.

.

10 December 2011

GEMPAR : Baca Yasin kena MOHON PERMIT?


Apa nak jadi dengan 'negara Islam' Malaysia ini. Muslimat hendak mengadakan program bacaan yasin di kampung pun kena mohon permit. Nampak jelas kezaliman semakin ketara di saat kumpulan tertentu semakin terhakis pengaruhnya. 
Apakah negara ini akan menjadi lebih dahsyat dari Mesir, Libya dan Tunisia serta Iraq satu hari nanti yang menzalimi ulama dan pejuang-pejuang Islam.
Mengapa benci benar mereka kepada program-program Islam.....????
Harakahdaily melaporkan bahawa kira-kira 50 wanita tempatan yang mahu mengadakan majlis bacaan Yaasin di sebuah rumah di Kampung Kasar, Pasir Mas hari ini terkejut apabila didatangi seseorang yang memberi amaran.
Orang terbabit didakwa membawa surat daripada Balai Polis dengan meminta supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum majlis bacaan Yassin diadakan.
Seorang muslimat yang mahu dikenali sebagai Mak Ngah berkata, semua wanita yang hadir pada program bacaan Yassin yang diadakan sejak dahulu lagi itu terkejut besar.
“Kami terkejut dengan kedatangan orang terbabit membawa surat amaran supaya memohon permit terlebih dahulu sebelum bacaan Yassin diadakan.
“Ramai hairan bagaimana orang terbabit boleh muncul secara tiba-tiba, sedangkan program bacaan Yaasin sudah diadakan sejak sekian lama,” katanya di sini.
Menurutnya orang yang datang membawa surat itu meminta supaya memohon permit di Balai Polis seminggu sebelum program bacaan Yaasin diadakan.
“Apakah selepas ini orang ramai yang datang majlis tahlil atau membaca al Quran kepada orang yang sedang nazak pun kena mohon permit terlebih dahulu,” katanya kesal.
Mereka meluahkan rasa hairan program keagamaan pun cuba disekat sedangkan ia menjadi amalan bagi setiap orang Islam.
Sementara itu Penasihat Undang-undang PAS Kelantan, Hisham Fauzi berkata, tidak sepatutnya program keagamaan diganggu kerana ia terletak di bawah bidang kuasa Majlis Agama Islam.
Menurutnya beliau curiga terhadap kehadiran orang terbabit di majlis bacaan Yassin muslimat kerana program keagaamaan tidak memerlukan permit polis.
”Pasukan peguam PAS akan menyiasat kes tersebut sama ada ia membabitkan pihak tertentu atau berlaku kes penyamaran bagi mengugut program anjuran muslimat,” ujarnya.

09 December 2011

SALAH GUNA DUIT ZAKAT : Orang ISLAM MELAKA MESTI BANGKIT


Orang Melayu dan Islam di Melaka wajib bangkit membantah tindakan pihak berwajib yang menyalahgunakan duit zakat negeri Melaka bukan pada jalan yang diharuskan syarak.

Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Katil, Yusof Wajab berkata tindakan pihak berwajib menggunakan duit zakat untuk membina kompleks Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang berharga RM13.85juta amat dikesalkan.

"Fakta ini bukan kita ambil dari kaki lima, tetapi ia dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 bagi negeri Melaka"

"Lebih malang apabila isu ini dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), mereka menyatakan tiada unsur rasuah dan penyalahgunaan kuasa. SPRM memberikan jawapan bahawa wang RM13.85 juta yang digunakan untuk membina Bangunan MAIM tersebut adalah wang lebihan Zakat."

:"Ini jawapan yang diberikan oleh SPRM kepada Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari, mana dalil dan nas yang mengharuskan wang zakat digunakan untuk membina bangunan MAIM? ujar Yusof.

Yusof berkata umat Islam Melaka mesti bangkit mengajar kerajaan negeri, MAIM dan Puzat Zakat Melaka pada Pilihanraya Umum akan datang.

:Kalau wang zakat pun mereka berani seleweng dan salah gunakan sudah tentu wang lain juga bakal menjadi mangsa kerakusan puak-puak yang tidak bertanggungjawab ini" tambah beliau.

08 December 2011

Harta keluarga Taib Mahmud tak banyak cuma RM4.6bilion sahaja

azlanKetua Menteri Sarawak Abdul Taib Mahmud didakwa dengan bongkaknya berkata bahawa beliau mempunyai lebih banyak wang daripada boleh dihabiskannya.

Menurut sebuah NGO Switzerland yang berkempen menentang rasuah di Sarawak, Dana Bruno Manser (BMF) - di Malaysia sahaja, keluarga Taib memiliki U$1.46 bilion (RM4.6 bilion) aset korporat di 14 syarikat.

Dakwa BMF lagi, Taib, empat anaknya, lapan adik-beradik dan sepupu pertamanya, Abdul Hamed Sepawi, memiliki kepentingan dalam 332 syarikat-syarikat di Malaysia.

Antara tiga syarikat terbesar yang dikuasai mereka, menurut BMF, adalah Cahya Mata Sarawak atau CMS (84 peratus daripada aset bersih RM2.4 bilion), Custodev Sdn Bhd (25 peratus daripada RM1.6 bilion) dan Ta Ann Holdings Bhd (sekurang-kurangnya 35 peratus daripada RM1.4 bilion).


Ini baru harta dalam negeri, belum dikira harta di luar negeri yang mungkin berlipat kali ganda lebih jumlahnya. Dari mana Taib dan anak-anak dapat harta sebanyak ini..........Hendak harapkan SPRM siasat jauh panggang dari api ............


Taib Mahmud tidur atas duit ......sementara rakyat Sarawak ramai yang merempat dan melarat ....Malangnya mereka masih mengangkat BN menjadi Kerajaan pada pilihanraya negeri baru-baru ini.


Sumber : Malaysiakini

KERAJAAN DERA RAKYAT LAGI : HAPUS SUBSIDI GAS

Tindakan Kerajaan BN untuk memansuhkan sepenuhnya subsidi gas asli menjelang tahun 2015 bukan sahaja akan membebankan rakyat, malah akan turut mempertingkatkan lagi penggunaan tenaga asas di negara ini. 

Berdasarkan statistik yang dibekalkan oleh Imbangan Tenaga Kebangsaan 2008, Malaysia mengalami peningkatan penggunaan tenaga asas purata sebanyak 6.1 peratus di antara tahun 2000 hingga 2008. 

Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (Awer), S Piarapakaran berkata, catatan tersebut menjadikan peningkatan penggunaan tenaga asas itu hampir sama dengan peningkatan purata KDNK (GDP) negara sebanyak 6.0 peratus. 

Menurutnya, apabila subsidi kepada gas asli akan dimansuhkan sepenuhnya oleh kerajaan menjelang tahun 2015, peningkatan tersebut pasti akan menjadi lebih ketara. 

Jelas sekali satu demi satu langkah kerajaan BN hari ini mencengkam dan menekan rakyat. Inikah yang dikatakan rakyat didahulukan ......................

Sumber : Harakahdaily

抗議官員挪用公款“考察”‧民聯市廳門口拉布條

(馬六甲7日訊)甲市政廳、野新市議會、漢都亞再也市議會等地方政府,陸續趁著年杪的來臨,挪用公款讓市議員和官員前往中國和澳洲“考察”,引起甲州民聯的不滿,今天前往市政廳拉布條抗議,抗議地方政府浪費人民的血汗錢出國“吃風”。
行動黨、伊斯蘭黨及公正黨各派員參與拉布條抗議活動,大約20人左右。警方及市政廳的執法人員也在短時間內趕到現場,執法人員首先以支持者的車輛沒有停放在停車格內,要求民聯議員及支持者離開。
甚至還有工作人員直接站在民聯的布條前高舉雙手,試圖阻止媒體拍照,現場也出現一些市政廳的工作人員與民聯支持者叫囂。
最後在議員與警方的協調下,警方允許民聯成員以10分鐘的時間糾察,眾人也在10分鐘後紛紛解散離開。
由於選擇拉布條的地點,就在市政廳的正門口,引來很多好奇人士站在市政廳的大門前“看熱鬧”。
吳良山:不能濫用人民納稅錢
行動黨甲州主席兼格西當州議員吳良山在新聞發佈會上,抨擊市政廳在試圖增加商業執照及廣告費後,卻動用納稅人的錢讓市議員及官員到國外觀光,讓老百姓“看不過眼”。
他說,今日拉布條抗議,是因為獲悉市政廳以“考察”的名義,讓全体市議員出國旅遊;而野新市議會也在上個月到廣州考察、漢都亞市議員和亞羅牙也市議員也陸續前往中國考察。
他指出,市政廳市議員從本月5日到8日到澳洲柏斯旅遊,而且是讓全體市議員及官員“吃風”。據悉,還有人是攜帶家屬陪同(自費)。
他表示,市政廳一直以“考察”的美名,讓市議員到到國外考察,但是回國後卻不見馬六甲的水災問題獲得解決。
“民聯成員黨譴責市政廳的做法有違民意,地方政府絕對不能濫用人民的納稅錢。我們要喚醒人民的醒覺,不要讓政府亂用人民的血汗錢。”
鄭國球:考察回國後不見成效
怡力州議員鄭國球指出,地方政府增加廣告牌及商業執照的收費,是向人民“開刀”,但是另一方面卻沒有節省使用納稅人的錢,反而還花錢讓市議員及官員出國觀光。
他說,地方政府每年讓官員和市議員出國“吃風”,顯示地方政府根本沒有顧慮到民意,也沒有做好財務規劃,浪費人民的血汗錢。
他表示,市政廳於2010年總花費達1億6千多萬令吉,相信明年的財務報告內,今年的花費會更高。
“地方政府官員經常出國考察,可是回國後也不見有甚麼效果,也根本沒有向人民匯報如何花費人民的錢。”
今日的出席者有甲市區國會議員沈同欽、峇章州議員林敬賢、黨員廖政光、陳仲祥、伊斯蘭黨市區區會主席哈倫、公正黨甲州副宣傳主任林祥和、甲公青團團長羅炳浩及中委林秀凌等。(星洲日報/古城)
Sumber : Sin Chiew Daily

Pemimpin Amanah, Rakyat Sejahtera, Negeri Makmur


Pelbagai lapisan masyarakat di negeri Melaka, mahukan sebuah kerajaan yang mengamalkan slogan PEMIMPIN AMANAH, RAKYAT SEJAHTERA DAN NEGERI MAKMUR bagi menyelesaikan masalah rasuah, penindasan rakyat dan membentuk negeri makmur.


Melaka dilihat adalah sebuah negeri yang ditadbir oleh pemimpin yang tidak amanah dan pengamal rasuah apabila Ketua Menteri sendiri disabitkan dengan kesalahan rasuah semasa pemilihan Agung Umno yang lepas. Macamana seorang pemimpin yang rasuah boleh terus memimpin negeri ini, sudah tentu seseorang yang mengamalkan rasuah akan mengamalkan rasuah di mana sahaja kerana ianya sudah menjadi perangainya. Jika pemimpin rasuah maka tidak hairanlah banyak wang rakyat akan tiris dan terbang akibat rasuah.

Bayangkan bagaiman duit zakat boleh digunakan untuk membuat bangunan MAIM dengan harga RM13.5 juta sedangkan masih ramai asnaf yang layak untuk menerima zakat.

Selain itu rakyat mahukan semua undanh-undang dan peraturan yang menekan rakyat khasnya yang melibatkan Pihak Berkuasa Tempatan, Pejabat Tanah dan lain-lain. Pakatan Rakyat Insya Allah akan mengkaji semua undang-undang dan peraturan ini bagi memberikan kesejahteraan kepada rakyat yang sememangnya tertekan dengan masalah harga barang yang semakin meningkat.

Antara perkara yang boleh dikaji ialah bayaran parkir, denda parkir, lesen perniagaan dan sebagainya.

Kita yakin jika Melaka mempunyai pemimpin yang amanah dan mengutamakan rakyat banyak masalah negeri dan rakyat akan diselesaikan. Bayangkan sebuah negeri yang kecil seperti Melaka mencatatkan hutang berjumlah RM853 juta sehingga tahun 2010 dan ianya langsung tidak dibayar pada tahun 2010 seperti yang dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. Selain itu kos projek yang membazir dapat dihitung melebihi RM239.6juta yang digunakan untuk membina kincir air, monorel, Eye On Malaysia dan lain-lain. Wang sebanyak RM239 juta boleh digunakan untuk membina 3422 buah rumah kos rendah, boleh membiayai seramai 8557 pelajar dengan biasiswa penuh dan boleh membina 4792 buah klinik kesihatan di Melaka. Namun duit rakyat ini dibazirkan dengan projek-projek yang tidak berdaya maju dan membazir.

Melaka sudah tentu akan menjadi negeri makmur dengan pemimpin yang amanah, bersih dan telus dan kesejahteraan rakyat akan lebih baik dengan undang-undang serta peraturan yang mengambilkira kebajikan mereka.

PEMIMPIN AMANAH, RAKYAT SEJAHTERA, NEGERI MAKMUR

10 TAWARAN PAS TENTANG NEGARA BERKEBAJIKAN

10 agenda permulaan pula memperincikan tawaran PAS dalam dokumen negara berkabajikan :-

1- Kerajaan beramanah, adil dan bersih
2- Masyarakat penyayang , aman dan bersatu
3- Ekonomi mampan, seimbang dan saksama
4- Pendidikan berkualiti, berdaya saing dan boleh capai
5- Perkhidmatan kesihatan cekap, berkualiti dan boleh capai
6- Kebajikan langsung, menyeluruh dan mesra rakyat
7- Keluarga harmoni, bahagia dan bermoral
8- Belia, pekerja produktif, berdaya saing dan terbela
9- Kemudahan prasarana berkualiti, cekap dan bertaraf dunia
10- Alam sekitar segar, terpelihara dan lestari


Satu perkara yang ingin ditekankan di sini ialah dakwaan Umno bahawa kerajaan BN telah lama menjadikan Malaysia Negara Berkebajikan. Mereka tidak faham bahawa negara berkebajikan adalah sebuah negara yang bukan hanya membantu rakyat tetapi yang paling penting ialah pemimpin negara mestilah beramanah, bersih, adil dan tiada penyalahgunaan kuasa serta rasuah. Inilah perkara asas yang tidak ada dalam 'Negara Berkebajikan' BN di Malaysia ini.


Ketirisan, rasuah, penyalahgunaan kuasa, pendakwaan terpilih dan sebagainya menjadi teras kepimpinan kerajaan BN sehingga indeks persepsi rasuah (CPI) Malaysia yang dikeluarkan oleh Trasnparency International (TI) terus menjunam sehingga ke tangga 60. Ia merupakan sejarah paling buruk dalam pemerintahan negara, di mana di zaman Perdana Menteri sebelum ini Malaysia tidak pernah terperosok ke tangga 60.

Melaka DICABAR beri AIR PERCUMA

Ketua Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan (AMK), Mohd Nazri Mohd Yunos mencabar kerajaan Melaka melaksanakan program air percuma kepada rakyat negeri ini jika benar mereka adalah kerajaan yang mementingkan kebajikan rakyat.

"Kalau betul Melaka sebuah negeri yang mementingkan kebajikan rakyat, saya cabar kerajaan negeri Melaka supaya memberikan air percuma sebanyak 20 meter padu sebagaimana yang diberikan oleh kerajaan Pakatan Rakyat Selangor."

"Kerajaan negeri Melaka sering melaung-laungkan bahawa mereka telah lama melaksanakan program kebajikan kepada rakyat di negeri ini."

Nazri berkata demikian pada ceramah yang dianjurkan oleh Angkatan Muda KeADILan (AMK) Negeri Melaka di Taman Merdeka malam tadi.

Nazri berkata kerajaan negeri Selangor membelanjakan kira-kira RM12juta sebulan bagi membiayai pembayaran air percuma sebanyak 20 meter padu.

"Jumlah 20 meter padu ini bukan sedikit dan ianya jelas berjaya mengurangkan beban rakyat yang sekarang ini terhimpit dengan kenaikan harga barang dan lain-lain"

Menurut Nazri, kerajaan negeri-negeri Pakatan Rakyat (PR) juga berjaya mentadbir kewangan masing-masing dengan baik dan ianya disahkan oleh Laporan Tahunan Ketua Audit Negara.

"Semua negeri-negeri Pakatan Rakyat mendapat pengiktirafan yang baik dari Ketua Audit Negara dari segi pentadbiran kewangan dan jauh meninggalkan negeri-negeri BN yang hanya pandai berhutang dan tidak membayarnya kepada kerajaan pusat" tambah Nazri.

Selain Nazri turut sama berceramah pada program tersebut ialah Ketua AMK Melaka, Law Bing Haw; Ketua Wanita PKR Melaka, Mahani Masban; Exco AMK Pusat, Ginie Lim dan Ketua Cabang PKR Bukit Katil, Yusof Abdullah.

07 December 2011

Pencacai UMNO cuba PROVOKASI program bantahan makan angin MBMB dan MPHTJ

Pagi tadi Pakatan Rakyat Negeri Melaka mengadakan bantahan secara aman terhadap tindakan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dan Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) yang membelanjakan duit rakyat untuk lawatan ke Perth, Australia.

Bantahan aman tersebut disertai oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Kesidang, Goh Leong San, Adun Bachang, Lim Jak Wong; Adun Bandar Hilir, Tey Kok Kiew; Ahli Parlimen Kota Melaka, Sim Tong Him; Yang Dipertua PAS Kota Melaka, Harun Mohamed, Ketua Penerangan PAS Kawasan Bukit Kati, Yusof Wahab, Timbalan Ketua Penerangan PKR Melaka, Freedie Lim Seong Hoe, Ginie Lim dan penyokong-penyokong PR.

Beberapa orang 'pencacai' Umno cuba menganggu himpunan bantahan aman tersebut tetapi disuraikan oleh anggota Polis yang bertugas. Para peserta himpunan diberi masa 5 minit untuk menyatakan bantahan tersebut..

Mereka melaungkan kata-kata yang tidak sedap didengar yang kebudak-budakan dan menggelikan.

Bila rakyat mengadu kepada MBMB dan MPHTJ tentang masalah banjir, longkang dan sebagainya seringkali mereka memberikan alasan tiada peruntukan untuk mengatasi masalah tersebut.Ternyata duit rakyat dibazirkan begitu sahaja. 

Sikap membazir dan menggunakan duit rakyat seperti duit mereka sendiri inilah menyebabkan Melaka terus mengumpulkan hutang mencecah RM825juata sehingga 2010. Tidak mustahil hutang Melaka akan meningkat kepada RM1bilion pada tahun 2011. Lebih malang Melaka langsung tidak membayar hutang kepada kerajaan pusat pada tahun 2010.

Rakyat DIPINGGIRKAN dari AKIDAH YANG BETUL punca BALA ALLAH

Malam tadi blogmaster sempat menghadiri ceramah Mohd Hakim Lokman (Bob Lokman) di Kampung Bakar Batu, Kandang. Ramai sekali rakyat Melaka yang hadir. Kebanyakannya muka-muka yang jarang dilihat pada ceramah PR. Tahniah. Kita juga ingin mengucapkan tahniah kepada PAS Cawangan Bakar Batu kerana berjaya mengadakan ceramah tersebut yang sudah beberapa tahun tidak diadakan di Kandang.

Bob dalam ceramahnya berkata punca kepada segala masalah yang berlaku di Malaysia hari ini adalah kerana kerajaan tidak mementingkan akidah rakyat menyebabkan rakyat semakin jauh dari agama.

"Apa yang mereka pentingkan ialah ekonomi, duit dan material itu sahaja, mereka tidak kisah kalau orang caci cerca ulama, maki ulama dan cerca hukum Islam dan sebagainya".

"Sebab itu Chua Soi Lek berani menghina hukum hudud dan Umno diam membisu"

"Kalau akidahnya betul, Insya Allah kita selamat, malangnya kerajaan tidak mementingkan semua ini, apa yang mereka cari ialah projek dan duit" ujar Bob

Beliau berkata rakyat mesti kembali kepada Islam dalam usaha untuk memilih pemimpin dan kerajaan.

"Hari ini kita melihat dan mendengar cerita anjing menggonggong mayat bayi tidak mustahil suatu hari nanti akan ada pula cerita bayi gonggong anjing pula".

"Kita mesti memilih kerajaan yang takut kepada Allah bukannya kerajaan yang pemimpinnya hanya hendak mengkayakan diri sendiri dan kroni mereka" tambah Bob

Aziz Bari MASUK POLITIK SERTAI PKR?

Ada pihak meramalkan Professor Dr Abdul Aziz Bari akan meletakkan jawatannya di UIA dan menyertai Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR) tidak lama lagi. Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan tindakan Aziz yang sejak akhir-akhir ini semakin akrab dengan PKR dan PAS. Beliau yang memang sudah lama berani menyertai program-program anjuran PR dilihat tidak kekok jika mahu menyertai politik.

Beliau yang sememangnya dilihat lebih banyak menyokong PR tidak menghadapi masalah untuk menggabungkan  diri dengan mana-mana parti dalam PR samada PKR, PAS malah DAP. Pandangan dan kritikan pedas beliau kepada kerajaan menyebabkan beliau sudah 3 kali mendapat surat amaran dari UIA. Terakhir beliau telah digantung dari tugasnya di UIA.

Sementara itu Malaysiainsider hari ini melaporkan bahawa Kementerian Pengajian Tinggi berkata segala keputusan dan tindakan hasil siasatan terhadap pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari diserahkan kepada pihak pentadbiran Universiti Islam Antarabangsa  (UIA) untuk menentukannya.

Menterinya, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, kementeriannya tidak terlibat dalam membuat keputusan dan tindakan terhadapnya pensyarah fakulti undang-undang itu.
“Kementerian tidak terlibat dengan sebarang tindakan termasuk siasatan terhadap Aziz Bari, perkara itu saya serahkan kepada pihak pengurusan UIA untuk membuat sebarang keputusan,” katanya pada sidang media pelancaran Program Latihan Industri Graduan Berimpak Tinggi (HEIGIP) di pejabatnya di sini.
Menurut Khalid lagi, hanya UIA yang berhak untuk membuat sebarang keputusan terhadap Aziz.
“Biar UIA yang putuskan perkara itu,” katanya lagi.
Laporan The Malaysian Insider hari ini menyebut pentadbiran universiti itu  meletakkan segala keputusan kepada Aziz jika mahu meninggalkan pusat pengajian tinggi itu.
Aziz disiasat atas alasan telah memudaratkan imej universiti dan juga  polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, termasuk siasatan atas dakwaan  mempertikaikan titah Sultan Selangor berhubung isu Jais dan gereja  baru-baru ini.
Rektor UIA Prof Datuk Seri Dr Zaleha Kamaruddin yang dihubungi The Malaysian Insider berkata: “Keputusan itu hanya Aziz yang berhak menjawabnya.”
“Itu semua terpulang kepadanya,” katanya ketika ditanya berkenaan perkara itu.
Timbalan Rektor Hal Ehwal Pelajar Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood pula berkata, pihaknya tidak mempunyai maklumat berkenaan perkara itu, sebaliknya menyerahkannya kepada rektor untuk memberikan kenyataan.
“Saya tiada maklumat tentang perkara itu, mungkin boleh dirujuk kepada Rektor UIA,” katanya.
Kelmarin, Aziz tidak menafikan akan meninggalkan UIA awal tahun depan ekoran beberapa siri tekanan yang dikenakan ke atasnya

06 December 2011

Negara REPUBLIK : Kenyataan MUHYIDDIN MERBAHAYA dan TIDAK BERTANGGUNGJAWAB

Timbalan Presiden Umno Muhyiddin Yassin baru-baru ini mendakwa Malaysia akan menjadi negara republik sekiranya pembangkang menang pilihan raya.

Presiden Parti KITA Zaid Ibrahim dalam kenyataannya dipetik dari Malaysiakini hari ini menyifatkan kenyataan Muhyiddin di perhimpunan agung Umno minggu lalu itu sebagai "berbahaya dan tidak bertanggungjawab."

Mengulas lanjut, Zaid berkata kenyataan itu juga dikesali dan amat membimbangkannya kerana ia hanya akan melebarkan lagi jurang di antara kelompok kaum.

"DAP telah dilabel sebagai parti rasis dan orang Melayu di dalam pembangkang disifatkan sebagai pak turut golongan Cina.

"Nampaknya pemimpin kita hari ini mahu memang pilihan raya umum dengan apa jua cara, dan mereka hanya mementingkan kedudukan dan kuasa sendiri berbanding kesejahteraan Malaysia dan rakyatnya.

Bekas menteri kabinet itu juga berkata, serangan ke atas DAP hanya akan merenggangkan masyarakat Cina tetapi tidak akan menyakiti golongan berkenaan yang mampu berdikari.

Sebaliknya, orang Melayulah yang akan menderita kerana Umno hanya hanya menawarkan retorik liar seperti itu, katanya lagi.

Kenyataan Muhyiddin tersebut sangat jahat dan berunsur fitnah kerana tiada satu pun bukti yang menyokong kenyataan beliau tersebut. Jelas sekali pimpinan Umno  sangat terdesak sekarang hingga sanggup mengeluarkan kenyataan yang tidak benar dan fitnah.

Blog ini menyokong pendapat Zaid yang masih jelas kekal bersama pembangkang dan tidak mahu bersekongkol dengan parti perkauman seperti Umno. 

Blog ini juga mengucapkan terimakasih dan tahniah kepada Zaid yang mengeluarkan kenyataan bahawa parti itu tidak akan menawarkan calon untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sekiranya tindakan itu menjejaskan peluang pembangkang.

Umno yang hilang KUASA BUKAN ORANG MELAYU

Umno yang hilang kuasa bukan ORANG MELAYU yang hilang kuasa. Itu kenyataan yang tidak dapat disangkal lagi jika Umno tumbang pada PRU 13 nanti. Sekarang ini Umno memomok-momokkan bahawa jika Umno kalah orang Melayu akan hilang kuasa. Sebenarnya bukan orang Melayu yang hilang kuasa tetapi Umnolah yang akan hilang kuasa dan 'ghoibul ghuyub' dari maya pada ini. Umno hanya hidup dengan adanya kuasa, jika tiada kuasa Umno akan layu dan terus mati. Sebab itulah Umno bermati-matian memainkan sentimen bahawa Melayu itu Umno, Umno itu Melayu.

Pada hakikatnya jika Umno kalah, maka PAS dan PKR lah yang menang. Ini kerana jika calon Melayu Umno kalah, maka calon Melayu dari PAS dan PKR lah yang menang. Apakah Melayu PAS dan Melayu PKR bukan Melayu. Mereka juga Melayu tetapi mereka Melayu yang tidak rasuah, tidak zalim, tidak menipu dan tidak menyalahgunakan duit rakyat serta tidak membaham duit rakyat sebagaimana Melayu Umno.

Jika Umno kalah, maka Melayu Umno akan susah dan merempat kerana mereka tidak ada peluang untuk mendapat projek-projek besar, kontrak mewah, duit 'free' macam projek Fidlot dan sebagainya. Itu sebab Melayu Umno sangat takut mereka kalah. Maka mereka memainkan sentimen jika Umno kalah, Orang Melayu akan hilang kuasa padahal yang sebenarnya yang hilang kuasa ialah Umno dan Melayu Umno yang korup, zalim, penipu dan penyangak.

Ikuti ucapan Penasihat DAP berkaitan isu ini.

Umno tanamkan 'khurafat' kepada rakyat : Kononnya HANYA UMNO SELAMATKAN MELAYU

Pimpinan Umno terus menerus menanamkan 'khurafat' kepada orang Melayu kononnya hanya Umno yang mampu mempertahankan orang Melayu. Sedangkan sudah lebih 50 tahun Umno menjadi tunjang pemerintahan Malaysia, Umnolah yang menggadaikan Melayu (Pengkhianatan Umno - Klik untuk membacanya). 

Pada masa yang sama Umno cuba menggelapkan fakta dengan menyatakan bahawa jika Umno kalah maka DAP akan menjadi ketua negara sedangkan kita semua tahu jika calon-calon Umno kalah maka calon yang menang sudah tentulah dari PAS atau PKR yang berbangsa Melayu. Ini kerana semua kerusi yang ditandingi oleh Umno akan ditentang oleh calon Melayu dari PAS dan PKR. Tidak berbangkit isu DAP akan menang kerana DAP hanya bertanding menentang calon MCA, MIC, Gerakan dan parti-parti di Sabah dan Sarawak.

Jelas sekali pemimpin Umno cuba memperbodohkan orang Melayu dan rakyat Malaysia. Kita semua yakin bahawa rakyat sudah semakin sedar dengan permainan politik perkauman dan sentimen agama yang dimainkan oleh Umno BN dan rakyat sudah bersedia untuk menghukum Umno BN jika mereka meneruskan tradisi berpolitik dengan menggunakan semangat perkauman sempit ini.

Semalam Presiden Umno, Najib Razak berkata orang Melayu dan umat Islam tidak mempunyai pilihan melainkan menegakkan pemerintahan kerajaan BN kerana ia jalan tunggal menjamin depan bangsa Melayu dan melindungi maruah agama Islam.

najib at pekida event 051211 02“Masa depan kita akan bertukar menjadi masa depan yang penuh gerhana kerana asas kita menjadi bangsa mulia dan bermaruah dan menjanjikan masa depan lebih cerah kerana pemerintahan hari ini.

“Sebab itu perjuangan kita mulia dan suci kerana kita pada asasnya berjuang mempertahankan kelangsungan kuasa yang ada pada tangan kita. Jika kuasa terlepas, Nauzubillah, cita-cita kita akan terkubur," katanya.

Beliau berkata demikian pada ucapannya kepada kira-kira 10,000 anggota Persatuan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida), di Politeknik Sultan Salahahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam semalam.

05 December 2011

Pelakon Video, Soi Lek KURANG AJAR, BN mesti pecat beliau!!!!

Sekali lagi Presiden MCA yang juga pelakon video, Chua Soil Lek mengguris hati umat Islam apabila menghina hukum hudud. Chua sekali menghina hukum hudud di dalam sebuah forum "Hudud and its Implications on non-Muslims" yang dianjurkan semalam.

Nampak jelas Chua begitu anti kepada hukum hudud yang jelas termaktub dalam undang-undang Islam. Menghina hudud ertinya menghina Islam. Namun yang peliknya Umno diam seribu bahasa walaupun kononnya Umno adalah satu-satunya  pejuang agama di Malaysia kerana menurut mereka PAS sudah menyimpang jauh dari Islam kerana diperkudakan oleh DAP.

Namun kita telah jelas bahawa setiap kali Chua Soi Lek menghina Islam dengan menghina hudud, Umno berdiam diri. Umno seolah-olah diperlembukan oleh Soi Lek sebagaimana lembu-lembu NFC yang dicucuk hidung yang menanti masa hendak disembelih.

Blog ini mendesak Pengerusi BN yang juga Perdana Menteri, Najib Razak mengambil tindakan tegas terhadap Soi Lek samada menggantung atau memecat beliau dari menjadi pimpinan BN kalaupun MCA tidak berani mengambil tindakan kepada Soi Lek.

Jika Najib takut untuk mengambil tindakan terhadap Soi Lek maka jelaslah bahawa Umno telah diperlembukan oleh MCA.

Blog ini juga menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia, tidak kira yang beragama Islam atau bukan Islam supaya menolak MCA pada pilihanraya umum akan datang kerana Presiden MCA dengan jelas menghina agama rasmi negara kita iaitu Islam. TIndakan Soi Lek ini mengundang bahaya kerana ia menyentuh sensitiviti umat Islam di Malaysia dan dunia amnya, 


Rakyat juga mesti bangkit menolak BN pada PRU 13 nanti kerana Soi Lek adalah pemimpin kanan BN yang jelas menghina hudud dan Islam.

Kalaupun Soi Lek benci kepada hudud dan Islam beliau mesti faham dan tahu bahawa Islam adalah agama rasmi negara kita dan semua rakyat mesti menghormati agama yang dianuti oleh orang lain kerana negara kita mengamalkan prinsip kebebasan agama walaupun Islam adalah agama rasmi.

Mungkin Soi Lek takut bahawa jika hudud dilaksanakan ramai pelakon video tidak dapat cari makan. Untuk pengetahuan Soi Lek hukum hudud yang Insya Allah diamalkan di Malaysia hanyalah wajib ke atas umat  Islam pelakon video yang tidak Islam tidak akan diadili di bawah hukum Islam..

PAS diperkuda, UMNO DIPERLEMBU, diperkuda untuk perang, DIPERLEMBU UNTUK DISEMBELIH

Setuju sangat dengan kenyataan Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zaharu bahawa Umno menuduh Pas diperkuda tetapi Umno diperlembu. Diperkuda untuk berperang, diperlembu untuk disembelih.


Memang sesuai sangat dengan 'statement' di atas. Umno diperlembu untuk disembelih. Memang sudah lama Umno diperlembu. Contohnya di Pulau Pinang, Umno diperlembu oleh Gerakan. Walaupun Umno paling banyak kerusi di Dun Pulau Pinang tetapi Adun Gerakan tetap menjadi Ketua Menteri, inilah bukti Umno diperlembu !!!!!!!!!!!!!


Ahli-ahli Umno pula diperlembu oleh pimpinan mereka. Apa sahaja yang pimpinan mereka mahu dan arah mereka ikut kerana takut kehilangan projek, hilang pangkat dan sebagainya.

Umno TAK LULUS MATEMATIK : Macamana DAP boleh PIMPIN PR, tanding kerusi paling sedikit?

Riuh rendah pemimpin Umno menghentam DAP dengan pelbagai tuduhan dan fitnah. Hairan pada Persidangan Umno kali ini DAP yang teruk dibantai, biasanya PAS dan PKR yang kena teruk. Mungkin Umno merasakan bahawa dengan membantai DAP mereka akan dapat menghakis sokongan orang Melayu kepada PR kerana DAP anggota PR.

Dalam banyak hujah-hujah Umno pada persidangan tersebut, ada satu hujah yang menunjukkan Umno cuba memperbodohkan rakyat dan pada masa yang sama menggambarkan Umno tidak tahu matematik. Mereka menuduh bahawa DAP akan memimpin PR jika PR menang. Pelik bin ajaib.

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng dalam jawapan kepada serangan Umno ini berkata  adalah mustahil  perkara itu berlaku kerana di anatara komponen Pakatan, DAP bertanding bilangan kerusi parlimen yang paling kurang.

“Dalam pilihanraya umum 2008, DAP bertanding 47 kerusi Parlimen, PAS 66 dan PKR 97.
 
“Macam mana sebuah parti yang hanya bertanding 47 kerusi boleh memimpin Pakatan?

“Jelas ini adalah permainan perkauman bahaya untuk menimbulkan kebencian dan ketakutan ke atas DAP dan bukan Melayu,” kata Lim semasa perasmian kongres Wanita DAP Pulau Pinang.

Katanya, Umno sebenarnya kini dalam keadaan terdesak kerana kerajaan persekutuan bukan sahaja diselubungi gejala rasuah berleluasa, malah dicemari dengan agenda serta retorik ketuanan dan perkauman.

Umno tak lulus matematik tidak tahu mengira yang mana banyak dan mana yang sedikit. Sebab itu kerajaan pimpinan Umno banyak hutang sebab tak tahu mengira!!!!!!!!!!!!
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter