AMANAH SEDIA BANTU PAS SAMAN SARAWAK REPORT

Walaupun PAS terus terusan memenci AMANAH tetapi tetap bermanis muka dan menghulurkan tangan persahabatan kepada PAS. Walaupun AMANAH dituduh dan dilabel dengan macam-macam gelaran dan labelan, tetapi AMANAH tetap tersenyum bersedia bekerjasama dengan PAS.
Inilah jiwa besar AMANAH yang mencerminkan politik matang dan sejahtera sedia bekerjasama dengan sesiapa sahaja asalkan bukan untuk menzalimi rakyat, menyelewengkan wang negara, menekan rakyat serta membelakangkan agama dan demokrasi.
Terbaru Amanah bersedia menawarkan pertolongan kepada PAS sekiranya parti Islam itu memerlukan bantuan guaman untuk menyaman laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Naib Pengerusinya, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, ini kerana tuduhan Sarawak Report terhadap PAS amat berat dan wajar diambil tindakan.
“Oleh itu, saya minta PAS segera membersihkan namanya daripada fitnah besar ini dengan menyaman Sarawak Report.
“Saya juga yakin PAS mempunyai pasukan peguam yang kuat untuk menyaman Sarawak Report. Kalau mereka tidak ada, kami juga sedia membantu,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh sebuah portal internet hari ini.
Semalam, PAS bertegas mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap laman web Sarawak Report atas dakwaan parti itu menerima RM90 juta daripada Najib.
Timbalan Presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, berita itu palsu dan berniat jahat, selain mempunyai agenda untuk mengaitkan parti itu dengan Umno.
Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Dr Shaharuddin Badaruddin berpendapat adalah menajdi tanggungjawab PAS untuk membersihkan nama parti itu dan membawa perkara tersebut ke muka pengadilan.
Beliau juga berharap tindakan undang-undang seperti ini dapat menjadi pengajaran kepada pihak lain tidak sewenang-wenangnya membuat tuduhan tidak berasas.
“Maknanya sebarang tuntutan harus berasas. Jangan sekadar sebut RM90 juta tetapi tidak menunjukkan transaksinya, siapa yang dapat dan sebagainya. Mana-mana pihak berhak menyaman atas tuduhan seperti itu,” katanya.
Malah beliau juga mengakui mustahil sesebuah parti menerima wang sebanyak RM90 juta kecuali parti itu adalah Umno.

Comments