M.NASIR MASIH HIDUP, SIAPA KATA BELIAU MENINGGAL?

KUALA LUMPUR: Pelakon Marlia Musa menafikan khabar angin yang tersebar mengenai kematian suaminya iaitu komposer dan penyanyi terkenal tanah air, M Nasir, di sini, semalam.

Marlia berkata, dia mendapat tahu mengenai berita itu daripada seorang pengarang hiburan akhbar yang menghubunginya untuk mendapatkan kepastian.

“Sekitar tengah hari semalam, saya dihubungi pengarang hiburan itu bertanyakan kesahihan berita diperolehnya. Tidak dinafikan, sebagai isteri saya terperanjat juga sebaik mendengar khabar itu yang nyatanya tidak benar.

“Sebelum panggilan itu diterima, saya baru saja habis bercakap dengan pengurus abang (M Nasir). Setahu saya, pagi tadi (semalam) abang tidak masuk ke pejabatnya kerana ada mesyuarat di Istana Budaya (IB).

“Daripada maklumat yang kami peroleh kemudiannya, individu yang dilaporkan sudah meninggal dunia itu seorang imam masjid di Jakarta, Indonesia yang singkatan namanya adalah M Nasir,” katanya.
Sumber : Hmetro
Ulasan : Jangan mudah percaya kepada khabar angin. Jika kita mendapat berita hendak kita periksa dahulu kesahihan berita tersebut, dari mana sumbernya , siapa yang membawanya terutama yang disiarkan oleh Utusan Meloya dan Berita Hairan.

Comments

Anonymous said…
sofi meluwap pun dah pandai bacan hmetro yer....x baca harakah kah kah kah lagik ker?