.

.

17 December 2009

PINDAH WANG RM600,000 : SIASAT SEGERA

Ahli Parlimen Batu, Tian Chua mendakwa individu yang tidak dikenal pasti telah menghantar RM600,000 melalui pengurup wang kepada Rosmah Mansor ketika isteri perdana menteri berada di Dubai, Ogos tahun lalu.

Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.
SPRM dan Polis mesti menyiasat segera kesahihan dakwaan ini. Jika ianya sahih tindakan selanjutnya mesti dilakukan iaitu dari mana duit itu datang, untuk apa ia dibelanjakan dan adalah berlaku perkara yang bersalahan dengan undang-undang.
Rosmah sendiri mesti menyaman Tian Chua jika dakwaan itu tidak benar dan berunsur fitnah. Namun begitu sebagai seorang isteri Perdana Menteri Rosmah mesti berlapang dada dan tampil menyatakan perkara yang sebenar. Jangan berdiam diri membisu seribu bahasa.

BERSATU TENTANG GST

Rakyat tidak kira ideologi, agama, bangsa dan budaya mesti bersatu menyatakan bantahan dan menggesa kerajaan menghentikan usaha untuk memperkenalkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). Ini kerana GST sudah pasti akan membebankan rakyat walaupun kerajaan membuat pelbagai janji manis bahawa rakyat tidak akan terbeban dengan GST ini.
Orang Umno, MCA, MIC, PAS, PKR dan apa pasti sekalipun akan terpalit dan sama-sama menanggung beban dan risiko jika GST ini diluluskan di Dewan Rakyat di mana rang undang-undang GST ini telah dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali pertama.
Memang benar kerajaan BN yang memerintah kita pada hari tidak berhati perut dan tiada belas kasihan kepada rakyat. Pada saat dan ketika rakyat dihimpit dengan kesusahan dan penderitaan akibat kenaikan kos sara hidup tergamak mereka menambahkan lagi penderitaan tersebut.

Semalam rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Manakala bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan dalam sidang dewan akan datang, Mac 2010.

Husni berkata kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan.

Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula. Persoalannya adakah rakyat hanya makan beras, sayuran, tepung dan gula sahaja, bagaimana dengan barangan keperluan harian lain, sudah tentu ia akan naik harga. Begitu juga dengan perkhidmatan, sudah tentu caj perkhidmatan tertentu akan naik dan membebankan rakyat.

Saya dengan ini mengharapkan rakyat dapat memberikan beberapa cadangan kepada rakyat Malaysia supaya bangkit membantah cadangan penguatkuasaan akta GST ini, antaranya :-
i) Memberikan feedback kepada seluruh wakil rakyat di kawasan masing-masing bahawa GST ini membebankan dan rakyat menolaknya 100 %
ii) Mengutip tanda tangan membantah pelaksanaan akta ini
iii)Menghantar memo bantahan kepada Perdana Menteri bahawa rakyat tidak bersetuju dengan GST
iv) Menolak BN pada mana-mana pilihanraya akan datang.
Kerajaan sehingga hari ini gagal memberikan alasan konkrit mengapa GST ini hendak dilaksanakan. Tidak cukupkah dengan pelbagai yang sedia ada yang amat membebankan rakyat.
Ramai para pemerhati politik mengandaikan bahawa kerajaan BN sudah kesempitan wang sehingga terpaksa memperkenalkan akta ini untuk 'merompak' duit rakyat secara terhormat dan legal tanpa memikirkan penderitaan rakyat yang kian perit sekarang ini.

16 December 2009

LIOW TIONG LAI MUNGKIN LONGLAI

Bekas Timbalan Presiden dan Naib Presiden MCA Liow Tiong Lai mungkin longlai dengan tindakannya meletakkan jawatannya semalam. Ini kerana mereka mungkin kehilangan jawatan begitu sahaja kerana kouta untuk membolehkan pemilihan semula MCA memerlukan 21 orang Jawatankuasa Pusat meletakkan jawatan. Sehingga kini seorang pun Jawatankuasa Pusat dari Kem Tee Keat-Soi Lek yang meletakkan jawatan sedangkan semua 13 orang kuat Tiong Lai telah berbuat demikian.


Mungkinkah Tiong Lai kena tipu atau terpedaya sehingga meletakkan jawatan sedangkan Tee Keat dan 'geng'nya tidak pula meletakkan jawatan.


Jika benar Tiong Lai kena tipu ini merupakan satu lagi episod malang dalam MCA dan rakyat harus menilai semula sokongan kepada MCA dan BN kerana mempunyai pemimpin yang tidak beretika.

BALA KEPADA RAKYAT HAMPIR TIBA

Bala semakin mendekati rakyat apabila Rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2009 dibentang untuk bacaan pertama di Dewan Rakyat hari ini.

Rang undang-undang tersebut dibentangkan oleh Menteri Kewangan kedua, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Manakala bacaan kedua dan seterusnya akan dilakukan dalam sidang dewan akan datang, Mac 2010.

Kerajaan berhasrat untuk melaksanakan GST pada pertengahan 2011, untuk memberi masa yang mencukupi kepada semua pihak untuk bersedia sebelum dilaksanakan.

Kerajaan bercadang untuk melaksanakan GST pada kadar 4 peratus dan pengecualian diberikan bagi barangan keperluan.

Antara barangan keperluan tersebut termasuklah beras, sayuran, tepung dan gula.

Manakala syarikat dengan perolehan pendapatan di bawah RM500,000 turut dikecualikan daripada GST.
Jika ianya diluluskan (Sudah pasti diluluskan kerana BN masih mempunyai majoriti di parlimen) maka rakyat akan menanggung penderitaan yang lebih dahsyat dengan kenaikan harga barangan.
Oleh itu saya mengharapkan kerajaan berfikir semula dan segera membatalkan hasrat untuk mengamalkan GST ini.

15 December 2009

USTAZ WAN SEMOGA CEPAT SEMBUH

Saya mendoakan YB ADUN Melor, Ustaz Wan Ismail Wan Jusoh sembuh dan sihat seperti sedia kala dari penyakit yang dihidapi beliau sekarang.
Masih teringat zaman muda-muda dahulu ketika menghadiri meeting Jabatan Pelajar PAS Pusat (JPP) yang ketika itu Ustaz Wan menjadi Pengerusinya. Beliau sememangnya seorang yang komited dan istiqamah dalam perjuangan.
Satu lagi yang istimewa pada dirinya ialah beliau mudah mengenali dan mengingati seseorang walaupun jarang berjumpa dan baru berjumpa sekali dua. Saya sendiri memang jarang berjumpa dengan beliau dan sesekali sahaja bertemu tetapi beliau mudah ingat dan masih ingat dan kenal diri saya yang dhaif ini.
Sekali lagi saya doakan Ustaz cepat sembuh dan dapat berkhidmat untuk Islam dan rakyat secepat mungkin.

TAHNIAH BUAT PASUKAN BOLASEPAK

Saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak Sukan Sea di atas kejayaan mereka melangkah masuk ke perlawanan akhir di temasya sukan tersebut malam tadi. Kejayaan menumpaskan tuanrumah Laos dengan jaringan 3-1 bukan sesuatu yang mudah lebih-lebih berhadapan bukan sahaja dengan 11 pemain Laos tetapi puluhan ribu penyokong tuan rumah.

Sesungguhnya kejayaan mereka sampai ke tahap tersebut merupakan suatu pencapaian yang baik setelah kali terakhir kita memasuki perlawanan akhir pada temasya Sukan Sea 2001 di Kuala Lumpur.

Kini cabaran besar yang mereka hadapi ialah Vietnam yang akan ditentang pada perlawanan akhir nanti. Kita kalah kepada Vietnam pada peringkat kumpulan dan ianya bukan kayu pengukur untuk kita undur ke belakang.
Kejayaan ini juga memberikan pengajaran kepada kita supaya kita tidak mudah patah semangat walaupun berada dalam keadaan genting dan susah untuk menempuh kejayaan. Walaupun selepas tewas di tangan Vietnam peluang kita seolah-olah tertutup kerana terpaksa mengalahkan Thailand untuk melangkah ke Separuh Akhir namun kesungguhan, semangat, team work, strategi dan dedikasi akhirnya kita berjaya.
Saya dan tentu sekali rakyat Malaysia tidak mahu kejayaan malam tadi berakhir di situ tetapi lebih penting kejayaan membawa pulang Pingat Emas adalah paling manis selepas kemarau selama 20 tahun. Kali terakhir kita menang pingat emas ialah pada Sukan Sea 1989 juga di Kuala Lumpur.
Teruskan semangat dan kesungguhan. Syabas.

TIANG LAMPU PUN KENA RASMI

Saya mendapat maklumat bahawa Ketua Menteri Melaka baru-baru ini merasmikan tiang lampu. Baguslah kerana beliau sangat prihatin sehingga tiang lampu pun beliau rasmikan.
Selepas ini saya yakin tiap-tiap hari beliau tidak putus-putus menghadiri acara perasmian kerana perkara-perkara kecil pun beliau kena rasmikan. Mungkin upacara perasmian longkang, pokok bunga, tangga dan sebagainya akan diaturkan. Syabas Ketua Menteri sebab melihat perkara tersebut lebih besar dari membenteras maksiat, gejala sosial, dadah dan lain-lain.

14 December 2009

KPI/NKRA : ANGKAT BAKUL MASUK SENDIRI

Najib berkata semalam, beliau berpuashati dengan pencapaian NKRA semua kementerian. 6 menteri peneraju dilantik iaitu bagi NKRA meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan, menterinya ialah Tan Sri Muhyiddin Yassin (Timbalan Perdana Menteri), mengurangkan kadar jenayah, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Menteri Dalam Negeri) dan memerangi rasuah, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz (Menteri di Jabatan Perdana Menteri).

Bagi NKRA tingkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah pula menterinya ialah Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat), memperkasa prasarana luar bandar dan pedalaman, Datuk Seri Shafie Apdal (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah), dan menambah baik pengangkutan awam, menterinya ialah Datuk Seri Ong Tee Keat (Menteri Pengangkutan).

Kita tertanya-tanya bagaimana Najib membuat ukuran sehingga beliau berpuashati dengan pencapaian kementerian-kementerian sedangkan kita lihat secara terang 2 aspek penting dalam KPI iaitu rasuah dan jenayah semakin meningkat.

Indeks rasuah negara kita semakin merudum di mana November lalu Transparency International Malaysia telah mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan Malaysia telah jatuh ke kedudukan 56 tahun ini daripada 47 tahun lalu, berdasarkan tinjauan 180 negara.

Untuk rekod, Skor Malaysia adalah 4.5 dibandingkan dengan Singapura 9.2 pada ranking 3, Brunei 5.5 ranking 39, Thailand 3.4 ranking 84, Indonesia 2.8 ranking 111, dan Filipina 2.4 pada ranking 139.

Manakala jenayah semakin meningkat. Apakah Najib cuba memutarbelitkan fakta atau sengaja buat-buat tidak nampak terhadap fakta ini.

Inilah yang dikatakan MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter