.

.

05 November 2011

PAS sokong seksualiti Merdeka?

PAS sokong Bersih 2.0, maknanya PAS sokong Ambia? Ambiga sokong seksualiti Merdeka. Maknanya PAS sokong seksualiti Merdeka? Benarkah begitu? Yang pasti menentang Seksualiti Merdeka ini sejak ia mula dianjurkan pada 2008. Umno/BN sebelum ini membiarkan Seksualiti Merdeka. Baru sekarang mereka sedar Seksualiti Merdeka bahaya. Mengapa sebelum ini mereka biarkan? PAS konsisten. PAS bukan sokong dan bantah membuta tuli. PAS sokong Bersih 2.0 bukan sebab Ambiga tetapi sebab matlamat perjuangan yang bersih dan suci. Umno/BN tidak, sokong dan bantah ikut mood ....

Selamat Hari Raya Aidil Adha

saya mengucapkan Selamat Hari Raya Adil Adha kepada semua tetamu blog ini dan rakan-rakan Facebook. Semoga kita semua terus mendapat rahmat dan Hidayat Allah SWT.

RM217juta duit rakyat dihanguskan oleh Najib-Rosmah 2008-2011?

PEMBAZIRAN ROSMAH-NAJIB

  •   Lawatan rasmi  Perdana Menteri dan Rosmah ke luar Negara 2008-2011 menghanguskan RM17juta.
  • Kos penyelenggaraan rumah rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri menghanguskan RM49juta
  •  Bil elektrik dan air rumah Najib dan Muhyiddin menelan duit rakyat sebanyak RM10juta setahun.
  • Peruntukan program PERMATA Rosmah menghabiskan RM111juta wang rakyat
  • Penginapan Rosmah di Hotel Atlantis, Dubai menelan belanja RM140,000 satu malam

  • Beg tangan Rosmah berjenama Hermezz Matte berharga RM361,259.99 dari mana Rosmah dapat duit
  • Cincin berlian berharga RM24juta dikatakan kepunyaan Rosmah?
  • Penganjuran Persidangan Wanita Pertama Dunia yang dihadiri 14 Wanita Pertama majoritinya dari Afrika menghabiskan RM4.5juta wang rakyat
  •  Gelang tangan Rosmah berharga RM1.65juta. Dari mana Rosmah mendapat wang ini?

Jangan biarkan sesaat dalam hidup kita berlalu sia-sia

Biarlah sesaat di dalam hidup kita tidak berlalu begitu sahaja. Kita mesti memikirkan apakah cara supaya Islam dihayati oleh masyarakat untuk menyelamatkan Negara dan masyarakat. Kita mesti rasa cemburu dengan golongan bekerja siang malam untuk mengekalkan kezaliman di Negara ini walaupun mereka tahu mereka dimurkai Allah S.W.T.

Apakah kita boleh tidur lena ketika khazanah Negara dijahanamkan.? Laporan Ketua Audit Negara menyerlahkan lagi sikap kerajaan yang tidak pernah mengambil iktibar walaupun setiap tahun inilah rupa laporannya.

Apakah kita mahu membiarkan anak cucu kita pada masa akan datang merempat di bumi sendiri. Kita berjuang bukan memikirkan diri kita tetapi ialah untuk generasi akan datang. Untuk kita telah selesai kerana menunggu masa untuk menemui Allah SWT, tetapi anak kita akan meneruskan hidup mereka.
Jangan biarkan mereka memaki hamun kita kerana kita tidak berjuang untuk mereka. Firman Allah SWT bermaksud : “Dan hendaklah takut (kepada Allah) yang sekiranya mereka meninggalkan keturunan yang lemah di belakang mereka yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraannya). Oleh sebab itu hendaklah mereka berbicara dengan tutur kata yang benar”.

Sedutan tulisan Ustaz Idris Ahmad bertajuk akhlaq dan disiplin berorganisasi

04 November 2011

Rosmah tak belanja, anak tak pergi Australia, NAJIB MESTI SAMAN?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan bahawa anak perempuannya bukan berada di Australia semasa beliau menghadiri mesyuarat ketua-ketua kerajaan Komanwel (CHOGM) di Perth, baru-baru ini.

Justeru, katanya orang ramai sepatutnya tidak terpedaya atau terbabit menyebarkan pembohongan.

"Jangan percaya atau sebar pembohongan. Malah, anak perempuan saya tidak berada di Australia dan isteri saya (Datin Seri Rosmah Mansor) tidak membeli apapun barang kemas," kata Najib dalam Twitter terbarunya yang dipetik Bernama.

Awal minggu ini, laporan berita di The West Australian, mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.


Jika benar dakwaan Najib di atas maka saya sebagai rakyat Malaysia mengharapkan Perdana Menteri menyaman orang yang mereka-reka fakta supaya nama beliau, Rosmah dan anaknya bersih dari fitnah. Namun pada masa yang sama Najib mesti menafikan segala tuduhan tersebut denfan fakta yang jelas dan beramanah. Jangan cuba menipu rakyat kerana lambat laun rakyat akan tahu duduk perkara sebenar.


Di zaman serba canggih ini maklumat gambar dan maklumat boleh diperolehi dalam masa satu saat ke seluruh dunia.

Najib PATUT PECAT MUHYIDDIN?

Perdana Menteri, Najib Razak patut memecat Muhyiddin kerana kegagalannya menguruskan hal penempatan pelajar jurusan pendidikan khususnya dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) ke sekolah-sekolah. Isu ini bukannya isu baru malah ia telah berlanjutan beberapa tahun. Ramai di kalangan siswazah pendidikan UPSI kebanyakannya terpaksa menganggur bertahun-tahun sementara menunggu di'posting' ke sekolah-sekolah.

Mengapa ini terjadi? Lambakkan guru siswazah lepasan UPSI, Institut Pendidikan Guru (IPG) dan lain-lain memang sudah lama berlaku dan gagal diatasi oleh Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pendidikan Tinggi. Fenomena ini membuktikan bahawa tiadanya perancangan teliti tentang jumlah pengambilan pelajar pendidikan dan kekosongan jawatan guru. Jadi menteri dan pegawai-pegawai yang berkaitan mesti bertanggungjawab.

NONE
Persoalannya ialah mengapa pelajar UPSI menjadi mangsa.? Adakah mereka tidak kompeten.? Atau ada sebab lain.? Mengapa pula Guru Sandaran Tidak Terlatih mendapat keutamaan?

Muhyiddin jelas gagal dalam menguruskan hal ini. Semalam hampir 1,000 mahasiswa Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) mengadakan demonstrasi sebagai tanda protes agar kerajaan memberi jaminan penempatan kepada bakal graduan universiti itu seperti yang diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT).

Malaysiakini dipetik melaporkan bahawa piket semalam yang berlangsung selama lebih kurang empat jam itu menyaksikan ucapan-ucapan menuntut hak penempatan guru untuk graduan lulusan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan oleh UPSI.

Polemik isu ini bermula dengan kenyataan timbalan perdana menteri yang merangkap Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengarahkan graduan UPSI "cari kerja lain".

Beliau juga mengesahkan kekosongan jawatan guru di sekolah seluruh negara akan diisi oleh 7,000 guru lepasan GSTT

NONE
Kenyataan berkenaan telah menimbulkan kemarahan ribuan graduan dan bakal graduan di UPSI dan kampus-kampus lain.

"Mengapa kekosongan tersebut diberikan kepada lepasan GSTT yang pada hemat kami tiada kelayakan sebenar untuk bergelar guru?

"Sepatutnya kekosongan itu diisi oleh graduan ISMP yang ternyata telah dilatih untuk menjadi guru sebenar," kata Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UPSI, Afiq Fikri Mislan.

Menurutnya lagi, pengambilan graduan UPSI akan sekali gus mengurangkan masalah isu guru tidak profesional, berkualiti serta berkelayakan.

NONE
Piket tengah hari semalam anjuran Gabungan Bertindak Mahasiswa itu dicetus oleh wakil LMP,sebuah front Solidariti Mahasiswa Malaysia. Ia turut digerakkan bersama wakil Gabungan Mahasiswa Islam SeMalaysia (GAMIS), dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), serta front-front mahasiswa UPSI yg lain.

Piket ini kemudian diakhiri dengan penyerahan memorandum tujuh tuntutan oleh Afiq Fikri yang diserahkan kepada timbalan naib canselor, penyelidikan dan inovasi universiti itu.

NONE
Antara tuntutan mereka, termasuklah mendesak Muhyiddin menyediakan penempatan yang mencukupi kepada graduan universiti itu, mengurangkan pengambilan guru GSTT serta DPLI, dan memperincikan bajet pendidikan yang lebih telus dalam menyediakan penempatan guru.

Gabungan mahasiswa ini juga berhasrat untuk menyerahkan 10,000 tanda tangan kepada Muhyiddin dalam masa terdekat.

PEKERJA akan HUKUM BN pada PRU 13

Pekerja di seluruh negara mengadakan PIKET membantah tindakan Kerajaan BN yang mahu meminda Akta Pekerja 1955.

MTUC mengarahkan seluruh kesatuan sekerja mengadakan PIKET di seluruh negara hari ini. MTUC secara lantang membantah pindaan itu disifatkan menganiaya pekerja. Pakatan Rakyat juga menyokong tindakan MTUC membantah akta tersebut.


Isu utama mengenai pindaan akta itu ialah wujudnya kontraktor tenaga kerja dan ini membolehkan majikan 'mengupah' kontraktor itu memberikan tenaga kerja kepada majikan berkenaan.

MTUC mendakwa sistem itu membuatkan pekerja itu bekerja untuk kontraktor bukan majikan berkenaan menyebabkan majikan tidak mempunyai tanggungjawab secara terus menjaga kebajikan pekerja terutamanya melibatkan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Mengulas lanjut Mohd Khalid mendakwa, sistem ini menjurus kepada eksploitasi pekerja.

Sehubungan itu, beliau berharap Menteri Sumber Manusia menimbang bantahan mereka kerana pintu rundingan masih lagi terbuka.

"Apa juga pindaan undang-undang harus menjurus kepada kesejahteraan pekerja, bukan penindasan dalam era baru," kata Mohd Khalid Atan Presiden MTUC dalam satu kenyataan hari ini.


Tidak mustahil pekerja-pekerja Malaysia yang berjumlah jutaan orang akan menghukum kerajaan BN pada PRU 13 nanti jika kerajaan tetap berdegil mahu meneruskan pindaan ini.


Pekerja seharusnya menggunakan kuasa undi yang mereka ada bagi menghukum kerajaan yang bongkak dan angkuh. Hanya bahasa undi yang difahami oleh kerajaan angkuh dan bongkak seperti BN, bahasa lain mereka tidak faham dan buat-buat tidak faham.

03 November 2011

MAT SABU KOMUNIS : UTUSAN kecut perut, MAHU BATALKAN SAMAN

Akhbar pencacai Umno mula terasa bahang dan kecut perut untuk berhadapan dengan saman fitnah Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu. Utusan mula sedar bahawa mereka kemungkinan besar akan kalah dan terpaksa membayar sejumlah wang kepada bekas Ahli Parlimen Kuala Kedah dan Kubang Kerian tersebut.
Selain itu Utusan juga tahu bahawa jika kes ini di dengar di mahkamah dan kemenangan berpihak kepada Mohamad maka, seluruh dunia akan tahu bahawa Utusan telah memutarbelitkan fakta dan rakyat akan kembali sedar bahawa Utusan memang sebuah akhbar pencacai kaki fitnah dan adu domba.
Sebab itulah Utusan telah memohon kepada mahkamah supaya saman fitnah ini dibatalkan. Malaysiainsider melaporkan hari ini bahawa Mahkamah Tinggi akan mendengar 23 November ini permohonan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad bagi membatalkan saman fitnah yang difailkan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berhubung penyiaran artikel mengenai isu komunis Bukit Kepong.
Permohonan itu akan didengar di hadapan Hakim Datuk John Louis O’Hara.
Beliau menetapkan tarikh itu selepas berjumpa peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Mohamad dan Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Datuk Abdul Aziz Ishak dan Utusan Melayu semasa kes itu disebut bagi pengurusan kes dalam kamarnya hari ini, lapor Bernama Onine.
Dalam permohonan yang difailkan 27 Oktober lalu, kedua-dua defendan mahu membatalkan saman itu atas alasan ia mengaibkan, remeh dan menyusahkan selain ia suatu penyalahgunaan proses mahkamah.
Pada 14 September lepas, Mohamad (gambar), 57, memfailkan saman itu dengan mendakwa kedua-dua defendan dengan niat jahat telah menerbitkan satu artikel fitnah pada 27 Ogos lalu dan dua lagi artikel pada keesokan harinya iaitu pada 28 Ogos.
Timbalan Presiden PAS itu mendakwa penerbitan ketiga-tiga artikel itu adalah berhubung isu Tragedi Bukit Kepong.
Mohamad mendakwa penyiaran artikel itu secara tidak langsung menunjukkan bahawa dirinya menyokong komunis, telah terkeluar daripada ajaran dan akidah Islam kerana menyokong komunis dan mengiktiraf Muhammad Indera sebagai pengganas komunis yang bekerjasama dengan Goh Peng Tun dan 200 lagi angggota komunis.
Beliau mendakwa dirinya terasa malu dan aib serta sengsara dari segi maruah, kredibiliti dan juga reputasinya, serta menanggung penderitaan akibat menerima khidmat pesanan ringkas yang mengandungi ugutan jenayah terhadap dirinya dan keluarga serta ancaman supaya dirinya ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Beliau juga mendakwa menerima ancaman agar kewarganegaraan beliau dilucutkan di samping didakwa di mahkamah atas dakwaan menghasut atau menghina Yang di-Pertuan Agong.
Mohamad mendakwa tindakan defendan-defendan menerbitkan kesemua artikel tersebut bertujuan untuk mensensasikan berita, melariskan penjualan akhbar bagi mendapatkan faedah kewangan dan bagi mendatangkan keuntungan politik kepada parti politik Umno.
Beliau menuntut ganti rugi am, teladan dan melampau yang tidak ditetapkan jumlahnya serta satu perintah mahkamah agar kesemua defendan memohon maaf serta menarik balik artikel fitnah itu.
Rakyat sudah tentu akan mengikuti dengan rapat kes ini kerana ia telah menjadi polemik yang besar sehingga ada Professor kangkung yang tersasul mengatakan bahawa Malaysia tidak pernah dijajah. 
Selain itu ia juga telah menjadi fenomena apabila seluruh rakyat baru sedar bahawa sebenarnya kemerdekaan negara bukan hanya diperjuangkan oleh pemimpin Umno seperti Tengku Abdul Rahman Putra Al Haj dan Datuk Onn tetapi pejuang sebenar ialah Pahlawan-Pahlawan Melayu dan pejuang-pejuang Islam serta golongan lain. Antara para pejuang sejati ialah Dr Burhanuddin Helmi, Ibrahim Yaakob, Pak Sako, Ahmad Boestaman, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Tok Gajah, Tok Janggut, Haji Abdul Rahman Limbung, Dol Said, Mat Kilau, Tok Gajah, Maharaja Lela, Tok Bahaman dan lain-lain yang nama mereka telah dikesamping atau ditutup terus dari sejarah kemerdekaan negara.
Jika kes ini dibicarakan di mahkamah sudah tentu nama-nama pejuang ini akan disebut dan menjadi sebahagian dari hujah peguam-peguam dalam mahkamah dan ia sudah tentu akan menyebabkan rakyat bertambah sedar tentang fakta sebenar sejarah kemerdekaan negara.

Kes babitkan REMAJA TIDAK SEKOLAH membimbangkan

Statistik Bukit Aman mendedahkan sepanjang empat bulan pertama tahun ini, kanak-kanak dan pelajar serta remaja tidak bersekolah berusia 7 hingga 18 tahun terbabit dalam 18 kes bunuh, 198 (rogol), dua (rompak berkumpulan bersenjata api), 185 (rompak berkumpulan tanpa senjata), 19 (rompakan) dan 141 (mendatangkan kecederaan).

Mereka turut terbabit dalam 382 kes kecurian, 584 kes curi kenderaan termasuk 558 membabitkan motosikal, 28 (ragut), 17 (pecah rumah siang hari) dan 232 (pecah rumah malam hari). 

Dalam tempoh sama tahun lalu, mereka terbabit dalam 13 kes bunuh, 181 (rogol), tujuh (rompak berkumpulan bersenjata api), 74 (rompak berkumpulan tanpa senjata api); 132 (mendatangkan kecederaan), 324 (curi), 385 (curi kenderaan), 25 (ragut), 28 (pecah rumah malam hari) dan 158 (pecah rumah siang hari). 

Secara keseluruhannya, mereka yang berusia tujuh hingga 18 tahun terbabit dalam 1,817 kes jenayah dengan 604 daripadanya adalah murid dan pelajar sekolah sepanjang Januari hingga April tahun ini, berbanding 1,343 kes membabitkan 453 murid dan pelajar bagi tempoh sama tahun lalu. 
Daripada jumlah itu, 50 kes membabitkan kanak-kanak berusia tujuh hingga 12 tahun, 507 kes (13 hingga 15 tahun) dan 1,360 kes (16 hingga 18 tahun) dengan 42 kes dilakukan perempuan.

Sumber : FB Azrin Majid

PRU 13 : Anwar YAKIN PR MENANG, TAPI BN PERTAHAN WALAU DGN APA CARAPUN


Ketua Pembangkang tetap yakin Pakatan Rakyat akan menang pada Pilihanraya Umum ke 13 walaupun pelbagai cara dilakukan oleh BN bagi mengekalkan kuasa samada dengan cara halal atau haram.
Sebuah portal internet melaporkan bahawa Anwar Ibrahim menjangkakan satu “kebangkitan Malaysia” pada pilihan raya umum ke-13 sambil dengan yakin memberitahu agensi berita Amerika Bloomberg, Pakatan Rakyat (PR) akan mengambil alih Putrajaya daripada penguasaan Barisan Nasional (BN).
“Melihat pada kadar kami sedang bergerak sekarang, kami akan mengambil alih kerajaan,” kata beliau dalam satu temu bual dipetik agensi berita itu hari ini.
Ketua Pembangkang itu yang kini berhadapan dengan kemungkinan sabitan kesalahan buat kali kedua dalam kerjaya politiknya merujuk kepada perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu sebagai tanda sokongan besar kepada perikatan tersebut.
Kempen itu menarik ribuan hadirin di ibu negara di sebalik tindakan keras diambil pihak kerajaaan. Pihak polis juga menahan lebih 1,500 orang ketika itu.
Susulan perhimpunan itu, kerajaan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan beberapa pembaharuan politik termasuk pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen bagi mengkaji sistem pilihan raya awal Ogos lalu.
Sebulan kemudian, Najib mengumumkan pemansuhan beberapa akta termasuk Akta Keselamatan Dalam Negeri dan undang-undang lain.
Tambah Anwar, dengan sokongan yang ditunjukkan oleh penunjuk perasaan ketika perhimpunan Bersih 2.0, meskipun beliau disabitkan kesalahan pembangkang akan memperoleh keputusan yang lebih baik kali ini.
Sehubungan itu kata beliau, keputusan kes melibatkan dirinya merupakan satu rumusan yang “sudah pun pasti.”
Pemerintahan kerajaan BN lebih lima dekad,  katanya, akan berakhir dalam pilihan raya umum ke-13.
Anwar memberitahu Bloomberg bahawa PR akan memperoleh lebih 40 peratus undi di kubu-kubu kuat BN, Johor dan Pahang, memperoleh balik majoriti di lima negeri yang ia menang pada 2008 selain mencatatkan kedudukan lebih baik di Negeri Sembilan dan Terengganu.
“Trend ke arah kebebasan dan demokrasi tidak boleh dielak. Kita sepatutnya boleh melakukan lebih baik (kali ini),” kata Anwar yang juga Ketua Umum PR.
Bloomberg membangkitkan bahawa tiada sebarang peristiwa yang pemimpin Asia Tenggara digulingkan daripada kuasa sedangkan gerakan sivil semakin kuat di rantau ini.
Anwar menjawab: “Ketika negara-negara Timur Tengah berhadapan dengan Kebangkitan Arab, negara jiran Singapura menyaksikan rekod peralihan undi kepada pembangkang pada Mei (lalu), dan Myanmar membebaskan beberapa pesaing politik dari penjara bulan lalu.”
“Bila akan ada Kebangkitan Malaysia? (Ketika) pilihan raya umum akan datang,” kata Anwar.
“Harap-harap, kami akan melakukan (giliran) kami menerusi proses demoktratik yang aman,” katanya lagi.
Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno pada 1998 dan kemudian menghadapi tuduhan liwat dan salah guna kuasa.
Beliau dibebaskan pada September 2004 dan mengetuai kerjasama PR pada pilihan raya umum Mac 2008 dan memperoleh balik kerusi Parlimen Permatang Pauh menerusi pilihan raya kecil pada tahun yang sama.
Itu pandangan Anwar.Bagi bukan sesuatu yang mudah untuk PR mengambialih kuasa. Presiden Umno, Najib Razak sudah pun memberi amaran bahawa Umno/BN akan mempertahankan Putrajaya dengan segala upaya, ertinya samada dengan cara halal atau haram. Ini telah dibuktikan melalui 'penganugerahan' kerakyatan dan hak sebagai pengundi kepada Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), manipulasi daftar pemilih dan sebagainya.
BN tidak akan memberikan kemenangan percuma kepada PR walaupun majoriti rakyat akan menyokong PR dan menolak BN. Sebab itu kita lihat BN sedang dan telah mengatur strategi licik samada yang halal dan haram disisi agama, undang-undang dan perlembagaan. Mereka tidak kisah dosa dan pahala yang penting kuasa mesti dikekalkan pada mereka kerana mereka tahu jika mereka tewas dan tidak lagi menjadi kerajaan akan ramai di kalangan mereka akan dihadapkan ke muka pengadilan atas kesalahan-kesalahan tertentu.

HEBATNYA TUNAI HAJI ....Beza Pemimipin dengan Rakyat Marhaen

Beginilah cara pemimpin mengerjakan haji. Terlalu jauh bezanya antara pemimpin dan rakyat marhaen sedangkan Allah tidak membezakan kita samada kita pemimpin atau orang biasa. Yang dipandang oleh Allah ialah KETAQWAAN.

Mengapa begitu ramai pengawal yang mengelilingi pemimpin ini. Mengapa takut matikah? Mati akan tiba bila sampai masanya walaupun duduk dalam peti besi berkunci.

Atau mungkinkah pemimpin ini ramai musuh. Kalau tidak ramai musuh takkan macam ini sekali kawalan keselamatannya.

Mengapa ada perbezaan kasta antara pemimpin dan rakyat biasa.??

Cuba saudara kira berapa ramai askar dan polis yang mengawal pemimpin ini. Mengapakah berlaku demikian? Adakah pemimpin ini mempunyai musuh yang ramai sehingga begitu sekali kawalannya.

PIKET MTUC 5.30 PTG INI DI AIR TERJUN BUKIT BARU

MTUC akan mengadakan piket di seluruh negara petang ini membantah pindaan kepada akta pekerja yang sedia ada. Bagi negeri Melaka piket ini akan dilangsungkan pada jam 5.30 petang bertempat di Air Terjun Bukit Baru.

Seluruh warga pekerja dan rakyat Malaysia yang prihatin dijemput hadir bagi menunjukkan sensitiviti kita kepada warga pekerja yang telah banyak berjasa kepada kita dan negara.

Tanpa mereka kita sudah tentu akan menghadapi kesukaran dalam mendapatkan bekalan makanan, barangan keperluan harian dan perkhidmatan.

Ayuh tunjukkan keprihatinan anda.

Umno/BN SASAU bila DAP TEGAS MAHU NIZAR JADI MB PERAK

Bermacam-macam cara dilakukan Umno-BN untuk menghancurkan kesepakatan parti-parti dalam Pakatan Rakyat (PR) termasuklah cuba mengapi-apikan kononnya DAP mahukan jawatan Menteri Besar Perak jika PR menang di negeri itu selepas Pilihanraya Umum (PRU) ke-13 nanti.

Namun dalam laporan Sinar Harian, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham bertegas bahawa pemimpin paling layak bagi jawatan Menteri Besar adalah Datuk Seri Ir Mohammad Nizar jika kemenangan berpihak kepada PR nanti.

Dipetik dari Sinar Harian, Datuk Ngeh berkata, pendirian DAP tidak pernah berubah walau apa pun terjadi, malah PR negeri juga telah memberi persetujuan sebulat suara untuk memilih Mohammad Nizar bagi meneruskan agenda perjuangan rakyat yang tertangguh setelah kuasa pemerintahan bertukar kepada BN.

“Walau ada sekalipun calon Melayu yang dipilih untuk mewakili DAP dan ditakdirkan menang, kami akan tetap memastikan Mohammad Nizar menerajui negeri Perak.

“Lagipun, setakat ini, kami masih belum menentukan sama ada akan meletakkan calon Melayu atau tidak. Sekiranya ada, perbincangan dengan rakan pakatan Pas dan PKR akan diadakan terlebih dahulu untuk mencapai kata sepakat,” kata Ngeh.

Tegasnya, DAP berpegang kepada prinsip kepelbagaian kaum, tidak kira siapa yang dipilih menjadi calon asalkan calon itu dapat menggalas tugas sebagai pemimpin kepada rakyat.

Katanya, bangsa Melayu, Cina mahupun India, akan dipilih jika ada di antara mereka mempunyai potensi dan berkaliber sebagai seorang pemimpin.

“Apa saja kedudukan yang penting bekerja untuk rakyat bukan hanya mencari kesalahan orang lain,” katanya.

Mengulas mengenai kedudukan Dun Jelapang dan Malim Nawar, Koo Ham menyatakan calon sudah ada, cuma buat masa ini pucuk pimpinan PR membuat keputusan tidak mengumumkannya kecuali pada masa yang sesuai.

“Kami mempunyai strategi tertentu sebagai persiapan menjelang PRU-13, kami tidak mahu umumkan calon ketika ini kerana dikhuatiri akan dimanipulasikan pihak tertentu yang mempunyai kepentingan,” katanya.

Penegasan DAP itu telah memberi satu pukulan maut buat Umno-BN yang cuba bertungkus-lumus untuk memecah-belahkan kesatuan dalam PR, lebih-lebih lagi antara PAS dan DAP.

Kempunan lagilah Umno-BN cuba ‘mengapi-apikan’ rakyat Perak, kononnya DAP mahu jadi MB Perak jika kemenangan diberikan kepada PR dalam PRU nanti.

Dipetik dari Warkahdaily

02 November 2011

Beranikah Najib BUBAR PARLIMEN PADA 11.11.11

Pemerhati politik dan pencandu politik sedang menanti dengan penuh debar apakah Perdana Menteri berani untuk bubar Parlimen sekembalinya beliau dari Mekah.

Memang banyak dalil dan tanda-tanda PRU 13 dilansungkan dalam masa terdekat. Namun tiada siapa yang berani menetapkan tarikh sebenar. Mungkin yang tahu hanya Rosmah, Najib dan Allah S.W.T.

Persoalannya sekarang ialah Najib terpaksa berhadapan dengan pelbagai kemungkinan antara 4 kerajaan negeri PR kemungkinan besar tidak akan membubarkan Dun-

Dun masing-masing kerana mereka berpendapat masih terlalu awal untuk mengadakan PRU sedangkan masih ada 2 tahun tempoh tamat penggal ini.

Najib mungkin mahukan semua negeri membubarkan Dun tetapi kemungkinan itu tidak berlaku jika kerajaan PR tetap berkeras tidak mahu membubarkan Dun. Jika Najib mahu PRU serentak maka Najib perlu tunggu sehingga habis penggal ini barulah beliau boleh bubarkan PRU.

Buat MAKSIAT diGALAKKAN, beri TAZKIRAH KENA BURU

DUNIA SUDAH TERBALIK. Dulu beliau seorang yang sering terlibat dengan program-program maksiat dan lagho. Kerjanya antara lain membuat orang ketawa, menjauhkan orang dari mengingati Allah dengan lirik dan muzik yang melalaikan. Tetapi semua itu digalakkan dan beliau tidak pernah diburu atau ditangkap.

Maknanya buat maksiat dan mengajak orang buat maksiat digalakkan.

Tetapi kini selepas beliau insaf dan mula berjinak-jinak dengan program agama dengan memberi peringatan dan berkongsi sedikit ilmu yang ada beliau diburu dan mahu ditangkap. Anehnya bukan musuh Islam atau orang yang membenci Islam mahu menangkap beliau tetapi pihak berkuasa agama sendiri yang ingin berbuat demikian. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang sepatutnya menggalakkan beliau menyampaikan tazkirah, mengajak orang mengingati Allah bertindak sebaliknya dengan mencegah beliau dari kerja-kerja amar makhruf nahi mungkar.

Itulah halnya yang berlaku kepada Mohd Hakim Lokman atau lebih mesra dengan panggilan Bob Lokman seorang bekas pelawak, penulis lirik dan pelakon terkenal yang kini sedang diburu oleh JAIS untuk ditangkap kerana kesalahannya mengajar agama tanpa tauliah.


Sementara itu media melaporkan bahawa Bob Lokman tetap dengan pendirian tidak bersalah walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dilaporkan telah mengeluarkan waran tangkap ke atasnya minggu lalu berhubung dakwaan mengadakan ceramah agama tanpa tauliah.

Bagaimanapun, Bob Lokman yang dihubungi The Malaysian Insider lewat malam tadi memberitahu, beliau masih belum dimaklumkan atau dihubungi Jais mengenai perkembangan itu.

Katanya, dia bersedia untuk memberi kerjasama sekiranya Jais tetap dengan pendirian mahu menangkapnya kerana jabatan agama itu berkuasa untuk berbuat demikian.

“Jais ada kuasa, mereka boleh ambil tindakan undang-undang, walaupun merasakan saya tidak bersalah. Tapi saya tidak akan membantah sekiranya mereka datang menangkap saya,” katanya.

“Saya masih belum tahu bagaimana proses tangkapan itu akan dibuat, tapi saya akan memberi kerjasama. Sekiranya melibatkan pihak polis, saya akan ikut prosedur mereka (polis),” kata beliau yang nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman.

Sehubungan itu tambah Bob Lokman, beliau juga rela dipenjarakan sekiranya dia didapati bersalah di mahkamah.

Umno/BN hanya tinggal satu TALIAN HAYAT

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata Umno/BN berada dalam keadaan nazak sekarang. Cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'Racist, Religion, Royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.

"Umno/PR cuba menggunakan senjata tradisi mereka iaitu 'Racist, Religion dan Royal', tetapi rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu hanyalah permainan politik Umno/BN yang sudah ketandusan isu, sengaja memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka".

"Pada mulanya mereka rasa rakyat bersama mereka, tetapi akhirnya mereka sedar bahawa rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno/BN"

"Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang Melayu, tapi isu ini akhir tak 'makan', mereka mainkan isu agama untuk menakutkan orang Cina, juga tak 'makan', akhirnya mereka gagal menipu rakyat, rakyat sudah cerdik" ujar Mohamad.

Beliau berkata Umno/BN menggunakan isu perkauman melayu, MCA menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India untuk mendapat undi.

"Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu, Cina dan India. Tetapi sekarang rakyat sudah faham. Kalau ada 10 orang Cina yang mengundi hanya seorang sahaja yang sokong BN itupun kerana tersilap" tambah Mohamad.

Menurutnya, kini Umno hanya tinggal satu talian hayat iaitu pengundi pos, peneroka Felda/Felcra, orang-orang kampung yang buta maklumat dan orang-orang miskin yang boleh dibeli dan digula-gulakan dengan benda dan duit.

"Umno/BN sudah benar-benar nazak mereka hanya bergantung kepada talian hayar mereka yang terakhir iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang kampung yang buta maklumat serta orang-orang miskin  yang mereka boleh beli dan beri benda serta duit" kata Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena majlis makan malam PAS negeri Melaka malam tadi di Jalan Bukit Baru-Duyong. Turut berceramah bersama beliau pada program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Majlis yang berlangsung dalam hujan tersebut menarik lebih dari 2000 orang walaupun keadaan tapak tersebut becak digenangi air. Perkasa juga mengadakan program ceramah kira-kira 100 meter dari tapak malan malam tersebut yang dihadiri kira-kira 80 orang pendengar.

Lebih 2000 hadiri MAKAN MALAM PAS MELAKA

Lebih dari 2,000 orang hadir pada Majlis Makan Malam anjuran PAS Negeri Melaka sempena ulang tahun ke 60 PAS malam tadi. Walaupun hujan turun dengan lebat tetapi orang ramai tidak berganjak dari menjamu selera dan mendengar amanat dari pimpinan PAS dan PR yang terdiri dari Timbalan Presiden Haji Mohamad Sabu; AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat Negeri Melaka.

Orang ramai mula memenuhi khemah jamuan sebelum jam 8.00 lagi. Suasana basah dan becak di kawasan jamuan tidak sedikit melemahkan semangat mereka untuk memberikan sokongan terbuka kepada PAS dan PR.

Pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira kaum dan agama bersama-sama khusyuk mendengar ceramah pimpinan PAS dan PR. Berbeza dengan program anjuran Perkasa Melaka yang dijalankan kira-kira 100 meter, hanya kira-kira 80 orang yang hadir. Program Perkasa yang dianjurkan secara adhoc bagi menganggu program makan malam tersebut dilihat hambar di mana penceramah jemputan mereka Zulkifli Nordin pun tidak hadir.

Orang ramai menyifatkan program Makan Malam ini berjaya mencapai matlamatnya walaupun keadaan tidak selesa disebabkan hujan turun sejak awal petang lagi. Ramai berpendapat bahawa jika tiada hujan lebih ramai rakyat akan memeriahkan program tersebut.


Program ini berakhir kira-kira jam 12.00 malam dengan tiada sebarang gangguan dari mana-mana pihak.

NalaKURAPpan dapat UPAH?

Bekas teman baik Anwar Ibrahim NalaKURAPpan akan dilantik sebagai Ahli Dewan Negara (Senator) dalam masa terdekat. Tahniah dan syabas diucapkan kepada NalaKURAPpan. Mungkin Nala banyak berjasa kepada negara dan bangsa sebab itu beliau dilantik menjadi Senator. Beliau dijangka mengangkat sumpah hari ini.

Persoalannya apa jasa Nala? Mungkin antara jasa paling besar beliau ialah menghentam Anwar habis-habisan dengan memburuk-burukkan Anwar. Mungkin itu jasa terbesar beliau. Oleh kerana jasa 'besar' itu beliau layak mendapat habuan dan upah.

Kita tidak ada pula mendengar kerja buat beliau dalam pembangunan negara dan isu-isu semasa seperti masalah setinggan, peluang perniagaan, pembelajaran, novel Interlok, perjuangan penduduk Ladang Bukit Jalil untuk mendapatkan tanah seluas 4 ekar, kempen sejarah sebenar dan banyak lagi isu-isu semasa masyarakat India yang harus ditangani.

Jadi apakah justifikasi yang membolehkan beliau layak dilantik sebagai Senator ....Jawapannya hanya ada pada NalaKURAPpan dan sesiapa yang menjadi 'dealer'????

Kerajaan BN semakin MESRA YAHUDI, dulu APCO kini PETINJU


Setelah Kerajaan Malaysia membayar sebanyak RM77 juta setahun kepada syarikat perunding Israel, Apco Wordwide, bagi menaikkan imej dengan mengilhamkan slogan 1 Malaysia yang meniru konsep One Israel, KINI KERAJAAN SEMAKIN MESRA YAHUDI apabila memberikan kebenaran kepada petinju Yahudi memasuki Malaysia.
Ilya Grad dilapor memasuki Malaysia pada satu tarikh sebelum ini untuk menyertai kejohanan ‘The Challenger Muay Thai’ yang dirakam di kampus Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang untuk stesen TV AXN.
Dalam satu tulisan di blog tinju Muay Thai Authority pada 15 Oktober, Grad turut menyatakan dia tidak sabar untuk mengibarkan bendera Israel ketika berada di Malaysia.
Beliau yang memasuki Malaysia melalui Thailand ditahan selama 25 jam di satu pintu masuk negara sebelum berjaya mendapatkan bantuan Persekutuan Muay Thai Malaysia, “dengan sokongan menteri sukan Malaysia.”
Ternyata Menteri Belia dan Sukan telah bertindak dahsyat tanpa memikirkan kezaliman regim jahanam Yahudi membunuh umat Islam Palestin.
Tergamak menteri yang bernama Shabery ini membenarkan seorang Yahudi laknatullah masuk ke negara kita dengan mudah. Apakah Shabery tidak sedar dan tidak faham sensitiviti umat Islam seluruh dunia. Shabery mesti memohon maaf kepada umat Islam Palestin dan Umat Islam seluruh dunia.
Di saat umat Islam disembelih, dibunuh dan dihalau dari tanahair mereka Palestin, Shabery dengan mabuk kuasa menggunakan pangkat dan kedudukannya membenarkan bangsa paling bangsat ini masuk ke Malaysia.

Lebih malang lagi kita boleh lihat bagaimana biadapnya si bangsat menyatakan bahawa beliau tidak sabar untuk mengibarkan bendera regim zionis itu di dalam negara Malaysia. Memang Shabery ini jenis tidak berhati perut ................

01 November 2011

Wanita MENGANDUNG ANAK BAPANYA SENDIRI

Wanita Hamil Anak Bapa Kandungnya Atas Dasar Cinta Genetik...Apakah perkara sebegini juga akan berlaku di Malaysia suatu hari nanti. 


Kalau dulu kita sering mendengar bersekedudukan tanpa kahwin menjadi perkara biasa di barat, kini perkara yang sama juga sudah sering berlaku di Malaysia.


Apakah hubungan antara anak dan ayah serta ibu dan anak akan seperti dalam gambar ini juga akan berlaku di Malaysia. MINTA DIJAUHKAN ALLAH.


Saya mendapat gambar ini melalui Facebook. Tetapi tidak mengetahui siapa nama wanita, bapanya dan asal usul mereka.


Cuma saya mendoakan, BALA seperti ini tidak berlaku di negara kita sendiri.


Namun perkara ini tidak mustahil akan berlaku jika program maksiat, pergaulan bebas, video lucah, punca-punca maksiat tidak ditutup dan dibenteras.


Pada masa yang sama kita juga bimbang kerana undang-undang Islam yang dijamin oleh Allah mampu membendung jenayah dan maksiat terus DITOLAK OLEH KERAJAAN BN. 


YA ALLAH JAUHILAH KAMI DARI BALA DAN UJIAN YANG TIDAK MAMPU KAMI HADAPI

CINCIN RM24juta, ANAK BELANJA RM195,000, bakal PAK AJI DAN MAK AJI MESTI SAMAN

Isteri tersayang dituduh membeli cincin berharga RM24juta, kini anak gadisnya pula dikatakan berbelanja RM195,000 semasa  membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia ketika Persidangan CHOGM baru-baru ini. Itulah tuduhan yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak dan 'Wanita Pertama' Rosmah Mansor yang sedang menunaikan fardhu haji di Mekah.


Tuduhan-tuduhan ini berat kerana jika benar maka malang sungguh bagi rakyat Malaysia yang mempunyai pemimpin dan keluarga yang sangat boros itu.


Satu lagi, tuduhan itu juga amat berat kerana rakyat ingin tahu dari mana wang RM24 juta dan RM195,000 itu diperolehi. Kalau beli cincin dan membeli-belah dengan jumlah sebegitu besar iaitu RM24,195,000, maka agak-agaknya berapa duit yang Najib dan Rosmah ada. 


Itu sebabnya Najib dan Rosmah mesti membersihkan diri dari tuduhan ini. Bakal Pak Aji dan Mak Aji mesti menyaman sesiapa juga yang terlibat menuduh mereka yang dikatakan tanpa bukti. Kalau memang si penuduh itu tiada bukti saya harap bakal Pak Aji dan Mak Aji mesti melantik peguam dengan segera dan jangan tunggu lama-lama saman sahaja si penuduh yang biadap di sisi parti 'maksum' Umno itu.

Najib GAGAL TADBIR KEWANGAN NEGARA, WAJAR KENA POTONG GAJI

Saya mengharapkan Speaker Dewan Rakyat membenarkan usul Ahli parlimen Batu, Tian Chua yang mencadangkan pemotongan gaji perdana menteri ekoran "masalah dan kepincangan" yang berlaku sejak Najib Razak menjawat jawatan itu pada April 2009, diterima untuk dibahaskan.

Usul ini amat penting bagi rakyat negara ini kerana terbukti Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan gagal menguruskan kewangan negara dengan baik sehingga berlaku kepincangan yang dahsyat kepada kewangan negara. Saban tahun Ketua Audit Negara melaporkan dapatan audit beliau di mana pelbagai keraguan dan kepincangan beserta dengan bukti dikemukakan. Malangnya orang yang bertanggungjawab terhadapnya tidak dikenakan tindakan.

Jika usul ini diterima saya memohon agar Ahli-Ahli Parlimen Malaysia tidak kira dari BN atau PR dapat berhujah dengan telus, professional dan bertanggungjawab tanpa rasa takut dan prejudis. Apa yang penting kerugian berjumlah bilion ringgit Malaysia ini mesti dipertanggungjawab kepada seseorang yang berautoriti seperti Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Jangan kita jadikan Laporan Ketua Audit Negara itu hanyalah rutin tahunan laporan kepincangan dan keraguan tanpa tindakan yang berani telus dan bertanggungjawab. Sepatutnya Perdana Menteri tidak menunggu rakyat mengusulkan supaya gaji atau elaunnya dipotong, sepatutnya beliau sendiri sedar diri dan secara berani meletakkan jawatan atau menurunkan gaji serta elaunnya.

Sementara itu Tian Chua dalam kenyataannya kepada media di Bangunan Parlimen sebentar tadi memberitahu bahawa usul untuk memotong gaji itu merupakan ingatan kepada perdana menteri supaya menjalankan tugas dengan baik.

Menurut Tian Chua ini secara tidak langsung merupakan usul tidak percaya.


Usul itu difailkan mengikut Peraturan Mesyuarat 66(9) dan seharusnya Speaker meluluskannya untuk dibahaskan.

Usul pindaan ke atas Bajet 2012 untuk mengurangkan gaji sebulan perdana menteri sebanyak RM22,826.65 telah diterima oleh pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat, Jumaat lalu.

PAS Melaka alu-alukan PROVOKASI Umno

Pesuruhjaya PAS Negeri Melaka, Haji Adly Zahari(gambar) mengalu-alukan keputusan Umno ingin mengadakan ceramah di sebelah program makan malam sempena ulang tahun PAS kali ke 60 malam ini.

Adly berkata PAS Negeri sudah memaklumkan kepada pihak berkuasa kesan dari keputusan Umno mengadakan program ceramah bersebelahan ini.

"Kami sudah maklumkan pada Polis kesan provokasi Umno ini, tapi apa Polis boleh buat kalau dah menggila".

"Negara ini mengamalkan demokrasi sesiapa pun boleh menganjurkan program dan ceramah" kata Adly yang juga Yang Dipertua PAS Kawasan Alor Gajah.

Beliau menjemput seluruh rakyat negeri Melaka hadir pada kedua-dua program tersebut dan mereka boleh menilai siapa yang matang dan tidak matang disamping mereka boleh memikirkan hujah-hujah yang diperkatakan oleh pemimpin PAS dan penceramah Umno.

"Datuk Ali boleh nilai malam ini, nak tanding di Dun Bukit Baru atau pindah ke Parlimen Tangga Batu" tambah Adly.

Program makan malam ini dianjurkan oleh Badan Penggerak Demokarasi dan Mobilasi Negeri Melaka itu akan bermula pada jam 6.15 petang hingga 11.00 malam ini. Ianya diadakan di tanah lapang Jalan Bukit Baru-Duyong.  

2 orang tetamu istimewa dijemput iaitu Timbalan Presiden PAS, Haji Mohammad Sabu dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin. Sementara Umno diberitakan akan menampilkan Ahli Parlimen Bebas dari Kulim Bandar Baru, Datuk Zulkifli Nordin dan Ketua Umno Bahagian Seremban, Datuk Ishak Ismail.

Sementara itu Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri, Aizat Baharuddin kesal dengan tindakan Perkasa dan Umno yang menggantung banner provokatif sekitar tempat program sambutan 60 tahun PAS malam ini.


"Selain memberi ugutan, beberapa baner dan poster bermotifkan provokasi juga di lihat di gantung dan di tampal di sekitar tempat program. Baner dan poster provokatif itu di tulis dan di lukisan dengan beberapa perkataan yang  mengecam Hj.Mohamad Sabu dan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat pusat lain."

"Ada baner yang di tulis dengan perkataan “DAP Peralat Mat Sabu Hapus Kuasa Politik Melayu” , “Komunis Peralat Mat Indera” dan beberapa poster dengan lukisan beberapa pimpinan Pakatan Rakyat antaranya fitnah ‘skandal cinta KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng". tambah Aizat.

Beliau berkata provokasi ini telah menjadi sebahagian corak politik Perkasa dan UMNO yang telah kehabisan modal untuk berhujah. Setelah gagal berhujah fakta, mereka menggunakan pula hujah ugut mengugut dan gangster  bagi menyekat kemaraan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, Dewan Pemuda PAS berharap pihak berkuasa dapat mengawal keselamatan malam ini agar kejadian tidak diingini tidak berlaku sebagaimana yang terjadi di Rembau baru-baru ini.

Aizat juga berharap para penyokong PAS dan PR bertenang dan dapat mengawal emosi supaya tidak terjerat dengan provokasi Perkasa dan Umno yang cuba memporak perandakan program PAS yang telah lama dirancang ini.

Makan Malam PAS Melaka UNDANG 2 'ARTIS' POPULAR

Majlis Makan Malam sempena sambutan Ulang tahun ke 60 PAS peringkat negeri Melaka malam ini bakal 'dihiburkan' dengan 2 artis popular iaitu PELAWAK Zulkifli Nordin (gambar atas) dan artis veteran dari Seremban, Ishak Ismail.(gambar bawah). Kedua-dua Datuk itu TIDAK DIUNDANG tetapi akan hadir untuk mengacau program yang telah lama dirancang ini.

Kedua-dua PELAWAK SARKAS itu diundang oleh Umno/BN Melaka pimpinan Ali Rustam yang terus menunjukkan perangai keanak-anakan mengganggu program PAS khususnya di kawasan Bukit Baru. Sejak beberapa tahun lepas, Ali Rustam dan kuncu-kuncunya akan mengganggu setiap ceramah PAS dengan mengadakan ceramah bersebelahan dengan ceramah PAS. Kalau mereka tidak penceramah mereka akan memasang lagu dengan kuat. Ketika Piala Dunia mereka memasang siaran langsung Piala Dunia dengan membuka 'volume' dengan kuat.

Inilah rupa sebenar bekas Naib Presiden Umno yang berperangai macam budak hingusan patutlah dia dihalang dari bertanding jawatan Timbalan Presiden Umno sebab Umno takut malu kalau dia menang pada pemilihan Umno beberapa tahun lepas.

Malam ini kedua-dua PELAWAK tersebut akan digunakan untuk mengganggu majlis makan malam tersebut yang turut dimeriahkan dengan kehadiran Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dan AJK PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin.

Inilah sikap kebudak-budakan dan tidak professional kepimpinan Umno Melaka yang jelas takut kepada bayang-bayang sendiri. Sudah banyak kali kepimpinan PAS sejak zaman Ustaz Abdul Ghani mencabar Ali Rustam berdebat namun sampai sekarang tidak bersahut.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter