.

.

11 September 2014

WAN ROSDI WAN IBRAHIM DIUMUM SEBAGAI CALON PAKATAN RAKYAT DUN PENGKALAN KUBOR

Penyelia Dun Pengkalan Kubor yang juga Setiausaha PAS Kawasan Tumpat, Wan Rosdi Wan Ibrahim diumumkan sebagai calon Pakatan Rakyat bagi Dun Pengkalan Kubor. Pengumuman tersebut dibuat oleh Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad Yaakob di Tumpat malam ini. 

Pilihanraya Kecil ini akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Dato Norzahidi Omar dari BN baru-baru ini. 

Pengundian akan diadakan pada 25 September manakala penamaan calon pada 13 September ini. 

SIARAN LANGSUNG PENGISYTIHARAN CALON PAKATAN RAKYAT DUN PENGKALAN KUBOR

Ikuti Siaran Langsung Pengisytiharan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihanraya Kecil N01 Pengkalan Kubor. Klik di sini.


BENARKAH KETUA PEMUDA UMNO TUMPAT MASUK PAS???

Gara-gara kecewa tidak dicalonkan dalam pilihanraya kecil DUN Pengkalan Kubor 25 September nanti, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Tumpat dan beberapa orang pengikutnya dikhabarkan akan keluar parti dan mengisytiharkan sokongan terhadap calon PAS hari ini.

Khabar angin mengenai perkara ini sudah mula tersebar sejak semalam sebaik majlis pengumuman calon BN selsai dan semakin kuat kedengaran sejak pagi tadi - beberapa jam terakhir sebelum PAS mengumumkan calon mereka pula malam nanti.

Malah jangan terkejut kalau Ketua Pemuda yang berkenaan akan bersama-sama dengan pimpinan Pakatan Rakyat yang lain di atas pentas pada waktu pengumuman itu dibuat.


Jika perkara ini berlaku, ia adalah satu tamparan yang  hebat terhadap BN dibawah kepimpinan Najib Tun Razak dan Muhyiddin Yassin.  Malah tidak keterlaluan dikatakan, BN telah pun kalah sebelum pertandingan bermula.

Nampak BN tidak pandai memilih calon sehinggakan perkara seumpama ini berlaku (jika benar).  Calon yang dipilih jelas tidak mengikut hieraki kepimpinan politik tempatan bila seorang Ahli Jawatankuasa Bahagian pula yang menjadi keutamaan berbanding Ketua Pemuda.

Pakatan Rakyat pasti perkara sama tidak akan berlaku dalam PAS.  Calon yang akan dipilih mestilah mengikut citarasa politik tempatan, bukan main tangkap muat macam itu saja.

Apa sekalipun, blog ini akan mengemaskini maklumat berkenaan dari masa ke semasa tapi jauh disudut hati, aku harap perkara ini benar-benar berlakulah, baru seronok.

~ Sumber NegaraPakatanRakyat

PAS MELAKA SEDIA GEMPUR PENGKALAN KUBOR

Melaka : PAS Negeri Melaka melalui Jabatan Pilihan Raya Negeri Melaka (JPrN) telah bersiap turun membantu calon PAS pada Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor, Keantan.

Ketua Penerangannya Bahiki Ismail berkata Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah mengarahkan jentera PAS Melaka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil tersebut.

"Seperti mana biasa apabila berlakunya pilihan raya kecil PAS Melaka tidak terkecuali menghantar petugas-petugas untuk turut membantu. Pengarah JPrN Melaka Haron Mohamed akan mengetuai petugas PAS Melaka ke PRK Pengkalan Kubor."

"Pengalaman jentera piliharaya PAS Melaka sedikit sebanyak dapat membantu jentera tempatan dan luar Melaka yang ditugaskan bersama-sama menjaga peti undi" ujar Bahiki.

Beliau berkata di samping membantu jentera tempatan dari Kelantan, jentera pilihanraya Melaka juga ingin menimba pengalaman mereka yang sudah tentu lebih hebat dan berpengalaman.

"Setakat ini jentera-jentera di peringkat kawasan juga telah bersiap sedia dengan petugas masing-masing cuma menunggu masa untuk bergerak ke Pengkalan Kubor"

"Biasanya kami akan bergilir-gilir bertugas di antara 6 kawasan dalam Melaka di samping jentera dari Dewan Ulama, Pemuda dan Muslmat" tambah Bahiki.

Menurutnya jentera PAS Melaka akan berusaha bersungguh-sungguh serta menyusun strategi untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat. Seluruh petugas akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jentera pilihanraya tempatan bersama jentera pilihanraya dari Negeri-Negeri lain bagi mempertahan dan meningkatkan undi di Peti Undi Ketil.

DUN Pengkalan Kubor terdiri dari 12 Unit Peti Undi, dan PAS Melaka telah di tempatkan di Peti Undi Ketil. Peti Undi ini telah dimenangioleh PKR dengan mendapat 1115 undi berbanding BN yang mendapat 1005 dan Bebas 10 Undi. Selain PAS Melaka UPU Ketil juga akan diuruskan oleh jentera dari PAS Kawasan Pasir Mas dan PAS Negeri Sarawak.

Pengarah Induk PRK Pengkala Kubor,  Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden PAS telah mengarahkan jentera PAS dari negeri-negeri supaya mula bertugas di Pengkalan Kubur  mulai pada hari khamis ini.

Penamaan calon akan diadakan pada 13 Sept. 2014 manakala pengundian dijalankan pada 25 September 2014. PRK ini diadakan berikutan kematian Adun BN Datok Noor Zahidi Omar.

09 September 2014

TAHUKAH ANDA CARA UTK SELESAIKAN ISU MB SELANGOR


Kawe nok bui cadenge ko Pakate kkait nga isu MB Selangor bia cepak selesa:

1) PKR keno mitok apun nga Sulte. DAP doh mitok apun doh

2) Seghemo pihok keno teghimo, calon MB pilihe Sulte asalke dio Adun Pakate

3) Seghemo pihok dale Pakate keno mmmaah samo sediri sebab dok bbaloh samo sediri sebelum ni

4) Pakate keno mitok maah denga seluruh rakyak Selangor dan Melesia sebak wa kuca ssabit nga isu MB ni

Ko guano?

Versi Translate

Saya hendak membuat cadangan kepada Pakatan berkaitan isu MB Selangor supaya cepat selesai :

1) PKR kena minta ampun dengan Sultan. DAP telah pun minta ampun.


2) Semua pihak kena menerima calon MB pilihan Sultan asalkan dia Adun Pakatan 

3) Semua pihak dalam Pakatan kena bermaaf-maafan sesama sendiri kerana bergaduh sesama sendiri sebelum ini,

4) Pakatan kena minta maaf denga seluruh rakyat Selangor dan Malaysia sebab membuat onar berkaitan isu MB ini

Mohd Sofi Abdul Wahab
Ahli PAS Kg Bukit Katil Melaka

BAHAYA JIKA KETEPIKAN WALA' DAN THIQAH - USTAZ IDRIS


Melaka : Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menegaskanbahawa ahli-ahli PAS mesti mempertahankan wala' dan thiqah kepada pimpinan bagi memastikan kelangsungan perjuangan Islam yang dibawa oleh PAS.

"Wala dan thiqah merupakan rahsia keutuhan dan kekuatan PAS yang


menyaksikan PAS boleh terus hiduo sehingga 63 sekarang"



"PAS dilahirkan pada 24 November 1951 dan terus berkembang walaupunparti-parti lain seperi Parti Negara, Parti Melayu Semangat 46 dalain-lain berkubur hanya selepas ditubuhkan beberapa tahun sahaja.Semua itu adalah kerana PAS memperjuang Islam dan mempertahankan

institusi wala' dan thiqah" tegas beliau.


Ustaz Idris yang juga Pengarah Jabatan Tarbiah PAS Pusat berkat demikian pada program Liqa' Fikri Badan Perhubungan Pas Negeri Melaka di Balai Islam Pernu dekat sini malam tadi.


"Ahli-ahli boleh mengkritik dan menegur pimpinan dengan cara beradab dan berhikmah tetapi bukannya mempertikaikan wala' dan thiqah. Selagi pimpinan tidak menyuruh kepada maksiat dan bertentangan dengan Islam kita wajib memberikan wala' dan thiqah"


"Amat bahaya jika wala' dipermainkan, bahaya, bahaya cukup bahaya kalau institusi wala' ini diperkecilkan dan tidak dihormati"


Menurut beliau tidak kira siapa pimpinan itu samada Ulama', Ustaz, Professional dan aktivis semua ahli mesti wala' dan thiqah.


"Ahli-ahli di peringkat kawasan mesti wala' pada YDP Kawasan, di peringkat negeri kena wala' kepada Pesuruhjaya dan seterusnya"


"Tidak timbul seseorang itu Ustaz atau Ulama dan juga Professional, semua kita mesti memberikan wala' dan thiqah walaupun seseorang itu lebih muda atau lebih junior dari kita, mereka telah diberikan amanah oleh pimpinan parti maka kita kena wala' tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang.


Beliau juga menegaskan bahawa tindakan pihak tertentu yang suka label melabel merupakan satu tindakan yang amat menyedihkan.


"Tidak kira siapa dan mana-mana pihak pun tindakan label melabel merupakan tindakan yang amat menyedihkan kita semua, semua mereka ini serupa sahaja, tidak menghormati orang lain dan tidak faham adab berjemaah"


"Tindakan ini mesti dihentikan kerana ianya tidak memberikan sebaran keuntungan kepada parti dan jemaah" tambah beliau.


Sementara itu dalam program yang sama Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari menjelaskan bahawa kenyataan beliau dalam sebuah portal berita internet baru-baru ini adalah kenyataan peribadi dan tidak mempertikaikan kepimpinan Presiden Parti.


"Saya hanya merasa terkejut dengan kenyataan Setiausaha Agung yang menyatakan PAS menghantar 3 nama dan ianya telah dijelaskan oleh beliau dalam mesyuarat AJK PAS Pusat pada 7 September lalu"


"Kenyataan yang dikeluarkan oleh portal tersebut adalah diambil dari tulisan saya dalam Facebook peribadi saya dan portal tersebut tela memberikan tajuk yang panas sedangkan saya tidak langsung menulis tajuk itu dalam facebook saya" ujar Adly menjawab soalan seorang hadirin pada program tersebut.


Selain Ustaz Idris dan Adly kesemua Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri, saf kepimpinan PAS Kawasan dan Dewan-dewan serta wakil dari cawangan-cawangan seluruh negeri Melaka hadir bagi mendengar taujihat yang diberikan oleh Ustaz Idris Ahmad.Dewan Balai Islam tersebut penuh sesak dan melimpah sehingga keluar.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter