Ada laporan menyatakan 4 'luncai' PKR akan membuat pengumuman penting dalam masa terdekat. Mereka dikatakan akan memanggil sidang akhbar di Kuala Lumpur untuk mengumumkan tindakan mereka dalam meneruskan agenda politik mereka sendiri.
Bagi saya 4 Si Luncai memang bermasalah dan elok rasanya kalau mereka semua terjun dari kapal Pakatan Rakyat dan naik kapal lain. Mereka sudah tidak sehaluan dengan dasar dan prinsip perjuangan Pakatan Rakyat.
Ada antara luncai-luncai tersebut mula membantai PR selepas di dakwa bahawa kehendak peribadi mereka tidak dipenuhi. Jika benar dakwaan ini maka bagi saya adalah baik untuk mereka menyertai BN kerana kehendak mereka memang sesuai dengan BN. Dalam PR kita tidak mahu pemimpin semacam ini yang menjadi agenda peribadi sebagai matlamat perjuangan. Tak dapat projek, kontrak atau habuan hendak parti ini bukan cara PR. Itu cara Umno/BN.
Luncai yang seorang lagi pula memang sudah lama membuat onar. Menghentam semua orang termasuk PAS, PKR maupun Umno. Tidak tahu siapa betul, mungkin diri sendiri sahaja yang betul orang lain semua tidak betul. Jika perangai beliau macam ini yakni tidak mahu tunduk kepada prinsip perjuangan parti lebih baik tubuh parti sendiri dan berjuang sendirian.
Kesimpulan secara peribadi saya mengucapkan selamat jalan kepada luncai-luncai ini.
Cuma satu sahaja harapan saya, kepada parti-parti komponen PR HATI-HATI MEMILIH CALON PILIHANRAYA JANGAN SAMPAI PERKARA SEBEGINI TERJADI LAGI PADA MASA AKAN DATANG. JANGAN MAIN TANGKAP MUAT SAHAJA. ASALKAN ADA MATA DAN TELINGA AMBIL JADI CALON AKHIRNYA SENDIRI YANG SUSAH.
Comments