.

.

19 March 2011

Rakyat Sarawak mesti ajar Taib Mahmud

RAKYAT SARAWAK MESTI AJAR TAIB MAHMUD PADA PILIHANRAYA NEGERI TIDAK LAMA LAGI. TAIB KAYA RAYA, RAKYAT MISKIN PAPA KEDANA. TAIB ADA HARTA BERBILION RINGGIT, RAKYAT KAIS PAGI MAKAN PAGI KAIS PETANG MAKAN PETANG. ANAK-ANAK TAIB SEMUA JUTAWAN RAKYAT TIAP-TIAP HARI FIKIR MACAMANA NAK CARI MAKAN. RAKYAT SARAWAK MESTI BANGKIT TOLAK TAIB DAN BN.

17 March 2011

BN LULUS JUDI, SIAPA DAPAT SAHAM?

Rakyat seharusnya sedar bahawa siapa yang meluluskan lesen judi sehingga syarikat judi beroperasi bagaikan cendawan lepas hujan. Mungkin tidak semua rakyat sedar bahawa sesungguhnya lesen judi diluluskan oleh Kementerian Kewangan sejak dahulu, kini dan harap-harap tidak selamanya.
Keputusan kerajaan negeri Kelantan mengharamkan judi di Kelantan sejak awal PAS memerintah langsung tidak mendapat sokongan kerajaan pusat pimpinan BN. Mereka terus memberikan kelulusan seperti syarikat judi seperti Magnum, Berjaya dan sebagainya yang mengendalikan produk judi seperti Toto, 4D, Magnum, Damacai dan sebagainya. Kelantan tutup lubang kerajaan BN gali lebih banyak lubang.
Kerajaan negeri hanya berkuasa untuk tidak meluluskan lesen premis perjudian namun lesen judi itu sendiri diluluskan oleh Kementerian Kewangan. Alangkah baiknya jika lesen judi yang sedia ada tidak diperbaharui. Malangnya kerajaan BN bukannya berusaha supaya tidak menyambung lesen yang sedia ada malah cuba menambahkannya dengan lesen judi bola tidak lama dahulu.
Kita semua tahu sebenarnya kerajaan BN amat bergantung harap kepada cukai syarikat perjudian ini sebagai salah satu penyumbang terbesar. Lebih teruk dari itu ada dakwaan menyatakan bahawa taiko-taiko judi ini menjadi penyumbang dana untuk BN pada setiap kali pada setiap kali pilihanraya umum atau kecil.
Persoalannya sekarang rakyat khasnya yang beragama Islam kena sedar bahawa kerajaan yang ada sekarang telah mengHALALkan judi satu perkara yang jelas diHARAMkan oleh Allah. Apa hukumnya kita bersubahat dengan mengangkat mereka ini menjadi pemimpin kerajaan, sudah tentu kita juga mendapat saham yang sama.
Insan benci judi

54 TAHUN PERINTAH RUMAH RAKYAT MASIH DHAIF

Betapa untungnya rakyat Malaysia bila pembangkang kuat, maka manfaat akan melimpah kepada rakyat bawahan. Pembangkang yang kuat akan menjadi kuasa pengimbang kepada kerajaan BN. Terbaru Datuk Seri Najib Tun Razak telah meluluskan peruntukan untuk membina 10 000 rumah orang susah dengan setiap rumah diberikan peruntukan RM5000, ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak RM50 juta.

Ini adalah agenda untuk menyantuni rakyat sebagai halwa pilihanraya yang semakin hampir. Alangkah baiknya jika dana untuk rakyat digunakan dengan baik, maka tidak timbul peruntukan untuk 10 000 rumah yang daif perlu dibaiki. Kesemuanya ini terjadi kerana wang dana orang miskin RM32 juta lesap ditelan oleh taukeh cina Ooi Kee Siang seorang tauke pokok orkid di zaman Tan Sri Annuar Musa menjadi Menteri Pembangunan Luar Bandar. Begitu juga saham bumiputera RM52 bilion lesap di tangan penguasa yang rakus sehingga rakyat menjadi susah. Kayu ukurnya hampir 54 tahun merdeka kehidupan rakyat terutama di Sabah dan Sarawak seperti 10 tahun mencapai kemerdekaan, walaupun hasil mahsul di perut bumi begitu kaya.

Memang pemimpin Umno suka rakyat miskin, supaya senang menjadi umpan pilihanraya. Sepatutnya pemimpin umno kena malu kepada rakyat, walaupun hampir 54 tahun merdeka masih terdapat 10 000 rumah yang daif yang perlukan bantuan untuk di perbaiki.

Pengalaman saya berada di Miri melihat kawasan perumahan di Kampung Pasir, terletak di belakang pejabat Petronas Cari Gali Miri. Penduduk yang tidak ada letrik terpaksa menggunakan generator sendiri dengan kos setiap bulan melebihi seratus ringgit setiap rumah. Kawasan yang diduduki hampir 30 tahun, majoriti mereka ialah masyarakat Iban. Saya dimaklumkan setiap kali pilihanraya maka dijanji bermacam-macam oleh calon BN, selepas menang muka tidak nampak. Inilah watak yang diskimakan dalam budaya kepimpinan BN seluruh negara iaitu memperalatkan kemiskinan.

PAS mengharapkan supaya rakyat yang diberi bantuan untuk membaiki rumah jangan ada diskriminasi politik kepartian dan jangan ada unsur ugutan supaya memangkah BN. Berilah kepada yang berhak, bukan diberikan kepada kroni BN semata-mata. PAS mengharapkan seluruh jentera parti Pakatan rakyat akan pantau projek ini supaya tidak wujud pilih kasih, kerana wang ini ialah wang rakyat bukan wang Umno BN.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

LOJI NUKLEAR : TEKNOLOGI MEMBAHAYAKAN DIRI SENDIRI

Jepun belum dapat menyelesaikan masalah loji nuklearnya di Fukushima selepas pekerja diarahkan meninggalkan seketika tempat itu semalam kerana tahap radiasi meningkat. Pihak berkuasa berkata, tahap radiasi di ibu negara itu 10 kali tinggi daripada normal tetapi tidak membahayakan kesihatan manusia di bandar yang mempunyai 13 juta penduduk. Pencemaran radiasi dilaporkan melanda Tokyo sejak 24 jam lalu meskipun pada tahap rendah dan kebakaran di loji nuklear berkenaan awal daripada itu meningkatkan lagi kebimbangan, lapor agensi berita Kyodo.

Pakar nuklear dan ahli akademik berkata, penyelesaian sedang dicari untuk mengawal kebocoran radiasi di loji Daiichi, wilayah Fukushima bagi mengelakkannya menjadi bencana nuklear paling teruk dalam sejarah.

“Ini adalah mimpi buruk yang berlaku perlahan-lahan,” kata pakar penyelidik di Pusat Pengajian Antarabangsa, Institut Teknologi Massachusetts, Dr Thomas Neff.

Pekerja loji itu cuba membina laluan bagi membolehkan jentera bomba masuk ke rektor nombor 4 yang terbakar. Stesen televisyen NHK menunjukkan asap atau wap kelihatan naik di kemudahan itu kira-kira jam 1 tengah hari (waktu tempatan).
Bimbang dengan krisis yang dihadapi pekerja loji yang bekerja termasuk keletihan selepas bekerja berhari-hari sejak gempa bumi melanda, pihak berkuasa mengarahkan 750 pekerja untuk pulang dan hanya tinggal 50.

Mereka yang tinggal diarahkan keluar sejam selepas itu kerana tahap radiasi terlalu tinggi tetapi kemudian dibenarkan kembali, kata pegawai rasmi.

Pihak berkuasa menghabiskan beberapa hari terdesak untuk mengelakkan air yang digunakan untuk menyejukkan radioaktif daripada mendidih yang boleh menyebabkan kepanasan dan membebaskan bahan radiasi berbahaya di atmosfera.

Tahap 400 millisievert sejam direkodkan berdekatan rektor nombor 4, kata kerajaan. Pendedahan kepada lebih 100 millisieverts setahun boleh membawa kepada kanser, kata Persatuan Nuklear Dunia.

Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan meminta 140,000 penduduk yang tinggal dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu supaya tidak keluar rumah.
Jepun bimbang kebocoran serius bermakna ia akan sama dengan insiden nuklear paling teruk sejak Chernobyl di Ukraine pada 1986.

Sejak gempa bumi dan tsunami melanda Jumaat lalu, empat letupan berlaku di loji nuklear yang rosak itu, terbaru letupan di reaktor nombor 2 dan 4.

Angka kematian rasmi kerana gempa dan tsunami mencecah 4,000 manakala lebih 7,000 lagi senaraikan sebagai hilang.

Salji menjejaskan lagi keadaan ribuan mangsa yang kehilangan tempat tinggal akibat gempa dan tsunami kerana terpaksa bermalam dengan kesejukan akibat bekalan elektrik terputus.

Kebimbangan terus menyelubungi kerana radiasi dikhuatiri sampai kepada penduduk di barat laut Amerika Syarikat dan Kanada.

Pihak berkuasa memberi amaran orang ramai yang terdedah kepada radiasi supaya mengambil pottasium iodin bagi melindungi daripada kanser.

Radiasi nuklear menjadi isu sensitif bagi Jepun selepas kejadian paling teruk melanda negara itu ketika pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima pada 1945.
bhairan

INI JAWAPANNYA MENGAPA ANWAR TAK BERANI BAGI DNA

Mengapa Anwa tidak berani atau tidak mahu memberikan sample DNA? Jawapannya mudah sahaja kerana Anwar tahu malaun-malaun akan menggunakan sample DNA itu untuk mengenakan beliau.
Semua orang tahu konspirasi kes liwat 1 sudah terbukti, Anwar tidak bersalah dan kes liwat itu adalah satu konspirasi jahat. Sudah tentu Anwar mempunyai sebab untuk tidak memberikan sampel DNAnya dalam keadaan konspirasi kedua akan dilakukan.
Ini bukan soal berani atau tidak berani, ini soal kepada siapa sampel itu akan diberikan. Sudah tentu ia akan diberikan kepada pihak berkuasa yang kejujuran mereka sudah lama dipertikai dan diragukan.
Pemberian sampel itu ibarat Anwar menghulurkan tengkuknya untuk disembelih.....

KUASA ALLAH TIADA TANDINGNYA

Walau sehebat mana manusia, sudah pasti kuasa Allah tidak dapat ditandingi. Lihat sahaja kejadian Tsunami yang berlaku di Jepun sehari dua ini. Ombak besar dan gegaran bumi menjadikan manusia umpama semut yang tidak dapat berbuat apa-apa yang mengharapkan belas ihsan dari Yang Maha Kuasa. Sehingga kini kira-kira 13,000 dikhuatiri mati dan hilang.
Kapal besar, bangunan, kereta dan sebagainya bagaikan semut dihanyutkan air. Marilah sama-sama kita ambil iktibar dari bala Allah ini. Jangan kita mendabik dada dengan kekuasaan dan kekayaan yang kita ada. Sampai masanya kita akan menerima hukuman dari Allah.

16 March 2011

PENGSAN JIKA PAS MENANG KERUSI DI MELAKA

PAS sememangnya tidak pernah sebarang kerusi di Melaka. Ramai beranggapan sukar untuk PAS menang di Melaka. Namun itu semua kerja Allah. KekuasaanNya tidak dapat diatasi oleh sesiapa jua.
Terbayangkah kita bahawa negeri Selangor yang dipimpin oleh Khir Toyo tumbang pada PRU 2008. Khir Toyo dan pimpinan Umno Selangor sehingga ke hari ini masih bermimpi pergi ke pejabat Kerajaan Negeri Selangor kerana tidak menerima kenyataan bahawa mereka adalah pembangkang di Selangor.
Begitu juga di Melaka, siapa dapat menjamin bahawa PAS tidak akan mendapat sebarang kerusi di Melaka. Kuasa Allah tidak akan dapat dilawan oleh sesiapa juga.
Rakyat boleh berubah dengan hidayah dari Allah. Hati manusia boleh luntur dan lembut dengan hidayah dan rahmat Allah.
BN dan Ali Rustam jangan mendabik dada kononnya mereka akan berkuasa sampai bila-bila. Kaum Thamud dan Aad yang membina istana mereka dengan memahat batu pun boleh tumbang dengan kekuasaan Allah. Apalah sangat dengan BN jika dibandingkan dengan kerajaan Fira'un, Thamud dan sebagainya.
Lantaran itu mungkin ada yang pengsan jika nanti ditakdirkan PAS berjaya memenangi kerusi Dun pada PRU ke 13 nanti. Macam peristiwa di Selangor seorang bekas YB meninggal tidak lama selepas BN tumbang di Selangor.

MUKTAMAR PAS : KERAJAAN PERPADUAN VS ERDOGAN?

Media nampaknya cuba mengungkit dan membesar-besarkan pertembungan di dalam PAS. Mereka mencetuskan semula kumpulan-kumpulan yang mereka gelarkan Kerajaan Perpaduan (UG) dan Erdogan.
UG adalah kumpulan yang dikatakan cenderung untuk bergabung dengan kerajaan yang menolak dan meminggirkan Islam yang memerintah Malaysia sekarang. Manakala Erdogan dikaitkan dengan individu yang kuat mendokong idea PAS baru dan menyokong penuh Tahaluf Siyasi yang sedang diamalkan oleh PAS sekarang.
Bagi blog ini kumpulan-kumpulan itu sebenarnya tidak ujud secara rasmi tetapi hanya individu-individu yang mungkin mempunyai pandangan yang agak berbeza dengan individu lain maka mereka dilabelkan dengan 'labelling' masing-masing.
Pada hal bagi blog ini, itu semua adalah mainan musuh yang sentiasa mencari jalan untuk memporak perandakan PAS. Semua pimpinan PAS komited untuk mempertahankan Tahaluf Siyasi dan meroboh rangkaian penindas dan penzalim. Ahli PAS diajar supaya mempertahankan Islam walau dalam keadaan sekalipun. Tidak perebutan jawatan seperti yang berlaku di dalam Umno dan parti lain.
PAS bersih dari masalah rasuah, fitnah dan dengki-mendengki semasa pemilihan tidak sebagaimana Umno. MCA dan sebagainya yang terpaksa menangguhkan pemilihan parti kerana takut berpecah.

ANWAR AKAN SERAH DNA?

RiUH RENDAH PARA PESERTA DEMONSTRASI MENGGESA ANWAR MENYERAHKAN SAMPEL DNANYA KEPADA PIHAK BERKUASA. MACAM-MACAM GESAAN YANG MEREKA BUAT. KALAU SEBELUM INI MEREKA MENCEMUH RAKYAT BERDEMONSTRASI KINI UMNO SEOLAH-OLAH MENGGALAKKAN RAKYAT BERDEMO. TETAPI DEMO KALI IALAH DEMO YANG MENGUNTUNGKAN MEREKA.  MEDIA PULA BERSEKONGKOL SAMA MENIUPKAN SEMANGAT SUPAYA DEMO INI DILAKUKAN. PERSOALANNYA ADAKAH ANWAR AKAN TUNDUK DAN MENYERAHKAN SAMPEL DNANYA. APA BENTUK SAMPEL YANG MEREKA MAHU. AIR LUDAH, AIR MANI, KAHAK ATAU APA? RAMAI BERKEYAKINAN ANWAR TIDAK AKAN TUNDUK DENGAN MUDAH KEPADA PUAK-PUAK KARUT INI.

DEMONSTRASI HALAL UNTUK BN HARAM UNTUK RAKYAT

Di dalam negera ini hak untuk berhimpun secara aman dijamin oleh perlembagaan. Namun di sana pihak berkuasa mendakwa ada akta lain mengharamkan perhimpunan aman tersebut. Ini bermakna hak asasi manusia untuk berkumpul tidak ujud di Malaysia.
Namun begitu ianya halal jika demonstrasi itu dilakukan dengan memberikan keuntungan politik kepada kerajaan BN seperti demo yang sedang hangat dilakukan sekarang iaitu menggesa Anwar menyerahkan sampel DNAnya kepada pihak berkuasa.
Apabila rakyat berkumpul meminta SPR merubah undang-undang pilihanraya supaya lebih telus, adil dan professional, membantah ISA, membantah kenaikan harga minyak/barangan dan lain-lain . Polis halang dan provok. Pelbagai cara digunakan, tangkap, sembur gas, sepak, maki dan macam-macam lagi. Kita dapat melihat gambar yang jelas di mana rakyat disepak dan dikasari semasa demonstrasi.
Sebaliknya perhimpunan pijak kepala lembu, gesa Anwar serah DNA, kecam kerajaan Pulau Pinang dan sebagainya halal dan digalakkan pula oleh kerajaan. Inilah sikap 'double standard' yang dibentangkan di depan mata kita. Rakyat seharusnya membuka mata tentang hakikat ini.

KERAJAAN PUSAT TERUS ZALIMI KERAJAAN NEGERI PR

Kerajaan Pusat terus menzalimi kerajaan negeri di bawah pimpinan PR apabila hanya memberikan tidak sampai 3 % geran perka pita kepada negeri terbabit. Sebagai contoh untuk kerajaan Selangor, wang sumbangan cukai yang diserahkan kepada kerajaan pusat ialah RM16 bilion. Namun kerajaan negeri hanya menerima RM400 juta sahaja geran dari kerajaan pusat iaitu kira-kira 2.9 % sahaja. Adilkah agihan ini???? Sedangkan kerajaan negeri-negeri yang diperintah BN menerima sehingga 20 % geran tersebut.
Terbukti bahawa semangat federalisme yang sepatutnya diamalkan di Malaysia tidak menjadi kenyataan. Ianya hanyalah di atas kertas, jauh sekali dari diamalkan secara telus dan professional.
Inikah semangat 1Malaysia yang dilaung-laungkan BN. Ternyata ianya hanya retorik semata-mata sedangkan realitinya negara kita penuh dengan diskriminasi dan polarisasi politik.
Sumber : Kenyataan media Datuk Seri Anwar Ibrahim

15 March 2011

DAKWA MAHATHIR DI BAWAH AKTA HASUTAN

Pensyarah Undang-undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Prof Dr Abdul Aziz Bari menyifatkan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad jahil perlembagaan kerana mempersoalkan peruntukan bagi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil.
Beliau mengulas demikian merujuk kepada blog Mahathir tahun lalu yang boleh didakwa di bawah Akta Hasutan kerana merpertikaikan peruntukan tersebut di bawah Perlembagaan Persekutuan.
“Tulisan Tun Mahathir dalam blognya adalah salah apabila mempersoal sekolah Rendah Jenis Cina (SRJC) dan Tamil (SRJT) untuk dapat peruntukan. Beliau boleh ditangkap dan didakwa di bawah Akta Hasutan.
“Hak kaum Cina dan India dijamin di bawah Artikel 152 Perlembagaan Persekutuan manakala bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,” katanya ketika membentangkan kertas kerja bertajuk ‘Federalisme: Keadilan Dalam Mengagihkan Kekayaan Negara’ pada program Wacana Ekonomi di Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dekat Shah Alam hari ini.
Aziz berkata, Artikel 152 menyatakan bahawa kedudukan dan hak bahasa lain untuk digunakan, dipelajari dan dikembangkan sekalipun dengan menggunakan dana awam tidak akan dinafikan.
“Di bawah Artikel 152 memberi jaminan dan mekanisma yang memastikan semua orang mendapat hak masing-masing dan kerajaan boleh memberi peruntukan kepada sekolah-sekolah ini,” ujarnya.
Aziz turut menyifatkan isu-isu yang dibawa oleh Pertubuhan Peribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) adalah tidak logik kerana pernah menentang peruntukan kepada SRJC dan SRJT tahun lalu.
“Apa yang diperjuangkan Perkasa itu tidak logik dan masuk akal kerana melanggar perkara yang termaktub di dalam Perlembagaan,” katanya.
Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Setiausaha Agong KEADILAN, Saifuddin Nasution Ismail; Pengarah Strategi, Rafizi Ramli; Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad; Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok; Adun Sri Muda, Shuhaimi Shafei, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Melawati, P Muthiah dan Adun Taman Medan, Haniza Talha.
Majlis itu turut diserikan dengan ucapan pembukaan daripada Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mazalan Mohd Nor.
Sumber : Keadilandaily
Nota : Beranikah kerajaan pimpinan Najib dan pihak berkuasa mendakwa Mahathir ....jawapannya sudah tentu ada di dalam kepala tuan puan.

UMNO AJAR AMPU SANA AMPU SINI

Teguran Datuk Seri Najib Tun Razak kepada ahli akademik supaya tidak terlalu berpolitik seperti ketam menyuruh anak berjalan betul. Punca ahli akademik jadi demikian kerana tingkah laku dan budaya politik Umno yang mengajar mereka. Setengah tindakan ahli akademik macam tindakan Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Umno yang menyekat bantuan dan menyenaraikan hitam bantuan kerana menyokong Pakatan Rakyat.

Budaya politik Umno yang diketuai oleh Datuk Seri Najib sudah mewarnai corak pemikiran ahli akademik di IPTA. Tindakan Hal Ehwal Pelajar ketika pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) bukti pemikiran primitif Umno yang bersarang di kalangan pentadbir, hatta bergelar profesor.

Ahli akademik yang mengampu kerajaan akan dinaikkan pangkat, walapun merit akademik tidak layak. Ahli akademik yang kritis akan dipinggirkan dari kenaikan pangkat, walaupun kewibawaan mereka teruji. Sekarang Presiden Umno resah dengan budaya politik di kalangan ahli akademik terutama ketika setiap kali perlantikan Naib Canselor Universiti seperti budaya surat layang yang ada di dalam Umno menjalar ke universiti.

PAS menasihatkan Datuk Seri Najib tidak perlulah mengeluh dengan budaya buruk di universiti semuanya hasil didikan Umno kepada anak didiknya. Samalah juga Allah menimpa kepada Umno dengan wabak rasuah, kerana pemimpin Umno yang mengajar tingkah laku begitu sehingga menjadi barah tahap empat. Sekarang penyakit ini sukar untuk diubat, maka perkara yang sama juga akan berlaku di universiti. Yang mengajar budaya ini ialah pemimpin Umno ketika hendak melantik pimpinan universiti, maka sekarang sudah menjadi masalah kepada pemimpin Umno siapakah ahli akademik yang boleh dipilih untuk memegang jawatan tersebut, kerana semuanya hendak mengampu, kesannya tahap akademik terabai.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

INFO: KESAN RADIASI NUKLEAR KEPADA MANUSIA

■Pendedahan radiasi berukuran 100 Rems akan merosakkan sistem peredaran darah menyebabkan sel limfosit darah akan berkurangan. Simptom awal selesema.

■Pendedahan kepada radiasi berukuran 200 Rems ke atas menyebabkan keguguran rambut dengan cepat, kerosakan saluran usus yang mengakibatkan mual, muntah dan cirit-birit. Pada kekuatan ini, radiasi boleh menyebabkan kerosakan saluran peranakan.

■Radiasi nuklear berukuran 1,000 hingga 5,000 Rems mengakibatkan kerosakan kepada pembuluh darah dan boleh menyebabkan jantung gagal berfungsi dan kematian.

■Pendedahan langsung kepada radiasi berukuran lebih 5,000 Rems akan menyebabkan sel otak rosak, selain membunuh sel saraf dan merosakkan pembuluh darah dalam jantung.

■Dalam jumlah tertentu, iodin radioaktif boleh merosakkan sebahagian atau seluruh bahagian kelenjar tiroid yang mengawal metabolisma (pengeluaran tenaga) manusia.

■Menurut data kesan pengeboman bom atom di Nagasaki dan Hiroshima menunjukkan mangsa cuma bertahan selama 10 tahun dan berdepan risiko jangka panjang seperti leukemia dan barah limfoma.

sumber: Media Arus Perdana

LETUPAN LOJI NUKLEAR : KERAJAAN WAJIB KELUARKAN KENYATAAN SEGERA

Loji Nuklear di Fukumi, Jepun meletup jam 4.30 pagi tadi. Mungkinkah letupan ini akan menyebabkan Malaysia juga terkena tempiasnya kerana kita tahu bahan nuklear boleh merebak dengan pantas.
Sehingga ini kerajaan Malaysia belum mengeluarkan sebarang arahan dan tanda amaran kepada rakyat.
Blog ini menggesa pihak berwajib segera mengeluarkana arahan dan tanda amaran jika alam sekitar kita dicemari dengan bahan radioaktif yang sudah tentu akan memberikan impak besar kepada manusia.
Oleh itu sebagai langkah berjaga-jaga diharapkan kita semua jangan melakukan aktiviti luar supaya kita tidak terkena bahaya kesan radioaktif ini.

Ku Li dan Anwar kena pukul

Antara musuh politik Mahathir yang teruk dipukul olehnya dalam buku terbarunya ialah Ku Li dan Anwar. Ku Li teruk dibelasah Mahathir kerana beliaulah antara musuh politik Maharhir yang nyaris menguburkan karier politik Mahathir pasa pemilihan Agung Umno 1987. Mahathir hampir tumbang pada masa itu apabila Ku Li memberiakn tentangan sengit kepada Mahathir untuk jawatan Presiden.

Anwar pula dilihat Mahathir sangat bahaya kerana beliau berjaya memanjat heirarki dalam Umno satu deni satu bermula dari Pemuda sehingga jawatan Timbalan Presiden. Akhirnya Mahathir terpaksa mencantas Anwar dengan pelbagai alasan tidak masuk akal.

Kedua-dua pemimpin berkarisma seperti Anwar dan KU Li akhirnya di'kuburkan' oleh Mahathir kerana dikhuatiri lawan 'taukeh'. Dalam buku terbarunya sekali lagi kedua-dua dipukul teruk oleh Mahathir. Sebab itulah Ku Li menayatakan buku ini tidak benar.

BUKU MAHATHIR : BANYAK FAKTA MENGELIRUKAN


Buku A Doctor In The House : The Memoir of Tun Dr Mahathir Mohammad mempunyai banyak fakta yang mengelirukan dan juga tidak benar. Buku tulisan mantan Perdana Menteri itu jelas menunjukkan bahawa sikap beliau yang tidak mahu mengaku kesilapan dan kesalahan beliau.

Kalau kita menelusuri buku itu ternyata beliau seolah-olah seorang yang maksum tidak ada langsung kesalahan yang beliau lakukan. Sedangkan semua orang tahu pada zaman pemerintahannya lebih 20 tahun terlalu banyak peristiwa hitam, penindasan, kezaliman dan salah laku yang dilakukan oleh kerajaan pimpinan beliau.

Di bawah ini dinyatakan beberapa peristiwa hitam yang sehingga ke hari ini ada yang belum selesai dan memerlukan perbicaraan semula kerana ia benar-benar dilihat tidak adil :-

1) Peristiwa Memali yang berlaku pada 19 November 1985 mengorbankan As Syahid Ustaz Ibrahim Libya dan sahabat-sahabatnya.

2) Pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas

3) Pemecatan Allahyarham Ustaz Ishak Baharom sebagai Mufti Kerajaan Negeri Selangor.

4) Perderhakaan terhadap Raja-Raja Melayu apabila kuasa baginda dikurangkan melalui pindaan perlembagaan.

5) Tangkapan zalim di bawah ISA seperti Operasi Lalang 1987 dan lain-lain

6) Kegagalan membayar royalti minyak kepada kerajaan negeri Terengganu bermula 1999.

7) Tuduhan Liwat ke atas Anwar Ibrahim dan pemecatan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri

8) Kezaliman ke atas rakyat dalam siri demonstrasi aman

9) Menarik balik bantuan perka pita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) sehingga banyak SAR ditutup

10) Mendera kerajaan Kelantan dan Terengganu dengan melambat-lambatkan geran kerajaan pusat kepada kerajaan negeri.

11)Berlakunya kemelut dalam Umno sehingga Umno berkubur. Umno yang ada sekarang adalah Umno baru ciptaan Mahathir.
12) Anak-anaknya menjadi jutawan dengan menjadi Pengerusi kepada ratusan syarikat.

13) Mengongkong dan memastikan agensi-agensi kerajaan seperti SPR, JPN dan lain-lain supaya tunduk kepada parti politik bukan kepada rakyat.

14) Berkuburnya Bank Bumiputera iaitu sebuah bank orang Melayu.

15) Dasar PPSMI yang menyebabkan Bahasa Melayu menjadi kucing kurap di Tanah Air sendiri.

16) Saiz tanah melayu semakin berkurangan

17) ...........dan banyak lagi.

Blog ini sangat bersetuju dengan pandangan Prof Dr Aziz Bari tentang buku ini. Antara lain Aziz Bari berkata bahawa semua pihak perlu menilai buku tersebut kerana setengah dari apa yang diperkatakan oleh Mahathir adalah tidak berasas.

Aziz berkata buku tersebut menggambarkan setiap perbuatan Mahathir adalah betul tanpa kesalahan tetapi perkara sebaliknya berlaku terhadap orang lain. Maknya apa yang Mahathir buat semua betul manakala orang lain buat semua tidak betul.

Menurut Aziz, contoh yang paling hampir ialah pemecatan Ketua Hakim Negara Tun Salleh Abas yang didakwa kerana mengadu bunyi bising akibat penambahbaikan istana negara yang menganggu kehidupan peribadinya. Jika tindakan sebegini menyebabkan dia dipecat maka ini adalah tidak wajar.

Aziz menambah bahawa banyak perkara yang diperkatakan oleh Mahathir dalam buku hanyalah untuk kepuasan hatinya.

14 March 2011

SAMPEL DNA BOLEH DICALIT DI MANA-MANA

Seorang teman secara berseloroh berkata Anwar tidak mahu memberikan sampel DNA kepada pihak berkuasa kerana beliau sudah tidak yakin dengan kejujuran pihak terbabit.
"Nanti dapat sampel DNA habis dia calit ke buntut dan anu sesiapa pun kita tak tahu" ujar teman tersebut.
Betul juga pendapat teman tersebut. Siapa yang boleh percaya 100 % dengan kejujuran pihak terbabit yang antara lain kerjanya memfitnah dan 'fabricate' bukti dan sebagainya.
"Jika pihak terbabit minta sampel DNA engkau ada berani ka engkau bagi" tanya teman tersebut kepada seorang teman lain.

MALAYSIA SYURGA PEROGOL

Sebanyak 9,575 kes rogol di bawah umur direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi tempoh lima tahun sejak 2005, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Abu Seman Yusop berkata statistik yang direkodkan PDRM itu menunjukkan jumlah kes yang melibatkan mangsa bawah umur adalah lebih tinggi bagi tempoh 2000 hingga 2010 berbanding kes yang melibatkan mangsa bukan bawah umur.

Jika dikira secara purata dari 9575 kes rogol dari 2005-2010 ini bermakna 1596 kes berlaku setahun atau 133 kes sebulan atau 4.4 kes rogol berlaku sehari.

Data ini jelas menunjukkan bahawa kes rogol di Malaysia sudah berada di tahap kronik. Malangnya kerajaan gagal menangani isu ini.

Abu Seman Yusof memberitahu bahawa antara langkah yang diambil PDRM ialah memberi perkhidmatan kaunseling kepada mangsa dan akan merujuk mangsa kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat jika memerlukan perlindungan.
Sepatutnya jika kerajaan yang ada sekarang adalah sebuah kerajaan yang bertanggungjawab mereka akan mencari punca sebenar mengapa kes rogol ini semakin banyak. Antaranya ialah kerana tiada langkah untuk mencegah kemungkara, malah program mungkar dan maksiat digalakkan oleh kerajaan, bukannya mereka hendak cegah malah galakkan pula. Kemungkaran berlaku di mana-mana. Program-program maksiat menjadi daya penarik untuk program kerajaan dan NGO.
Selain itu pusat pelacuran, hotel murah, pub, night club tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan. Pendedahan aurat berlaku di mana, video lucah, rancangan TV yang separa lucah, buku dan video lucah boleh didapati dengan mudah, lemahnya didikan agama dan sebagainya menjadi antara sebab penting nafsu syahwat tidak dapat dikawal dan terbuak-buak.
Lebih parah lagi ramai di kalangan mereka takut untuk berkahwin lantaran belanja mas kahwin dan kenduri kahwin yang tinggi. Akhirnya jalan untuk melepaskan hawa nafsu yang tidak dapat dikawal ialah dengan merogol.
Sudah tiba masanya kerajaan memikirkan perkara ini dengan serius. Jalan penyelesaian yang terbaik ialah kembali menghayati Islam dalam semua perkara dan kedua laksanakan hukum Islam seperti hudud dan takzir dan lain-lain

Sumber berita asal Bernama (14 Mac 2011).

PRU 13 : TAHNIAH KEPADA BN MELAKA YANG AKAN MENANG BESAR

Tahniah kepada Ketua Menteri Melaka, Mohd Ali Rustam kerana terlalu yakin bahawa BN Melaka akan menang 26 dari 28 kerusi Dewan Undangan Negeri di Melaka termasuk 3 kerusi dari 5 kerusi yang dimenangi oleh DAP sekarang.
3 kerusi tersebut kemungkinan besar ialah kerusi Bacang dan Ayer Keroh serta Kesidang.
Mengapa beliau tidak mendakwa boleh menang semua 100 % barulah Najib yakin akan kehebatan Mohd Ali. Kehebatan sebeginilah lawan dan kawan akan hormati. Kalau menang 100 % sudah tentu saham dan imej Ali Rustam akan naik mencanak dan sudah tentu peluang untuk menang pada pemilihan Umno untuk jawatan Timbalan Presiden akan lebih cerah.
Mohd Ali sepatutnya belajar dari Khir Toyo sebelum PRU 2008 yang meletakkan sasaran 0 (zero) pembangkang di Selangor. Sepatutnya Mohd Ali juga meletakkan target zero pembangkang di Dun Melaka. Baru nampak hebat.
Blog ini memang berpendapat bahawa keyakinan Ali untuk menang 26 kerusi (malah menang semua pun) itu ada asasnya kerana BN telah lama bekerja kuat merasuah, menyogok dan mengugut pengundi pada setiap kali pilihanraya samada umum atau kecil.
Tidak cukup dengan duit, habuan dan ugut BN juga menggunakan umpan pekerjaan, kontrak dan sebagainya untuk memastikan penyokong PR berubah arah menyokong BN.
Pada PRK Merlimau baru-baru ini contohnya duit mengalir macam air. Majoriti pengundi diberikan wang RM100 setiap orang pada hari mengundi. Itu belum dikira sebelum hari mengundi dan barangan lain. Ada juga yang menerima sogokan dan rasuah dalam bentuk fizikal seperti barang-barang dan alatan.
Hebat sungguh BN menentang hukum Allah yang mengharamkan rasuah. Apa agaknya hukum orang yang menang dengan cara rasuah dan apa pula hukumnya wang elaun dan gaji yang diperolehi oleh wakil rakyat yang menang dengan cara tidak halal.
Syabas kepada BN kerana berani melakukan semua itu..............

KISAH MASYARAKATI : DATUK NIKAHI 'CUCU'

Macam-macam cerita yang kita dengar sekarang ini. Semuanya gara-gara nafsu dan kelemahan diri sendiri yang terlalu mengikut perasaan tanpa usul periksa.

Salah satu kejadian yang dilaporkan di dada media ialah kisah seorang lelaki berumur 63 tahun berkahwin dengan anak dara 18 tahun yang sebaya dengan cucunya. Hebat sungguh ayat lelaki terbabit sehingga gadis tersebut sanggup mengikutnya ke Siam berkahwin di sana. Di mana kewarasan dan tata susila gadis tersebut kerana mereka hanya berkenalan melalui telefon bimbit sahaja tanpa berjumpa.

Mungkin juga lelaki itu menggunakan ilmu pukau kita pun tidak pasti.

Diberitakan bahawa lelaki mendakwa bahawa gadis itu berkahwin dengannya tanpa paksaan kerana semua dokumen pernikahan ada dalam simpanannya dan isterinya rela dikahwini beliau.

Lelaki adalah seorang penoreh getah tetapi menyamar sebagai Pegawai Bank berumur 30-an semasa mereka berkenalan manakala gadis adalah pekerja pasar raya. Kejadian ini berlaku di Kulim. Pejabat Agama Daerah Kulim sedang menyiasat perkara ini.

ALL ENGLAND : HASRAT RAKYAT MALAYSIA BERKECAI

Hasrat rakyat Malaysia untuk melihat kejayaan Malaysia meraih juara berganda pada Kejohanan berprestij Badminton All England berkecai.

Hanya Lee Chong Wei menang acara perseorangan lelaki manakala pasangan Koo Kien Kiat/Tan Boon Heong tewas kepada Mathias Boe/Carlsten Mogensen.

Jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei mempertahankan kejuaraannya selepas menundukkan bintang China, Lin Dan 21-17, 21-17 dalam perlawanan akhir di Wembley Hall, Birmingham, sebentar tadi.

Tan/Koo pula tewas kepada pasangan no.1 dunia dari Denmark dengan kiraan 21-15, 18-21, 18-21 dalam masa 61 minit.

Malaysia terlepas peluang untuk mencipta rekod kerana bukan mudah untuk mendapat pelung menjuarai kejohanan All England secara berganda.

MESYUARAT AGUNG DATANG LAGI ............PANAS????

Sekali lagi musim mesyuarat agung mengunjungi kita. Mengikut pekeliling PAS Pusat, sepatutnya semua cawangan telah menyelesaikan mesyuarat agung masing-masing. Manakala PAS Kawasan akan menyelesaikan mesyuarat masing-masing awal April ini.
Tahun ini Muktamar PAS Pusat di adakan di Taman Melewar, tempat bersejarah dan penuh dengan nostalgia. Kini Markas Tarbiah ini telah bertukar menjadi Kolej Universiti Islam Zulkifli Mohamad (KUIZM). Dewan besar KUIZM akan menjadi dewan untuk muktamar tahun ini.
Tahun ini ada pemilihan. Biasanya muktamar yang ada pemilihan akan mendapat tumpuan semua pihak. Namun pemilihan dalam PAS tidak macam pemilihan Umno penuh rasuah, fitnah, adu domba dan sebagainya.
Muktamar datang lagi ......................penuh nostalgia dan kenangan.

13 March 2011

DNA ANWAR : UMNO TERUSLAH BERDEMO

Blog ini mencadangkan kepada Pergerakan Petua Umno, Wanita, Pemuda dan Puteri supaya berdemo mendedak Anwar menyerahkan DNA. Nampaknya dalam kes DNA ini Umno baru tau bahawa salah satu cara untuk mendesak orang lain bertindak mengikut kehendak kita yang kita yakin benar ialah dengan demontrasi.
Kalau sebelum ini Umno mengutuk, mengeji dan mengejek PAS, DAP dan PKR yang selalu berdemonstrasi dalam banyak isu seperti kenaikan harga minyak, Pilihanraya bersih, ISA dan sebagainya.
Kini pandai pula mereka hendak berdemo .........takkan dah ludah jilat balik .......
Bagi blog ini Anwar mempunyai hak untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Anwar mungkin sangsi dengan pihak tertentu yang sememangnya berniat jahat terhadap beliau. Memberi sampel DNAnya umpamanya menyerahkan tengkuknya untuk disembelih.............semua orang kenal dan tahu siapa di sebalik Saifoool.

ELIZABETH WONG TERBUNUH, MUNGKINKAH SATU LAGI PILIHANRAYA KECIL BERLAKU?

Media arus perdana melaporkan bahawa Elizabeth Wong terbunuh. Terdetik di minda penulis bahawa satu lagi PRK ( dah tamat tempoh belum, PRU 2008, 8 Mac). Tapi rupa-rupanya bukan YB Elizabeth Wong yang terbunuh tetapi seseorang yang namanya sama dengan beliau.

Wanita tersebut ialah seorang guru yang maut akibat melecur teruk setelah pangsapuri studio yang disewanya di Damansara Perdana di sini, terbakar hari ini.

Mangsa dikenali sebagai Elizabeth Wong, 25, dipercayai gagal melarikan diri sebelum mengalami sesak nafas dan ditemui mati dengan keadaan tubuh melecur 100 peratus di atas katil di rumahnya.

Penguasa Bomba dan Penyelamat (Bahagian Operasi) Selangor, Wan Mohd. Hamizi Wan Mohd. Zain berkata, kebakaran di satu unit rumah terletak di tingkat 7, Pangsupuri Ritz, Damansara Perdana itu dimaklumkan kepada pihaknya pada pukul 10.27 pagi.

Beliau berkata, dua jentera bersama 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Damansara serta Sungai Buloh dihantar ke tempat kejadian sebaik sahaja dimaklumkan mengenai kebakaran tersebut.

“Apabila anggota bomba tiba di tempat kejadian pada pukul 10.41 pagi, api sudahpun berjaya dikawal daripada merebak oleh penghuni pangsapuri terbabit menggunakan paip pemadam api di situ.

“Namun, asap tebal masih lagi memenuhi ruang rumah berkenaan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, setelah asap berjaya dikawal, pihaknya yang menjalankan pemeriksaan menemui mayat mangsa di atas katil.

Wan Mohd. Hamizi berkata, mayat mangsa tidak rentung tetapi melecur 100 peratus pada seluruh badannya.

TANGGUH PEMILIHAN : MCA PENGECUT

Malaysianinsider hari ini melaporkan bahawa MCA, komponen Barisan Nasional (BN), sebulat suara memutuskan untuk menangguhkan pemilihan parti yang sepatutnya diadakan bulan ini.

Perkara itu diputuskan pada mesyuarat agung tahunan luar biasa (EGM) yang diadakan di Kuala Lumpur pagi tadi. Terbukti semua komponen termasuk Umno takut untuk mengadakan pemilihan kerana takut berlaku percahan dan sebagainya.

Mengapa takut? Bukankah semua parti komponen BN mendakwa mereka parti terhebat. Mengapa dalam soal pemiliha ini pun takut. Terbukti pemimpin UMno, MCA, MIC hanya mementing perut dan bawah perut sebab itu mereka akan melakukan apa sahaja untuk kemenangan pada pemilihan parti. Jadi untuk menang mereka merasuah, memfitnah dan macam-macam lagi sehingga berlaku perpecahan disebabkan masing-masing gila kuasa.

MALAYSIA JUARA BERGANDA BADMINTON ALL ENGLAND?

Mungkinkan Malaysia bakal meraih juara pada kejohanan Badminton All Englang yang sedang berlangsung sekarang.
Kejayaan pemain single dan double lelaki, Lee Chong Wei serta Tan Boon Heong/Koo Kien Kiat membenamkan lawan masing-masing pada peringkat separuh akhir hari ini mencerahkan harapan untuk kita menang berganda.
Kejayaan kedua -dua pemain itu menceriakan peminat badminton negara. Pada peringkat Separuh mereka Chong Wei mengalahkan Chen Long manakala Tan/Koo mengenepikan musuh tradisi Cai Yu/Fu Haifeng.
Semoga kita tidak kempunan kali ini.

AL FATIHAH BUAT ZAIDI BIDIN

Semalam saya menerima sms dari Prof Madya Bodurol Hisham menyatakan sahabat seperjuangan Zaidi Bidin meninggal ketika mendaki gunung. Terkejut saya kerana sebelum ini ada juga berborak dengan Zaidi dalam FB.

Zaidi di USM dulu adalah anak usrah saya ketika beliau di tahun 1 atau 2 dah lupa. Beliau memang seorang yang unik. Selepas beliau belajar di USM dalam bidang Geofizik beliau menghilangkan diri entah ke mana. Sehinggalah saya bertemu dengannya dalam FB tahun lepas.
Masih terngiang-ngiang suaranya memanggil dan mengusik saya dengan paggilan manja Abang Sofi. Beliau memang seorang yang lemah lembut dan menghormati orang lain. Sahabat karibnya adalah Munawwir Azizan teman seangkatannya. Ketika Munawwir menjadi Presiden PMIUSM, Zaidi adalah Setiausahanya. Seorang yang aktif berpersatuan dan berjemaah.
Semasa di USM beliau tidak pula menunjukkan minat untuk mendaki gunung. Mungkin beliau menemui hobi baru itu selepas menamatkan pengajian di USM.

Beliau berasal dari Simpang Pertang Negeri Sembilan. Gambar di atas saya ambil dari Google taks silap di ambil pada tahun lepas. Untuk melihat lebih banyak gambar beliau sila ke facebook beliau search Zaidi Bidin, banyak sekali gambar beliau mendaki gunung.

Allahyarham Zaidi, akan ku kenang sehingga ke akhir hayat. Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Amin. Al Fatihah.
Nukilan : Sofi Wahb dihantar ke Blog ini melalui email.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter