kami bergantung dari kejahatan manusia dan tipu muslihat manusia,
Ya Allah YaTuhan kami, gagalkan usaha mereka untuk menghantar pengundi hantu mengundi hari ini; atau bukakan hati pengundi hantu untuk mengundi PAS; atau insafkan lah mereka supaya membatalkan niat mereka mengundi,
Ya Allah Ya Tuhan kami, kami lemah, kami tiada kuasa, bantulah kami untuk menghancurkan niat jahat mereka untuk menipu dan menyeleweng.
Ya Allah Ya Tuhan kami, berilah kemenangan kepada perjuangan Islam yang di bawa oleh PAS, berikanlah kemenangan kepada calon PAS, Haji Mohd Abdul Wahid Endut.
Ya Allah Ya Tuhan kami, kepadaMu sahajalah tempat kami mengadu, tempat kami memohon pertolongan.
Amin Ya Robbul A'lamin.

PRK KT : KUALA TERENGGANU BAGAIKAN BERPESTA ~ Ref Malaysiakini

Bandar Kuala Terengganu bagaikan berpesta malam tadi sehingga kini kerana kelihatan kenderaan mundar-mandir yang menyebabkan bandar ini mengalami kesesakan lalu lintas yang agak teruk. Keadaan berlaku kerana orang ramai yang datang dari luar mula sampai ke sini pada awal malam sehingga sekarang bagi menyaksikan perjalanan pengundian PRK ini yang akan bermula 40 minit lagi.
Orang ramai terutama dari Pantai Barat mengambil kesempatan cuti hari Sabtu untuk sama-sama membantu parti yang mereka sokong.
Sementara itu laporan yang saya terima dari beberapa wakil saya di tempat pembuangan undi seperti di Paloh, Kuala Bekah dan Pulau Musang mendapati para penyokong kedua-dua parti mula berkumpul sambil minum pagi di kawasan berhampiran tempat mengundi sebagai persediaan awal untuk merayu undi.

PRK KT : TEMPAT MENGUNDI MULA TERANG BENDERANG ~ Ref Malaysiakini

Seperti biasa tempat mengundi akan dibuka seawal jam 8.00 pagi bagi membolehkan pengundian dijalankan dari 8 pagi- 5 petang.
Beberapa tempat mengundi iaitu di Peti Undi Chendering Pantai dan Taman Permint Jaya kelihatan dibuka awal sebelum jam 7.00 lagi bagi membolehkan Ketua Tempat Mengundi (KTR) dan pembantu-pembantunya membuat persiapan akhir. Pasukan keselamatan juga kelihatan memulakan tugas mereka dengan mengambil lokasi-lokasi strategik bagi mengawal keselamatan dan ketenteraman.
Adalah dijangkakan pengundi akan turun awal-awal pagi untuk mengundi bagi mengelakkan kesesakan. Selain itu PAS telahpun mengarahkan ahli dan penyokongnya turun mengundi pada awal pagi bagi mengelakkan ada 'pengundi hantu' yang akan mengundi bagi pihak mereka.

PRK KT : WAHID MENANG BERGAYA ~ Ref Malaysiakini

Poll yang akan muatkan di dalam blog ini sama sahaja trendnya dengan poll yang dijalankan oleh pihak lain antaranya Berita Hairan, Yahoo.com.my, Merdeka Centre dan lain-lain di mana calon PAS jauh meninggalkan calon BN dan Bebas.
Dari 481 responden 90 % atau 435 daripadanya memilih YB Mohd Abdul Wahid Endut. Hanya 6 % atau 32 memilih Wan Farid dan 14 responden atau 2 % memilih calon Bebas, Azaharuddin Mamat.
Ternyata pengunjung blog ini menyukai dan menaruh keyakinan kepada calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut.

PRK KT : BLOG INI AKAN UPDATE SETIAP JAM UNTUK LAPORAN TERKINI ~ Ref Malaysiakini

Saya akan meng'update' keadaan di Kuala Terengganu setiap jam untuk memberikan gambaran tentang suasana di sekitar Parlimen Kuala Terengganu untuk tatapan para tetamu sekalian.
Para tetamu juga boleh memberikan maklumat kepada saya tentang apa juga keadaan dan peristiwa di sana untuk dimuatkan di dalam blog ini. Sila call, sms atau emailkan kepada saya.
Harap Maklum

PRK KT : PETUGAS KESELAMATAN PAS TIDAK TIDUR MALAM INI ~ Ref Malaysiakini

Setiap lorong, jalan dan simpang perlu dijaga dan dipantau malam ini bagi mematikan tiada apa-apa kejadian merasuah, mengugut dan sebagainya dilakukan oleh BN. Sudah menjadi lumrah pilihanraya bahawa malam terakhir adalah paling kritikal kerana ianya akan sedikit sebanyak menentukan kemenangan parti-parti yang bertanding.
Malam beginilah BN akan menggunakan seribu satu taktik dan tipu helah untuk mempengaruhi pengundi atau untuk membangkit perasaan benci pengundi kepada PAS.
Kalau BN tidak dapat mempengaruhi pengundi supaya menyokong BN mereka akan sekurang-kurangnya berusaha supaya pengundi membenci PAS. Setidak-tidaknya mereka mahukan pengundi yang condong kepada PAS tidak datang mengundi atau merosakkan undi lantaran benci kepada PAS disebabkan perang saraf dan tipu muslihat BN.
Maka saya pasti sahabat-sahabat kita di seluruh pelusuk Kuala Terengganu akan bersengkang mata hingga ke pagi esok.
Semoga Allah membalas segala amal perbuatan kalian.
ALLAHU AKHBAR

16 January 2009

PRK KT : PENGUNDI HANTU SEDANG DIBERIKAN TAKLIMAT? ~ Ref Malaysiakini

Ramai yang masih sangsi dengan kejujuran BN dan SPR. Mereka bimbang dengan keujudan pengundi hantu yang akan membuang undi esok bagi membantu BN mengekalkan kemenangan mereka di Kuala Terengganu.
Kesangsian mereka ini diperkukuhkan lagi dengan tindakan Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) yang meneruskan operasi sehingga jauh malam atas alasan untuk bekerjasama dengan SPR bagi mengesan pengundi. Apakah ianya benar? Tidak ada siapa yang dapat masuk ke pejabat JPN selain dari petugas dan pemimpin BN dan SPR.
Mungkin sekarang ini pengundi hantu sedang dihantar ke lokasi-lokasi strategik untuk membuang undi esok.
Mungkin pengundi hantu sedang dalam perjalanan dari jauh dan dekat. Atau mungkin juga pengundi hantu sudah menginap beberapa hari di Kuala Terengganu di tempat-tempat yang dirahsiakan.
Mungkin pengundi hantu sedangkan diberikan taklimat untuk memastikan mereka dapat mengundi dengan selamat dan tidak dapat dikesan oleh jentera PAS mahupun Polling Agent PAS di tempat pengundian.
Mungkin pengundi hantu sedang menerima 'kad pengenalan' masing-masing untuk mengundi esok.
Semuanya mungkin berlaku kerana Timbalan Perdana Menteri sendiri telah membuat kenyataan bahawa " at all cost (apa juga harganya) Barisan Nasional (BN) mesti menang."
Mungkin pada malam ini jentera BN akan membuat pecutan terakhir merasuah, mengugut dan menjanjikan habuan untuk pengundi.
Oleh itu petugas PAS mesti bersedia setiap saat bagi menghalang penipuan dan penyelewengan kuasa dan jentera kerajaan yang sedang bekerja keras untuk memenangkan BN.
Takbir

PRK KT : BN DAN PAS SAMA-SAMA YAKIN MENANG ~ Ref Malaysiakini

PAS dan BN sama-sama yakin menang pada RPK Kuala Terengganu yang pengundian akan berlangsung esok. Kalau sebelum ini hanya BN yang mendabik dada bahawa mereka akan menang mudah, hari ini PAS pula juga mendakwa akan menang dengan selesa.

Timbalan Perdana Menteri, Najib Razak sejak dari awal lagi menunjukkan keyakinan yang BN akan mempertahankan kerusi tersebut walaupun mendapat tentangan yang sengit dari PAS. Hari ini Perdana Menteri pula berkeyakinan begitu semasa bertemu media di Kuala Terengganu.

Sebelum ini PAS sentiasa berhati-hati dalam membuat kenyataan akhbar. Mereka sering bersikap 'underdog' dan tidak suka bercakap besar. Namun di kalangan penyokong PAS masing-masing yakin PAS akan menang.

Hari ini Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Terengganu, Dato' Wan Mutalib Embong buat pertama kali meluahkan keyakinan beliau bahawa PAS akan menang selesa andainya tiada penipuan dan taktik kotor digunakan BN. Menurutnya PAS sekarang ini berada di depan dan meninggalkan BN dengan agak selesa.

Walaubagaimana tidak dapat dipastikan samada dakwaan PAS dan BN ini benar. Yang pasti salah satu parti akan kalah dan satu lagi akan menang. Calon bebas pula tak masuk 'book'.

Esok selepas 11.o0 malam Insya Allah kita akan mengetahui samada takbir bergema atau sorakan BN akan bergegar dalam Dewan Penjumlahan undi. Tetapi kita sebenarnya akan mendapat gambaran keputusan PRK itu lebih awal iaitu kira-kira jam 7.30 atau 8.00 kerana pengiraan di setiap peti undi akan siap dan kita boleh menjumlahnya sendiri. Biasanya keputusan tidak rasmi ini tidak jauh bezanya dengan keputusan rasmi.

PRK KT : PESANAN BUAT PENGUNDI TULEN DAN PENGUNDI HANTU ~ Ref Malaysiakini

Wahai pengundi tulen (bukan pengundi hantu) mari sama-sama kita renung sejenak beberapa pesanan dan saranan saya untuk kebaikan bersama :-

1) Mengundi bukannya suatu perkara remeh. Semua kerja buat kita diperhatikan oleh Allah. Jika kita mengundi dan melantik pemimpin yang bersekongkol dengan kerajaan untuk meluluskan judi, arak, undang-undang zalim dan sebagainya ...semuanya akan dikira oleh Allah

2) Jadilah kita seorang yang bermaruah. Janganlah kita menurunkan diri kita sama taraf dengan makhluq yang tiada akal yang hanya mementingkan nafsu sahaja. Jika kita diberi duit supaya mengundi BN kita ambil duit tersebut, tetapi undi kita mesti kita tentukan dengan iman dan kebenaran.

3) Jika kita diugut supaya mengundi BN janganlah kita takut kerana ugutan itu adalah ujian untuk kita. Mereka tidak akan melakukan apa-apa keatas kita kerana Allah sentiasa bersama kita. Malah undi sebenarnya rahsia kecuali ada penipuan dan penyelewengan oleh SPR.

4) Sebelum mengundi renungkan akan keburukan dan penyelewengan yang dilakukan BN. Pemimpin BN kaya raya; rakyat miskin papa kedana; murtad berleluasa BN biarkan sahaja; rakyat susah untuk cari makan BN bazirkan duit buat Monsson Cup, Pulau Wan Man dan lain-lain; pemimpin senyum rakyat menderita barang mahal berganda-ganda; Allah wajibkan gunakan hukum Islam, BN dan Umno tolak hudud terang-terangan.



Kepada Pengundi hantu saya ingin berpesan ...

1) Kerja yang anda lakukan adalah salah disisi agama kerana bersekongkol dengan penipuan

2) Petugas PAS berada di mana-mana hatta di dalam Pusat mengundi. Polling Agent ini sudah pasti akan mengenali dan menangkap anda. Jika anda tertangkap sudah pasti akan akan didakwa kerana kerja yang ada buat sebagai Pengundi Hantu adalah salah di sisi undang-undang pilihanraya. Ada boleh didakwa

3) Janganlah disebabkan duit yang tidak seberapa anda boleh dicucuk hidung untuk tunduk kepada suruhan BN. Jika anda tertangkap buruk padahnya. Anda akan dihadapkan ke mahkamah. Malah Mahkamah Allah di hari kiamat lebih dahsyat lagi.

PRK KT : PERTAMA KALI PAS MENGAKU YAKIN MENANG ~ Ref Malaysiakini

Akhirnya pemimpin PAS tidak mampu menyembunyikan keyakinan mereka bahawa PAS sebenarnya mengaku bahawa mereka akan menang dengan selesa pada PRK Kuala Terengganu ini di mana pengundian akan berlangsung esok.

Memang ramai pemerhati sebenarnya tidak mampu untuk menyorok ramalan mereka bahawa PAS akan menang. Ini berdasarkan situasi semasa dan riak-riak yang ditunjukkan oleh rakyat. Selain itu faktor calon BN yang awal-awal menimbulkan masalah di kalangan pengundi sudah cukup meyakinkan orang PAS dan penyokongnya bahawa PAS memang sentiasa di hadapan sejak hari penamaan calon lagi.

Sebenarnya tidak ada satu kelebihan yang ada pada BN selain dari kekuatan mereka meratah jentera kerajaan dan mengkudakayukan media cetak dan elektronik serta menggunakan duit untuk membeli pengundi.
Faktor lain semuanya berpihak kepada PAS seperti kekuatan calon, isu-isu setempat dan nasional, 'performance' kerajaan negeri, kekuatan jentera, kekuatan akar umbi dan sebagainya. Pendekata BN memang berada dalam keadaan defensif sejak dari hari kematian Allahyarham Dato' Razali Ismail lagi.

Hari ini Pengarah Pilihanraya PAS di Peringkat Negeri, Dato' Wan Abdul Muttalib Embong tampil menyatakan keyakinan bahawa PAS akan menang selesa. Namun beliau masih bercakap secara berlapik iaitu dengan memberikan syarat iaitu PAS akan menang jika tiada taktik kotor, penipuan dan strategi jahat BN. Oleh itu menurut beliau PAS sudah merangka taktik dan strategi untuk memastikan tiada pengundi hantu yang akan mengundi esok.

Pasukan Polling Agent yang terlatih dari segi kemahiran bekerja dan undang-undang sudah pasti akan membantah mana-mana pengundi hantu yang tidak memenuhi syarat.

Beliau juga berjanji untuk memastikan petugas PAS sentiasa matang dan mematuhi undang-undang dalam apa juga tindakan demi untuk menjaga keamanan dan ketenteraman.

SEKITAR DEMO BANTAH KEKEJAMAN YAHUDI DI MELAKA ~ Ref Malaysiakini

Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka dengan kerjasama Angkatan Muda KeAdilan (AMK) Negeri Melaka berjaya mengadakan demonstrasi aman membantah kekejaman Yahudi di Palestin.

Demo yang dilangsungkan di perkarangan Masjid Negeri Al Azim di Bukit Palah sebaik sahaja selepas Solat Jumaat.

Lebih dari 1,000 umat Islam hadir menyatakan bantahan terhadap kekejaman Yahudi yang membunuh umat Islam Palestin. Beberapa pimpinan PAS Negeri dan Angkatan Muda KeAdilan berucap mengutuk kekejaman Yahudi di samping mengecam sikap pemimpin negara umat Islam yang berdiam diri tidak mengambil tindakan tegas terhadap Yahudi laknatullah. Antara pimpinan PAS dan AMK negeri yang berucap ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, Haji Bakrin Sidek; Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Ustaz Kamaruddin Sidek; Timbalan Ketua AMK Negeri Hairiz Nordin; Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Kota Melaka, Ustaz Abdul Rahman Jaafar.
Gambar ihsan : Blogger angkasanuri.


















PRK KT : BN SEMAKIN TERDESAK ~ Ref Malaysiakini

Maklumat terbaru yang diperolehi dari beberapa sumber menunjukkan BN semakin terdesak di Kuala Terengganu. Tinjauan rambang beberapa pihak mendapati bahawa 55 % pengundi Melayu 70 % pengundi Cina akan mengundi calon PAS. Jika momentum ini kekal, bermakna BN akan tewas dengan majoriti yang lebih antara 2,000 hingga 5,000 undi.

Kecenderungan pengundi Cina untuk mengundi PAS paling ketara dilihat di peti-peti undi DUN Bandar. Menurut para pemerhati pengundi Cina beralih angin kerana sikap Timbalan Perdana Menteri dan Calon BN serta Menteri Besar Terengganu yang jelas kelihatan ego dan bongkak semasa menjalankan kempen. Antara perkara yang menimbulkan kemarahan pengundi Cina ialah tindakan pimpinan BN yang mengarahkan Markas DAP ditutup sedangkan tidak ada alasan yang munasabah mengapa ia mesti ditutup.

Selain itu pengundi Cina juga berasa terhina dengan tindakan BN yang cuba merasuah mereka dengan pemberian wang. Mereka benar-benar rasa tercabar seolah-olah pengundi Cina tiada maruah sehingga sanggup dibeli dengan wang ringgit.

Bagi pengundi Melayu ternyata tidak banyak perubahan yang dapat dilihat berbanding dengan keputusan Pilihanraya Umum 2008 lalu. Namun begitu faktor calon BN yang tidak popular dan dikatakan sombong menyebabkan kira-kira 5 % undi melayu berpihak kepada calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut yang ternyata jauh meninggalkan calon BN dari segi karisma, kemesraan, penampilan, pengalaman, kepetahan berhujah dan personaliti.

Terbukti kemenangan Allahyarham Dato' Razali Ismail pada PRU 2008 yang lalu adalah disebabkan hubungan beliau yang baik dengan orang kampung, pendidik dan juga faktor keluarganya yang ramai dikalangan ahli dan penyokong PAS. Ramai penduduk tempatan berpendapat Wan Farid tidak berjaya mengekalkan sokongan mereka kepada BN kerana sifatnya yang dilihat sombong, ego serta tidak ramai saudara-mara. Selain itu warga pendidik juga dijangka memberikan undi protes kerana tindakan kerajaan BN tidak menghapuskan PPSMI. Pada 2008 dahulu, warga pendidik ini sudah pasti mengundi PAS tetapi disebabkan jasa dan hubungan baik mereka dengan Razali mereka tidak sampai hati untuk menolaknya.

Saya yakin jika momentum ini kekal maka malam besok PAS dan PR akan bertambah gemilang masa depan dan kemenangan ini benar-benar memberi suntikan baru kepada PR dan tamparan kepada BN terutama Najib.

ALTANTUYA : ADC NAJIB ARAHKAN AZILAH BANTU RAZAK BAGINDA ~ Ref Malaysiakini

Setelah lebih 2 tahun kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Sharibuu berlaku, semalam kes perbicaraan dua orang yang dituduh membunuh Altantuya didengar di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Saya mengutarakan beberapa petikan dari perbicaraan tersebut untuk renungan para tetamu blog ini. Selepas itu saya ingin mengajak para pembaca berfikir tentang hubungan ADC Najib, Razak Baginda, Azilah dan Sirul serta kaitan mereka dengan pembunuhan Altantuya.

Dalam perbicaraan tersebut, Azilah memberitahu bahawa ADC Datuk Seri Najib iaitu Musa Safri menghubungi beliau pada 17 Oktober 2006.

Mereka berdua kemudian bertemu pada keesokan harinya di mana Musa bertanya kepadanya samada sesiapa dari Balai Polis Brickfield yang boleh membantu Abdul Razak Baginda.

Pegawai Unit Tindakan Khas itu menjawab bahawa beliau mengenali DSP Idris Karim iaitu Ketua CID di Daerah itu.

Musa memberitahu Azilah bahawa Abdul Razak ditelah diugut dan mengarahkan beliau bertemu Abdul Razak dan memperkenalkan Abdul Razak kepada DSP Idris.

Selepas menghubungi Abdul Razak melalui nombor yang diberikan oleh kepadanya oleh Musa, Azilah dan Abdul Razak bertemu pada keesokan harinya di pejabat.

Semasa bertemu, Azilah memberitahu, Abdul Razak menyatakan kepadanya bahawa beliau diugut oleh seorang lelaki dan perempuan Cina.

Azilah berkata beliau tidak diberitahu mengapa Abdul Razak diugut dan juga tidak diberitahu berapa jumlah duit yang diminta.

Panjang lagi laporan perbicaraan tersebut .....saya berhenti setakat ini sahaja ...

Sumber : Malaysiainsider

MENGAPA OH MENGAPA? ~ Ref Malaysiakini

Mengapa seseorang Yahudi dibolehkan menyimpan janggut untuk mengamalkan kepercayaannya... .
..tetapi bila seorang Muslim berbuat demikian, dia dianggap ekstrim dan pengganas?

Mengapa seseorang rahib boleh meliputi keseluruhan tubuhnya kerana memperhambakan diri kepada Tuhannya...
...tetapi bila seseorang Muslimah melakukan begitu, dia ditekan?

Mengapa bila wanita barat menjadi surirumah, dia dihormati kerana dikatakan berkorban untuk keluarganya...
...tetapi bila wanita Islam berbuat begitu, mereka kata, "dia mesti dibebaskan!"

Mengapa mana-mana gadis boleh ke universiti dengan berpakaian mengikut kesukaannya kerana punyai hak dan kebebasan...
...tetapi bila seseorang wanita Muslim memakai hijab, dia tidak boleh menjejakkan kakinya ke universiti?

Mengapa bila seseorang kanak-kanak meminati sesuatu bidang, dia dikatakan punyai bakat... ...tetapi bila seseorang kanak-kanak meminati Islam, dia dikatakan tak berguna?

Mengapa bila seseorang Kristian atau Yahudi membunuh, agamanya tidak dikaitkan... tetapi baru sahaja seseorang Muslim didakwa melakukan jenayah, nama Islam turut diadili! Mengapa bila seseorang berkorban diri untuk melihat orang lain hidup, dia amat disanjungi...
...tetapi bila seseorang warga Palestin melakukannya untuk menyelamatkan diri, keluarga, rumahtangga dan masjidnya, dia dikenali sebagai seorang pengganas?

Mengapa bila seseorang memandu kereta mewah dengan cara bahaya, keretanya tidak pernah dipertikaikan...
...tetapi bila seseorang Muslim melakukan kesalahan, orang kata ia adalah kerana agama Islamnya!

Mengapa kita terlalu percaya kepada surat kabar...
...tetapi selalu persoalkan apa yang terkandung di dalam Al-Quranul Karim?

PRK KT : PAS BERTANDING MAHU KUASA, BN BERTANDING MAHU HARTA ~ Ref Malaysiakini

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam semalam mendedahkan bahawa PAS begitu ghairah untuk bertanding hanya kerana mahukan kuasa bukannya untuk membela rakyat.

Saya ingin membalas fitnahnya ..... BN pula bertanding kerana mahukan harta kerana dengan 'title' YB dan pangkat, mereka boleh mengumpul harta dengan banyak walaupun dengan cara salah iaitu bertentangan dengan Islam dan undang-undang.

Memang betul PAS mahukan kuasa kerana dengan kuasa tersebut PAS dapat melaksanakan perkara-perkara di bawah :-

1) Membasmi rasuah, menghukum mana-mana pesalah rasuah setelah dibicarakan
2) Mendaulatkan agama yang semakin dipinggirkan BN/Umno
3) Mendaulatkan Bahasa Melayu yang semakin dihina oleh BN/Umno
4) Menyelamatkan negara dari pemimpin yang mengumpulkan kekayaan peribadi dan rasuah (cuba lihat rumah dan harta pemimpin BN ....)
5) Memberikan kebajikan kepada rakyat, pendidikan percuma dan sebagainya
6) Memansuhkan undang-undang zalim dan bertentangan dengan Islam seperti ISA, OSA, AUKU dan lain-lain
7) Menyelamatkan ekonomi negara dengan menghapuskan rasuah, kronisme, nepotisme dan sebagainya
8) Menyelamatkan umat Islam dari gejala murtad
9) Menyelamatkan negara dari jenayah yang semakin serius dengan memperkenalkan undang-undang yang lebih berkesan dan universal
10) Memastikan kekayaan negara diagihkan kepada rakyat bukannya berlegar di kalangan pemerintah dan saudara-mara serta kawan-kawan mereka.

dan banyak lagi ..........

Jadi tidak perlulah Ali Rustam bersyarah dan mentohmah PAS kerana rakyat Melaka khasnya tahu siapa Ali Rustam siapa kroni beliau yang kaya raya dan macam-macam lagi .......

PRK KUALA TERENGGANU : RIMAS ! RIMAS ! RIMAS ! ~ Ref Malaysiakini

Lebih 300 orang Tionghua hadiri ceramah PAS di Pulau Kambing.

"Bayangkan, yang lelaki bawa bendera bulan (PAS), yang perempuan tukang pungut derma. Demi Allah, sepanjang hidup saya dah lebih 60 tahun, tak pernah lagi saya tengok benda ni," ujar seorang penduduk Kuala Terengganu, Haji Wan Mokhtar Mohamad.

"Program (ceramah) PAS semasa pilihan raya dulu di situ, orang Cina yang hadir berbelas orang saja," banding seorang rakan wartawan, Yusof Muda.

Barisan Nasional (BN) dijangka menghadapi cabaran besar apabila kecenderungan kaum bukan Melayu khususnya Cina jelas semakin cenderung menyokong pembangkang kata penganalisis politik, James Wong Wing On.

Malaysiakini.com melaporkan, dua dari setiap tiga orang pemilih kaum Cina dijangka mengundi parti pembangkang dalam pilihanraya umum akan datang, menurut hasil tinjauan pendapat yang dijalankan oleh firma penyelidikan, Merdeka Centre. (Senario ini juga akan berlaku di PRK KT).

Suasana dan situasi ini benar-benar merimaskan BN.




