.

.

20 November 2010

BANGUNAN PASTI DAN SURAU DIBINA SECARA SAH

Ingin ditegaskan sekali lagi bahawa bangunan Surau dan PASTI Bukit Katil dibina secara sah dengan pelan yang di'approve'kan Majlis Perbandaran Melaka Tengah (sekarang Majlis Perbandaran Melaka Bersejarah MBMB).

Tuduhan Ali Rustam bahawa Surau dan PASTI Bukit Katil dibina secara Haram tanpa pelan adalah fitnah.

18 November 2010

Surau dan PASTI Bukit Katil dirobohkan 6 bulan lagi

Ada maklumat yang menyatakan bahawa Surau dan PASTI Bukit Katil akan dirobohkan 6 bulan lagi. Saya sebagai salah seorang ahli jemaah surau sekali mengingatkan pihak kuasa jangan cuba roboh rumah Allah kerana kita takut kemurkaan Allah.

Rombakan kabinet : Khairy kempunan lagi?

Najib kemungkinan akan membuat rombakan kabinet tidak lama lagi. Pelbagai cerita di dengari antaranya menteri-menteri pencen akan dilantik semula antaranya Azalina dan Tengku Adnan yang masih merupakan Ahli Parlimen.

Apakah Khairy, Ketua Pemuda akan dibawa masuk ke dalam kabinet setelah dimalukan beberapa kali oleh Najib pada rombakan kabinet sebelum ini.

Ada juga yang menjangkakan beberapa orang menteri akan dipencenkan.

17 November 2010

Kerajaan pandai perintah : Hutang rakyat tanggung RM 14,000 seorang

Akibat terlalu pandai memerintah rakyat Malaysia sekrang ini terpaksa menanggung hutang sebanyak RM14,000 seorang. Hebat sungguh BN perintah sehingga hutang keliling pinggang. Jika kerajaan sekarang terus diberi mandat kita bimbang negara kita akan muflis seperti yang dikata oleh Idris Jala.

ini adalah disebabkan pembaziran dan ketirisan wang negara disebabkan rasuah dan penyelewengan.

Flashback : Siapa penghuni lubang kubur RM140,000

Di saat rakyat miskin kais pagi makan pagi, pihak tergamak menyediakan lubang kubur berharga RM140,000 seorang untuk VVIP. Lubang itu berjumlah 250 lubang utk muslim dan 250 untuk bukan muslim. Lubang kubur orang mati nampaknya lebih penting dari kebajikan rakyat miskin yang tiada rumah.

Jumlah RM140,000 itu jika dibina rumah kos rendah sudah tentu boleh dibina sebanyak 3 buah. Maksudnya 1 lubang kubur sama nilai dengan 3 buah rumah orang miskin.

16 November 2010

Berkorban untuk tegakkan kebenaran

Umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidil Adha Rabu ini. Aidil Adha menuntut umat Islam berkorban. Setiap tahun ramai yang berkorban binatang.Namun adakah mereka yang berkorban itu sanggup berkorban untuk menegakkan keadilan dan kebenaran?

Saya akan kalau semua umat Islam di Malaysia ini memahami falsafah Aidil Adha saya yakin sudah lama Parti Islam menang di Malaysia.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam.

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada seluruh umat Islam.

15 November 2010

PENYELEWENGAN : MENGAPA RAKYAT TIDAK KISAH?

Kita hairan dan pelik dengan rakyat Malaysia yang tidak kisah dengan penyelewengan dan salah laku kerajaan yang memerintah. Walaupun pelbagai pendedahan dibuat oleh Ketua Audit Negara dalam laporan auditnya untuk tahun 2009, majoriti rakyat Malaysia seolah-olah tidak kisah dan buat 'dek' sahaja.

Pendedahan itu bukannya dibuat oleh PR tetapi oleh Ketua Audit negara di dalam laporan rasminya, namun masih ramai yang mempertikaikannya bila ia didedahkan kepada umum. Tidak kurang yang bertanya mana bukti termasuklah SPRM. Sepatutnya SPRM tidak perlu menunggu laporan atau tidak perlu bersusah payah untuk mencari bukti kerana juruaudit telah membuktikannya semasa proses pengauditan dahulu.

Kalau di negara luar sudah tentu ramai Menteri, Menteri Besar dan Ketua Menteri yang disiasat dan didakwa kerana bukan sedikit penyelewengan dan salah laku yang dilaporkan oleh dalam laporan Ketua Audit negara ini.

Malangnya di negara kita, SPRM dan rakyat seolah-olah buat 'dek' sahaja. Rakyat kita sebenarnya mengamalkan fahaman asal aku senang, mudah cari makan, anak boleh sekolah dan masuk universiti sudah cukuip, orang atas nak buat aku tak kisah. Sebab itulah negara kita yang sepatutnya penuh dengan kebajikan sebaliknya penuh dengan rasuah dan penyelewengan. Duit rakyat tiris dan hangus begitu sahaja. Rakyat buat 'dek' sahaja.

Kelangsungan PAS : Pendekatan baru wajib dikenalpasti

Saya sangat bersetuju dengan pandangan Dato Tuan Ibrahim, Dr Ghazali Mahyuddin dan Dr Dzulkefly Ahmad bahawa PAS perlu mencari pendekatan baru bagi meneruskan kelansungan perjuangan mendepani cabaran mendatang.

Ketiga-tiga mereka mengeluarkan cadangan sedemikian pada Seminar PAS Ganti Umno, di Shah Alam , Sabtu lalu.

Pendekatan lama yang telah diamalkan sejak turun temurun seperti ceramah dan melakukan program berasingan dengan masyarakat dan sebagainya dilihat tidak mampu untuk meningkatkan sokongan rakyat kepada PAS.

Ceramah dilihat hanya dihadiri oleh ahli dan penyokong tidak sama seperti sasaran. Mungkin ceramah boleh terus dijalankan untuk menaikkan semangat ahli tetapi tidak boleh dijadikan satu-satunya program yang boleh meningkatkan sokongan rakyat.

Pendekatan menjauhkan diri dari masyarakat seperti solat di surau sendiri, melaksanakan korban sesama ahli dan sebagainya mungkin menyebabkan rakyat semakin menjauhi PAS. Apa yang penting PAS menunjukkan kesediaan untuk bersama masyarakat walaupun institusi masyarakat memulaukan PAS. Mungkin dengan pemulauan itu rakyat yang tidak fanatik kepada Umno/BN dapat melihat bahawa bukan PAS yang mengasingkan diri tetapi Umno yang angkuh dan sombong memencilkan PAS.

PAS juga mesti menjadi juara masyarakat dengan program-program kebajikan dari masa ke semasa. Memang kita tidak mempunyai duit yang banyak namun kita ada ramai petugas dan ahli yang komited yang boleh menyumbangkan tenaga bila-bila masa.

Stail politik dan pendekatan lama boleh dikekalkan tetapi pada masa yang sama memperkenalkan program-program baru yang dikenalpasti berpotensi untuk meraih sokongan rakyat yang semakin cerdik dan bermaklumat.

TANDA PRU : NAJIB TURUN PADANG AWAL TAHUN DEPAN

Presiden Umno, Najib Razak dijadualkan mula turun padang bertemu dengan rakyat dan penyokong Umno pada awal tahun hadapan. Menurut laporan pihak telah membuat rancangan yang rapi tentang jadual beliau bertemu rakyat.

Muhyiddin juga mempunyai jadual yang sama bermula awal tahun depan.

Pemerhati politik meramalkan lawatan kedua-dua pemimpin tertinggi Umno/BN bertemu akar umbi ini adalah sebagai persediaan untuk Umno/BN menghadapi pilihanraya umum ke 13. Adalah dijangka sebaik sahaja selesai lawatan ini Najib berkemungkinan besar akan mengumumka sesuatu yang besar berkait dengan pembubaran parlimen.

Bagi pihak PR kita sentiasa bersedia bila-bila masa untuk berdepan dengan BN walaupun mungkin kali ini akan ada sedikit masalah selepas pemilihan PKR dan DAP. Namun semua itu akan dapat diatasi dalam masa yang singkat.

SEJAK BILA UMNO PANDAI BERJIMAT

Pada Jumaat lalu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ramli Mahmud memaklumkan Sultan Sharafuddin telah membatalkan keberangkatan baginda ke majlis sambutan ulang tahun ke-40 yayasan itu di Asrama Tun Dr. Ismail, Kampung Pandan, Kuala Lumpur, Isnin ini kerana terkejut dan dukacita dengan kos penganjurannya yang melebihi RM300,000.

Menurut Ramli, Sultan Selangor menyifatkan kos yang amat tinggi itu sebagai pembaziran dan berpendapat wang itu lebih berfaedah jika digunakan untuk belanja pembelajaran dan kebajikan golongan kurang berkemampuan.

Tindakan Baginda Sultan Selangor wajar dan harus dipuji kerana baginda sendiri ingin memberikan pengajaran kepada rakyat tentang pentingnya berjimat cermat.

Cuma yag musykil di hati saya ialah 'kehebatan' pemimpin Umno, khususnya Noh Omar yang melemparkan pelbagai tuduhan kepada kerajaan negeri Selangor.

Antaranya beliau mendesak Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Yayasan Selangor kerana Noh mendakwa Khalid gagal untuk memantau pembaziran yang dilakukan oleh pengurusan badan berkenaan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor itu juga berkata, Abdul Khalid tidak layak memimpin yayasan itu kerana beliau hanya menyerahkan kepada pihak pengurusan untuk melakukan apa sahaja tanpa perlu memaklumkan kepadanya.

Saya ingin bertanya kepada Noh sejak bila pula Umno berubah perangai dengan mementingkan sifat jimat cermat sedangkan semasa Umno memerintah Selangor dulu wang peruntukan Wakil Rakyat BN berjumlah puluhan juta dihabiskan dalam masa beberapa bulan sahaja. Selain itu 'claim' untuk lawatan ke luar negeri juga bernilai jutaan ringgit yang tidak masuk akal pun, Noh tidak ungkit dan buat aduan.

PAS JANGAN MIMPI GANTI UMNO - NAKHAIE AHMAD

Lebih Umno dari pemimpin Umno. Itulah yang boleh kita katakan kepada Nakhaie Ahmad bekas pemimpin PAS yang menggugurkan dirinya sendiri dari perjuangan PAS.

Semalam beliau membuat kenyataan bahawa Pas usah bermimpi untuk menggantikan UMNO sebagai parti pilihan bagi orang Melayu selagi ia gagal menjadi parti yang dominan di dalam pakatan pembangkang.

Nakhaie Ahmad berkata, realitinya Pas tidak sekuat UMNO kerana parti itu bukannya berperanan sebagai ‘tulang belakang’ pakatan pembangkang sebaliknya hanya menjadi ‘pak turut’ kepada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Siapa sebenarnya Pak Turut. Di dalam PR tiada Pak Turut dan tiada 'Yes Man' seperti dalam Umno dan BN. Semua cakap pemimpin betul belaka tidak boleh dibangkang.

Hakikatnya tidak sedikitpun dasar perjuangan PAS yang digugurkan sejak kita bersama PR. Perlembagaan PAS kekal seperti dulu tiada pindaan perlembagaan pun dibuat semua kekal.

14 November 2010

RAKYAT TAK YAKIN DENGAN ETP NAJIB

Rakyat tidak yakin dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP)yang digagaskan oleh Najib Razak. Mungkin rakyat sudah masak dengan kerajaan BN walaupun berlainan nakhoda tetapi cuma memberikan nama baru sedangkan isinya tidak seberapa. Bila Perdana Menteri baru naik maka bermacam-macam slogan dan program retorik digagaskan.

Bukti ETP tidak diyakini rakyat ialah apabila sebahagian besar perserta undian di laman web Utusan Malaysia tidak yakin bahawa Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan meletakkan Malaysia di landasan yang betul ke arah menjadi negara berpendapatan tinggi.

Daripada 1,611 peserta yang mengundi, sebanyak47.6 peratus mengakui tidak yakin dengan porgram yang dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Lebih mengejutkan lagi, sebanyak 19.2 peratus mengaku tidak tahu apa itu ETP.

Berdasarkan semakan pada jam 5.53 petang itu di laman web akhbar milik Umno itu, hanya 33.2 peratus yakin dengan program itu.

Kerajaan mengumumkan pelaksanaan ETP - peranannya yang mirip dengan fungsi Unit Prestasi Pengurusan dan Penyampaian (PEMANDU) - bertujuan menyediakan satu jentera penyampaian lebih berkesan antara pihak awam dan swasta dengan rakyat.

Najib sebelum ini dilaporkan berkata, ia juga merupakan komitmen kerajaan untuk merealisasikan program transformasi iaitu sebahagian daripada elemen penting Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10).

Sumber : Malaysiakini

ALI RUSTAM MESTI DISERET KE MUKA PENGADILAN

Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari menggesa Ketua Menteri Melaka, Dato Seri Mohd Ali Rustam disiasat di atas beberapa isu yang melibatkan Majlis Agama Islam Melaka yang mana beliau menjadi Pengerusinya.

Antara isu yang besar melibatkan MAIM ialah kegagalan Regal Merger Sdn. Bhd (RMSB) membina Kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) menyebabkan agensi itu terpaksa membangunkan sendiri kompleks tersebut berjumlah RM13.85 juta dengan menggunakan peruntukan wang zakat.

"Saya kesal di atas kelalaian yang dilakukan oleh kerajaan Umno-BN yang diketuai Dato' Seri Mohd Ali Rustam sehingga menyebabkan tanah milik MAIM terlepas kepada pihak ketiga."

"Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) menyisat sehingga ke akar umbi Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi MAIM, Dato' Seri Mohd Ali Rustam serta mereka yang terlibat dalam isu ini segera".

Dakwanya, Kerajaan Melaka melalui MAIM juga dilihat gagal memantau projek yang dilaksanakan oleh RMSB yang telah mengingkari perjanjian dengan tidak membina Kompleks MAIM sehingga tamat tempoh perjanjian pada 13 Jun 2004.

Sebaliknya, tegas beliau, RMSB membina projek pembangunan lima tingkat Kompleks Perniagaan dan 30 unit rumah kedai tiga tingkat di atas tapak PT 83.

Adly mendedahkan, MAIM telah menandatangani satu perjanjian usaha sama dengan RMSB pada 13 Disember 2002.

"RMSB dikehendaki membina Kompleks MAIM di PT 1155, Bandar Bukit Baru, Daerah Melaka Tengah dalam tempoh 18 bulan dari tarikh surat perjanjian ditandatangani dengan kos pembinaan berjumlah RM10.16 juta.

"Sebagai balasan, RMSB diberi hak membangunkan tanah di PT 83 dan MAIM akan memindah milik PT 83 kepada RMSB sebaik sahaja pembinaan Kompleks MAIM selesai," tegas beliau." tambah beliau dipetik dari Harakah terbaru.

Dakwa Adly lagi, pihak RMSB telah memecah PT 83 kepada lima lot kecil iaitu Lot 105 hingga Lot 109 dengan kelulusan Pejabat Tanah Dan Galian Melaka pada 14 Disember 2006

RMSB telah berjaya menjual Lot 106 pada 7 Februari 2007 kepada BC Lim Enterprise dengan harga RM10.5 juta dan Lot 105 kepada Universiti Terbuka Malaysia pada 8 Oktober 2007 dengan harga RM10.4 juta, jelas beliau.

"MAIM yang dipengerusikan Ali Rustam sepatutnya bertanggungjawab sehingga menyebabkan wang zakat sebanyak RM13.85 juta digunakan, disamping kehilangan tanah di Lot 105 dan Lot 106."

"Sikap kerajaan Umno-BN yang membenarkan tanah wakaf dijual pada pihak ke 3 adalah gambaran perangai hipokrit Umno yang kononnya berusaha menyelamatkan Melayu dan Islam."

PAS Melaka mendesak SPRM melakukan siasatan menyeluruh bagi memastikan ketelusan dan mereka yang melakukan penyelewengan di hadapkan kemuka pengadilan:

Penjualan Tanah Milik MAIM di Lot 105 dan Lot 106 pecahan kepada PT83 kepada pihak ketiga.

Pengunaan wang zakat RM13.85 juta yang sepatutnya tidak digunakan bagi membina Kompleks MAIM, sepatutnya disalurkan kepada rakyat yang layak.

Penyerahan Hak Milik Tanah. MAIM juga didapati telah menyerahkan Surat Hak Milik PT 83 kepada RMSB pada 13 Oktober 2006, sedangkan mereka telah tahu bahawa RMSB telah gagal memajukan Komplek MAIM mengikut perjanjian asal.

Mengapa MAIM tidak mengambil tindakan undang-undang kepada RMSB? Apakah individu di dalam MAIM juga mempunyai kepentingan di dalam RMSB?

PAS Melaka juga tegas Adly, turut kesal kerana kerajaan Umno-BN gagal menguruskan harta wakaf dan wang zakat sehingga kelemahan berikut dikenalpasti dalam sebuah negeri berstatus "Negeri Maju" seperti:

Penjualan tanah milik MAIM. Mengikut rekod, nilaian tanah milik MAIM telah berkurangan daripada RM18.81 juta pada tahun 2006 kepada RM9.11 juta pada 2008.

Penggunaan wang Baitulmal sebanyak RM1.8 juta bagi pengubahsuaian komplek perniagaan MAIM, yang disewakan kepada JAIM.

Gagal mendaftar sebanyak 20% dari tanah yang diwakafkan.

Proses mendaftar tanah wakaf mengambil masa dari 21 hingga 164 bulan.

Kelemahan dalam penyelenggaraan Daftar Harta Wakaf, Harta Faraid Dan Sewa Hartanah.
Pencerobohan Tanah Baitulmal.

Tanah Wakaf Tidak Dapat Dikenal Pasti Lokasi

UMNO PENCEROBOH, PAS PENYEWA YANG SAH


Tuan Rumah Pejabat PAS Bukit Baru Dalam, Hajjah Buruk binti Hassan mengesahkan bahawa Ibrahim bin Daud yang mewakili PAS sebagai penyewa yang sah dan tidak boleh dipertikaikan.

Dengan itu sahlah Umno yang menanggalkan papantanda dan mencabut bendera PAS adalah penceroboh dan mesti didakwa.

Dalam surat bertarikh 31 Oktober 2010, Hanizah Hassan yang mewakili Hajjah Buruk menyatakan bahawa bangunan itu disewa oleh Ibrahim sehingga 30 November 2010.
Sewa sebanyak RM3000 telah dibayar pada 30 April 2010 sebagaimana resit yang dikeluarkan oleh Hajjah Buruk Hassan.Ini bermakna Umno sah menceroboh bangunan tersebut dengan menanggalkan papan tanda dan bendera PAS serta memecah kunci pejabat tersebut minggu lalu.
PAS telah membuat laporan Polis dan sedang mempertimbang untuk menyaman pihak Umno yang menceroboh pejabat tersebut.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter