.

.

31 March 2012

Negara RUGI RM589juta 'sedekah'[ pada Tajudin Ramli, Rakyat dapat RM500 sahaja

Kerajaan BN melupuskan hutang Tajuddin Ramli sebanyak RM589 juta. Dengan itu duit rakyat hangus sebanyak itu begitu sahaja. Manakala rakyat hanya dapat RM500, pemberian BR1M.

Bayangkan wang RM589 hutang Tajuddin yang dilupuskan itu lebih besar dari Bajet Negeri Kelantan 2012 iaitu hanya RM514.39 sahaja.

Flashback : Negeri BN juara MISKIN di Malaysia

Johan kemiskinan di Malaysia dijuarai oleh negeri-negeri BN iaitu Sabah, Perlis dan Sarawak.

Inilah bukti di hadapan rakyat Malaysia siapa yang pandai perintah PR atau BN.

Jadi dakwaan yang menyatakan PR tidak pandai memerintah adalah fitnah dan buktinya dinyatakan dalam gambar di sebelah.

KEMAS pindahkan pengundi di Melaka

Ayer Molek : Majlis Tindakan Dun Ayer Molek membongkar penyelewengan yang dilakukan oleh wanita Kemas dengan memindahkan pengundi dari Dun Ayer Molek ke Dun Duyong.

Penyelia Dun Ayer Molek, Haji Mustaffa Ali berkata seorang pengundi, Zawawi Abdul, telah mendapati namanya tersenarai menjadi pengundi di Dun Duyong sedangkan sejak tahun 1970-an lagi beliau mengundi di Peti Undi Bukit Lintang dalam Dun Ayer Molek, Parlimen Bukit Katil.

"Zawawi telah dipindahkan dari Dun Ayer Molek dalam Parlimen Bukit Katil ke Dun Duyong dalam Parlimen Kota Melaka tanpa pengetahuan beliau".

"Ini merupakan tindakan yang jelas bertentangan dengan undang-undang dan demokrasi" uajr Mustaffa.

Sementara itu Zawawi sendiri melahirkan rasa kesal kerana terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab meniru tandatangan beliau dan menghantar borang pertukaran tempat mengundi ke Pejabat Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).

"Saya tidak pernah mengisi tukar tempat mengundi dan tandatangan dalam borang tersebut bukan tandatangan saya, malah saya juga tidak pernah menyerahkan fotostat kad pengenalan kepada sesiapapun".

"Sejak dari tahun 70-an saya mengundi di Sekolah Kebamgsaan Bukit Lintang tidak pernah pindah tempat mengundi, saya terkejut bila menyemak di laman web nama saya ada di Dun Duyong" tambah Zawawi.

Zawawi dan Mustaffa telah membuat bantahan di Ibu Pejabat SPR negeri semalam di mana salinan borang perdaftaran pemilih menunjukkan cop Kemas dan tandatang palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

Laporan Polis juga telah dibuat terhadap kes yang jelas bertentangan dengan undang-undang tersebut.

29 March 2012

APA AKAN BERLAKU JIKA BN MENANG PRU 13?

Jika BN menang PRU 13 :-

1) Harga minyak akan naik
2) GST akan dilaksanakan
3) PTPTN akan terus menzalimi pelajar dan siswazah
4) Felda akan tergadai
5) Tanah Rezab Melayu semakin terhakis
6) Negara akan bangkrap kerana hutang semakin bertambah
7) Akta zalim terus mencengkam rakyat - ISA, OSA, AUKU dan lain-lain
6) Harga barang akan melambung
7) Islam terus terpinggir
8) Pemimpin dan kroni terus kaya rakyat papa kedana
9) Ekonomi orang Melayu terus malap kerana dibolot oleh kroni dan susku sakat
10) Maksiat semakin membarah

dan banyak lagi .....................

28 March 2012

GEMPAR : ADUN MELAKA DITANGKAP RASUAH, BILA NAK AMBIL TINDAKAN

Seorang ADUN Melaka didapati melakukan rasuah. ADUN tersebut ialah ADUN Bukit Baru yang didapati melakukan rasuah tidak lama dahulu. Beliau didapati bersalah kerana melakukan rasuah kepada perwakilan Umno menjelang pemilihan kepimpinan Umno tidak lama dahulu.

Bukan beliau sahaja pembantunya juga didapati bersalah.

Jawatankuasa Tatatertib dan Disiplin Umno yang dipengerusikan Tengku Ahmad Rithaudeen mendapati ADUN Bukit Baru bersalah. Kesalahan rasuah amat berat. Namun ADUN Bukit Baru tidak pula dihadapkan ke mahkamah kerana mungkin bagi Umno kesalahan rasuah wang semasa pemilihan partinya adalah halal di sisi agama dan undang-undang negara kita Malaysia.

Maka sehingga ke hari  ini Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Presiden Umno tidak mengambil apa-apa tindakan terhadap ADUN Bukit Baru. Beliau masih memegang jawatan yang penting dalam kerajaan negeri Melaka.

Blog ini yakin Mohd Ali Rustam sangat mengenali ADUN tersebut malah beliau sudah tentu tahu apa kesalahan yang dilakukan oleh ADUN tersebut tetapi mengapa beliau tidak mengambil tindakan ke atas ADUN Bukit Baru yang terbukti bersalah.

Hari ini Mohd Ali mencabar PR supaya menamakan ADUN yang didakwa ditangkap di pusat maksiat dangdut. Blog ini tidak mahu menamakan ADUN tersebut  TETAPI Blog ini hendak memberitahu Mohd Ali bahawa beliau mengambil tindakan terhadap ADUN Bukit Baru yang dibuktikan bersalah melakukan RASUAH tidak lama dahulu.


PESURUHJAYA PAS PULAU PINANG MASUK UMNO?


Benarkah Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Datuk Salleh Man menyertai Umno.? Khabar angin ini disebarkan oleh Blogger Umno yang mendakwa Salleh menyertai Umno dengan menyiarkan gambar Adun Permatang Pasir itu bersalam dengan Ketua Pemuda Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Zaid.

Tuduhan ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Datuk Salleh Man yang menyatakan bahawa gambar beliau diambil oleh blogger Umno di mana beliau secara kebetulan bertemu dengan Ketua Pemuda Umno tersebut di sebuah restoran.

Nampak jelas blogger Umno ini tiada isu dan fakta hendak diutarakan hingga isu fitnah macam ini pun dibangkitkan.

Sumber : Msiakini.

HAL EHWAL ISLAM MELAKA : SIAPA LAGI YANG HENDAK DIHARAPKAN?

Amat malang sekali bagi rakyat negeri Melaka, apabila orang yang diamanahkan menjaga Hal Ehwal Agama Islam sendiri mencemarkan agama Islam apabila ditangkap kerana berfoya-foya dalam Kelab Dangdut. Sungguh memalukan. Kalau orang yang menjaga ehwal Islam pun menjadi pengunjung setia tempat maksiat apakah kita boleh mengharapkan beliau membasmi program maksiat.

Kita hairan bagaimana Ketua Menteri Melaka selaku Pengerusi yang menjaga Hal Ehwal Islam boleh melantik kaki maksiat kaki dangdut menjaga hal ehwal Islam.

Namun begitu kita yakin rakyat negeri Melaka faham benar dengan perangai pemimpin Umno dan parti Umno kerana bagi Umno pergi kelab dangdut buat maksiat tidak salah. Sebab itu sehingga hari ini Ketua Menteri, Ali Rustam masih belum mengambil tindakan terhadap kaki maksiat yang ditangkap tersebut. Beliau masih menjadi Adun, masih menjadi pemimpin Umno malah terus menjadi Timbalan Pengerusi Hal Ehwal Islam ..........rakyat Melaka mesti bangkit menolak kerajaan yang dianggotai oleh kaki maksiat...kerajaan yang diterajui oleh parti yang membenarkan program maksiat dan .....senang cerita TOLAK KERAJAAN MAKSIAT UMNO.

HALAL HARAM, MAKSIAT HEDONISME UMNO TAK KISAH

Umno memang sudah terdesak sehingga terus meneruskan menggunakan program yang langsung tidak membina akhlaq anak muda. Umno juga menganjurkan program maksiat tari menari mendaulatkan program hedonisme.

Inilah rupa sebenarnya Umno yang tidak menghiraukan halal haram dan merosakkan akhlaq anak-anak muda.

Sumber : Gambar dari ADDIN.

27 March 2012

SIAPAKAH INDIVIDU YANG PALING TAKUT PR MENANG PRU 13?

Tahukah anda siapakah manusia yang paling takut jika PR menang pada PRU 13? Cuba anda fikirkan!!.

Jawabnya mudah sahaja iaitu orang yang paling jahat, songlap duit, rasuah, menyalahgunakan kuasa, zalim, tamak, penipu, perampasa tanah rakyat, penindas rakyat dan sebagainya sudah tentu takut BN kalah atau PR menang. Orang-orang ini sudah tentu akan terus selamat jika BN terus menang. Ini kerana pemimpin BN itu adalah suku sakat, anak buah dan 'partner' mereka.

Maka oleh kerana itulah orang-orang bercakap menghentam PR dan memuji-muja BN walaupun telah pencen dan ganyut.

Kita yakin rakyat sudah matang dan faham. Mereka tidak akan termakan dengan penipuan, penafian dan serangan orang-orang ganyut ini.

Boleh tuan-puan 'list'kan nama mereka???????????????????

KEZALIMAN BN AKAN DIHUKUM RAKYAT

Kezaliman kerajaan BN Melaka yang merobohkan dan membiarkan perobohan PASTI Jaya Insan Bukit Katil, Surau Ujong Pasir dan menyaman PASTI serta menghentikan kuliah-kuliah agama di beberapa masjid dan surau akan dihukum oleh rakyat negeri Melaka pada Pilihanraya Umum ke 13 akan datang.

Sesungguhnya tindakan tersebut mengundang kemurkaan Allah dan kemarahan rakyat Melaka. Kekejaman dan kezaliman seperti ini pernah dilakukan oleh kerajaan negeri Selangor di mana akhirnya kerajaan Khir Toyo tersebut runtuh dihukum rakyat Selangor.

Tidak mustahil kekejaman yang dilakukan di Melaka ini akan turut dihukum oleh Allah dengan menggerakkan hati rakyat menolak BN pada PRU 13 akan datang. Amin Insya Allah.

BERSAMA PR MENUJU PUTRA JAYA

Ucapan Presiden PAS yang penuh makna memberi suntikan semangat kepada pejuang Islam dan Keadilan.

Tuan Guru Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang sering mendapat sorakan tidak putus-putus dari hadirin setiap kali menyentuh perkara yang menjelaskan perbezaan ketara antara Pakatan Rakyat dan BN.

Antara yang disentuh termasuk soal perkauman dalam BN berbanding Pakatan yang lunak dan menigiktiraf kepelbagaian kaum di negara ini.

Dihujung ceramahnya juga, presiden PAS itu sempat mengusik hadirin dengan lawak selambanya yang kononnya bercakap dalam nada seorang perdana menteri.

"Saya tak sihat dan nak undur diri dahulu sebab baru balik dari luar negara dan terus diatur pusing satu Malaysia. Semalam di Kedah sebelum tu ke negeri lain dan hari ni Selangor.

"Bila habis pusing seluruh negara, saya akan umum tarikh pilihan raya," selorohnya sekaligus meriuhkan suasana.

Sumber ; Harakahdaily.


26 March 2012

AIR LIUR PEMIMPIN UMNO MELELEH LIHAT SELANGOR

Air liur pemimpin Umno melilih bila melihat negeri Selangor kerana negeri itu adalah negeri paling kaya di Malaysia. Malah lebih 20 % pendapatan negara datang dari negeri Selangor. Rezab negeri Selangor sudah mencecah lebih dari RM2 bilion hanya selepas 4 tahun diperintah PR berbanding dengan RM800 juta ketika Selangor di bawah cengkaman BN selama lebih dari 50 tahun. Sebab itulah air liur pemimpin Umno meleleh-leleh.

Pemimpin Umno amat terliur dengan negeri Selangor sebab mereka tahu semua bekas Menteri Besar dan Exco kerajaan negeri Selangor pada zaman BN kaya-raya. Lihat sahaja bagaimana bekas seorang Doktor gigi yang menjadi MB Selangor mampu mempunyai rumah dengan harga lebih dari RM20 juta belum dikira kesemua hartanya lagi. Sebelum itu bekas Menteri Besarnya mampu membayar wang 'cash' keluar negara berjumlah jutaan ringgit sehingga ditahan oleh pihak berkuasa negara tersebut.

Kini pemimpin Umno berusaha sedaya upaya untuk merampas 'lubuk emas' tersebut. Mereka tahu kalau mereka dapat balik negeri kaya ini mereka boleh berpesta dan membahagi-bahagikan harta 'ghanimah' Selangor.

Untuk merealisasikan hajat mereka mengaut kekayaan negeri Selangor mereka memasang jerat, tipu muslihat dan strategi jahat seperti yang dilaporkan oleh media. Antara mereka menggunakan agensi kerajaan yang sanggup menjadi kuda tunggangan Umno BN. Kita melihat banyak parlimen di Selangor mendapat pertambahan pengundi yang luar biasa seperti di Parlimen Subang dengan pertambahan lebih dari 30 peratus sedangkan parlimen jirannnya iaitu Petaling Jaya Utara pertambahannya hanya lebih kurang 7 peratus.

PR mesti berusaha untuk memastikan kerja jahat dan haram ini dihentikan demi memastikan negeri Selangor dapat dipertahankan.


PRU 13 DITANGGUHKAN JIKA NAJIB DISAPINA MAHKAMAH PERANCIS?


Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata Pilihanraya Umum ke 13 bakal ditangguhkan sehingga ‘habis edah’ tahun hadapan jika Perdana Menteri, Najib Razak atau Ah Jib Gor disapina Mahkamah Perancis dalam isu Scorpene.

“Kalau Najib disapina di Mahkamah Perancis sudah tentu dia tidak berani membubarkan parlimen” kata Mohamad semasa berceramah di Kg Lendu Masjid Tanah Sabtu lalu.

Ah Jib Gor sudah tentu tidak berani untuk membubarkan Parlimen jika Mahkamah Perancis ‘menyaman’ beliau untuk member keterangan sebagai saksi dalam Mahkamah Perancis. Sehingga ke hari ini seluruh tertanya-tanya apa yang berlaku sebenarnya di sebalik pembelian Scorpene kerana ada dakwaan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dipunyai sekutu Najib iaitu Razak Baginda mendapatkan komisen ratusan juta ringgit dari pembelian kapal tersebut.

Harakah pula melaporkan bahawa mengikut undang-undang Perancis, pemberian komisen adalah satu kesalahan. Walaupun dokumen perjanjian kapal tersebut adalah tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi kerajaan Malaysia, tetapi di Perancis ianya tidak menjadi rahsia dan bakal didedahkan di mahkamah.

Andai disapina di Mahkamah Perancis sudah tentu Najib tidak mampu mengelak untuk menjawab semua persoalan berkaitan kapal selam tersebut.

Pembelian kapal selam ini sebenarnya menimbulkan seribu satu tanda tanya sehingga ada yang mengaitkan pembunuhan seorang wanita asing dengan isu ini.

PR MELAKA KOMITED BEBASKAN RAKYAT DARI CENGKAMAN BN

PR MELAKA KOMITED RINGANKAN BEBAN RAKYAT


Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San berkata Pakatan Rakyat negeri Melaka komited untuk meringankan beban rakyat negeri ini dari cengkaman kerajaan Barisan Nasional (BN).

“Kita akan menawarkan rakyat sebuah kerajaan yang adil, telus, professional dan bertanggungjawab yang sentiasa mengutamakan rakyat.

“Rakyat negeri ini susah kerana banyak dasar yang menekan rakyat seperti lesen perniagaan yang tinggi dan tidak masuk akal, bayaran parking dan macam-macam lagi” ujar Goh.

Beliau kesal kerana ada rakyat yang ingin berniaga kecil-kecilan disaman kerana berniaga di kaki lima dan lain-lain tempat.

“Sudahlah mereka itu susah, kemudian disaman pula sepatutnya kerajaan mengkaji dan memberi lesen kepada mereka itu asalkan mereka tidak mengganggu lalu lintas sudahlah.

“Bukan tangkap, rampas dan saman mana mereka hendak cari duit bayar saman berniaga pun belum tentu maju” tambah Goh yang juga merupakan Ketua Pembangkang Dun Melaka.

Goh juga mempersoalkan tindakan kerajaan negeri yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa memikirkan manfaatnya kepada rakyat.

“Mereka belanjan RM40 juta untuk bawa Eye On Malaysia ke Melaka dan akhirnya tutup, duit rakyat terbazir begitu sahaja.

“Wang RM40juta boleh dibina bina 10 buah pusat pemulihan penagih yang hidu gam dan dadah sekarang ramai anak-anak muda yang hidu gam.

“Kalau wang RM40 juta ini bagi pada rakyat Melaka mereka boleh dapat RM58.10 seorang, tapi buat Eye On Malaysia apa rakyat dapat” soal Goh.

Menurut Goh, Pakatan Rakyat Negeri Melaka akan melaksanakan dasar yang jauh lebih baik jika diberi peluang memerintah Melaka seperti yang ditunjukkan oleh kerajaan negeri PR di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Perak selama 10 bulan.

Beliau menyatakan demikian pada ceramah anjuran PAS Kawasan Masjid Tanah Sabtu lalu.

25 March 2012

Tukar Kerajaan sebelum Malaysia BANGKRAP

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata rakyat Malaysia mesti menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 sebelum negara ini bangkrap.

"Rakyat Malaysia mesti tukar kerajaan pada Pilihanraya umum ke 13, kerana jika tidak ditukar negara kita akan bangkrap.

"Jangan Malaysia dah bangkrap baru rakyat hendak bagi Pakatan Rakyat memerintah, sudah terlambat" ujar Mohamad.

Beliau berkata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Idris Jala menjangkakan Malaysia akan bangkrap pada tahun 2019 iaitu pada 2012.

"Bukan PAS, DAP atau Adil yang dakwa Malaysia akan bangkrap tapi menteri kabinet sendiri, iaitu Idris Jala yang dilantil oleh Najib.

"Malah Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) juga menyatakan bahawa Malaysia akan bangkrap pada 2015 tiga tahun lagi" tambah Mohamad.

Menurutnya rakyat mesti pantas bertindak menukar kerajaan pada Pilihanraya Umum ke 13 nanti sebelum negara bangkrap macam Greece.

"Macamana tak bangkrap rasuah berleluasa, duit negara di bawa secara haram keluar negeri berjumlah RM1.077 trilion, RM28 bilion tiris menurut Ketua Audit Negara, macamana negara tak bankrap" kata Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah anjuran PAS Kawasan Masjid Tanah di Kampung Lendu malam tadi.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter