Umno/BN hanya tinggal satu TALIAN HAYAT

Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu berkata Umno/BN berada dalam keadaan nazak sekarang. Cubaan mereka untuk menggunakan senjata 3R iaitu 'Racist, Religion, Royal' ternyata gagal mempengaruhi majoriti rakyat supaya menyokong mereka.

"Umno/PR cuba menggunakan senjata tradisi mereka iaitu 'Racist, Religion dan Royal', tetapi rakyat sudah matang dan faham bahawa semua itu hanyalah permainan politik Umno/BN yang sudah ketandusan isu, sengaja memutarbelit fakta untuk kepentingan politik mereka".

"Pada mulanya mereka rasa rakyat bersama mereka, tetapi akhirnya mereka sedar bahawa rakyat sudah semakin sedar permainan politik Umno/BN"

"Mereka cuba menggunakan isu komunis untuk menarik sokongan orang Melayu, tapi isu ini akhir tak 'makan', mereka mainkan isu agama untuk menakutkan orang Cina, juga tak 'makan', akhirnya mereka gagal menipu rakyat, rakyat sudah cerdik" ujar Mohamad.

Beliau berkata Umno/BN menggunakan isu perkauman melayu, MCA menggunakan isu perkauman Cina dan MIC menggunakan isu perkauman India untuk mendapat undi.

"Mereka memainkan sentimen perkauman untuk menarik sokongan Melayu, Cina dan India. Tetapi sekarang rakyat sudah faham. Kalau ada 10 orang Cina yang mengundi hanya seorang sahaja yang sokong BN itupun kerana tersilap" tambah Mohamad.

Menurutnya, kini Umno hanya tinggal satu talian hayat iaitu pengundi pos, peneroka Felda/Felcra, orang-orang kampung yang buta maklumat dan orang-orang miskin yang boleh dibeli dan digula-gulakan dengan benda dan duit.

"Umno/BN sudah benar-benar nazak mereka hanya bergantung kepada talian hayar mereka yang terakhir iaitu pengundi pos, peneroka Felda dan Felcra, orang kampung yang buta maklumat serta orang-orang miskin  yang mereka boleh beli dan beri benda serta duit" kata Mohamad.

Beliau berkata demikian pada ceramah sempena majlis makan malam PAS negeri Melaka malam tadi di Jalan Bukit Baru-Duyong. Turut berceramah bersama beliau pada program tersebut ialah Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Datuk Seri Muhammad Nizar Jamaluddin dan pimpinan Pakatan Rakyat negeri Melaka.

Majlis yang berlangsung dalam hujan tersebut menarik lebih dari 2000 orang walaupun keadaan tapak tersebut becak digenangi air. Perkasa juga mengadakan program ceramah kira-kira 100 meter dari tapak malan malam tersebut yang dihadiri kira-kira 80 orang pendengar.

Comments