PRK MANEK URAI : PAS DAKWA MENANG 800 UNDI, BN KATA MEREKA MENANG DENGAN TIPIS 100 UNDI

PAS dan BN masing-masing yakin akan menang pada PRK Manek Urai hari ini. PAS yakin akan menang dengan majoriti kira-kira 800 undi manakala BN yakin menang dengan majoriti kira-kira 100 undi.
Keyakinan PAS ini berdasarkan 'feedback' dari jentera kempennya yang yakin pengundi-pengundi yang mengundi PAS pada PRU 2008 akan tetap mengundi PAS. Cuma majoriti ini berkurangan di sebabkan ramai pengundi luar yang tidak balik kali ini.

Manakala BN pula menaruh keyakinan bahawa mereka mampu untuk mengulangi keputusan PRU 2004 apabila calon mereka Zulkefli Omar menang dengan majoriti 53 undi mengalahkan calon PAS Zamzuri Mat Lazim.

Namun begitu pemerhati politik bebas percaya PAS akan menang dengan majoriti kurang dari 1,000 undi berdasarkan maklumbalas dan kajian yang mereka jalankan.

Sebuah badan kajiselidik yang menjalankan kajiselidik beberapa hari lalu mendapati bahawa lebih dari 61.2 peratus dari pengundi Manek Urai akan mengundi PAS esok manakala 38.8 peratus berkata akan mengundi Umno. Sejumlah 530 responden terdiri dari pengundi Manek Urai dari pelbagai latarbelakang politik, pekerjaan dan pelbagai lokasi ditemuramah.

Semuanya akan terjawab kira-kira jam 8.00 malam apabila keputusan dijangka diumumkan seperti dijadualkan.

Comments