PRK KT : UNDI TAK SULIT, UNDI PAS KENA BUANG KERJA ~ Ref Malaysiakini

Tidak sampai 24 jam lagi pengundi Kuala Terengganu akan turun mengundi bagi menentukan nasib Wan Farid dan Wahid Endut serta Azahari Mamat @ Adam. BN kian terdesak itu antara perbualan yang menjadi topik hangat di kedai-kedai kopi dan di mana sahaja di sekitar parlimen Kuala Terengganu.
BN tidak boleh menyembunyikan kebimbangan mereka sehingga Presiden Umno dan Perdana Menteri yang jarang sekali turun berkempen pada mana-mana PRK terpaksa berbuat demikian bagi menjamin anak emasnya Wan Farid menang. Pak Lah sudah turun sehari dua selepas penamaan calon dan kini sehari dua sebelum pengundian beliau terpaksa turun sekali lagi. Nampak benar BN berada dalam keadaan cemas.
Antara situasi yang amat merimaskan BN ialah sokongan terbuka pengundi Cina kepada PAS. Kalau sebelum ini pada PRU 2008, pengundi Cina boleh dikatakan 60-70 % mengundi BN kini ianya berubaha di mana 70-80 % dari mereka cenderung untuk mengundi PAS. Ini amat membuatkan pemimpin BN dan Wan Farid sendiri tidak tidur malam.
Akhirnya disebabkan situasi meruncing ini maka BN terpaksa kembali kepada ajaran dan taktik lama mereka iaitu mengugut pengundi dan menyalahgunakan kuasa serta pegawai kerajaan untuk mempengaruhi pengundi.

Diberitakan Imam, Pegawai Kerajaan, Pekerja swasta dan lain-lain mula diugut dan ditawarkan dengan pelbagai habuan.
Antara ugutan yang berlaku didedahkan oleh Ketua Angkatan Muda PKR Terengganu, Mohd Fariz Musa yang mendakwa Mat Razali pernah berucap kepada kakitangan MBKT: "kalau berani dan tidak takut dibuang kerja, silalah (sokong pembangkang)".
Sementara itu Pesuruhjaya PAS Terengganu Dato' Mustafa Ali pula mendakwa bahawa seorang pemimpin BN berkata kepada kakitangan kerajaan, "pengundian tidak sulit, kita tahu apa yang kamu buat."
Mustafa meminta SPR membuat kenyataan terbuka mengenai kenyataan (bahawa) pengundian tidak sulit. Ini merupakan suatu ugutan kepada pengundi kerana kemungkina pengundi tidak berani mengundi PAS kerana takut diketahui oleh majikan masing-masing. Atau mungkin juga pengundi akan takut untuk membuang undi.
Mustafa juga mendakwa Menteri Besar, Datuk Ahmad Said dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak telah menghadiri majlis memperkenalkan calon BN kepada kakitangan kerajaan di wisma Darul Iman. Sedangkan kata beliau, memperkenalkan calon kepada kakitangan kerajaan adalah salah di segi peraturan pilihanraya.

PRK KT : TERBUKTI DATUK BANDAR BIAS DAN SALAHGUNA KUASA ~ Ref Malaysiakini

Keputusan Datuk Bandar Kuala Terengganu Datuk Mat Razali Kassim menarik diri sebagai Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu membuktikan dakwaan PAS bahawa beliau 'bias' dan menyalahgunakan kuasa adalah benar.
Media hari ini melaporkan bahawa jawatan Razali sebagai Pegawai Pengurus pilihan raya digantikan dengan Setiausaha Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Wan Mustafa Wan Hassan.
Memang BN sedang tersepit sehingga terpaksa menggunakan Datuk Bandar berkempen untuk mempengaruhi staff MBKT mengundi BN. Lebih teruk lagi dengan muka yang tidak malu dan tidak maruah Razali sanggup melakukan perkara tersebut sedangkan beliau sendiri adalah 'Pengadil' kepada Pilihanraya Kecil ini.
Kedudukan Mat Razali mula menimbulkan polemik apabila Pas semalam mendakwa beliau menyalahgunakan kedudukan sebagai Datuk Bandar dengan menyeru kakitangan MBKT menyokong calon BN dalam satu pertemuan tertutup.

Timbalan Pesuruhjaya Pas, Datuk Wan Abd. Mutalib Embong yang membuat kenyataan itu mendakwa, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana Mat Razali adalah Pegawai Pengurus Pilihan Raya.

15 January 2009

PRK KT : PECUTAN TERAKHIR BN UGUT, RASUAH, TIPU ~ Ref Malaysiakini

BN sudah pasti tidak akan diam dengan senario terkini di mana pengundi semakin membenci dan hampir pasti mengundi PAS.
Sudah menjadi resam BN dan taktik tradisionalnya jika BN merasakan mereka akan kalah maka sudah pasti taktik ugut, rasuah dan tipu serta penyelewengan akan mereka gunakan.
Berita terkini yang kita terima pengundi Cina sudah pasti menolak BN. Dianggarkan 70-80 % pengundi Cina akan mengundi PAS. Ini bermakna PAS akan memperolehi 5,000 - 5,500 undi dari pengundi Cina manakala BN kemungkinan akan menerima antara 1,500 - 2,000 undi sahaja. Ini yang amat merunsingkan BN.
Manakala bagi pengundi Melayu kemungkinan besar PAS dan BN akan memperolehi undi sama banyak dengan perselisihan di sekitar 500-1,000 undi sahaja. Jadi perkembangan ini sudah pasti PAS mempunyai kelebihan.
Oleh kerana itulah jentera PAS mendapati BN sudah mula melakukan pecutan terakhirnya dengan mengugut Imam, Pegawai Kerajaan, Ketua Kampung dan lain-lain supaya mengundi BN jika tidak mahu segala kemudahan dan habuan ditarik balik. Inilah politik sempit BN yang menggunakan apa juga cara untuk mendapatkan kemenangan.
BN seolah-olah sudah mati akal bagaimana untuk menarik dan memikat pengundi Cina. Seperti yang kita tahu pengundi Cina tidak mudah dipengaruhi dengan wang ringgit dan ugut. Ini amat memeningkan kepada Najib dan Wan Farid.
Semalam PAS mendakwa SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bersekongkol dengan BN mengeluarkan kad pengenalan untuk pengundi-pengundi hantu gunakan Sabtu ini.
Selain itu Datuk Bandar Kuala Terengganu, Razali Kassim yang juga Pegawai Pengurus Pilihanraya dilaporkan menggunakan kedudukannya mengarahkan semua kakitangan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) mengundi BN.

PRK KT : RAKYAT TERENGGANU AKAN HUKUM KEEGOAN WAN FARID DAN NAJIB ~ Ref Malaysiakini

Saya yakin laporan yang dibuat oleh harakahdaily bahawa pengundi Kuala Terengganu akan menghukum Wan Farid kerana ego ada kebenarannya.
Memang dari dahulu beliau dikatakan ego dan sombong. Maka tidak pelik jika beliau dihukum oleh orang Kuala Terengganu bagi menyedarkan beliau.
Harakahdaily melaporkan bahawa pengundi Kuala Terengganu sudah pun membuat keputusan untuk melakukan undi protes kepada Umno/BN apabila proksi Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dibawa masuk semula dalam pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang sememangnya seorang tokoh yang tidak mesra rakyat.

Dengan platformnya sebagai senator dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, sekali lagi Wan Mohd Farid menunjukkan keegoaan dengan mengerah 6 ribu anggota polis dengan alasan mengawal keselamatan warga Kuala Terengganu dalam pilihanraya kecil ini.

Tindakan beliau ini menggambarkan warga Kuala Terengganu seolah-olah penuh dengan kumpulan samseng, tidak pandai mengatur diri dalam suasana pilihanraya, suka bergaduh dan suka buat kacau.

Warga Kuala Terengganu amat malu dengan gelagat Wan Mohd Farid yang tidak habis-habis dengan sikap egonya terhadap rakyat.

Sebelum ini, mana-mana pilihanraya umum maupun kecil, pihak polis tidaklah sebegitu ramai dikerah dalam mengawal keselamatan rakyat.

Pilihanraya kecil di Permatang Pauh yang penuh sensasi dulu pun tidaklah sebegini penglibatan anggota polis. Apakah ini bukannya penyalahgunaan kuasa seorang menteri?

PRK KT : BERI UNDI CALON PAS UNTUK HAPUSKAN PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Saya menyeru kepada pengundi Kuala Terengganu supaya memberikan undi kepada calon PAS, Mohd Abdul Wahid Endut untuk memberikan isyarat kepada rakyat bahawa mereka tidak bersetuju dengan Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Rakyat Malaysia keseluruhannya amat mengharapkan saudara-mara di Kuala Terengganu dapat mewakili mereka menghantar isyarat kepada kerajaan BN supaya menghentikan dasar yang jelas merugikan pelajar-pelajar kita.
Sementara itu Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) memulakan kempennya hari ini bersempena pilihanraya kecil Kuala Terengganu dengan menabur 50,000 risalah dan penyerahan memorandum kepada calon PAS.
Majlis itu disempurnakan oleh bekas profesor matematik dan fizik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Dr Shaharir Mohd Zain di bilik gerakan PKR Terengganu di Jalan Sultan Muhamad.
Selain Mohd Abdul Wahid Endut, turut hadir dalam majlis itu penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan pesuruhjaya PAS negeri Datuk Mustafa Ali.
Sementara dua risalah membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) setakat ini telah diedarkan kira-kira 10,000.

UMNO DAN KARPAL SAMA-SAMA TAK SETUJU HUDUD ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Negeri Melaka, Khairul Che Salleh berkata Pengerusi DAP, YB Karpal Singh bebas untuk menyatakan pandangan beliau tentang pelaksanaan hudud di negara kita.

"Sepertimana yang ditegaskan oleh para pemimpin Pakatan Rakyat bahawa semua keputusan yang akan diambil oleh Pakatan Rakyat mestilah dibuat secara rundingan dan tidak ada pihak yang akan dibelakangkan".

"Sebagai sebuah pakatan kita mesti menghormati pandangan parti-parti komponen yang lain walaupun mungkin pandangan itu tidak betul, namun ianya mesti dihormati" kata Khirul.

Menurut Khairul bukan sahaja Karpal yang tidak bersetuju dengan Hudud malah pemimpin Umno dan ahli Umno pun tidak setuju dengan hudud kerana beberapa sebab tertentu.

"Orang bukan Islam menolak Hudud kerana mereka tidak faham tentang hudud manakala orang Islam menentang Hudud kerana kedegilan dan kebongkakan mereka tidak mahu menerima hukum Allah".

"Dalam hal ini PAS dan orang Islam wajib menerangkan kepada golongan Bukan Islam bahawa Hudud akan diwajibkan kepada Orang Islam sahaja dan syarat pelaksanaannya sangat ketat bukan boleh dilakukan sewenang-wenangnya".

Khirul sebaliknya kesal dengan penolakan Hukum Hudud oleh orang Islam kerana jelas di dalam Al-Qu'ran disebab hudud wajib dilaksanakan kerana ianya datang Allah dan Allah menjamin pelaksanaan akan menyelesaikan masalah manusia di dunia ini.

"Karpal dan orang Bukan Islam tidak perlu takut kepada Hudud kerana mereka tidak akan diadili dibawah hukum tersebut melainkan jika yang meminta untuk dibicarakan di bawah hukum hudud".

"Malah hanya orang jahat sahaja sebenarnya yang takut kepada hukum hudud, jadi jika orang Umno takut kepada hudud mungkin disebabkan mereka jahat".

PRK KT : PAS MENANG 500 UNDI? ~ Ref Malaysiakini

Saya meramalkan PAS akan memenangi PRK Kuala Terengganu dengan majoriti 500 undi pada 17 Januari ini. Keyakinan saya berdasarkan kepada maklumat yang diterima dari sumber dalaman BN yang semakin membimbangkan mereka.
Kekalahan BN dijangka sebanyak 500 undi itupun diperolehi mereka setelah segala penyelewengan dan penipuan mereka buat antaranya dengan mempengaruhi pengundi pos; penggunaan pengundi hantu dan lain-lain.
Keputusan undi pos diramalkan akan memihak kepada BN sebanyak lebih dari 98 % di mana BN dijangka mendapat lebih dari 800 undi. PAS hanya mendapat kurang dari 40 undi.
Selain itu pengundi hantu tetap memberikan 'kekuatan' kepada BN dengan kerjasama agensi terbabit yang memang terkenal menjadi 'parti-parti komponen BN' sejak dari dulu, kini dan mungkin selamanya.
Jadi BN sekarang ini sedangkan menumpukan gerakerja untuk mendapatkan 500 undi bagi mengalahkan PAS.

PRK KT : TUKAR BAJU BURUK KEPADA BAJU BARU ~ Ref Malaysiakini

Timbalan Perdana Menteri tadi ketika berkempen kepada masyarakat India Muslim di sebuah hotel di Kuala Terengganu meminta pengundi di Parlimen Kuala Terengganu tidak menjadikan pilihan raya kecil Sabtu ini sebagai peluang untuk beralih rasa seperti menukar baju atau hidangan makanan.
Bagi rasa pengundi Kuala Terengganu mesti menukar baju jika ianya sudah hapak, busuk, koyak rabak dan sudah luntur warnanya.
Sementalahan pula baju yang di'pakai' rakyat sekarang ini penuh dengan bau busuk rasuah; bau hapak penyelewengan; koyak rabak akibat amalan kronisme; luntur warnanya akibat kezaliman dan penindasan BN kepada rakyat dengan kenaikan harga barang dan sebagainya.
Tidak ada sebab mengapa pengundi Kuala Terengganu tidak menukar 'baju' demi untuk masa depan yang lebih baik.
'Baju' yang ada sekarang terpalit dengan kekotoran yang busuk lagi meloyakan disebabkan amalan rasuah, peminggiran Bahasa Melayu; kegagalan menggurangkan jenayah; penghinaan kepada Islam; amalan maksiat yang tidak dapat dibendung; keadaan ekonomi yang amat meruncing dan lain-lain.
Maka saya menyeru pengundi Kuala Terengganu supaya menukar baju pada 17 Januari supaya baju baru ini akan membawa suara rakyat Kuala Terengganu menegur keterlanjuran kerajaan; memberikan pandangan yang positif untuk kebaikan rakyat bukannya menjadi Pak Pacak yang sentiasa mengiyakan dan mengangguk setuju apa yang dikatakan oleh pemimpin mereka.

14 January 2009

PRK KT : 3 HARI LAGI, KEMPEN BERTAMBAH PANAS ~ Ref Malaysiakini

Ramai yang merungut menyatakan kempen PRK Kuala Terengganu sejuk tidak sehangat PRK yang lain. Kini tinggal 3 hari sebelum pengundian pada 17 Januari, suhu kempen di sana semakin meningkat dan panas.

Insiden mengoyakkan poster, pemasangan banner yang tidak beradab dan sebagainya mula mewarnai kempen PRK Kuala Terengganu.

Pemidang berkenaan diletakkan di satu simpang tiga dekat SK Tengku Ampuan Mariam di tengah-tengah bandar raya Kuala Terengganu kira-kira jam 4 petang tadi.

Tidak jauh dari kain pemidang berkenaan, ada satu poster besar yang memaparkan karikatur ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menunggang seekor keldai berkepala dua - presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan tokoh utama DAP Lim Kit Siang.

Kedua-dua banner tersebut menimbulkan kemarahan kedua-dua pihak. BN cuba mengoyakkan banner PAS dengan bantuan kakitangan MBKT, manakala banner BN di atas diminta oleh PAS supaya dicabut.

Kedua-dua kes ini menimbulkan pertelingkahan kecil namun ianya dapat diselesaikan.

Saya mengharapkan petugas PAS supaya berhati-hati dengan provokasi pihak lawan yang sentiasa mencari peluang untuk memburuk-buruk imej PAS di mata rakyat agar rakyat membenci PAS dan mengundi BN pada 17 Januari ini.

SISWA JUGA DIAJAR DENGAN RASUAH ~ Ref Malaysiakini

Rasuah semakin parah. Mahasiswa juga turut dididik dengan rasuah. Itulah yang berlaku di kampus UM bila seorang mahasiswi mendakwa beliau cuba disogok oleh pihak pentadbir universiti.
Mahasiswi berkenaan - Shah Rizul Ayuni Zulkiply - membuat laporan tersebut di balai polis Pantai, Kuala Lumpur petang semalam.
Pelajar terbabit mendakwa cuba disogok supaya bertanding bagi pihak universiti dalam pilihanraya kampus 19 Januari depan.
Inilah sikap biadap dan tidak tahu yang ditunjukkan oleh pihak universiti yang cukup memalukan negara kita.

Saya harap pihak Polis dan SPRM dapat menyiasat kes ini dengan telus,adil dan saksama. Jika benar dakwaan mahasiswi tersebut pihak terbabit mesti dihadap dan dihukum di mahkamah.

PRK KT : SIAPA YANG PERINTAH TERENGGANU ALI RUSTAM TIDAK TAHU? ~ Ref Malaysiakini

Dalam ceramah Politik di Kampung Tok Jamal, Wakaf Mempelam di Kuala Terengganu 11 Januari lalu Ketua Menteri Melaka berkata PAS hanya membuat janji kosong pada setiap kali Pilihanraya.
"Sudah lima penggal Wakaf Mempelam dikuasai oleh PAS. Kita lihat sendiri apa yang mereka sudah berikan kepada rakyat di sini, kecuali janji-janji kosong. Nak beri projek, jauh sekali kerana pemimpin PAS hanya jumpa pengundi masa nak pilihanraya sahaja. Bila dah menang, mereka hilang. Kemudian bila nak pilihanraya, mereka datang sekali lagi jumpa rakyat janji itu dan ini," tegas Mohd Ali.
Saya hairan mengapa Ali Rustam menuding jari kepada ADUN PAS sedangkan negeri Terengganu diperintah oleh BN sejak hampir 50 tahun kecuali pada tahun 1957-1959 dan 1999-2004. Sepatutnya kerajaan negerilah yang menjalankan pembanguanan di kawasan terbabit bukannya wakil rakyat atau ADUN. ADUN hanya berperanan untuk menyampaikan maklumat dan pandangan kepada kerajaan di samping menjadi penggubal dasar kerajaan.
Malah lebih teruk dari itu macamana ADUN PAS dapat mentadbir dan menguruskan DUN nya jika kerajaan negeri BN sendiri menarik peruntukan untuk ADUN pembangkang sedangkan ADUN BN mendapat peruntukan ratusan ribu setahun untuk tujuan pembangunan dan projek-projek kecil.

Kepada Mohd Ali saya cadangkan supaya beliau bercakap dengan lebih cerdik kerana rakyat Terengganu khususnya pengundi DUN Wakaf Mempelam jelas lebih bijak dan pandai berbanding dengan pengundi di Melaka. Mungkin Ali boleh menipu pengundi di Melaka tetapi tidak semudah itu untuk menipu pengundi Wakaf Mempelam dan Kuala Terengganu.

PRK KT : SPR DAN BN MULA TUNJUK BELANG ~ Ref Malaysiakini

Hari ini SPR yang diwakili oleh Datuk Bandar Kuala Terengganu sebagai Pengurus Pilihanraya dan Jentera BN dibantu Jabatan Pendaftaran Negara mula menunjukkan belang masing-masing.
Ada maklumat yang menyatakan bahawa Mat Razali yang juga Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu telah meminta kakitangan pihak berkuasa tempatan itu mengundi calon Barisan Nasional (BN), Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh pagi ini.

PAS juga mendakwa SPR sedang bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam usaha menyediakan 'pengundi hantu' menjelang hari pengundian Sabtu ini. Apa yang mereka akan buat? Mungkin mengeluarkan kad pengenalan untuk 'pengundi-pengundi hantu' datang mengundi. Tidak mustahil ini dilakukan kerana mereka mempunyai segala kelengkapan.

Jadi bermulalah apa yang saya katakan sebelum ini iaitu BN akan menggunakan segala macam senjata untuk menumbangkan PAS.
Kita mesti bersedia dengan kelengkapan dan persediaan untuk menghadapi penipuan maha dahsyat ini.
Antara langkah penting ialah mempastikan jentera Polling Agent yang terlatih, tau selok belok perundangan, berani membantah dan menegur sebarang salahlaku dan perkara-perkara yang mencurigakan.
Petugas-petugas di bangsal panas juga mesti sentiasa peka dengan sebarang penipuan dan usaha untuk membawa pengundi hantu. Pasukan keselamatan itu juga mesti sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan provokasi yang akan dilakukan oleh pihak-pihak tertentu yang berusaha untuk memburuk-burukkan PAS.
Akhirnya mari kita BERDOA DAN BERMUNAJAT KEPADA ALLAH SUPAYA MENUNJUKKAN KEBENARAN DAN MEMBONGKARKAN SEGALA PENIPUAN DAN KEJAHATAN PIHAK LAWAN. HANYA INILAH SENJATA TERAKHIR GOLONGAN YANG TERANIAYA SEPERTI KITA.

PRK KT : DAH TERDESAK BARU KENANG JASA? ~ Ref Malaysiakini

Memang sudah menjadi lumrah dan darah daging BN, bila sudah terdesak apa sahaja mereka boleh buat. Hanya mak dan bapak yang telah mati yang mereka tidak dapat beri yang lain akan mereka usahakan walaupun mungkin sekadar janji.
Semua orang tahu sewaktu Allahyarham Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Dato' Razali Ismail masih hidup beliau seolah-olah dilupakan oleh Umno Bahagian. Malah beliau tewas pada pemilihan Umno bahagian di tangan kroni dan geng, Ketua Bahagian Umno Kuala Terengganu Wan Farid. Ada juga maklumat yang mengatakan beliau langsung tidak dilantik menjadi AJK tambahan Bahagian walaupun Wan Farid menafikannya.
Kini setelah beliau tiada, barulah BN dan Umno berusaha untuk membalas jasanya. Itupun kerana BN sudah terdesak akibat penolakan rakyat dan pengundi Kuala Terengganu kepada calonnya Wan Farid.
Maka bermacam-macamlah cara mereka fikirkan untuk memancing undi. Antaranya meluluskan projek mee segera seperti menurap jalan; memberikan projek kepada kontraktor kelas F, mengembalikan wang royalti minyak (sebahagian sahaja); angpau kepada pengundi cina; rasuah politik untuk pengundi dan lain-lain.
Satu lagi perkara yang jelas menampakkan ketidakiklasan BN ialah cuba memujuk keluarga Dato' Razali dan warga guru di Kuala Terengganu supaya mengundi Wan Farid. BN menyedari bahawa rakyat mula sedar tindakan BN yang meminggirkan Allahyarham Razali. Jadi keluarga Dato Razali dan warga pendidik jelas cenderung untuk mengundi PAS.

Maka oleh sebab itulah dengan tidak semena-mena Menteri Pelajaran, Hishammuddin Huseein mengumumkan nama Razali akan diabadikan di sebuah maktab perguruan di utara bandar raya Kuala Terengganu dan sekolah menengah di kawasan parlimen ini.Institut Perguruan Kuala Terengganu di Batu Rakit akan dikenali Institut Perguruan Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar di Kg Gong Tok Nasek ditukar kepada SMK Dato' Razali Ismail berkuatkuasa Jumaat ini, 24 jam sebelum hari pengundian 17 Januari ini.
Majlis perasmiannya dilaporkan akan disempurnakan oleh Najib.
Malam tadi juga Najib dan Hishamuddin cuba mendekati dan memujuk keluarga Dato Razali dengan menghadiri majlis tahlil di rumah Razali di Jalan Kenanga, Kuala Terengganu.
Jelas sekali BN semakin terdesak sehingga terpaksa mengambil langkah menamakan sekolah dan Institut Pendidikan Perguruan dengan nama Dato Razali demi untuk memujuk keluarga Razali supaya mengundi BN.
Saya yakin warga guru dan waris Dato' Razali tidak semudah itu untuk ditipu oleh BN. Adik ipar Allahyarham Dato' Razali sendiri, iaitu Md Azmi Lop Yusuf ialah penyokong kepada pencalonan calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut. Beliau bersama-sama dengan Dato' Mustafa Ali mengiringi YB Abdul Wahid masuk ke dewan untuk menyerahkan borang pencalonan dan penyokong pada 6 Januari lalu.

Md Azmi juga merupakan bekas ADUN PAS DUN Bandar dan beliau mempunyai pengaruh yang kuat di DUN tersebut.

PRK KT : BN GUNA PATUNG TIPU ORANG? ~ Ref Malaysiakini
















BN terpaksa meletakkan patung di dalam pos mereka kerana kekurangan petugas? Itulah yang dapat kita lihat di salah satu Pos BN di PRK Kuala Terengganu.

Saya nasihatkan kepada jentera BN kalau dah tiada petugas yang sudi untuk bertugas di Pos BN upah sahaja Mat Bangla untuk duduk ramai-ramai di situ.
Pos yang kosong macamana betul-betul memalukan BN. Inilah antara petanda BN akan kecundang pada 17 Januari ini.

Jika tiada taktik kotor dan penipuan ramai beranggapan BN akan berputih mata seperti di PRK Permatang Pauh.
Gambar Ihsan : blog adlyzahari.

PRK KT : MUNGKIN HANTU DATANG LAGI ~ Ref Malaysiakini

Petugas dan penyokong PR mula sangsi dan bimbang dengan masalah pengundi hantu dan kecelaruan dalam daftar pemilih.
Sejak dari mula-mula kerusi Kuala Terengganu diisytiharkan kosong mereka mula gusar dan tidak yakin mampukah SPR memastikan 'pengundi hantu' atau 'zombi' ini tidak bangkit dari 'kubur' dan datang mengundi.
Kebimbangan nampak semakin berasaskan dengan senario semasa yang berlaku di Kuala Terengganu sekarang :-
1) Kewujudan ramai pengundi sehingga puluhan orang yang berdaftar dalam rumah yang sama
2) Bilangan Polis yang ramai .....ada apa-apa agenda tersembunyi ke????
3) Masih banyak nama-nama pengundi yang meninggal dunia dalam daftar pemilih
4) SPR sendiri tidak menjalankan gerakan pemutihan yang drastik

Selagi kecelaruan di atas tidak dijawab dan diselesaikan oleh SPR maka selagi itulah rakyat tetap sangsi dan menaruh perasaan syak wasangka kepada SPR.

PRK KT : MERUBAH PERSEPSI RAKYAT TENTANG MENGUNDI ~ Ref Malaysiakini

Ramai rakyat di negara ini terutama orang Melayu yang persepsi mereka tentang mengundi jauh menyimpang dari falsafah mengundi itu sendiri.
Mereka merasakan mengundi tidak penting; tidak mendatangkan apa mudarat; sekadar main-main; tidak ada kena mengena dengan Islam; tidak ada kena mengena dengan masa depan negara dan bangsa.
Mengundi bagi mereka mungkin hanya suka-suka sebab itulah bila mereka dirasuah dengan duit RM300 atau RM400 mereka boleh menggadaikan undi mereka.
Malang sekali bagi seseorang Islam yang tidak faham bahawa Islam itu syumul dan mencakupi semua aspek kehidupan dan perbuatan. Dari sekecil-kecil perkara seperti cara masuk tandas, buang duri ditepi jalan sehinggalah kepada cara memerintah negeri semuanya ada dalam Islam. Inikan pula memilih pemimpin sudah tentu Islam ada cara-caranya yang tersendiri.
Bukankah Allah Firman dalam Al Qur'an " Dan bertolong-menolonglah kamu atas perkara-perkara kebaikan dan jangan tolong-menolong di atas jalan kejahatan".
Islam juga mengajar kita memilih pemimpin yang mempunyai sifat-sifat yang membawa kebaikan, keadilan dan berani mendedahkan penyelewengan serta menegur perkara-perkara mungkar bukannya pemimpin yang 'Yes Man' dan penakut.


Mengundi ialah amanah besar dalam ajaran Islam kerana kita yang akan menentukan siapa pemimpin kita.

Maka jelaslah bahawa mengundi bukan perkara main-main yang boleh dijual beli.

Silap undi Islam dipinggirkan
Silap undi Bahasa Melayu makin dihina
Silap undi rakyat semakin terhimpit dengan masalah kenaikan barang
Silap undi tanah orang Melayu tergadai
Silap undi barang naik

Silap undi barang naik
Silap undi jenayah makin meningkat sebab Polis digunakan untuk politik masa PRK dan lain-lain
Silap undi barang naik kerajaan buat tak tahu
Silap undi wang royalti ditangguh-tangguhkan pemberiannya
Silap undi gejala murtad bertambah
Silap undi undang-undang zalim seperti ISA terus dikekalkan
Silap undi pendidikan anak-anak semua kena bayar
Silap undi air tak dapat percuma

dan macam-macam lagi...........

PRK KT : CAMRY VS MERCEDES ~ Ref Malaysiakini

Kesempatan bermukim sebentar di Kuala Terengganu memberikan peluang kepada saya untuk menyelidik dan mendengar isu-isu yang dimainkan oleh PAS dan BN semasa berkempen. Antara isu-isu menarik ialah :-
1) Wang Royalti dan wang ehsan
2) Hudud
3) Jenayah
4) Calon masam 'cccetung'
5) PPSMI
6) Murtad
7) pembaziran
8) Kerajaan PR pinggirkan melayu
dan macam-macam lagi .....
Pada pengamatan saya, BN benar-benar ketandusan isu kali ini. Akhirnya mereka menumpukan kepada isu-isu remeh dan mudah dipatahkan oleh rakyat sendiri.
Umpamanya mereka menggunakan isu pembelian kereta Camry oleh kerajaan Perak dan Selangor sebagai membazir. Mungkin mereka lupa bahawa kerajaan negeri Terengganu membeli Mercedes yang jauh lebih mahal dari Camry. Malah kerajaan negeri dengan arahan kerajaan pusat bertambah membazir dengan menyimpan mercedes tersebut hanya untuk digunakan sekali sekala. Mereka terpaksa menggunakan Perdana V6 yang lain untuk kegunaan seharian.

SIAPA YANG MEMBAZIR KERAJAAN PR ATAU BN?

CALON BN ATAU WAKIL TIDAK BERANI BERDEBAT ISU ROYALTI DAN PPSMI ~ Ref Malaysiakini

Rakyat Terengganu dan Malaysia masih menunggu apa keputusan kerajaan pusat dalam 2 isu besar iaitu wang royalti minyak dan dasar pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Lantaran itu beberapa NGO dan parti politik berusaha untuk mengadakan forum, debat dan perbincangan dalam 2 isu tersebut. Mereka mengambil kesempatan dari PRK Kuala Terengganu bagi membicarakan hal tersebut.

Sepatutnya semua pihak termasuk kerajaan BN dan parti-parti komponen BN sendiri mesti berani untuk bertampil berdepan dengan rakyat. Malah ada baiknya kalau ketiga-tiga calon yang bertanding di PRK Kuala Terengganu mengambil bahagian dalam program yang diaturkan bagi membolehkan rakyat menilai pandangan, keintelektualan, idea dan daya kepimpinan masing-masing.
Malangnya awal-awal lagi calon BN menolak mentah-mentah cadangan pihak yang ingin menganjurkan program ini. Calon BN mesti menyahut pelawaan pengajur bagi membuktikan bahawa beliau seorang yang berjiwa besar, terbuka dan bersedia untuk mendengar serta berusaha menyelesaikan permasalahan yang diutarakan rakyat.

Seseorang pemimpin yang melarikan diri dari masalah rakyat dan tidak mahu mendegar pandangan dan cadangan rakyat merupakan pemimpin angkuh, tertutup dan tidak berpandangan jauh.
Sedangkan calon PAS dilaporkan bersedia bila-bila masa untuk berforum, berdebat dan berbincang atas apa juga topik demi kepentingan rakyat dan negara.
Pengundi Kuala Terengganu mesti mengambil perkara ini sebagai suatu yang serius. Mana-mana pemimpin yang penakut dan pengecut serta tertutup fikirannya tidak wajar diangkat menjadi pemimpin.

PRK KT : MAWE AKAN MENANG ~ Ref Malaysiakini

MAWE panggilan manja (YAB Lim Guan Eng) untuk YB Mohd Abdul Wahid Endut akan menang? Itulah persoalan yang dimainkan oleh pengundi dan petugas-petugas PR yang rata-rata yakin MAWE akan menang. Keyakinan mereka ini disandarkan kepada beberapa fakta, antaranya :-
1) PAS memenangi 3 dari 4 DUN di parlimen pada PRU 2008
2) Calon PAS MAWE jauh lebih mesra rakyat dari calon BN, Wan Farid Wan Salleh
3) Kesungguhan jentera PAS jauh mendahului BN yang kelihatan longlai dan tidak bersemangat
4) Sokongan pengundi Tionghua yang secara terbuka menyokong MAWE
5) Perpaduan yang utuh dan kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP terbukti menghasilkan satu pasukan mantap dan dilihat positif oleh rakyat.
6) Perpecahan dalaman Umno Bahagian Kuala Terengganu dan kebimbangan pemimpin Umno untuk berkempen (takut dilucutkan kelayakan bertanding) menjadi BN kian lemah.
....dan lain-lain.
Namun begitu bagi saya keyakinan petugas PR dan pemerhati politik bahawa PR (PAS) akan menang tidak semudah itu. BN sudah pasti menggunakan pelbagai taktik dan helah tidak kira samada ianya mengikut undang-undang atau melanggari undang-undang dan peraturan pilihanraya.
Lihat sahaja permainan mereka dalam media yang terus menjadi kuda tunggangan BN untuk berkempen dan menghentam PR sehingga ke lubang cacing.

Selain itu apa tujuan mereka menghantar pasukan Polis yang jumlahnya tidak masuk akal sedangkan terbukti kempen pilihanraya di sini aman dan tenteram.
Masalah kecelaruan dalam daftar pemilih, pengundi hantu, nama pengundi yang 'overlap' dan hilang terus menjadi igauan buruk kepada PR dan petugas-petugasnya. Percaya BN akan tetap menggunakan taktik bersih maupun kotor untuk memenangi PRK ini.

13 January 2009

PRK KT : TIONGHUA UNDI PAS, MELAYU TAK MAHU ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Rata-rata pihak yang berkempen di Kuala Terengganu mendapati bahawa pengundi Tionghua memang majoritinya cenderung untuk mengundi PAS. Mereka menyatakannya secara terbuka bukan sorok-sorok lagi. Mereka tidak takut kepada hudud, Islam dan pemimpin parti Islam.
Yang peliknya pengundi melayu pula seolah-olah tidak mahu menyokong Parti Islam yang berjuang atas dasar Islam yang syumul, adil dan sesuai untuk semua tempat dan masa. Mengapa terjadi sedemikian?.
Dari pengamatan saya pengundi Melayu masih lagi tidak terbuka kesedaran politiknya. Sebahagiannya masih termakan dengan rasuah politik berupa duit ratusan ringgit, projek pembangunan mee segera, janji pilihanraya yang belum tentu ditunaikan dan sebagainya. Walaupun mereka sudah ditipu untuk kesekian lagi kalinya mereka masih kekal dengan 'hok lame' tidak mahu berubah.
Pengundi Melayu tidak membeza rasuah politik dengan hak kedaulatan Islam, Melayu dan kebajikan mereka yang semakin dipinggirkan.
Mereka tidak kisah dengan pegangan Islam di kalangan remaja dan orang muda yang semakin terhakis sejak 50 tahun perikatan + BN memerintah.
Mereka tidak kisah dengan penghinaan dan peminggiran Bahasa Melayu dan tulisan jawi angkara Perikatan dulu dan BN sekarang.
Mereka tidak hairan dengan kehidupan mereka yang semakin tertekan dengan terhimpit akibat undang-undang Islam, amalan rasuah, kronisme, harga barangan dan inflasi yang naik mendadak.
Malah ada seribu satu macam lagi masalah orang Melayu yang dianaktirikan oleh kerajaan BN dalam keadaan halus dan mungkin tidak disedari oleh orang Melayu.
Oleh sebab itulah saya meramalkan tidak ada banyak perubahan dari kalangan pengundi Melayu. Andaikata ramalan ini benar, maka keputusan siapa yang akan menang terletak pada undi kaum Tionghua.
Selain itu jangan lupa BN sudah pasti mendahului dengan majoriti lebih dari 800 undi kerana undi pos yang telag diselesaikan semalam. Belum pun bermula proses pengundian BN sudah pun berada di depan.

PRK K.TERENGGANU : WAN FARID SEMAKIN MENDEKATI HARI-HARI PENCEN ~ Ref Malaysiakini

Bekas Timbalan Menteri Dalam Negeri yang juga calon BN PRK Kuala Terengganu semakin mendekati hari pencennya iaitu pada 17 Januari ini. Jika beliau tewas maka beliau sudah pasti tidak dilantik sebagai kabinet lagi. Bermakna beliau terpaksalah berpencen untuk sekurang-kurangnya 3 tahun untuk menanti pilihanraya umum akan datang untuk bertanding semula. Itupun jika beliau dipilih menjadi calon dan menang di mana-mana kerusi parlimen. Jika bertanding pun belum tentu menang dan jika menang pun belum tentu dilantik ke kabinet.

Maknanya Wan Farid ternyata membuat keputusan yang silap untuk bertanding pada PRK ini.

Dari perkembangan terkini ternyata Wan Farid berada dalam keadaan genting di mana rakyat terus memberikan response yang baik kepada calon PAS.

Pemerhati politik meramalkan bahawa kedudukan sekarang antara PAS dan BN ialah 55:45 di mana PAS selesa mendahului BN.

PROJEK MONORAIL DIBANTAH PENDUDUK ~ Ref Malaysiakini

Bandar Hilir : Penduduk Pangsapuri Tun Sri Lanang dekat sini membantah keras pengambilan secara paksa (compulsory acquisition) tanah pangsapuri mereka yang telah dipersetujui secara peribadi di antara pihak Perbadanan Persatuan Penduduk Pangsapuri Tun Sri Lanang dengan Majilis Melaka Bandaraya Bersejarah (MBMB).

Merujuk kepada Warta Kerajaan Negeri Melaka No. 428 bertarikh 3.6.2008, No. Kontrak MBMB/PK/K/2008/04/10 dan juga kepada laporan tanah oleh Tetuan C H Williams Talhar & Wong bertarikh 8hb September 2008.tanah kawasan tersebut akan diambilalih oleh MBMB untuk tujuan membentuk, Membina, menyiapkan, menguji dan mentauliahguna 'Monorail Train', 'Roller Coaster Cyclone' dan 'Glider' di persisiran Sungai Melaka secara 'Design and Build'.
Penduduk Pangsapuri tersebut membantah keras pengambilan tahah tersebut dengan menghantar memo kepada MBMB dengan menyatakan sebab-sebab mereka tidak bersetuju dengan pengambilalihan tanah tersebut.

Di dalam memo tersebut penduduk telah memberikan beberapa alasan mengapa mereka tidak bersetuju dengan tindakan tersebut.

Antaranya mereka tidak diberitahu tentang pengambilan tanah pangsapuri oleh pihak Perbadanan Persatuan Penduduk ataupun dari pihak MBMB; tidak ada apa-apa perjumpaan di antara kami sebagai penduduk dengan pihak MBMB ; terdapat kesan mudarat (injurious effect) yang bakal akan berlaku sekiranya pengambilan secara paksa dilakukan.
Menurut mereka antara kesan mudarat yang mungkin berlaku ialah Pembinaan monorail adalah terlalu dekat dengan pangsapuri penduduk-penduduk; pembinaan tersebut akan menyebabkan berlakunya keretakan pada blok-blok pangsapuri tersebut; pembinaan tersebut akan menjejaskan persekitaran kawasan pangsapuri tersebut seperti ancaman pencemaran bunyi, pencemaran asap, 'vibration' dan kemungkinan akan berlaku kejadian yang tidak diingini; pembinaan juga akan menjejas kehijauan (greenery) pangsapuri tersebut kerana pokok-pokok kawasan pangsapuri akan ditebang untuk laluan monorail tersebut; pembinaan tersebut juga akan menjejaskan nilai pasaran pada unit-unit pangsapuri-pangsapuri tersebut; kawasan pangsapuri tersebut bukan satu 'theme park' maka ianya tidak sesuai dengan cadangan pihak MBMB mahupun kerajaan negeri untuk menaikkan tarafnya.Walaupun terdapat akujanji-akujanji oleh pihak MBMB, ianya tidak memberikan satu alasan yang munasabah untuk membina monorail pelancongan di kawasan penduduk.

Menurut jurucakap penduduk selain dari Memorandum ini diserahkan kepada pihak MBMB, ianya akan ditujukan kepada kerajaan Negeri, Kementerian Alam Sekitar dan juga kepada Pejabat Perdana Menteri.Selain daripada Memorandum ini diserahkan kepada pihak Majilis, ianya akan ditujukan kepada kerajaan Negeri, Kementerian Alam Sekitar dan juga kepada Pejabat Perdana Menteri.

Memo bantahan tersebut ditandatangani oleh hampir semua penduduk pangsapuri terbabit.
Gambar dan sumber : damianslyeo

PRK K.TERENGGANU : APA YANG YB PAS BOLEH BUAT KALAU MENANG? ~ Ref Malaysiakini

Ramai pengundi Kuala Terengganu yang bertanya apa yang YB Wahid boleh kuat kalau beliau menang.

"BN boleh bagi 'pitih' kalau menang, belum menang pun dah bagi doh"

Saya ingin jelaskan banyak YB PAS boleh bagi antaranya :-

1) Memberikan teguran dan pandangan kepada kerajaan tentang apa juga langkah dan dasar kerajaan yang bertentangan dengan agama, keadilan, kezaliman dan penindasan kepada rakyat.

2) Menyuarakan cadangan dan pandangan kepada kerajaan untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit dari segi ekonomi, politik, demokrasi, hak asasi manusia dan lain-lain.

3) Tidak bersekongkol dengan apa juga tindakan kerajaan BN dalam dasar dan langkah kerajaan yang jelas bertentangan dengan agama dan kepentingan rakyat seperti ISA, kenaikan harga barang dan lain-lain.

4) Mengukuhkan kedudukan PR dalam parlimen dengan pertambahan satu kerusi dengan itu BN tidak akan berani melakukan perkara-perkara yang menjejaskan kepentingan rakyat.

dan banyak lagi ........

Untuk pengundi yang mengutamakan 'pitih'dua tiga ratus ringgit ingatlah duit sebanyak itu tidak memberikan jaminan masa depan. Adakah duit sebanyak mampu untuk menjamin kedaulatan agama, bangsa dan negara.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter