.

.

02 June 2016

AZHAR SHUKOR DIUMUMKAN SEBAGAI CALON AMANAH WAKILI PH DI SG BESAR


Ustaz Azhar Dato Shukor calon dari AMANAH diumumkan mewakili PH pada PRK Sg Besar kali ini. Pengumuman nama calon akan dibuat oleh Presiden AMANAH Hj Muhammad Sabu malam ini di Sekinchan. Majlis pengumuman nama calon sedang berlangsung. 

Azhar,51 yang juga Pengarah Urusan EZ Qurban Sdn Bhd adalah calon tempatan kelahiran Sungai Besar.
Beliau berkelulusan Sarjana Muda Kuliah Hadis dan Pengajian Islam di Jamiah Abi Bakr Islamiyah, Pakistan. Beliau juga adalah bekas guru  yang pernah berkhidmat di Maahad Tahfiz Quran Sungai Besar, Penolong Kanan Sekolah Menengah Islam Puchong dan pernah menjadi Penyelia di Maahad Tahfiz Al Mahmudi di Temerloh.
Selain itu beliau berpengalaman dalam mengendalikan program bersama IKIMfm dan TV9 dalam beberapa siri rancangan berkaitan dengan Qurban dan Aqiqah.
Pencapaian beliau di luar negara pernah apabila dilantik menjadi Pembantu Mufti Majlis Tertinggi Kemboja pada 2004.
Pengumuman pengisytiharan calon telah disempurnakan oleh Presiden Amanah Mohamad Sabu yang diadakan di Dewan Sri Sekinchan malam ini.
Turut hadir Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Pembangkang DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha DAP Kebangsaan Anthony Loke Siew Fook selain barisan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan dan penyokong parti gabungan itu.
Dengan pengumuman Pakatan Harapan malam ini menyaksikan akan berlaku bertembungan tiga penjuru di Parlimen Sungai Besar antara Budiman  Zohdi dari BN dan Dr Abdul Rani dari Pas.
Esok Pakatan Harapan akan melakukan pengistiharan calon bagi PRK Kuala Kangsar yang dijangka akan berlangsung di Kota Lama Kanan, Jambatan Sayong.
Pakatan Harapan meletakkan calonnya bertanding bagi dua kerusi parlimen dalam PRK di Sungai Besar dan Kuala Kangsar setelah mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan membuat keputusan selepas rundingan dengan Pas menemui jalan buntu.

SOKONG 100 % PAS PUTUS HUBUNGAN DENGAN PKR

Kami sangat menyokong usul Dewan Muslimat PAS Pusat yang mahu PAS memutuskan hubungan dengan PKR.

Perkara ini memang sepatutnya telah lama dilaksanakan kerana kedua-dua parti sering bertentangan antara satu sama lain.

Bayangkan setiap kali ada pilihanraya umum maupun PRN sudah tentu akan ada pertandingan antara PAS dan PKR. Contohnya pada PRU 2013 di Dun Kota Damansara, Sg Acheh dan lain-lain. Paling akhir pada PRN Sarawak iaitu di Dun Jepak dan sebagainya.

Maka bagi PKR pula usul ini sudah mengesahkan bahawa PAS memang ingin bercerai dengan kamu, jadi tidak payahlan hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

Jelas sekali PAS lebih senang dengan kawan-kawan barunya berbanding dengan kawan2 lama.

SYABAS PAS.

01 June 2016

PERTANDINGAN 4 PENJURU DI KUALA KANGSAR?

Bukan 2 atau 3 penjuru, tetapi mungkin 4 penjuru. Itu satu perkembangan menarik di PRK Kuala Kangsar apabila seorang ahli akar umbi Pemuda Umno hari ini mengisytiharkan bahawa beliau akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar.
Dalam posting di Facebook, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail berkata kedua-dua calon dari BN dan PAS bukan anak tempatan  dari Kuala Kangsar.
"Saya selaku anak jati Kuala Kangsar mersakan kedua-dua calon PAS dan BN bukan anak tempatan.
“Ini sudah semestinya (mereka akan) gagal memahami apa kehendak dan keperluan rakyat Kuala Kangsar.
"Saya selaku ahli Umno berasa amat kecewa dengan kepimpinan parti kerana gagal meletakkan calon yang jauhlebih layak dari (Datin) Mastura (Mohd Yazid) yang dicalonkan," kata Syed Rosli merujuk kepada balu Allahyarham Datuk Wan Khair-il Anuar Wan Ahmad.
Beliau juga mengakui dirinya tidak takut dipecat daripada Umno kerana mahu bertanding menentang calon parti.
“Sudah tiba masanya untuk buktikan kepada pimpinan parti kami ahli bawahan bukan Pak Turut sahaja,” katanya.
Jika hasrat Syed Rosli untuk bertanding menjadi kenyataan, pilihan raya kecil Kuala Kangsar pada 18 Jun ini bakal menyakikan pertandingan empat penjuru.
Setkat ini, Mastura sah akan berdepan dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, Dr Najihatussalehah Ahmad.

Calon PAS dari Pasir Kubu, Pulau Tiga Kiri, Pasir Salak, itu berkelulusan Ijazah Perubatan dan Pembedahan dan pernah berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Kuala Lumpur.
Pakatan Harapan pula dijangka mengumumkan calonnya pada 2 Jun iaitu tiga hari sebelum penamaan calon pada Ahad, 5 Jun ini.
Pilihan raya kecil Kuala Kangsar diadakan berikutan kematian Wan Mohammad dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu.
Malaysia

More from Malaysiakini
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter