PAS MELAKA SEDIA GEMPUR PENGKALAN KUBOR

Melaka : PAS Negeri Melaka melalui Jabatan Pilihan Raya Negeri Melaka (JPrN) telah bersiap turun membantu calon PAS pada Pilihanraya Kecil Pengkalan Kubor, Keantan.

Ketua Penerangannya Bahiki Ismail berkata Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari telah mengarahkan jentera PAS Melaka bekerja keras bagi memastikan kemenangan calon Pakatan Rakyat pada pilihanraya kecil tersebut.

"Seperti mana biasa apabila berlakunya pilihan raya kecil PAS Melaka tidak terkecuali menghantar petugas-petugas untuk turut membantu. Pengarah JPrN Melaka Haron Mohamed akan mengetuai petugas PAS Melaka ke PRK Pengkalan Kubor."

"Pengalaman jentera piliharaya PAS Melaka sedikit sebanyak dapat membantu jentera tempatan dan luar Melaka yang ditugaskan bersama-sama menjaga peti undi" ujar Bahiki.

Beliau berkata di samping membantu jentera tempatan dari Kelantan, jentera pilihanraya Melaka juga ingin menimba pengalaman mereka yang sudah tentu lebih hebat dan berpengalaman.

"Setakat ini jentera-jentera di peringkat kawasan juga telah bersiap sedia dengan petugas masing-masing cuma menunggu masa untuk bergerak ke Pengkalan Kubor"

"Biasanya kami akan bergilir-gilir bertugas di antara 6 kawasan dalam Melaka di samping jentera dari Dewan Ulama, Pemuda dan Muslmat" tambah Bahiki.

Menurutnya jentera PAS Melaka akan berusaha bersungguh-sungguh serta menyusun strategi untuk menarik pengundi menyokong calon Pakatan Rakyat. Seluruh petugas akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada jentera pilihanraya tempatan bersama jentera pilihanraya dari Negeri-Negeri lain bagi mempertahan dan meningkatkan undi di Peti Undi Ketil.

DUN Pengkalan Kubor terdiri dari 12 Unit Peti Undi, dan PAS Melaka telah di tempatkan di Peti Undi Ketil. Peti Undi ini telah dimenangioleh PKR dengan mendapat 1115 undi berbanding BN yang mendapat 1005 dan Bebas 10 Undi. Selain PAS Melaka UPU Ketil juga akan diuruskan oleh jentera dari PAS Kawasan Pasir Mas dan PAS Negeri Sarawak.

Pengarah Induk PRK Pengkala Kubor,  Dato Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Naib Presiden PAS telah mengarahkan jentera PAS dari negeri-negeri supaya mula bertugas di Pengkalan Kubur  mulai pada hari khamis ini.

Penamaan calon akan diadakan pada 13 Sept. 2014 manakala pengundian dijalankan pada 25 September 2014. PRK ini diadakan berikutan kematian Adun BN Datok Noor Zahidi Omar.

Comments