.

.

15 January 2011

UMNO TAKUT ORANG MELAYU DEKATI DAP

Tindakan media menghentam dan memfitnah pimpinan DAP yang masuk masjid dan membaca Al-Quran adalah kerana Umno takut orang Melayu mendekati dan seterusnya menyokong DAP.

Oleh kerana itu pantang sungguh bagi Umno jika pimpinan DAP masuk masjid, baca Al Quran dan mempelajari Islam. Mereka bimbang jika pimpinan DAP faham Islam dan seterus berkawan baik dengan semua rakyat khasnya orang Melayu maka 'khurafat' sebelum ini iaitu DAP memusuhi Islam dan Melayu akan hilang. }

Dengan kedudukan Umno/BN akan terancam kerana orang Melayu tidak akan teragak-agak untuk menyokong DAP dalam pilihanraya.

12 January 2011

Ubah sekarang, selamatkan Malaysia. Kenapa perlu ubah sekarang?

1.Pengurusan ekonomi tempang

Keadaan ekonomi negara berada ditakuk lama sejak krisis kewangan Asia Timur 1997/1998 telah ditinggal jauh oleh negara-negara Asia dan juga negara jiran, seperti Singapura malahan negara Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam. Cuma kelebihan Malaysia kaya dengan slogan yang menjadi candu supaya rakyat syok sendiri dan lupa hakikat sebenar. Antaranya slogan Model Ekonomi Baru (MEB), Program Transformasi Ekonomi (PTE). Walaupun kaya dengan slogan ekonomi negara 12 tahun berturut-turut defisit. Wang Petronas dihisap sampai hendak kering , sejak tahun 2007-2010 sebanyak RM325 bilion. Hutang negara makin meningkat berbanding Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalam tahun 2009 sebanyak 53.3%, melonjak naik berbanding kadar 35.1% dalam tahun 1998. Pertumbuhan ekonomi 2006-2010 hanya 4.2% sedangkan sasaran adalah 6%. Contoh pengurusan ekonomi negeri BN seperti yang dilapor oleh Ketua Audit Negara berhubung perbelanjaan melampau dan amat meragukan dalam projek pengubahsuaian Rumah Rehat Bentong sehingga disyaki berlaku penyelewengan dana kerajaan.

Dalam laporan Ketua Audit Negara menyebutkan tentang pemasangan papan tanda tandas di Rumah Rehat Bentong dituntut dengan jumlah RM871 sedangkan audit menjelaskan pada harga pasaran barang tersebut hanya berharga RM65.

Begitu juga dengan tuntutan set sofa yang pada nilaian pasaran cuma berharga RM990 telah dituntut sebanyak RM3,530. Lebih mengejutkan dalam laporan itu ialah tuntutan set lampu yang pada harga pasarannya cuma RM9,200 tetapi telah dituntut terlalu tinggi sehingga berjumlah RM38,700. Ini hanya sekadar contoh, yang menjadi bukti rakyat wajib tukar kepada kerajaan Pakatan Rakyat.

2.Institusi Kehakiman Dipertikaikan

Satu ketika dahulu institusi kehakiman negara kita adalah antara yang terbaik, kerana tidak ada campur tangan dipihak eksekutif. Ia berlaku tragedi hitam apabila pemecatan Tun Saleh Abbas 1988. Selepas daripada peristiwa pemecatan Tun Saleh keadaan sudah berubah. Apa yang dilihat oleh rakyat dalam kes Linggam dan perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah buktinya. Sebuah negara akan hancur jika institusi yang dianggap oleh rakyat untuk mendapat pengadilan telah diragui. Ianya bukan sahaja oleh rakyat yang cerdik malahan di kalangan pelabur asing yang tidak mahu datang melabur di negara ini.

3.Tahap keselamatan negara membimbangkan.

Bagaimana kerajaan boleh mengambil APCO Yahudi Israel sebagai penasihat komunikasi dengan bayaran RM77 juta setahun. Apa jaminan maklumat keselamatan negara tidak terlepas kepada mereka?. Kenyataan Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi telah pun mendedahkan berlaku pembocoran dan penjualan rahsia penting negara berkaitan keselamatan dan pertahanan negara. Setakat hari ini isu itu selesai begitu sahaja. Kononnya diselesaikan melalui saluran diplomatik.


Begitu juga dengan isu kehilangan enjin kapalterbang yang besar boleh hilang. Sasterawan Negara ke-10, Datuk Dr Anwar Ridhwan menyifatkan kehilangan enjin F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebagai tanda aras keruntuhan moral pimpinan negara ini.Beliau melahirkan kekesalannya kerana perkara yang tidak pernah dibayangkan boleh berlaku sebelum ini seperti kehilangan enjin pesawat yang saiznya besar tetapi mudah pula untuk diseludup ke luar negara. Kalau sampai dua enjin pesawat pejuang boleh hilang yang ahli silap mata terkenal dunia seperti David Copperfield tidak boleh hilangkannya tetapi yang menjaga keselamatan negara boleh hilangkan, ini satu gambaran tahap keselamatan negara.

4. Tahap keselamatan sosial juga merosot sehingga kerajaan terpaksa berbelanja wang sebanyak RM59 juta untuk memasang CCTV di seluruh negara. Betapa banyaknya wang rakyat terpaksa dibazirkan kerana keselamatan berada ditahap yang parah. Statistik jumlah keseluruhan orang hilang di negara ini dari tahun 2007 hingga 2010 iaitu seramai 7,312 orang yang dilaporkan PDRM amat membimbangkan rakyat.
Daripada jumlah itu, seramai 3,653 orang yang telah ditemui manakala bakinya sejumlah 3,479 masih belum ditemui.
Meskipun daripada jumlah yang ditemui tersebut lebih 95 peratus daripadanya dijumpai masih hidup, namun jumlah yang masih gagal ditemui menjadi titik persoalan yang besar.

5. Sempadan negara mudah terbolos.

Laporan Berita Harian pada 27 Ogos 2010 amat menggerunkaan tahap keselamatan negara yang mudah dimasuki dengan suapan rasuah. Dalam laporan eksklusifnya mendedahkan ada anggota dan pegawai imigresen di Jeti Penumpang Pulau Ketam, di Pelabuhan Klang menerima sogokan sehingga RM60,000 sebulan menyebabkan pintu masuk negara mudah dibolosi pendatang tanpa izin dari Indonesia.
Mengikut laporan itu, setiap penguat kuasa di percayai dibayar RM2,000 sehari untuk memudahkan urusan keluar masuk pendatang haram, termasuk melepaskan warga asing yang pasportnya mempunyai cop palsu atau tiada sebarang dokumen perjalanan. Apa jaminan pula dengan sempadan negara yang lain?

6.Rasuah telah menjadi barah negara yang sukar diubat daripada atas hingga peringkat bawah. Jika perkara ini tidak dicegah ia akan mendatangkan musibah yang besar. Semuanya berpunca daripada orang yang memimpin negara, naik dengan kuasa rasuah. Laporan audit 2008 sebanyak RM28 bilion hilang kerana ketirisan dalam pentadbiran. Indek rasuah tahun 2010 hanya 4.4 walaupun sasaran 4.9/10 berbanding dengan tahun 2009 2.9/10.

7. Gagal mewujudkan politik yang harmoni, walaupun cuba untuk berlindung disebalik slogan 1 Malaysia. Beberapa insiden yang berlaku melambangkan kegagalan kerajaan mewujudkan keharmonian kaum yang ada pada hari ini. Contohnya apa yang berlaku kepada Datuk Nasir Safar Pegawai Khas Perdana Menteri, Timbalan Pengarah Biro Tata Negara (BTN) Wilayah Persekutuan, Hamim Husin, Ucapan Ketua Umno Bahagian Titiwangsa, Datp' Johari Abdul Ghani dan ucapan dua orang pengetua sekolah. Umno dan BNlah pihak yang tidak henti-henti mengapi-apikan kebencian perkauman sama ada melalui agensi-agensi kerajaan yang dikuasai oleh kerajaan Umno BN atau media-media arus perdana yang dikuasai mereka.

Ustas Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

KHIR TOYO CARI PUBLISITI KE?

Hari ini Khir Toyo menunjukkan teladan yang baik kepada pemimpin Umno yang bersalah. Beliau memulangkan pingat Datuk Serinya. Langkah beliau ini harus dipuji dan dicontohi oleh pemimpin Umno lain terutama Isa Samad dan Ali Rustam yang terang-terang didapati bersalah kerana rasuah.

Namun oleh kerana muka tembok dan tak tahu malu kedua-dua bapak rasuah tersebut sehingga sekarang menggunakan pingat yang dikurniakan kepada mereka.

Syabas Khir Toyo. Sekurang-kurangnya kamu berjaya memastikan nama mu terus terpampang di dada-dada akhbar dan terus diingati dengan tindakan memulangkan pingat ini.

11 January 2011

MARKOM SILAP? WARGA PENDIDIK SEDIA BERUBAH...

Kecelaruan penjawat awam semakin terserlah kini. Selepas isu hangat KSN yang mengumumkan perlantikan KSU Selangor tanpa prosedur yang telus, kini satu lagi isu panas apabila Timbalan Menteri Pelajaran pula mencelarukan lagi hukum-hakam penjawat awam dengan menyokong tindakan Markom Giran iaitu Pengarah Pelajaran Johor kerana berkempen untuk UMNO BN dengan alasan penamaan calon belum berlaku. Inilah standard para pemimpin UMNO. Jika begitu, UMNO pilihlah Markom sebagai calon dan Fuad Zarkashi boleh mengarahkan semua Pengarah Pelajaran setiap negeri turun ke Johor di Dun Tenang dan berkempen untuk si Markom ini. Buatlah ceramah akademik, Skor A, kem motivasi, dan apa saja dan paksalah semua guru-guru dan pelajar menyertainya.

Apa komen Tan Sri Muhyidin Yassin selaku Menteri Pelajaran dengan kenyataan tidak bertanggungjawa timbalan beliau? Sama ada si menteri akan sama celaru macam si timbalan ataupun beliau lebih bijak sedikit,sama-samalah kita tunggu. Muhyiddin telah mengumumkan dasar kerajaan pada tahun lepas hanya penjawat awam dikalangan guru dari pangkat DG41 hingga DG48 sahaja dibenarkan berpolitik tetapi si Markom ini telah sampai ke DG54 yang dilarang membuat kenyataan yang menyebelahi mana-mana parti politik atau menerbitkan risalah, atau merayu undi dan bertindak bagi merayu undi. Markom betul? Fuad lagi Betul? Tunggu komen Muhyiddin.


Justifikasi tindakan Markom sebagai penjawat awam yang berkempen kepada guru-guru kaunselor Cina dan di beberapa sekolah lain adalah telah menyalahi Peraturan 21 (I), Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, pegawai awam dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang dilarang daripada mengambil bahagian dalam aktiviti politik atau memakai mana-mana lambang sesuatu parti politik,”

Laporan Polis yang dibuat oleh PAS Johor beserta bahan bukti yang cukup dipercayai menggunakan rakaman video adalah langkah bijak dengan harapan sitem perjawatan awam tidak dicabuli sesuka hati oleh pegawai yang tidak memahami lunas-lunas perlembagaan perkhidmatan awam. Apa komen Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia selaku individu profesional dalam bidang pendidikan negara kita?

Markom menjadi budak suruhan UMNO kerana UMNO gentar dengan bakal calon pilihan PAS yang telah diwar-warkan berkemungkinan adalah seorang guru wanita. Begitulah hebat jentera serangan psikologi PAS kerana bakal calon PAS itu belum pun lagi disahkan lagi selagi belum diumumkan pada malam penamaan calon pada 16 Januari nanti tetapi Pengarah Pelajaran Johor sendiri turun padang dengan melanggar tatasusila perkhidmatan awam untuk berkempen dengan nada memaksa warga pendidik menyokong UMNO.

Kepada semua pengundi di Dun Tenang, bersiap sedialah menghadapi pilihanraya kecil Dun Tenang pada 30 Januari ini dengan tekad yang satu iaitu bersedia untuk berubah. Ayuh seluruh warga pendidik di DUN Tenang, jadilah manusia yang berjiwa besar, pendidik yang berhati suci, insan yang tahu menilai kebaikan serta keburukan setiap kejadian,serulah anak-anak dengan kejujuran serta keinsafan, bentuklah mereka menjadi anak bangsa yang berguna dunia dan akhirat.

Ayuh bersama kepimpinan Pakatan Rakyat, tumbangkan kecelaruan sombong seorang pengarah, tunjukkan jalan kebenaran kepada seorang yang bernama timbalan menteri, serulah warga pengundi Dun Tenang, berubahlah sekarang sebelum terlambat. Jika PAS meletakkan calon seorang guru dikalangan kamu, maka itulah pilihan terbaik buat kamu dan semua pengundi di Dun Tenang.

Putera Melaka.

Najib 'lantik' Menteri Pelajaran 2?

Isteri Perdana Menteri, RM (Rosmah Mansor) dilihat berlagak seolah-olah seperti Menteri Pelajaran semasa mengadakan lawatan ke Arab Saudi bermula 9 Januari lalu. Atau mungkin Najib telah melantik beliau sebagai Menteri Pelajaran Kedua.?

Pemergiannya itu turut diiringi oleh delegasi seramai 20 orang termasuk anggota Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan Timbalan Menteri (Bakti) serta pegawai-pegawai kanan Jabatan Perdana Menteri.

Di Arab Saudi, Rosmah telah menyampaikan ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan K-12 di Riyadh.

Rosmah menyaksikan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Lagaknya tak ubah seperti Menteri Pelajaran kedua.? Sepatutnya Menteri Pelajaranlah yang menjalankan tugas tersebut. Hebat betul RM ini!

PELAN 100 HARI PR : PERDANA MENTERI MEROYAN

Akhirnya orang nombor satu negara DS Mohd Najib meroyan mengenai pelan 100 hari PR dihadapan kakitangan awam Jabatan Perdana Menteri baru-baru ini. Sakit meroyan ini telah sampai ke tahap tertinggi sehingga diceramahkan dihadapan kakitangan awam Jabatan Perdana Menteri (JPM) Putrajaya tanpa beliau menyedari di tempat itulah rancangan 100 hari Pakatan Rakyat itu akan dilaksanakan. Ini membuktikan pelan 100 hari PR telah sampai suaranya di Kompleks Pentadbiran Putrajaya khususnya di JPM sendiri. Syabas PR kerana gema suara 100 hari telah berjaya ke Putrajaya yang akhirnya akan membawa sama semua kepimpinan PR menghuni JPM selepas PRU-13 kelak.
Pelik bin ajaib apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan pelan 100 hari yang dibentangkan oleh pakatan pembangkang bulan lalu, sebagai populis dan tidak bertanggungjawab.

"Kita tidak boleh mengambil sikap terlalu populis sehingga menggadaikan masa depan negara. Kita tidak boleh begitu, tidak bertanggungjawab sama sekali sehingga anak dan cucu kita merana nanti. "Malah, tak perlu tunggu anak dan cucu, dalam masa dua tahun sahaja, mengikut perkiraan kita, jika janji itu dilaksanakan tanpa mengambil kira kemampuan negara," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya Isnin.

Begitu dangkalnya seorang pemimpin UMNO kerana memberikan tempoh 2 tahun sahaja bahawa Negara akan usnah jika dilaksanakan Pelan 100 yang diwar-warkan oleh PR. Cuba ingat dulu apa kata UMNO apabila kerajaan Kelantan berjaya ditadbir oleh PAS pada tahun 1990, UMNO kata hayat kerajaan PAS Kelantan mampu bertahan hanya 3 bulan sahaja sebab mereka tidak akan mampu membayar gaji kakitangan awam negeri. Bukan setakat 3 bulan malah telah 20 tahun kerajaan Kelantan telah ditadbir oleh PAS tanpa sebarang masalah pun. Ingatlah Najib kakitangan awam yang mendengar ucapan anda bukanlah bodoh selamanya. Mereka berfikiran professional serta boleh menilai mana yang baik atau buruk dan penulis lebih berkeyakinan lebih separuh dari kalangan mereka pasti terngiang-ngiang pada halwa mereka untuk mencuba pula melaksanakan Pelan 100 hari PR untuk membuktikan kepada Najib bahawa ucapan yang dibuat hari ini adalah salah dan keluar dari seorang pemimpin terakhir UMNO BN di JPM Putrajaya.

Inilah sebabnya PM dikatakan meroyan mengenai Pelan 100 hari PR sama dengan pemimpin UMNO terdahulu meroyan berkenaan kerajaan Kelantan pada tahun 1990 dulu. Apa maknanya? Makna yang tersirat, Putrajaya akan terlepas dari cengkaman UMNO BN dan akan ditadbir PR setelah PRU akan datang dan tempoh 2 tahun PR memerintah Malaysia akan menjadi 20 tahun atau lebih jika ditadbirurus lebih baik dari Kelantan. Tiada yang mustahil berlaku dalam dunia politik, hari ini kita menjadi pemerintah maka tidak mustahil di masa depan kita akan menjadi pembangkang. Bersedia untuk UMNO BN meninggalkan Putrajaya. Pelan 100 PR akan disebarluaskan kepada semua rakyat Malaysia. Kepada Rakyat Malaysia, bersedialah untuk berubah.

Putera Melaka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter