.

.

18 July 2009

POLIS TERUSKAN TRADISI GANAS

Menonton Video penangkapan Polis terhadap rakyat yang berhimpun membantah kematian Teo Beng Hock semalam, saya sedih kerana pihak Polis masih belum menunjukkan sebarang perubahan terhadap cara mereka bertindak apabila berhadapan dengan demonstrasi aman rakyat.
Saya yakin jika Polis bertindak secara professional dan telus sudah pasti rakyat akan memberikan kerjasama sepenuhnya kepada Polis. Rakyat bukannya berhimpun untuk mengganas atau merusuh mereka hanya mahu menunjukkan rasa tidak puashati terhadap kematian Beng Hock yang meninggal di dalam bangunan SPRM dan selepas siasatan SPRM.
Cara Polis menangkap, mengheret dan menahan rakyat dalam perhimpunan itu tidak boleh diterima sama sekali.
Sudah pasti perundingan dan perbincangan secara baik lebih berkesan dari cara menangkap, mengheret dan menahan mereka dengan kasar.

17 July 2009

HIMPUNAN KES TEO : GANAS TAK ???















7 orang ditahan termasuk Ahli Parlimen dan ADUN. Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu exco kerajaan Selangor.

Polis sekali lagi mengulangi skill lama mereka menangkap rakyat dengan ganas dan zalim.

Mungkin mereka sudah lama tak 'practice' jadi hari ini mereka berkesempatan mempamerkan skill lama mereka yang nampaknya masih 'mantap' dan 'hebat'.
Gambar : Dipetik dari Malaysiainsider

TIBA-TIBA PAK LAH BERSUARA : ISA BOLEH DIHAPUSKAN

Setelah sekian lama tidak membuat kenyataan berbisa, hari ini bekas Perdana Menteru Abdullah Badawi (Pak Lah) bersuara menyentuh isu ISA.
Kenyataannya positif dan tidak pernah beliau berkata begitu sewaktu berada di 'takhta'.
Pak Lah berkata sama ada suka mahupun tidak, ISA sebagai suatu akta sudah dicemari dengan stigma sebagai unsur negatif kepada agenda pemerkasaan demokrasi negara dan untuk benar-benar melakukan pembaharuan, kerajaan perlu berani untukmelangkaui kerangka lama dan membuka lembaran baru.
Abdullah dilaporkan berkata beliau percaya "kerajaan berani melakukan perubahan seumpamanya seperti memansuhkan ISA" sebagai satu petanda komitmen kepada agenda pembaharuan demokrasi negara.
"Inilah transformasi yang saya percaya rakyat harapkan kerana tindakan pencegahan itu seharusnya tidak mengorbankan kebebasan hak asasi manusia atau disalahgunakan untuk tujuan politik."
Mungkin satu contoh adalah untuk menghadkan skop penahanan pencegahan kepada ancaman tertentu atau akta baru boleh dihadkan khusus untuk mencegah kegiatan keganasan sahaja sekaligus mengurangkan kemungkinan penyalahgunaan kuasa demi matlamat politik," katanya seperti dilaporkan.
Baguslah Pak Lah kalau sudah mula sedar bertapa berdosanya tangan beliau menandatangani dokumen penahanan berpuluh-puluh tahanan ISA yang tidak berdosa. Malah sehingga kini 'air tangan' beliau masih merengkok di Penjara Kamunting tanpa sebarang pertuduhan dan perbicaraan di Mahkamah.
Saya mencadangkan kepada Pak Lah supaya menggesa, merayu atau meminta Najib supaya membebaskan semua tahanan ISA yang ada sekarang atau sekurang-kurang mereka dibawa ke mahkamah untuk dibicarakan.
Selepas itu Pak Lah mesti memohon maaf kepada semua tahanan ISA dan keluarga mereka diatas kezaliman yang beliau lakukan.

KEMATIAN TEO : POLIS MENGGANAS LAGI, 6 DITAHAN

6 orang ditahan dan ada yang dipukul oleh Polis yang bertindak ganas menyuraikan perhimpunan membantah kematian Teo Beng Hock Setiausaha Politik Exco Kerajaan Selangor Ean Yong Hian Wah.
Polis bertindak meleraikan 300 orang yang berhimpun di luar bangunan Hotel Concorde di Shah Alam menuntut supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) disiasat ekoran kematian seorang pembantu ahli politik pembangkang.

Ketika mereka melaung "siasat, siasat, siasat", pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat dijadual menghantar memorandum bantahan kepada SPRM.
Turut bersama-sama berkumpul di situ ialah Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan lain-lain pemimpin Pakatan Rakyat.
Media melaporkan bahawa anggota polis pencegah rusuhan mula bertindak meleraikan perhimpunan tersebut, mengakibatkan berlaku pergelutan di situ.Sekurang-kurangnya enam orang ditangkap, termasuk ahli parlimen Kapar,, S Manikavasagam dan exco kerajaan Selangor, Dr Xavier Jayakumar.

Turut ditangkap ialah pembantu exco kerajaan Selangor, Elizabeth Wong yang diheret polis sejauh kira-kira 30 meteri apabila dia enggan beredar dan bertindak duduk di situ.

Bagaimanapun, dia pengsan ketika diseret dan polis kemudian mengangkatnya masuk ke dalam bangunan SPRM.

Orang ramai berlaung 'polis ganas' ketika dia dibawa dari situ.

ISU PAMPASAN PEKERJA CUBIC : RAMAI KESAL DENGAN KERAJAAN NEGERI

Beberapa orang pekerja syarikat Cubic Electronics Sdn Bhd kesal dengan sikap kerajaan negeri Melaka yang jelas memihak kepada syarikat tersebut bukannya ingin membela pekerja yang teraniaya.
Salah seorang pekerja yang ditemui, Sufian Abu Bakar, 40 berkata dalam pertemuan antara pekerja dengan Exco Kerajaan Negeri, Yunos Hussin dan Yaakub Md Amin semalam, mereka jelas menyebelahi syarikat tersebut.
"Mereka mempertahankan tindakan Cubic membuang pekerja dan membayar pampasan yang amat tidak setimpal dengan sumbangan kami kepada syarikat".
"Yunos memberikan alasan syarikat rugi dan mengalami masalah sehingga terpaksa memberhentikan kami, sepatutnya beliau berbincang dengan Cubic dan mencari jalan untuk memenuhi tuntutan kami bukannya mempertahankan Cubic" jelas Sufian yang telah bekerja di Cubic lebih dari 10 tahun.
Sufian melahirkan kekesalan terhadap kerajaan negeri yang diharap dapat membela rakyat tertindas sepertinya tetapi sebaliknya kerajaan membela majikan yang jelas bertindak zalim kepada pekerja.
"Kami bukannya menuntut pampasan yang tidak masuk akal cukup sekadar untuk menampung kehidupan kami selepas dibuang kerja sebelum dapat kerja baru"
"Sekurang-kurangnya wang pampasan itu dapat kami gunakan untuk kehidupan seharian atau untuk memulakan penghidupan baru dengan berniaga dan sebagainya" tambah Sufian.
Menurutnya jumlah pampasan sebanyak 3 bulan gaji seperti dalam notis pemberhentian kerja amat tidak setimpal dengan sumbangan mereka kepada syarikat.

"Ada antara kami yang sudah bekerja berbelas-belas tahun dan tetap setia dengan Cubic walaupun dipotong gaji sebanyak 10 % 6 bulan lalu".
"Ini balasan mereka kepada kami, kami akan berjuang dengan apa cara sekalipun sehingga hak kami diberikan" ujar Sufian.
Semalam pihak pekerja telah mengadakan pertemuan dengan Jabatan Tenaga Rakyat di Pejabatnya. Namun hasilnya menghampakan apabila Jabatan tersebut tidak dapat membuat apa-apa tindakan.
Sementara itu para pekerja juga telah membuat laporan Polis bahawa majikan telah menipu mereka dengan memotong gaji sebanyak 10 % dan selepas 6 bulan majikan berjanji untuk mengembalikan semula gaji tersebut.'
Laporan tersebut telah dibuat di Ibu Pejabat Polis Melaka Tengah di Banda Kaba.

Kira-kira 214 orang pekerja syarikat Cubic Electronics Sdn Bhd yang beroperasi di Ayer Keroh dibuang kerja 2 hari lepas dan dijanjikan dengan pampasan yang tidak memuaskan hati pekerja.

KEMATIAN TEO : SPRM MESTI BERTANGGUNGJAWAB

Walaupun siasatan ke atas kematian Setiausaha Politik kepada Exco Selangor Ean Yong Hian Wah, Teo Beng Hock, 30 masih belum selesai namun pihak SPRM mesti bertanggungjawab di atas tragedi itu. Teo yang jatuh dari Bangunan Pejabat SPRM selepas di siasat SPRM.
Jadi SPRM semestinya bertanggungjawab penuh terhadap kejadian yang berlaku di dalam premisnya dan selepas ianya terjadi selepas siasatan SPRM ke atas Teo.
SPRM mesti mengeluarkan kenyataan rasmi tentang tujuan siasatan, bentuk siasatan, apa yang berlaku semasa siasatan dan selepas siasatan sehinggalah Teo dijumpai mati jatuh dari Bangunan SPRM.
Punca kematian dan sebab mengapa Teo terjatuh masih dalam siasatan namun sebagai sebuah badan yang sepatutnya telus dan professional SPRM mesti memberikan sepenuh kerjasama, adil, telus dan tidak menyembunyikan sesuatu. Selain itu pihak Polis juga mesti telus dan professional dalam menjalankan siasatan ke atas kes ini.
Teo dijumpai terbunuh selepas dipercayai jatuh bangunan pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor di Shah Alam semalam.
Mayatnya ditemui di atas bumbung bangunan bersebelahan pejabat suruhanjaya tersebut.
Semalam Teo telah dibawa ke pejabat tersebut untuk disoal siasat berhubung dakwaan salah guna wang peruntukan DUN membabitkan beberapa ADUN Pakatan Rakyat negeri itu.

16 July 2009

ISU BAYARAN PAMPASAN : JANGAN ZALIMI PEKERJA

Saya menerima aduan dari seorang pekerja sebuah Kilang di Ayer Keroh yang menutup sebahagian besar operasinya dan memberikan pampasan kepada pekerjanya dengan kadar yang amat tidak munasabah.
Rata-rata pekerja atasan (executive) hanya menerima purata 3 bulan gaji sahaja sedangkan pekerja bukan executive menerima pampasan yang agak baik iaitu berdasarkan jumlah tahun bekerja ditambah dengan 2 bulan gaji.
"Kami sangat kesal dengan majikan kami yang langsung tidak kasihan dan tidak mengenang jasa kami yang bekerja dengan begitu lama bersama syarikat ini" tegas Sufian Abu Bakar salah seorang pekerja yang diberhentikan.
Menurutnya kira-kira 200 pekerja telah menerima tawaran pampasan tersebut semalam di mana semalam juga merupakan hari terakhir mereka berkerja.

"Semua pekerja 'Exempt' (executive) tidak menerima tawaran tersebut dan menandatangani surat tidak bersetuju" tegas Sufian.
Sementara itu hari ini wakil pekerja terbabit telah menemui Jabatan Buruh untuk mengadu nasib mereka.

Selain itu mereka juga telah membuat laporan polis mendakwa ditipu oleh majikan tersebut yang sebelum ini telah memotong gaji mereka sebanyak 10 % atas alasan untuk membantu memulihkan syarikat terbabit.
"Antara janji majikan bila memotong gaji kami ialah selepas 6 bulan bila operasi syarikat ini kembali pulih majikan akan mengembalikan semula gaji kami kepada gaji asal"
"Malangnya selepas 6 bulan bukan gaji kami dikembalikan kepada asal kami dibuang kerja pula" tegas Sufian.
Difahamkan juga Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam mengadakan pertemuan tergempar dengan mereka di Kilang tersebut petang ini. Hasil pertemuan tersebut akan saya laporkan kemudian.
Beberapa pekerja kilang melahirkan rasa gembira dan syukur dengan peranan dan pertolongan yang diberikan oleh Ketua Pemuda PAS Negeri, Ustaz Kamaruddin Sidek dan juga ADUN Ayer Keroh dari DAP, YB Khoo Poay Tiong yang sama mengiringi mereka bertemu dengan Jabatan Buruh. Selain pimpinan Pemuda Bukit Katil turut sama dalam pertemuan tersebut antaranya Khairul Salleh dan lain-lain.

PASCA PRK MANEK URAI : MUNGKIN ADA PENIPUAN DAN PENYELEWENGAN SELAIN POLITIK WANG

Setiap kali Pilihanraya berlaku PR sering mendakwa terdapatnya pengundi hantu yang dibawa oleh BN bagi membantu mereka memenanginya. Tetapi kali ini tiada kedengaran isu tersebut. Sebaliknya pemimpin PAS hanya menuding jari kepada politik wang dan ugutan serta penyalahgunaan jentera kerajaan secara tidak bermaruah.

Mungkinkah PRK Manek Urai bebas dari sebarang kerja jahat BN dan SPR dari segi penipuan pengundi hantu.

Biasanya pada hari pengundian kita akan mendengar rungutan seperti nama hilang dari daftar pemilih, ada orang mengundi bagi pihak orang lain, pemilih didakwa sudah mengundi, penahanan pengundi-pengundi yang mencurigakan, penahanan bas-bas dan kereta-kereta yang disangsikan dan sebagainya.

Namun kali ini semua perkara di atas tidak kedengaran. Mungkinkah ianya tidak berlaku langsung atau kita tidak berjaya mengesannya?

Walaupun begitu saya yakin jentera PAS Kelantan mantap dan berupaya mengesannya jika ia benar-benar berlaku kecuali BN menggunakan taktik baru yang sukar dikesan. Contohnya menggunakan pertolongan kerajaan langit Ayah Pin dan sebagainya.

Saya secara peribadi tidak percaya 100 % kepada tidak adanya penipuan dan penyelewengan pada kali ini. Jangka masa sebulan lebih antara tarikh meninggalnya Pak Su Wil dan tarikh penamaan calon dan pengundian sudah tentu membolehkan segala gerakerja jahat BN dilakukan dengan wewenang.

Atau apakah jentera Pilihanraya PAS Kelantan yakin 100 % bahawa tidak adanya pengundi hantu dan penipuan lain dilakukan secara konspirasi antara BN dan jentera kerajaan lain yang sudah diketahui umum bekerja membantu BN sejak sekian lama.

Saya harap Post Mortem yang dijalankan oleh Jabatan Pilihanraya PAS Pusat dan Kelantan dapat mengenalpasti segala kelemahan dalaman, penipuan dan penyelewengan BN dan kuncu-kuncunya ini.

SYABAS KERAJAAN PR SELANGOR - KEEP IT UP

Media semalam melaporkan bahawa kerajaan negeri Selangor mendapat pengiktirafan dan sokongan yang baik dari rakyatnya di atas anisiatif kebajikan, sosial dan ekonomi yang dijalankan oleh kerajaan negeri.
Menurut laporan tersebut satu kajian pendapat yang telah dijalankan oleh badan bebas - Merdeka Centre - mendapati sokongan tinggi rakyat Selangor terhadap pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat. Kajian itu juga mendapati kepimpinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim juga telah mendapat penilaian tinggi dalam kajian tersebut.

Menurut kenyataan pejabat menteri besar Selangor, kajian tersebut yang dijalankan dari 5 Jun hingga 15 Jun lalu, mendapati 60 peratus rakyat negeri itu merasakan kerajaan negeri berada dalam hala tuju yang betul.
Manakala 63 peratus puas hati dengan prestasi menteri besar dengan hanya 19 peratus tidak puas hati.Seramai 64 peratus rakyat Selangor puas hati dengan prestasi kerajaan Pakatan Selangor selepas memenangi pilihanraya umum tahun lalu, manakala 22 peratus tidak puas hati.
Mengikut pecahan kumpulan etnik pula, kajian itu mendapati 59 peratus Malayu, 69 peratus Cina dan 69 peratus India puas hati.
Fakta ini amat memberangsangkan dan ianya merupakan suatu pengiktirafan dan sokongan yang baik dari rakyat. Dari sekarang kerajaan negeri mesti mempertingkatkan lagi program-program kebajikan dan mesra rakyat bagi memastikan kebajikan rakyat terbela.

Semua isu-isu yang melibatkan kepentingan rakyat mesti diselesaikan secepat mungkin. Di samping taraf hidup rakyat terutama yang miskin dan tinggal diluar bandar mesti dipertingkatkan supaya jurang pendapatan tidak terlalu jauh dan ketara.
Saya yakin dengan komitmen dan kesungguhan kerajaan negeri masalah-masalah ini akan dapat diselesaikan.

PASCA PRK MANEK URAI : PAS MENANG TIPIS KERANA POLITIK WANG DAN UGUTAN?

Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Khairul Salleh berkata kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa lalu adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil. Namun sehingga ke hari ini nampaknya belum ada sebarang tindakan dilakukan samada oleh Suhakam atau SPRM.

Dalam pilihanraya kecil Selasa lalu, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Khairul lagi, PAS juga menang tipis adalah disebabkan sogokan wang yang dilakukan oleh BN samada secara senyap-senyap atau terang-terangan.

"Pada hari mengundi kita dapati ada pengundi yang beratur panjang mengambil duit dari pihak tertentu selepas mereka mengundi dan ini dilaporkan di dalam media internet bersama-sama dengan gambarnya sekali"

'BN juga menggunakan ugutan dan janji untuk mempengaruhi pengundi. Timbalan Perdana Menteri sendiri memberi kata dua kepada pengundi samada ingin jambatan atau undi PAS" kata Khairul serius.

Khairul menggesa BN membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang walaupun BN kalah di DUN Manek Urai tetapi BN menang di Peti Undi Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.

Beliau juga menafikan tanggapan pemimpin BN bahawa kejayaan BN mengurangkan majoriti PAS dengan mendadak adalah kerana rakyat sudah kembali menyokong BN dan mula menerima kepimpinan Najib.

"Ini bukan soal rakyat suka kepada BN atau terima Najib tetapi ini kerana rakyat terperdaya dengan rasuah wang dan ugutan Muhyiddin"

"BN tidak boleh mendabik dada dalam soal ini kerana sokongan rakyat di Manek Urai adalah bersifat sementara akibat dari rasuah dan ugutan tersebut" jelas Khairul.

Khairul juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat.

KEPUTUSAN PRK MANEK URAI SATU AMARAN

Oleh : Hamzah Filfilan (Dihantar melalui email).

Akhirnya debaran menanti keputusan PRK MU telahpun berakhir, PAS yang mewakili PR berjaya mempertahankan kerusi DUN tersebut dengan majoriti yang amat tipis berbanding PRU ke-12 yang lalu. Saya secara peribadi memang telahpun menjangkakan awal-awal lagi sama ada PAS akan tewas ataupun akan menang tipis. Kita amat berharap agar para pimpinan yang duduk kat atas tu faham akan isyarat yang ditunjukkan oleh rakyat di MU.

Berbagai alasan akan diberikan.... BN guna duitla...janji-janji pilihanraya a, media berat sebelahla....dan seribu satu alasan akan dikemukakan. Dan kita telah mendengar semalam PAS akan mengadakan post-mortem untuk mengkaji kenapa perkara ini boleh berlaku.

Bagi saya, tragedi ini (saya anggap ini tragedi) adalah kerana salah PR sendiri, bukan salah sesiapa. Di ambang kita hendak menghadapi PRK ini berbagai kontroversi melanda dan diperbesarkan oleh media. Nak salahkan media? Sendiri cari penyakit sendiri jawabla....

Kita sebok nak menghadapi PRK, yang sebok bawak idea Kerajaan Perpaduan tu kenapa? Idea ini dari PAS kemudian PAS sendiri yang tolak. PM dengan senang hati kata sudi menerima idea ni. Sekarang yang nampak jahat siapa? PAS tolak perpaduan, BN nak perpaduan. Benda ini telah dieksploit dengan baik oleh BN. Kadang-kadang pening memikirkan apa punya idea ni...dulu sebok dengan muzakarah la, muqabalah la dan entah apa-apa lagi....yang pemuda PAS pulak sibuk nak berwacana dengan pemuda UMNO.....????? Sepatutnya idea-idea macam tu bincang dulu diperingkat kepimpinan, jangan sebok dan gatal mulut pergi bercakap dengan media!

Kalau nak sangat berbincang, bermuzakarah, bermuqabal, berwacana....buatla di peringkat komponen PR...kalau mereka sanggup berwacana sesama sendiri pastilah isu tempat sembelih babi tak timbul di Kedah. Isu ini juga telah menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap PR. PR kelihatan tidak kukuh dan bersatu.

Timbul pulak isu Kg. Buah pala di Penang. Nampak sangat tidak sepakatnya PR. Ketua AMK sendiri boleh mengeluarkan kenyataan yang tidak sedap didengar. Malasla nak ulas. Lepas tu keluar pula berita dalam akhbar, Lim Guan Eng seolah-olah menyalahkan DSAI yang berjanji nak selesaikan masalah ni dan bukannya beliau. Sebelum ni timbul isu ahli majlis MPSP yang dipecat.....macam-macam hal....malslah nak ulas panjang-panjang.

Pergi pula ke sebuah lagi negeri PR....Selangor. Ni satu hal lagi...tiba-tiba seorang pemimpin kanan PKR tibai secara sindiran terhadap EXCO, dan turut ditambah semangkok oleh salah seorang MP PR dari Wilayah Persekutuan. YB Ronnie pulak minta penjelasan MP ni telah isu yang ditimbulkan. Tak ke nampak bercelaru? Kalau yepun tak puas hati kan mereka boleh berbincang secara tertutup....bermuzakarah, bermuqabalah, berwacana....sesama sendiri. Tak payahla dihebohkan sehingga menjejaskan imej dan moral kami para pendodokong Pakatan.

Dan hari ini dalam blog LKY ada tajuk ni..."Time for Pakatan Rakyat to set up a disciplinary committee to restore public confidence in PR cohesion, coherence, discipline, unity and common sense of purpose" .... saya amat bersetuju sekiranya perkara ini diberi keutamaan. Sepatutnya dah lama ada. Tapi tak apa...better late then never...keceluparan sesetengah pemimpin dalam memberi keyataan atas sesuatu isu perlu d disiplinkan. Kita bersetuju pendekatan telus dan terbuka, tetapi kalau sampai menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap PR maka perkara ini hendaklah dikaji sedalam-dalamnya.

BN telahpun menganggap kekalahan tipis mereka sebagai kemenangan moral, dan kita dapat menjangkakan pasti mereka akan bertungkus lumus menaikkan kembali imej mereka di kalangan rakyat. Mereka kini telah mendapat talian hayat yang dinanti-nantikan. Keadaan mereka yang kelihatan nazak sebelum ini seakan-akan telah pulih....awas para pendokong PR, pasti mereka akan menggasak hebat selepas ini.

Diharap para pendokong PR berhentilah berbulan madu....kini masanya kita bermuhasabah, mencari dan mengkaji kelemahan diri, dari dok asyik menyalahkan pihak lain. Kini rakyat ingin melihat hasil bukan lagi dibuai mimpi-mimpi indah kemenangan semalam. Masa masih ada untuk kita sama-sama membetulkan kesilapan...

Apapun bagi kami para reformis tegar, apa keadaan sekalipun kami ingin melihat perubahan senario politik yang dicetuskan pada PRU itu akan kekal momentumnya...namun kalau jadi sebaliknya kami tetap tidak akan berubah....lawan tetap lawan.....INSYA ALLAH!

PASCA PRK MANEK URAI : KESAL MEDIA TUTUP CERITA PETUGAS CEDERA

Saya sangat kesal dengan sikap media pengampu BN yang terus mengamalkan laporan berat sebelah yang berlawanan dengan etika kewartawanan. Media bacul ini hanya menyiarkan dan melaporkan gambar 2 orang puteri Umno yang dikatakan cedera dibaling dengan botol oleh petugas PAS pada hari pembuangan undi Selasa lalu.

Sedangkan di pihak PAS sendiri sekurang-kurangnya 2 orang petugas cedera teruk dibaling dengan batu dan objek lain pada hari yang sama.

Seperti yang dijangkakan media bacul ini menggelapkan berita dan gambar penyokong Pakatan Rakyat yang berdarah, 'pecah' kepala dibaling batu oleh penyokong BN.
Seorang muslimat PAS di salah satu pusat pengundian cedera teruk terpaksa diusung untuk dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan kerana kepala terkena batu yang dibaling penyokong Umno.

Manakala seorang petugas Pakatan Rakyat turut cedera, berdarah kepalanya dibalut dengan bendera dan kain di kepalanya bagi mengurangkan pendarahan.

Sesungguhnya media bacul ini sudah hilang integriti dan kewarasan mereka kerana sentiasa menggelap cerita sebenar. Pada masa sama mencari peluang untuk memburuk-burukkan PAS dan PR dengan tuduhan ganas, melampau dan tidak berperi kemanusiaan.

Inilah juga yang dilaporkan oleh media dalam isu keganasan Pemuda Umno terhadap petugas DAP dan PAS di Melaka beberapa minggu lalu. Mereka menyalahkan DAP dan PAS yang dikatakan melakukan provokasi kepada Pemuda Umno sedangkan merekalah yang melakukan perkara tersebut sehingga sanggup menyerang petugas DAP dan PAS serta merosakkan barangan kami.
Gambar ihsan : blog pemuda besut dan blog-blog lain

15 July 2009

PASCA PRK MANEK URAI : MUSLIMAT BANTU SELAMATKAN MANEK URAI

Tidak dapat dinafikan peranan muslimat pada setiap kali pilihanraya amat penting. Begitu juga pada Pilihanraya Kecil Manek Urai semalam.
Muslimat keluar masuk kampung, lurah dan bukit bertemu pengundi walau di ceruk mana sekalipun. Mereka tidak pernah jemu bekerja siang dan malam mengubah minda pengundi tanpa upah dan gaji.
Sebut sahaja mana satu lokaliti di setiap peti undi yang tidak mereka redah dan terokai. Halwa Negeri Kelantan dilihat bekerja begitu komited, sistematik, istiqamah dan dedikasi bertemu dengan setiap pengundi terutama pengundi target.
Syabas kepada muslimat moga-moga kerja kuat kalian dibalas oleh Allah S.W.T.

KHIR TOYO KERAS KEPALA AKHIRNYA DIGANTUNG

Kalau dahulu semasa Khir Toyo menjadi Menteri Besar Selangor, Speaker DUN YB Teng Chang Kim digantung tanpa sebab yang munasabah hari ini Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini meluluskan usul menggantung bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo selama setahun dan empat ADUN Barisan Nasional (BN) lain selama enam bulan dengan keistimewaan kepada mereka dilucutkan.

Berikutan itu, 20 ADUN BN yang merupakan pembangkang di negeri itu diketuai Dr Mohamad Khir bertindak keluar Dewan sebagai sebagai memprotes usul meluluskan cadangan hukuman itu telah dibuat dan dipersetujui oleh Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan (JKHK).

JKHK sebelum ini telah mencadangkan Dr Mohamad Khir digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaunnya dipotong selama setahun kerana kegagalannya menghadiri pendengaran awam Jawatan Kuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT)) mengenai Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Selangor (BALKIS).

Jawatankuasa itu juga telah mencadangkan supaya empat ADUN BN iaitu Datuk Marsum Paing (Dengkil), Datuk Warno Dogol (Sabak), Mohd Isa Abu Kasim (Batang Kali) dan Datuk Mohamed Idris Abu Bakr (Hulu Bernam) digantung daripada menghadiri sidang Dewan dan elaun dipotong selama enam bulan kerana didapati bersalah menghina SELCAT di dada akhbar.
Sebagai Ketua Pembangkang dan ADUN yang dipilih rakyat mereka sepatutnya tidak menunjukkan sikap keras kepala dan membelakangkan peraturan Dewan.

Sumber : Mstar

PASCA PRK MANEK URAI : PANTUN UNTUK TAUKEH JAMBATAN DAN KUNCU-KUNCUNYA

Tuan Aziz Tuan Mat
Putih mata kecundang akhirnya
Keputusan SPR sudah muktamad
BN sedih pedih dan kecewa

Tuakeh Jambatan balik awal
Sudah tahu BN kalah
Penyokong BN sukar dikawal
Buat provokasi cari balah

Tok Stopa ubat hati
Dakwa BN menang moral
Dah kalah jangan tak reti
Jangan ditanya jangan disoal

Rohani Majid Datuk Ramzi
Suka hati Tuan Aziz KO
Duit diberi tabur janji
Pangkah PAS tolak Umno

Taukeh Jambatan naik helikopter
Dari Kota Bharu ke Kuala Krai
Pimpinan Umno bergaduh bergeser
Akhirnya kecundang di Manek Urai

Duit banyak bagi rasuah
Seribu seorang Umno tak pelik
Taukeh Jambatan malu kalah
Ditertawakan ayam dan juga itik

Rasuah sudah ugut pun sudah
Janji ditabur memancing undi
Lepas PRU 6 kali kalah
Sedar dan insaf perbaiki diri

Abe Uji jadi ADUN
Kerja kuat tak henti-henti
Rasuah dan janji sudah diadun
Rakyat tolak malunya diri

Zulkepli Omar geli hati
Melihat Tuan Aziz berputih mata
Azzizudin Hussein tidak simpati
Rohani Majid gembira dan tertawa

Tuan Aziz terkedu dan sedih
Tewas dengan undi tipis
Hati remuk dan juga pedih
Tenaga lemah pitih pun habis

Pembangunan projek mee segera
Melimpah ruah tanpa batasan
BN berpolitik cara lama
Sudah 'expired' dan ketinggalan zaman

Taukeh Jambatan rasa kempunan
Harapkan Tuan Aziz jadi ADUN
Ugut dan janji jadi mainan
Politik lama tidak bertamadun

Bila nak insaf dan juga sedar
Politik BN ketinggalan zaman
Hari-hari bercakap besar
Buat salah tak makan saman

Ramai polis dan juga tentera
Nasib baik tiada kapal selam
Rasuah dan janji jadi senjata
Tak kira halal tak kira haram

Dari awal sudah dijangka
BN kalah tak tahu angka
Malu dan segan mereka berdua
Najib dan Rosmah tak nampak muka

Pengundi Manek Urai cerdik bistari
Tidak termakan rasuah dan janji
Lain kali jumpa lagi
Harap BN insaf dan sedar diri.


PASCA PRK MANEK URAI : BN TERNYATA TIDAK IKHLAS DAN RASUAH PENGUNDI

Malam tadi ketika ditemubual oleh media, Tan Sri Muhyiddin (Taukeh Jambatan) tanpa segan silu menyatakan segala janji beliau semasa kempen di Manek Urai tempohari tidak akan dilaksanakan kerana BN kalah.
Terbukti bahawa janji untuk membina jambatan dan sebagainya adalah rasuah politik dan kerajaan pusat tidak ikhlas membuat janji tersebut. Ianya adalah suatu bentuk ugutan supaya rakyat mengundi BN sedangkan secara prinsipnya jika jambatan itu benar-benar perlu kerajaan tidak dapat tidak mesti membinanya.
Adalah lebih baik sebagai seorang pemimpin no 2 negara Taukeh Jambatan menjawab begini, Insya Allah kita akan kaji dan kemungkinan kita akan membinanya kerana rakyat Manek Urai amat memerlukan jambatan tersebut.
Ternyata sangkaan kita bahawa Taukeh Jambatan ini cerdik lebih pintar dari Allahyarham En Ghafar Baba adalah meleset sama sekali. 'Standard'nya lebih teruk dari Allahyarham En Ghafar yang kita lihat lebih 'gentlemen' dan berjanji dengan janji yang berpijak di bumi nyata.
Saya yakin Najib sudah tersilap pilih calon Timbalan Perdana Menteri. Taukeh Jambatannya mentalitinya tidak jauh beza dengan Ketua Menteri Melaka yang kaki rasuah dan politik wang.
Adalah diharapkan mana-mana pengundi Manek Urai yang termakan dengan janji Taukeh Jambatan ini supaya insaf dan sedar akan kesilapan mereka mengundi parti Taukeh Jambatan yang terbukti tidak ikhlas membantu rakyat marhaen.

PRK MANEK URAI : KEKALAHAN TIPIS BN AKAN DICANANG BERBULAN-BULAN

Saya yakin BN melalui media pengampunya akan mencanangkan kekalahan tipis mereka berbulan-bulan lamanya untuk menggambarkan bahawa sokongan rakyat kepada BN kembali pulih. Keduanya BN akan mendakwa bahawa kejayaan mereka mengurangkan majoriti 1,300 undi kepada 65 undi merupakan isyarat bahawa rakyat telah menerima kepimpinan Najib Razak sebagai Perdana Menteri.
Semalam ketika mengulas keputusan Pilihanraya Kecil tersebut Taukeh Jambatan, Muhyiddin Yassin berkata kekalahan tipis calon Barisan Nasional (BN) kepada calon Pas pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai hari ini menunjukkan angin perubahan daripada rakyat bertiup kuat.

Timbalan Perdana Menter juga berkata, kejayaan mengurangkan majoriti Pas pada pilihan raya umum lepas yang melebihi 1,200 undi merupakan satu isyarat jelas bahawa rakyat mahukan pembaharuan.

''Saya rasa bersyukur walaupun kita kalah 65 undi. BN berjaya kurangkan majoriti tetapi malangnya kita tidak dapat undi yang boleh meletakkan kita dalam keadaan menang.

''Saya rasa kita tidak harus kecewa kerana keputusan ini menunjukkan ada peningkatan sokongan yang cukup jelas kepada BN," katanya.
Hakikatnya mereka sendiri faham bahawa mereka sebenarnya gagal mempengaruhi majoriti rakyat Manek Urai walaupun segala bala tentera, Polis, Agensi Kerajaan, Media dan wang ringgit bernilai jutaan ringgit digunakan untuk memancing undi. Tidak cukup dengan taburan duit mereka menggunakan jambatan sebagai ugutan dan tawaran supaya rakyat mengundi BN.
Kalau sebelum ini ugutan dan tawaran ini tidak dibuat secara terang-terangan kali ini Taukeh Jambatan ini tanpa rasa malu, segan dan takut menawarkan kepada rakyat dengan kata dua " Undi PAS atau mahu jambatan". Ini suatu perkembangan baru yang cukup memualkan pencinta demokrasi.
Malangnya SPR langsung tidak menunjukkan sikap professional apabila tiada ulasan dan tindakan konkrit dan agresif dilakukan oleh SPR dalam membendung rasuah politik seperti ini.
Saya yakin pemimpin dan penyokong PAS puashati dengan keputusan ini walaupun sedikit kecewa dengan sikap pengundi yang termakan dengan ugutan, tawaran dan rasuah dari BN. Jentera Pilihanraya PAS mesti mengkaji cara dan kaedah untuk membendung perkara ini dari terus menjadi penyebab kepada rakyat mengalih arah mengundi BN.

Bagi pengundi tegar PAS iaitu ahli dan penyokong setia PAS ianya tidak menjadi masalah kerana aqidah perjuangan dan kefahaman Islam dapat menghindarkan mereka dari terjebak dengan rasuah berbentuk kebendaan dan janji sebegini. Namun bagi pengundi atas pagar dan tidak berparti rasuah politik, rasuah wang, ugutan dan tawaran sebegini mudah mencairkan pegangan mereka walaupun mungkin sebelum ini mereka mengundi PAS.
Jumlah pengundi atas pagar yang ramai mungkin mencapai jumlah 40-60 % pengundi setiap kawasan sudah tentu akan menyukarkan peluang untuk kita menang seandainya kaedah dan cara sesuai untuk membendung perkara ini gagal kita kenal pasti.

Sudah sampai masanya jentera kita bekerja keras untuk menyelesaikan masalah ini secepat mungkin. Kita tidak boleh mengharapkan SPR dan Polis untuk bertindak secara telus dan professional kerana kita semua sedia maklum mereka bagaikan dicucuk hidung oleh kerajaan.

PRK MANEK URAI : PAS SEPATUTNYA KALAH, TETAPI MENANG - HUSAM

AJK PAS Pusat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Husam Musa berkata PAS sepatutnya kalah di Manek Urai dengan kempen drastik dan bernilai jutaan ringgit BN di sana.
"Kita sepatutnya kalah dengan politik wang yang dilakukan oleh BN" kata Husam.
Sebaliknya beliau mengucapkan tahniah kepada pengundi Manek Urai kerana tidak 'termakan' dengan rasuah BN tersebut.
Pengerusi Umno Kelantan, Stopa Mamat pula tidak mahu mengakui kekalahan BN sebaliknya kemenangan tipis PAS ini menurutnya adalah kekalahan PAS dan rakyat Kelantan mula menolak kepimpinan Menteri Besar, Dato Nik Aziz.

14 July 2009

PRK MANEK URAI : PAS MESTI LAKUKAN POST MORTEM TERPERINCI

Walaupun calon PAS Haji Mohd Fauzi Abdullah diumumkan sebagai pemenang pada pilihanraya kecil Manek Urai Selasa lalu namun kemenangan dengan majoriti 65 undi mengejutkan ramai pihak samada di kalangan PAS, pemerhati politik dan pimpinan serta penyokong BN sendiri.

Haji Fauzi atau Abe Uji memperolehi 5,348 undi manakala calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat mendapat undi 5283 undi. Majoriti kemenangan Haji Fauzi adalah sebanyak 65 undi sahaja. Sejumlah 92 undi rosak. Peratusan keseluruhan pengundi yang membuang undi adalah 10,722 undi atau 87.22 % dari pengundi keseluruhan yang berjumlah 12,293 pengundi.

Analisis awal menunjukkan PAS hanya menang di 4 peti undi dari 9 peti undi kesemuanya. Sedangkan pada pilihanraya umum lalu PAS menang di 8 peti undi dan kalah hanya 1 peti undi iaitu Manjor. Dari segi saluran pula PAS hanya menang 14 dari 27 saluran semuanya.

Undi PAS menurun sebanyak 398 dan BN meningkat sebanyak 889 undi berbanding keputusan Pilihanraya umum 2008 di mana Allahyarham Pak Su Wil memperolehi 5746 undi berbanding calon BN Zulkepli Omar mendapat 4394 undi sahaja.

Dari awal lagi pemimpin dan penyokong cukup yakin PAS akan menang selesa iaitu mungkin melebihi 1000 undi atau sekurang-kurangnya menang dengan majoriti kira-kira 500 undi tidaklah seburuk 65 undi. Jika dibandingkan dengan Pilihanraya Umum 2008 PAS mengalami kekurangan undi sebanyak.

Lebih mengejutkan pada jam 4.00 petang pada hari pengundian tersebut, Pengarah Pilihanraya PAS Negeri Kelantan Haji Abdul Fatah Haron dengan nada yakin menyatakan bahawa PAS akan menang dengan majoriti lebih dari 2,000 undi memandangkan lebih dari 85 % pengundi telah keluar mengundi pada waktu itu.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat jam 4.00 petang.

"Saya tak ingat berapa peratusan yang diperoleh oleh PAS dan BN.

“Tetapi saya boleh kata, kita akan menang dengan majoriti hampir 2,000 undi,” tambahnya dipetik dari media internet pada hari pengundian.

Namun semuanya berubah apabila pengiraan undi dibuat di setiap peti undi. Satu demi satu keputusan yang diterima dari peti undi menunjukkan saingan amat sengit antara PAS dan BN. Malah pemimpin dan penyokong PAS berada dalam keadaan yang amat cemas sehingga pada suatu ketika PAS hanya mendahului dengan 33 undi sahaja.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato Husam Musa dalam kenyataan ringkasnya kepada media mendakwa kemenangan tipis PAS ini adalah disebabkan kegiatan pembelian undi dan rasuah yang dilakukan BN kepada pengundi-pengundi.

Menurutnya kegiatan ini jelas sekali telah dikenalpasti dan menurutnya PAS akan mengambil tindakan undang-undang bagi menegakkan kebenaran. PAS juga telah membuat laporan kepada Suhakam supaya menyiasat dakwaan berlakunya politik wang dalam pilihanraya kecil tersebut.

Walau apa pun alasan yang diberi PAS mesti membuat post mortem rapi mengapa penurunan mendadak majoriti kemenangan mereka iaitu dari 1,352 pada pilihanraya umum 2008 kepada 65 kali ini.

Jika rasuah dan pembelian undi berlaku mengapa petugas PAS gagal mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya sedangkan ianya dikatakan telah diketahui dari awal.

Mungkinkah pengundi Manek Urai termakan dengan rasuah jambatan dan 'pitis' yang diberikan oleh BN sehingga sanggup menggadaikan maruah mereka dengan kebendaan. Atau ada unsur-unsur lain yang menyebabkan pengundi beralih sokongan dari PAS kepada BN.

Suka atau tidak PAS mesti mengkaji dan melakukan post mortem terperinci dan sistematik. Langkah-langkah segera mesti diambil bagi mengembalikan sokongan rakyat kepada PAS.

PRK MANEK URAI : KEPUTUSAN RASMI PAS MENANG MAJORITI TIPIS 65 UNDI

Calon PAS Haji Fauzi Abdullah diisytiharkan menang sebentar tadi dengan majoriti 65 undi. Fauzi memperolehi 5348 undi, calon BN, Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5283 undi. Sejumlah 90 undi rosak.
Jumlah keseluruhan undi ialah 10,722 atau 87.22 %.
Kemenangan PAS memang tidak mengejutkan namun jumlah majoriti yang kecil ini menimbulkan persoalan yang memerlukan Post Mortem yang jitu.

PRK MANEK URAI : SAINGAN SENGIT DILUAR JANGKAAN PAS KELANTAN

Persaingan yang cukup sengit mengejutkan pelbagai pihak. Ini kerana sehingga jam 5.00 petang sebelum kiraan undi bermula PAS Kelantan amat yakin akan menang besar dengan majoriti kira-kira 2,000 undi. Sebaliknya PAS kini berhadapan dengan saingan sengit dimana undi antara PAS dan BN amat rapat sebagaimana yang diumumkan oleh SPR setakat ini.
PAS mesti membuat post mortem terperinci mengapa angka dari pondok panas dan polling agent jauh sekali dari jangkaan PAS.

PRK MANEK URAI : KEPUTUSAN TIDAK RASMI PAS MENANG MAJORITI 90 UNDI

PAS 5363
BN 5293

Undi Rosak 90
Jumlah keseluruhan pengundi 10746

PRK MANEK URAI : SAINGAN MENJADI SENGIT

Berita yang baru diterima undi PAS dan BN semakin sengit dengan PAS didepan 5188 dan BN 5155.

PRK MANEK URAI : BERITA GEMBIRA KIAN HAMPIR

Berita gembira kian hampir diumumkan. Ini kerana petugas PAS di pusat pengundian melaporkan PAS terus mendahului dengan selesa sebagaimana posting saya sebelum ini.
Terdapat beberapa peti undi yang hampir selesai proses pengiraannya. Berita gembira ini akan dikongsi bersama dengan ribuan penyokong PAS di Markaz Besar PAS DUN Manek Urai sebentar lagi.

PRK MANEK URAI : PAS MENDAHULUI DENGAN SELESA

Maklumat yang saya terima dari petugas di kesemua peti undi PAS sedang mendahului dengan selesa di sekurang-kurangnya 7 peti undi. Walaupun proses pengundian sedang rancak berlangsung, 'Counting Agent' PAS melaporkan PAS sedang mendahului dengan selesa.
Di kebanyakan peti undi di semua saluran hampir separuh dari kertas undi sudahpun dikira.
PAS dijangka akan menang berdasarkan situasi semasa di semua pusat pengiraan undi di 9 peti undi.

PRK MANEK URAI : AQIDAH PERJUANGAN KALAHKAN JAMBATAN

Kefahaman Islam, Aqidah yang mantap berjaya mengalahkan kebendaan dan jambatan Muhyiddin.

Sewajarnya BN dan pemimpinnya sedar dan insaf bahawa sudah sampai masanya mereka menukar cara berkempen yang ketinggalan zaman kepada cara politik baru yang lebih cerdik, bertamadun, telus dan professional. Rasuah, ugutan, janji dan sebagainya sudah 'out dated' dan tidak lagi menjadi tarikan kepada rakyat.
BN terbukti ketinggalan zaman dan kolot berbanding PR yang mengamalkan politik baru yang jauh ke hadapan.
Semoga Manek Urai menjadi medan untuk BN berubah dan mengamalkan politik baru.
Jika BN masih berdegil saya yakin Pilihanraya Umum akan datang merupakan pilihanraya terakhir bagi BN sebelum masuk kubur.

PRK MANEK URAI : 87.3% ATAU 10,736 KELUAR MENGUNDI

Seramai 10,736 atau 87.3 % pengundi Manek Urai keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing hari ini.
Ianya merupakan peratusan yang tinggi. Jurucakap SPR mengeluarkan kenyataan tersebut sebentar tadi.
Dari maklumat dalaman diberitakan PAS sekurang-kurangnya akan menang dengan majoriti 2,000 undi. Jika ini berlaku ianya merupakan pukulan maut kepada BN.
Taukeh Jambatan sudah tentu malu besar. Kalau saya sudah tentu tidak keluar rumah selama seminggu.

PRK MANEK URAI : PROSES PENGIRAAN BERLANGSUNG DI SAAT PENYOKONG PAS SUDAH PUN MERAYAKAN KEMENANGAN

Suasana ceria dilihat diluar kesemua 9 pusat pengundian di mana penyokong dan petugas PAS berkumpul beramai-ramai di luar pagar pusat tersebut. Manakala penyokong BN sudahpun bungkus balik dengan muka yang muram dan merah padam. Malah Taukeh Jambatan juga dilaporkan sudah membawa diri pulang ke Kuala Lumpur dengan malu yang amat besar.
Proses pengundian sedang rancak berlangsung sekarang. Maklumat yang diterima dari 'Counting Agent' di beberapa peti undi adalah amat memberangsangkan. Menurut mereka kebanyakan tong undi yang dibuka menampakkan dengan jelas undi PAS jauh lebih banyak dari undi BN. Suatu perkara yang memang dijangkakan sebelum ini.
Adalah dijangkakan keputusan tidak rasmi akan diketahui seawal jam 7.30 malam apabila kebanyakan proses di pengundian di semua saluran selesai. Petugas PAS akan memaklumkan bilangan undi yang diperolehi kepada petugas PAS di Markaz Besar DUN Manek Urai untuk penjumlahan undi. Diberitakan markaz besar PAS tersebut mula dipenuhi dengan penyokong PAS dari dalam dan luar Kelantan.

PRK MANEK URAI : RAKYAT MANEK URAI MARAHKAN BN SEBAB ITU KELUAR MENGUNDI RAMAI-RAMAI

Saya yakin tentu ada sebab mengapa begitu ramai pengundi keluar mengundi pada PRK Manek Urai hari ini. Memang diluar jangkaan semua pihak bahawa lebih dari 86 % pengundi keluar mengundi sedangkan ianya dijalankan pada hari bekerja. Kebiasaannya pilihanraya kecil akan menyaksikan jumlah peratusan undi yang kurang dari 80 % lebih-lebih jika ia diadakan pada hari bekerja.
Malah SPR sendiri menjangkakan peratus undi hanyalah sekitar 85 % sahaja.

Apa yang bermain dalam fikiran saya hanya satu sebab mengapa peratusan pengundian meningkat. Tidak lain tidak bukan ialah kerana pengundi Manek Urai marahkan Taukeh Jambatan dan BN yang menghina mereka dan Tok Guru Nik Aziz dengan janji jambatan dan projek mee segera yang melampau.

Selain itu pengundi Manek Urai juga marah kepada BN kerana menempatkan begitu ramai Polis ke Manek Urai sedangkan suasana di sana aman dan damai kecuali sedikit kekecohan pada hari pengundian.
Semua ini menjadikan semangat mereka untuk mengajar BN membuak-buak dan sanggup balik mengundi walau dengan apa cara sekalipun.
Syabas rakyat Kelantan dan Manek Urai.

PRK MANEK URAI : TAUKEH JAMBATAN DAH BALIK KL?

Maklumat terbaru yang diterima dari Manek Urai menyatakan bahawa Taukeh Jambatan, Muhyiddin Yassin sudah pulang ke Kota Bharu sebelum berangkat balik ke Kuala Lumpur.
Sahabat saya secara bergurau berkata beliau juga membawa pulang bersamanya pelan jambatan yang akan dibina di Manek Urai jika BN menang.
Taukeh Jambatan terpaksa pulang awal kerana beliau tahu jambatannya berharga RM7juta itu tidak laku di Manek Urai. Saya nasihatkan beliau bina jambatan itu di Pagoh kawasan parlimen beliau sendiri.
Taukeh jambatan tersilap congak kerana menyangkakan orang Manek Urai mudah untuk ditipu dan digula-gulakan dengan jambatan air liur beliau.
Saya nasihatkan Taukeh Jambatan supaya memohon maaf kepada seluruh penduduk Manek Urai dan rakyat Kelantan kerana menghina mereka dengan ugutan undi PAS atau hendak jambatan semasa kempen pilihanraya kecil tersebut baru-baru ini.

PRK MANEK URAI : PAS MENANG DENGAN MAJORITI LEBIH 2,000 UNDI

PAS dijangka akan menang majoriti sekurang-kurangnya 2,000 undi berdasarkan pengiraan petugas pondok panas PAS dan input dari Polling Agent.
Pihak Pondok Panas dan Polling Agent di seluruh 9 peti undi setakat ini merekodkan 95 % pengundi dan penyokong PAS sudah pun membuang undi tidak termasuk pengundi atas pagar.
Paling mengejutkan lebih dari 1,300 pengundi PAS yang tinggal di luar juga balik dan membuang undi pada kali ini sedangkan PAS hanya menjangkakan sekitar 800-900 pengundi luar yang pulang mengundi kali ini.
Maklumat yang saya terima semua pemimpin BN sudah pulang ke Kota Bharu dan Kuala Lumpur. Ini membuktikan bahawa BN sudah pun tahu bahawa mereka akan tewas dan sudah pasti mereka tidak akan hadir pada majlis pengumuman calon malam ini.
Sementara itu petugas-petugas BN di tempat pengundian sudah meninggalkan pos mereka hanya segelintir sahaja yang masih berada di sana.
Syabas dan tahniah.

PRK MANEK URAI : BN RASUAH PENGUNDI?

Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa parti itu menghadapi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai.
"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.
Fakta ini menguatkan lagi dakwaan bahawa BN sememangnya merasuah pengundi pada setiap kali pilihanraya berlangsung.
Hari ini media melaporkan kira-kira 40 orang pengundi dilihat beratur mengambil wang di sebuah rumah dalam DUN Manek Urai. Mereka diminta menunjukkan kad pengenalan sebelum diberikan wang yang jumlahnya ratusan ringgit.
Bagaimanapun Ketua Wanita Umno Kuala Krai, Rohani Abdul Majid (yang kempunan untuk bertanding) bagaimanapun berkata, duit berkenaan bukannya untuk pengundi DUN Manek Urai, sebaliknya untuk perayu undi dan penampal poster.
Saya menggesa pihak SPRM menyiasat perkara ini dengan telus dan professional.

PRK MANEK URAI : AGAK LUAR BIASA PERATUSAN UNDI SUDAH MENCECAH 82%

Agak luar biasa apabila kira-kira 82 % atau 10,080 pengundi sudah keluar mengundi setakat jam 2.15 petang tadi.
Peratusan ini adalah tinggi berbanding dengan 5 pilihanraya kecil sebelum ini. Jika trend ini berterusan sehingga ke petang tidak mustahil ianya akan mencecah 90%, suatu yang boleh dibanggakan.
Namun begitu persoalannya mengapa pengundi begitu 'dahaga' untuk mengundi sehingga sanggup keluar awal sedangkan trend pengundian pada PRK sebelum ini agak normal dengan lebih kurang 50-60 % sahaja yang keluar sehingga jam 2 petang.
Apapun kita yakin petugas PAS akan sentiasa berwaspada dengan segala kemungkinan yang berlakunya penipuan dan penyelewengan jika dilakukan pihak lawan.

PRK MANEK URAI : BERAPA BANYAK WANG RAKYAT HANGUS UNTUK BAYAR MINYAK HELIKOPTER BAWA MUHYIDDIN Mr JAMBATAN?

Pelbagai pihak mendakwa bahawa Timbalan Perdana Menteri, Mr 'Jambatan' berulang alik dari Kota Bharu ke Manek Urai menggunakan helikopter.
Siapa punya helikopter?, sudah tentu bukan Mr Jambatan punya.

Siapa yang bayar minyak helikopter? sudah tentu bukan Mr Jambatan yang membayarnya.
Kalau begitu duit siapa agaknya yang digunakan untuk 'service' helikopter dan membeli minyaknya. Minyaknya bukannya berharga RM1.90 seliter. Servicenya pula bukannya RM100.
Saya harap Mr Jambatan dapat membuat kenyataan rasmi tentang pertanyaan saya ini supaya rakyat tidak bersangka buruk kepada beliau.

PRK MANEK URAI : TANDA-TANDA AWAL BN AKAN TERSUNGKUR

Pemerhati politik menggariskan beberapa tanda awal sehingga ke setakat ini yang BN akan tewas, antaranya :-
1) Ramai pengundi muda yang tinggal diluar Kelantan pulang mengundi
2) Jentera kempen BN lemah longlai pada saat akhir termasuk di hari ini di mana bilangan perayu undi BN jauh lebih kecil berbanding PAS
3) Kejayaan jentera keselamatan PAS mengawal segenap penjuru, jalan dan rumah penyokong PAS dan pengundi atas pagar malam tadi
4) Petugas-petugas Polling Agent PAS dilihat bekerja dengan sistematik, berani dan mahir dengan selok belok peraturan pilihanraya sehingga menafikan apa-apa juga unsur penipuan yang mungkin dijalankan oleh pihak tertentu
5) Kejayaan jentera kempen PAS menonjolkan peribadi Tok Guru Nik Aziz sebagai pemimpin yang sangat disayangi oleh rakyat Kelantan tidak kira dari PAS atau Umno. Pertahan Tok Guru ertinya pertahankan Kelantan.
6) Sentimen pengundi Manek Urai yang sangat menyayangi Allahyarham Pak Su Wil berjaya ditonjolkan PAS sehingga ramai yang beranggapan undi Abe Uji beerti mengundi Pak Su Wil.
7) PAS berjaya mendominasi program untuk pengundi muda dengan program Konsert Ringgo, pertandingan Bolasepak, program Boxing Siam, ekspedisi motosikal dan lain-lain.
8) Kefahaman Islam yang tinggi di kalangan pengundi Manek Urai sukar ditembusi oleh BN kerana semangat perjuangan Islam yang menebal dikalangan mereka.

PRK MANEK URAI : 68.4 % TELAH MENGUNDI

Seramai 8,415 orang pengundi atau 68.4% dari 12,293 pengundi sudah membuang undi di 9 peti undi dalam DUN Manek Urai sehingga jam 12.00 tengahari tadi.

Peratusan ini adalah tinggi dan dijangkakan lebih dari 85 % pegundi akan menunaikan tanggungjawab mereka sehingga jam 5.00 petang ini.

PRK MANEK URAI : PENYOKONG PAS TERUS MENDOMINASI PUSAT PENGUNDIAN

Petugas PAS terus mendominasi sekitar tempat pengundian. Kesemua 9 peti undi di DUN Manek Urai ini ditakluk oleh penyokong PAS yang merayu undi dengan rayuan terakhir, doa, takbir dan lain-lain.


Petugas BN ternyata tersentak dan lemah serta kelu untuk merayu undi. Fenomena ini dijangka berterusan sehingga pengundian tamat pada jam 5.00 petang nanti. Momentum semangat dan ketekunan petugas PAS merayu undi dilihat sebagai kesinambungan dari PRK sebelum ini.

Di Peti Undi Sungai Sok, petugas PAS dilihat berjaya menguasai suasana sehingga penyokong BN lemah longlai. Begitu juga di peti-peti undi lain.


PRK MANEK URAI : 57.6 % KELUAR MENGUNDI DIJANGKA 85 % AKAN KELUAR SEHINGGA JAM 5.00 PETANG

Peratus keluar mengundi sehingga pukul 11.00 pagi ini sudah mencecah 57.6 peratus atau 7,085 pemilih membuang undi masing-masing.
Ramai pemerhati menjangkakan jumlah keseluruhan yang mengundi akan mencecah 85 %.

PRK MANEK URAI : PAS DAKWA MENANG 800 UNDI, BN KATA MEREKA MENANG DENGAN TIPIS 100 UNDI

PAS dan BN masing-masing yakin akan menang pada PRK Manek Urai hari ini. PAS yakin akan menang dengan majoriti kira-kira 800 undi manakala BN yakin menang dengan majoriti kira-kira 100 undi.
Keyakinan PAS ini berdasarkan 'feedback' dari jentera kempennya yang yakin pengundi-pengundi yang mengundi PAS pada PRU 2008 akan tetap mengundi PAS. Cuma majoriti ini berkurangan di sebabkan ramai pengundi luar yang tidak balik kali ini.

Manakala BN pula menaruh keyakinan bahawa mereka mampu untuk mengulangi keputusan PRU 2004 apabila calon mereka Zulkefli Omar menang dengan majoriti 53 undi mengalahkan calon PAS Zamzuri Mat Lazim.

Namun begitu pemerhati politik bebas percaya PAS akan menang dengan majoriti kurang dari 1,000 undi berdasarkan maklumbalas dan kajian yang mereka jalankan.

Sebuah badan kajiselidik yang menjalankan kajiselidik beberapa hari lalu mendapati bahawa lebih dari 61.2 peratus dari pengundi Manek Urai akan mengundi PAS esok manakala 38.8 peratus berkata akan mengundi Umno. Sejumlah 530 responden terdiri dari pengundi Manek Urai dari pelbagai latarbelakang politik, pekerjaan dan pelbagai lokasi ditemuramah.

Semuanya akan terjawab kira-kira jam 8.00 malam apabila keputusan dijangka diumumkan seperti dijadualkan.

PRK MANEK URAI : SPR HARAP 90 % KELUAR MENGUNDI TAPI BUAT PENGUNDIAN HARI SELASA?

Pengerusi SPR, Aziz Yusof berkata hari ini bahawa beliau mengharapkan 90 % pengundi akan membuang undi hari ini. Namun yang peliknya SPR awal-awal lagi seolah-olah tidak mahu ramai yang keluar mengundi sehingga tergamak menjalankan pengundian pada hari Selasa iaitu hari bekerja di negeri-negeri selain Kelantan (Kerajaan negeri isytihar cuti hari ini).
Keputusan SPR itu sememangnya suatu keputusan yang pelik, SPR mahukan pengundian dengan peratusan yang tinggi tetapi pada masa yang sama mengambil langkah sebaliknya iaitu menyusahkan pengundi yang tinggal di luar untuk balik mengundi.
Adalah dijangkakan kira-kira 500 pengundi luar Kelantan tidak pulang mengundi pada hari ini kerana pelbagai masalah seperti tidak mendapat cuti dan pelepasan dari majikan masing-masing.

PRK MANEK URAI : ABE UJI DAN TOK GURU LAWATI PETI UNDI SUNGAI PERIA

Calon PAS, Abe Uji dan Menteri Besar Kelantan, Tok Guru Nik Aziz tiba di Peti Undi Sungai Peria seawal jam 8.00 pagi. Tok Guru tiba lebih awal iaitu jam 8.00 pagi manakala Abe Uji tiba jam 8.10 pagi.
Dalam kenyataan ringkasnya mereka kedua-dua tokoh PAS itu yakin PAS akan menang kali ini berdasarkan penerimaan rakyat terhadap Abe Uji dan kempen selama 8 hari mereka.
Pengundi dilihat keluar beramai-ramai di 9 peti undi iaitu SK Temalir, SK Peria, SK Manek Urai, SK Manek Urai Baru, SK Sungai Sok, SK Chuchoh Puteri, SK Lata Rek, SK Kampung Karangan, and SMK Laloh
Seramai 12,293 pengundi yang terdiri dari 99.2 peratus pengundi Melayu akan menentukan siapa yang akan menang hari ini. Keputusan dijangka diketahui seawal jam 8.00 pagi.

PRK MANEK URAI : PENGUNDI BERPUSU-PUSU KELUAR MENGUNDI

Pengundian di Manek Urai bermula jam 8.00 pagi tadi di mana kebanyakan Pusat Pengundian menyaksikan pengundi berpusu-pusu keluar mengundi.
Di Peti Undi Sungai Sok pondok panas dikunjungi lebih ramai pengundi berbanding pondok BN.
Kedua-dua calon PAS dan BN, Abe Uji dan Tuan Aziz mula melawat pusat-pusat pengundian.

13 July 2009

PRK MANEK URAI : NAJIB KECUT PERUT UNTUK TURUN KE MANEK URAI

Presiden Umno terbukti takut dan kecut perut untuk turun berkempen di Manek Urai. Hari ini Najib bersuara tentang Manek Urai, menggesa pengundi di Manek Urai memikirkan masa depan mereka apabila mengundi pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, esok.

Kata Najib, mereka (rakyat di Manek Urai) harus fikirkan adakah mereka mahu kekalkan status quo, jika mahukan perubahan yang boleh dikecapi, undilah Barisan Nasional (BN),” kata beliau kepada pemberita selepas menghadiri majlis Perjumpaan Bersama Rakyat di Jitra.

Katanya, pengundi di Manek Urai haruslah membuat pertimbangan demi pembaharuan untuk mereka sendiri.
Ternyata Najib tidak ada modal untuk memancing undi sebab itulah beliau senyap seribu bahasa apabila timbalannya Muhyiddin membuat kenyataan kurang cerdik semalam dalam isu jambatan RM7 juta.
Saya yakin Najib sangat arif tentang peluang BN di Manek Urai yang semakin tipis sebab itulah beliau tidak berani untuk turun ke Manek Urai.
Esok Insya Allah muka Najib akan diconteng arang buat kali keenam. Kali ini tiba giliran pengundi Manek Urai memalukan Najib walaupun Najib baru sahaja mengumumkan hadiah buat rakyat sempena pemerintahan beliau yang ke 100 hari.

PRK MANEK URAI : PECUTAN TERAKHIR

Apa lagi agaknya janji dan habuan yang akan diumumkan oleh pemimpin BN malam ini iaitu malam terakhir kempen dibenarkan.
Mungkin pelbagai lagi janji akan diumumkan malam ini. Biasalah BN harta dan duit rakyat dibuat macam harta mereka sendiri tanpa segan silu dan malu. Memang muka tembok dan tak tahu malu.
Bagi PAS, kami hanya menerangkan kepada rakyat betapa pentingnya mempertahankan DUN Manek Urai dari jatuh ke tangan BN. Perjuangan Islam PAS mesti dipertahankan demi kedaulatan Islam itu sendiri.
Hak rakyat Kelantan seperti royalti minyak dan bantuan perka pita mesti dituntut dan salah satu cara untuk menuntutnya ialah mengajar BN besok dengan pukulan maut TKO. Tidak ada gunanya percaya kepada janji BN kerana janji-janji pilihanraya dahulu pun tidak ditunaikan lagi termasuk janji mereka semasa kempen Pilihanraya Umum 2004 ketikan BN menang di Manek Urai ini.

Kerajaan BN terbukti gagal mempertahankan Islam dan menyediakan kebajikan dan kesejahteraan kepada rakyat. Masalah jenayah, kos pendidikan semakin mahal, masalah maksiat, ekonomi bumiputera dan sebagainya masih membelenggu dan menghantui rakyat terutama rakyat luar bandar.
Insya Allah dengan segala masalah ini yang gagal diselesaikan oleh BN, rakyat akan mengajar mereka sekali lagi esok.

PRK MANEK URAI : UMNO DAKWA PIKAT LEBIH 5,900 PENGUNDI, TAHNIAH KERANA DAPAT JAMBATAN

Malaysiakini melaporkan bahawa Ketua Pergerakan Wanita Umno Bahagian Kuala Kerai, Rohani Majid mendakwa BN bakal mendapat lebih dari 5,900 undi pada pilihanraya esok. Ini bermakna BN sudah yakin akan menang.

"Ini yang mereka janji kepada kita, tidak tahulah apa yang mereka cakap itu tidak betul. Tetapi dari reaksinya, ia tanda yang positif dan akan mengundi BN."
"Kita juga berjaya mendekati beberapa kawasan pengundi PAS, tetapi kawasan `hijau' kita tidak boleh masuk,"katanya ketika dihubungi hari ini.
Terbukti Rohani begitu yakin BN akan menang esok. Jika benar BN akan mendapat undi berjumlah 5,900 majoriti BN akan mencecah lebih dari 1,500 undi.
Saya cuba mendapatkan reaksi dari seorang penyokong PAS tentang kenyataan 'over confident' Rohani ini.
"Kkecek besar, Sapo dio nok ko BN, takdok doh oghe suko BN, oghe Umno hok tok cidik yah nok BN hok lain tok se doh, bo lah undi BN nyo"
"Kkecek buleh la, puok-puok tu meme jawab nok pakoh BN tapi dale ati benci ko BN, sapo dio tok kenal BN pelawok belako" jawab penyokong PAS tersebut yang tidak mahu namanya saya siarkan di Blog ini.
Sementara itu sumber dalaman PAS memberitahu bahawa PAS sudah mencapai sasaran untuk menang di mana PAS kini dijangka sudah mendapat kira-kira 5,200 undi berbanding dengan 5,746 undi yang diperolehi oleh Pak Su Wil pada Pilihanraya Umum Mac 2008 lalu.
Jika undi ini kekal PAS dijangka boleh menang dengan majoriti kurang dari 400 undi.
Apa pun ramai pemerhati politik menjangkakan PAS akan dapat mengekalkan undi PRU 2008. Jika kurang pun menurut mereka hanyalah dalam 200- 300 undi sahaja akibat dari pengundi luar yang tidak pulang mengundi.

PRK MANEK URAI : LEBIH BAIK JANJI MANEK URAI JADI KL DALAM MASA 2 TAHUN

Saya cadangkan Muhyiddin berjanji menjadikan Manek Urai sebuah bandaraya seperti Kuala Lumpur dalam masa 2 tahun jika BN menang di Manek Urai.

Janji itu lebih hebat dan menarik minat dari menjanjikan sebuah jambatan. Mungkin rakyat Manek Urai akan membuka mata dan mengundi BN atau mungkin PAS akan hilang wang pertaruhan esok.
Mengapa berjanji memberikan hanya sebuah jambatan lebih baik jadikan Manek Urai sebuah bandaraya supaya senang rakyat mencari pekerjaan dan berniaga.
Muhyiddin masih mempunyai masa untuk berjanji apa sahaja kepada rakyat di Manek Urai. Cepat sebelum terlambat. Buat pengumuman secepat mungkin di TV dan radio sekarang.

PRK MANEK URAI : MUHYIDDIN PERLEKEH DAN HINA RAKYAT MANEK URAI

'Undi PAS atau nak jambatan'. Itulah kata-kata Muhyiddin yang cukup memualkan dan menggelikan hati kita semua.
Itukah standard seorang Timbalan Perdana Menteri? Mentalitinya lebih kurang sama dengan JKKK kampung yang kadang-kadang baca surat khabar pun terbalik. Malu rasanya saya mempunyai seorang Timbalan Perdana Menteri yang standardnya semacam ini.
Di saat ahli-ahli politik dunia bercakap soal demokrasi, perancangan ekonomi dan sosial untuk masa depan, sistem pendidikan canggih, pembasmian kemiskinan, ketelusan dan sebagai orang no 2 di Malaysia bercakap mengugut rakyat dengan pembangunan semasa kempen pilihanraya.

Dia lupa duit untuk membuat jambatan bukannya duit Umno/BN tetapi duit rakyat hasil dari cukai yang dibayar rakyat. Muhyiddin berjanji sambil mengugut rakyat.
Cara Muhyiddin menabur janji itu menggambarkan beliau memperlekeh rakyat Manik Urai.
Beliau membuat ugutan seolah-olah pengundi bodoh dan tidak mempunyai harga diri.
Selain jambatan Muhyiddin juga menyebut dua lagi janjinya dengan nada sama (sekiranya calon Umno menang) iaitu membina sekolah di Chuchoh Puteri dan membina masjid di Temalir - kedua-duanya dalam kawasan Manik Urai.
Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama semalam.

PRK MANEK URAI : HASRAT BN SUPAYA PENGUNDI TIDAK BALIK MENGUNDI BERKECAI

Hasrat BN supaya pengundi Manek Urai yang tinggal di luar tidak balik mengundi berkecai apabila kerajaan negeri mengisytiharkan esok 14 Julai sebagai cuti umum di negeri Kelantan. Ini bagi memudahkan pengundi Manek Urai keluar membuang undi dengan mudah.
Hampir separuh dari pengundi Manek Urai yang tinggal diluar DUN bekerja di Kelantan tetapi majoritinya tinggal di luar Kelantan.
Kini jentera PAS hanya mempunyai satu lagi masalah iaitu memastikan pengundi yang tinggal di luar Kelantan balik mengundi.
Keputusan SPR menetapkan tarikh pengundian pada hari bekerja sememangnya menjadi faktor utama menyebabkan susahnya pengundi luar untuk pulang. Namun begitu saya yakin majoriti mereka akan tetap pulang mengundi kerana mereka sayangkan negeri mereka sendiri serta Tok Guru mereka yang banyak berjasa.

PRK MANEK URAI : 'BOM' PAS AKAN RANAPKAN 'JAMBATAN' MUHYIDDIN

PAS akan membuat kejutan terakhir hari ini. Itu antara perkara besar yang sedang rancak dibualkan di Manek Urai. Namun sehingga kini belum diketahui apa bentuk 'bom' tersebut. Sehingga malam tadi pemimpin PAS masih merahsiakan taktik terakhir mereka.
BN melalui Timbalan Perdana Menteri semalam membuat kenyataan lucu dan meloyakan apabila menjanjikan sebuah jambatan berharga RM7 juta jika rakyat mengundi BN dan memenangkan Tuan Aziz esok. Rata-rata rakyat Manek Urai berpendapat ini merupakan suatu rasuah dan perbuatan yang tidak bermaruah.
Bagi mereka maruah diri bukannya sama nilainya dengan sebuah jambatan.
Namun begitu persoalannya sekarang apakah 'bom' terakhir PAS ini akan meranapkan jambatan Muhyiddin. Sama-sam kita tunggu.
"Kita boleh bagi (jambatan baru), insya-Allah, tetapi ada syarat. Yang itu senang saja, pangkah saja (BN). Kita nak beritahu semua, mu (kamu) nak lalu sini, mu kena pangkah BN.
"Kalau tidak, esok dia tak dapat jambatan. Nak jambatan, pangkah BN," katanya di hadapan 200 penyokong BN petang semalam.
Muhyiddin berkata demikian di majlis pemimpin bersama rakyat di sebuah sekolah di Manek Urai Lama.
Selain Tuan Aziz, turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan II, Datuk Dr Awang Adek dan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Mustapha Mohamad.
Namun begitu disebalik rasuah jambatan yang dijanjikan oleh Muhyiddin, PAS tetap menaruh keyakinan untuk menang. Itupun belum lagi dibantu dengan 'bom' terakhir mereka.
Semalam, Pengarah Pilihanraya PAS Kelantan, YB Abdul Fatah Haron berkata PAS sudah hampir mencapai sasarannya untuk menang dengan majoriti yang besar.
Ini bermakna PAS benar-benar yakin akan menang cuma mereka sedang berusaha untuk mencapai sasaran yang ditetapkan sebelum ini. Sebaliknya calon BN, Tuan Aziz terus menunjukkan sikap merendah diri apabila berkata bahawa BN akan terus berjuang memberikan tentang sengit kepada PAS.

WAKIL RAKYAT TIDAK MAHU BERKHIDMAT

Pagi ini saya menerima panggilan telefon dari seorang pengunjung blog ini yang menamakan dirinya sebagai Wak Mat, 60 tahun dari Kampung Sebong, Pengerang. Beliau merungut kerana ADUN Kawasan beliau, Tanjung Surat, YB Haji Harun tidak mahu menurunkan tandatangan beliau pada borang-borang tertentu yang diajukan kepada beliau.
"YB tidak mahu 'sign' dan meminta rakyat berjumpa Ahli Parlimen Pengerang iaitu Azalina Othman Said".
"Mungkin beliau merajuk kerana tewas pada pemilihan Umno Bahagian Pengerang tahun lalu, sebab itu beliau tak mahu 'sign'" kata Wak Mat.
Wak Mat merayu supaya YB Haji Harun berubah sikap demi kemudahan dan kebajikan rakyat.

12 July 2009

PRK MANEK URAI : MARUAH DIRI ATAU JAMBATAN

14 Julai ini pengundi Manek Urai akan membuat pilihan samada untuk mempertahankan maruah diri atau termakan dengan janji jambatan.
Maruah diri vs Jambatan?????
Jika mereka pilih jambatan atau gertak maknanya maruah diri mereka boleh dijual beli dengan benda dan janji yang belum tentu ditunaikan.
Jika mereka pilih jambatan maknanya mereka rela BN meratah hak rakyat Kelantan untuk royalti minyak.
Jika mereka pilih jambatan maknanya mereka rela dan redha Tok Guru Nik Aziz dihina dan dicerca oleh pemimpin BN
Jika mereka pilih jambatan maknanya maruah diri mereka sudah tidak bernilai kerana boleh dijual beli
Jika merekaa pilih jambatan maknanya mereka rela ditipu dan digula-gulakan oleh BN
Jika mereka pilih jambatan maknanya mereka termakan dengan 'pelawok' BN buat kesekian kalinya.

POLIS MESTI KERJA KERAS BENDUNG KEGIATAN SAMSENG DI BUKIT BARU

Awal pagi tadi saya dikejutkan dengan berita anak sahabat saya Md Dan Siron yang bernama Mustakim, 20 meninggal dunia akibat dipukul oleh sekumpulan pemuda di Taman Harta Pertama Bukit Baru.
Menurut ceritanya Mustakim dipukul oleh 5 pemuda sekitar jam 12.15 - 1.00 pagi. Ayahnya menerima panggilan dari Hospital Melaka jam 1.30 pagi supaya datang ke Hospital kerana keadaan anaknya kritikal. Sesampainya di sana Mustakim sudahpun meninggal dunia.
Saya sangat sedih dengan kejadian ini kerana menurut Md Dan anaknya tidak mempunyai musuh dan tidak terlibat dengan apa-apa kejadian samseng dan sebagainya.
Jadi apa motifnya sehingga Mustakim dibunuh dengan kejam sedemikian rupa. Teruk sangat dosa Mustakim sehingga beliau dihukum sekejam itu.
Adalah diharapkan pihak Polis dapat menyelesaikan kes samseng dan buli seperti ini di kawasan terbabit. Saya mendapat maklumat bahawa di kawasan Pekan Bukit Baru tersebut memang ada sekumpulan pemuda yang selalu lepak dan berlagak samseng.
Pihak Polis mesti bekerja keras menangani masalah ini. Jangan sibuk untuk memantau kegiatan politik sahaja sehingga gagal menyelesaikan kes jenayah yang semakin meningkat sekarang.
Selain itu kerajaan negeri juga mesti mengambil langkah drastik untuk menyelesaikan masalah ini jangan sibuk dengan projek pembangunan pelancongan sahaja sehingga keselamatan dan kebajikan rakyat diabaikan.
Kepada abang Md Dan takziah saya ucapkan semoga beliau tabah menghadapi dugaan ini. Saya bersama-sama dengan Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan, Dr Khatijah Jumangat, Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Nazri Ariffin, Ketua Penerangan DPPBK, Jauhar Dawi dan AJK DPPBK Ghazali Othman sempat menziarahi rumah Md Dan selepas asar tadi.
Jenazah Allahyarham Mustakim akan dikebumikan kira-kira jam 10.00 pagi esok.

PRK MANEK URAI : BN TERUS MERASUAH PENGUNDI

BN tanpa segan silu merasuah pengundi dengan memberikan tawaran berupa kebendaan dan pembangunan. Suatu perbuatan yang amat memalukan negara kita.
Petang tadi Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin tanpa rasa bersalah dan malu menyatakan bahawa Kerajaan pusat akan membina jambatan baru yang dianggar berharga RM7 juta hingga RM10 juta, sekiranya pengundi memilih BN dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai Selasa ini.
Saya yakin tawaran ini amat 'menggiurkan' penyokong Umno namun ianya tidak berupaya untuk mencairkan aqidah penyokong PAS dan para simpatisan PAS.
Walaupun BN menawarkan matahari dan bulan ahli dan penyokong PAS akan tetap komited dan istiqamah bersama PAS kerana mereka yakin dengan perjuangan PAS di bawah kepimpinan TOk Guru Nik Aziz.
Selain itu saya juga yakin tawaran jambatan ini akan menyebabkan rakyat Manek Urai semakin benci kepada BN kerana mengapa baru sekarang mereka ingin membina jambatan tidak sebelum ini.
BN sebenarnya tidak belajar dari kesilapan lalu. Kempen menawarkan kebendaan dan pembangunan telah ditolak oleh rakyat dalam 5 Pilihanraya Kecil sebelum ini, semuanya diluar Kelantan. Jika di Kelantan saya yakin sentimen kebencian kebencian kepada BN ini lebih hebat lagi.
Insya Allah 14 Julai ini BN akan berkubur bersama jambatan 7 jutanya.

PRK MANEK URAI : 2 HARI LAGI UMNO/BN AKAN DIKUBURKAN

Insya Allah Umno/BN akan dikuburkan buat kali keenam (6 kali mati tetapi hidup balik - pelik???? ini namannya hantu Umno/BN) dalam Pilihanraya Kecil di Semenanjung.
Dari pengamatan pemerhati politik amat sukar untuk BN mengulangi kemenangan mereka seperti di Pengkalan Pasir disebabkan momentum rakyat di Manek Urai masih kuat untuk mengekalkan wakil rakyat PAS menjadi ADUN mereka. Lebih-lebih lagi mereka benar-benar senang dan gembira dengan perkhidmatan dan jasa yang ditaburkan oleh calon PAS, Abe Uji sebelum ini iatu ketika beliau menjadi Ahli Majlis Daerah Kuala Kerai dan aktivis masyarakat. Malah ramai yang menyatakan sikap dan karisma Abe Uji saling tidak tumpah seperti wakil rakyat kesayangan mereka Allahyarham Pak Su Wil.
Program ziarah dan kempen Abe Uji sentiasa diberikan sambutan hebat oleh rakyat Manek Urai hatta oleh penyokong setia Umno sendiri. Bukan menjadi suatu perkara pelik jika Abe Uji nanti mendapat undi dari penyokong setia Umno sendiri. Perkara sudah biasa berlaku pada mana-mana pilihanraya di Kelantan di mana ahli dan penyokong Umno berkempen untuk BN tetapi mengundi calon PAS.
Cuma apa yang saya bimbangi ialah taktik kotor, penipuan, rasuah dan ugutan dari BN sahaja yang memungkinkan keputusan sebaliknya. Begitu juga dengan strategi BN yang berusaha bersungguh-sungguh untuk menghalang pengundi luar balik mengundi pada 14 Julai ini.
Namun Insya Allah, manusia merancang Allah juga merancang dan sesungguhnya perancangan Allah adalah lebih baik. Amin.

PENGUMUMAN SEMPENA 100 HARI NAJIB MEMERINTAH TIDAK MEMBERI MAKNA BESAR KEPADA RAKYAT

Semalam Perdana Menteri membuat pengumuman sempena 100 hari sebagai Perdana Menteri:

Antara langlah yang beliau ambil ialah :-

1. Diskaun 20% kepada pengguna kad prabayar Touch ‘n Go dan SmartTag yang menggunakan tol lebuh raya 80 kali atau lebih dalam sebulan bermula 1 September 2009.

2. Penyewa Program Perumahan Rakyat di Wilayah Persekutuan dibenarkan membeli rumah yang disewa.

3. Potongan diskaun 50% kepada peniaga kecil di Wilayah Persekutuan memohon dan membaharui lesen perniagaan.

4. Tambahan RM150 juta bagi dana TEKUN dan RM15 juta untuk program pembangunan usahawan muda kaum India.

5. Tambahan kira-kira 3,000 lagi permit teksi individu dalam masa tiga bulan akan datang.

6. Komited untuk mengurangkan kadar jenayah terutamanya ragut dan kecurian kenderaan.

7. Mempergiatkan usaha bagi memastikan bilangan pendaftaran lewat kelahiran dapat dilaksanakan dengan segera.

8. Menyegerakan usaha menyelesaikan masalah kewarganegaraan rakyat.

9. Usaha menambah baik akses kepada kemudahan asas seperti pembinaan jalan dan penyaluran bekalan air serta elektrik di kawasan luar bandar terutama di Sabah dan Sarawak ditingkatkan.

10. Mengurangkan kadar bayaran permohonan lesen motosikal kepada RM211 berkuat kuasa pada 1 September depan.

11. Menubuhkan Amanah Saham 1Malaysia dengan saiz sehingga 10 bilion unit dan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas.

Namun beliau tidak sedar bahawa rakyat bukannya mahukan perkara yang melibatkan materialistik dan pembangunan sahaja tetapi rakyat mahukan jaminan keselamatan, ketelusan, demokrasi dan lain-lain.

Bagi saya rakyat menantikan perkara-perkara di bawah yang dinantikan sudah lebih dari 50 tahun iaitu :-

1) Pemansuhan ISA

2) Penghapusan diskriminasi kepada kerajaan-kerajaan negeri di bawah PR

3) Mengembalikan biasiswa kepada rakyat yang layak

4) Menghapuskan AUKU

5) Pengukuhan kuasa SUHAKAM

6) Mempertingkatkan undang-undang Islam

7) Komited menghapuskan rasuah dengan benar-benar serius dan komited

8) Memastikan SPR benar-benar bebas

9) Memastikan SPRM benar-benar bebas

10) Dasar pendidikan yang lebih jelas tidak seperti sekarang caca marba dan tidak konsisten

11) Menghapuskan kronisme, nepotisme dan pilih kasih dalam pentadbiran

12) Memastikan PDRM dan ATM benar-benar professional dan bebas

13) Membebaskan media dari konkongan kerajaan dan bias

dan lain-lain
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter