.

.

06 May 2011

CHEGUBARD MASUK DAP?

Chegu Bard bakal mengumumkan pendirian politiknya tidak lama lagi Besar kemungkinan beliau menyertai DAP. Mungkin kerana beliau merasakan suaranya akan lebih didengari dalam DAP kerana pemimpin Melayu kurang dalam DAP.

Beliau sudah tidak yakin dengan PKR kerana menurutnya PKR tidak menunaikan janji untuk menyiasat laporan beliau tentang salahlaku semasa pemilihan PKR tahun lalu.

Mungkin DAP akan menerima beliau untuk memperkuatkan lagi sokongan orang Melayu kepada DAP. Setelah Fadzlan Yahya, Ahmad Nor, Ahmad Ton tiada dalam DAP, parti itu ketandusan pemimpin Melayu mungkin CheguBard dapat bersama dengan Tunku dan Zairil untuk melonjakkan penerimaan orang Melayu kepada DAP.

Kita yakin selagi CheguBard masih bersama dengan PR beliau akan tetap dihormati oleh kawan dan lawan. Kalau beliau ingin bersama PAS pun tidak jadi masalah.....PAS UNTU SEMUA

PAS DAN UMNO AKAN BERSATU?

Benarkah PAS dan Umno akan bersatu. Ikuti hujah-hujah YB Datok Mahfuz Omar di bawah ini.

i) Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan “Umnolah yang menjajah” bumi dan rakyat Malaysia, bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia, mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

2) Bagaimana boleh “kami PAS bersatu dengan golongan, yakni Umno yang mengamalkan budaya rasuah, yang mempratikkan budaya politik samseng, porno, maksiat dan mempersendakan hukum Allah s.w.t.”

3) PAS akan terus memperjuangkan usaha untuk meminda perlembagaan dan undang-undang agar badan keadilan dan perundangan benar-benar bebas dan bertanggungjawab kepada Parlimen.

4) Suruhanjaya Pilihan Raya, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pendaftar Pertubuhan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.

5) 'Kembalikan 'supremacy' Parliamen yang telah dinodai oleh kerajaan Umno dan BN semenjak merdeka lagi.

6) Jika Umno jujur, dia bentangkan pindaan perlembagaan dan undang-undang. Kalau Umno itu ikhlas, maka pulangkan royalti minyak kepada rakyat Kelantan dan Terengganu,” katanya.

7) PAS menentang Umno bukan kerana ia Umno tetapi kerana mereka “merompak negara dan mereka (parti Umno, bukannya ahli-ahli Umno) adalah musuh nombor satu negara.”.

Dipetik dari Malayisa Insider

MINYAK RON95 PUN BOLEH NAIK HARGA?

Kalau minyak RON97 boleh dinaikkan harga sesuka hati oleh kerajaan apa jaminan RON95 tidak dinaikkan harga? Siapa yang berani menyatakan RON95 tidak akan dinaikkan.

Kerajaan telah beberapa kali menaikkan harga RON97. Tidak ada masalah apa-apa jika RON95 hendak dinaikkan harganya oleh kerajaan. Najib ada kuasa untuk lakukan apa sahaja bagi memberikan pulangan lumayan kepada kerajaan.

Rakyat susah dan sengsara tidak menjadi hal bagi kerajaan kerana rakyat itu sendiri sebenarnya yang rela dan redha dengan tindakan BN ini. Kalau tidak redha sila tolak BN pada PRU 13 nanti.

MENGAPA UMNO KENA BUBAR MASUK PAS?

1) PAS yang memperjuangkan Islam perlembagaan jelas meletakkan Islam dan Al Quran sebagai perlembagaan parti. Manakala Umno tidak meletakkan Islam sebagai asas perjuangan.

2) PAS adalah parti yang memperjuangkan keadilan dan kesejahteraan untuk semua kaum sesuai Islam yang syumul dan adil kepada semua tanpa mengira agama, bangsa dan warna kulit. Slogan PAS iaitu PAS utnuk SEMUA memang sesuai untuk negara Malaysia.

3) PAS membuktikan pemimpinnya bersih dan berakhlaq, tidak ada seorang pun pemimpinnya disabitkan dengan kesalahan rasuah manakala ramai pemimpin Umno yang telah disabitkan dengan kesalahan tersebut.

4) PAS membuktikan Islam didokongi dengan sepenuhnya. Bukti paling mudah semua pemimpin muslimat PAS tutup aurat. Cuba tengok pemimpin wanita dan puteri Umno ....amacam???

5) Umno gagal mentadbir Islam dan umat Islam dengan baik. Maksiat dan jenayah berleluasa. Kira-kira 200,000 anak luar nikah dilahirkan dalam masa 5 tahun dan kadar jenayah sudah boleh dikira dalam kadar minit bukan lagi bulan. Sekolah Agama terus dhaif, tulisan jawi semakin pupus, surat khabar jawi berkubur dan sebagainya. Undang-undang Islam seperti hudud, qisas, qazaf dipinggir dan diperlekehkan.

6) Umno gagal menjaga kepentingan dan kedaulatan Melayu. Tanah rezab melayu semakin pupus, bahasa Melayu dipinggirkan dari sistem pendidikan, ekonomi orang Melayu masih di takuk lama dan sebagainya.

7) Rumahtangga Umno dan BN sendiri kacau bilau lantaran tamak kuasa dan pangkat. Sementara PAS tetap utuh walau ada pemilihan dan pimpinan baru dipilih.

8) Umno menjadi dalang kepada politik negara menjadi kotor, jijik dan lucah kerana tidak ada halangan dan larangan dari pemimpin Umno agar isu video lucah dan porno dihentikan. Sebaliknya ianya digalakkan secara tidak langsung. Surat khabar milik Umno dan media elektronik pengampu Umno terus memainkan isu ini tanpa rasa malu dan segan. Rakyat seolah-olah dididik supaya menerima gejala porno ini sebagai perkara biasa.

9) Pemimpin Umno mengumpul kekayaan atas airmata rakyat. Cuba lihat pemimpin cawangan dan bahagian Umno semuanya kaya raya sedangkan sebelum itu ada yang miskn dan susah. Bandingkan dengan pemimpin cawangan dan Kawasan PAS. Tidak perlu kita melihat pemimpin pusat Umno, kekayaannya memang tidak masuk akal ada yang boleh membina rumah dengan nilai puluhan juta malah atau lebih.

10) Umno sebagai tunggak kerajaan gagal membela kesejahteraan rakyat yang susah, harga minyak terus naik menyebabkan harga barangan bertambah naik. Rakyat semakin susah dan sengsara.

05 May 2011

RON97 NAIK: RAKYAT MESTI TUKAR KERAJAAN PADA PRU 13

Rakyat sudah sengsara sekarang ini sudah tentu akan lebih sengsara dengan kenaikan petrol RON97. Mengapa? Kita semua kena ingat bahawa banyak lori, enjin, peralatan lain menggunkana RON97 sebagai bahanapi berbanding RON95. Ini bermakna bila RON97 naik harga maka sudah tentu kos pengeluaran meningkat dan harga jualan juga pasti meningkat.

Malangnya kerajaan yang melaungkan slogan rakyat didahulukan langsung tidak melihat perkara ini sebagai beban kepada rakyat. Kerajaan sengaja menyembunyikan fakta ini sehingga rakyat seolah-olah tidak terasa dengan kenaikan ini. Kerajaan sering mendakwa rakyat bawahan tidak terkesan dengan kenaikan ini kerana ramai yang menggunakan RON95 sedangkan sebenarnya kesan kenaikan harga barang akibat kenaikan RON97 amat terasa.

Rakyat mesti sedar akan perkara ini. Kerajaan BN jelas dan terbukti sudah tidak berupaya untuk memberikan kesejahteraan kepada rakyat lantaran kegagalan mereka menguruskan kenaikan harga minyak dunia. Kerajaan BN yang boros dan sering membazir sudah tidak layak untuk menjadi kerajaan kerana sering memangsakan rakyat bila kerajaan tersepit. Sudah sampai masanya rakyat menukar kerajaan yang lembap, lemah, membazir dan zalim ini dengan kerajaan baru pada pRU 13 nanti.

Media melaporkan hari ini bahawa harga petrol RON97 mengalami kenaikan lagi - 20 sen untuk dijual RM2.90 seliter mulai hari ini. Ia kenaikan kali kedua sepanjang April-Mei tahun ini.

Bagaimanapun harga petrol RON95 tidak mengalami sebarang perubahan.

Harga petrol RON97 juga mengalami kenaikan 20 sen seliter pada 2 April lalu dan dijual RM2.70 seliter sejak itu.

Kenaikan kali ini adalah peningkatan keempat tahun ini. Ia mengalami kenaikan 10 sen seliter berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Harga RON97 yang diapungkan mengikut pasaran minyak dunia semasa, naik sebanyak 15 sen pada 1 Disember lalu, menjadikan RM2.30 seliter dan kemudian RM2.40 seliter mulai awal Januari lalu.

Seperti sebelum ini kerajaan tidak mengumumkan perubahan harga RON97.

SULTAN KELANTAN BAKAL KAHWIN

Sebuah media melaporkan bahawa Baginda Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V bakal berkahwin. Berita ini amat mengembirakan rakyat dan pembesar negeri Kelantan dan seluruh rakyat Malaysia.

Baginda membayangkan akan berkahwin ketika ditanya wartawan dalam satu sidang akhbar khas di Istana Negeri, Kubang Kerian, petang semalam.

Tahniah diucapkan kepada Baginda moga baginda mendapat isteri yang beriman dan bertaqwa dan seterus mendapat zuriat yang baik menjadi waris kepada takhta kerajaan negeri Kelantan.

SIAPA PENGKHIANAT SEBEBAR PAS ATAU UMNO?

Parti Islam Se-Malaysia terkejut dengan kenyataan Dr Juanda Jaya Mufti Perlis yang mengatakan siapa yang menghalang penyatuan PAS dan Umno adalah pengkhianat. PAS hendak menasihatkan Sahibussamahah jangan terlalu gopoh memberi pandangan mengenai perkara ini.

Perlu diingatkan sebarang pandangan yang keluar daripada orang agama ia mempunyai implikasi yang besar kepada orang awam. Sepatutnya sebagai seorang mufti perlu berpegang kepada disiplin untuk mengeluarkan sebarang kenyataan, antaranya ialah perlu memahami tasawwur (gambaran sebenar) perkara yang hendak dihukum, barulah ia mendapat natijah yang betul.

PAS bimbang kenyataan ini akan diperalatkan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab, terutama Umno yang akan menjaja pandangan ini bahawa Umno hendak kepada perpaduan, yang tidak mahu kepada perpaduan ialah PAS, sehingga rakyat nampak PAS jahat, manakala Umno baik.

Pas tegas dengan prinsip bahawa penyatuan yang tidak berlandaskan kepada prinsip Islam, seperti bersatu dengan parti yang jelas mengkhianati amanah rakyat selama mereka memegang tampuk kuasa 54 tahun. Ketika bercakap soal perpaduan Melayu dalam masa yang sama tabiat jahat tidak pernah dibuang, seperti diskriminasi pada Kelantan mengenai tuntutan royalti minyak.

PAS menasihat kepada Sahibussamahah supaya menggunakan platform Mufti untuk menasihat pemimpin Umno BN supaya kembali kepada penghayatan agama dan laksanakan amanah dengan baik. Tegur mereka supaya tidak zalim kepada rakyat yang berlainan ideologi.

Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

MCA CUBA UGUT PENGUNDI CINA?

Tindakan MCA yang mengambil keputusan tidak mahu menerima jawatan kabinet jika MCA mendapat undi lebih rendah dari PRU 2008 merupakan ugutan kepada pengundi. Ternyata MCA cuba mengugut pengundi Cina supaya mengundi MCA agar kaum Cina akan ada wakil dalam kabinet BN. Itupun kalau BN menang.

Ini bermakna jika pengundi Cina tidak mengundi BN/MCA maka selepas PRU 13 jika BN menang lagi, kaum Cina mungkin hanya akan diwakili oleh wakil dari Gerakan dan SUPP sahaja. Pandai sungguh MCA bermain politik sehingga menggunakan taktik ugut seperti ini.


Media hari ini melaporkan bahawa Timbalan Presiden MCA, Liow Tiong Lai berkata MCA tidak akan menerima jawatan di semua peringkat dalam kerajaan jika undi mereka berkurangan dari PRU 2008.

Kita yakin pengundi Cina akan lebih matang dalam menangani isu ini. Mereka sudah buktikan kematanagan ini pada Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini di mana SUPP kalah teruk walaupun pelbagai ugutan dan taktik digunakan oleh BN/SUPP untuk meraih undi.

04 May 2011

PASTI BUKIT KATIL AKAN DIROBOHKAN DALAM MASA SEBULAN?

Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) Jaya Insan, Bukit Katil akan dirobohkan dalam masa sebulan. Semuanya gara-gara hasad dengki dan dendam khianat pihak kerajaan yang benci melihat perkembangan pendidikan Islam di negeri Melaka ini.



Pihak berkuasa sudah pun menawarkan sejumlah wang sebagai pampasan kepada tanah dan bangunan PASTI tersebut.



Tanah dan bangunan PASTI tersebut dibina atas airmata dan jerih payah umat Islam setempat mencari dana untuk membeli peralatan untuk membina bangunan PASTI tersebut. Kini setelah belasan tahun ianya didirikan dan mendidik anak bangsa PASTI tersebut akan dirobohkan dengan rakus, biadap dan zalim.



Penduduk setempat dan simpatisan pendidikan Islam telah beberapa kali mengadakan bantahan aman bagi menyelamatkan PASTI tersebut. Tetapi ianya tidak diendahkan oleh kerajaan zalim dan bongkak negeri Melaka.

Pihak Badan Bertindak menentang perobohan PASTI akan meneruskan bantahan tersebut bagi memastikan institusi pendidikan Islam ini akan terus dipelihara dan tidak dirobohkan oleh pihak zalim ini.


Alasan yang diberikan oleh kerajaan ialah untuk membuat jalan menghubung taman perumahan dengan jalan besar. Perkara ini agak pelik jalan yang akan dibina tersebut adalah bengkok dan tidak selamat. Sedangkan tidak jauh dari kawasan tersebut ada tanah kosong yang jika dibuat jalan ianya tidak melibatkan kos yang tinggi untuk bayaran pampasan. Selain itu jalan yang dibina juga tidak bengkok dan tidak mengundang bahaya kepada pengguna jalan tersebut.


Sudah terbukti bahawa keputusan untuk membuat jalan menggunakan tanah yang menempatkan PASTI adalah berniat jahat kerana mereka yang terlibat benci melihat perkembangan Islam dan juga sambutan rakyat terhadap ceramah PAS yang sering diadakan di kawasan tersebut.

ANWAR TIDAK SIUMAN?

Bekas pemimpin PKR, Zahid Mat Arip menuduh Anwar Ibrahim tidak siuman tidak lagi mengira dosa pahala dalam gerakerja politiknya.


'Hebat' sungguh Zahid Mat Arip ini berkata-kata. Berani beliau menuduh Anwar tidak siuman. Beliau berkata demikian dalam klip video yang dimuatkan di dalam sebuah laman web baru-baru ini. Klip video itu bertarikh 24 April 2011 di mana ianya memuatkan kenyataan Zahid tentang mimpi beliau yang mana kononnya Anwar dan beberapa orang pakar strategi Yahudi sedang berbincang untuk merancang satu kerja yang dahsyat untuk memburuk-burukkan kerajaan Umno/BN.


Puak-puak Umno ini sebenarnya sedang tersepit .....macam-macam fitnah mereka buat hinggakan mimpi pun mereka boleh reka agaknya ...........

CIKGU BARD KELUAR PKR?

Blogger Cucumatkilau menulis dalam blognya bahawa kemungkinan Cikgu Bard akan keluar dari PKR jika tuntutan beliau terhadap parti itu berkenaan isu pemilihan baru-baru ini tidak diselesaikan. Cikgu Bard yang memberikan masa untuk pimpinan PKR menyelesaikan isu tersebut kecewa kerana sampai sekarang tiada jalan penyelesaian.


Kita hormati keputusan Cikgu Bard jika ingin keluar parti. Itu hak individu. Namun kita tidak boleh terima jika Cikgu Bard keluar PKR dan menyertai parti-parti diluar dari PKR seperti Umno atau Parti KITA. Bagi kita selain PKR beliau boleh untuk memilih Parti Islam SeMalaysia (PAS) atau Parti Tindakan Demokratik (DAP).


Kita yakin PAS atau DAP sentiasa membuka pintu kepada aktivis seperti Cikgu Bard untuk bersama berjuang menentang kezaliman dan kebejatan ciptaan Umno/BN. Tidak ada ertinya jika Cikgu Bard keluar dari PKR tetapi selepas itu masuk Umno yang jelas menzalimi rakyat, terlibat dengan politik jijik/porno dan sebagainya.


PKR sebagai sebuah parti yang matang dan terbuka sudah pasti tidak 'ambil hati' jika Cikgu Bard menyertai PAS atau DAP sebagaimana mereka boleh menerima keputusan YB Saari Sungip, Haji Anuar Tahir, Dr Hamzah Awang dan lain-lain pimpinan PKR (dulunya PKN) yang menyertai PAS selepas keluar dari PKR atau dulunya Parti KeADILan Nasional (PKN).


Kepada Cikgu Bard berfikirlah secara waras jangan ikutkan nafsu ....................jangan termakan dengan pujukan dan habuan yang mungkin dihidangkan oleh Umno/BN.

UTUSAN LAYAK UNTUK BUNGKUS NASI LEMAK SAHAJA?

Hari kebebasan media disambut dengan berita sedih Malaysia menduduki tangga ke 143 dari 196 negara dari segi kebebasan media. Ranking tersebut yang dikeluarkan oleh Freedom House jelas menunjukkan Malaysia perlu membuat perubahan drastik ke arah melahirkan media yang lebih bebas.



Salah satu akhbar yang paling 'bebas' di Malaysia ialah Utusan 'Meloya' yang bebas melaporkan keburukan Pakatan Rakyat, membuat fitnah dan tohmahan tanpa batasan. Terbaru Utusan 'Meloya' lebih popular kerana menjadi akhbar porno menyiarkan cerita-cerita porno dan menggalakkan rakyat menonton video porno.



Memang patutlah Utusan 'Meloya' dijadikan kertas pembungkus nasi lemak oleh Presiden NUJ, Hata Wahiri semasa menyambut Hari Kebebasan Media di hadapan Pejabat Utusan 'Meloya' baru-baru ini.

MEDIA : MALAYSIA SAMA TARAF DENGAN ANGOLA DAN MAGADASCAR

Pemimpin negara seringkali mendabik dada bahawa Malaysia sebuah negara maju dan hebat. Namun semuanya hanyalah omongan kosong di mata dunia. Indeks rasuah merudum saban tahun, peratusan penganggur dan orang miskin masih tinggi dan pelbagai lagi statistik yang kadang-kadang disembunyi oleh pihak terbabit.


Semalam satu lagi fakta yang amat memalukan kita di mata dunia apabila Malaysia diletakkan di 'ranking' ke 143 dari 196 negara dari segi kekebasan media. Kedudukan yang tercorot sama lebih kurang dengan raking pasukan bolasepak kita.

Kajian yang dibuat oleh Freedom House yang berpangkalan di Amerika Syarikat menujukkan akhbar di Malaysia masih tidak bebas.

Lebih memalukan Malaysia yang mendapat hanya 64 mata berkongsi kedudukan dengan negeri 'paling maju' di dunia iaitu Madagascar dan Angola di benua Afrika.

Kalau kita tanya Rais Yatim dan menteri-menteri lain sepantas kilat mereka akan berkata media di negara kita adalah bebas dan beretika. Tetapi hakikatnya adalah seperti yang dilaporkan oleh Freedom House ini. Bilalah agaknya negara kita akan menempatkan diri dalam kelompok 20 negara yang mempunyai media yang bebas.? Atau sekurang-kurangnya berada dalam lingkungan raking ke 50.





03 May 2011

SPIN CIPTAAN UMNO JADIKAN RAKYAT LUPA MASALAH

Rakyat makin hari makin susah, barang semakin naik, tarif air naik, semuanya naik. Gaji tidak pula naik .....jenayah meningkat, maksiat membarah....tetapi rakyat tidak membantah ....apa rahsianya ...apa lagi kalau tidak rakyat dilupakan dengan isu-isu video porno, isu kejayaan 1Malasyai kononnya dan sebagainya.

Walapun kedudukan ringgit yang semakin kukuh dan pelaburan asing yang meningkat seperti yang didakwa Najib Razak tetapi ianya tidak memberi manfaat kepada masyarakat.

Ramai yang mencadangkan supaya Bank Negara memberikan tanda aras kesan kenaikan ringgit kepada kehidupan seharian rakyat supaya rakyat dapat mengukur kesan kenaikan harag barang dan sebagainya.

Rakyat tidak merasakan sebarang penurunan pada harga barangan sebaliknya merasakan beban tanggungan semakin meningkat kerana kerajaan langsung tidak mengawal kenaikan harga barang. Malang sungguh rakyat Malaysia berketuakan pemimpin yang tidak prihatin kepada kesengsaraan rakyat. Hanya sloga kosong yang dilaung-laungkan.

RIBUAN AHLI PAS KELUAR PARTI?

Ribuan ahli PAS akan keluar parti menjelang pilihanraya umum ke 13 nanti. Itu sudah menjadi perkara biasa bagi PAS. Sebelum PRU 12 dahulu pun ribuan ahli PAS menyertai Umno tetapi PAS tetap menang di Kelantan dan merampas 4 negeri lain.


Media porno, lucah, pemfitnah dan pembohong akan sentiasa mereka-reka cerita kononnya ahli PAS sudah hilang keyakinan dan insaf mahu menyertai Umno. Skrip ini lama digunakan oleh Umno/BN sebagai perangsaraf kepada PAS dan PR.


Umno khasnya, terus tidak cerdik dan bengong kerana menyangka rakyat boleh terpengaruh dengan penipuan mereka.


Kalau hendak diikutkan pengumuman orang PAS keluar parti sejak zaman berzaman saya yakin tidak lagi ahli dan penyokong PAS, yang tinggal hanya Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Tok Guru Haji Abdul Hadir Awang. Sekejap 200 orang keluar parti selang beberapa hari dan minggu kemudian 300 orang agi .............semua ini skrip Umno hakikatnya ahli Umno dan penyokong Umno yang berlakon bagi mengabui mata rakyat supaya imej PAS dan PR jatuh.


Rakyat Malaysia hari ini sudah matang dan terdedah kepada maklumat terkini dihujung hari iaitu internet. Tidak perlu Umno/BN buat cerita palsu kerana sebaik sahaja berita ini tersiar kita boleh membuat rujukan secara 'direct' dari sumber yang disahkan.


Ahad lalu, 225 anggota PAS Kuala Kedah yang mendakwa hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak, mengisytiharkan keluar parti itu dan menyertai Umno.

Ahmad Marzuki, Ketua PAS cawangan Lahar Buluh, Kuala Kedah, mengetuai kumpulan itu menyerahkan borang menyertai Umno kepada Ketua Umno Bahagian Kuala Kedah Datuk Latt Shariman Abdullah.



PAS Kedah semalam menafikan sekumpulan 225 orang yang menyerahkan borang menyertai Umno bahagian Kuala Kedah semalam, adalah anggota parti itu.

Sehubungan itu, Naib Yang Dipertua PAS Kuala Kedah Nasir Mustafa berkata PAS bercadang mengambil tindakan undang-undang untuk menyekat pihak tertentu daripada mengaku sebagai anggota parti itu apabila mengisytiharkan keluar parti.

Bercakap pada sidang akhbar di Alor Setar, Nasir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Kubang Rotan, berkata laporan mengenai 225 anggota PAS Kuala Kedah menyerahkan borang untuk menyertai Umno bahagian Kuala Kedah itu adalah kurang tepat.

OSAMA BUNUH ORANG AWAM? AMERIKA TAK BUNUH ORANG AWAM KE?

Ada pemimpin negara nampak begitu gembira bila sekutunya mendakwa Osama telah dibunuh baru-baru ini. Antara kenyataannya yang dibuat ialah dunia lebih aman tanpa Obama. Betul ke? Bukankah Amerika membunuh orang awam lebih ramai dari Obama. Sebut sahaja negeri mana yang Amerika tak kacau? Berapa ramai orang awam dibunuh di Vietnam, Iraq, Afghanistan, Libya, Iran dan lain-lain.

Siapa yang kejam sebenarnya Obama atau Amerika???

Inilah yang kita katakan pemimpin pengecut tidak berani mengkritik Amerika tetapi menghentam dan menghenjak Obama semahu-mahunya.

02 May 2011

2 SAYAP UTAMA PAS MELAKA DAPAT KETUA BARU

2 sayap utama PAS Melaka iaitu Dewan Pemuda dan Muslimat mendapat ketua baru apabila penyandang jawatan pada penggal lalu tidak mempertahankan jawatan masing-masing. Bekas calon PRK Merlimau, Hj Yuhaizad Abdullah dan Hajah Kintan Man dilantik mengetuai Dewan Pemuda dan Dewan Muslimat Negeri pada Muktamar masing-masing semalam.


Yuhaizad menggantikan Ustaz Kamaruddin Sidek yang melepaskan jawatannya atas faktor umur manaakala Kintan menggantikan Dr Hajah Khatijah Jumangat.


Timbalan Ketua Dewan Pemuda disandang oleh Ustaz Musa Mohamad manakala Naib Ketua diamanahkan kepada Yuzi Azhar Yosof. Timbalan dan Naib Ketua Dewan Muslimat penggal lalu iaitu Hajah Shopiah Ahmad dan Hajah Aziah Saad mempertahankan jawatan masing-masing tanpa bertanding.


Dewan Pemuda mengadakan Muktamarnya di Hotel Formosa manakala Muslimat di Maahad Ar Rahmah Solok Gaong.

AKHBAR ARUS PERDANA DIHARAMKAN?

Beberapa akhbar arus perdana terus mensensasikan cerita video sex fitnah dengan gambar dan cerita yang boleh 'menggerunkan' syahwat. Malah mereka meletakkan berita tersebut di muka depan atau 'headline'. Tidak ada perasaan segan silu dan takut kepada Allah. Fitnah dan tohmah jadi darah daging mereka.

Malangnya pihak berwajib langsung tidak mengambil tindakan malah seolah-olah menggalakkannya demi survival tuan mereka.

Dunia sudah terbalik. Yang batil disanjung-sanjung, yang kotor dan porno dipuja-puja, berita-berita yang baik dan mendidik anak bangsa tidak menjadi penting bagi mereka.

Sepatutnya akhbar seperti itu mesti diharamkan atau sekurang-kurangnya diambil tindakan tegas.


Selagi kerajaan yang ada sekarang dibiarkan terus memerintah, kita bimbang masyarakat kita akan menjadi penggemar cerita-cerita dan filem-filem porno.



Semua rakyat mesti bekerja keras untuk menukar kerajaan yang ada demi masa depan agama, bangsa dan negara. Bagaimana caranya? Mari kita sedarkan rakyat supaya mengundi PR pada PRU 13 nanti agar kerajaan yang menghalalkan porno dan lucah ditumbangkan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter