Ramai yang masih sangsi dengan kejujuran BN dan SPR. Mereka bimbang dengan keujudan pengundi hantu yang akan membuang undi esok bagi membantu BN mengekalkan kemenangan mereka di Kuala Terengganu.
Kesangsian mereka ini diperkukuhkan lagi dengan tindakan Jabatan Perdaftaran Negara (JPN) yang meneruskan operasi sehingga jauh malam atas alasan untuk bekerjasama dengan SPR bagi mengesan pengundi. Apakah ianya benar? Tidak ada siapa yang dapat masuk ke pejabat JPN selain dari petugas dan pemimpin BN dan SPR.
Mungkin sekarang ini pengundi hantu sedang dihantar ke lokasi-lokasi strategik untuk membuang undi esok.
Mungkin pengundi hantu sedang dalam perjalanan dari jauh dan dekat. Atau mungkin juga pengundi hantu sudah menginap beberapa hari di Kuala Terengganu di tempat-tempat yang dirahsiakan.
Mungkin pengundi hantu sedangkan diberikan taklimat untuk memastikan mereka dapat mengundi dengan selamat dan tidak dapat dikesan oleh jentera PAS mahupun Polling Agent PAS di tempat pengundian.
Mungkin pengundi hantu sedang menerima 'kad pengenalan' masing-masing untuk mengundi esok.
Semuanya mungkin berlaku kerana Timbalan Perdana Menteri sendiri telah membuat kenyataan bahawa " at all cost (apa juga harganya) Barisan Nasional (BN) mesti menang."
Mungkin pada malam ini jentera BN akan membuat pecutan terakhir merasuah, mengugut dan menjanjikan habuan untuk pengundi.
Oleh itu petugas PAS mesti bersedia setiap saat bagi menghalang penipuan dan penyelewengan kuasa dan jentera kerajaan yang sedang bekerja keras untuk memenangkan BN.
Takbir
Comments