MAHATHIR JADI MENTERI MENTOR?

Walaupun Mahathir tidak menjadi Menteri Mentor namun peranannya dalam mempengaruhi keputusan kerajaan BN adalah besar.
Lihat sahaja bagaimana media pengampu BN sentiasa memberikan ruang kepada Mahathir menyuarakan pandangan dan pendapat. Malah beliau seringkali diundang untuk memberi syarahan dalam program-program besar yang dianjurkan oleh NGO dan kerajaan.
Pengaruhnya memang kuat dan disegani oleh pemimpin BN sekarang. Maka tidak hairanlah anaknya Mukhriz terus mendapat tempat di arena politik tanahair. Najib nampaknya memang membodek Mahathir untuk kekal lama.
Mahathir pula terus menerus mahu mem'bunuh' karier politik Anwar seteru Najib.
Ada baiknya Najib melantik Mahathir menjadi Menteri Mentor sebagaimana peranan Lee Kuan Yew di Singapura.

Comments

Panglima7 said…
Assalam Tuan, Mohon linkkan blog Panglima7 di blog tuan. Semoga Tuan dicucuri Rahmat Allah hendaknya.