.

.

13 February 2010

BERSIHKAN NAMA MALAYSIA

Nama Malaysia kian buruk kebelakangan ini, Semua ini gara-gara tindakan individu tertentu yang bertindak di luar batasan undang-undang Negara dan antarabangsa.

Kematian seorang warga asing bernama Altantuya yang dibunuh kejam oleh insan yang tidak berhati perut dan berperangai lebih teruk dari binatang benar-benar menyebabkan nama Negara busuk di persada dunia.

Lebih malang lagi ramai pihak mempertikaikan keputusan mahkamah bersabit dengan siapa pembunuh sebenar Altantuya.

Ramai pihak yang merasakan pembunuh sebenar atau ‘kepala pembunuh’ masih bebas dan tidak dihukum. Tetapi kita semua tidak tahu siapa kepala pembunuh tersebut.

Kes kedua melibatkan tuduhan liwat ke atas bekas Timbalan Perdana Menteri yang juga Ketua Pembangkang Dato Seri Anwar Ibrahim yang sekali lagi dikatakan menghadapi fitnah musuh-musuh politiknya.

Lebih teruk lagi perbicaraan yang sedang berlangsung sekarang juga dilihat tidak telus dan berat sebelah.

Dunia sebenarnya sedang memerhatikan semua ini dari dekat.

Memang tidak dinafikan Anwar mempunyai pengaruh yang besar di serata dunia. Bila beliau menghadapi kes ini sekali lagi setelah bebas dari tuduhan sama pada tahun 1998, orang luar berpendapat ada sesuatu yang tidak kena dengan politik Malaysia.

Sebagai rakyat Malaysia saya sangat mengharapkan kerajaan mengambil tindakan drastic bagi membersihkan nama Malaysia.

Saya yakin Perdana Menteri dan kabinetnya tahu apa yang perlu mereka buat untuk membersihkan nama Negara dan rakyat Malaysia.

Sama-samalah kita berusaha untuk membersihkan nama Malaysia.!!!!!!!!!!

MUHYIDDIN AKUI CINA TAK SOKONG BN

Media hari ini melaporkan Timbalan Perdana Menteri meminta kaum Cina supaya tidak menghukum kerajaan BN tanpa memberi peluang kepada kerajaan membuktikan apa yang dirancang.

Kenyatan Muhyiddin ini membuktikan bahawa BN sedar bahawa masyarakat Cina majoritinya sudah hilang kepercayaan kepada BN khasnya Umno yang ternyata gagal membawa perubahan kepada Negara.

Masyarakat jelas jauh ke hadapan dari segi politik apabila tidak mudah ‘menelan’ apa sahaja yang disumbatkan ke ‘mulut’ oleh BN. Sebaliknya mereka mengkaji dan menilai samada ianya benar-benar menguntungkan rakyat atau memberikan kelebihan kepada golongan tertentu sahaja.

Sebab itulah tinjaun beberapa badan penyelidik mendapati majoriti masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat lebih-lebih PR melalui kerajaan-kerajaan Negerinya berjaya membawa perubahan kepada kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

12 February 2010

RASUAH : TAHNIAH DATUK ALI

Saya mengucapkan tahniah kepada Datuk Seri Mohd Ali Rustam kerana telah dibebaskan dari sebarang kes rasuah melibatkan politik wang. Hal ini dinyatakan oleh SPRM hari ini.
Perkara itu dinyatakan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Shukri Abdull dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Putrajaya hari ini.

Dalam masa yang sama saya mengucapkan TAKZIAH kepada rakyat Melaka kerana masih mempunyai seorang Ketua Menteri yang jelas didapati bersalah oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno. Maka kita di Melaka terus mempunyai Ketua Menteri yang mengamalkan rasuah.
Saya cukup dengan SPRM yang dikatakan hebat, telus dan professional tetapi gagal mencari sebarang bukti bahawa Datuk Ali terlibat dengan rasuah sedangkan bukti-bukti kukuh berjaya diperolehi oleh Jawatankuasa Tatatertib Umno.
Nampaknya Jawatankuasa Tatatertib Umno lebih hebat dari SPRM.

Saya memohon kepada Pesuruhjaya baru SPRM, Dato' Haji Abu Kassim Mohamad supaya meneliti semula kes ini kerana kita ragu dengan hasil siasatan kes ini.

Sebagai rakyat Malaysia kita mahu SPRM bertindak dengan penuh tanggungjawab, professional dan telus.
Lembaga Disiplin UMNO memutuskan Ali Rustam bersalah kerana terlibat dengan politik wang semasa kempen pemilihan menjelang Perhimpunan Agung UMNO 2009 di mana beliau menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO.

Pengerusi Lembaga Disiplin UMNO , Tengku Ahmad Rithauddeen menyatakan Ali melanggar Perkara 10.1, Tata Etika Ahli Umno yang membawa hukuman dilarang daripada bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden sahaja.

Pada 18 April 2009,Adun Kesidang yang juga Pengerusi DAP Melaka, Goh Leong San mengemukakan undi tidak percaya kepada Ali Rustam kerana terlibat dengan politik wang dalam pemilihan Umno 2009. Usul meminta kerajaan negeri Melaka mengumumkan pemilikan harta Ketua Menteri, barisan exconya dan Adun negeri Melaka turut juga ditolak. Usul-usul ini hendak dibawa ke persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Melaka pada 20-23 April 2009 tetapi ditolak oleh Speaker Dun, Dato' Othman Muhamad.

SELESAIKAN DENGAN BAIK JADI JADI MAKHLUK PEROSAK JAMAAH

Budaya adu mengadu nampaknya semakin menjadi-jadi. Banyak masa dan tenaga dihabiskan untuk menyelesaikan aduan dan tohmahan di dalam PAS.
Hari ini satu lagi aduan di hantar ke Pejabat Agung tentang dakwaan beberapa pimpinan PAS yang dikatakan melakukan kesalahan kepada parti. Untuk membuat tidak salah, malah ianya termaktub dalam perlembagaan parti. Namun budaya adu mengadu tuduh menuduh ini bukannya budaya yang baik di dalam jemaah Islam seperti PAS.
Alangkah baiknya jika kita boleh berbincang dan bermuzakarah secara berdepan dan berhikmah. Itu lebih mudah dan Insya Allah akan mendapat keberkatan. Lebih baik dari kita menembak di dalam media dan sebagainya.

Saya bimbang budaya ini dicipta oleh ejen-ejen musuh yang sentiasa mencari peluang untuk memusnahkan perpaduan dan ukhuwwah dalam parti. Saya bimbang talibarut musuh berjaya menyelinap masuk dalam otak ahli-ahli dan pimpinan jemaaj sehingga budaya mungkar ini menjalar dalam jemaah dan akhirnya menjadi anai-anai untuk merobohkan jemaah.
Saya merayu supaya segenap ahli dan pimpinan parti supaya memuhasabah diri masing-masing. Tepuk dada tanya iman apakah sesuatu tindakan yang kita lakukan menguntungkan jemaah atau sebaliknya merugikan jemaah.
Jangan nanti kita berbalah, musuh seronok menjadi penonton dan menangguk di air keruh. Akhirnya kita dan jemaah yang musnah.

TAHNIAH ZAHRIN : SELAMAT JALAN

Tahniah kepada Ahli Parlimen Bayan Baru Zahrain Hashim kerana keluar dari PKR dan menjadi Ahli Parlimen Bebas.
Tindakan Zahrain bagus kerana ia tidak akan menyusahkan PR kerana tindak tanduknya selama ini yang tidak sehaluan dengan prinsip PR.
Jadi selepas ini tidak perlu kami peningkan kepala hendak uruskan perangai 'Hang' yang semua orang sudah tahu.

Selamat Jalan. Semoga 'Hang' lebih selesa menjadi 'Presiden' Parti bebas.
p/s Bila nak join Ibrahim Ali.??????

CERAMAH KETUA PEMUDA PUSAT 16 FEB DI BUKIT KATIL

Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Ustaz Nasaruddin Tantawi akan berceramah di Markaz PAS Bukit Katil pada 16 Februari ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kawasan Jauhar Dawi dalam kenyataannya malam tadi menyeru seluruh rakyat negeri Melaka supaya hadir beramai-ramai dalam ceramah yang akan bermula jam 9.15 malam tersebut.


Turut sama berceramah bersama beliau ialah Ketua Dewan Ulama' PAS Negeri, Ustaz Zulkifli Ismail dan Ketua Dewan Pemuda Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek.

PAS BUKIT KATIL RAIKAN TAHUN BARU CINA

PAS Kawasan Bukit Katil bersama-sama merayakan kedatangan Tahun Baru Cina dengan meneruskan program mengedarkan Kad Ucapan Tahun Baru Cina dan menghadiahkan buah limau kepada masyarakat kaum Tionghua di kawasan Parlimen Bukit Katil.

Semalam Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Bukit Katil dan Majlis Tindakan DUN Ayer Molek mengedarkan Kad Tahun Baru Cina dan limau di Tiang Dua. Ahad lalu program serupa diadakan di kawasan Bukit Baru.

Program tersebut mendapat sambutan yang hebat dari kalangan masyarakat setempat.

Di harapkan program sebegini dapat mengeratkan persahabatan dan meningkatkan keharmonian masyarakat berbilang kaum di negara kita.

Tiang Dua merupakan sebuah perkampungan Cina yang terletak disekitar Pekan Ayer Molek. Rata-rata penduduknya adalah petani dan peniaga.

KESAL DENGAN TINDAKAN ROSAKKAN HUTAN REKREASI AYER KEROH

Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil ( DPPKBK ), Puhat Bedol mempersoalkan mengapa pihak berwajib menukarkan Hutan Rekreasi Ayer Keroh menjadi Taman Botanikal.

Dalam kenyataanya semalam, Puhat bimbang dengan penukaran status itu kawasan Hutan Rekreasi tersebut akan bertukar statusnya daripada hutan yang memelihara flora dan fauna menjadi menjadi kawasan taman yang tentunya akan merubah lanskap asal kawasan tersebut.

"Kita bimbang flora dan fauna di kawasan tersebut yang sudah lama dikawal dijaga pupus begitu sahaja akibat pembangunan dan projek pembinaan Taman Botanikal tersebut".

DPPKBK menurut Puhat menggesa agar pihak yang berkuasa ke atas kawasan hutan tersebut agar memberi penjelasan tentang isu ini supaya rakyat Melaka tahu dan jelas tentang situasi sebenar.

"DPPKBK berasa terpanggil untuk bersuara atas dasar keperihatinan terhadap keadaan alam sekitar di Parlimen Bukit Katil ".

"Bukan maksud DPPKBK menghalang dan mempertikaikan sebarang usaha pengubahsuaian ke arah penambahbaikan kawasan terbabit tetapi isu dan persoalan yang dilontarkan harus dijawab segera bagi mengelakkan sebarang prasangka buruk terhadap pihak berwajib yang menguruskan kawasan terbabit." kata Puhat.

Baru-baru sebuah blog memuatkan keadaan terkini Hutan Rekreasi Ayer Keroh di mana ianya dilaporkan berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan; gambar - gambar yang dipaparkan di blog tersebut menunjukkan tanah telah ditarah dan aktiviti yang kelihatan merosakkan kawasan sekitar hutan sedang giat dijalankan. Keadaan sudah tentu akan menyebabkan sistem ekologi kawasan tersebut akan musnah.

KAPAL SELAM DAH JADI BOT?

Laporan media menyebut kapal selam yang umurnya setahun jagung sudah tidak boleh menyelam kerana masalah teknikal. Tetapi jangan risau kalau kapal selam itu tidak boleh menyelam ia boleh jadi bot tidak perlu menyelam.

Ternyata satu lagi episod malang yang boleh ditertawakan orang luar. Bagaimana sebuah kapal selam yang didakwa canggih manggih, belum apa sudah mengalami masalah.

Hal ini bukannya dinyatakan oleh Pengerusi JKKK kampung tetapi diakui sendiri oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Abdul Aziz mengakui bahawa kapal selam tersebut iaitu KD Tunku AbduL Rahman mengalami kerosakan teknikal di mana bahagian yang menyalurkan tekanan air kelur masuk bermasalah, ini menyebabkan ianya gagal dilancarkan di bawah permukaan air.

Ternyata sekali lagi sistem pertahanan negara kita dilihat longgar dan lemah. Macamana sebuah kapal selam yang baru dibeli sudah mengalami kerosakan. Masalah ini sudah tentu akan menyebabkan duit rakyat hangus sekali lagi kerana digunakan untuk membaiki kerosakan ini.

Kalau sebelum ini enjin jet hilang kita ditertawakan orang, kini kapal selam pula tidak boleh menyelam.

Apa nak jadi dengan Malaysia ini. 1Malaysia semuanya bermasalah.

BIARKAN 4 LUNCAI TERJUN

Ada laporan menyatakan 4 'luncai' PKR akan membuat pengumuman penting dalam masa terdekat. Mereka dikatakan akan memanggil sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk mengumumkan tindakan mereka dalam meneruskan agenda politik mereka sendiri.
Bagi saya 4 Si Luncai memang bermasalah dan elok rasanya kalau mereka semua terjun dari kapal Pakatan Rakyat dan naik kapal lain. Mereka sudah tidak sehaluan dengan dasar dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.
Ada antara luncai-luncai tersebut mula membantai PR selepas di dakwa bahawa kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi. Jika benar dakwaan ini maka bagi saya adalah baik untuk mereka menyertai BN kerana kehendak mereka memang sesuai dengan BN. Dalam PR kita tidak mahu pemimpin semacam ini yang menjadi agenda peribadi sebagai matlamat perjuangan. Tak dapat projek, kontrak atau habuan hendak parti ini bukan cara PR. Itu cara Umno/BN.
Luncai yang seorang lagi pula memang sudah lama membuat onar. Menghentam semua orang termasuk PAS, PKR maupun Umno. Tidak tahu siapa betul, mungkin diri sendiri sahaja yang betul orang lain semua tidak betul. Jika perangai beliau macam ini yakni tidak mahu tunduk kepada prinsip perjuangan parti lebih baik tubuh parti sendiri dan berjuang sendirian.
Kesimpulan secara peribadi saya mengucapkan selamat jalan kepada luncai-luncai ini.
Cuma satu sahaja harapan saya, kepada parti-parti komponen PR HATI-HATI MEMILIH CALON PILIHANRAYA JANGAN SAMPAI PERKARA SEBEGINI TERJADI LAGI PADA MASA AKAN DATANG. JANGAN MAIN TANGKAP MUAT SAHAJA. ASALKAN ADA MATA DAN TELINGA AMBIL JADI CALON AKHIRNYA SENDIRI YANG SUSAH.

MAKSIAT DI MELAKA : CARI PUNCA MASALAH DAN ATASI

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menyifatkan insiden penemuan mayat bayi perempuan di tepi pintu pagar Masjid Jamek Permatang Duyong, di sini awal pagi semalam sebagai amat mendukacitakan.

Beliau yang cukup kesal dengan kejadian tersebut menyifatkan mereka yang terlibat dalam perbuatan itu sebagai kejam dan tidak bertanggungjawab.

Sedangkan menurutnya, pelbagai cara lain boleh diambil bagi mengelak daripada melakukan perbuatan keji membuang bayi yang tidak berdosa itu.

Beliau berkata demikian seperti yang dimuatkan di dalam akhbar Utusan hari ini.

Saya bersetuju dengan cadangan Ketua Menteri itu. Namun saya mengharapkan kerajaan negeri bukan setakat memberi cadangan supaya anak-anak malang sebegini dihantar ke rumah kebajikan tetapi yang lebih penting mencari punca sebenar mengapa bertambahnya anak-anak luar nikah bertambah di Melaka saban tahun.

Ini bermakna zina juga bertambah setiap tahun. Semua orang tahun zina adalah dosa besar dan sudah tentu kita semua terpalit sama dengan kedurjanaan ini. Kerajaan negeri yang berkuasa mesti mengambil tindakan serius bagi mengurang dan membasmi dosa besar ini. Punca-punca maksiat yang mungkin menjadi pendorong kepada zina mesti ditutup dan dihentikan.

Di Melaka terlampau banyak pusat-pusat maksiat seperti premis-premis pelacuran, kelab-kelab malam, pub, dangdut dan sebagainya. Selain itu rumah-rumah urut bercambah dengan banyak. Program-program maksiat iaitu percampuran lelaki dan wanita juga sentiasa diadakan malah ianya dianjurkan sendiri oleh kerajaan negeri dan agensi-agensi kerajaan negeri. Konsert-konsert sudah menjadi wirid mereka.

Selain itu tempat rekreasi seperti pantai, air terjun, taman-taman dans sebagainya menjadi tempat anak-anak muda berdua-duaan tanpa segan-silu.

Sudah sampai masanya kerajaan negeri menutup segala tempat-tempat maksiat yang menjadi tempat merebaknya mukaddimah zina dan seterusnya perzinaan ini.

Kita bimbang dengan statistik yang dikeluarkan oleh JAIM baru-baru ini yang menyatakan bahawa 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka tahun 2009 dan 388 pada tahun 2008. Apakah kerajaan ini ingin terus membiarkan perzinaan dan dosa besar ini terus berleluasa. Rakyat negeri Melaka bertanggungjawab dalam hal ini kerana memilih kerajaan negeri BN yang seolah-olah memandang sebelah mata akan hal ini.

Rakyat mesti membuat perubahan dalam pilihanraya akan datang kerana jelas kerajaan BN gagal dalam menangani isu ini.

11 February 2010

ISU PERBINCANGAN TERUS JADI BAHAN BERITA PENGAMPU BN - HATI-HATI

Laporan Utusan Meloya hari ini.
Pas Selangor pada dasarnya bersetuju dengan cadangan Mursyidul Am parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk mengadakan kerjasama dengan UMNO.

Ketua Penerangannya, Roslan Shahir Mohd. Shahir berkata, cadangan tersebut amat baik sekiranya mampu mengukuhkan perpaduan rakyat dan agama Islam di negara ini.

Bagaimanapun kata beliau, keputusan sama ada kerjasama itu dilaksanakan atau tidak bergantung kepada hasil mesyuarat kepimpinan tertinggi Pas di peringkat pusat.

“Kita (Pas Selangor) nak tahu juga secara lanjut termasuk dalam konteks apa kerjasama yang dicadangkan oleh Nik Abdul Aziz. Setakat ini, kita tidak tahu apa-apa lagi.

“Namun, kita menyambut baik sebarang usaha perbincangan atau kerjasama daripada semua pihak. Ini kerana Pas mengamalkan prinsip yang terbuka,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas sama ada Pas Selangor bersetuju dengan cadangan Nik Abdul Aziz pada Khamis lalu yang mahukan satu perbincangan dan kerjasama dibuat di antara Pas dan UMNO.

Ia dibuat atas alasan untuk menamatkan permusuhan lebih 50 tahun antara kedua-dua parti yang mewakili orang Melayu itu.

Cadangan Menteri Besar Kelantan itu turut disambut baik oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu kerjasama itu dilaksanakan dalam semua perkara termasuk hal-hal berkaitan politik dan agama.

PEMUDA & KAWASAN BUKIT KATIL EDAR 2,000 KAD TAHUN BARU

Dewan Pemuda PAS Kawasan Bukit Katil berjaya mengedarkan 2,000 Kad Tahun Cina dan limau di sekitar Bukit Baru Ahad lalu. Program yang dijalankan dengan Lajnah Perpaduan Nasional PAS Kawasan Bukit Katil dan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka tersebut bermula pada jam 8.00 pagi berakhir pada 1.00 tengahari.

Rata-rata kaum Tionghua yang menerima Kad Ucapan Selamat Tahun Cina dan beberapa biji limau, melahirkan rasa gembira dan menyambut kedatangan petugas PAS dengan gembira.

"Ini Nik Ajiz kasi ka, itu orang manyak baik, kita sokong sama dia".

"Saya, semua ibu, anak-anak semua sokong PAS, itu pilihanlaya kita semua undi sama PAS"
Itu antara 'feedback' yang diperolehi oleh masyarakat setempat yang ditemui pada program tersebut.

Tidak syak PAS lagi PAS sudah diterima oleh masyarakat Tionghua di negeri ini. Mereka langsung tidak kekok dan malu untuk berbual dan bertukar-tukar pandangan dalam apa juga isu.

Turut hadir pada program tersebut ialah ADUN Ayer Keroh, YB Khoo Poay Tiong, Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek, Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan, Puhat Bedol, Ketua Lajnah Perpaduan Nasional Kawasan Bukit katil, Haji Mustaffa Ali dan lain-lain.




KALAU YAKIN, APA TUNGGU LAGI!!!

Kalau BN benar-benar yakin bahawa rakyat telah kembali menyokong BN, apa tunggu lagi bubar DUN Perak dengan segera. Ini kerana kerajaan yang ada hari ini bukanlah kerajaan yang mendapat mandat rakyat tetapi ianya adalah kerajaan mahkamah.
Rakyat telah memilih DAP, PKR dan PAS untuk menjadi kerajaan bukan BN. Tetapi disebabkan BN telah merompak kuasa rakyat maka inilah yang terjadi. MB yang aada hari ini adalah Menteri Besar mahkamah bukan menteri besar rakyat.
Apa yang menarik BN sering melaung-laungkan bahawa rakyat sudah kembali menyokong BN di Perak. Namun sehingga kini mereka masih gagal membuktikan bahawa mereka kuat dan gagah. Pemimpin BN hanya berani bercakap tetapi tidak berani berdepan di dalam medan sebenar iaitu pilihanraya.

ANAK SIAPAKAH INI, MELAKA MAJU 2010

Anak siapakah bayi ini yang ditinggalkan ditepi jalan. Bayi ini ditemui di tepi jalan Kg Permatang Duyong, Melaka. Ketika ditemui bayi malang ini telah meninggal dunia.
Mengapa bayi ini dibuang oleh ibu bapanya tanpa peri kemanusiaan. Binatang pun tidak sanggup melakukan anaknya sezalim ini.
Adakah ini rakyat di sebuah negeri yang dikatakan maju.?

Adakah kita berbangga mempunyai sebuah negeri yang dikatakan maju tetapi mundur dari segi sifat kemanusiaan.?
Untuk maklumat tahun lepas (2009) sahaja seramai 393 anak luar nikah dilahirkan di Melaka. Namun sehingga kini kerajaan negeri dilihat tidak serius menangani masalah ini.
Sumber gambar dan berita : Utusan

10 February 2010

BINCANG JANGAN TAK BINCANG

Saranan supaya PAS berbincang dengan Umno dalam soal-soal tertentu memang tidak salah malah digalakkan. Namun begitu penyokong dan ahli PAS mesti difahamkan dengan baik bahawa perbincangan itu bukannya atas dasar untuk bergabung dengan Umno atau membentuk kerajaan perpaduan.
Itu antara luahan hati penyokong dan ahli PAS yang saya temui. Mereka melahirkan kebimbangan dengan perkembangan ini kerana tidak mahu PAS ditipu dan dipermainkan oleh Umno yang sememangnya mempunyai 'track record' sebagai rakan yang tidak setia dan pembohong. PAS pernah mengalami peristiwa ini di zaman dahulu apabila PAS ditendang keluar dari BN pada era 70-an dulu.
Oleh kerana itulah ahli PAS tidak mahu pisang berbuah kali. Malah dasar dan sikap Umno yang tidak pernah berubah juga menyebabkan mereka tidak sanggup melihat PAS berbaik dengan Umno.
Umno masih mengekalkan sikap zalim, bongkak, suka rasuah, suka maksiat dan macam-macam lagi. Umno juga tidak pernah insaf untuk kembali kepada Islam dalam apa juga keadaan. Kronisme, rasuah, nepotisme, meminggirkan kedaulatan Melayu dan sebagainya tetap menjadi wirid harian mereka.
Lantaran itu tidak ada gunanya kita bergabung dengan manusia seperti ini.
Oleh : Din Tocang, Saya Anak Malaysia.

NIZAR MASIH MB YANG SAH - KU LI

Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin masih lagi menjadi Menteri Besar Perak sehinggalah beliau meletakkan jawatan atas kerelaannya sendiri, atau disingkirkan melalui usul undi tidak percaya pada persidangan Dewan Undangan Negeri, kata Tengku Razaleigh Hamzah.

“Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai,” katanya dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

“Perlembahaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun.”

Beliau juga berkata, sebuah kerajaan yang sah daripada segi perlembagaan adalah yang diberi mandat oleh rakyat dan hanya mandat itu yang menentukannya. Mandat rakyat kerana kerajaan yang ditubuhkan adalah berasaskan perlembagaan, yang mana ia dipilih melalui pilihan raya yang adil dan saksama.

“Untuk menguji mandat berkenaan maka kerajaan yang memerintah, mesti sama ada menyerahkan kembali kepada rakyat untuk menentukannya melalui pilihan raya negeri ataupun melalui usul undi tidak percaya pada persidangan dewan undangan negeri,’ kata Tengku Razaleigh.

Beliau berkata, untuk menyingkirkan dan menubuhkan kerajaan baru dengan kaedah ataupun cara selain itu adalah bererti melanggar Perlembagaan, melanggari undang-undang dan risiko menubuhkan sebuah kerajaan haram.

KALAU PENGECUT SEKALIPUN KOSONGKAN 3 KERUSI KATAK

Saya setuju dengan pandangan Datuk Seri Nizar supaya 3 kerusi yang diwakili oleh YB yang tiada maruah iaitu DUN Behrang, Changkat Jering dan Jelapang dikosongkan bagi memberikan laluan kepada pilihanraya kecil diadakan.
Buatlah apa cara sekalipun (kerana BN boleh lakukan apa sahaja sesuka hati) supaya ketiga-tiga YB muka tebal itu mengosongkan kerusinya. Jadi selepas itu pilihanraya kecil diadakan supaya rakyat dapat memilih kerajaan baru yang diberikan mandat oleh rakyat bukan mahkamah atau institusi lain.
Kalau Zambry dan BN takut untuk membubarkan DUN Perak saya yakin sekurang-kurangnya 3 kerusi ini mesti dikosongkan supaya rakyat dapat memilih wakil rakyat baru seterus dapat menentukan kerajaan baru yang mendapat mandat rakyat.
Jika BN menang 2 dari 3 DUN tersebut BN jadi kerajaan yang sah dan bermaruah. Sebaliknya jika PR menang 2 maka PR akan jadi kerajaan. Itu cara terbaik bagi menentukan siapa yang berhak menjadi kerajaan.
Jika inipun Zambry dan BN takut maka jangan berpolitik lebih baik minta Najib lantik jadi Senator atau Pengerusi Veteran Umno.

ZUL SIAPA KAWAN HANG SEBENARNYA?

YB Zulkifli Nordin berpencak silat dengan hebat dalam temuramah dengan TV3 baru-baru ini. Habis semua orang YB lipat. Umno YB jentik, PAS, PKR YB kilas, DAP YB herdik. Bagus betul YB sejak-sejak akhir ini.

Orang macam YB ini memang Umno suka jadikan lawan sebab mereka akan gunakan YB untuk hentam musuh. Jadi YB sudah masuk perangkap mereka. YB mungkin popular sebab diundang ke dalam TV. YB kena ingat sesiapa yang diundang untuk masuk rancangan TV seperti itu biasanya akan memberikan keuntungan kepada Tuan Empunya TV itu.

Jadi YB kena berhati-hati takut-takut YB dijadikan kuda tunggangan kepada mereka. YB menghentam kawan YB dan ianya memberikan habuan kepada musuh kawan YB. Hati-hati memilih kawan dan lawan.

Saya pun sedar YB memang seorang yang cerdik dan tegas. Jadikan kecerdikan dan ketegasan YB untuk menentang orang zalim dan orang yang tidak mahu tunduk kepada Allah. Senang sahaja ukurannya YB hendak berkawan dengan Tuan Guru Nik Aziz atau berkawan dengan Najib. Renungkanlah air muka, akhlaq dan perangai mereka berdua itu. Mana YB percaya dan yakin Tok Guru Nik Aziz atau Najib.

Kalau YB rasa dan yakin Najib lebih baik dan boleh dipercayai maka pergilah berkawan dengan Najib tiada siapa yang boleh menghalang Najib.

Kalau YB percaya dasar 1Malaysia dulunya Islam Hadhari lebih baik dari Al Qur'an dan sunnah maka pergilah menyanyi 1Malaysia setiap hari bersama Najib dan Rosmah.

Saya sendiri memang tahu yang mana satu yang hendak saya pilih. Kalau tengok isteri Tok Guru dan isteri Najib pun saya boleh beza ....................$#@$%$^

Selamat Maju Jaya YB. Semoga bertemu dengan kawan sejati.

NAJIB CAKAP IKUT SEDAP MULUT

Najib Razak berkata dalam sistem mahkamah negara, semua pihak perlu akur dengan keputusan mahkamah tertinggi iaitu Mahkamah Persekutuan yang memutuskan kedudukan Dr. Zambry hari ini.

Katanya, inilah hakikat yang perlu diterima.

Menurutnya sudah sampai masanya kita memberi tumpuan kepada kepimpinan Dr. Zambry untuk menunjukkan kemampuan membela rakyat Perak dan membangunkan negeri.

Beliau juga berkata terserahlah bila sampai masanya, yakni bila Pilihan Raya Umum, rakyat boleh buat keputusan yang sebenarnya.

Ini yang hendak saya ulas.

Apakah Najib menyangka rakyat bodoh dan bengap macam sesetengah JKKK Umno di kampung-kampung. ?

Najib menyangka rakyat buta dan tidak ada maklumat?

Bukankah kerajaan PR pimpinan Nizar adalah kerajaan yang dipilih oleh rakyat melalui pilihanraya umum 2008, tetapi oleh kerana BN tidak dapat menerima kekalahan itu BN berusaha bermacam-macam cara untuk menidakkan mandat rakyat sehingga akhirnya ketiga-tiga manusia yang tidak bermaruah itu bertindak mengisytiharkan diri keluar dari PKR dan DAP, menyokong BN. Bukankah itu kerja BN?

Najib jangan sangka rakyat tidak tahu akan cerita sebenar hal tersebut.

Sama juga dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh PR. Berbagai usaha dirancang supaya kerajaan-kerajaan tersebut runtuh. Mengapa Najib tidak mengarahkan wakil-wakil rakyat BN supaya bekerjasama dengan kerajaan negeri PR bagi membangungkan negeri-negeri tersebut demi kepentingan rakyat.

Mengapa Najib tidak mengamalkan semangat 1Malaysia dengan negeri-negeri Pakatan Rakyat. Tanpa segan-silu wang royalti minyak dirompak ditukar dengan wang ehsan, peruntukan untuk ahli parlimen PR dinafikan, pelbagai diskriminasi dikenakan kepada kerajaan PR, JKKP dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) ditubuhkan di negeri-negeri PR. Semua ini tidak menggambarkan semangat 1Malaysia. Tetapi di Perak Najib menyeru PR supaya bekerjasama dengan kerajaan BN Perak. Bukankah ini 'double standard' namanya.

BUKAN SALAH SPRM, TAPI SALAH SIAPA?

Laporan Malaysiakini semalam mendedahkan kebejatan dan kebobrokan pihak-pihak tertentu yang sengaja melewat-lewatkan tindakan atau langsung tidak mengambil tindakan atas siasatan yang dilakukan oleh SPRM.
Semalam Ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abu Kassim Mohamed berkata siasatan badan itu berhubung beberapa kes berprofil tinggi telah disempurnakan dan kini diserahkan kepada Pejabat Peguan Negara untuk tindakan.

NONEKes-kes itu termasuk yang membabitkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Mohd Khir Toyo (kiri) dan bekas menteri pelancongan, Datuk Azalina Othman Said.

Beliau berharap keputusan akan dibuat secepat mungkin.

Menurut Abu Kassim, pihak peguam negara perlu menjelaskan kepada panel penasihat SPRM jika tiada tindakan diambil dalam tempoh enam bulan selepas siasatan diserahkani.

NONEBeliau seterusnya mendedahkan bahawa mengikut suruhanjaya baru, apa yang dipendam oleh AG (Peguam Negara) melebihi enam bulan mesti dijelaskan kepada jawatankuasa penilai.
Katanya jawatankuasa penilai mempunyai hak untuk mengetahui

Abu Kassim (kanan) berkata demikian semasa pertemuan sejam antara anggota panel penasihat SPRM dengan pengarang kumpulan Malaysiakini, Steven Gan.
Bagi saya bukan sahaja jawatankuasa penilai yang berhak mengetahuinya tetapi rakyat juga berhak mengetahui mengapa tiada tindakan diambil ke atas orang-orang besar BN ini sedangkan pelbagai dakwaan dan aduan di buat.
Selagi perkara ini tidak dilaporkan atau dibentangkan kepada rakyat dengan segala bukti dan faktanya selagi itulah rakyat tidak akan berpuashati.

09 February 2010

BUBAR DUN KALAU ANAK JANTAN

Rakyat mencabar Menteri Besar kerajaan kudeta Perak membubarkan DUN jika benar beliau anak jantan dan yakin dengan kekuatan BN. Jangan hanya bercakap sahaja tetapi tidak berani membubarkan DUN.

PR sememangnya dari awal menjangkakan keputusan mahkamah hari ini atas alasan semua orang tahu bagaimana bentuk mahkamah Malaysia.

Keputusan hari sebenarnya tidak menyelesaikan masalah kerana rakyat tetap dengan pendirian mereka bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang buka diberikan mandat oleh rakyat Oleh itu satu cara sahaja bagi menyelesaikan isu ini iaitu bubarkan DUN Perak serta merta.

UMNO-PAS : SEPERTI DIJANGKA

Saya sebagai ahli bawahan PAS semakin bercelaru dengan tindakan pimpinan PAS yang sekali kata tidak mahu berbincang dengan Umno tetapi sehari dua ini nampak beriya-iya mahu berbuat demikian.
Sebelum ini jelas sekali keputusan telah dibuat bahawa tidak ada lagi perbincangan lanjut dengan Umno. Tetapi kali ini lain pula ceritanya.
Di pihak Umno saya lihat pimpinan mereka sepantas kilat membuat komen yang positif agar perbincangan dengan PAS direalisasikan Saya faham benar mengapa mereka lakukan sedemikian kerana ianya menguntungkan Umno dari segi politik.
Sedangkan di PR, PKR dan DAP sudah tentu tidak berapa senang dengan tindakan PAS ini.
Saya tidak mahu komen panjang, cuma berasa hairan dan pelik dengan keputusan dan kenyataan pimpinan kita. Ahli di bawah terus pening dan terkedu .....................fikirkan!!!!!!!!!!!!

NIZAR VS ZAMBRY : TITIK HITAM SISTEM KEHAKIMAN NEGARA

Titik hakim terus menyelubungi sistem kehakiman negara. Keputusan 5-0 memihak kepada Zambry menyebabkan kesangsian rakyat kepada ketelusan sistem kehakiman negara semakin terhakis.

Ditambah lagi dengan sikap berat sebelah yang ditunjukkan pada perbicaraan Anwar Ibrahim yang sedang berlangsun, membuktikan tiada langsung penambahbaikan dalam sistem kehakiman kita.

Dunia luar terus memerhatikan negara kita dengan penuh minat dan sinis. Selepas amat sukar dan susah untuk rakyat menerima dakwaan pihak kerajaan bahawa sistem kehakiman kita telus, professional dan adil.

Kerajaan mesti mengubah keadaan ini serta merta jika mahu ianya terus dihormati dan disanjungi rakyat. Jika tidak mungkin setiap kali perbicaraan berkaitan dengan kerajaan rakyat akan menganggap ianya hanya lakonan sedangkan keputusannya sudah diketahui.

Fikirkanlah wahai pimpinan kerajaan yang ada sekarang.

11.25 pagi : MAKIN NAIK TOCANG

Selepas ini kita akan lihat Menteri Besar mahkamah, Zambry Kadir akan semakin naik tocang. Lebih-lebih dilaporkan beliau menang dengan keputusan 5-0 di mana semua hakim menyebelahi beliau. Hebat hebat.
Sistem kehakiman kita 'semakin baik' dan 'improve' sekarang........syabas 1Malaysia.

11.14 pagi : INI KEPUTUSANNYA .........ZAMBRY KEKAL

Panjang betul penghakiman yang dibuat oleh barisan 5 orang hakim yang bersidang hari ini. Namun sehingga kini masih samar-samar siapa yang disahkan sebagai Menteri Besar. Nizar atau Zambry ........... SUDAH DIJANGKA.

KEPUTUSANNYA IALAH ZAMBRY KEKAL MB PERAK DI SISI MAHKAMAH. MUKTAMAD

11.00 pagi : ZAMBRY MB PERAK YANG SAH?

Hakim semakin lama semakin menjuruskan kepada keputusan mereka. Dari pengamatan ramai kemungkinan besar ramalan saya akan menjadi kenyataan iaitu Zambry dikekalkan menjadi MB kerajaan Kudeta Perak. Maka lengkaplah kedurjanaan BN di Perak.

ALLAH BERSAMA DENGAN KITA BERSABARLAH

Walau apapun keputusan mahkamah hari ini kita mesti bersabar dan terus berusaha untuk memastikan Islam dan keadilan ditegakkan. Perjuangan mesti diteruskan, gerakerja digiatkan, doa dan munajat kepada Allah ditingkatkan.

NAJIB PANTAU DARI JAUH

Pengasas 1Malaysia, Najib Razak dan orang suruhannya, Zambry sudah tentu memantau dari jauh apa keputusan mahkamah hari ini. Namun begitu banyak pihak mendakwa mereka tidak hairan dengan keputusan hari ini, seolah-olah mereka sudah mengetahuinya.

Jadi apa-apapun keputusan mereka sudah ada perancangan tersendiri. Apa yang hendak disusahkan semuanya ada di tangan mereka. Bukankah begitu ................

Itu sebabnya Zambry tidak hadir dimahkamah hari ini .....hanya Wok Yek beliau sahaja yang hadir iaitu beberapa orang ADUN 'Yes Man'.

10.30 pagi : TERUS MEMBACA

Hakim terus membaca penghakiman beliau setakat ini wakil saya tidak dapat membayangkan apa keputusan hakim ..........

10.20 pagi : DEBARAN MEMUNCAK

Hakim mula membaca keputusan pengadilan ................

10.18 PAGI : MATA TERTUMPU KEPADA HAKIM

Semua yang ada di dalam mahkamah memberikan tumpuan sepenuhnya kepada semua hakim yang bersidang hari ini.

Di tangan mereka harga sebuah demokrasi dan kedaulatan undang-undang negara.

Semua penyokong di dalam kamar bicara sunyi sepi tidak berkata-kata. Sesekali mata melirik kepada rakan di sebelah dan penyokong lawan serta petugas media.

10.15 PAGI : DI DALAM PANAS DI LUAR PUN PANAS

Suasana di dalam mahkamah panas bukannya kerana pertikaman lidah tetapi panas dengan 'bunyi' degupan jantung semua orang ada dalam kamar bicara.

Di luar pula Polis Kepala Merah yang baru dapat naik gaji meleraikan perhimpunan penyokong kedua-dua pihak.

10.12 PAGI: DAH MULA

Perbicaraan sudah dimulakan mengikut prosedur biasa. Tunggu dan lihat sahaja apa keputusannya.

YA BEDA BEDU BN MENANG?

Ya beda bedu!!!!!!!!!!!!!! Zambry MB yang sah. Itu agaknya yang akan dijeritkan oleh penyokong BN jika benar mahkamah mengisytiharkan Zambry dikekalkan sebagai MB.

Mereka yang di'upah' untuk datang ke Putra Jaya amat gembira nampaknya kerana berpeluang melancong ke sini. Berapa duit yang diberikan tidak pula kita pasti. Tetapi ada yang memberitahu hanya RM20. Malang betul kalau hanya dapat RM20 dengan maruah diri tergadai, mudah dicucuk hidung.

10.05 PAGI : PENYOKONG BN PENUH YAKIN

Penyokong BN baik di dalam mahkamah maupun diluar mahkamah kelihatan ceria dan yakin bahawa keputusan berpihak kepada mereka.

Walaupun masing-masing berdebar namun dari riak dan gerak mereka, kelihatan mereka amat yakin BN khasnya Menteri Besar mereka akan dikekalkan.

Suasana di dalam mahkamah menunjukkan penyokong kedua-dua parti diasingkan. Ada antara mereka kelihatan berbisik-bisik antara satu sama lain.

10.00 PAGI : BICARA BELUM MULA

Wakil saya di dalam mahkamah memaklumkan bahawa perbicaraan masih belum bermula. Menurutnya ianya akan diadakan pada bila-bila masa.

Semua orang yang berada di mahkamah kelihatan tenang namun tetap dalam debaran.

9.56 PAGI : BEBERAPA ADUN DIBENARKAN MASUK

Dari jauh kelihatan beberapa orang ADUN PR dibenarkan masuk ke dalam Dewan Perbicaraan atas sifat mereka sebagai Wakil Rakyat. Juga kelihatan Ketua Penerangan Perak, YB Khalil Idham Lim juga dibenarkan masuk.

9.56 PAGI : BEBERAPA ADUN DIBENARKAN MASUK

Dari jauh kelihatan beberapa orang ADUN PR dibenarkan masuk ke dalam Dewan Perbicaraan atas sifat mereka sebagai Wakil Rakyat. Juga kelihatan Ketua Penerangan Perak, YB Khalil Idham Lim juga dibenarkan masuk.

9.55 PAGI : KHABAR ANGIN BERTIUP KENCANG ZAMBRY MENANG?

Orang ramai diluar mahkamah mendengar pelbagai cerita dihamburkan kepada mereka. Ada yang dengan serius dan yakin menyatakan Zambry hampir pasti dikekalkan menerajui kerajaan kudeta Perak dengan keputusan majoriti 5 orang hakim mahkamah persekutuan.

Namun keputusan rasmi masih belum diumumkan.

9.46 pagi : SEMUA SUDAH AMBIL TEMPAT

Peguam Nizar dan Peguam Negara, Gani Patail sudah mengambil tempat dalam kamar perbicaraan. Majlis akan dimulakan pada bila-bila masa.

Penyokong kelihatan tenang tetapi terus melaungkan slogan-slogan pembakar semangat.

9.45 pagi : KEPUTUSAN AKAN DIUMUMKAN BILA-BILA MASA

Maklumat yang diterima menyatakan keputusan akan diumumkan pada bila-bila masa. Debaran semakin memuncak. Penyokong PR semakin cemas. Manakala penyokong BN kelihatan yakin bahawa Zambry akan dikekalkan menjadi Menteri Besar kerajaan kudeta Perak.

9.40 PG : LAUNGAN SEMANGAT TERUS BERGEMA

Rakyat yang cintakan keadilan terus melaungkan hidup rakyat, bubar DUN dan sebagai untuk membakar semangat penyokong PR yang jumlahnya semakin ramai di perkarangan mahkamah. Polis bersiap sedia mengawal suasana.


Tiada kejadian tidak diingini berlaku sehingga kini.


Penyokong-penyokong BN memakai baju kuning subsidi yang diberikan kepada mereka. Sudah pasti mereka ini diberi upah dengan sejumlah duit dan baju 'free' itu sahaja harga diri mereka.

9. 30 PG : DOA DIPANJATKAN KEPADA ALLAH

  • Penyokong PR mendirikan solat jahat di perkarangan mahkamah
  • Nizar, isteri dan seorang anak lelakinya sahaja dibenarkan masuk ke mahkamah
  • Rakyat terus laungkan hidup rakyat, bubar DUN dan lain-lain.
  • Suasana terkawal dan tiada kejadian tidak diingini berlaku
  • Khabar angin bertiup kencang bahawa BN sudah tahu bahawa Zambry akan dikekalkan sebagai Menteri Besar

PENYOKONG TIDAK DIBENARKAN MASUK

Orang ramai yang berkumpul di pekarangan Mahkamah Persekutuan di sini, sebelum jam 7.00 pagi tadi bagi mengikuti keputusan mahkamah kecewa kerana ramai yang tidak dapat masuk ke mahkamah. Ini kerana jumlah mereka terlalu ramai untuk masuk ke dalam.

Penyokong PR dan BN tidak dibenarkan memasuki mahkamah.

Dimaklumkan hanya seorang wakil daripada setiap media dibenarkan masuk ke bangunan mahkamah manakala yang lain berkumpul di luar.

Sehingga jam 8.30 pagi, lebih 500 penyokong kedua-dua belah pihak memenuhi pekarangan mahkamah.

Beberapa buah bas yang membawa penyokong Dato Seri Mohammadd Nizar dari Perak juga sudah tiba di perkarangan mahkamah Jumlah penyokong Nizar juga semakin ramai datang dari seluruh pelusuk negara.

NIZAR VS ZAMBRY : DEBARAN SEMAKIN MEMUNCAK

Debaran semakin memuncak. Jantung berdegup semakin kencang. Sesiapa yang sakit jantung lebih baik jangan cuba mengambil tahu akan hal ini. Takut nanti tidak tentu pasal jadinya. Penyokong PR semakin ramai berkumpul memberikan sokongan padu kepada Nizar.

Mereka datang dari segenap pelusuk tanahair. Wartawan dan jurugambar berkumpul sejak subuh lagi bagi mencari posisi sesuai untuk melaporkan peristiwa bersejarah ini. Peristiwa yang membuktikan 1Malaysia gagal dan ianya hanya retorik. Ini kerana pengasas 1Malaysia sendiri menjadi ketua 'merompak' kuasa di Perak kira-kira setahun lalu.
Angkara inilah yang menyebabkan kemelut politik Perak berlanjutan hingga ke saat ini.
Bermacam spekulasi diperkatakan oleh para pemerhati politik tentang keputusan yang bakal dibuat hari ini.
Orang ramai yang berkumpul di perkarangan mahkamah ini tidak putus-putus bercakap tentang keputusan perbicaraan ini. Ramai yang optimis bahawa Nizar akan diberikan kembali haknya. Namun di satu pihak yang lain yakin Zambry akan terus dikekalkan menjadi Kudeta di Perak.

NIZAR MB YANG SAH? THE WINNER IS .................

The winner is Niiiiizaaaaar!!!!!!!!!!!!!! Itu yang dimahukan oleh majoriti rakyat Perak yang mahukan keadilan ditegakkan kembali di negeri Perak setelah ianya dicabul oleh BN dalam peristiwa rompakan kuasa kira-kira setahun yang lalu.

Hari ini suatu catatan sejarah akan dinukilkan sekali lagi. Namun keputusan sukar di ramal. Pelbagai pihak merasakan Zambry akan dikekalkan menjadi Menteri Besar Perak kerana semua orang boleh meneka apa sebabnya.

Namun jika Nizar diberikan balik haknya maka sudah tentu banyak perkara yang dilakukan Zambry sebelum ini akan terbatal. Maka bagi menyelesaikan masalah ini memang elok dan wajar DUN Perak dibubarkan.

LINTAS LANGSUNG DARI PUTRA JAYA

Saya akan cuba membawakan perkembangan terkini dari Mahkamah Persekutuan Putra Jaya pagi bagi memudahkan para tetamu mengetahui perkembangan terkini perbicaraan.
Sehingga sekarang kelihatan orang ramai berpusu-pusu berkumpul di perkarangan mahkamah. Pihak Polis juga turut sama menyibukkan diri mereka mengawal keadaan. Mereka pasti bekerja dengan lebih tekun dan hebat maklumlah baru naik gaji yang dikurniakan oleh kerajaan BN.

NIZAR VS ZAMBRY : APA KEPUTUSANNYA?

Hari Mahkamah Rayuan bakal menentukan kesudahan cerita siapa Menteri Besar Perak yang sah di sisi Mahkamah Malaysia. Kemelut ini yang sudah berlanjutan lebih setahun bakal berakhir hari ini namun sudah tentu ianya tidak akan memberikan kepuasan kepada semua orang.

Semua masalah ini bermula apabila BN secara biadap dan tidak bertamadun merompak kuasa dari kerajaan PR yang diberikan mandat oleh rakyat. Perbuatan 'membeli' dan 'menculik' 3 ADUN PR sehingga menyebabkan ketiga-tiga mereka melompat menyokong BN adalah perbuatan yang tidak dapat dimaafkan oleh rakyat Perak dan Malaysia

Apa kesudahannya cerita ini. Di bawah ini beberapa kemungkinan yang bakal berlaku :-

1) Nizar diisytiharkan kepada Menteri Besar yang sah.

2) Zambry dikekalkan sebagai Menteri Besar seperti yang diputuskan sebelum ini

3) Keputusan ditangguhkan kepada suatu tarikh lain.

Jika keputusan mahkamah menyerahkan kuasa kepada Nizar maka satu pesta akan diadakan tidak lama lagi iaitu Pesta Pilihanraya Negeri Perak yang sudah tentu dilangsungkan jika DUN Perak dibubarkan dengan perkenan Sultan Perak.

08 February 2010

KERJASAMA PAS & UMNO : MEDIA AMBIL KESEMPATAN

Media pengampu sekali lagi cuba menangguk di air keruh dengan membesar-besarkan isu PAS mahu bekerjasama dengan Umno. Bukankah isu ini sudah dikatakan tutup buku tetapi masih terus dimainkan oleh media jahat ini. Ini kerana media ini sedar isu ini sedikit sebanyak akan menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan DAP dan PKR terhadap PAS.
Hari ini media pemfitnah nombor wahid, Utusan Meloya melaporkan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu sedia bekerjasama dan berbincang dengan UMNO dalam setiap perkara termasuk yang berkaitan dengan hal politik dan agama.

Beliau berkata, polisi kerjasama antara Pas dan UMNO sama ada membabitkan perkara yang boleh dibincang atau sebaliknya bukanlah pertama kali dilakukan kedua-dua parti berkenaan dan ia merupakan polisi yang berpanjangan dari dulu hingga hari ini.

Katanya, kerjasama di dalam politik merupakan amalan demokrasi sebagaimana yang diamalkan negara ini yang mana Pas boleh bekerjasama dalam perkara yang boleh dipersetujui dan jika perkara sebaliknya berlaku, parti akan memberi nasihat dan ia amalan biasa bagi negara demokrasi.
Saya secara peribadi sebenarnya mengharapkan pimpinan PAS supaya jangan bercakap lagi soal perbincangan dengan Umno kerana ianya sudah tentu akan dimanipulasi oleh media. Kita kurangkan peluang mereka untuk mengelirukan ahli bawahan dan rakyat.
Ini kerana bukan semua orang faham niat dan tujuan serta ruang lingkup perbincangan lebih baik kita berhentikan bercakap soal perbincangan kita tumpukan kepada gerakerja lain yang lebih penting.

GAMBAR TOK GURU & ANWAR : KURANG AJAR PUNYA MANUSIA

Tergamak manusia yang menukilkan gambar ini menghina Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Apa tujuan beliau membuat gambar sedemikian rupa. Sudah tidak ada kerja lain agaknya.

Saya menggesa 'mamat' ini saya memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru dan Anwar serta kedua-dua keluarga mereka serta juga semua rakyat Malaysia.

SATU LAGI KESAN SEJARAH DIJUMPAI DI MELAKA

Insya Allah jika tidak ada aral melintang satu lagi kesan sejarah dijumpai di Melaka iaitu tapak Eye On Malaysia. Kesan sejarah ini sudah tentu akan dikenang sampai bila-bila kerana di situlah sebanyak RM8 juta duit rakyat Melaka hangus disebabkan kelemahan dan kelalaian kerajaan negeri Melaka pimpinan Ali Rustam.
Eye On Malaysia yang baru sahaja di pindahkan ke Melaka pada tahun 2008 dahulu di sita oleh Mahkamah beberapa minggu lalu kerana kegagalan syarikat tersebut membayar hutang kepada pemilik asalnya iaitu syarikat dari Belgium, Fitraco NV.
Hari ini sejarah tercipta lagi apabila MST Ad Suria Sdn Bhd (Syarikat usahasama agensi kerajaan negeri) diperintahkan membayar kos RM35,000 dan defendan kedua, Eye On Malaysia Sdn Bhd membayar RM10,000 kepada Fitraco NV.
Syarikat dari Belgium itu juga dibenarkan memindah keluar roda gergasi 'Eye of Malaysia' dan boleh memasuki tanah milik syarikat "Eye On Malaysia Sdn Bhd. Mahkamah juga memerintahkan tanah itu dibaikpulih seperti sedia kala selepas roda itu dibuka.
Ini bermakna roda gergasi, Eye On Malaysia dan tapaknya ini akan hanya tinggal nama dan menjadi bahan sejarah. Mungkin ianya boleh dimasukkan sebagai destinasi pelancongan terbaru Melaka.

BAYAR HUTANG NEGERI MELAKA LAGI BAIK

Melaka hutang jutaan dengan kerajaan pusat. Tetapi Ketua Menteri sibuk hendak bayar hutang YBK kepada kerajaan Selangor. Jadi rakyat harap Dato Ali tahu yang mana yang penting dan jadi 'priority'.
Jangan jadi kera di hutan disusukan anak dirumah mati kelaparan.
Banyak lagi orang miskin di Melaka yang perlukan pembelaan.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter