.

.

16 February 2013

KUBU UMNO PECAH LAGI : 2 CAWANGAN BARU PAS DITUBUHKAN


Malam tadi 2 Cawangan baru PAS dapat ditubuhkan iaitu PAS Cawangan Kg Pt Gantung dan Bt 22 Jalan Muar. Hampir 50 orang menyertai PAS termasuk bekas-bekas pemimpin dan penyokong kuat Umno.


Meskipun UMNO cuba manipulasi isu Kalimah Allah dengan buat Solat Hajat selepas Jumaat di seluruh Masjid di negeri Johor dan menakutkan orang melayu dengan DAP; ia tidak menghalang lebih ramai ahli Umno menyertai PAS.

Pt Gantung dan Bt 22 terletak dalam Parlimen Pt Sulong.

Pemimpin BN khususnya Umno elit. Jarang turun padang. Mereka tidak bersama dengan denyut nadi rakyat. Isu kos sara hidup, pengambilan tanah Pengerang, kehilangan tanah melayu di Iskandar Malaysia, projek pelupusan sampah, perumahan Gen 2 & 3 peneroka adalah antara deretan isu yang gagal ditangani kerajaan BN Johor.

Insya Allah, lebih ramai pemimpin dan ahli Umno akan bersama Pakatan Rakyat. UMNO bakal berkubur di Johor!

UMNO BUAT LAWAK LAGI : SATIM DIMAN DAN FATHUL BARI BERLAKON DGN USTAZ JADIAN PAS


KRONOLOGI KISAH PALING TAK CERDIK - ARAHAN FATHUL BARI DI TAMAN EQUINE ?? 

•Jam 9.30pm, YB Satim mula bicara. Serangan pada Kerajaan Negeri bermula. Termasuklah auta2 yg disorak penyokong Umno lebih kurang 150 orang. Agak lucu bila dia menipu ahlinya yg berkitab Utusan mengatakan bila Umno jatuh, gereja terbesar di Asis Tenggara dibina di Selangor (padahal KL), Selangor kalah kes saman ibu tunggal (padahal kes belum bicara cuma bantahan ditolak) dan mcm2 lagi. Simpati pada penyokong Umno yg dibodohkan seburuk ini.

•9.45pm, giliran guest of honor, UFB berucap. Tak sampai 5 minit, seorang kanak2 sekolah rendah bagi note pada dia ada "ustad PAS" nak berdebat diatas pentas. UFB "nampak" (atau buat2) terkejut, tapi setuju.

•9.50pm, "Ustad Redza" yg mengaku ahli PAS sejak habis SPM @ 1992, naik pentas. Saya terkedu...tak sangka ada "ahli PAS yg berani". Tapi ehhhh...macam dah tersedia restrum utk "Ustaz Redza". Terus berucap, terus belasah Umno itu ini dlm hujah yg lemah, kurang sopan dan mcm bagi bola tanggung.

•9.55pm to 11.15pm, "Ustaz Redza" dibelasah tanpa menjawab, tp terus menyoal spt dgn soalan ntah apa2...rasa malu jadi ahli PAS masa tu. Ada kala dia menyampuk UFB yg tak habis cakap dgn nada "biadap". Giler punya "Ustaz PAS"...Saya mula suspicious. Belek2 gambar yg snap awal tadi..ehhh..."Ustaz Redza" lah ustaz yg diatas pentas bersama YB Satim, dll sblm program bermula. Sahabat bagi tau "CELAKA, DEPA BERLAKUN UTK KONONYA WAKIL PAS LUNYAI DITALA UFB". Haha...lakonan kantoi!

10.45pm: "Ustad Redza" yg mengaku tak tengok berita dan baca suratkhabar mengakui apa yg UFB cakap adalah benar dan tiba2 MENGAKU DIRINYA BODOH LALU BERIKRAR MENYOKONG NAJIB dan UMNO. 

Ehhhh...jam2 tu jugak ubah fikiran..Dari tak pandai berhujah, terus petah menghentam TGNA, TGHH, Anwar, dll....Bersorak mcm sarkis PWTC penyokong UMNO. Geli hati dibodohkan pemimpin sendiri.

11.20pm, habis "drama debat"..."Ustaz Redza" duduk dipentas bersama UFB, YB Satim, dll....ehhhh...mcm dah sedia tempat utk "Ustaz Redza" dan "Sheik Khairie" (yg mengaku Ketua Penaja Cawangan PAS Taman Equine - legally tak sah lagi) yg kononnya menyerbu prog Umno utk membelasah UFB.

Lihatlah, betapa tonggang-langgang dan busuknya lakunan arahan YB Satim. Betapa penipunya ulama muda UFB yg sanggup melakunkan "drama debat" ini (Dr MAZA ajak debat, lari lintang pukang...) - details akan dipublishkan di blog albanjari online nanti.

Sumber FB  Talib Harun

PENAHANAN SENATOR AUSTRALIA : HISHAMUDDIN MENIPU LAGI

Setiap kali ada perkara besar berlaku dalam negara, pemimpin negara tidak berani bercakap benar. Sebaliknya seringkali berbohong dan menafikan fakta sebenar.

Malangnya kenyataan mereka keluarkan semuanya tidak munasabah dan menjadi bahan lawak jenaka yang kelucuannya lebih hebat dari  Raja Lawak Mega.

Kalau mereka masuk pertandingan lawak sudah tentu mereka akan menang dengan mudah. Lawaknya bukan sahaja melucukan malah memperbodohkan diri mereka sendiri.

Hari ini seorang Senator Australia iaitu Nick Xenophon ditahan di lapangan terbang di Sepang pagi tadi.

Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein menyatakan bahawa penahanan itu tiada kaitan dengan unsur politik dan dibuat mengikut "undang-undang".

Beliau berkata, langkah itu sesuatu yang biasa yang turut dilalui oleh rakyat Malaysia yang ke luar negara, lapor Sinar Harian hari ini.

"Saya difahamkan oleh Ketua Pengarah Imigresen pagi tadi, beliau masih ditahan. Ini isu imigresen, dan ini perkara biasa rakyat Malaysia juga melalui perkara yang sama dan tidak dibenarkan masuk. Tidak ada yang istimewa pada dia ( Xenophon).

"Penahanan ini juga tiada unsur politik. Saya percaya penahanan itu mengikut undang-undang," katanya selepas berucap pada Majlis Jelajah Anak Malaysia dekat Putrajaya pagi tadi.

Menurut beliau, spekulasi yg mengatakan penahanan Xenophon adalah kerana beliau dianggap musuh negara adalah tidak benar.

"Tidak perlu buat spekulasi. Ini perkara biasa jangan putar belitkan keadaan.

"Kita ambil tindakan mengikut undang-undang. Pihak imigresen akan selesaikan perkara ini," katanya.

Xenophon telah dihalang daripada memasuki negara ini oleh Jabatan Imigresen.

AJAK PAS BERSATU TETAPI UNDI PAS HARAM MANA YANG BETUL???

Banner mengajak PAS bersatu digantung di banyak lokasi di Kuala Lumpur.

Tetapi pada masa yang sama, Ustaz upahan Umno mengeluarkan 'fatwa' undi PAS HARAM.

Mana satu yang mereka mahu. Kalau ajak oranh bersatu maknanya orang itu orang yang baik lah kan!!!!

Bolehkah 'Malaikat yang tidak dikenali berkawan dengan Syaitan yang dikenali'????


PRU 13 : BUKTI KUKUH BN GOYANG DI JOHOR

Rahsia BOCOR dari dalam kelambu BN sendiri. Taklimat dalaman di kediaman rasmi Menteri Besar Johor menceritakan segala-galanya.

Semuanya bukan salah orang lain. Tetapi salah BN sendiri yang memecahkan persempadanan pilihanraya dengan mengujudkan kerusi campuran dan menafikan kerusi Parlimen Melayu.


Taklimat di rumah Ghani Othman pada 9 Feb beberapa hari sebelum Najib turun menunjukkan kegusaran amat jelas diraut muka Najib  bila lapuran itu menybeut bahawa 6 kawasan Parliment dikategorikan kawasan HITAM iaitu :
1-KULAI
2-KLUANG
3-BAKRI
4-GELANG PATAH
5-SEGAMAT
6-PULAI

Kawasan-kawasan lain yang  PR ada kelebihan pula ialah Pasir Gudang, Tebrau, Batu Pahat, Muar, Labis.

Coretan di white board merungkaikan segala-galanya.

Patutlah Parlimen tidak bubar bubar!!!!!!

Sumber : FB King Jason.



JUANDA DAN ASRI SAH BERTANDING PRU 13?

Semua pihak sedang menunggu keputusan bekas Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang samada mereka akan bertanding pada PRU 13 atau tidak. Kalau bertanding mereka ternanti-nanti lambang mana yang mereka akan dokong. Dacing atau Bulan, mata maupun roket.

Malaysiakini melaporkan bahawa Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata beliau "memang sedang serius menimbang" untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang.

Beliau juga mengesahkan telah mendapat tawaran dari banyak pihak untuk bertanding dalam pilihan raya tersebut. 

Dr Juanda (kiri), pemegang zamalah Universiti Oxford kelahiran Sarawak itu turut mengakui langkahnya menyertai pilihan raya merupakan "persoalan besar" yang perlu difikir semasak-masaknya.

"Saya memang tengah timbang serius untuk masuk (bertanding pada) pilihan raya kali ini.

"Banyak pihak sudah jumpa dan tawar. Sekarang dalam proses analisis keadaan semasa dan kesesuaian. Ini soal besar," katanya dalam satu kiriman SMS kepada Malaysiakini semalam.

Kelmarin ahhbar Sinar Harian melaporkan beliau dan bekas mufti Perlis Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin disebut-sebut akan bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Akhbar itu memetik beberapa sumber sebagai berkata Dr Juanda kemungkinan bertanding di Parlimen Kangar, Perlis atas tiket PKR. Manakala Mohd Asri dikatakan akan bertanding di Pulau Pinang.

Bagaimanapun semalam beliau yang juga pensyarah kanan Universiti Sains Malaysia (USM) dilapor akan mengumumkan pendirian rasminya berhubung perkara itu dalam masa terdekat ini.

Sependapat dengan Mohd Asri (kanan), rakan seperjuangannya, Dr Juanda juga memerlukan tempoh antara dua hingga tiga minggu sebelum mengumumkan pendirian rasminya.

"Ya (tempoh dua atau tiga minggu). Bagi saya masa buat analisis," katanya menjawab soalanMalaysiakini.
Dr Juanda adalah lulusan syariah Univerisiti Al-Azhar 1991 hingga 1995.

Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ke peringkat sarjana syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-undang Keluarga Islam daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

'90,000 DEMO KALIMAH ALLAH DI MELAKA SEMALAM

Hebat betul. Kira-kira '90,000' orang mendakwa ahli dan penyokong PAS mengadakan demonstrasi di perkarangan Masjid Selat semalam. Sambutannya cukup hebat (gambar) sehingga ianya benar-benar mengembirakan Ali Rustam dan kuncu-kuncunya.

Kalau TV3 dan Utusan Meloya yang membuat kiraan sudah tentu jumlah yang hadir pada demonstrasi raksasa itu lebih dari 90,0000 orang.

Ini kerana bagi kedua-dua media pencacai itu seorang mewakili 10,000 orang.

Tetapi jika Himpunan itu dianjurkan oleh PR atau NGO yang tidak sehaluan dengan mereka jumlah yang hadir dikira mengikut nisbah 10,0000 mewakili 1 orang.


15 February 2013

30 MAHASISWA SEDANG DIKEPUNG GANSGTER DI PARLIMEN NAJIB


Sekitar 30 orang mahasiswa kini sedang di kepung oleh gengster di Markaz PAS / Madrasah Darul Husna Pekan Pahang. Sebelum ini mereka diserang semata - mata kerana mereka turun berkempen untuk menolak YAB Datuk Seri Najib di Pekan. Bukankah negara kita mengamalkan demokrasi ?


Sebelum ini ANAK di serang kini Mahasiswa, apa nak jadi dengan politik negara kita ?

Saya nasihatkan rakan - rakan mahasiswa sabar hadapi ujian ini dan jangan gentar untuk terus berjuang menepati idealisme mahasiswa dan lunas demokrasi negara.

Malaysia bukan negara gengster dan mafia. Semoga pihak PDRM dapat bantu memberi hak aman dan selamat kepada mahasiswa G13 di Pekan.

Pro-Mahasiswa Utm, Pro-Mahasiswa Uthm, Pro-Mahasiswa UM, Pro-Mahasiswa Uiam

Sumber : FB Ust Shahril Azman

NAJIB KENA BOMOH DENGAN ROSMAH?

Najib kena bomoh dengan Rosmah. Malah bukan Najib seorang, Pak Lah, menantunya Khairy pun kena bomoh dengan Rosmah. Ini bukan blog ini yang tuduh tetapi kawan baik Rosmah iaitu Deepak Jaikishan saudagar Karpet yang menceritakan hal tersebut di dalam buku terbarunya ' The Black Magic Woman'

Siapa The Black Magic Woman itu, entahlah teka sendirilah?\\

Sila siasat dan dakwa Deepak dan haramkan buku itu kalau Deepak berbohong. Bukan susah negara kita ada undang-undang. Lebih-lebih lagi kalau dakwaan itu dibuat kepada 'musuh' pebesar negara sudah tentu orang itu boleh didakwa pada bila-bila  masa pun.

Hebat Black Magic Woman itu ya. Semua orang dia boleh bomohkan. Patutlah kita lihat ada yang didakwa kena bomoh itu macam lembik dan dayus.

Siapa bomoh itu, dari mana dan berapa bomoh itu. Sudah tentu ratusan ribu kalaupun tidak jutaan. Deepak tak makan komisen ke?

Tak lama lagi Deepak pula kena bomoh. Mungkin tak makan dengan bomoh India, Deepak akan dibomohkan dengan bomoh Siam mari punya.

Harakahdaily hari ini melaporkan bahawa  Deepak Jaikishan akan memfailkan saman bernilai RM3 bilion terhadap perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, adik Datuk Nazim Razak serta kerajaan Malaysia minggu depan.

"Kita berharap segala dokumen akan disiapkan Isnin ini dan difailkan di mahkamah," kata beliau dalam wawancara dengan laman web Free Malaysia Today hari ini.

Saman ini dibuat ekoran kegagalan mereka mempastikan projek yang diberikan kepadanya berjalan lancar sedangkan wang sudah dibayar kepada mereka.

Besok, katanya, buku kedua beliau bertajuk 'The Black Magic Woman' akan dilancarkan.

Ia mengandungi pelbagai cerita tentang isteri perdana menteri yang pernah menjadi rakan perniagaan beliau selama lebih lapan tahun sebelum ini.

Menurut Deepak dalam wawancara itu, Rosmah bukan saja menggunakan bomoh ke atas suaminya bahkan juga ke atas bekas perdana menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan menantunya Khairy Jamaludin.

Hanya Tun Dr Mahathir saja yang terselamat, dakwa Deepak.

PRU 13 : RAKYAT SUDAH LAMA BERSEDIA

Pembubaran Parlimen hanya akan dibuat apabila semua pihak termasuk rakyat bersedia menghadapi pilihan raya umum, kata Perdana Menteri Najib Razak.

"Parlimen akan dibubarkan apabila saya sedia dan bila rakyat dah sedia... sekarang ini tugas saya turun padang menerangkan dasar dan hala tuju yang dibawa oleh kerajaan BN (Barisan Nasional).
    
"Kita mahu rakyat faham satu undi untuk BN... satu undi untuk agenda transformasi negara dan satu undi untuk keamanan dan kestabilan negara untuk masa depan yang lebih cerah lagi," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Bersama Rakyat di Padang Pekan Papar, di Papar hari ini.
    
Najib yang juga pengerusi BN berkata demikian ketika ditanya "bilakah beliau membubarkan Parlimen bagi memberi laluan kepada pilihan raya umum".
    
Apabila ditanya betapa dekatnya pembubaran Parlimen, beliau berkata: "Dekat dah, dekat dah, buat kerja dulu, jangan bimbang".

Rakyat sudah buktikan bahawa mereka bersedia untuk menghadapi PRU 13. Bukti nyata ditunjukkan oleh rakyat Pulau Pinang 4 hari lepas. Apabila Najib bertanya adakah mereka bersedia untuk BN, rakyat menjawab tidak.

Sebenarnya jawapan spontan rakyat pada program Sambutan Tahun Baru Cina itu menyebabkan hati Najib semakin sakit dan tidak keruan. Mungkin sebab itulah Najib terus takut untuk membubarkan Parlimen.

Rakyat sudah lama bersedia untuk menghukum sikap pemimpin BN yang rasuah, mabuk kuasa, boros, zalim dan sebagainya. Kamu tungguuuuuuuuuuuuuuuuuu..........itu perkataan yang disimpan di dalam hati rakyat!!!!!!!!!!!!!!

14 February 2013

JENERAL2 SOKONG PR TAKKAN PREBET SOKONG BN

Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (Darat), Brig. Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Al-Khatab (Udara), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (Laut) dan Brig. Jeneral (B) Datuk Najmi Ahmad (Kagat) semuanya secara terbuka menyokong Pakatan Rakyat.

Kesemua mereka akan berceramah bersama Dato Seri Anwar Ibrahim di 
Taman Rekreasi Jalan 1/56, AU 3, Keramat Wangsa, jam 8 malam hingga 12 tengah malam pada 16 Februari ini.

Kalau Jeneral-jeneral sudah sokong PR takkan Prebet dan bekas-bekas tentera pangkat bawah masih menyokong BN.

PENGKHIANATAN PERTAMA UMNO : NAFIKAN PERTAMBAHAN KERUSI PARLIMEN MELAYU

PENGKHIANATAN PERTAMA:

"UMNO mengubah persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 selepas tewas dalam banyak kerusi majoriti Melayu dalam pilihanraya 1999.

Sebanyak 27 kerusi Parlimen baru diwujudkan namun Kelantan, Terengganu dan Kedah masing-masing mempunyai pertambahan pemilih 16.2%, 21.76% dan 17.4% tetapi tidak ada pertambahan kerusi.

Johor diperuntukkan 6 kerusi Parlimen, Sabah 5.

Semua negeri yang lain mendapat tambahan kerusi Parlimen, termasuk Wilayah Persekutuan. 


Sarawak tidak terlibat, kerana persempadanan kawasan telah disempurnakan dalam tahun 1997.

Ini akibatnya mengurangkan suara kerusi Melayu di dalam Parlimen."

Petikan dari buku 66 Fakta UMNO Khianat Melayu terbitan Lajnah Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan.


Sumber : FB Tok Guru Mursyidul Am

DEEPAK MENCARI NAHAS!!!

Pendedahan demi pendedahan dibuat oleh Saudagar Karpet mantan kawan baik Rosmah. Macam-macam perkara sulit dan 'high profile' didedahkan oleh Deepak. Najib dan Rosmah kelu diam membisu tidak menjawab dakwaan Deepak.

Satu demi satu pendedahan di buat, semakin hari semakin berani Deepak membuat tuduhan dan dakwaan. Ianya bukan dakwaan kedai kopi tetapi Akuan Bersumpah (SD) yang termaktub di bawah akta dan undang-undang.

Malangnya pihak Polis, SPRM dan lain-lain pihak berwajib diam membisu tiada tindakan dibuat ke atas dakwaan Deepak. Kita menggesa pihak Polis dan SPRM supaya segera bertindak kepada pihak yang didakwa oleh Deepak. Atau jika Deepak berbohong dan memfitnah pihak Polis dan pihak berkuasa mesti mengambil tindakan ke atas Deepak kerana memalukan pemimpin, pegawai dan negara Malaysia.

Timbul satu lagi persoalan. Mengapa Deepak tiba-tiba begitu berani mendedahkan 'rahsia besar' yang tertutup rapat sebelum ini. Mengapa tiba-tiba Deepak menjadi anak jantan dan 'pahlawan gagah' berani mendedahkan semua itu.

Siapa di belakang Deepak?

Apakah Deepak ada agenda tersembunyi bukan bertindak secara sendiri, ada pemangkin di belakang beliau? Siapalah agaknya orang itu?

Apa puncanya semua ini? Apakah Deepak dibayar? Siapa sponsor Deepak?

Namun perkara yang paling PENTING mesti DIBERESKAN ialah APAKAH PENDEDAHAN DEEPAK INI BENAR? PIHAK BERWAJIB MESTI SIASAT ORANG-ORANG YANG TERLIBAT DENGAN PENDEDAHAN DEEPAK!!!!!!!!!!!!!


                

SILA DAKWA ADNAN YAAKUB KERANA TUNJUK ISYARAT LUCAH

Bernama semalam melaporkan bahawa seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara sebulan dan didenda RM8,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dan anggota polis, Isnin lepas.

Leong Pei Koe, 29, seorang juruukur bahan, didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah ketika kenderaan rasmi baginda melalui balai pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, dekat sini, pada pukul 11.50 pagi, 11 Februari lepas.

Bagi pertuduhan kedua, Leong didakwa menunjukkan isyarat lucah kepada anggota polis ASP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid di tempat, masa dan tarikh yang sama.

Bagi kedua-dua pertuduhan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 294 (a) Kanun Keseksaan (Akta 574) yang boleh dihukum menurut Seksyen 294 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tiga bulan atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama Majistret Muhamad Hidayat Wahab menjatuhi hukuman penjara 30 hari dan denda RM6,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.

Bagi pertuduhan kedua Leong dijatuhi hukuman penjara tujuh hari dan denda RM2,000 atau penjara sebulan jika gagal membayar denda itu.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan kedua-dua hukuman dijalankan serentak dari tarikh tangkapan iaitu 11 Februari.

Leong membayar denda itu.

Muhamad Hidayat menjatuhi hukuman itu berdasarkan pengakuan salah dan rayuan Leong bahawa dia memohon maaf atas kesalahan itu selain kepentingan awam.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Jika Leong dijatuhkan dengan hukuman seberat itu apakah pihak berkuasa bersedia untuk mendakwa Menteri Besar Pahang, Adnan Yaakob yang juga menunjukkan isyarat lucah kepada penyokong PAS, DAP dan PKR semasa hari penamaan calon Pilihanraya Kecil Sanggang (gambar) beberapa tahun lalu. 

Bukti jelas di hadapan mata, gambar pun ada malah ianya disaksikan oleh ribuan orang termasuk pihak polis.

Sila bawa Adnan ke muka pengadilan kerana sah dia melakukan kesalahan. Sudah bertahun-tahun Adnan bebas tanpa disiasat dan didakwa di mahkamah.

BR1M UNTUK JANGKA PENDEK, TAWARAN PR SAMPAI BILA-BILA


BN menjadikan wang kerajaan/rakyat macam harta mereka sendiri. Mereka mengaku seolah-olah duit itu duit Umno/BN. Sebab itu mereka berkempen mengundi BN sebelum menyerahkan bantuan itu kepada rakyat.


Rakyat wajib sedar bahawa bantuan 'one off' itu hanyalah bantuan jangka pendek yang boleh habis dalam jangkamasa yang pendek. Wang RM1000 itu boleh dibelanjakan sekelip mata sahaja.

Cuba bandingkan dengan tawaran PR dan program yang telah PR jalankan di 4 buah negeri yang diperintah PR sejak 2008.

1) Tawaran menurunkan harga minyak. Bayangkan jika harga minyak diturunkan 50 sen. Sehari berapa banyak minyak yang tuan-puan gunakan. Seminggu, sebulan, setahun dan seumur hidup berapa banyak wang tuan-puan boleh diselamatkan. Malah kos pengeluaran produk dan kos perkhidmatan boleh dikurangkan dan ianya boleh menyumbang kepada penurunan harga barangan dan penetapan harga barang tanpa kenaikan. Jauh lebih banyak dari BR1M.

2) Pendidikan percuma dari sekolah tadika hingga universiti. Cuba kira berapa banyak wang tuan-puan boleh diselamatkan dengan kos pendidikan percuma. Seorang pelajar terpaksa membelanjakan minima RM60,000 untuk Ijazah pertama. Jika anda ada 4 orang anak maknanya wang anda dan anak anda dapat diselamatkan ratusan ribu. Itu belum dikira dengan yuran sekolah, kolej dan sebagainya. Jauh lebih banyak dari BR1M 

3) Tol dihapuskan. Penghapusan bayaran tol sudah tentu mengurangkan kos pengangkutan barangan dan seterusnya menyumbangkan kepada penurunan harga dan penetapan harga barangan. Bagi pengguna lebuhraya sudah tentu mereka dapat menyelamatkan banyak wang mereka seumur hidup.  Contohnya dari bayaran Tol dari Ayer Keroh, Melaka ke Sg Besi  berjumlah RM12.40, jika dua hala RM24.80. Jika 10 kali ianya sudah berjumlah RM248.00, jika seumur hidup??? Jauh lebih banyak dari BR1M.

4) Penurunan harga kereta. Harga kereta di Malaysia adalah 2 kali ganda harga sebenar kerana cukai yang melampau-lampau yang dikenakan oleh kerajaan BN. Jika separuh harga kereta sekarang diturunkan bermakna ansuran bulanan kereta anda akan diturunkan separuh. Bayangkan berapa banyak wang yang anda boleh selamatkan dan simpan. Jauh lebih banyak dari BR1M.

Program yang telah dijalankan oleh kerajaan PR di 4 buah negeri :-

1) Air percuma di Selangor. Setiap bulan kerajaan Selangor memberikan kira-kira RM11 bayaran air percuma atau 20 meter padu. Setahun RM132. Kalau sepuluh tahun jumlahnya RM1320. Kalau seumur hidup ........sudah tentu jumlahnya jauh lebih besar dari RM1000 BR1M kerajaan BN.

2) Takaful Kifaalah/Khairat Kematian. RM2,000 diberikan kepada waris si mati selepas kematian waris mereka. Lebih besar dari BR1M.

3) Tabung Warisan Anak Selangor. RM100 setiap kelahiran. Selepas 18 tahun ianya dijangka meningkat menjadi RM1000 lebih.

4) Geran tanah, penurunan cukai pintu dan sebagainya.

............dan banyak lagi tak larat nak tulis daaa....

Gambar di atas sekadar hiasan...gambar Penyelia Parlimen Masjid Tanah.

13 February 2013

BN SAH TUMBANG, GAMBAR INI JADI BUKTI

BN pasti tumbang. Dah tumbang dah pun. Tak percaya lihatlah gambar ini.

BN tersembam tanpa dapat diselamatkan lagi.

Tumbangnya menyembah bumi, tiada siapa yang simpati.

Akibat kezaliman dan bongkak diri.

Tiada kasihan tiada simpati.....

Ayuh kita hebatkan gerakerja Rakyat Di Hati Kami. .....tumbangkan BN....

ULAMA' PONDOK KELANTAN SOKONG BN?

Semua Ulama' pondok di Kelantan sokong BN? Benarkah demikian. Baru malam tadi kita mendengar bahawa sebahagian kecil sahaja guru-guru pondok di Kelantan yang menyokong BN. Itupun pondok yang tidak boleh dikategorikan sebagai pondok.

Ketua Dewam Pemuda PAS Kelantan, YB Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata hanya segelintir kecil guru-guru pondok  yang menyokong Umno.

"Itupun kalau kita hendak iktiraf mereka sebagai guru pondok sebab bila kita pergi ke pondok mereka, murid pun tak ada institusi pun tak ada macamana hendak dinamakan pondok"

"Pondok adalah institusi unggul yang ada murid-murid, kelas pengajian dan sebagainya, kalau semua tu tak ada itu bukan pondok namanya" ujar Ustaz Latif yang juga merupakan Adun Mengkebang.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena perasmian Bilik Gerakan PRU 13 Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Baharu di Kota Baharu malam tadi.

Hari ini media melaporkan bahawa guru-guru pondok di Kelantan menyokong BN......nak tergelak kita mendengarnya ............

TERDESAK : DEWAN MASJID PUN MEREKA GUNA UNTUK PROGRAM UMNO

Umno Melaka memang terdesak. Masjid pun mereka cemarkan dengan program politik. Mereka sering menuduh PAS dan PKR mencemarkan masjid tetapi hakikatnya Umno lah yang sering menggunakan prasarana masjid untuk program dalaman dan luaran mereka.

Baru-baru mereka bukan sahaja mencemarkan masjid-masjid dan surau-surau kampung malah masjid negeri iaitu Masjid Al Azim pun mereka 'kidnapped'. Auditorium Masjd Al Azim digunakan untuk program penerangan Umno Melaka (gambar).

Program tersebut ialah Majlis Pelancaran Jentera Kempen dan Ceramah Umno peringkat Negeri Melaka menjelang PRU 13 anjuran Biro Penerangan Umno Melaka pada 7 Februari 2013 jam 9.00 malam.

Kita minta Ketua Penerangan Umno Melaka, Idris Harun dan Pengerusi Perhubungan Umno Melaka, Ali Rustam menjawab isu ini.

ALI RUSTAM JANGAN LARI BERTANDING DI PARLIMEN KALAU ANAK JANTAN - YUSOF

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wahab mencabar Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam supaya mempertahankan kerusi Dun Bukit Baru yang disandangnya sekarang.

"Ketua Menteri jangan cuba lari dari bertanding di Dun Bukit Baru kalau beliau benar-benar anak jantan. PAS dan rakyat Dun Bukit Baru menunggu beliau di Dun ini" 

"Dun Bukit Baru sangat sinonim dengan beliau kerana di dalamnya terletak kampung beliau, di sini ramai sanak saudara dan penyokong beliau jadi buat apa beliau hendak bertanding di kawasan lain" ujar Yusof yang juga Penyelia Dun Bukit Baru.

Yusof berkata sebagai seorang Ketua Menteri beliau sepatutnya bertanggungjawab dengan apa yang berlaku di dalam Dun Bukit Baru di mana masih ramai rakyat yang susah, perlukan bantuan dan miskin.

"Bila kita turun padang bertemu rakyat, kita jumpa macam-macam kategori orang susah, ada yang miskin, tiada bantuan, cacat anggota akibat kemalangan dan sebagainya".

"Ramai dikalangan mereka tidak dapat bantuan, ada yang dapat bantuan tetapi tidak cukup.Mana perginya wang zakat yang ada lebihan, mereka yang seperti inilah yang sepatutnya dapat bantuan tersebut. Sebagai Adun Bukit Baru beliau mesti bertanggungjawab" tambah Yusof.

Beliau berkata Ali Rustam juga mesti bertanggungjawab terhadap hutang kerajaan negeri yang sudah mencecah lebih RM850 juta seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara baru-baru ini.

"Ketua Menteri mesti terus bertanding di Dun supaya jika BN menang dia boleh terus menerajui kerajaan negeri dan membayar hutang yang menimbun sebanyak lebih dari RM850 juta".

"Beliau jangan cuba lari ke bertanding di kerusi Parlimen, siapa hendak jawab tentang duit rezab kerajaan negeri yang tinggal RM8 juta sahaja sekarang" tambah Yusof.

Baru-baru ini Mohd Ali dalam kenyataan di media arus perdana menyatakan bahawa beliau berminat untuk bertanding di kerusi Parlimen.

"Saya nasihatkan beliau supaya tidak bertanding di Parlimen sebab tiada jawatan yang sesuai dengan beliau di dalam kabinet, itupun kalau BN menang".

"Kalau BN kalah sudah tentu beliau akan jadi Ahli Parlimen pembangkang, lebih baik bertanding Dun kemungkinan besar boleh jadi Ketua Menteri lagi iaitu Ketua Menteri negeri pembangkang sebab waktu itu Putrajaya Insya Allah sudah diperintah oleh PR"ujar Yusof.

ALI RUSTAM LANGGAR FATWA ZAKAT MELAKA

Setiausaha Perhubungan PAS Melaka, Asri Shaikh Abdul Aziz menyelar sikap Kerajaan Negeri yang melanggar Fatwa Negeri Melaka yang tidak membenarkan wang lebihan zakat disalurkan kepada golongan bukan asnaf.

"Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang juga Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak lama dulu mengaku bahawa Kompleks MAIM berhampiran Masjid Al Azim dibina menggunakan wang lebihan zakat Melaka."

"Ianya berjumlah RM13.5 juta. Beliau berkata wang lebihan zakat itu dipinjam untuk membina bangunan tersebut." ujar Asri yang juga Penyelia Dun Lendu.

Asri berkata kenyataan ini bukan tuduhan dan fitnah, tetapi ianya kenyataan yang dikeluarkan sendiri oleh Ketua Menteri dalam ucapan beliau pada satu majlis tidak lama dahulu.

"Persoalannya kini apakah wang lebihan zakat boleh disalurkan kepada selain dari asnaf" soal Asri.

Asri mendedahkan dokumen yang diperolehi dari e-fatwa negeri Melaka yang jelas dinyatakan wang lebihan zakat tidak boleh disalurkan kepada selain dari asnaf yang lapan.

 (klik atas imej untuk membacanya).


Sila teliti betul-betul e-fatwa di atas.

Item No.2 - Penggunaan dan Perbelanjaan lebihan agihan zakat tersebut hanya untuk lapan asnaf yang layak menerima zakat pada tahun yang berikutnya dengan menaikkan kadar bantuan agihan bagi setiap asnaf pada tahun tersebut.

"Jelas sekali wang lebihan zakat ini telah diselewengkan dengan menyalurkan wang tersebut kepada bukan asnaf yang layak."

"Rakyat Melaka mesti mengkaji dan mengambil tindakan sewajarnya kepada pihak yang berani melanggar fatwa tentang wang lebihan zakat ini." tambah Asri.

"Kalau wang zakat pun mereka selewengkan bagaimana pula dengan wang yang lain"? soal beliau sekali lagi.

SAMBUTAN TAHUN BARU : NAJIB PATUT LETAK JAWATAN KALAU DIA ADA MARUAH

Najib dimalukan pada Program Sambutan Tahun Baru Cina di Pulau Pinang 2 hari lepas. Kalau dia ada maruah sudah tentu dia meletakkan jawatan.

Dua kali dia dimalukan di depan khalayak ramai. Pertama ketika di bertanya ' Are You Ready For BN', rakyat jawab 'No' sebanyak 3 kali selepas 3 kali ditanya. Kedua ketika Pengacara memanggil Psy untuk sama-sama menggaul 'Yee Sang', selepas beberapa minit menunggu Psy tidak juga muncul.

Najib terpinga-pinga menunggu Psy yang tidak naik ke pentas walaupun beberapa kali Pengacara yang pakai kain terbelah memanggilnya. Selepas itu meja 'Yee Sang' terpaksa diangkat keluar.

Mana beliau hendak letak muka sehingga diri sendiri sebagai orang nombor satu dalam kerajaan dimalukan sedemikian rupa. Kalau beliau seorang yang bermaruah sudah tentu beliau dapat membaca makna yang tersirat dari tindakan rakyat khususnya mereka yang hadir pada program tersebut.


PRU 13 : DR ASRI TANDING TIKET PAS, DR JUANDA TANDING TIKET PKR

Ada rakan-rakan FB yang memuatkan nukilan bahawa mantan Mufti Perlis dan Mufti Perlis sekarang akan bertanding pada PRU 13 atas tiket PR.

Asri bertanding di Pulau Pinang atas tiket PAS manakala Dr Juanda bertanding di Perlis atas tiket PKR. Benarkah begitu..........sila siasat kesahihannya.

Kalau benar apa salahnya .....ia akan menyemarakkan lagi bahang PRU 13.....


12 February 2013

JUTAAN RINGGIT HANGUS REPUTASI MAKIN HANCUR ...KASIHAN


SIARAN LANGSUNG CERAMAH DARI KELANTAN

Siarang Langsung Ceramah PAS dari Kota Baharu, Kelantan ...sila KLIK DI SINI. 

PSY TAK GUNA DUIT : ALANGKAH LEBIH BAIK GUNA UNTUK BANTU RAKYAT MISKIN


Perdana Menteri Najib Razak hari ini mengulangi bahawa persembahan penyanyi popular Korea di majlis rumah terbuka anjuran BN Pulau Pinang semalam tidak menggunakan wang rakyat.

NONEDalam tulisannya di Twitter, Najib juga menyebut, individu yang hadir juga tidak dikenakan sebarang bayaran untuk menyaksikanpersembahanitu.

"Persembahan Psy tidak melibatkan duit rakyat langsung. Orang ramai juga tidak dikenakan bayaran untuk menyaksikannya," katanya.

Najib bagaimanapun tidak menamakan pihak yang bertanggungjawab menanggung kos untuk persembahan artis itu.
Identiti pihak berkenaan, yang didakwa dirahsiakan itu, mencetus spekulasi memandangkan penajaan berkenaan dianggarkan melibatkan jumlah lebih RM1 juta.

Namun begitu alangkah baiknya jika duit RM1juta itu digunakan untuk membantu rakyat miskin atau menyelesaikan masalah air di Parlimen Pekan atau tempat lain, membina rumah untuk rakyat yang tiada rumah dan macam-macam lagi.

Mengapa Najib sanggup membazirkan wang yang begitu banyak untuk mencari publisiti murah untuk BN dan dirinya. Akhirnya diri sendiri dimalukan oleh rakyat apabila pengunjung terang-terangan menolak BN bila Najib bertanya 'Are you ready for BN?'.

KASIHAN NAJIB : RAKYAT TAK SIMPATI PADANYA

Are you ready for PSY? Yes
Are you ready for PSY? Yes
Are you ready for PSY? Yes

Are you ready for BN? No
Are you ready for BN? No
Are you ready for BN? No

Kasihan Najib ....rakyat depan, depan malukan dia ........dalam hatinya sudah tentu REMUK REDAM ........tak tidur malam
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter