.

.

12 March 2011

Bongkar : Pengakuan PATI diberi Kad Pengenalan dan didaftar sebagai pemilih

Blog ini mengharapkan PAS dapat mengambil tindakan drastik menyiasat dan membongkar kegiatan pihak tertentu yang mendaftarkan pendatang Kemboja, Indonesia dan lain-lain sEBAGAI PEMILIH denGAN memberikan Kad Pengenalan YANG SAH KEPADA MEREKA. KeGIATAN INI DILAPORKAN BERLELUASA BERLAKU DI SELANGOR. MEMANG ADA LOGIKNYA BERLAKU DI SELANGOR KERANA MEMANG PIHAK TERTENTU BEGITU BERHAJAT UNTUK MERAMPAS SELANGOR DARI PAKATAN RAKYAT KERANA SELANGOR ADALAH LUBUK EMAS BAGI PEMERINTAH YANG TIDAK TAKUT KEPADA ALLAH. ADALAH DIHARAPKAN PAS DAPAT MENUBUHKAN JAWATANKUASA BERTINDAK MEMBONGKAR HAL INI KERANA IA JUGA MENJEJASKAN KESELAMATAN NEGARA DI MANA KAD PENGENALAN SEWENANG-WENANGNYA DIBERI KEPADA MEREKA YANG TIDAK LAYAK. MEREKA YANG BERTANGGUNGJAWAB MESTI DIBAWA KE MUKA PENGADILAN.

11 March 2011

MAHATHIR JADI MENTERI MENTOR?

Walaupun Mahathir tidak menjadi Menteri Mentor namun peranannya dalam mempengaruhi keputusan kerajaan BN adalah besar.
Lihat sahaja bagaimana media pengampu BN sentiasa memberikan ruang kepada Mahathir menyuarakan pandangan dan pendapat. Malah beliau seringkali diundang untuk memberi syarahan dalam program-program besar yang dianjurkan oleh NGO dan kerajaan.
Pengaruhnya memang kuat dan disegani oleh pemimpin BN sekarang. Maka tidak hairanlah anaknya Mukhriz terus mendapat tempat di arena politik tanahair. Najib nampaknya memang membodek Mahathir untuk kekal lama.
Mahathir pula terus menerus mahu mem'bunuh' karier politik Anwar seteru Najib.
Ada baiknya Najib melantik Mahathir menjadi Menteri Mentor sebagaimana peranan Lee Kuan Yew di Singapura.

MUHYIDDIN SUDAH BERSIAP UNTUK LAWAN NAJIB ATAU LAWAN ALI?

Semua orang tahu Muhyiddin Yasin memang mempunyai cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri. Sudah menjadi resam dunia, semua Timbalan Perdana Menteri bercita-cita untuk menjadi Perdana Menteri.

Bukan semua Timbalan Perdana Menteri yang berjaya menjadi Perdana Menteri. Allahyarham Tun Dr Ismail, Musa Hitam, Ghafar Baba, Anwar Ibrahim adalah antara Timbalan Perdana Menteri yang tidak berjaya menjadi pemimpin nombor satu negara. Nak buat macamana sudah ditakdirkan tidak dapat 'mengecapi' nikmat sebagai orang paling berkuasa di Malaysia. Namun Anwar Ibrahim masih berpeluang jika PR menang pada pilihanraya akan datang. Bagi Musa Hitam semuanya sudah tertutup. Selain dari mereka ada seorang lagi yang kepingin benar untuk menjadi Perdana Menteri. Orang itu ialah Ku Li, yang banyak kali kandas dalam perebutan kerusi Presiden Umno yang menjadi tiket untuk ke kerusi nombor wahid tersebut.
Kini Muhyiddin Yassin yang sedang berada di kerusi panas nombor dua itu. Muhyiddin sudah tentu berniat dan mengidam untuk menjadi Perdana Menteri. Ada dua jalan untuk Muhyiddin naik, samada menggesa Najib berundur atau Najib sendiri mahu pencen ataupun mencabar Najib untuk kerusi Presiden Umno pada pemilihan Umno akan datang.
Namun dari situasi semasa kita lihat Najib tidak akan berundur dalam masa terdekat. Penghulu 1Malaysia ini dilihat semakin gagah mencengkam kuasanya di kerusi nombor satu itu. Muhyiddin terpaksa bersabar dan kenalah berdoa supaya Najib pencen cepat.
Tetapi pada masa yang sama Muhyiddin terpaksa menghadapi ancaman Ali Rustam, pemimpin rasuah yang dihalang menentang Muhyiddin pada pemilihan lalu. Kalau di negara barat Ali sudah tentu tidak ada masa depan kerana telah didapati terlibat dengan rasuah. Namun oleh kerana tidak ada maruah dan ahli Umno sendiri tidak rasa rasuah itu jijik, maka Ali masih berpeluang untuk mencabar Muhyiddin.
Jadi sebelum Muhyiddin bercita-cita untuk merebut kerusi Najib alangkah eloknya Muhyiddin sedar diri dan berusaha untuk menghalang dari kerusinya sendiri jatuh ke tangan kaki rasuah dari negeri Hang Tuah ini.
Muhyiddin lawan Najib ATAU Muhyiddin lawan Ali?.............

MELAKA DAPAT KETUA MENTERI BARU?

Timbul desas-desus bahawa Melaka akan mendapat Ketua Menteri baru selepas Pilihanraya Umum akan datang. Ini kerana menurut makluman dalaman Umno, Ketua Menteri sekarang ada niat untuk menyabung nasib ke pusat untuk mengintai kerusi Timbalan Presiden Umno yang lama diidamkannya.

Ada pandangan menyatakan bahawa jika Ali Rustam masih di Melaka beliau tidak akan dapat mencabar Muhyiddin kerana secara tradisinya Timbalan Presiden mestilah menteri pusat untuk membolehkannya dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Sebab itulah menurut makluman dalaman itu, Ali beriya-iya benar membodek isteri Perdana Menteri, Rosmah Mansor agar beliau dipilih bertanding kerusi Parlimen dan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. Untuk itu Ali mesti menyaingi penyandang kerusi Timbalan Presiden sekarang yang mengalahkan Ali secara walkover pada pemilihan lepas.

Mahu tidak mahu Rosmah mesti dibodek. Datuk Seri dah diberi kepada Rosmah, anak Rosmah juga telah dibawa makan angin ke Indonesia. Itu yang kita tahu mungkin banyak lagi yang Ali sudah berikan pada Rosmah.

Persoalannya sekarang layakkah Ali untuk menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri. Mungkin ramai yang geli hati dan ketawa mendengar bahawa Ali berangan-angan untuk menduduki jawatan nombor dua. Geli hati dan ketawa kerana Ali layak atau terlebih layak tidaklah pula kita ketahui. Namun orang Melaka semua tahu perangai Ali ................layak ke?????

KERAJAAN MELAKA MESTI TUTUP PUSAT JUDI

Kerajaan negeri Melaka mesti menutup pusat perjudian di negeri ini yang tumbuh bagaikan cendawan lepas hujan seja kebelakangan ini.

Setiap pekan kecil di Melaka ini ada pusat judi antaranya Toto, Magnum, Damacai dan sebagainya. Sudah tentu pusat-pusat judi dikunjungi bukan sahaja oleh orang bukan Islam malah ramai diantara pelanggannya ialah orang Islam. Janganlah dek kerana mahukan keuntungan duniawi, kedaulatan Islam dihina.

Blog ini menggesa kerajaan negeri supaya menutup segera semua pusat perjudian ini secara berperingkat-peringkat di mana kerajaan negeri bertindak melalui kerajaan tempatan tidak memperbaharui lesen premis sebagaimana yang dilakukan oleh kerajaan PAS negeri Kelantan di awal pemerintahannya pada era 90-an dulu.

SEMINAR ISU SEMASA : ELOK BINCANGKAN BAGAIMANA NAK SEDARKAN MELAYU

Seminar isu-isu semasa anjuran Lajnah Penerangan PAS Pusat esok dicadangkan supaya menumpukan sepenuh perhatian terhadap fitnah dan tohmahan bahawa PAS pengkhianat melayu kerana begitu mesra malah mempertahankan DAP dalam segenap perkara.

Setakat ini orang Melayu terus termakan dengan momokan Umno BN bahawa PAS meminggirkan orang Melayu dan Islam sebaliknya terus tunduk kepada DAP. Malah PAS lebih rela berkawan dengan DAP dari berkawan dengan rakan seagama mereka iaitu Umno.

Bagi blog ini tidak ada gunanya kita memerah otak untuk mengupas dan berbincang dengan isu rasuah, penyelewengan dan sebagainya sedangkan isu yang menyebabkan orang Melayu tergila-gila dengan Umno tidak kita bincangkan.

Kita tahu sebahagian besar kerusi yang PAS kalah adalah kerusi melayu totok di kawasan luar bandar. Pengundi di kawasan inilah yang sukar untuk diberi faham kerana mereka hanya mengambil TV dan Utusan Meloya serta Berita Hairan sebagai dalil dan hujah untuk menolak PAS dan PR.

Kita tahu memang isu begitu banyak sekarang ini. Tetapi orang Melayu di luar bandar ini tidak kisah dan hairan dengan isu. Sebaliknya mereka lebih takut dengan isu DAP akan menjadi kerajaan, Melayu dan Islam dipinggirkan oleh PR kerana adanya DAP sebagai komponen PR.

Adalah diharapkan penganjur dapat memikirkan hal ini semasak-masak!!!!!!!!........

BICARA ANWAR : DULU TILAM KINI SELUAR DALAM

Dalam kes liwat 1, tilam menjadi watak utama dalam perbicaraan. Tilam diusung ke sana ke mari dalam keadaan mengaibkan. Semuanya tidak lain tidak bukan untuk memalukan Anwar bagi membunuh karier politiknya.

Kini untuk kes liwat 2, tilam sudah tidak kelihatan. Namun kini seluar dalam budak Saifool pula yang jadi watak utama. Seluar dalam yang busuk dan berbau itu dibawa ke mahkamah dan menjadi tontonan ramai. Tidak patut seluar dalam yang busuk dan berbau itu jadi bahan penting di mahkamah. Ia hanya layak untuk Saifool sahaja. Tetapi oleh kerana ia menjadi bahan saksi maka seluar dalam itu 'dimuliakan' dan boleh masuk mahkamah.

Yang peliknya seluar dalam yang busuk dan berbau itu diambil dari rumah teman wanita Saifool. Apa kena mengena seluar dalam Saifool dengan teman wanitanya. Macamana seluar dalam seorang jantan boleh ada di rumah seorang wanita yang bukan isteri atau muhrimnya. Benda yang sulit macam itu pun boleh berada di rumah teman wanita. Apakah Saifool tinggal di rumah teman wanitanya. Adakah seorang yang meninggalkan seluar dalamnya sendiri di rumah teman wanitanya boleh dipercayai. Bagi kita kalau seseorang yang meninggalkan seluar dalamnya sendiri di rumah teman wanita sudah tentu kredibilitinya dipertikaikan ..........

Fikirkanlah ...........

NOSTALGIA ORANG MELAYU YANG MESTI TIDAK DILUPAKAN

Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu yang disenaraikan oleh Dato’ Kamaruddin Jaafar tidak lama dahulu. Perkara ini sepatutnya menjadi bukti kepada orang Melayu bahawa Umno ialah PENGKHIANAT ISLAM DAN MELAYU:-

1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.

2. Melemahkan sistem kehakiman negara.

3. Menarik balik royalti petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.

4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.

5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat.

6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.

7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.

8. Persempadanan semula pilihanraya pd 2002; majoriti orang Melayu berkurangan.

9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.

10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.

11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.

12. Menggabungkan syarikat2 konglomerat org Melayu - Sime Darby,Guthrie dan Golden
Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu drpd 3 syarikat kepada 1 syarikat sahaja.

13. Kenyataan Mufti Perak, Harussani– 250 ribu org Melayu murtad. Berlaku semasa di bawah pemerintahan kerajaan Umno.

14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.

15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.

16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.

17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

TUTUP MULUT MAHATHIR

Anwar mesti mencari jalan untuk 'menutup' mulut Mahathir dari terus memfitnah dirinya. Nampaknya orang tua itu terus menerus mahu membunuh karier politik Anwar kerana Mahathir tahu bahawa Anwar menjadi ancaman besar kepada cita-cita politiknya yang tidak pernah padam.

Jadi Anwar mesti mencari jalan untuk menutup mulut Mahathir. Apa caranya ??? Anwar sudah tentu lebih faham dan arif dari kita semua.

FITNAH UMNO/BN TERHADAP PAS DAN PR YANG MESTI DIJAWAB

1) PAS boleh berkawan dengan DAP tak boleh berkawan dengan Umno
2) PAS mengkhianati Melayu dan Islam kerana berkawan dengan DAP yang anti Islam
3) DAP anti Melayu dan Islam
4) PAS menjadi Kuda Tunggangan DAP dan PKR
5) Fatwa - Undi PAS masyyyyyyuuuuuuuuuuk Syurga
6) PAS kafirkan Umno
7) Adun PAS berzina dalam koc keretapi
8) Adun PAS kaki sms dan gambar lucah
9) Anwar kaki liwat
10) Anwar kaki betina
11) Kerajaan negeri pimpinan PR tidak pandai mentadbir
12) Kelantan mundur tiada pembangunan
13) PAS haramkan judi yang menjadi budaya orang Tionghua dan juga melanggar hak asasi manusia
14) dan lain-lain

10 March 2011

LANTIK SEGERA KETUA PEMBANGKANG SEMENTARA!!!

Apa agaknya yang menyukarkan PR untuk melantik Ketua Pembangkang sementara menggantikan Anwar Ibrahim. Apa masalahnya. Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang ada, Saifudin Nasution ada, Mohammad Nizar Jamaluddin ada dan ramai lagi selain dari mereka.
Kalau PR ingin melantik Ketua Pembangkang di kalangan bukan Melayu, YB Lim Kit Siang ada, YB William Leong ada dan ramai lagi. YB Manikavasagam pun ada jika kita mahu Ketua Pembangkang sementara dari keturunan India.
Tidak nampak sesuatu yang susah untuk melantik Ketua Pembangkang sementara jika semua komponen sepakat dan membuat keputusan secara kolektif. Janganlah PR terlampau rigid sehingga rakyat melihat bahawa tanpa Anwar, PR tidak mampu berpadu dan gagal mencapai kata sepakat dalam melantik Ketua Pembangkang.
Kegagalan PR melantik Ketua Pembangkang akan memberikan peluru baru kepada BN untuk menyerang PR. Hari ini Nazri Aziz, menteri yang menjaga hal ehwal parlimen berkata ahli parlimen PR seolah-olah anak ayam kehilangan ibu kerana tiada ketua.
Kalau perkara sekecil ini gagal diselesaikan oleh PR macamana mereka dapat meyakinkan rakyat bahawa PR adalah sebuah gabungan yang mantap dan perpaduannya tidak boleh dipertikaikan,
Minggu hadapan rakyat Malaysia ingin mengetahu siapakah Ketua Pembangkang yang baru .........

PRU 13 : HANYA KELANTAN, KEDAH DAN PULAU PINANG YANG SELAMAT?

Seorang pemerhati politik membuat ramalan bahawa hanya Kelantan dan Pulau Pinang yang selamat dapat dipertahankan oleh PR. Selangor terlepas kepada BN kembali. Ketiga-tiga negeri yang dimenangi PR itu pun hanyalah dengan simple majority dan amat longgar bila-bila masa boleh tumbang.
Di peringkat parlimen pula BN akan berjaya memperolehi majoriti 2/3 malah kerusi PR hanya tinggal antara 20 - 40 kerusi sahaja.
Antara penyebab kegagalan PR pada PRU ke 13 akan datang menurut Pemerhati politik tersebut ialah kegiatan Umno/BN memanipulasi seluruh jentera dan agensi kerajaan yang semua kita sudah tahu siapa mereka.
Antara langkah yang telah, sedang dan akan diambil ialah :
1) Mendaftarkan seramai mungkin pengundi pos di mana isteri, anak dan saudara pihak Polis dan Tentera didaftarkan sebagai pengundi pos.
2) Mendaftarkan pengundi-pengundi baru yang terdiri dari orang asing atau PATI
3) Sengaja megujudkan nama-nama pengundi sebanyak 2 kali di tempat pengundian yang lain.
4) Menyemarakkan semangat perkauman sempit bagi memastikan pengundi Melayu semakin ramai menyokong BN
5) Dan lain-lain cara yang tersirat maupun tersurat.

DEBAT MAHATHIR VS ANWAR

Blog ini mencadangkan Mahathir berdebat dengan Anwar Ibrahim atas apa tajuk sekalipun. Blog ini sanggup menjadi penganjur debat bersejarah itu.

Antara isu yang mungkin boleh dijadikan tajuk debat ialah :-

1) Benarkah Anwar terlibat dengan liwat?
2) Benarkan Anwar terlibat dengan skandal seks?
3) Berapa harta Mahathir dan anak-anaknya?
4) Bolehkah buku jingga dilaksanakan?
5) Siapa pengkhianat Melayu, Mahathir atau Anwar?
6) Siapa kawan Yahudi, Mahathir atau Anwar?
7) Siapa pengkhianat Islam, Mahathir atau Anwar?
8) Liwat adalah konspirasi politik untuk jatuhkan Anwar
9) Hukum Hudud boleh dilaksanakan di Malaysia
10)Siapa penghalang pelaksanaan hukum Islam di Malaysia?

Saudara-saudari semua sila kemukakan cadangan tajuk yang sesuai!!!!

MAHATHIR BERTANDING PILIHANRAYA UMUM KE 13????

Blog ini mencadangkan supaya mantan Perdana Menteri bertanding semula ada PRU 13 ini jika ingin terus berpolitik. Sejak akhir-akhir ini beliau semakin aktif mengkritik, memfitnah dan menuduh orang lain khasnya Pakatan Rakyat dan Anwar Ibrahim.
Terbukti otak dan minda beliau masih kuat dan berupaya untuk terus memfitnah dan menuduh sesiapa sahaja tanpa bukti. Alangkah baiknya jika Mahathir bertanding semula mewakili Umno/BN supaya beliau boleh terus bertindak sebagai ahli politik sepenuh masa. Mungkin Najib boleh melantik beliau semakin menteri mentor atau mentol Malaysia.
Tidak ada gunanya bersuara dari luar gelanggang lebih baik masuk semula ke dalam gelanggang untuk berpencak silat dengan PR. Jika BN tidak memperuntukkan sebarang kerusi mungkin Mahathir boleh membentuk sebuah team dengan Ibrahim Ali, Zulkifli Nordin ataupun masuk parti KITA pimpinan Zaid Ibrahim.
Saya cadangkan beliau bertanding di Parlimen Permatang Pauh atau Parlimen Lembah Pantai.
Selamat kembali ke dunia politik wahai Tun Mahathir!!!!!!!!!!!

DAFTAR PR SEBAGAI PARTI SAH: PENDAFTAR PERTUBUHAN KELUK KELIK

Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berterus berdolak dalik dengan status pendaftaran Pakatan Rakyat (PR). Sekali kata boleh lepas itu kata tidak boleh pula. Lebih malang lagi permohonan yang telah dihantar sekian lama pun mereka tidak tahu.

Ternyata ada yang cuba melambat-lambat proses pendaftaran ini. Apakah ROS bekerja untuk sesuatu pihak sehingga gagal memainkan peranan dengan berkesan dalam urusan pendaftaran PR.

Media hari ini melaporkan bahawa Pakatan pembangkang tidak boleh membentuk satu gabungan rasmi kerana tidak memenuhi syarat tujuh anggota yang ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Pakatan itu yang dikenali sebagai 'pakatan rakyat' ketika ini dianggotai Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pendaftar ROS, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, beliau tidak tahu-menahu jika ada tanggapan atau kenyataan sebelum ini menyebut pakatan pembangkang boleh membentuk satu gabungan parti walaupun hanya ada tiga anggota.

Beliau juga menolak dakwaan Pendaftar ROS sebelum ini, Datuk Md. Alias Kalil bahawa pakatan itu boleh mendaftar sebagai sebuah parti gabungan kerana syarat tujuh anggota yang digariskan tidak terpakai bagi parti politik.
Mana satu yang betul ini, Alias atau Rahman yang betul. Atau dua-dua tidak betul ...........

PETUA HADAPI HARGA MINYAK DAN BARANG NAIK

1) Beli basikal. Jangan naik kereta atau motorsikal jika jarak perjalanan kurang dari 10 km.
2) Makan nasi sekali sehari sahaja.
3) Jangan pakai air-condition di rumah.
4) Mandi sekali sehari.
5) Pasang lampu dirumah hanya selepas pukul 7.30 malam dan tutup lampu pada pukul 6.45 pagi.
6) Pakai baju yang sama selama 2 hari.
7) Basuh kereta sebulan sekali.
8) Minum air manis 2 hari sekali
9) Tadah air hujan untuk kegunaan seharian untuk kurangkan penggunaan air
10)Jangan guna telefon kecuali untuk kecemasan sahaja
11)Jangan makan di kedai
12)Jangan beli baju baru kecuali baju yang koyak sudah tidak boleh ditampal lagi.
13)Jika menaiki kereta jangan pasang air-condition
14)Dan lain-lain yang difikirkan boleh menjimatkan belanja

MAHATHIR FITNAH ANWAR? : SILA BAWA 2 WANITA TERBABIT SEBAGAI SAKSI

Mahathir sehingga kini gagal membawa sebarang saksi ke atas tuduhannya bahawa 4 orang dibekalkan kepada Anwar untuk hubungan seks. Mana 2 orang wanita yang dikatakan oleh Mahathir sanggup untuk bersama Anwar. Jika benar tuduhan Mahathir sila bawa wanita tersebut dan 4 orang saksi lain.
Jika tidak sahlah Mahathir penipu dan pembohong.
Tuduhan terhadap Anwar ini adalah tuduhan yang amat berat kerana ia melibatkan tuduhan zina. Tuduhan ini jika tidak benar adalah suatu fitnah yang dahsyat.


Hukum Menuduh Berzina

‘al-Qadzf’.

Apa itu ‘Qadzf’?

Secara bahasa makna kata ‘Qadzf’ adalah ‘ar-Rom-yu bisy-Syay-’i (menuduh sesuatu).
Sedangkan secara istilah adalah menuduh berzina atau melakukan liwath (homoseksual)

‘Qadzf’ terbagi kepada dua jenis:
Pertama, ‘Qadzf’ yang pelakunya dikenai hukum ‘Hadd’ (hukuman yang telah ditetapkan ukurannya berdasarkan al-Qur’an atau hadits)
Kedua, ‘Qadzf’ yang pelakunya dikenai sanksi ‘Ta’zir’ (hukuman yang dijatuhkan berdasarkan kebijakan penguasa pemerintahan Islam)

Bentuk ‘Qadzf’ yang pelakunya (Qadzif) dikenai hukuman ‘Hadd’ adalah menuduh seorang Muhshon (yang sudah menikah) melakukan zina, menafikan nasabnya atau menuduhnya melakukan liwath.

Sedangkan bentuk ‘Qadzf’ yang pelakunya dikenai sanksi ‘Ta’zir’ adalah menuduh secara tidak terang-terangan terkait dengan hal-hal di atas atau menuduh dengan selain itu.

Hukum ‘Qadzf’ adalah HARAM berdasarkan nash al-Qur’an, hadits dan Ijma’. Allah SWTberfirman, “Dan orang-orang yang menuduh wanita-wanita yang baik-baik (berbuat zina) dan mereka tidak mendatangkan empat orang saksi, maka deralah mereka (yang menuduh itu) delapan puluh kali dera dan janganlah kamu terima kesaksian mereka buat selama-lamanya. Dan mereka itulah orang-orang yang fasik.” (QS.an-Nur:4)

Di dalam kitab ‘ash-Shahihain’ (Shahih al-Bukhari dan Muslim), dari hadits Abu Hurairah, bahwasanya Nabi SAW bersabda, “Jauhilah tujuh perkara yang mencampakkan…. (salah satunya beliau menyebutkan)… al-Qadzf.”

Para ulama juga telah bersepakat (Ijma’) bahwasanya ‘Qadzf’ tersebut merupakan salah satu dosa besar (Kaba’ir).

Ibn Rusyd mengatakan, “Para ulama sepakat bahwa disamping diwajibkannya hukum hadd, maka persaksiannya (Qadzif) gugur selama belum bertaubat. Mereka juga bersepakat bahwa taubat tidak dapat membatalkan hukuman ‘hadd'.


Dipetik dari sabdaislam.wordpress.com

TIADA TEMPAT BAGI PEMIMPIN PENTING DIRI

Blog ini menyokong penuh kenyataan tegas Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang mengalu-alukan pemimpin parti yang tidak terpilih menjadi calon pada PRU akan datang supaya keluar parti.
Kenyataan tegas itu memang wajar kerana hanya pemimpin yang ikhlas dan tidak mempunyai agenda sendiri sahaja layak untuk bersama PR. Pemimpin yang mementingkan diri wajar untuk keluar dan menyertai Umno yang dianggotai oleh individu yang sememangnya mempunyai agenda untuk mengkayakan diri sendiri apabila menyertai politik.
Anwar dalam kenyataannya semalam dipetik dari Sinar Harian berkata hanya pemimpin yang sanggup berkorban sahaja layak untuk bersama PR.
PKR dikritik hebat selepas PRU 2008 kerana ramai dari Wakil Rakyatnya melompat parti menjadi wakil rakyat bebas atau menyertai Umno/BN. Antaranya Zulkifli Nordin, Mohd Razi Salleh, Tan Tee Beng, Gobalakrishnan dan lain-lain.

TOLAK USUL BANJIR : KERAJAAN NEGERI LEPAS TANGAN?

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab kesal dengan tindakan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka menolak usul berkaitan dengan banjir yang dibawa oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Keroh pada persidangan Dun Melaka semalam.

YB Khoo Poay Tiong yang bangun membentangkan usul yang meminta DUN mengarahkan kerajaan negeri menubuhkan jawatakuasa yang terdiri dari pakar-pakar terkemuka bagi menyiasat punca sebenar kejadian banjir yang berlaku Januari lalu. Tersebut disokong oleh ADUN Bachang, YB Lim Jak Wong.

Yusof berkata DUN Melaka sepatutnya membincangkan usul tersebut kerana ianya amat penting lebih-lebih lagi banyak tohmahan dilemparkan kepada kerajaan Melaka tentang kejadian banjir pada Disember 2006 dan Januari 2011 itu.

“Kerajaan negeri sepatutnya membentangkan secara terperinci apakah punca kejadian banjir tersebut dan langkah yang telah, sedang dan akan diambil bagi mengatasi masalah itu.”
“Walaupun Ketua Menteri menyatakan bahawa kajian pakar telah diadakan pada 2008 tetapi rakyat melihat ianya tidak memberikan sebarang kesan kerana banjir kilat terus berlaku dari masa ke semasa, malah banjir besar berlaku lagi Januari lalu” ujar Yusof.

Menurutnya apakah kajian itu sekadar melepaskan batuk di tangga kerana ianya tidak memberikan kesan yang baik di mana banjir terus berulang dan menjadi trauma kepada rakyat di kawasan terbabit.

“Sepatutnya kerajaan negeri bersedia membentang hasil kajian tersebut ataupun bersedia untuk berbahas di DUN bukannya menolak usul yang sepenting ini begitu sahaja”.

“Jawapan Ketua Menteri bahawa hujan lebat di Tampin menyebabkan banjir pada Januari lalu adalah jawapan yang tidak berfakta dan tidak dapat diterima tanpa bukti-bukti dan data-data lengkap yang meyakinkan”

“Apakah kejadian pada 2006 dan Januari lalu disebabkan hujan lebat di Tampin dan apa tindakan kerajaan negeri kalau hujan lebat turun lagi” soal Yusof.

Yusof berkata jawapan sambil lewa dan tidak serius Ketua Menteri ini membuktikan bahawa kerajaan negeri tidak serius menangani isu ini yang sebenarnya amat menyusahkan rakyat.
“Takkan dengan RM200 yang diberikan kepada mangsa banjir dapat mengubat kesusahan dan keletihan serta trauma rakyat” tambah Yusof dalam kenyataan medianya di Pusat Aduan Rakyat DUN Bukit Baru.
Banjir telah melanda negeri Melaka dengan teruk pada Disember 2006 dan Januari lalu sekali lagi beberapa tempat khasnya di Jasin, Alor Gajah dan Melaka Tengah telah dilanda banjir.
Ali pada persidangan DUN semalam bangun menjawab usul yang dibentangkan oleh YB Khoo PoayTiong atas alasan kajian pakar telah dijalankan pada tahun 2008 iaitu selepas kejadian banjir 2006.

BERAPA ALI RUSTAM BELANJA UNTUK MENANG DI MERLIMAU?

Krew blog ini berkesempatan bersembang dengan beberapa pengundi Merlimau. Dari perbualan itu nyata BN pimpinan Ali Rustam berbelanja amat besar untuk menang di Merlimau. Pengundi tersebut memberitahu bahawa tiap-tiap seorang pengundi dibayar RM100 seorang pada hari mengundi. Itu tidak termasuk barangan dan duit yang diberi sebelum hari mengundi.
Selain itu petugas BN pula dibayar lebih dari RM100 sehari. Bayangkan berapa banyak duit yang digunakan untuk merasuah pengundi dan membayar elaun petugas. Itu tidak termasuk barangan, bantuan serta merta berupa baiki rumah dan sebagainya. Di tambah lagi dengan projek mee segera, minyak kenderaan, sewa rumah, sewa khemah, banner, bilboard dan seribu satu macam belanja lain.
Tidak hairanlah ada yang menyatakan bahawa perbelanjaan BN lebih dari RM500 juta iaitu setengah bilion.
Persoalannya dari mana BN dan Ali Rustam mendapat duit sebanyak itu. Mana Umno ada duit sebanyak itu. Jawabnya tuan-puan boleh fikirkan sendiri.

09 March 2011

2 PELAJAR SEKOLAH TERKENAL DI MELAKA MURTAD, MANA KOMEN ALI RUSTAM?

Sudah beberapa hari blog Angkasanuri menyiarkan berita 2 pelajar perempuan sebuah sekolah terkenal di Melaka murtad. Berita itu diketahui setelah salah seorang guru yang terlibat dengan isu tersebut sendiri yang menceritakan kepada blogger terbabit. Kini pelajar terbabit sudahpun ditukarkan ke sebuah sekolah di Bandaraya Melaka. Ibubapa pelajar terbabit sudah dipanggil dan dimaklumkan tentang isu tersebut.
Malangnya tidak ada satu komen yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri Melaka. Mungkin mereka merasakan ianya tidak penting. Apa yang lebih penting bagaimana untuk menyogok dan merasuah pengundi Merlimau supaya mengundi BN pada 6 Mac lalu.
Malang sekali bagi rakyat Melaka mempunyai kerajaan yang tidak langsung sensitif tentang isu murtad ini. Kini anak-anak kita yang belajar di sekolah-sekolah di mana sahaja terdedah kepada bahaya murtad.
Apa tindakan kerajaan negeri dan jabatan pelajaran ????????????????..............

HARUSSANI TAKUT JUMPA NIK AZIZ?

Tok Guru Nik Abdul Aziz memang seorang yang bersifat terbuka dan sedia bertemu sesiapa sahaja dalam apa juga isu. Beliau sentiasa berlapang dada. Sebab itulah beliau berani bertemu dengan sesiapa sahaja paderi, sami dan sesiapa sahaja. Selepas ini beliau sanggup bertemu dengan Karpal Singh dalam isu judi.
Namun malang bagi seorang yang bergelar mufti tidak berlapang dada dan tidak menghormati orang lain. Walaupun Tuan Guru Nik Abdul Aziz telah menghantar surat untuk bertemu dengan Mufti Perak, Harussani Zakaria, namun mufti tersebut menolak dengan pelbagai alasan. Ternyata mufti ini berperangai dengan perangai Umno yang susah untuk diajak berbincang dalam isu-isu agama.
Tok Guru sehari dua telah menghantar surat kepada Harussani untuk bertemu bagi membincangkan isu undi PAS masuk syurga yang dikritik hebat oleh Harussani. Alangkah baiknya jika kedua-dua mereka bertemu dan bertukar pandangan dan hujah. Mungkin Harussani mempunyai hujah yang mantap dan kuat. Mungkin juga Harussani ada hujah bahawa undi PAS masuk neraka ataupun haram. Mungkin Harussani ada hujah yang menyatakan menyokong parti yang selalu menganjurkan maksiat dapat pahala dan keredhaan dari Allah.
Jadi untuk itu alangkah baiknya jika Harussani bersikap terbuka dan berjiwa besar untuk bertemu Tok Guru. Atau mungkin Harussani seorang yang sangat mulia dan tinggi maqamnya sehingga orang seperti Tok Guru Nik Abdul Aziz tidak layak untuk bertemu dengannya.
Cuma orang yang maqamnya tinggi seperti Najib, Zambry dan lain-lain pemimpin Umno sahaja yang boleh berjumpa dengan Sahibul Samahah agaknya.............

PAKATAN RAKYAT (PR) RETAK MENANTI BELAH?

PR retak menanti belah. Itu yang dimahukan oleh Mahathir dan BN. Dari dahulu, kini dan selamanya mereka menunggu dan menanti dengan sabar bila agaknya PR akan berkubur. Pelbagai cara digunakan oleh BN untuk merealisasikan hajat dan niat buruk mereka.
PR dituduh sebagai pengkhianat bangsa, pengkhianat agama. Selain itu pimpinan PR dipalitkan dengan fitnah yang amat memalukan.
Kalau mengikut laporan TV1 dan TV3 suku, sudah lama PAS dan PR berkubur kerana ada sahaja isu yang melibatkan PAS/PR, malah saban minggu akan ada ahli PAS, PKR maupun DAP yang masuk Umno, MIC, MCA ataupun Gerakan.
Semua taktik ini sudah lama diketahui oleh pimpinan dan ahli PAS dan PR.
Selain itu BN setiap saat mencari jalan untuk memecahkan PR. Kalau mengikut laporan TV1 dan TV3, PR sekarang ibarat retak menanti belah. Namun pada hakikatnya PR semakin mantap selepas melalui 4 Pilihanraya di mana PR kalah berturut-turut.
Pengajaran dan pengalaman PR di Galas, Tenang, Merlimau dan Kerdau benar-benar mematangkan PR. Isu-isu yang dibangkitkan BN pada keempat-empat PRK tersebut sudah sedia untuk dijawab dan diatasi. PRK tersebut sebenarnya banyak memberikan kelebihan kepada PR dari segi perpaduan dalam PR sendiri.

Pimpinan PR sebenarnya semakin bersedia untuk berdepan dengan BN pada PRU 13. Keputusan PRK ini dijadikan data dan maklumat penting untuk memacu perjuangan pada PRU 13 nanti. Biarlah BN menuduh PR retak menanti belah. Hakikat sebenarnya PAS-PKR-DAP semakin utuh dan padu.

PAS MESTI BERPIJAK DI BUMI NYATA

Mahu tidak mahu PAS mesti menerima kenyataan bahawa sokongan orang Melayu kepada parti tersebut statik dan tidak meningkat khasnya di kawasan pedalaman dan luar bandar. Memang tidak dinafikan orang Melayu khasnya pengundi luar bandar banyak terpengaruh dengan politik kebendaan seperti wang sogokan, projek mee segera, isu pembangunan dan sebagainya. Namun selain itu isu-isu tentang melayu yang dimomok-momokkan oleh BN juga memberikan impak yang besar kepada pola sokongan pengundi Melayu kepada PAS.
Beberapa isu yang mesti ditangani oleh PAS secepat mungkin yang walaupun nampak remeh tetapi ianya mempengaruhi pengundi Melayu luar bandar.
1) Undi PAS Masuk syurga
2) PAS boleh berkawan dengan DAP tetapi mengapa tak boleh berkawan dengan Umno yang sama-sama Islam
3) DAP jahat dan anti Islam.
4) Kalau PAS tak berkawan dengan DAP dan PKR kami boleh sokong PAS
5) PAS mesti kembali kepada perjuangan asal iaitu meletakkan Islam sebagai dasar perjuangan
6) PAS tunduk kepada DAP
7) PAS jadi kuda tunggangan DAP sehingga sanggup menggadaikan prinsip perjuangan Islam
8) PAS jadi kuda tunggangan PKR
9) PAS tunduk kepada PKR
10) PAS parti yang suka menghukum
dan banyak lagi ...........
Perkara-perkara dan isu di atas mesti diatasi segera oleh PAS. Imej DAP dan PKR mesti dibersihkan dari persepsi negatif rakyat berketurunan Melayu. Walaupun kita semua sedar DAP dan PKR tidak seperti yang dimomok-momokkan oleh media dan Umno/BN namun ianya sudah terlekat di otak orang Melayu. Mahu tidak mahu kita mesti mencari jalan untuk 'membasuh' otak orang Melayu dari kekeliruan di atas.

MUKTAMAR PUSAT : PAS MESTI BERSEDIA UNTUK BERUBAH DAN MENCARI PEMIMPIN YANG DITERIMA RAKYAT

PAS akan mengadakan Muktamar Tahunannya pada bulan Jun ini. Muktamar tahun ini akan melibatkan pemilihan pucuk pimpinan.
Sebagai sebuah Parti Islam yang didokong oleh individu yang faham dan patuh kepada Islam dan jemaah, seseorang pimpinan mesti bersedia untuk berkorban demi kelangsungan perjuangan. Jangan kita syok sendiri sehingga merasa bahawa kita adalah pemimpin terbaik sehingga menafikan kredibiliti dan karisma orang lain.
Ada pemimpin yang sebenarnya mempunyai bakat dan kredibiliti serta karisma. Malah mereka juga diterima oleh seluruh rakyat yang berlainan bangsa dan fahaman. Namun mereka mungkin tidak mempunyai cita-cita tinggi untuk duduk di saf hadapan dan lebih selesa memberi laluan kepada orang lain.

PAS sepatutnya sudah mempunyai perancangan dan sudah nampak siapa pemimpin yang diterima rakyat bukan sahaja oleh orang Islam tetapi juga orang bukan Islam dan bukan Melayu. PAS mesti memupuk dan membuat perancangan ke arah melahirkan negarawan supaya pemimpin PAS diterima oleh semua orang.
Secara jujur, siapa pemimpin PR yang boleh menandingi Anwar dari segi penerimaan semua kaum. Apa akan jadi jika Anwar tiada. Beliau bukannya boleh hidup menongkat langit. Umurnya pun sudah menjangkau 64 tahun. Siapakah pemimpin PAS yang boleh menggantikan Anwar???? Kita bukannya memandang rendah kepada keupayaan dan karisma pemimpin kita sekarang. Tetapi kena sedar bahawa pemimpin yang ada sudahpun berumur. Mereka memang layak dan boleh memimpin kita sampai bila-bila tetapi pada masa yang sama kita mesti mempunyai pemimpin pelapis yang mampu menarik sokongan semua pihak iaitu orang Islam, Melayu, bukan Islam, India, Cina dan sebagainya.
Tulisan ini hanyalah tulisan santai tetapi ianya penting kerana 'sucession plan' dan 'long term paln' mesti disediakan oleh PAS bagi menjamin anjakan sokongan rakyat. Jika tidak PAS akan hanya berada di tapak yang ada sekarang atau mungkin lebih teruk dari sekarang.

Insan Mengharap
Cameron Highlang

'BUNUH' ANWAR, BN SELAMAT

Mahathir dan Najib tahu bahawa perpaduan Pakatan Rakyat bergantung kepada Anwar Ibrahim. Hidup Anwar bermakna hidup PR. Oleh jalan terbaik bagi BN ialah 'membunuh' karier politik Anwar dengan program pembunuhan karakter yang telah berlangsung sejak dari dulu, kini dan selamanya.

Namun program jahat ini semakin hebat dilakukan setelah BN kalah pada PRU ke 12 tepat 3 tahun lalu.

Antara individu yang hebat dibunuh karakternya ialah Anwar Ibrahim, Tok Guru Nik Abdul Aziz dan Nizar Jamaluddin pada suatu ketika dahulu.

Kini Anwar terus diserang dengan hebat kerana beliaulah jantung kepada perpaduan PR. Sekali lagi senjata liwat digunakan untuk mem'bunuh' Anwar. Kes ini masih berlanjutan. Tidak habis dengan kes liwat kedua ini, sehari dua ini timbul isu baru iaitu keterlibatan Anwar dalam isu hubungan seks dengan perempuan montok dan mongel. Cerita ini dibawa oleh tidak lain tidak bukan Mahathir, mantan Perdana Menteri.

Tidak habis-habis dan tidak sudah-sudah cemburu dan dengki Mahathir kepada Anwar. Mahathir tahu selagi karier politik Anwar hidup dan segar selagi itulah ia menjadi duri dalam daging kepada BN. Mahathir mungkin mempunyai cita-cita besar untuk memastikan anak didiknya terus menguasai kerajaan malah mungkin beliau mahu melihat satu hari nanti anaknya sendiri mewarisi jawatan Perdana Menteri sebagaimana Najib mewarisinya dari ayahandanya,
Mahu tidak mahu taktik terbaik ialah 'membunuh' karier politik Anwar supaya PR berpecah dan ditolak rakyat.

MENANG PRK: UMNO TEGAK JUDI TANDA KESYUKURAN

Parti Islam Se-Malaysia (PAS) menyeru rakyat Malaysia membuka mata dan menilai sendiri sikap kepimpinan Umno yang ditunjukan melalui kenyataan Timbalan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kenyataan yang mempertikaikan tindakan Kerajaan PAS Kelantan mengharamkan Judi Loteri dinegeri Serambi Mekah itu. Baru sahaja menang di Merlimau dan Kerdau, Umno terus kembali menegakkan kemungkaran sebagai tanda kesyukuran.

Sebagai seorang pemimpin Islam dan Timbalan Perdana Menteri beliau sewajarnya menyokong tindakan itu kerana jelas ianya diterima oleh semua agama dinegara ini yang mengharamkan judi.

PAS juga kesal kerana Umno terlalu suka mengaitkan aktiviti perjudian sebagai aktiviti kesukaan mereka yang bukan Islam. Mereka yang mempunyai moral yang tinggi memandang judi dalam perspektif yang amat buruk, hanya mereka yang bermoral rendah sahaja menjadikan judi sebagai hiburan mereka yang akhirnya menghabiskan duit poket mereka.

PAS juga yakin, kenyataan itu dibuat ekoran desakan taikun-taikun perjudian dinegara ini yang banyak membantu memberikan sokongan kepada Umno-Barisan Nasional untuk menghadapi PAS dalam mana-mana pilihanraya. Beberapa pemimpin Umno juga dikenal pasti pernah atau masih mempunyai kepentingan dalam syarikat-syarikat judi berkenaan. Maka jelaslah bahawa kenyataan Muhyiddin itu sengaja dilontarkan bagi membela periuk nasi kroni mereka yang telah lama bergelumang dalam industri judi.

PAS menyeru Muhyiddin serta pemimpin Umno lainnya bertaubat kepada Allah kerana berjuang dan menghalalkan judi dinegara ini dan meminta maaf kepada Penganut bukan Islam yang difitnahkannya sebagai kaki judi. PAS juga memperingatkan Muhyiddin dan Kerajaan Persekutuan supaya menghormati hak perundangan Kerajaan Kelantan dalam menguatkuasakan undang-undang dibawah bidang kuasa mereka. Jika tidak ada modal untuk bercakap, baik diam diri sahaja.

PAS menyokong penuh hasrat kerajaan Kelantan dan akan terus berkempen memerangi judi dinegara ini. Semoga rakyat terus membuka mata dan menolak Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum akan datang.

Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat

TUDUHAN ANWAR DIBEKAL 4 PEREMPUAN MONGEL : MAKIN TUA MAKIN MENJADI?

Anwar sekali lagi difitnah. Kali ini bukan tuduhan liwat ketiga, tetapi tuduhan beliau dibekalkan dengan 4 perempuan mongel yang bisa menggetarkan iman seseorang. Tuduhan itu menyebut bahawa Anwar dibekalkan dengan 4 orang perempuan, 2 darinya enggan menanggalkan pakaian dan 2 lagi menerimanya.
Siapa yang buat tuduhan itu? Tidak lain tidak bukan siapa lagi kalau bukan orang tua yang tidak pernah insaf dan sedar bahawa kubur kata mari rumah kata pergi. Tergamak beliau membuat tuduhan seperti itu sedangkan ianya suatu tuduhan yang dahsyat yang jika ianya tidak pernah maka ia adalah dosa besar di sisi Allah. Mengapa si tua ganyut itu sanggup membuat tuduhan tersebut tanpa membawa 4 orang saksi.
Mengapa begitu busuk hati si tua kutuk ini terhadap Anwar. Kalau betul Anwar melakukan perbuatan yang membawa kepada dosa besar itu sila bawakan 4 orang saksi dan buat laporan di mahkamah.
Jika Anwar tidak melakukan perkara itu maka sudah tentu si penuduh melakukan fitnah yang dahsyat yang disebut di dalam Al Qur'an - Fitnah itu lebih besar dari membunuh (Al Fitnatu asadu minal qatla).
Anwar memang konsisten menyatakan bahawa semua tuduhan samada liwat atau tuduhan terbaru ini adalah fitnah dan merupakan konspirasi untuk membunuh karier politiknya.
Hanya dua keadaan sahaja yang kita sepatutnya sedar iaitu SAMADA SI TUA GANYUT BOHONG atau ANWAR YANG BOHONG. Tepuk dada tanya IMAN.

CERITA KLASIK YANG WAJAR DIBACA........

Arakian tersebutlah kisah seorang mantan pembesar sebuah negeri yang namanya Yalama. Nama pembesar ialah Tedech. Pembesar ini dulunya bergelar Iretnem Nadarep. Gelaran ini sama setanding dengan Perdana Menteri dalam dunia moden sekarang.

Setelah Ted Ehc ini berhenti dari menjadi Iretnem Nadarep, beliau jelas masih bernafsu untuk terus popular walaupun sudah tidak bergelar Iretnem Nadarep. Ada sahaja hal yang beliau lakukan. Semua urusan pentadbiran negeri Yalama ini dikacau oleh beliau. Yang hairannya masih ada rakyat dan pembesar Yalama yang masih mahu mendengar pandangan dan nasihat Tedech ini.

Iretnem Nadarep yang berkuasa pada masa yang namanya Bijanayutnatla itupun seolah-olah takut kepada Tedech. Mungkin Bijanayutnatla takut kerana beliau ada kes yang diketahui oleh Tedech semasa Tedech menjadi Iretnem Nadarep dahulu. Bijanayutnatla merupakan salah seorang pembesar semasa Ted Ech menjadi Iretnem Nadarep. Apatah lagi anak Tedech juga menjadi salah seorang pembesar dalam istana Bijanayutnatla sekarang. Mungkin Bijanayutnatla terpaksa membodek Tedech kerana takut rahsianya terbongkar.

Semasa Tedehc menjadi Iretnem Nadarep dahulu, dia mempunyai seorang pembesar yang kuat pengaruhnya. Namanya Rawna yang memang dikenali di seantero benua negeri-negeri Yalama dan seluruh dunia. Namun Tedech mula curiga kepada Rawna kerana pada sangkaannya Rawna suatu hari nanti akan lawan ‘taukeh’. Tedech mencari jalan untuk menyingkirkan Rawna dengan apa jalan sekalipun. Maka Tedehc memfitnah Rawna dengan tuduhan yang berat iaitu suka kepada bontot lelaki. Maka Rawna ditangkap dan dibicarakan. Selain itu Rawna juga dituduh menyalagunakan kuasa dan korup. Akhirnya Rawna dibuang dan dipenjarakan selama beberapa tahun dan purnama.

Namun begitu Rawna bukanlah seorang yang mudah putus asa. Selepas keluar dari penjara Rawna terus cergas menentang pembesar negeri sebelum Bijanayutnatla iaitu Halkap . Nyaris Halkap tewas pada pertarungan merebut negeri Yalama yang diadakan 4 tahun sekali.
Pertarungan ini diadakan dengan memanggil sekelian hamba rakyat ke istana dan diadakan pemilihan secara bisik-bisik.

Tedech benar-benar takut akan kuasa Yalama jatuh ke tangan Rawna. Sebab itulah semasa Halkap menjadi menjadi Nadarep Iretnem, Tedech saban hari menghentam Halkap yang dengan pelbagai tuduhan. Akhirnya Halkap berundur dan member laluan kepada BIjanayutnatla untuk menggantikannya.

Selepas Bijanayutnatla menjadi Nadarep Iretnem, Tedech kelihatan lebih hebat. Banyak keputusan yang dibuat Bijanayutnatla seolah-olah datangnya dari buah fikiran Tedech. Ramai rakyat berpendapat Tedech seolah-olah menjadi orang yang paling berkuasa di Yalama. Selepas itu Tedech jelas tidak puashati jika Rawna masih ada pengaruh di Yalama. Macam-macam fitnah yang Tedech kenakan kepada Rawna. Tedech menuduh Rawna berjahat dengan 2 perempuan mongel walaupun katanya 4 perempuan mongel yang datang menggoda Rawna. Seperti biasa Rawna menafikan fitnah Tedech ini.

Bersambung …………………………

PILIHANRAYA KECIL PESTA MAKI HAMUN ULAMA'

Sedih dan sayu mengenangkan betapa buruknya perangai pihak tertentu semasa kempen Pilihanraya Kecil Merlimau baru-baru ini.

Dek kerana kebencian dan kerakusan nafsu lantaran diupah dengan habuan dunia mereka sanggup memaki hamun, memfitnah dan mencaci hina ulama’.

Ada ulama’ yang gambar mereka di’superimpose’ dengan digambarkan dalam keadaan mengaibkan, lucah dan meloyakan. Semua itu tidak lain tidak bukan dibuat untuk mengelirukan orang ramai supaya menyokong parti yang benci kepada ulama’.

Ulama dimaki hamun dicaci hina dengan panggilan buruk seperti najis, ajis dan sebagainya. Ada yang difitnah kononnya ulama’ mengeluarkan fatwa undi PAS masyyyuuuuk surga dan sebagainya.

Tidak takutkah mereka akan hadis Nabi bahawa Ulama’ adalah pewaris Nabi. Ulama’ dimuliakan oleh Nabi kerana mereka adalah pewaris kepada perjuangan Nabi.

Mengapa mereka sanggup melakukan perkara keji sedemikian.

Adalah diharapkan pada masa hadapan kalaupun perjuangan ulama’ itu dikeji dan dihina janganlah pula ulama’ itu dihina. Tetapi ingat perjuangan ulama’ adalah perjuangan Islam iaitu perjuangan yang mesti didokong dan disokong.

08 March 2011

ANWAR DIBEKAL 4 WANITA UNTUK HUBUNGAN SEKS : SIAPA PEMBOHONG ANWAR ATAU MAHATHIR?

Bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad memang konsisten menuduh Anwar Ibrahim terlibat dengan kes liwat sejak dari 1998. Kini beliau mengeluarkan cerita baru dalam bukunya menuduh bahawa Anwar pernah dibekalkan dengan dengan 4 wanita untuk hubungan seks.

Dalam bukunya Mahathir mencoretkan bahawa 2 wanita itu menolak untuk mengadakan hubungan seks.

"Dua daripada mereka enggan (mengadakan hubungan seks) tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka sudi untuk bercakap kepada polis dan kepada saya tetapi berkeras tidak mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan," kata bekas perdana menteri itu.

Berat sungguh tuduhan Mahathir ini. Hukum menuduh orang berzina bukannya suatu perkara yang kecil dan boleh dibuat main-main.
Semua tuduhan di atas dinafikan oleh Anwar.
Bila seorang menuduh dan si tertuduh tidak mengaku maka sudah tentu salah seorangnya pembohong dan pemfitnah. Jadi antara Mahathir dan Anwar siapa yang pemfitnah dan pembohong. Cuba tuan-tuan renung air muka dan wajah kedua-dua pemimpin tersebut agak-agaknya siapa pembohong dan siapa yang bercakap benar.

JANGAN MENGELUH JIKA MINYAK DAN HARGA BARANGAN TERUS NAIK

Harga minyak RON95 mungkin akan naik. Harga barang sudah tentu naik dari masa ke semasa tanpa kawalan. Alasannya mudah kerana ia fenomena seluruh dunia, mudah sungguh mencari helah. Yang menjadi mangsa sudah tentu rakyat.

Namun blog ini menasihati ahli dan penyokong BN khasnya dari Kerdau dan Merlimau supaya jangan mengeluh jika minyak dan harga barang naik sebab mereka sendiri yang menyokong kerajaan yang sememangnya sudah gagal mengawal harga minyak dan harga barang. Jadi tidak perlulah mereka mengeluh sebaliknya mereka seharusnya ucap tahniah kepada kerajaan BN kerana men'dahulu'kan rakyat.

Bukankah saudara semua merupakan rakyat yang baik dan hebat sanggup berkorban untuk negara sehingga dapur sendiri pun nyaris tidak berasap.

KEMPEN GUNA HARTA AWAM : KAMI TIDAK RELA SATU SEN PUN DUIT RAKYAT DIGUNAKAN BN

Kami rakyat Malaysia yang membayar cukai kepada kerajaan tidak rela satu sen pun duit rakyat digunakan oleh kerajaan BN untuk berkempen di Merlimau dan di mana sahaja. Kami akan tuntut hak kami di Hari Kiamat semasa perbicaraan di Yaumul Mahsyar kelak.
Di bawah ini kami nukilkan beberapa bukti duit kami digunakan oleh kerajaan BN untuk berkempen bagi BN:-
1) Menggunakan Politeknik Merlimau untuk program BN. Air, elektrik dan semua kemudahan itu dibiayai oleh rakyat.
2) Menggunakan khidmat Polis untuk kemudahan pemimpin BN berkempen ke sana ke mari.
3) Menggunakan agensi kerajaan seperti Kemas, JASA, Felcra dan semua jabatan serta agensi kerajaan untuk berkempen bagi pihak BN
4) Menggunakan duit agensi kerajaan untuk kempen BN secara langsung atau tidak langsung.
5) Menggunakan premis awam untuk kempen dan program BN seperi sekolah, balai raya dan sebagainya
6) Menggunakan semua kakitangan kerajaan, fasiliti dan kemudahan kerajaan seperti kenderaan dan sebagainya untuk kempen BN.
7) dan lain-lain.
Maka benarlah apa yang dikatakan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz bahawa kemenangan BN adalah kemenangan tidak halal.
Blog ini mencabar Ketua Menteri Melaka supaya membentang secara terperinci tentang perkara di atas sekiranya beliau benar-benar telus dan professional.
Blog ini sedia untuk menganjurkan debat antara Ali Rustam dan Pemimpin PAS berkenaan isu penggunaan jentera kerajaan atau apa juga tajuk yang dimahukan oleh beliau.

HADIAH BN LEPAS MENANG PRK : HARGA MINYAK RON95 AKAN NAIK

Tanda-tanda harga minyak Ron95 akan naik semakin jelas. Selepas Abang RON menang di Merlimau dan Syed Ibra menang di Kerdau, maka sudah jelas BN akan akan berani menaikkan harga minyak kerana rakyat nampaknya langsung tidak terkesan dengan kenaikan harga minyak dan harga barangan.
Jadi BN bolehlah lakukan apa sahaja kerana rakyat sudah tidak dapat membezakan kebaikan dan kejahatan, mahal atau murah, susah atau senang. Cukup dengan beras sekampit, gula sekilo, duit RM100 ditambah dengan projek mee segera semunya terbeliak mata menyokong BN.
Utusan Meloya sudahpun menyiarkan pandangan tentang keperluan mengkaji semula harga RON95 ini (link disini). Inilah tanda-tanda bahawa harga minyak ini akan dinaikkan tidak lama lagi.
TAHNIAH BUAT PENGUNDI BN DI KERDAU DAN MERLIMAU. TAKZIAH BUAT PENGUNDI PAS.

PILIHANRAYA ADIL : MASUK BAKUL ANGKAT SENDIRI

Ramai yang ketawa terbahak-bahak bila Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

Bebal sungguh Menteri Umno ini sehingga tidak dapat melihat kehebatan dan ketelusan perjalanan pilihanraya di negara lain. Selain itu beliau ini seolah-olah tidak tahu bahawa setiap kali adanya pilihanraya maka sudah tentu akan ada orang yang tidak puashati terhadap perjalanan proses pendaftaran sehingga kepada keputusan pengundian diumumkan.

Perkara asas yang sehingga kini gagal ditangani ialah :-1) Media yang berat sebelah tidak ditangani oleh SPR
2) Penggunaan jentera kerajaan dan premis awam oleh parti gagal diambil tindakan.
3) Terdapatnya pengundi yang namanya ada di 2 tempat mengundi yang berlainan
4) Tiadanya mekanisme untuk memastikan pengundi tidak mengundi 2 kali (tiada celupan dakwat dan sebagainya).
5) Terdapat keraguan di mana ada pengundi yang hilang namanya ditempat pengundian asal sedangkan pengundi tersebut sudah mengundi beberapa kali ditempat yang sama pada PRU atau PRK sebelum itu.
6) Rasuah, ugutan dan sogokan berlaku berleluasa tetapi tiada tindakan diambil walaupun diajukan dengan bukti yang nyata.
7) SPR bertindak mengatasi kuasa Speaker dalam memastikan kekosongan kerusi Parlimen atau DUN sedangkan tugas SPR ialah mengendalikan pilihanraya bukanya menentukan kerusi kosong atau tidak.
8) Terdapat kes di mana masa pengundian disambung sehingga lebih 2 jam.
9) Proses pengundian pos yang tidak telus dan dipertikaikan sehingga sekarang. Sepatutnya undi pos sudah tidak ujud kerana keadaan keselamatan negara amat baik dan terkawal.
10)Persempadanan semula kawasam pilihanraya dibuat bukan mengikut kepentingan rakyat tetapi kepentingan pihak tertentu sehingga ada kawasan pedalaman yang mempunyai jumlah pengundi yang sangat ramai dan sangat luas. Sepatutnya kawasan sebegini dikecilkan.

Banyak lagi sebenarnya perkara-perkara yang tempang dan meragukan berkaitan dengan proses pilihanraya di negara kita seperti yang digariskan oleh BERSIH.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mohamed Nazri Abdul Aziz hari ini dipetik dari Malaysiakini sebagai berkata bahawa pengendalian proses pilihan raya di negara ini dilaksanakan secara adil dan setanding dengan negara-negara lain.

Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

Selama hari ini, kata Nazri tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi.

Menurutnya ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Tengku Razaleigh Hamzah (BN-Gua Musang) mengenai benarkah proses pilihan raya di negara ini tidak dijalankan secara adil seperti yang didakwa pembangkang.

Menolak dakwaan pembangkang bahawa proses pengendalian pilihan raya di negara ini tidak adil, Mohamed Nazri berkata, keputusan Pilihan Raya Umum ke-12 menjadi bukti jelas ketelusan pengendalian pilihan raya di negara ini.

"Selama hari ini tidak ada sebarang masalah dalam pengendalian proses pilihan raya di negara ini. Tidak timbul isu adil tidak adil. Malah pada pilihan raya umum 2008, menyaksikan Barisan Nasional kehilangan banyak kerusi.

"Ini jelas menunjukkan perjalanan pilihan raya di negara ini dilaksanakan dengan baik. Tetapi kita faham pembangkang, bila mereka menang, mereka kata betul, tetapi bila kalah, mereka kata tidak adil, itulah perangai mereka," katanya.

PAS TIDAK PERNAH TERTEKAN WALAUPUN KALAH

PAS tidak pernah tertekan walaupun kalah pada setiap kali pilihanraya. Jika benar PAS tertekan sudah lama Parti Islam ini terkubur sebagaimana parti lain seperti Parti Negara, Nasma, Parti Melayu Semangat 46 dan lain-lain.

PAS dan ahlinya berjuang untuk Islam bagi menegakkan Islam bukannya berjuang untuk manusia dan kuasa semata-mata. Bagi PAS kekalahan di dunia tidak bererti kita tewas di akhirat. Perkara yang paling penting ialah segala kerja buat kita didunia ini mesti selari dengan tuntutan Allah dan ajaran Nabi Mohammad S.A.W.

Kita yakin segala yang kita lakukan di dunia akan dikira oleh Allah hatta ketika masuk tandas sekalipun. Itu sebabnya walaupun kita tewas, kita yakin ianya akan dikira oleh Allah.

Apa guna kita menang, jika kemenangan itu atas dasar penipuan, ugutan, rasuah, tidak adil, penipuan, pembohongan, fitnah dan sebagainya. Sudah pasti jika itu berlaku kemenangan itu akan mendapat kemurkaan dari Allah. Kita mungkin menang di dunia tetapi bagaiman di Akhirat kelak???????

Dakwaan Perdana Menteri, Najib Razak bahawa PAS tertekan dengan kekalahan 4 kali berturut-turut sejak adalah tidak benar kerana kita percaya dengan janji Allah. Kemenangan hakiki kita di Akhirat kelak. Sebab itu samada Umno atau PAS kita perlu membuat muhasabah apakah perjuangan kita ini diredhai Allah atau tidak? Apakah dengan menipu, menggunakan duit rakyat, zalim, bohong, fitnah, penyalahgunaan kuasa, tidak adil dan sebagainya akan memungkinkan kita akan mendapat redha Allah?????

Najib dalam kenyataan medianya semalam dipetik dari Utusan Meloya berkata Pas kini berada dalam keadaan tertekan selepas parti itu kalah empat kali berturut-turut kepada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti yang lebih besar pada pilihan raya kecil.

Menurut Perdana Menteri, tekanan tersebut makin terserlah apabila isu agama yang cuba dipolitikkan Pas tidak lagi diterima rakyat dan buktinya, BN menyapu bersih semua saluran pengundian bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau.

Gambar di atas sekadar hiasan

M.NASIR MASIH HIDUP, SIAPA KATA BELIAU MENINGGAL?

KUALA LUMPUR: Pelakon Marlia Musa menafikan khabar angin yang tersebar mengenai kematian suaminya iaitu komposer dan penyanyi terkenal tanah air, M Nasir, di sini, semalam.

Marlia berkata, dia mendapat tahu mengenai berita itu daripada seorang pengarang hiburan akhbar yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

“Sekitar tengah hari semalam, saya dihubungi pengarang hiburan itu bertanyakan kesahihan berita diperolehnya. Tidak dinafikan, sebagai isteri saya terperanjat juga sebaik mendengar khabar itu yang nyatanya tidak benar.

“Sebelum panggilan itu diterima, saya baru saja habis bercakap dengan pengurus abang (M Nasir). Setahu saya, pagi tadi (semalam) abang tidak masuk ke pejabatnya kerana ada mesyuarat di Istana Budaya (IB).

“Daripada maklumat yang kami peroleh kemudiannya, individu yang dilaporkan sudah meninggal dunia itu seorang imam masjid di Jakarta, Indonesia yang singkatan namanya adalah M Nasir,” katanya.
Sumber : Hmetro
Ulasan : Jangan mudah percaya kepada khabar angin. Jika kita mendapat berita hendak kita periksa dahulu kesahihan berita tersebut, dari mana sumbernya , siapa yang membawanya terutama yang disiarkan oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan.

DEMO BANTAH ROBOH SURAU DAN PASTI BUKIT KATIL : POLIS BAZIRKAN DUIT RAKYAT

Rakyat Malaysia sepatutnya diberikan hak untuk berhimpun menyatakan bantahan di atas apa juga perkara yang melibatkan kepentingan mereka.

Namun hak untuk berhimpun itu seringkali dinafikan. Polis yang gajinya dibayar oleh duit rakyat digunakan untuk menghalang hak berhimpun rakyat. Bukan setakat batang tubuh Polis digunakan untuk 'berlawan' dengan rakyat, van, lori, land rover dan macam-macam lagi fasiliti Polis digunakan untuk menghalang demonstrasi aman tersebut. Sudah tentu banyak duit rakyat hangus untuk membiayai minyak kereta Polis dan sebagainya.
Sepatutnya tenaga dan fasiliti itu digunakan untuk membenteras jenayah tetapi dewasa ini ianya banyak digunakan untuk berdepan dengan rakyat. Demontrasi rakyat bukannya bahaya dan ganas mereka hanya ingin berhimpun secara aman.
Minggu lepas, blog ini dihujani dengan banyak pertanyaan kerana dilaporkan beratus-ratus anggota Polis siap dengan Polis topi merah berkumpul di perkarangan masjid Bukit Katil. Polis agaknya mendapat maklumat bahawa rakyat akan berkumpul sekali untuk membantah tindakan zalim kerajaan BN hendak merobohkan surau dan PASTI Bukit Katil. Ada polis yang sembahyang Jumaat dan ramai juga yang berani menentang Allah dengan tidak bersolat Jumaat. Mereka berlonggok di depan masjid dan di kedai cendol tanpa rasa segan silu kepada Allah dan manusia lain.
Dari mana mereka dapat maklumat bahawa ada demonstrasi sedangkan sebenarnya tidak ada seorang pun yang berdemonstrasi pada hari tersebut. Berapa banyak duit rakyat hangus pada hari itu. Blog ini yakin ramai rakyat Malaysia tidak redha satu sen pun duit mereka dibazirkan sedemikian rupa.
Minggu ini blog ini menjangkakan bahawa akan ada demontrasi di beberapa buah masjid khususnya di masjid Bukit Katil. Masjid lain yang terlibat ialah Masjid Saidina Ali, Masjid Bukit Baru, Masjid Al Azim dan Masjid Ayer Keroh. Mungkinkah Polis akan membazirkan duit rakyat lagi.
Blog ini ingin menasihati pihak Polis supaya tidak menjadikan rakyat sebagai musuh. Rakyat hanya mahu berhimpun secara aman selama paling maksimum pun 1 jam sahaja. Lepas itu mereka pun kepanasan dan pulang dengan aman. Tak perlulah Polis bersusah payah membazirkan wang rakyat. Siapa yang hendak menjawab segala tuntutan rakyat di Padang Mahsyar nanti kerana mereka tidak akan redha walau satu sen pun duit mereka digunakan untuk kepentingan BN bukan untuk rakyat.

BICARA ANWAR : TUALA GOOD MORNING, BERUS GIGI DAN BOTOL MINUMAN TAK BOLEH JADI BUKTI

Kuala Lumpur : Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, hari ini memerintahkan tiga barangan - berus gigi, botol air minuman dan tuala 'Good Morning' tidak boleh diterima sebagai bukti.

Hakim, Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah dalam penghakiman dalam bicara dalam perbicaraan berkata barangan berkenaan diperolehi dengan cara yang tidak sah.

"Mahkamah mendapati tiga barang itu diperoleh secara tidak adil. Barang-barang dan perkara yang berkaitan akan ditolak daripada perbicaraan ini,” katanya.

Justeru, katanya, sampel DNA yang diperolehi itu juga tidak boleh diterima.

Sehubungan keputusan itu, Peguam Cara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden berkata pihak pendakwaan belum bersedia untuk meneruskan perbicaraan, meskipun beliau mempunyai tiga saksi lagi.

Mahkamah kemudiannya ditangguhkan hingga pagi esok.
Sumber : Malaysiakini
Ulasan : Diharapkan selepas ini perbicaraan ini akan berlaku dengan adil, telus dan professional. Ianya menjadi perhatian antarabangsa. Jangan burukkan imej institusi kehakiman negara kita dengan keputusan-keputusan yang tidak masuk akal dan tidak professional.

Menunggu minda pengundi Melayu berubah

Bilalah agaknya minda pengundi Melayu khususnya di Melaka akan berubah? Sedih kita melihat bagaimana ceteknya minda mereka apabila masih terpengaruh dengan pemberian benda, sogokan projek pembangunan mee segera, termakan dengan rasuah wang yang tak seberapa, tertipu dengan bantuan baiki rumah dan sebagainya.
Sedangkan perkara pokok yang lebih besar seperti rasuah, penyelewengan wang zakat /tanah wakaf, kronisme, pengkhianatan kepada Agama dan Orang Melayu, penghapusan biasiswa, kenaikan harga minyak/barangan, pembaziran, maksiat yang berleluasa dan lain-lain tidak memberi bekas kepada mereka.
Di Merlimau isu dibangkitkan untuk kesekian kalinya guna untuk menyedarkan rakyat betapa besar dan seriusnya isu-isu tersebut. Namun ianya tidak memberi bekas kepada pengundi khasnya Melayu.
Mengapa begitu sekali sikap dan minda mereka, tidak mahu menerima kebenaran. APAKAH HATI MEREKA SUDAH DIMETERI OLEH ALLAH TIDAK DAPAT MENERIMA KEBENARAN? NA'UZUBILLAH.

SPR TERUS MEMELIHARA PEKUNG DAN KUDIS

Jelas sekali SPR terus selesa dengan pekung dan kudis yang melekat padanya sejak sekian lama. PRK Merlimau menambahkan koleksi bukti bahawa SPR tidak menunaikan tanggungjawab sebagai Pengadil yang adil. Buktinya :-

1) Membiarkan premis awam digunakan oleh BN
2) Membiarkan media arus perdana berat sebelah
3) Membiarkan jentera kerajaan dan agensi kerajaan digunakan sewenang-wenangnya oleh BN
4) Membiarkan taktik kotor berupa fitnah kepada calon dan PAS tanpa sebarang tindakan
5) Membiarkan rasuah, ugutan. fitnah dan pembohongan dilakukan tanpa tindakan
6) Membiarkan perbelanjaan BN bernilai ratusa juta digunakan semasa PRK tanpa tindakan
7) dan banyak lagi .............

PRK MERLIMAU : GELANGGANG LATIHAN TERBAIK

Syukur kepada Allah S.W.T kerana pilihanraya kecil Merlimau telah selamat diadakan. Walaupun pelbagai kenangan pahit terpaksa ditelan lantaran sikap dan perangai Umno/BN yang terus mengamalkan sikap tidak bertamadun, tidak professional, melanggar peraturan tanpa segan silu dan seribu satu macam penyelewengan dan salah laku, namun Merlimau memberikan seribu satu macam pengalaman berguna kepada setiap petugas PAS/PR.
Apa yang penting kita dapat menilai betapa pentingnya perancangan, pengurusan masa, team work, komitmen, pengorbanan/jihad, sensitiviti, tindak balas, gerak saraf, pengurusan kewangan, kreativiti, wala', strategi, gerakan menyerang, gerakan bertahan, skill dan sebagainya.
Kita tidak mahu menceritakan secara terperinci di sini tetapi memadai jika dinukilkan di sini bahawa perkara asas dari segi jentera sangat penting. Bilangan cawangan dan petugas di setiap peti undi menjadi kunci utama kekuatan sesebuah jentera. Petugas juga bukan sekadar meramaikan orang tetapi mestilah petugas yang sanggup menginfakkan masa, idea dan komitmennya kepada perjuangan.
Tanpa komitmen, kesungguhan, skil, ilmu pilihanraya dan lain-lain kita tidak mungkin dapat memberikan impak besar kepada gerakerja keseluruhannya.
Namun begitu jelas sekali semua petugas dari atas sehingga ke bawah telah berjaya memperolehi pengalaman yang amat berguna sebagai bekal untuk menghadapi PRU 13.

ANWAR DITOLAK RAKYAT : MINDA PERDANA MENTERI SAMA DENGAN MINDA JKKK?

Dakwaan Perdana Menteri bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah semasa Pilihanraya Kecil (PRK) Kerdau dan Merlimau baru-baru ini adalah suatu pembohongan yang nyata.

Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihanraya PAS yang menghalang Anwar dari menyampaikan ceramahnya semasa kempen Pilihanraya kecil tersebut.
“Saya terlibat sebagai salah seorang Ahli Jawatankuasa Jentera Pilihanraya Dun Merlimau, kita tidak pernah pun berbincang dan mengambil keputusan sedemikian”.

“Kalau Najib berkata ada sms yang tidak suka Anwar datang ke Merlimau mungkin itu perang saraf dari jentera Umno sendiri, sesiapa pun boleh hantar sms semacam itu” Yusof.

Yusof berkata semasa kempen PRK Merlimau baru-baru ini banyak sms yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

“Takkan seorang yang berjawatan Perdana Menteri sanggup menggunakan sms yan
g tidak tahu dari mana asalnya sebagai hujah, jatuhlah ‘standard’”.

“Saya kesal dengan dakwaan ini kerana ianya menggambarkan bahawa minda Perdana Menteri kita lebih kurang sama dengan minda JKKK atau Kemas” tegas Yusof yang juga merupakan Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil.
Menurut Yusof, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini dari Anwar kerana mereka tahu pemimpin PKR itu mempunyai banyak informasi samada dari orang dalaman Umno atau luar negeri.

“Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang ujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran PR” tegas Yusof.

07 March 2011

MERLIMAU DAN KERDAU : TAK BERBALOI BELANJA RATUSAN JUTA

Kemenangan BN di Merlimau dan Kerdau dengan majoriti hanya 3643 dan 2520 masing-masing memang tidak berbaloi dengan belanja ratusan juta ringgit. Maknanya bukan semua orang boleh dibeli dengan wang ringgit. Bukan semua orang takut dengan ugutan dan bukan semua orang penakut.

Kita yakin masa depan untuk PR semakin cerah walaupun pemimpin Umno begitu ghairah menyatakan bahawa rakyat sudah kembali menyokong BN. Namun yang pasti kenyataan itu adalah penyedap hati mereka. Ini kerana mereka tahu bahawa kemerosotan undi PAS amat sedikit, yakni penyokong PAS tegar dan simpatisan PAR masih terus memberikan sokongan tidak berbelah bagi.

PAS hanya perlu melonjakkan undi dari simpitasian dan pengundi-pengundi atas pagar bagi memenangkan PAS. Fakta ini disedari oleh Najib.....dan askar-askarnya

PRK KERDAU & MERLIMAU : PRK YANG MELAMPAU

Blog ini bersetuju dengan pandangan Naib Presiden PAS, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man bahawa PRK Kerdau adalah pilihanraya paling melampau.Blog ini juga sependapat dengan Dato Tuan (Nama mesra) bahawa PRK Merlimau juga PRK yang melampau.

Di Merlimau pihak lawan PAS tidak segan silu menggunakan taktik lucah, fitnah, pohong, ugut dan rasuah bagi mencapai kemenangan.

Di bawah ini antara kerja jahat dan fitnah mereka :-

1) Mencetak dan mengedarkan gambar lucah pimpinan PR termasuk Tuan Guru dan pimpinan lain termasuk wanita

2) Rasuah berupa projek, beras, barangan keperluan dan sebagainya. Malah mereka tanpa segan silu memberikan rasuah wang kepada pengundi seperti dakwaan YB Sim Tong Him di Peti Undi Pengkalan Samak

3) Memfitnah dan memburuk-burukkan calon PAS tanpa etika dan tanpa rasa takut kepada Allah.

4)Projek 'mee segera' yang sedikit sebanyak boleh mempengaruhi pola pengundian.

5)Media TV dan elektronik terus menerus menyerang PAS,PR dan calon tanpa diberi peluang membelasnya.

PRK MERLIMAU DAN KERDAU : BN TIDAK BOLEH MENDABIK DADA

Kemenangan berganda BN di Dun Kerdau dan Merlimau semalam tidak memberikan banyak impak kepada BN dan PAS.

Walaupun PAS tewas kedua-dua kerusi tetatpi jumlah pengurangan undi PAS tidaklah besar. Ini menunjukkan bahawa penyokong serta pengikut PAS di kedua-dua Dun tersebut masih kuat dan kekal.

Di Kerdau pada PRU 12 (2008) PAS mendapat 2520 undi berbanding 2336 undi yang diperolehi semalam. Ini bermakna PAS hanya kehilangan 184 undi sahaja. Manakala di Merlimau PAS kehilangan 508 undi di mana semalam PAS memperolehi 2319 undi berbanding pada PRU 2008 dengan 2827 undi.

Kemenangan besar BN di Kerdau dan Merlimau banyak bergantung kepada peningkatan peratus pengundian di mana di Kerdau peratusannya melonjak kepada 83 % lebih 3 % dari PRU 2008. Manakala di Merlimau peningkatannya adalah sebanyak 2.8 % iaitu 78.98 % semalam dan 76.18 % pada PRU 2008.

06 March 2011

TERKINI KERDAU :KEPUTUSAN TIDAK RASMI PAS TEWAS 2589

Keputusan Tidak Rasmi DUN Kerdau
PAS 2204,
BN 4793,
Majoriti 2589,
Rosak 79

TERKINI MERLIMAU : TAZKIRAH DI MARKAS INDUK TAMAN MUHIBBAH

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Ustaz Azman Syafawi Abdul Rani sedang menyampaikan tazkirah di Markas Induk, Jalan Muhibbah.

Ustaz Azman berkata perjuangan Islam mempunyai pasang surut dan cubaan serta dugaan.

"Ada Nabi yang tidak sempat memerintah negeri, Nabi Noh hanya mempunyai pengikut beberapa kerat, ada Nabi yang dibunuh dan diburu"

"Cubaan kepada tinggi hanyalah cubaan yang kecil yang tidak boleh dibandingkan dengan cubaan terhadap Nabi" kata Ustaz Azman.
Menurutnya musuh-musuh Islam sentiasa mencari jalan untuk memadamkan cahaya Allah.
"Kita yakin pengorbanan masa, harta dan tenaga kita berkempen selama 10 hari kita akan dibayar oleh Allah S.W.T"
"Pemimpin kita mungkin tidak dapat membayar dan memberi apa-apa kepada kita, tetapi Insya Allah, kita akan dibayar dengan harga yang mahal oleh Allah" kata Ustaz Azman Syafawi.
Petugas-petugas PAS yang sebahagian besarnya dari luar Melaka khusyuk mendengar tazkirah dari beliau.

TERKINI KERDAU: BN MENANG

Keputusan Tidak Rasmi
PAS 2161,
BN 4486,
Majoriti 2325,
Rosak 78

MERLIMAU : KEPUTUSAN TIDAK RASMI BN MENANG 3,623 UNDI

Keputusan Tidak Rasmi

BN 5962,
PAS 2339,
majoriti BN 3623

TERKINI KERDAU : PAS 1776, BN 3777, MAJORITI 2001

BN 3777 undi
PAS 1776 undi
Majoriti 2001
Undi Rosak 66

TERKINI MERLIMAU : BN MENDAHULUI 3,623 UNDI

ChinChin BN1135 PAS 434
Ayer Merbau BN 498 PAS 177
Jasin Lalang BN 452 PAS 83
Merlimau Utara BN 572 PAS 110
Merlimau Pasir BN 1128 PAS 491
Permatang Serai BN 1145 463
Pengakalan Samak BN 1139 PAS 559

TERKINI MERLIMAU : BN MENDAHULUI 2876 UNDI

ChinChin BN1135 PAS 434
Ayer Merbau BN 498 PAS 177
Jasin Lalang BN 452 PAS 83
Merlimau Utara BN 572 PAS 110
Merlimau Pasir BN 1128 PAS 491
Permatang Serai BN 189 PAS 85
Pengakalan Samak BN 856 PAS 374

TERKINI : KEPUTUSAN UPU MERLIMAU UTARA BN 328 PAS 110 MAJORITI 218

BN menang di Merlimau Utara dengan majoriti 218

BN 328
PAS 110
Majoriti 218
Rosak 10

TERKINI : PAS DIRAMAL KALAH 3,500 UNDI

Penganalisis Politik Dr Abu Siraj Andri, dari Pusat Kajian Strategik, Intelligence Centre meramalkan PAS tewas dengan majoriti kira-kira 3,500 undi.

Menurutnya PAS masih berjaya mengekalkan undi status qou mereka walaupun mengalami kesusutan dari pengundi Melayu dan India. Namun PAS berjaya menampung kekurangan undi Melayu dengan peningkatan undi kaum Tionghua.

TERKINI : TIDAK LOGIK UNDI POS ROSAK SEBANYAK 14 UNDI

Jumlah undi pos yang rosak sebanyak 14 undi semacam tidak logik kerana pengundi pos semuanya adalah pegawai kerajaan dan Polis. Mustahil mereka tidak tahu mengundi. Apa komen anda????

TERKINI MERLIMAU : UNDI POS, PAS 2, BN 46 UNDI ROSAK 14

PAS hanya mendapat 2 undi, BN 46 undi dan undi rosak 14 bagi undi Pos.

2.17 PTG : HATI-HATI DENGAN NOMBOR PLAT KERETA DI BAWAH

Kancil MBF4141, Teksi Proton Saga Silver WJT 3441; MBP5663- Mitsubishi Pick Up; MBS1694 - Teksi Wira Putih ; WHH2728 -KIA SEPHIA; PDP8896- Teksi Proton Saga.

Ada maklumat menyatakan kereta ini digunakan untuk membuat onar membawa pengundi-pengundi yang menimbulkan keraguan.

2.14 PTG : BERBALAS BALING BOTOL AIR MINERAL DI UPU CHINCHIN

Keadaan di peti undi Chinchin panas dari awal pagi. Kedua-dua perayu undi berbalas-balas provokasi. Sesekali diselangi dengan insiden membaling botol air mineral. Polis berjaya mengawal keadaan dengan pantas.

LINTAS LANGSUNG KEPUTUSAN PRK MERLIMAU DAN KERDAU

Blog ini menyiarkan keputusan semasa PRK Merlimau dan Kerdau bermula jam 6.00 petang ini. Tetamu semua dijemput melayari blog ini untuk mendapat maklumat terkini.

UPU PENGKALAN SAMAK : PENGUNDI BERATUR DI SEBUAH RUMAH DI PENGKALAN SAMAK

Beberapa wakil Skuad Kamera melaporkan mereka mengesan beberapa orang pengundi beratur di sebuah rumah di Pengkalan Samak. Seorang jurukamera bebas telah mengambil gambar tetapi telah diarahkan supaya dideletekan oleh beberapa petugas BN.

Skuad telah menghantar petugas untuk mengambil gambar.

1.28 PTG : PERAYU KELETIHAN

Perayu undi bagi kedua-dua parti di semua pusat pengundian mula keletihan. Mereka kebanyakan sedang makan, berehat dan berhenti untuk menunaikan solat zohor. Namun di Peti Undi Pengkalan Samak sorak menyorak masih berlaku namun tidak sehangat pagi tadi.

11.01 : PERMATANG SERAI : PENYOKONG PAS TERUS BERSEMANGAT

11.00 PAGI : UPU MERLIMAU UTARA : PENYOKONG BN MULA KELETIHAN KERANA KEPANASAN

11.00 PAGI : CALON PAS MEMBUAT SIDANG MEDIA DI MARKAZ INDUK PAS JALAN MUHIBBAH

9.25 PAGI : POLLING AGENT DAN SKUAD KAMERA TERUS WASPADA

Skuad Kamera dan Polling Agent PAS di semua pusat pengundian bersiapa siaga dan berwaspada setiap saat bagi menghadapi sebarang kemungkinan pengundi hantu dan pengundi upahan.

Di luar tempat mengundi Peguam PAS dan petugas juga sentiasa memantau gerak geri penyokong BN dan kenderaan yang membawa pengundi BN.

8.55 PAGI : HJ YUHAIZAD LAWAT PETI UNDI CHINCHIN

Calon PAS Haji Yuhaizad Abdullah melawat peti undi Chinchin sambil menemai ibundanya mengundi.

8.41 PAGI : SEGALA INFO TERKINI TENTANG PRK MERLIMAU HUBUNGI BILIK OPERASI

Segala info terkini untuk PRK Merlimau boleh hubungi talian 019-6675521

8.32 PAGI : CUACA BAIK DI MERLIMAU

Keadaan cuaca baik di Merlimau memungkinkan jumlah pengundi yang keluar membuang undi agak tinggi. Dijangkakan 80 % pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka di Merlimau

8.30 PAGI : PENGUNDI BERPUSU-PUSU KELUAR MENGUNDI

Pengundi berpusu-pusu keluar mengundi bagi menunaikan tanggungjawab masing-masing. Di peti undi Merlimau Utara kelihatan kedua-dua parti membuat rayuan terakhir kepada pengundi-pengundi dengan mengibarkan bendera parti dan gambar calon.

SKUAD KAMERA BERSEDIA MEMIKUL CABARAN

Skuad Kamera PAS telah bersiap sedia merakamkan proses pembelian undi, rasuah, sogokan dan ugutan yang bakal berlaku semasa proses pengundian pagi ini.

Jurucakap Skuad Kamera memberitahu bahawa sekurang-kurangnya dua orang ahli Skuad Kamera ditempatkan setiap Peti Undi untuk merakama onar yang akan dilakukan oleh puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini.

Mereka akan merakamkan semua aktiviti tidak sihat yang bakal berlaku dan menghantarnya kepada skuad tindakan cepat untuk proses seterusnya.

6.45 PAGI - PETUGAS PAS MULA BERSIAP SEDIA, SPR JUGA TELAH MULA BERTUGAS

Semua petugas PAS terdiri dari Polling Agent, Peguam dan perayu undi baru sahaja menunaikan solat subuh di semua Markaz UPU. Dengan doa dan harapan tinggi agar Allah menghalang segala kerja jahat dan penipuan puak-puak yang tidak bertamadun, mereka melangkah gagah memulakan amanah besar perjuangan Islam.

Sementara itu krew kami di beberapa Peti Undi melaporkan petugas SPR mula sibuk menyediakan tempat pengudian yang akan dibuka kira-kira 1 jam 15 minit lagi.

6.41 PAGI - MERLIMAU : POLLING AGENT, PEGUAM DAN PETUGAS TELAH BERSEDIA

Polling Agent, Peguam dan petugas PAS telah bersedia dengan segala kelengkapan, ilmu dan pengetahuan serta skil untuk membenteras penipuan dan penyelewengan BN. Mereka juga sudah bersedia untuk menangkap sesiapa sahaja yang cuba menipu dan membuat onar semasa proses perjalanan pengundian yang akan bermula kira-kira sejam dari sekarang.

Kesemua mereka telah dilatih dengan baik sejak beberapa tahun lalu. Latihan khusus juga telah diberikan kepada semua petugas minggu lalu.

TERKINI DARI MERLIMAU : BILBOARD BN BERDEKATAN PINTU MASUK TEMPAT MENGUNDI DIBIARKAN

Ahli Jawatankuasa Unit Peti Undi (UPU) Merlimau Utara, Razali Abdullah kesal dengan pihak SPR yang tidak merobohkan 'bilboard' BN yang dipasang berdekatan dengan pintu masuk tempat mengundi Peti Undi Merlimau Utara.

"Semalam SPR meminta bilboard kita dirobohkan atas alasan terlalu dekat dengan pusat pengundian, tapi bilboard BN lagi dekat jaraknya dibiarkan"

"Kita akan pastikan esok bilboard ini dirobohkan, jangan bertindak berat sebelah wahai SPR" tegas Razali.

Menurutnya pihak UPU Merlimau Utara akan berbincang dengan SPR awal pagi esok bagi menyelesaikan masalah tersebut.

TERKINI DARI MERLIMAU : KERETA BAWA BENDERA PAS LAKUKAN PROVOKASI

Sebuah kereta yang membawa bendera PAS sengaja 'merempit' dan bergerak dengan laju di sekitar Merlimau.

Pemandu kereta ini dipercayai sengaja ingin memburuk-burukkan PAS dengan membuat bising dan memandu dengan laju.

Pihak keselamatan diminta mengambil tindakan sewajarnya.

PENGUNDI HANTU DI MERLIMAU?

Skuad Kamera kami terus berada di lokasi yang mencurigakan sekarang. Setakat ini mereka masih sabar menunggu kalau-kalau terdapat insan-insan yang mencurigakan lalu-lalang di hadapan mereka.

Adaah dijangkakan puak-puak akan menggunakan tipu muslihat untuk melakukan kerja haram ini.

Ingatlah kamu merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya perancangan Allah adalah paling baik.

Petang tadi mereka berjaya mengambil beberapa keping gambar petugas-petugas BN yang mengedarkan risalah fitnah dan berniat jahat.

LINTAS LANGSUNG SUASANA HARI PENGUNDIAN DAN KEPUTUSAN TERKINI DI BLOG INI ESOK

Blog ini akan melaporkan secara langsung perjalanan proses pengundian esok dan juga keputusan terkini bagi PRK Merlimau dan Kerdau.

Lintas langsung akan bermula pada 8.00 pagi sehingga keputusan kedua-dua PRK itu diketahui.

Krew kami sudah bersedia di lokasi seawal jam 7.00 pagi.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter