.

.

13 August 2016

1MDB: TAJA JUDI BOLEH, HAJI PUN BOLEH

Malaysia boleh. Serba serbi boleh. Halal boleh haram boleh, jadi 'halam'. Itulah tanahair ku.

Di Malaysia, dana syarikat pelaburan negara penuh bermasalah, 1MDB digunakan untuk menaja secara percuma 3,511 pemimpin masyarakat untuk menunaikan haji sejak 2011, namun di Amerika Syarikat ratusan juta dolar wang 1MDB yang diselewengkan digunakan untuk membayar hutang judi.
Jumlah yang dibelanjakan 1MDB bagi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1Malaysia Development Berhad (PKHYABPM-1MDB) turut mengundang persoalan memandangkan sehingga kini tiada sumbangan diberikan syarikat sarat hutang itu ke kantung negara.
Malah peruntukan besar untuk program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) 1MDB itu amat tidak seimbang dengan hutang tanggungan syarikat yang dinilai melebihi RM55 bilion.
Di Amerika Syarikat, Jabatan Kehakiman (DoJ) negara itu mendedahkan sesuatu yang lebih memeranjatkan.
Dalam dokumen saman sivil DoJ terhadap empat individu yang didakwa menyelewengkan dana 1MDB, ratusan juta dolar telah dibelanjakan Riza Aziz, Jho Lo, Tan Kim Loong (pengarah Alsen Chance Holding Limited) dan bekas pegawai tinggi 1MDB untuk berjudi di Vegas.
Bagaimanakah dana 1MDB yang diselewengkan digunakan Jho Low dan Riza Aziz untuk berjudi?
Para 219 dokumen saman sivil DoJ menyebut, Riza Aziz memindahkan sekurang-kurangnya USD41 juta dari dana yang diterima daripada Aabar-BVI ke akaun yang kemudiannya digunakan untuk membayar perbelanjaan perjudian bagi dirinya (Riza Aziz), Jho Low dan Tan.
Para 220 dokumen saman sivil DoJ pula menyebut, beberapa hari selepas akaun Red Granite Capital menerima dana dari Aabar-BVI, sebahagian daripada dana tersebut telah dipindahkan ke akaun di Standard Chartered Bank di Singapura atas nama Alsen Chance Holding Limited (Akaun Alsen Chance).
Pembukaan dokumen akaun tersebut menyenaraikan Tan sebagai pengarah Alsen Chance.

SEPERTI PAS : UMNO PUN HALAU AHLINYA KELUAR PARTI

Kalau selepas Muktamar 2015, PAS menghalau ahlinya yang tidak sebulu dengan pimpinannya keluar parti kini Umno pula berbuat demikian. Memang Umno dan Pas kini ada 'chemistry' sehati sejiwa. 
Anggota Umno yang masih berpihak dan menyokong Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir boleh keluar daripada parti itu kerana hanya merosakkan perpaduan dalam parti, ibarat gunting dalam lipatan.
Ketua Umno Bahagian Kubang Pasu, Mohd Johari Baharom berkata sekiranya anggota terbabit kekal dalam Umno, ia hanya menyebabkan pecah belah dalam kalangan anggota lain yang taat pada perjuangan parti.
"Sebelum ini ramai yang keluar Umno apabila menyokong kepimpinan Umno yang keluar parti dengan menubuhkan parti baharu seperti Semangat 46 dan PKR tetapi akhirnya mereka kembali kepada Umno.
"Umno merupakan sebuah parti yang kukuh dan sebagai anggota Umno kita akan pertahankan kepimpinan kita yang bersilih ganti bagi memastikan parti yang memperjuangkan bangsa Melayu terus utuh pada masa depan," katanya selepas perasmian Mesyuarat Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Kubang Pasu, di sini hari ini.

PAS DAN NAJIB BILA NAK SAMAN SARAWAK REPORT. APA TUNGGU LAGI????

PAS mengekalkan keputusan untuk menyaman Sarawak Report berhubung dakwaan yang dibuat portal berita itu terhadap parti berkenaan, kata Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob.
"Mengikut keputusan yang dibuat Timbalan Presiden PAS (Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man) akan buat samanlah (terhadap Sarawak Report). (Saman di) England ke...ikutlah," katanya dalam satu majlis mengucap selamat jalan kepada jemaah haji di Kompleks Islam Jubli Perak, Panji.
Isnin lepas, Tuan Ibrahim dilaporkan berkata PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas Sarawak Report kerana berniat jahat dan mencemar nama baik parti serta dasar Islam yang menjadi teras kepada parti itu.

Rakyat Malaysia khususnya ahli dan penyokong PAS sedang menanti keputusan PAS dengan tidak sabar. Ini kerana mereka begitu meluat kepada Sarawak Report yang sewenang-wenangnya membuat tuduhan tanpa bukti.

Kami admin mutaligat pula menanti-nanti pendedahan samada Sarawak Report akan membuat pendedahan seterusnya. Jika mereka berani keluarkan senarai nama pimpinan PAS beserta transaksi bank sekali (jika ada) sebagaimana yang dibuat semasa pendedahan skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion dahulu. Jika ada detail macam ini barulah sedap PAS nak saman. 

Pada masa yang sama juga kami mahu Najib selaku Perdana Menteri juga menyaman Sarawak Report kerana menuduh beliau bermurah hati menderma RM90 juta kepada pimpinan PAS. Tidakkah ini mencemarkan kredibiliti Najib kerana untuk apa derma itu diberikan, dari mana duit itu diperolehi dan siapa yang menerimanya. Mana mungkin duit sebanyak itu didermakan kepada seseorang tanpa ada agenda besar. Najib mesti menyaman Sarawak untuk membersihkan namanya.

Kami rakyat Malaysia akan berdiri teguh di belakang Perdana Menteri yang bersih dan tidak terlibat dengan salah laku. Najib jangan bimbang dengan kesetiaan kami. 

Sarawak Report, jangan buat tuduhan tanpa bukti dan saksi ............

SPR JANGAN TIPU PENGUNDI

KENYATAAN MEDIA PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan khuatir berlaku penipuan besar-besaran dalam penghijrahan pengundi di 10 DUN Negeri Perak

1. Pakatan Harapan Perak merujuk kepada penwartaan senarai pengundi-pengundi terbaru penggal suku kedua yang diwartakan oleh SPR pada 29/4/2016.

2. Pakatan Harapan setelah meminta bantuan dari badan pemantau pilihanraya Bersih 2.0 telah mendapati bahawa terdapat sejumlah 30,173 pengundi dalam negeri Perak telah dipindahkan alamat dan pusat pengundi mereka TANPA menerima notis dari SPR.

3. Jumlah tersebut adalah jumlah paling besar jika dibanding dengan negeri-negeri yang lain. Seramai 118,784 orang seluruh negara telah mengalami nasib yang sama dengan Perak menjadi negeri yang mempunyai pindaan & hijrah jumlah pengundi yang paling tinggi seramai 30,173 orang atau sebanyak 25.4% dari jumlah tersebut.

4. Pakatan Harapan mendapati bahawa kawasan yang mengalami penghijrahan pengundi terbesar berlaku di 10 kerusi Marginal yang mampu menentukan keputusan PRU-14 di negeri ini. 10 kerusi DUN tersebut mengalami secara purata penghijrahan pengundi seramai 1,814 orang di setiap DUN, satu keadaan yang cukup luar biasa.

5. Pakatan Harapan juga mendapati dalam 4 kerusi DUN, penghijrahan pengundi adalah lebih tinggi dari keputusan majoriti pada PRU-13 dan ini adalah satu perubahan yang amat terkejut. Keempat-empat kerusi DUN ini adalah DUN Selinsing, Changkat Jering, Pasir Panjang dan Changkat Jong.

6. Selaras dengan prinsip ketelusan & keadilan, Pakatan Harapan menggesa SPR dengan segera memaklumkan kepada pengundi sendiri jika alamat atau pusat mengundi mereka telah ditukar.

Pengundi sendiri yang dipindah tempat mengundi tanpa notis boleh dianggap satu penipuan dan penyelewengan yang secara sengaja untuk memihak kepada Barisan Nasional. Tindakan sedemikian merupakan pengkhianatan kepada sistem demokrasi negara kita.

7. Sekiranya SPR gagal memberi penjelasan yang telus dan memainkan peranan berkecuali, Pakatan Harapan terpaksa membuat laporan polis dalam tempoh terdekat supaya memelihara sistem demokrasi berparlimen supaya suara rakyat sebenar dijaga.

Tarikh : 9/8/2016

YB Dato Seri Nizar Bin Jamaluddin
Ketua Pembangkang DUN Perak

YB Tuan Nga Kor Ming(DAP)
Pengerusi DAP Perak

YB Senator Dr Muhammad Manuty(PKR)
Pengerusi PKR Perak

Tn Haji Asmuni Awi(AMANAH)
Pengerusi Amanah Negeri Perak

LETUPAN BOM : 19 MATI, SIAPA SALAH?

Seorang wanita Thai terbunuh manakala 19 yang lain termasuk warga asing cedera dalam dua letupan berangkai di sebuah pekan peranginan popular, Hua Hin, lewat malam tadi. 
"Seorang wanita Thai maut susulan letupan dua bom dengan 19 lagi cedera. Daripada 19 orang mangsa itu, tiga dalam keadaan parah manakala tujuh yang cedera adalah warga negara asing, iaitu empat wanita dan tiga lelaki," kata seorang pegawai polis Hua Hin di selatan Bangkok. 

Mengapa berlakunya letupan demi letupan.??? Jawapannya pelbagai antaranya tiada lagi ruang demokrasi dan keadilan adalah salah satu sebab rakyat memberontak. - AFP

GEMPAR !!! : PEROMPAK DITEMBAK MATI

Dahulu kita jarang mendengar kejadian rompakan, culik dan menahan terbusan berlaku di dalam negara. Tapi kini boleh dikatakan setiap hari ianya berlaku. Apa sebabnya.......perkara ini patut dikaji sedalam-dalamnya oleh pihak berkuasa. 

Antaranya ialah masalah sosial di mana rakyat tiada pekerjaan dan sumber pendapatan yang memungkin seseorang melakukan jenayah untuk meneruskan kehidupan.

Malam tadi, seorang penjenayah yang membawa dua pistol meluru masuk ke sebuah kedai menjual barang tembikar dan bunga sebelum menahan pemilik kedai berkenaan malam tadi. 
Dalam kejadian kira-kira jam 8.20 malam itu, penjenayah berusia 44 tahun dikatakan mengacukan dua pistol menyebabkan pelanggan yang sedang membeli-belah terkejut dan lari menyelamatkan diri. 
Ketua Siasatan Jabatan Jenayah Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata anggota polis dikejarkan ke lokasi kejadian tepat jam 8.30 malam selepas dimaklumkan oleh orang awam. 
"Suspek menahan pemilik kedai iaitu seorang wanita berusia 53 tahun sebagai tebusan di dalam sebuah bilik di kedai empat lot berkenaan dan meminta wang RM300,000 sebagai tebusan. 
"Rundingan dijalankan selama empat jam namun tindakan suspek menggugut dan mengacukan pistol ke arah suspek menyebabkan polis menyerbu masuk untuk menyelamatkan mangsa. 
"Polis melepaskan dua das tembakan kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi dan ia terkena tepat ke arah suspek yang menyebabkannya terbunuh manakala mangsa berjaya diselamatkan polis," katanya. 
Kamarul Zaman berkata, mangsa tidak mengalami sebarang kecederaan namun mengalami trauma sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Nora Ismail di sini untuk rawatan. 

MAHFUZ SEDIA BERCERAMAH DI PENTAS PAKATAN HARAPAN

*MAKLUMAN*

*YB Dato' Haji Mahfuz Omar, Ahli Parlimen Pokok Sena* bersedia untuk turun berceramah di pentas *PAKATAN HARAPAN* iaitu *AMANAH, DAP, PKR* mahupun *BERSATU* serta *NGO* yang bergabung dengan *GERAKAN SELAMATKAN MALAYSIA* demi menyelamatkan Malaysia!

Inilah politik matang dan sejahtera di mana bersedia untuk berceramah di pentas sesiapa pun bagi menumbangkan si penzalim dan penindas. Bukannya menjadi penasihat dan bersekongkol dengan mereka.

Jemputan sebagai _*Pengerusi Penyelaras Gerakan Selamatkan Malaysia (GSM) Negeri Kedah.*_

_#SelamatkanMalaysia_

12 August 2016

GEMPAR : MALAYSIA MASIH AMALKAN PERHAMBAAN??

Mungkin anda tidak percaya. Tetapi itulah hakikatnya. Malaysia diletakkan di kedudukan 29 daripada 167 negara dalam senarai global perhambaan moden, menurut badan Walk Free Foundation yang berusaha membanteras semua bentuk perhambaan.
Indeks kajian perhambaan global yang dikeluarkan badan berpusat di Australia itu mendapati seramai 128,800 rakyat Malaysia terbabit dalam sistem perhambaan moden ini.
Indeks tersebut berdasarkan tindakan kerajaan dalam melawan perhambaan moden, dan perkhidmatan sokongan terhadap mangsa.
Ia mendapati beberapa dasar kerajaan dan amalan di banyak negara membantu proses perhambaan.
Senarai itu meletakkan Korea Utara, Uzbekistan, Cambodia, India dan Qatar di tangga teratas negara yang mengamalkan perhambaan.
Laporan itu mendapati 45.8 juta orang di 167 negara terlibat dalam sistem perhambaan moden
Perhambaan moden dirujuk sebagai situasi kebebasan seseorang dirampas pihak lain termasuk kebebasan dalam pekerjaan atau untuk berhenti bekerja.
Mangsa sistem ini diragut dengan ancaman, keganasan, paksaan, salah guna kuasa dan penipuan. Akhirnya, seseorang itu tidak boleh menolak atau meninggalkan situasi dialaminya.
Selain dari itu perhambaan juga dalam bentuk perhambaan politik dan kuasa di mana parti-parti dinafikan hak untuk akses kepada semua media khususnya yang dipunyai oleh kerajaan dan yang ada kaita dengan kerajaan dan pembodek kerajaan. Mereka juga dinafikan hak untuk menggunakan premis-premis awam walaupun untuk disewa.
Orang perseorangan juga dipaksa untuk menyokong kerajaan khususnya penjawat-penjawat awam khususnya jabatan-jabatan tertentu. Tindakan akan diambil jika didapati terlibat dengan parti selain dari parti pemerintah.

MEMANG TIADA PARTI BOLEH TIRU UMNO - RASUAH, PENYELEWENGAN, SKANDAL DLL


Tiada parti yang boleh meniru atau menggantikan Umno kata Ketua Menteri Melaka Idris Haron selepas mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Melaka.


Memang tiada parti sehebat Umno. Pemimpinnya ramai yang mengamalkan rasuah (dijatuhkan hukuman di mahkamah), salah guna kuasa, membina kekayaan, membazir, skandal, ada yang membunuh kerana politik dan macam-macam lagi.




Memang tiada parti sehebat Umno berkenaan perkara di atas. Tidak perlu dipertikaikan kenyataan Idris ini. Tiada parti yang sanggup memperkenalkan undang-undang mencengkam rakyat seperti MKN, POTA, GST dan lain-lain.

Memang tiada parti yang sanggup melihat rakyat merempat di bumi sendiri di mana masih ramai yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang.

Masih ramai rakyat yang minum air perigi yang keruh dan menadah air hujan untuk kehidupan seharian khususnya di Sarawak dan Sabah.


Syabas Idris memang tepat kenyataan itu. Bertuah orang Melaka kerana mempunyai Ketua Menteri yang sedar siapa Umno sebenarnya.

TANGKAP, TUDUH DAN DAKWA PENJENAYAH 1MDB

Pemuda AMANAH komited untuk memastikan semua tertuduh yang terlibat dalam skandal mega 1MDB meletakkan jawatan, ditangkap dan dihadapkan ke mahkamah segera. Lantas usaha gerakan mahasiswa dan anak muda menganjurkan himpunan aman dengan mesej jelas -‪#‎TangkapMalaysianOfficial1‬ atau ringkasnya #TangkapMO1 - perlu didokong seluruh pihak yang memusuhi rasuah dan penyalahgunaan kuasa.
Keberanian anak-anak muda ini wajar penjadi pedoman buat semua pemain-pemain politik, aktivis-aktivis sosial dan NGO untuk turun memenuhi Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2016. Atas maksud memberi sokongan kepada himpunan tersebut, Pemuda AMANAH komited untuk menggerakkan seluruh anggota AMANAH di segenap pelusuk tanah air untuk turun dan bersama-sama mahasiswa dan anak-anak muda merealisasikan tuntutan himpunan tersebut.
Selari dengan solidariti himpunan ini, Pemuda AMANAH juga ingin memohon sekali lagi - sebagaimana kandungan memorandum yang telah dihantar kelmarin - perkenan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara menitahkan Perdana Menteri yang sedang berkhidmat sekarang untuk melepaskan jawatan. Keadaan ini walaupun berliku dilihat mampu memberi ruang untuk proses reformasi seterusnya, membubarkan Parlimen dan memilih Perdana Menteri baharu melalui ruang pilihanraya umum.
"Harapan Baru"
SANY HAMZAN
Ketua Pemuda AMANAH Nasional / Pengarah Mobilisasi AMANAH*

80 % PELAJAR TAK ADA LESEN

80% pelajar bawa motosikal ke sekolah tiada lesen. Jadi apa tindakan selanjutnya? A. Nak biarkan saja? B. Nak banyakkan lagi operasi saman pelajar tanpa lesen? C. Mudah dan murahkan kos ambil lesen? D. Turunkan had umur pelajar boleh ambil lesen ke 13 tahun? E. Beri pelepasan motosikal 110 cc ke bawah tak perlu ambil lesen? F. Motosikal elektrik tak perlu ada lesen? Untuk ubah undang-undang bukan di tangan rakyat, rakyat cuma boleh ubah pemimpin dan parti yang memerintah. Penat-penat buat kajian, statistik, buat apa? Bazir duit, bazir masa. (Komen dari FB Rozmal Malakan)

Sebanyak 80 peratus atau 93,600 daripada kira-kira 117,000 pelajar yang menunggang motosikal ke sekolah didapati tidak memiliki lesen motosikal yang sah.

Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Operasi) Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Yusoff Ayob berkata, daripada jumlah tersebut hanya 20 peratus atau 23,400 pelajar memiliki lesen motosikal B2 yang sah.

"Hasil kajian mendapati pelajar ini tidak memiliki lesen atas beberapa faktor antaranya ibu bapa tidak dapat menghantar anak-anak ke sekolah selain tiada perkhidmatan bas sekolah di kawasan mereka.

11 August 2016

AHMAD SAID BUKAN AHLI NUJUM

Saya bukan ahli nujum. Mungkin itu maksud kata-kata bekas MB Trrengganu  Ahmad Said bila ditanya tentang masa depan politiknya.
Selepas spekulasi mendakwa akan ada usul undi tak percaya dibuat di sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu
Isnin lalu, bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said kini mengambil pendekatan untuk 'berahsia' berhubung
tindakan yang akan dilakukannya selepas ini.
Malah, ketika ditanya apakah perancangannya selepas ini, Ahmad Said menyerahkan perkara itu kepada Allah kerana beliau tidak tahu apakah perkara yang akan berlaku pada masa hadapan.
"Saya tak tahu (apa akan terjadi selepas ini). Saya tak tahu, saya bukan pakar strategi. Saya seorang je. Tapi kena ingat,
walaupun seorang ia boleh berikan kesan, apa-apa pun boleh terjadi walaupun saya seorang.
"Bila rahsia, beritahu lebih dari sorang, bukan rahsia lagi," katanya ketika ditemui di kediamannya di Kemaman, Terengganu.

10 August 2016

GEMPAR !!! TAHUKAH ANDA SIAPA PEMIMPIN PARTI BARU MUHYIDDIN INI SENARAINYA.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) yang baru sahaja didaftar Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi menamakan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai pengerusi.
Sementara Muhyiddin sendiri dinamakan sebagai presiden parti, yang sejak dari awal menyatakan kebersamaannya dengan perjuangan pembangkang. 
Berikut senarai nama pemimpin Parti BERSATU:
Pengerusi: Tun Dr Mahathir Mohamad
Presiden: Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin
Naib Presiden: Datuk Seri Mukhriz Mahathir
Setiausaha: Kamarulazman bin Habibur Rahman
Bendahari: Ainina binti Saadudin
Jawatankuasa:   1) Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
                              2) Syed Saddiq bin Syed Abdul Rahman
BERSATU pada awalnya dicanang sebagai parti untuk kaum Melayu/Bumiputera sahaja.
Bagaimanapun, Muhyiddin memberitahu BERSATU turut membuka keahliannya kepada bukan Melayu tetapi hanya sebagai ahli bersekutu sahaja.
Muhyiddin hadir ke Pejabat Pendaftar Pertubuhan (ROS) tanpa ditemani Tun Mahathir, yang dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) akibat jangkitan kuman di paru-paru.
Muhyiddin bagaimanapun ditemani Ainina, Kamarulzaman, Akhramsyah dan Syed Saddiq.

NAHAS : HELIKOPTER TERHEMPAS, 7 MAUT

KATHMANDU: Sebuah helikopter terhempas di lereng bukit di Nepal hari ini, mengorbankan tujuh orang di dalamnya termasuk seorang bayi, kata seorang pegawai penerbangan.
Helikopter milik Fishtail Air itu membawa enam penduduk tempatan ke ibu kota ini terputus hubungan dengan kawalan trafik udara (ATC) kira-kira 30
minit sejurus berlepas dari daerah barat di Gorkha.
Penyelamat sampai ke tapak nahas di utara ibu kota ini di mana mereka akan mengambil mayat mangsa.
"Ada lima dewasa dan seorang bayi dalam helikopter termasuk juruterbang dan tiada mangsa terselamat.
Tanpa siasatan kami tidak tahu punca nahas," kata Ramesh Shiwakoti dari Fishtail Air. Nepal yang belum pulih daripada bencana gempa bumi akhir tahun lalu mengorbankan 9,000 orang, mengalami beberapa bencana udara sejak beberapa tahun kebelakangan ini. - AFP

RIO 2016 : PINGAT PERAK BESAR MAKNANYA

Malaysia berjaya memecahkan kebuntuan pingat apabila penerjun harapan negara berjaya menggondol pingat perak dalam acara kegemaran mereka semalam.

Kejayaan Pandeela Rinong dan pasangannya Cheong Jun Hong amat bersar ertinya kepada negara kita di saat kita masih ternanti-nanti kilauan pingat. Kejayaan mereka ini wajar disanjung walaupun gagal menyumbangkan pingat emas. Mereka sememangnya tewas kepada penerjun yang lebih handal dari China namun kejayaan mereka amat manis selepas bertarung habis-habisan di gelanggang.

Ini bukan acara di peringkat Asean atau Asia tetapi Olimpik. Kita mengharapkan rakan-rakan dalam yang sedang berjuang untuk negara di Rio meneladani komitmen dan kesungguhan kedua-dua atlet ini yang tidak mudah mengaku kalah.

Pandeela akan turun sekali lagi dalam acara kegemarannya iaitu peringkat individu. Diharapkan beliau dapat menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada seluruh rakyat Malaysia.

Syabas.

BELANG PAS SEMAKIN TERSERLAH

Hari ini Sidang DUN Perak mengundi memilih Speaker baharu setelah Speaker lama iaitu S.K Devamany meletakkan jawatan. BN mengusulkan calonnya , S.Thangeswari manakala pembangkang juga mengusulkan calonnya V.Sivakumar.

Penyakit 'berkecuali' terus menjadi prinsip baru PAS apabila Wakil-Wakil Rakyat berjumlah 4 orang tidak mengundi dan berkecuali. Ini menyaksikan keputusannya memihak kepada calon Speaker BN dengan kemenangan 30 undi berbanding 24 undi. Jika kesemua Wakil Rakyat PAS menyokong pembangkang maka sudah tentu BN hanya menang dengan majoriti 2 undi iaitu 30-28. 

Sebelum pada Sidang Dewan Rakyat juga Wakil-wakil Rakyat PAS juga berkecuali semasa beberapa pengundian dijalankan.

Apa indikasi dari keputusan ini. Jelas indikasinya ialah PAS tidak akan menyokong pembangkang dan pada masa yang sama tidak mahu dilihat menyokong BN. Namun kami berpendapat tindakan Wakil Rakyat PAS tidak mahu menyokong calon Speaker pembangkang membuktikan bahawa mereka lebih mesra BN dengan memberikan BN kemenangan mudah.

Keputusan ini tidak mustahil menjadi petunjuk kepada tindakan politik masa hadapan PAS iaitu tidak mungkin akan bersama pembangkang khususnya Pakatan Harapan tetapi pada masa yang sama akan membantu BN mencapai kemenangan pada mana-mana pemilihan khususnya Pilihanraya.

Prinsip baru PAS ini harus difahami oleh semua pembangkang khususnya PKR yang kelihatan masih mahu berlunak dengan PAS sedangkan PAS jelas menikam PKR dan pembangkang dari belakang. 




09 August 2016

POKEMON GO 'MEMBAHAM' MANGSA PERTAMANYA DI M'SIA

POKEMON GO berjaya 'menangkap' mangsanya yang pertama di Malaysia. Ini bukti pertama betapa bahaya POKEMON GO. Bayangkan mangsa ini boleh bermain POKEMON GO sambil bermain dengan applikasi ini. Bukankah ianya merbahaya!!!!!!!!!!!!!!!
Terlalu leka mengejar untuk menangkap ‘charmander’, karakter dalam permainan ‘Pokemon Go’, di sekitar kawasan perumahannya, seorang wartawan cedera apabila motosikal yang ditungganginya terlanggar jalan berlubang.
Azim, 25, (bukan nama sebenar) luka ringan di dagu dan lebam di badan.
Menurut Azim, kejadian berlaku semalam ketika beliau tidak bekerja dan bermain Pokemon yang dimuat turun sejak hari pertama permainan itu boleh didapati di Malaysia 6 Ogos lepas.
“Saya mula bermain pukul 5.30 petang, dan tidak lama kemudian berjaya menangkap ‘poliwag’ dalam bilik di rumah di Taman Lembah Keramat.
“Semakin teruja, saya terus bersemangat untuk menangkap lebih banyak karakter Pokemon, dan apabila charmander muncul kira-kira 100 meter dari rumah, saya mengambil kunci motosikal dan menunggang secara perlahan mencari lokasi ‘charmander’ menggunakan ‘Go Radar’,” katanya kepada Bernama.
Jelas Azim, jalan di sekitar kawasan perumahannya lengang ketika itu dan sambil memegang ‘handle’ motosikal dengan sebelah tangan dan tangan kiri memegang telefon bimbit, beliau menunggang perlahan.
“Tiba-tiba tayar motosikal termasuk lubang dan saya tak dapat mengawal motosikal sehingga terjatuh. Mujurlah tak cedera teruk dan tidak ada kenderaan lain pada masa itu,” katanya sambil menambah akan lebih berhati-hati selepas ini apabila bermain dengan permainan itu.
Setakat ini, beliau berjaya menangkap 30 karakter Pokemon Go, kebanyakannya di sekitar kawasan perumahan.
Pengguna Android dan iOS boleh memuat turun permainan maya itu secara percuma melalui Google Play Store dan Apple App Store.
Pokemon Go, yang dibangunkan Niantic Incorporation of Nintendo USA, mencetuskan gelombang baharu dalam permainan realiti berperantara dalam sejarah penciptaan aplikasi telefon pintar.
Ia merupakan permainan sembunyi-sembunyi konvensional di mana pemain perlu mencari dan berlawan dengan karektor maya berdasarkan lokasi dunia sebenar yang dikesan melalui telefon pintar.
Aplikasi ini dilancarkan secara rasmi pada 6 Julai tahun ini di Australia, New Zealand dan Amerika Syarikat, sebelum merebak ke lebih 30 negara sekarang.
Sumber : FMT

AMANAH SEDIA BANTU PAS SAMAN SARAWAK REPORT

Walaupun PAS terus terusan memenci AMANAH tetapi tetap bermanis muka dan menghulurkan tangan persahabatan kepada PAS. Walaupun AMANAH dituduh dan dilabel dengan macam-macam gelaran dan labelan, tetapi AMANAH tetap tersenyum bersedia bekerjasama dengan PAS.
Inilah jiwa besar AMANAH yang mencerminkan politik matang dan sejahtera sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan bukan untuk menzalimi rakyat, menyelewengkan wang negara, menekan rakyat serta membelakangkan agama dan demokrasi.
Terbaru Amanah bersedia menawarkan pertolongan kepada PAS sekiranya parti Islam itu memerlukan bantuan guaman untuk menyaman laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana tuduhan Sarawak Report terhadap PAS amat berat dan wajar diambil tindakan.
“Oleh itu, saya minta PAS segera membersihkan namanya daripada fitnah besar ini dengan menyaman Sarawak Report.
“Saya juga yakin PAS mempunyai pasukan peguam yang kuat untuk menyaman Sarawak Report. Kalau mereka tidak ada, kami juga sedia membantu,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal internet hari ini.
Semalam, PAS bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berita itu palsu dan berniat jahat, selain mempunyai agenda untuk mengaitkan parti itu dengan Umno.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin berpendapat adalah menajdi tanggungjawab PAS untuk membersihkan nama parti itu dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.
Beliau juga berharap tindakan undang-undang seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada pihak lain tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tidak berasas.
“Maknanya sebarang tuntutan harus berasas. Jangan sekadar sebut RM90 juta tetapi tidak menunjukkan transaksinya, siapa yang dapat dan sebagainya. Mana-mana pihak berhak menyaman atas tuduhan seperti itu,” katanya.
Malah beliau juga mengakui mustahil sesebuah parti menerima wang sebanyak RM90 juta kecuali parti itu adalah Umno.

OLIMPIK RIO : MALAYSIA MENANG PINGAT EMAS?

Malaysia tidak pernah menang pingat emas dalam sejarah sukan paling berprestij di dunia iaitu Sukan Olimpik. Keinginan rakyat Malaysia untuk melihat atlet kita menaiki podium dengan kedudukan pingat emas masih belum kesampaian. Apakah hajat di Rio De Jenerio kali ini juga tingga angan-angan Mat Jenin.
Thailand awal-awal lagi memenangi pingat emas. Indonesia, Singapura juga telah memenangi pingat. Agaknya bilalah giliran Malaysia.
Lee Chong Wei sebelum ini nyaris-nyaris menghadiah pingat emas namun kecundang di pentas akhir perseorangan lelaki Badminton di dua temasya sebelum ini. 
Kali ini rakyat Malaysia sekali lagi mengharapkan Chong Wei dan Pandaleela Rinong. Kedua-dua atlet ini mungkin sudah terlalu tua untuk menyumbangkan sesuatu pada temasya akan datang. Jadi edisi kali ini adalah peluang keemasan terakhir kita unguk melunaskan hajat yang terpendam sejak sekian lama.
Pandelela Rinong dan Cheong Jun Hoong beraksi hari ini di Maria Lenk Aquatics Center di Rio De Janeiro. 
Pasangan itu akan bersaing dalam acara 10m platform seirama bersama-sama pasangan penerjun nombor Satu dunia dari China, Chen Ruolin dan Liu Huixia.
Bagaimanapun, kedua-dua penerjun negara itu perlu berdepan dengan pasangan penerjun dari Korea Utara, Kim Kuk Hyang dan Kim Mi Rae selain pasangan yang berpeluang meraih pingat dari Kanada, Meaghan Benfeiro dan Roseline Filion.
Pasangan China merupakan pilihan ramai untuk mengekalkan pingat emas dengan pasangan Korea disebut-sebut untuk meraih pingat perak manakala Malaysia, Kanada, Mexico perlu berentap untuk gangsa.

"Saya tidak nampak sebarang sebab kenapa kita tidak boleh menjadi antara pesaing pingat," kata Pandelela.

"Saya mendapat pengalaman dalam Sukan Olimpik London dan kami kini lebih bersedia untuk podium," kata pemenang pingat gangsa berusia 23 tahun pada Sukan Olimpik London 2012 dalam acara 10m platform individu.
Ratu acara terjun kelahiran Sarawak itu tidak akan bersendirian apabila ibu bapanya, Pamg Heng dan Harti Lamin dan abang sulungnya, Pardika Inboma akan menyaksikan beliau beraksi.

"Dalam Olimpik London, tiada siapa menjangkakan saya menang satu pingat dan kedua-dua ibu bapa saya juga tidak ada di sana, namun kali ini mereka berpeluang melihat saya beraksi," kata Pandelela.
Beliau juga akan beraksi dalam acara kegemarannya 10m platform individu bersama rakan senegara Nur Dhabitah Sabri pada 18 Ogos.

CCO MAS : RAKYAT MALAYSIA SEMUA TIDAK PANDAI?

Agaknya semua rakyat Malaysia tidak pandai sehingga tidak ada yang layak untuk memegang jawatan tinggi dalam Malaysian Airlines Berhad (MAB).
Malang bagi rakyat Malaysia apabila syarikat sendiri pun tidak percaya kepada kebolehan kita apatah lagi syarikat luar. Inilah nasib kita ...........
Malaysia Airlines Bhd (MAB) harus mencontohi syarikat penerbangan Malindo Air dan AirAsia Bhd yang melantik rakyat tempatan sebagai pegawai tertinggi.
Bekas CEO Malaysia Airlines Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata rakyat Malaysia sendiri sebenarnya mampu dan layak untuk memegang jawatan tertinggi dan bukannya diberikan kepada orang luar.
“Saya berpendapat, tidak perlu pegawai asing seorang pun, ramai orang Malaysia daripada pelbagai bangsa boleh menjalankan tugas itu.
“Apa guna kita ambil orang asing sedangkan ramai orang kita boleh buat, cuba kita lihat Malindo Air dan AirAsia,” katanya ketika dihubungi FMT, hari ini.
Aziz berkata demikian ketika mengulas kenyataan Ketua Pegawai Eksekutif MAB Peter Bellew yang mengumumkan pelantikan Arved von zur Muehlen sebagai ketua pegawai komersial (CCO).
Katanya, pekerja tempatan sering mengadu kepadanya kerana tidak berpuas hati dengan sikap pegawai tertinggi asing.

KASIHAN NAJIB : MERAYU TAGIH SIMPATI LAGI

Jaga institusi Presiden atau jaga kedudukan Datuk Seri Najib Razak?  

Sebelum ini Najib  tidak bercakap soal menjaga institusi Presiden ketika Pak Lah hendak diturunkan dahulu. Di saat beliau berhadapan dengan 1000 satu kontroversi beliau bercakap soal mempertahankan institusi Presiden. Kita semua tahu jika Najib tidak jadi Presiden Umno pun, orang lain boleh menjadi Presiden. Bukan Najib seorang sahaja ada dalam Umno.



Malah bukan sahaja rakyat ingin tumbangkan Najib, institusi Presiden malah Umno itu sendiri rakyat ingin tumbangkan melalui Pilihanraya Umum ke 14 akan datang. Tidak perlulah Najib menagih simpati dari rakyat khususnya orang Umno. Najib kena ingat tidak semua orang Umno boleh ditipu dengan ungkapan manis bersifat patriotik parti dan semangat kebangsaan. Orang Umno sendiri sudah ramai yang cerdik dan bijak. Mereka dapat menilai yang mana mereka perlu tegakkan dan yang mana mereka perlu tukarkan.



Takkan Orang Umno ingin  berterusan berketuakan pemimpin yang penuh dengan kontroversi. Mereka juga ada air muka dan maruah. Mereka bukan lagi ahli dan penyokong Umno era 60-an, 70-an atau 90-an. Mereka adalah orang yang bermaklumat di era langit terbuka dunia tanpa sempadan ini.



Kasihan Najib, sudah berapa kali merayu dan merintih menagih simpati. Mengapa susah sangat undur berundur. Suatu hari semua manusia akan terpaksa berundur kerana kita bukannya hidup menongkat langit. Satu hari sudah tentu kita dipanggil pulang olehNya. 



Najib hari ini mengingatkan semua anggota Umno diingatkan supaya menjaga institusi presiden parti kerana kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan parti keramat orang Melayu itu lemah.

Perdana Menteri berkata sekiranya institusi presiden Umno diganggu gugat ia menyukarkan pemimpin yang dipilih untuk memimpin dan menjalankan tugas sekali gus menyebabkan parti menjadi lemah.
"Jaga parti dan institusi presiden Umno, bukan jaga saya. Love me as president (Sayangi saya sebagai presiden) kerana satu hari nanti pengganti saya bakal ambil alih (tugas presiden).
"Kalau parti lemah siapa yang akan menjadi ketua untuk membawa kita ke hadapan?, Maka untuk pastikan parti tidak lemah, semua peringkat bahagian perlu jaga keharmonian," katanya.
Najib yang juga Presiden Umno berkata demikian ketika berucap merasmikan serentak persidangan perwakilan Umno dan sayap Bahagian Bukit Gantang, Taiping, Bagan Serai dan Parit Buntar di Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) di sini hari ini.

TARIAN GELEK : PUTERI UMNO MENTAH POLITIK ATAU MENTAH AGAMA?

Inilah akibatnya apabila parti tidak mementingkan pegangan agama, akhlaq, tata susila. Takkanlah tarian gelek yang jelas lucah seperti ini mereka tidak tahu hukumnya di sisi Islam. Kita semua tahu memang Umno tidak mementingkan semua itu. Apa yang penting projek, wang ringgit, perniagaan, perut dan bawah perut.
Puteri Umno Kota Bharu memohon maaf secara terbuka selepas rakaman tarian gelek pada Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Pergerakan Khamis lalu menjadi viral.
Dalam satu kenyataan, Puteri Umno Kota Bharu berkata mereka akur dan merasa amat kesal atas kesilapan tersebut.
“Kami juga sedar masih baru dalam politik dan banyak lagi yang perlu dipelajari. Insiden ini memberikan pengajaran yang amat berharga kepada kami, walaupun pahit.
“Kami akan mengambil iktibar atas keterlanjuran ini,” kata kenyataan yang disiarkan di laman FB Puteri Umno Kota Bharu dua hari lalu.
Ekoran itu, Puteri Umno Kota Bharu berharap isu itu tidak akan terus berlarutan dan semua pihak dapat memberi peluang kepada mereka.
Rakaman yang tersebar itu menunjukkan empat penari wanita berpakaian menutup aurat dan bertudung tetapi mempersembahkan tarian gelek sebagai pembuka acara tersebut.

MALAYSIA GAGAL LAHIRKAN PEKERJA MAHIR???

Hajat dihati ingin menjadi negara maju tetapi ternyata gagal dari segi melahirkan tenaga pekerja mahir. Hanya 28 peratus rakyat Malaysia terdiri daripada tenaga kerja berkemahiran tinggi, satu angka yang agak rendah jika dibandingkan dengan negara-negara maju lain yang mencapai tahap 40 peratus tenaga kerja mahir di kalangan rakyatnya.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Ismail Abd Muttalib berkata, sehubungan itu kementerian komited untuk mempertingkatkan sekurang-kurangnya tujuh peratus jumlah berkenaan memastikan negara berada di landasan yang betul untuk muncul sebagai negara maju menjelang 2020.
“Usaha melahirkan modal insan berkemahiran tinggi ini pastinya selaras dengan perkembangan dan permintaan industri di Malaysia dan bagi mencapai hasrat itu, kementerian melalui Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) antara lain telah membangunkan Sistem Persijilan Kemahiran Malaysia.
“Sistem ini dibangunkan mengikut peruntukan Akta Pembangunan Kemahiran Kebangsaan (Akta 652) bagi mengawal selia dan menjamin kualiti program latihan kemahiran yang dikendalikan oleh mana-mana penyedia latihan,” katanya.
Beliau berkata demikian pada perasmian Seminar Human Resources Summit di sini hari ini. Teks ucapan beliau dibacakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia, Datuk Seri Adenan Abdul Rahman.
Persoalannya sekarang adakah Sijil Kemahiran Malaysia itu benar-benar mampu menjadi bukti bahawa lulusannya adalah mahir dan kompeten. Adakah mereka-mereka layak diterima bekerja diluar negara dengan SKM tersebut. Jika jawapannya tidak, kita harap kementerian janganlah angkat bakul, kaji dan buatlah penambahbaikan kepada SKM itu sendiri.

ZAINAL ABIDIN KENA PECAT, MALANG NASIBNYA

Menjadi jurulatih sukan memang mempunyai risiko tinggi. Ketika pasukan yang dilatihnya hebat dan menjadi juara, mereka dipuji dan dipuja. Tetapi sebaliknya jika tewas mereka ditendang bagai kucing kurap. Itulah resam dunia sukan.
Terbaru Selangor memecat Jurulatih pasukan bolasepaknya Zainal Abidin Hassan tanpa memberikan amaran awal atau signal.
Zainal mengakui terkejut menerima berita pemecatannya, nasib baik beliau tidak ada sakit jantung.  Kalau tidak tidak tahu apa terjadi.
Namun Zainal Abidin, 54, tetap akur dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) itu, yang diumumkan presidennya sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali pada Ahad lepas.
“Itu hak mereka jika tidak mahu gunakan khidmat saya… tanpa beri isyarat, memang terkejut tapi saya tidak boleh bantah,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini hari ini.
Menurut FAS, pemecatan Zainal Abidin itu adalah disebabkan kemerosotan prestasi skuad Gergasi Merah selepas tewas buat kali keempat berturut-turut dalam saingan Liga Malaysia musim ini.
Menjelaskan mengenai prestasi pasukannya itu, Zainal Abidin berkata pada awal musim skuad utama berada dalam kondisi terbaik namun tersepit selepas beberapa tonggak pasukan mengalami kecederaan.
Namun bagi admin kami merasakan tindakan Zainal berpindah dari Pahang ke Selangor adalah tindakan kurang tepat. Zainal dilihat lebih serasi bersama Pahang setelah membawa Pahang ke mercu beberapa kejayaan sebelum ini.

'SULTAN MELAKA' DIDAPATI BERSALAH TIPU ORANG

Kasihan 'Sultan Melaka' sudahlah tidak dapat naik takhta yang dihajati beliau, kini hidupnya pun tidak tenteram kerana sering diburu dan dijatuhkan hukuman akibat kesalahan yang dia sendiri tempah.
Media melaporkan semalam bahawa seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tiga pertuduhan kerana menipu seorang individu untuk mempercayai dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh mendapatkan mangsa persalinan diraja pada Mei tahun ini.
Sabirin Yusuf (nama sebenar 'Sultan Melaka'), 48, dituduh menipu Poniran Sumardi dengan memperdayakan lelaki itu bahawa dirinya adalah Sultan Melaka dan boleh menolong mangsa mendapatkan persalinan diraja Melaka sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai RM700.
Tertuduh yang melakukan kesalahan itu pada awal Mei lepas, di alamat No 129, Jalan Pesona 12, Taman Pelangi Indah, juga didakwa melakukan kesalahan sama pada pertengahan Mei dan penghujung Mei tahun ini.
Ketiga-tiga pertuduhan itu mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang setiap pertuduhan jika sabit kesalahan boleh dipenjara tidak kurang daripada setahun dan maksimum 10 tahun dan dengan sebat dan boleh dikenakan denda.
Timbalan Pendakwa Raya Siti Asmah Zainal Ariffin menawarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 bagi setiap pertuduhan.

08 August 2016

DUN TERENGGANU : USUL LUCU DAN PELIK BAGI SELAMATKAN MB

Pelbagai pihak melihat bahawa ada usaha untuk mengemukakan usul tergempar selain undi tidak percaya pada Sidang Dun Terengganu hari ini. Satu usul yang pelik, lucu dan bangang diserahkan kepada Speaker Dun Terengganu, Zuber Embong. Apa tujuan usul tersebut??
Ianya kemungkinan dirancang sebagai 'cover' kepada usul undi percaya jika ada pada sidang tersebut. 
Usul itu langsung tidak berkaitan dengan kepentingan umum, semasa dan jelas tidak relevan. Malah Speaker sendiri seolah-olah mahu menyembunyikan usul tersebut sehingga didesak oleh Adun Pembangkang.
Beliau kemudiannya memberitahu dewan bahawa usul itu panjang, namun didesak juga oleh pembangkang untuk menyebut usul itu.
“Usul ini agak panjang dan saya memerlukan masa untuk membacanya,” jelas Speaker Dewan.
“Kami nak tahu jugak sikit, sebut tajuk sikit pun tak apa,” desak Adun Alur Limbat.
“Oh, boleh, boleh. Berkenaan dengan symptom-simptom hepatitis B batuk kokol dan sebagainya.
Jadi saya nak baca dulu,” kata beliau yang menyebabkan dewan menjadi gamat dengan ketawa, sindiran dan perang mulut diantara kedua-dua Adun.
Akhirnya Speaker memutuskan untuk menangguhkan persidangan sehingga jam 11.20 pagi.
Sidang Dun Terengganu hari ini menyaksikan kehadiran yang sangat ramai kerana mungkin mereka ingin mengetahui dengan sendiri perkembangan pemerintahan negeri yang diwar-warkan akan berlaku sesuatu yang mengejutkan hari ini.
Turut hadir ialah Adun Kijal, Dato’ Ahmad Said yang menjadi pencetus kepada isu menukar kerajaan beberapa hari yang lalu.
Sumber : Mdateline

KAMI SOKONG PAS SAMAN SARAWAK REPORT

Kami admin Blog Mutaligat menyokong penuh PAS untuk menyaman Sarawak Report yang menyiarkan berita pimpinan PAS menerima RM90 kita dari Najib.

Biar mahkamah bicarakan kes ini. Lain kali kalau tiada bukti jangan suka-suka siarkan berita sebegini.

Biar mahkamah tentukan betulkah ada yg terima RM90 juta .......

Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata PAS akan menyaman Sarawak Report di mahkamah berikutan berita Sarawak Report yang menyatakan bahawa pimpinan PAS mendapat RM90juta dari Najib.

Kami memetik laporan Harakahdaily yang menyiarkan kenyataan Tuan Ibrahim bahawa, PAS akan mengambil tindakan undang-undang ke atas laporan tersebut yang mempunyai niat jahat dan mencemar nama baik parti dan dasar Islam yang menjadi teras kepada perjuangan PAS.

PAS ingin menegaskan bahawa berita tersebut adalah palsu dan berniat jahat.

Tindakan memfitnah PAS ini menjejaskan dengan teruk kepercayaan orang ramai kepada semua laporan mereka selama ini.

Selaras dengan sabda Rasulullah SAW bermaksud, "Sesungguhnya fitnah itu sedang tidur, Allah melaknat sesiapa yang mengejutkannya", saya menggesa agar orang ramai agar menjauhi fitnah dan elak menyebarkan sebarang berita yang berbentuk fitnah, terutamanya laporan Sarawak Report terbaru ini.

LAKI2 MIANG KENA SAMUN

Gara-gara miang dengan godaan wanita, 2 lelaki disamun. Lain kali jangan miang-miang. Lelaki yang kedua-duanya berusia 28 tahun dari Kuching yang menginap di sebuah hotel bajet di bandar ini menjadi mangsa samun berkumpulan selepas diumpan dengan wanita muda yang menawarkan khidmat seks semalam.

Sekarang ini macam-macam taktik dilakukan penjenayah untuk memerangkap mangsa. Alahai Si Miang ........dah lah tak dapat melampiaskan nafsu .....muka pula berlumuran darah.
Dalam kejadian sekitar 10.30 malam itu, salah seorang mangsa membuka pintu bilik apabila mendengar ketukan dan mendapati seorang wanita sedang berada di luar dan menawarkan khidmat seks.
Sejurus selepas wanita itu masuk ke dalam bilik, dua lelaki lain menyerbu
masuk dan memaksa mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM300 serta merampas dua unit telefon bimbit kepunyaan pengadu dan rakan sebiliknya.
"Apabila pengadu cuba menghalang, dia telah ditumbuk dengan menggunakan alat buku lima sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian kepala.
Ketiga-tiga suspek terus melarikan diri bersama tiga lagi rakan yang
menunggu di bawah hotel," kata Ketua Polis Daerah Sibu ACP Saiful Bahari Abdullah dalam satu kenyataan di Sibu hari ini.
Beliau berkata, polis telah memberkas enam individu terdiri daripada lima
lelaki berusia antara 19 tahun hingga 30 tahun serta seorang wanita berusia 23 tahun di sebuah rumah sewa di bandar ini pada malam sama bagi membantu siasatan.
Seorang lelaki berusia 22 tahun dan wanita berusia 23 tahun itu yang
dipercayai pasangan didapati mempunyai rekod lampau berkaitan dadah.
Menurutnya, polis juga berjaya merampas dua unit telefon bimbit yang
dilaporkan hilang dan buku lima.
Polis percaya kejadian merupakan modus operandi baharu yang menjadikan penginap hotel bajet sebagai sasaran dengan umpanan seorang wanita yang menawarkan khidmat seks.
Mereka kini direman tujuh hari bermula hari ini dan kes itu disiasat di
bawah Seksyen 394 dan 395 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera semasa melakukan samun berkumpulan.
Bernama

KERAJAAN TERENGGANU TENAT!

KENYATAAN MEDIA

Buat sekian kalinya kemelut kepimpinan politik Terengganu kembali menjadi perhatian umum apabila bekas Menteri Besar Dato Sri Ahmad Said membuat cabaran terbuka terhadap Menteri Besar Ahmad Razif Abd Rahman agar meletakkan jawatan sehingga mencetuskan khabar angin mengenai satu lagi pertukaran Menteri Besar.

Beliau turut membuat pelbagai pendedahan terbuka mengenai beberapa isu seperti 1MDB yang cuba diseretkan dengan royalti minyak Terengganu, telaga minyak Bertam yang di’serahkan’ kepada kerajaan Pahang, pembinaan LPT2 yang menggunakan wang hasil minyak negeri Terengganu serta serta penyelewengan beberapa pimpinan tertinggi UMNO Terengganu. Dengan perkembangan terbaru ini, kedudukan UMNO sebagai parti yang memerintah di negeri Terengganu sekali lagi berada didalam keadaan terumbang-ambing.

Pada awal Mac lalu, Datuk Seri Ahmad Said, telah cuba membawa usul undi tidak percaya terhadap Ahmad Razif di Dewan Undangan Negeri Terengganu sehingga mencetuskan perdebatan besar mengenai kedudukan Menteri Besar disisi perlembagaan dan undang-undang tubuh negeri Terengganu.

Walaupun UMNO masih mempunyai kedudukan ‘simple majority’ di Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan 17 ADUN, manakala pembangkang memiliki 15 kerusi, namun dengan perkembangan terbaru ini, bagi saya mereka mempunyai bebera pilihan;

1.    Terus mempertahankan kepimpinan Ahmad Razif sebagai Menteri Besar sehingga pilihanraya Umum ke 14 yang akan datang

2.    Melantik Menteri Besar yang baru

2.    Membentuk kerajaan perpaduan dengan parti pembangkang khususnya Pas

3.    Membubarkan DUN dan diadakan pilihanraya Negeri

Bagi saya, walaupun dengan kedudukan majoriti tipis yang ada pada UMNO di DUN, apapun keputusan yang bakal dibuat oleh pimpinan UMNO, kemelut dalaman kepimpinan mereka telah mengheret rakyat Terengganu didalam krisis yang tidak berkesudahan ini.

Rata-rata rakyat Terengganu mahu kemelut ini diselesaikan dengan segera kerana rata-rata rakyat awam sudah terlalu muak dengan sikap terlalu banyak ‘berpolitiking’ sedangkan rakyat kini dihimpit dengan tekanan kos kehidupan termasuk GST yang amat membebankan mereka.

Seperti yang saya telah tegaskan Negeri Terengganu juga sedang berhadapan dengan cabaran getir dengan penurunan drastik bajet tahunan 2016 dari RM2.3 bilion kepada hanya sekitar RM640 juta sahaja akibat dari terlalu bergantung kerajaan Terengganu kepada sektor minyak dan gas.


Saya juga ingin senaraikan beberapa projek-projek mega di seluruh negeri Terengganu serta beberapa pelaburan di luar negara yang sedang ‘tenat’;

1. ‘Projek Taman ilmu’ di Tembila yang bernilai lebih dari RM500 juta.
Ia dibina diatas tanah seluas 280 hektar dan sepatutnya siap pada tahun 2008. Kini projek mega ini terus terbengkalai dan berhadapan dengan kes saman Mahkamah oleh pihak kontraktor dan konsultan.

2. Projek Bebas Cukai Kenyir Terengganu yang bernilai lebih RM400 juta.
Projek in sepatutnya beroperasi sepenuhnya pada tahun 2015 dengan menjanjikan pulangan pelaburan dari Perancis dan Cina bernilai lebih RM 2 bilion. Kini projek ini masih ‘sakit’ dengan kerajaan negeri sendiri terpaksa mengeluarkan peruntukan yang besar termasuk pembinaan perumahan dan kompleks Kastam.

3. Pelaburan ladang kelapa sawit bernilai lebih RM400 juta di Kalimantan, Indonesia oleh TDM bhd.
Penbelian kawasan ladang kelapa sawit seluas 25,000 hektar itu kini difahamkan kini bermasalah dan berada didalam keadaan yang tidak menentu dan pihak kerajaan negeri sedang berusaha untuk menjualnya kembali kepada pihak lain.

4. Pembelian syarikat makan segera Chicken Cottage dengan pelaburan bernilai RM 25 juta di United Kingdom
Pada tahun 2013, Syarikat kerajaan negeri, TI Global Food Holdings Ltd, anak syarikat Terengganu Incorporated Sdn Bhd (Terengganu Inc) telah memperuntukkan RM25 juta untuk membeli 70 peratus kepentingan dalam syarikat makanan segera yang berpangkalan di United Kingdom, Chicken Cottage Ltd. Walaupun kini ia membuka cawangan pertama di Kuala Terengganu, pulamngan pelaburan adalah tidak setimpal  dan kerajaan negeri terpaksa mennggung pelbagai kos sampingan yang membebankan.

Ini tidak termasuk lagi dengan tuntutan kerajaan Terengganu kepada kerajaan Pusat seperti tuntutan royalti minyak, tuntutan telaga minyak Bertam yang di ‘serah’ kepada negeri Pahang, tuntutan pembinaan LPT2 dan pelbagai lagi projek yangdi selewengkan. Atas rasa tanggungjawab inilah saya ingin menyeru semua pihak agar kita sama-sama mengenepikan sentimen ‘kepartaian sempit’ dan 'kepentingan peribadi' serta sikap terlalu banyak ‘berpolitik’ bagi memastikan kepentingan rakyat Terenganu terus di jamin dan di hormanti.

Marilah kita sama-sama menyelamatkan negeri Terengganu ini serta menyempurnakan tanggungjawab secara adil lagi saksama, jujur lagi ikhlas, amanah lagi berintrigriti. Kita sama-sama berdoa agar seluruh rakyat dan negeri Terengganu Darul Iman ini sentiasa dirahmati oleh Allah swt. bagi kita melangkah ke lembaran baru demi kepentingan agama dan rakyat khususnya.

SELAMATKAN TERENGGANU DARUL IMAN.

Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi,
ADUN Batu Burok,Terengganu.

8hb. Aug. 2016 bersamaan 5hb. Zulkaedah 1437
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter