.

.

19 January 2013

NAMAKU UMNO BIN TINGGAL

Namaku Umno Bin Tinggal, aku pengundi Dun Bukit Kota Parlimen Limbang, Sarawak. Tak percaya cuba check namaku dalam Daftar Pemilih SPR di laman web SPR.

18 January 2013

DEEPAK MENYEBABKAN TIDURKU TIDAK LENA

Dakwaan dan tuduhan taukeh karpet, Deepak terhadap 'suami' Najib, Rosmah Mansor menyebabkan beliau mungkin tidak tidur lena. Manakan tidak Deepak bukan manusia bagi Rosmah, mereka berkawan baik dalam jangka masa yang lama.

Tetapi Rosmah terus membisu takut untuk memberikan komen walaupun sepatah. Mengapa beliau begitu takut ...........ada apa-apa ke????

Rakyat sebenarnya mahu mendengar dari mulut Rosmah bahawa Deepak menipu dan berniat jahat terhadap beliau. Tetapi sehingga kini Rosmah menikus dan membisu.

Deepak ini pula entah siapa yang  menjolok beliau sehingga berani membuka pekung FLOM ini.

Walaupun dikaitkan dengan dakwaan menutup kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu, isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tetap enggan untuk menjawab tuduhan yang dibuat oleh peniaga permaidani Deepak Jaikishan.

NONEKetika diasak sewaktu beliau menghadiri satu majlis kebajikan di Kuala Lumpur petang ini, Rosmah menegaskan beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan tidak mahu ditanya sebarang soalan.

Rosmah yang juga Presiden Persatuan Pandu Puteri Malaysia, menjadi 
tetamu kehormat di majlis amal makan tengah hari anjuran Persatuan Pandu Puteri Wilayah Persekutuan.

Malaysiakini cuba untuk mendekati Rosmah sebanyak tiga kali, tetapi setiap kali dihalang oleh pembantu dan pengawal peribadi beliau.

Yang pertama ialah selepas makan tengahari, semasa persembahan pentas. Pembantu Rosmah bergegas cepat dan menghalang penulis daripada tanya soalan.

Percubaan kedua ialah ketika Rosmah hendak meninggalkan majlis, dan Malaysiakini bertanya sama ada beliau mahu mengulas dakwaan Deepak yang mengaitkan beliau dengan dakwaan menutup kes pembunuhan Altantuya.

Sekali lagi, salah seorang pembantunya muncul dan berkata Rosmah akan menjawabnya dalam sidang akhbar yang lain. Rosmah tidak berkata apa-apa dan terus beredar dari situ.

NONEKetika beliau sedang menuju ke arah keretanya, Rosmah diiringi beberapa pembantu dan pengawal peribadi.Malaysiakini sekali lagi pergi ke bahagian sebelah lain kereta itu, di mana sekumpulan pemimpin Pandu Puteri sedang menunggu untuk mengambil secara berkumpulan dengan Rosmah.

Apabila Malaysiakini cuba untuk bertanya soalan yang sama, sekali lagi pembantunya muncul dan memberitahu supaya bertanya soalan pada hari yang lain.

Bagaimanapun, Rosmah berpusing dan berkata beliau sangat sibuk dengan Pandu Puteri dan jangan tanya apa-apa soalan kepadanya.

ALI RUSTAM NAK TINGGALKAN HUTANG LAPUK?

Setelah puas menimbunkan hutang negeri Melaka sehingga RM865juta, Ketua Menteri Melaka Mohd Ali Rustam hari ini mengesahkan sedia bertanding di kerusi parlimen pada pilihan raya umum ke-13, sekaligus menamatkan spekulasi beliau berhasrat melepaskan jawatan Ketua Menteri Melaka.

Ali tahu bahawa lubuk duit di Melaka telah hampir kering, wang untuk menjalankan pembangunan terpaksa dipinjam dari pusat. Untuk harapkan wang negeri Melaka sendiri alamat tak 'berasap' dapur Ali dan kroni-kroninya kerana tiada duit masuk lantaran kerajaan negeri tiada duit untuk membiayai projek-projek mega.

Setelah puas menjalankan projek-projek mega berpenyakit seperti Lapangan Terbang, Eye On, Pulau Melaka, monorail dan sebagainya kini beliau ingin lepas tangan. Sesiapa yang menggantikan beliau selepas ini terpaksalah menanggung semua 'nangka busuk' yang ditinggalkan beliau.

Andai PR menang di Melaka, maka PR kenalah memerah otak mencari duit membayar hutang warisan Ali Rustam sebagaimana negeri-negeri lain yang BN kalah sebelum ini. Semua hutang dibayar oleh kerajaan baru PR.

Media hari ini melaporkan bahawa Adun Bukit Baru itu berkata hasrat itu telah dimaklumkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ramai juga yang sedia maklum tentang perkara ini namun keputusan terletak di tangan Perdana Menteri," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan persekolahan RM100 kepada murid Sekolah Kebangsaan Dato Palembang di Melaka, hari ini.

Beliau yang diminta mengulas khabar angin berhubung hasratnya melepaskan jawatan ketua menteri untuk kembali berkhidmat di peringkat pusat, bagaimanapun enggan mengulas mengenai kerusi parlimen yang akan ditandingi.

Mohd Ali dilantik sebagai Ketua Menteri Melaka yang kesembilan menggantikan Datuk Seri Abu Zahar Isnin pada 2 Dis 1999.

LEBIH 500 AHLI UMNO KINABATANGAN MASUK PAS

Pengarah Pilihanraya PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli menulis dalam FBnya bahawa 500 ahli Umno Kinabatangan menyertai PAS dalam satu Majlis Selamat Tinggal Umno/BN. 

Naib Presiden PAS Mahfuz Omar dan dan AJK PAS Pusat Muhammad Nizar Jamaluddin turut hadir. Sabah Baru Insya Allah jadi kenyataan.

Gambar menunjukkan sebahagian dari ahli Umno yang hadir dalam program tersebut.

KALAU DR M RAMAL BN MENANG SEDIKIT, ITU MAKNANYA BN AKAN KALAH


Jelas sekali mantan Menteri Perdana, Mahathir Mohamad tidak berani meramalkan BN akan menang besar pada PRU 13 nanti. Malah beliau meramalkan BN akan menang dengan majoriti kecil bukan dua pertiga. 
Media semalam melaporkan bahawa Mahathir meramalkan Barisan Nasional tidak mungkin  memenangi undi majoriti dua pertiga tetapi  masih diberi mandat memerintah kerajaan pusat selepas pilihan raya umum 13 (PRU13).
Menurut Dr Mahathir, beliau melihat kerajaan sedia ada agak lemah kerana masih takut dalam isu demokrasi.
“Kalau PRU katalah merosot lagi, kalau pun menang lagi ia adalah ‘empty victory’.
“Kalau nak perintah negara,  saya berpendapat negara membangun seperti di sini perlu pada kerajaan yang berwibawa dan kuat.
“Pemimpin kenalah berani sikit. Kalau pemimpin pun penakut maka habislah,” katanya dalam program Bicara Minda Tun Dr Mahathir Mohamad bertajuk “Masa Depan Melayu & Islam Selepas PRU13″ di sini.
Katanya, kerajaan dilihat agak bimbang kalau bertindak salah dalam menentukan isu demokrasi, mereka mungkin akan kalah lebih teruk dan hilang kuasa.
Beliau berkata, ini jelas dilihat apabila kerajaan tidak berani bertindak menggunakan kekerasan, bahkan terus menghapuskan segala kuasa yang dimiliki seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Kalau Mahathir meramalkan sedemikian, maknanya BN bakal kalah kerana kalau BN benar-benar kuat dan hebat sudah tentu bekas Memanda Menteri Perdana itu akan bercakap besar dan angkuh.
‘Bila kuat orang tak berani cabar’
“Ini soal kuat dan lemah…Bila kita kuat orang tak berani cabar kita, bila kita kuat kita ada autoriti (dan) majoriti sokong kita .
“Tapi kerana kurang bijak mungkin kita sengaja melemahkan diri kita (dan) terpengaruh dengan pendapat orang nak liberal nak supaya dipuji baik,” katanya.
Katanya, situasi ini jelas dilihat semasa PRU tahun 2008 apabila ramai penyokong BN yang kecewa kerana berasa kurang yakin dengan kepimpinan yang ada.
“Kita membuka secara luas peluang untuk orang hentam kita dan kita bertindak menyambut hentaman dan kecaman orang dengan kita undur diri.
“Oleh itu penyokong kita berasa kecewa (tahun) 2008 mereka tak sokong lagi kerana kurang yakin dengan kepimpinan yg ada…ianya menjadi
lemah,” katanya.

Sementara itu,Dr  Mahathir meminta masyarakat Islam berani menegakkan pendirian mengenai penggunaan kalimah Allah mengikut hujah
dan pengetahuan yang luas, bukan hanya bersandarkan emosi dan kepentingan politik semata-mata.

Walaupun menerima pandangan penggunaan kalimah Allah yang digunakan dalam kitab Bible oleh penduduk Sabah dan Sarawak, namun beliau bertegas ia tidak boleh digunakan sewenangnya.
“Kalau ada pihak lain nak gunakan nama itu apa tujuan mereka selain daripada untuk menipu pemikiran supaya orang itu anggap agama ini (Islam) sama dengan agama lain.
“Unsur penipuan itu tetap ada sebab tu tak boleh terima penggunaan nama Allah…tapi yg kita tahu kita tak bersetuju,” katanya.

SATU DEMI SATU BLOGGER UMNO TERSUNGKUR

Satu demi satu Blogger pencacai Umno tersungkur dek kerana keceluparan dan kebiadapan mereka membuat fitnah dan pembohongan tanpa usul periksa. Baik Papagomo, Dr MIM, Pisau.net dan lain-lain semuanya pencacai yang tidak takut kepada amaran Allah bahawa FITNAH ITU LEBIH BAHAYA DARI MEMBUNUH.

Akhirnya mereka sendiri yang 'terbunuh' di mahkamah. Terbaru Pisau.Net terpaksa memohon maaf kepada dua pimpinan utama DAP Perak YB Ngeh dan YB Nga dalam isu rasuah tanah di Kelantan. Sebelum itu Blogger Dr Norvandri, MIM terpaksa memalukan diri sendiri memohon maaf kepada Pak Khalid Samad yang diftinahnya.

Inilah akibatnya apabila seseorang itu menulis ikut sedap nafsu dan menulis untuk mencari makan dengan mencacaikan diri mereka sendiri menjadi hamba sahya kepada Umno/BN. Akhirnya diri sendiri yang mendapat malu besar. Nak angkat muka pun segan. Sebab itu masing-masing tidak berani menzahirkan diri mereka yang sebenarnya.

ALLAH MERAHMATI UMNO, KATA NAJIB. APA KATA LAWAN NAJIB


Allah merahmati Umno sebab itu Umno bertahan memegang kuasa di Malaysia selama 55 tahun.

Apa hal pula dengan Firaun yang menguasai Mesir selama ratusan tahun? Allah merahmati Firaun????

~ kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS Pahang, Ustaz Mokhtar Senik.

Apa komen anda?????

MENANG MENIPU : ELAUN HARAM, GAJI HARAM SEMUA HARAM

Kepada semua bakal-bakal YB ingatlah jika anda menang kerana menipu, menyeleweng, merasuah dan menjalankan kerja-kerja terkutuk seperti memberi I/C, mendaftarkan pengundi orang asing dan sebagainya ....maka elaun, gaji dan semua pendapatan dari jawatan YB itu adalah HARAM.

Dari itu jangan anda menipu, menyeleweng, merasuah dan menjalankan kerja-kerja tidak baik itu hanya semata-mata untuk menang Pilihanraya. Jika parti anda melakukan kerja-kerja terkutuk itu WAJIB bagi anda untuk tidak terlibat sama menjadi calon, pekerja parti, penyokong dan sebagainya.

Ingat semua kerja terkutuk itu WAJIB dijauhi ...........jangan palitkan diri kita bersama kerja jahat itu.

17 January 2013

PENDIDIKAN PERCUMA : BN JANJI TAHUN 1982....JANJI DICAPATI

MAHATHIR 'PENGKHIANAT NEGARA' BENARKAH?

Sebelum ini mantan Memanda Menteri Perdana, Mahathir Mohamad sering menuduh Anwar dan pimpinan PR sebagai pengkhianat negara. Pelbagai tuduhan dilemparkan kepada pimpinan PR. Namun tiada satu pun bukti kukuh diselitkan dengan tuduhan liar tersebut.


Hari ini Malaysiakini melaporkan bahawa Timbalan presiden PKR Azmin Ali mendakwa perkembangan terbaru siasatan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang asing di Sabah membuktikan mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad seorang "pengkhianat negara".


Azmin memberi alasan, semua agensi dan institusi kerajaan yang didakwa memberi kewarganegaraan kepada warga asing untuk membolehkan mereka mengundi pada masa itu berada di bawah pentadbiran Mahathir.

"Kita sedang meneliti perkembangan dan keterangan saksi, beberapa kejutan telah berlaku, (beberapa) nama-nama disebut, (dan perkara ini) tidak mengejutkan kita.

"Memang kita fahami ini satu usaha terancang yang diketuai mantan PM dan bagi saya beliau pengkhianat negara kerana bagi kad pengenalan kepada warga asing untuk kekalkan kuasa politik Umno," dakwanya.

Beliau mendakwa demikian dalam satu sidang media di ibu pejabat PKR di Petaling Jaya hari ini.

Bekas ketua Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Tamparuli, Yakup Damsah semalam memberi keterangan bahawa dia dan beberapa orang lain menginap di rumah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin, yang merupakan setiausaha politik kepada Dr Mahathir pada masa itu untuk mengeluarkan kad pengenalan biru kepada pendatang asing.

Seorang lagi saksi, bekas pengarah Jabatan Pendaftaran Sabah, Ramli Kamaruddin mendakwa menerima arahan dari timbalan menteri dalam negeri ketika itu, Tan Sri Megat Junid Megat Ayub untuk mengeluarkan resit kad pengenalan sementara (resit JPN) dengan tarikh luput kepada warga asing, semata-mata untuk tujuan pilihan raya.

Sesungguhnya kerja-kerja memberikan kerakyatan dan kad pengenalan percuma ini adalah kerja yang amat hina dan bahaya. Kedaulatan negara diperjudikan oleh orang yang terlibat. Kuasa politik rakyat asal negara kita di'jual' kepada orang asing. Semua itu adalah untuk kepentingan diri dan nafsu peribadi untuk terus berkuasa dan membina empayar kekayaan dunia.....penjenayah sebegini mesti dihukum seberat-beratnya .............

Gambar sekadar hiasan.

LISTEN LISTEN LISTEN : CERITA PESERTA FORUM

Ini adalah post daripada rakan dalam group DSG yg aku join...

Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya. Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi;

[SEBELUM PROGRAM]

Seminggu sebelum forum ini berlangsung, saya sudah mendaftarkan diri sebagai peserta sewaktu borang pendaftaran diagihkan di dalam kelas, kenapa saya begitu cepat untuk mendaftarkan diri? adakah saya ini peminat Puan Sharifah? Harus untuk kamu semua tahu, bahawasanya sewaktu publisiti program itu di gembar gemburkan beberapa perkara menarik minat diri ini untuk turut serta ;

[1] TAJUK
Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang.

[2] MODERATOR
Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP MPPUUM sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK?".

[3] MISTERI PANELIS
Panelis jemputan pada hari kejadian di"rahsia"kan, saya ini jiwa ingin tahu, jiwa mencari ilmu, jiwa mencari solusi, apabila panelis di"rahsia"kan, hati saya membuak-buak mencari siapakah mereka? Sememang hati saya berteka-teki mungkinkah tokoh-tokoh ilmuan negara? ataupun ahli akademik yang berautoriti tinggi akan mengupas tajuk ini.

Tiga point di atas menjadikan saya mungkin antara peserta terawal mendaftar, nampak seperti gelojoh, tapi gelojoh saya gelojoh gilakan "ilmu".

Adakah persoalan saya "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK" selama ini akan dijawab pada hari kejadian dengan berlandaskan prinsip-prinsip ilmu dan keterbukaan agama?

[SEWAKTU PROGRAM]

~SEJAM AWAL PROGRAM~
Saya berada di sana 9.15 pagi lebih kurang, sewaktu penulis sampai, makan pagi disediakan, makanan disediakan untuk 2000 peserta, "tingginya peruntukan program ni". Saya masuk dewan, dan saya lihat background pentas tertulis satu tajuk yang berlainan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini,adakah tajuk diubah? menunggu dan menunggu lebih kurang pukul 10 pagi barulah persoalan penulis terjawab dengan ketibaan vip jemputan dan panelis diumumkan.

Antara 4 panelis :
1.Presiden Pertubuhan Wanita 1malaysia
2. Peter Yap (sales man)
3. Gulam Muzafar (banker)
4.

~ 2 JAM AWAL PROGRAM~

Saya sedikit kecewa dengan senarai panelis yang ada namun kerana jiwa ini dahagakan penjelasan mengenai isu ini, terus berada di dalam dewan terbabit moga-moga, mereka dapat mengulas tajuk ini dengan baik. Malang kerana apa yang saya hajati tak tercapai dan lebih malang lagi forum telah berubah kepada isu kepimpinan wanita, dan ini senarai isu yang dimainkan

[1] Ambiga pencetus demokrasi.

[2] Kes Nurul Izzah dengan kebebasan beragama.

[3] Bersih.

[4]Mahasiswa berdemonstrasi PTPTN.

Dari 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari, isu ini lah yang diulas, langsung tiada hujah ilmiah dan hanya membawa pandangan sebelah pihak, berulangkali panelis-panelis di atas sana menyatakan bahawa mereka tidak berpolitik kepartian tetapi ingin menunjukkan pimpinan wanita yang bermasalah di negara dan ingin dijadikan iktibar, saya akur! Tapi kenapa pimpinan pembangkang sahaja yang diserang? maksumkah pimpinan wanita kerajaan? mana kes menteri Shahrizat Jalil dengan NFC? kes "First Lady" Rosmah Mansur dengan cincinnya? satu sahaja ingin saya utarakan, adakah adil kamu menyerang sebelah pihak hanya kerana "mereka" berhaluan kiri?

~SEJAM SEBELUM TAMAT PROGRAM~

Saya melihat di sebelah, seorang peserta sedang menulis di satu helaian borang, bila saya perhatikan, ada yang tidak kena dengan helaian borang ini, yang menganjurkan adalah NGO tetapi kenapa di bawah helaian kertas ini berisikan biodata diri dan tempat mengundi dun dan parlimen.

Bila saya tanya kepada peserta terbabit dari mana datangnya, rupanya borang itu diedarkan awal program lagi, patutlah saya tak dapat kerana agak lewat, saya ambil gambar borang (boleh rujuk gambar yang ada dibawah) untuk mencari jawapan kenapa borang ini agak ganjil pada pandangan saya, kemudian sesi soal jawab dibuka, saya sudah bersedia ingin bertanya, malang terus berpanjangan apabila dua soalan sahaja dibuka, tidak sempat saya sampai di mikrofon untuk bertanya soalan di tengah-tengah dewan itu sesi soalan telah ditutup, saya mula rasa "semacam" , saya tahu bukan saya sahaja yang ingin bertanya tetapi tidak berkesampaian, selepas jawapan diberikan oleh Puan Sharifah, tiba-tiba beliau meminta kami berdiri, dan kemudian YDP MPP menjadi ketua membaca ikrar, saya tidak mengikutnya kerana saya langsung tidak jelas apa yang ingin diikrarkan sebenarnya. (mungkin tidak teratur seperti yang sebenar tetapi secara asas beginilah)

~MISS BAWANI MENGHANGATKAN SUASANA~

Selesai sahaja ikrar, sejurus sahaja semua dipersilakan duduk, sedang asyik Puan Sharifah bercakap di hadapan, satu suara minta untuk diberi perhatian kerana ingin melontar pendapat. Ya itu adalah Bawani. Perisitwa inilah yang menjadi bualan sekarang, dan mengegar satu Malaysia, saya mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dalam kejadian ini.

[1] Menyokong TINDAKAN Bawani.
Saya bersetuju dengan apa yang DIPERSOALKAN oleh Bawani, sahabat-sahabat yang tidak berada di majlis berkenaan perlu tahu kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapat ilmu pengetahuan, tetapi hanya provokasi murahan dengan melabel dan mengecam "mereka" yang berhaluan kiri. Tajuk forum telah lama terbabas. Dan pihak penganjur mempersoalkan kenapa tidak bertanya sewaktu sesi soal jawab dibuka, saya rasa penganjur perlu sedar bahawasa penganjur hanya membuka 2 soalan untuk kami bertanya sedangkan TAJUK forum belum lagi terungkai! Hujah Miss Bawani cukup padu dengan fakta numberic dan perbandingan dengan negara-negara luar, syabas untuk Miss Bawani.

[2] Tidak Menyokong NADA SUARA Bawani
Saya yang berada di majlis berkenaan, kurang bersetuju dengan dengan nada suara yang digunakan oleh Miss Bawani, nada suara yang digunakan agak terbabas dari kawalan emosi, mungkin sahabat pembaca tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi inilah pandangan saya yang berada disana, dengan nada suara yang agak tinggi, membuatkan peserta kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Bawani sendiri, dan jika kamu berada di tempat kejadian, kamu akan berdebar, dan kelihatan seolah satu pergaduhan "tarik rambut" akan berlaku.

[3] Sepenuhnya Tidak Bersetuju Dengan Puan Sharifah
Puan Sharifah dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi dan dikhabarkan cukup profesional, tetapi respon terhadap kejadian ini cukup mendukacitakan, Puan Sharifah lebih berpengalaman, Puan Sharifah lebih intelektual, Puan Sharifah lebih matang sepatutnya dalam mengawal suasana seperti ini. Dengan hujah Bawani yang matang, malangnya Puan Sharifah telah mengambil satu keputusan cukup memalukan, dengan beranalogi suatu yang tidak patut, menghina, merendahkan suara mahasiswi. Sememang wajar jika Puan Sharifah MEMOHON MAAF kepada Miss Bawani pada pandangan saya

Selesai selesai sesi "PANAS" ini, forum berlansung dengan penuh meriahnya bersama "GALAXY NOTE CLONE".

[SELEPAS PROGRAM]
Selesai forum, 2000 peserta sekali lagi diberi makanan tengah hari percuma, ramai yang berbicara kejadian panas ini, tetapi hanya berlegar di kalangan pelajar UUM, ada yang menyokong dan ada yang mengkeji tindakan Bawani. Tetapi sebulan selepas program ini berlangsung barulah isu ini tersebar dan menjadi bualan seluruh malaysia.

PANDANGAN PERIBADI PENULIS

SAYA MENYOKONG BAWANI SEPENUHNYA CUMA MUNGKIN PERLU DIBAIKI BEBERAPA PERKARA, DAN KEPADA PEMBACA NILAILAH SENDIRI. CUMA YANG MASIH MENJADI PERSOALAN SAYA, PERUNTUKAN YANG CUKUP TINGGI DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SEPERTI INI (2 KALI MAKAN UNTUK 2000 PESERTA, 10 GALAXY NOTE CLONE TIDAK TERMASUK SAGUHATI) DARI MANA DATANGNYA UNTUK PROGRAM YANG SEBEGINI RENDAH KUALITINYA???

Sumber : FB SND DSIUSM

SELINGAN : JOM UBAH SELAMATKAN MALAYSIA

Selingan .....Lagu UBAH SEKARANG SELAMATKAN MALAYSIA

KUASA MELAYU MAKIN BERTAMBAH JIKA PR MENANG. UMNO/BN PENGKHIANAT MELAYU!!!


LISTEN LISTEN LISTEN! RAKYAT SUDAH MUAK, AKAN TUKAR KERAJAAN

Listen Listen Listen, rakyat sudah muak dengan janji manismu. Rakyat sudah muak dengan tipu muslihat mu. Dah dekat PRU baru nak bagi macam-macam. Itu pun secara 'one off' sahaja bukannya berpanjangan. Rakyat mahu pancing bukan umpan. Rakyat mahu harga minyak diturunkan, pendidikan percuma, tol dihapuskan, harga barang diturunkan ...............LISTEN LISTEN LISTEN

Sudah terlambat .....rakyat akan tukar kerajaan pada PRU 13 nanti ..................

16 January 2013

LISTEN LISTEN SAYA TAK SANGKA VIDEO INI MELETUP (VIDEO)


Listen Listen Listen Bawani kata Tak Sangka Video itu Meletup........itu reaksi Bawani ketika ditanya oleh rombongan Dewan Pemuda PAS Perak di rumahnya semalam..

Beliau kelihatan terkejut dengan sokongan seluruh rakyat Malaysia termasuk Timbalan Menteri Pengajian Tinggi..





NONE
Sementara itu Malaysiakini melaporkan bahawa Pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) yang juga penyelaras JERIT, KS Bawani terus menerima pujian selepas insiden 'perang mulut' dengan pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin yang sebaliknya menjadi sasaran cemuhan pelbagai pihak.


Sebuah video 24 minit Sharifah 'menegur' Bawani semasa 
sebuah forum di UUM bulan lepas, hangat di Youtube minggu lalu, dan mencetuskan pelbagai jenaka di internet serta gambar dan video yang mempersendakan pengerusi SW1M itu.


Walaupun Bawani adalah dari NGO yang berkaitan dengan PSM, namun sokongan turut diterima dari parti BN manakala Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menjawab dalam tweet menjauhkan parti pemerintah itu dari Sharifah.


Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah juga tampil mempertahankan Bawani, mengatakan bahawa Sharifah tidak sepatutnya bercakap begitu kepada pelajar tersebut.



Sesetengah warga siber mencadangkan supaya baju-T dihasilkan dengan memaparkan kata-kata Sharifah -  "listen, listen, listen..." - yang diulanginya sebanyak 11 kali terhadap Bawani.

Manakala Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya yang didominasi kumpulan pro-Aspirasi turut mengecam tindakan Sharifah itu, dengan berkata Sharifah berbicara perihal “menghormati”, namun dia mungkin terlupa perihal “menghina”. .

"Saya percaya, seandainya Saudari Sharifah mahu membuka mata mahasiswa, saudari perlu juga belajar untuk membuka mata saudari menghormati kami," tegas Yang Dipertuanya, Izham Ismail. 

"Saya juga percaya, seandainya haiwan seperti kucing, jerung, lembu dan lain-lain pun boleh bercakap, nescaya mereka akan menyuruh Saudari Sharifah berhenti bertindak sebegitu rupa.," katanya merujuk kepada hujah Sharifah bahawa orang ramai tidak sepatutnya mengadu banyak sangat kerana haiwan pun mempunyai masalah.

Izham juga semua pihak perlu belajar daripada insiden tersebut.

NONE
"Usah menuding jari ke arah Sharifah semata-mata, mungkin 
kita juga ada kekurangan yang menuntut kita bermuhasabah diri.

"Musuh sebenar kita bukanlah Sharifah Zohra, tetapi adalah rasa hormat dan rasional yang kian hilang dalam diri kita," tambahnya.

Menurut Izham, beliau saya mewakili kepimpinan MPPUM untuk menyatakan pendirian mereka menentang segala bentuk tindakan yang merendahkan martabat mahasiswa.

"Saya menjemput Saudari Sharifah Zohra untuk mengadakan sesi dialog di Universiti Malaya untuk kita bersama-sama membincangkan soal halatuju negara. Moga kedua-dua pihak mendapat manfaat daripadanya," tambahnya. 

SIAPA YANG DALAM GAMBAR INI?

Kenalkan anda susuk tubuh yang memakai jubah duduk bersesak-sesak dengan orang ramai dalam rumah dalam gambar ini. Memakai kopiah dan jubah sama seperti rakyat biasa ...tiada protokol, tidak janggal dan tidak kekok ............

Allahuakbar!!!! ...smoga Allah melindungi Tuanku dr sgala bala bencana dan dari glongan mreka yg zalim...amin...

SUMBER : FB Bus Man

KASIHAN PEMIMPIN UMNO : HUJAH TAK ADA MODAL

Sumber : FB Bus Man

KATA BN KALAH SATU KESALAHAN BESAR?

Silap sedikit sahaja anda akan digantung kerja malah kemungkinan besar anda akan dibuang kerja. Jika ada berkata BN akan kalah pada PRU 13 nanti, itu adalah kesalahan yang sangat besar. Anda hendaklah setiap kali membuka mulit dan berkata BN akan menang besar pada PRU 13 walaupun hakikatnya anda sendiri tahu bukan mudah untuk BN menang kali ini. 

Ini yang terjadi kepada pekerja sektor korporat yang ada kaitan dengan kerajaan. Dua hari lepas Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Berhad Azrul Azwar Ahmad Tajuddin digantung tugas kerana memberikan pandangan yang dibenci oleh pemimpin BN. 

Minggu lalu, Azrul Azwar ketika bercakap dalam satu seminar di Singapura, meramalkan BN akan kalah dalam PRU13 nanti.

Beliau berkata, BN akan kalah tipis dalam pilihan raya yang dijangka sengit itu.

Azrul berkata, hasil kajian maklumat menggunakan data analisisnya mendapati BN hanya mampu memperolehi antara 97 ke 107 kerusi sahaja dalam pilihanraya umum akan datang, jauh jika dibandingkan dengan prestasi 140 kerusi yang dimenangi pada pilihanraya umum lalu.

Bagaimanapun, dengan keputusan hasil maklumat ini, Pakatan Rakyat juga hanya menang antara 115 ke 125 kerusi sahaja dan ia sesuatu yang tidak stabil dari segi ekonomi sesebuah negara.


Terbukti pemimpin BN sentiasa mahu dibodek dan takut untuk menghadapi kenyataan. Apa yang  berlaku ke atas Azwar menunjukkan kepada kita bahawa Umno/BN tidak boleh dikritik, dtegur atau diterjah. Mereka hanya mahu mendengar berita-berita 'happy', projek dan lubang business yang lain tidak menjadi minat kepada mereka.

LISTEN LISTEN LISTEN

Listen Listen Listen .........parpu kari, kas kas, dal, papo dom, MGR, amma .........Jerung, anjing, kucing semua ada masalah .......Listen Listen Listen .........

Hei Dei, bila mau turun UM, UKM atau UIA kasi forum ka debat ka .....itu UUM suma sudah tau ......... kalu ada berani mau turun itu Kampus la ......


15 January 2013

BN SUDAH SEDIA SERAH KUASA SECARA AMAN

Kalau sebelum ini Najib pernah berkata, BN akan mempertahankan kuasa mereka dengan apa cara sekalipun dari terlepas ke tangan orang lain, semalam beliau berkata peralihan kuasa secara amalan selepas keputusan pilihan raya merupakan amalan di Malaysia.

"Kita telah mengadakan 12 pilihan raya umum sejak kemerdekaan dan semuanya diadakan dalam penjadualan pilihan raya seperti yang ditetapkan dalam perlembagaan.

"Peralihan kuasa berikutan daripada pilihan raya telah berlangsung dengan aman, ini tradisi kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama dalam satu persidangan undang-undang di Kuala Lumpur hari ini.

Kenyataan itu timbul ketika pembangkang mendakwa BN akan melakukan apa sahaja untuk mengekalkan kuasa.

Pemimpin kanan pembangkang Lim Kit Siang sebelum ini mencabar Najib bahawa untuk memberi jaminan bahawa BN akan menyerahkan kuasa secara aman sekiranya ia tewas dalam pilihan raya umum akan datang, yang perlu diadakan menjelang Jun tahun ini.

Sudah ada tanda-tanda BN bersedia untuk berundur dengan aman. Walaubagaimana kita mesti berwaspada dengan taktik dan strategi licik BN  yang terkenal dengan jolokan 'Syaitan yang dikenali' itu.

14 January 2013

SIAPA KATA KUASA MELAYU MAKIN LEMAH DENGAN KEMENANGAN PR?

Cuba anda renungkan carta di sebelah. Benarkan dengan kemenangan PR maka kuasa Melayu semakin berkurang????

Sumber : FB Jacket Green

SAWANLAH SIAPA KATA PESERTA HKR DIBAYAR, INI BUKTINYA

Ada pihak mendakwa peserta HKR KL112 di bayar dengan jumlah ratusan ringgit....ha ha ha. Tak masuk akal betul.

Saya yang telah berpuluh kali hadir himpunan aman termasuk Bersih 1.0, 2.0, 3.0 dan HKR KL112 tidak pernah dapat satu sen pun. Malah kami pula kena memberi derma kepada penganjur. Derma untuk membebaskan rakyat dari cengkaman penguasa zalim yang sudah bermaharajalela lebih dari 54 tahun.

Lihat gambar di atas. Peserta HKR KL112 berebut-rebut memberi derma. Malah peserta yang OKU pun tidak ketinggalan memberikan derma ...........Sawanlah siapa yang tuduh peserta HKR KL112 dibayar........

AHLI UMNO PENYEBAR AJARAN SESAT?

Ahli-ahli Umno adalah penyebar ajaran sesat. Percaya atau tidak. Ini buktinya :-

1) Rasul Melayu - Abdul Kahar adalah ahli Umno bernombor ahli 0011339 ahli Umno Bahagian Gombak. Status keahliannya AKTIF.

2) Pemimpin kerajaan langit - Ayah Pin adalah ahli Umno Bahagian Besut, cawangan Batu 13 Hulu Besut nombor keahlian 00791672.

Malah dilaporkan kira-kira 400,000 ahli Umno tidak beragama Islam khususnya terdiri dari Orang Asal dan masyarakat bumiputera Sabah.

Moga-moga Umno dapat menginsafkan kedua-dua pemimpin ajaran sesat yang menjadi ahlinya.

HIMPUNAN 'ALA' AFRIKA BN : BERAPA 'HINGGIT' BUDAK INI DAPAT

Berapa ringgitlah agaknya budak-budak ini dapat upah kerana memegang bendera BN dan Umno pada Himpunan Ala Afrika beri beras di Semenyih 12 Januari lalu yang dihadiri Perdana Menteri, Najib Razak.

Kesihan budak-budak ini. Jabatan Kebajikan Masyarakat tidak siasat ke?????

13 January 2013

HIMPUNAN RAKYAT DI SEMENYIH SETANDING DENGAN KEADAAN DI AFRIKA?

Gua tengok gambar himpunan di Semenyih...orang ramai menyerbu lori yang agih beras.., teringat gua gambar gambar rakyat miskin di Eutopia yang kebuluran. Tiap kali misi bantuan makanan sampai, begitulah suasananya..macam kat Semenyih tu. mereka serbu lori yang agih bantuan beras kerana mereka tu miskin, tak ubah macam penduduk di Eutopia atau pelarian Rohingya.

Tapi penduduk penduduk tu warga Malaysia..bernaung bawah kerajaan UMNO BN yang berkuasa sekian lama, tapi masih miskin tak ubah macam penduduk di Africa. Nampak sangat UMNO BN ni hanya layan rakyat macam mereka mereka di Eutophia...hulur bantuan bila mahu perkuda mereka mereka itu.

Kalau gambar serbuan orang ramai ke lori bantuan beras tu di siar di media luar negara, pasti ramai menyangka itu di Africa atau mana mana tempat yang melarat dan miskin.

Megah kah orang orang Semenyih?. Seronok kah Najib dan UMNO BN ?

Tanpa beras, tanpa duit poket dan tanpa makan minum.....ratusan ribu rakyat hadir di Stadium Merdeka. Kalau gua PM Najib..dah lama saya pakai topeng tutup muka...maluuuuu !

Itu pun pencacai UMNO BN nak bermegah lagi?????


Sumber : FB King Jason.

INILAH 1MALAYSIA YANG SEBENAR!!


PASCA HKR : AWAS SPR, UMNO/BN JANGAN TIPU MASA PILIHANRAYA

Rakyat Malaysia sudah tahu strategi licik SPR dan Umno/BN pada PRU 13 nanti. Kami sudah tahu dan ada bukti tentang penipuan terancang itu. Awas jangan tipu kami.

Kami sudah tahu semuanya. Orang kampung semua sudah tahu. Mat Bangla, Indon, Nepal, Vietnam, Pakistan dan lain-lain jangan cuba-cuba tipu kami semasa hari pengundian. Rakyat sudah bersedia untuk mempertahankan maruah dan kuasa kami. Kami tidak rela kuasa politik rakyat Malaysia dirompak oleh Pendatang Asing seperti kamu. Untuk cari rezeki, cari duit dan menyumbang tenaga untuk negara kami tidak jadi masalah. Tetapi jangan cuba rompal kuasa politik memilih dan melantik kerajaan.

Jangan kamu bersekongkol dengan Umno/BN merompak kuasa politik rakyat Malaysia yang sah. Kami sudah tahu dan ada bukti terdapatnya cubaan untuk merompak kuasa rakyat Malaysia. Ada pihak yang tanpa segan silu dan tidak malu muka cuba menjual maruah negara dengan 'mengswastakan' kuasa politik rakyat Malaysia kepada rakyat asing. Sungguh kurang ajar manusia sebegini.

Sekali lagi rakyat Malaysia ingin memberi amaran jangan gadaikan maruah negara dan rakyat hanya semata-mata untuk mengekalkan kuasa kamu. Rakyat sudah tahu taktik licik kamu wahai pengkhianat.

Kami juga ada strategi dan taktik untuk memastikan penipuan dan penyelewengan ini tidak akan berlaku. Kalau berani buatlah...........................

RAYUAN DERMA UNTUK PESERTA HKR YANG KEMALANGAN


Sumbangan derma dari sahabat semua amatlah dihargai. Nama beliau Encik Daud Abdul Manan. Peserta HKR112 yang mengalami kemalangan jalan raya. (motorsikal terbabas) pada 12 Jan 2013 atas jambatan Temerloh sebelum R&R. Sekarang beliau berada di wad ICU Hospital Temerloh. Pekerjaan beliau sebagai penjaja ikan dan mempunyai 6 orang anak. Anak yang sulung dan kedua kembar baru berusia 17 tahun. Anak yang ketiga baru 15 tahun. Anak keempat 11 tahun. Anak yang kelima berusia 8 tahun dan yang bongsu berusia 8 bulan.

No acc bank BSN : 1110029849518290
Mek Wook @ Rohaya Binti Awang.

Jika dapat disebarkan kepada yang lain juga. Segala jasa baik para dermawan hanya Allah yang mampu membalasnya.

HKR : SINAR HARIAN BAKAL DIGANTUNG PERMIT?

Akhbar Sinar Harian bakal digantung permit kerana menyiarkan berita 'palsu' dan 'bohong' berkaitan Himpunan Kebangkitan Rakyat(HKR) semalam. Ini kerana Sinar Harian telah melaporkan bahawa lebih dari 100,000 rakyat berkumpul di dalam Stadium Merdeka dan kawasan sekelilingnya.

Selain itu Sinar Harian juga menyiarkan gambar lautan manusia yang jelas membuktikan betapa ramainya manusia memberikan sokongan kepada HKR. Kita semua sudah tahu bahawa akhbar-akhbar yang menyiarkan berita benar dan tepat seperti Harakah, Suara KeADILan dan sebagainya seringkali diberi amaran malah digantung permitnya kerana melaporkan perkara benar dan tepat.

Manakala media penipu dan pencacai seperti Utusan Meloya, Berita Hairan dan sebagainya akan dipuji dan diberi keistimewaan. Maka tidak pelik jika selepas ini Ketua Pengarang dan Editor Sinar Harian akan dipanggil oleh pihak tertentu kerana menyiarkan berita tepat dan telus berkaitan HKR semalam.

Gambar : Inilah gambar yang disiarkan pada muka hadapan Sinar Harian hari ini.Syabas SH

Laporan Sinar Harian - Klik di sini

RAIS : BUKAN KUASA MELAYU LARUT, TAPI KUASA UMNO YANG TERHAKIS.

Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan,  Rais Yatim mendakwa penganjuran Himpunan Kebangkitan Rakyat di lokasi bersejarah Stadium Merdeka semalam akan "melarutkan kuasa" kolektif Melayu, kaum terbesar negara ini.

"Semua yang dilakukan oleh penunjuk perasaan di Stadium Merdeka tadi (petang semalam) akan melarutkan kuasa kuasa kolektif Melayu," kata beliau dalam mesej Twitter yang ditulis kira-kira 3 jam selepas berakhirnya Himpunan Kebangkitan Rakyat, yang dianjurkan Pakatan Rakyat (PR).

Ha3 .....macamana pula kuasa Melayu boleh larut sedangkan dalam deklarasi rakyat sebelum HKR tamat, tidak satupun yang menyentuh hak asasi orang Melayu, kuasa Raja-Raja Melayu dan sebagainya. Malah sekali lagi PR menekankan tentang komitmen untuk menjunjung perlembagaan negara, agama Islam sebagai agama persekutuan, Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dan lain-lain.

Tidak ada pula disebut kuasa orang Melayu akan terhakis, tanah rezab Melayu akan terhapus dan sebagainya. Yang pasti kuasa Umno/BN akan larut jika sokongan rakyat seperti yang ditunjukkan semalam bertambah. Itulah sebenarnya yang ditakuti oleh Umno/BN.

Jelas sekali pemimpin Umno/BN tidak dapat menerima jumlah kehadiran rakyat semalam. Mereka masih terus mahu menafikan jumlah rakyat hadir sedangkan seluruh dunia dapat melihat bagaimana lebih dari 200,000 rakyat berpusu-pusu membanjiri Stadium Merdeka dan kawasan sekelilingnya. Tergamak Rais memperbodohkan rakyat dengan mendakwa tidak sampai 50,000 rakyat yang hadir ha ha ha.....Rais dah masuk Umno jadi bangang macam pemimpin Umno juga .....masa dalam Semangat 46 dahulu cerdik sedikit ...........

GAMBAR INI DISIARKAN OLEH AKHBAR CINA, BERANIKAH MEDIA PENCACAI SIARKANNYA?

Gambar ini disiarkan oleh Akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Jit Poh Daily dalam portalnya pagi ini.

Beranikah akhbar media pencacai Umno menyiarkan gambar dalam laporan media mereka??????

ARTIS BERSAMA HKR LIHAT TWEET MEREKA

Cuba baca Tweet 2 orang artis terkenal ini ....apa pandangan anda.?

GAMBAR-GAMBAR HKR DI KOTA LONDON

 Rakyat Malaysia di Kota London turut sama berhimpun menyatakan sokongan kepada Himpunan Kebangkitan Rakyat semalam.

Mereka berhimpun di beberapa lokasi termasuk di luar kediaman rasmi Perdana Menteri Britain, Downing Street.




HKR GAGAL : TAK RAMAI HADIR, LANGGAR PERJANJIAN, LANGGAR UNDANG-UNDANG


Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR 112) yang berlangsung semalam gagal di mana hanya kira-kira 30,000 yang hadir walaupun sasarannya adalah 1 juta. Ternyata rakyat sudah muak dengan retorik pemimpin pembangkang.

Selain dari itu Himpunan yang lebih dikenali dengan Himpunan Shamsidar (HS) itu jelas melanggar syarat yang hanya membenarkan 30,000 orang hadir seperti yang dipersetujui oleh penganjur dengan Perbadanan Stadium. Malah para peserta HS juga melanggar undang-undang dengan membawa anak-anak di bawah umur 15 tahun.

Para peniaga dan pemandu teksi juga merungut kerana hilang mata pencarian untuk hari semalam. Ramai warga kota juga merungut kerana kesesakan lalulintas dan sampah sarap bertaburan di serata tempat.

Itulah agaknya antara intipati laporan media pencacai Umno/BN malam tadi dan hari ini. ........biarlah gambar-gambar di media alternatif, internet menjawab semua tohmahan dan laporan jahat ini.

AKU PUN TURUT SAMA DI HKR ....ANDA PERGI KE?

Ya Allah... Kenapalah ADMIN Tak Terserempak Dengan Dia Tadi... Menitis Airmata ADMIN Terhadap Gambar Kiriman Seorang Ahli Kita Di Wall KBBUTV3 Semasa Himpunan #KL112 Petang Tadi.... Biarpun Kehilangan Sebelah Kaki, Namun Dia Tetap Terus Berjuang Gagahkan Diri Menghadiri Himpun Rakyat Demi Masa Hadapan Generasi Yang Akan Datang Tanpa Mengharapkan Bantuan Sesiapa... Siap Leh Tersenyum Lagi... Yang Sihat Tubuh Badan Pun Tak Pergi, Malu Kat Insan Nie... Ya Allah, Janganlah Kau Putuskan Semangat Insan Hebat Ini... Kau Adalah Satu Dalam Sejuta Yang Teristimewa Tuhan Ciptakan... Ahli Kita Yang Paling Setia. Rupanya Beliau Adalah Ahli Kita Yang Telah Memiliki Baju Page Kita. Tak Sangka Kita Punyai Ahli Sehebat Ini... Admin Kagum Dan Sayang Dengan Dia... 10 000 LIKE Untuk Gambar & Insan Hebat Ini Yang Comel.... Subhan-Allah!!!

Sumber : FB ANAK MUDA BANGKIT HANCURKAN UMNO
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter