.

.

10 January 2009

PRK K.TERENGGANU : BN MENGAKU TAK MAMPU KAWAL HARGA BARANG ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan BN ternyata gagal mengawal harga barangan. Kenyataan ini diakui sendiri oleh Menterinya Shahril Samad di dalam media hari ini.

Jadi rakyat tidak perlulah lagi mengharapkan kerajaan BN untuk menurunkan harga barang.

PRK K.TERENGGANU : BN MENANG DENGAN MAJORITI 2,400?~Ref Malaysiakini

Ramai pemerhati politik meramalkan BN akan memenangi PRK Kuala Terengganu dengan majoriti lebih dari 1,500 undi.

Keyakinan mereka bersandarkan dakwaan BN bahawa feedback yang baik dari pengundi Cina,, Melayu,India,kakitangan awam dan swasta terhadap cakon mereka. Selain itu BN sudah pasti akan mendapat lebih dari 95% undi pos. Jadi awal-awal lagi BN telahpun mendahului dengan kelebihan kira-kira 1,000 undi

Namun sungguhpun ramalan itu berpihak kepada BN,tetapi tidak kurang juga pemerhati politik percaya PAS akan menang kerana kawasan ini adalah kubu kuat PAS di mana PAS menang 3 dari 4 DUN di Kuala Terengganu.

Kem BN mendakwa bahawa majoriti pengundi yang diziarahi Wan Farid mengenali ayah calon BN. Ini kata sumber tersebut memberi kelebihan kepada Wan Farid.

PRK KT : BN YAKIN MENANG?~Ref Malaysiakini

Pemimpin BN nampaknya yakin BN akan menang dengan mudah pada PRK Kuala Terengganu. Keyakinan ini disuarakan oleh Pengarahnya, Najib Razak beberapa kali sejak dari hari penamaan calon.
Ramalan Najib diperkukuhkan lagi dengan keadaan jentera BN yang jelas 'confident' apabila tiadanya program-program dijalankan olen BN; tiadanya program rayuan rumah ke rumah yang serius;tiadanya ceramah besar dan lain-lain.
Jelas BN memang yakin mereka menang mudah.
Ini memang berasas kerana BN sudah pasti akan menang undi Pos; mudah mempengaruhi pengundi dengan bantuan oleh media dan jentera kerajaan yang lain seperti JASA,pasukan keselamatan dan sebagainya.

PRK K.TERENGGANU : SEJUKNYA KEMPEN PRK INI ~ Ref Malaysiakini

Pagi ini saya sempat menziarahi beberapa peti undi di parlimen Kuala Terengganu dan juga sekitar Bandaraya, saya dapati kempen PRK kali ini sejuk sama seperti suasana udara di sini yang sejuk akibat hujan.
Tidak ada banner-banner Markas Umno negeri-negeri,tidak ada poster ceramah-ceramah pemimpin Umno dan sebagainya.
Mungkin ini kesan dari amaran jawatankuasa tatatertib Umno yang menghalang pemimpin-pemimpinnya menonjolkan diri untuk berkempen untuk pemilihan Umno Mac ini.
Di pihak PAS juga kempen agak dingin mungkin disebabkan tempias dari Umno.

PRK K.TERENGGANU : KERAJAAN BN SILA PULANGKAN ROYALTI KPD RAKYAT UTK TAHUN 2002-2007~Ref Malaysiakini

Kerajaan BN jangan perdayakan rakyat dengan hanya memberikan wang royalti sebanyak RM400juta untuk tahun 2008 sedangkan wang royalti untuk tahun 2002~2007 belum dibayar sehingga ke hari ini.
Rakyat mesti menilai samada kerajaan BN benar-benar ikhlas dengan pemberian RM400 juta sedangkan sepatutnya dalam masa 5 tahun Terengganu mendapat RM3 bilion. Bayangkan sekiranya duit RM3 bilion dibahagikan kepada rakyat mereka bakal mendapat RM3000 seorang.

PRK KT : SAYA DATANG ~ Ref Malaysiakini

Alhamdulillah saya sampai ke Kuala Terengganu jam 2 pagi tadi bersama-sama pejuang tulen, Joehar. Benar bagai di kata nampaknya kempen masih agak sejuk dipandang dari sudut poster. Namun saya pasti di pihak PAS insya Allah gerakerja sudah berjalan seperti dirancang.
Menjejaki di Chendering mengingatkan saya kepada kenangan lama semasa saya tinggal di sini tahun 1999 sehingga 2000 dahulu. Ketika itu PAS baru sahaja dinobatkan sebagai kerajaan negeri selepas menang gemilang pada PRU 1999.
Saya tinggal di rumah sewa di Pantai Pandak tidak jauh dari Masjid PAS, Chendering.
Insya Allah kontinjen Melaka akan berjuang habis-habisan untuk memenangkan 3 Peti Undi iaitu Peti Undi Chendering, Chendering Pantai dan Taman Permint Jaya.

09 January 2009

PRK K.TERENGGANU : PAK LAH MULA RISAU ORANG UMNO TAK SUKA WAN FARID ~ Ref Malaysiakini

Presiden Umno mula risau dan bimbang kerana bukan sahaja penyokong PAS dan atas pagar tidak suka kepada Wan Farid tetapi ahli dan penyokong Umno sendiri meluat dan tidak suka kepadanya.
Ramai ahli Umno beranggapan, Wan Farid sombong dan susah untuk ditemui. Nampak jelas bahawa isu sombong dan mesra ini bukannya dibawa oleh PAS tetapi ianya memang menjadi kenyataan sehingga Perdana Menteri sendiri mula risau.
Akibat dari sambutan dingin terhadap BN dan calonnya yang dikatakan sombong Pak Lah terpaksa turun sendiri ke Kuala Terengganu berkempen dan memujuk orang Umno supaya menerima Wan Farid.
Malah banner dan signboard besar menggambarkan kemesraan Wan Farid dengan orang kampung terpaksa dipasang di serata kawasan Kuala Terengganu untuk menunjukkan beliau seorang yang mesra rakyat.
Nampaknya isu mencaci dan mencerca peribadi calon bukannya digunakan oleh PAS tetapi penyokong Umno sendiri yang merendah-rendahkan calon mereka.
Jelas sekali BN benar-benar terhimpit akibat kesilapan mereka memilih calon selain dari terpaksa menjawab isu pembaziran, isu kenaikan harga barang, isu ekonomi, isu maksiat, jenayah, keselamatan dan kemiskinan.

PAS BUKIT KATIL HANTAR PESERTA DEMO DAN PETUGAS PRK KUALA TERENGGANU ~ Ref Malaysiakini

PAS Kawasan Bukit Katil menghantar seramai kira-kira 40 orang ahli dan pimpinannya untuk bersama-sama rakyat Malaysia berdemonstrasi di Kedutaan Amerikan selepas solat Jumaat ini. Rombongan tersebut yang berlepas ke Kuala Lumpur dengan sebuah bas kira-kira 2 jam lalu diketuai sendiri oleh Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Bakrin Sidek.
Menurut Hj Bakrin bas rombongan tersebut ditaja oleh seorang ahli PAS Kawasan.
Sementara itu seramai 30 orang petugas untuk membantu kempen PAS di Kuala Terengganu akan berlepas ke sana Ahad ini diketuai oleh Naib Yang Dipertua PAS Kawasan, Haji Mohd Ali Sharif. Mereka akan bersama-sama petugas PAS Melaka dari kawasan lain di Peti Undi Chendering.
Menurut Haji Mohd Ali, petugas PAS Bukit Katil juga akan pergi ke Kuala Terengganu sekali lagi pada Jumaat minggu hadapan bagi membantu kempen PAS di saat-saat akhir termasuk merayu undi pada hari pembuangan undi pada 17 Januari ini.

KEKEJAMAN YAHUDI : KERAJAAN MALAYSIA MESTI SERIUS TANGANINYA ~ Ref Malaysiakini

Kerajaan Malaysia dilihat masih belum serius dalam menangani isu kekejaman Israel di Palestin. Walaupun kerajaan dilihat mengutuk kekejaman Israel di Gaza namun kerajaan Malaysia seolah-olah masih percayakan PBB bagi menyelesaikan masalah di sana sedangkan PBB lah yang sebenarnya mengiktiraf negara haram Israel tersebut.

Timbalan Pesuruhjaya PAS 2 Negeri Melaka, Haji Bakrin Sidek berkata kerajaan Malaysia sepatutnya berusaha menyedarkan negara-negara Arab dan negara umat Islam yang lain supaya bangkit menentang kekejaman Israel yang direstui oleh Amerika dan sekutunya.

Masalahnya sekarang kebanyakan Negara Arab dan negara umat Islam terus tunduk dan patuh kepada Amerika sehingga negara-negara ini senyap tidak membuat bantahan secara rasmi kepada Amerika dan Israel. Malah kerajaan Palestin pimpinan Fatah sendiri masih terus percaya kepada Israel dan masih ingin berunding dengan Yahudi tersebut.

"Malaysia mesti memainkan peranan menyedarkan pemimpin-pemimpin negara Arab dan negara umat Islam lain supaya bangkit menggunakan senjata minyak dan ekonomi bagi menekan Israel, Amerika dan sekutu-sekutunya".

"Kita hentikan ekspot minyak, boikot barangan mereka secara rasmi, putuskan hubungan dagang dan diplomatik sehingga mereka berhenti menyerang Gaza" kata Hj Bakrin dengan serius.

Haji Bakrin juga berkata sudah sampai masanya negara umat Islam bersatu dalam hubungan perdagangan, ekonomi dan ketenteraan dengan itu Israel dan Amerika akan gerun kepada negara umat Islam. Masalahnya sekarang negara umat Islam sendiri tidak sepakat dan masing-masing menikus dan patuh kepada Amerika dan Israel.

Kerajaan Malaysia juga menurut Bakrin, mesti menghantar bantahan rasmi kepada kerajaan Amerika supaya memaksa Israel menghentikan serangan ke atas Gaza serta merta.

Beliau juga mencadangkan supaya kerajaan Malaysia mengambil langkah-lagkah drastik di dalam negara bagi memberikan tekanan kepada Israel dan Amerika. Antaranya :-

1) Arahkan semua jabatan dan agensi kerajaan memboikot barangan Amerika, Israel dan sekutunya serta merta

2) Arahkan semua media kerajaan dan swasta menghentikan iklan dan promosi barangan Amerika, Israel

3) Arahkan semua syarikat swasta memboikot barangan Amerika, Israel dan sekutunya

4) Tubuhkan tabung khas atas nama kerajaan Malaysia bagi membolehkan agensi, jabatan kerajaan, swasta dan sebagainya menderma untuk Palestin

5) Arahkan semua masjid dan surau membuka tabung derma setiap waktu untuk Palestin

6) Agensi kerajaan berkaitan mesti mengeluarkan senarai barangan keluaran Israel, Amerika dan sekutunya bagi memudahkan rakyat memboikotnya.

7) Arahkan semua masjid dan surau mengadakan solat hajat dan qunut nazilah tiap-tiap hari.

Bagi pihak orang awam dan NGO, Haji Bakrin mencadangkan supaya pemboikotan barangan Amerika, Israel dan sekutunya dilakukan dengan serius oleh semua rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mesti memboikot produk jaringan Israel antaranya barangan keluaran Mark and Spencer, Loreal, pasar raya Tesco, restoran makanan segera McDonalds dan KFC, Nestle dan sebagainya.

Menurut Haji Bakrin lagi, boikot ini pernah dilaksanakan pada zaman Rasulullah terhadap orang Yahudi. Sebagai contoh Telaga Ruumah (Bir Ruumah) yang dimiliki oleh Yahudi, telah diboikot oleh umat Islam di Madinah. Begitu juga dengan pasar-pasar Yahudi yang diboikot di Madinah. Ini kerana berlaku penipuan yang dilakukan terhadap orang Islam.

Jadi jangan ada rakyat khasnya umat Islam merasakan program boikot ini tiada kesan dan tiada kaitan dengan Islam.

PRK KT : BN SEMAKIN TENAT, MUNGKIN LAKUKAN SESUATU UTK RAIH SOKONGAN?~ Ref Malaysiakini

Setelah 3 hari gerakerja kempen berjalan secara rasmi, kem BN terbukti berada dalam keadaan kritikal. Fenomena ini dapat dilihat terhadap sambutan rakyat kepada program PAS dan lawatan rumah-ke rumah calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut yang mendapat sambutan hangat.
Keadaan ini saya jangka akan merimaskan BN dan sudah pasti BN melakukan sesuatu untuk memastikan mereka menang.
Kemungkinan besar pilihanraya kecil ini akan menjadi medan untuk membuktikan kebobrokan BN. Tanda-tanda bahawa sesuatu perkara buruk akan dilakukan oleh BN sudah bermula dari sebelum penamaan calon lagi apabila lebih dari 6,000 anggota Polis ditempatkan di kawasan pilihanraya ini. Ianya merupakan suatu yang dahsyat bukan sahaja menyalahgunakan kuasa tetapi juga menghanguskan duit rakyat tanpa segan silu untuk perbelanjaan anggota dan prasarana pasukan polis yang berkampung di sana.

Saya bimbang selepas ini setelah BN memperkudakan Polis, mereka akan pula mengkudakayukan SPR untuk mencapai niat mereka untuk menang di Kuala Terengganu. BN boleh melakukan apa sahaja asalkan mereka boleh menang.
Ini kerana mazahab politik yang mereka pegang adalah MATLAMAT MENGHALALKAN CARA. Kita semua memang sudah lali dengan kejadian seperti pengundi mati datang mengundi; pengundi mengundi lebih dari sekali kerana namanya ada 2 kali dalam daftar pemilih di tempat berlainan; petugas PR menahan bas di mana penumpang bas mengaku datang untuk mengundi; daftar pemilih yang meragukan di mana terdapat begitu ramai pengundi berdaftar dengan alamat rumah yang sama malah tuan rumah tidak mengenali mereka. Bukan itu sahaja banyak lagi perkara pelik dan ajaib yang berlaku semasa pilihanraya.
Saya tidak menolak kemungkinan semua perkara di atas akan berulang di Kuala Terengganu lebih-lebih BN sekarang ini berada dalam keadaan tenat.

PRK KT : SAMBUTAN KEPADA PAS JAUH LEBIH HEBAT BERBANDING BN ~ Ref Malaysiakini


Ceramah-ceramah PAS dan kempen rumah-rumah mereka mendapat sambutan yang amat menggalakkan setakat ini.

Malam tadi 3 ceramah telah diadakan di sekitar Peti Undi Chendering di mana kehadiran orang ramai amat menggalakkan. Setelah diteliti didapati para pengunjung adalah terdiri dari 80 % orang tempatan.

Selain itu kempen rumah ke rumah yang dijalankan oleh petugas-petugas PAS juga mendapat sambutan di luar dugaan. Kebiasaannya pada pilihanraya yang lalu, petugas-petugas PAS tidak mendapat layanan istimewa seperti sekarang, namun ianya berlainan kali ini di mana mereka memberikan 'response' yang cukup baik dan hebat terhadap risalah dan rayuan petugas-petugas PAS.

Saya yakin oleh kerana fenomena inilah akhirnya Imam Hadhari terpaksa datang sendiri berkempen di Kuala Terengganu tidak sebagaimana biasa beliau jarang bertandang ke kawasan pilihanraya.

Jika momentum ini dikekalkan oleh rakyat saya yakin BN akan kecundang dengan semalu-malunya kecuali adanya penyelewengan, penipuan dan kospirasi jahat yang dirancang secara licik oleh mereka.

PRK KT : AHMAD SAID TAK PUAS HATI CALON BN ? ~ Ref Malaysiakini

Jarang sekali pemimpin BN tidak bercakap besar dan berkata benar tentang calon pilihanraya mereka. Namun itu yang berlaku semalam apabila Menteri Besar Terengganu, Ahmad Said secara terang-terang merendahkan kredibiliti calon BN, Wan Farid Wan Salleh.
Bila wartawan bertanya kepada Mat Said tentang Wan Farid dengan selamba Mat Said menjawab dengan nada yang tidak puas hati.
"Kalau kata puas hati, payahlah, bagaimana hendak kata berpuas hati, benda (perkembangan) yang kita tidak tahu. Kita pertingkatkan dari semasa ke semasa," kata Ahmad Said selepas melawat bilik media pilihanraya kecil Kuala Terengganu semalam.
"Kalau anda hendak kita berpuas hati semua sekali, anda buat robot (sebagai calon) pun tidak menjadi. Mana ada seseorang yang sempurna? tambah Mat Said lagi.
Terbukti Mat Said tidak puas hati dengan Wan Farid. Mungkin juga Mat Said mempunyai pilihan lain selain Wan Farid tetapi terpaksa tunduk dengan kemahuan Imam Hadhari dan budak tingkat 4 yang memang mahukan Wan Farid.
Tidak syak di kalangan pemimpin Umno dan BN sendiri ramai yang tidak menyenangi Wan Farid yang dikatakan tidak mesra rakyat. Ini menjadi tugas berat bagi BN bagi menyaingi calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut memang terkenal dengan sifat ramah, mesra rakyat dan sering turun padang setelah 5 penggal menjadi YB, sepenggal menjadi Exco Kerajaan Negeri dan lebih 2 tahun menjadi Yang Dipertua PAS Kawasan Kuala Terengganu.
Wahid memang tidak dipertikaikan dari segi karisma, kredibiliti dan hubungannya dengan rakyat. Tidak kira samada orang melayu, cina atau India beliau memang cukup dikenali di kawasan ini. Malah beliau mula mendekati penduduk Bandar Kuala Terengganu sejak tahun 1986 lagi di mana ketika itu beliau bertanding sebagai calon PAS DUN Bandar. Selain itu di kalangan orang Melayu, Wahid dan keluarganya amat dikenali kerana keluarganya adalah ahli perniagaan yang berjaya di daerah tersebut.

08 January 2009

YAHUDI BANGSAT : TUKAR KERAJAAN NEGARA UMAT ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Setelah lebih 500 umat Islam Palestin dibunuh kejam oleh Yahudi negara-negara seperti Mesir dan Amerika terus berlakon menyokong gencatan senjata. Hanya lebih ratusan terbunuh baru terdengar bunyi suara Amerika dan sekutunya menyokong gencatan senjata.
Lebih malang negara-negara umat Islam yang lain seperti Malaysia masih mengharapkan PBB untuk memaksa Israel berhenti dari melakukan kekejaman ini. Bukankah PBB sendiri yang memberikan negara haram Israel kepada Yahudi di tanah Palestin. Masakan PBB akan bertindak menghalang Israel menyerang Palestin sedangkan PBB adalah boneka Israel dan Amerika.
Negara umat Islam seperti Aran Saudi, Oman, Qatar, UAe dan lain -lain yang kaya raya diam seribu bahasa menikus kerana takutkan Amerika dan Israel. Malang sungguh bagi umat Islam yang mempunyai ketua negara yang 'mandom' dan 'pondan' tidak berani bertindak atau sekurang-kurangnya bersuara keras.
Hari ini Setiausaha Negara Amerika Condoleeza 'Eagle' Rice kononnya menyokong gencatan senjata. Sedangkan sebelum ini Presiden Amerika secara terang-terang menyalahkan Hamas dalam kemelut ini. Israel tidak pernah tidak sedikitpun bersalah.
Umat Islam mesti bangkit bukan setakat memboikot tetapi lebih dari itu. Untuk jangka panjang umat Islam diserata dunia mesti bangkit menukar kerajaan yang ada di setiap negara mereka kerana semua kerajaan yang ada hari ini tidak boleh diharap.

Dalam konteks Malaysia umat Islam mesti bangkit menolak BN pada PRU ke 13 nanti kerana terbukti BN hanyalah sebuah kerajaan yang pengecut dan penakut.

PRK KT : IMAM HADHARI DATANG AWAL KEMPEN, PETANDA BN TENAT ~ Ref Malaysiakini

Jarang sekali Presiden Umno dan Perdana Menteri sejak zaman Mahathir akan datang berkempen pada pilihanraya kecil. Namun ini yang berlaku di Kuala Terengganu apabila Imam Hadhari datang membantu kempen BN hanya selepas 2 hari penamaan calon.
Terbukti ini adalah petanda awal BN sedang berada dalam keadaan tenat kerana jelas BN ditolak oleh pengundi Kuala Terengganu samada pengundi melayu atau bukan melayu.

Imam Hadhari hari ini terhegeh-hegeh datang berkempen membantu bekas orang kuatnya yang juga kroninya sejak sekian lama. Tidak lain tidak kerana beliau tidak mahu namanya terpalit sama jika calon BN kroninya itu tewas dengan teruk nanti.
Maka terpaksalah Imam Hadhari memberikan alasan bahawa selepas ini beliau sibuk kerana akan bertolak ke Timur Tengah. Alasan hanyalah untuk menutup ego dan malunya sahaja akibat terpaksa turun lebih awal ke Kuala Terengganu.
Imam Hadhari juga mungkin tidak percaya kepada Najib kerana sejak dari awal selepas pemilihan Wan Farid, Najib seakan-akan tidak bersungguh-sungguh membantu Wan Farid. Maka terpaksalah Imam Hadhari turun sendiri ke Kuala Terengganu.

PRK : PAS VS UMNO 17 JAN, PRO-SISWA VS ASPIRASI 15 JAN ~ Ref Malaysiakini

Setakat ini 2 kampus utama IPTA iaitu USM dan UKM telahpun membuat pengumuman tentang Pilihanraya kampus dimana kedua-dua kampus itu memilih 15 Januari sebagai hari membuang undi. UKM mengadakan penamaan calon hari ini manakala USM menjalankannya pada 12 Januari nanti.

PRK di kampus-kampus lain belum dapat dipastikan.

Nampaknya sedang kita rancak mengikuti perkembangan kempen PRK di Kuala Terengganu PRK di kampus-kampus juga berlaku pada masa yang sama. PRK Kuala Terengganu akan diadakan pada 17 Januari ini.

Apa yang penting samada mahasiswa di menara gading maupun rakyat di Kuala Terengganu mereka mesti bijak memilih calon yang benar-benar membela kebajikan kesejahteraan mereka bukannya calon yang membela dan membodek pemimpin sehingga mengenepikan kepentingan rakyat dan mahasiswa.

Undi saudara-saudari amat penting kepada masa depan mahasiswa dan rakyat.

PRK KT : TIADA PERBEZAAN, DAFTAR PEMILIH TERUS DIPERTIKAIKAN ~ Ref Malaysiakini

Nampaknya harapan untuk kita tidak melihat hantu pada pilihanraya kecil (PRK) Kuala Terengganu tidak kesampaian. Ini kerana besar kemungkinan hantu atau zombi akan tetap datang mengundi pada hari pengundian pada 17 Januari nanti.

Ini kerana dilaporkan bahawa masih terdapat ramai nama-nama pengundi yang mati di dalam daftar pemilih. Begitu terdapat nama-nama pengundi yang mendaftar pada alamat rumah yang sama. Macamana boleh terjadi satu keluarga mempunyai begitu ramai ahli keluarga dan tuan rumah tidak pula mengenali pengundi tersebut.

Harakahdaily melaporkan bahawa terdapat 90 pengundi dikesan di sebuah rumah di Kampung Kuala Ibai dan 453 nama pengundi didaftarkan menggunakan rumah tanpa alamat Kampung Gong Tak Nasek.

Nampaknya hantu mungkin akan tetap berkeliaran pada hari mengundi nanti disebabkan keraguan di atas.

Rakyat mengharapkan Pengerusi SPR yang baru Tan Sri Abdul Aziz Yusof menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap senario yang meragukan ini. Jika beliau tidak mengambil apa-apa tindakan maka harapan rakyat untuk melihat perubahan pada SPR di bawah kepimpinannya berkecai. Rakyat akan terus hilang kepercayaan kepada SPR sebagaimana yang berlaku kepada SPR ketika di bawah pimpinan Abdul Rashit Abdul Rahman dahulu.

PRK KT : PULAU MUSANG VS CHENDERING ~ Ref Malaysiakini

Jentera BN Melaka dilaporkan bertugas di Peti Undi Pulau Musang dalam DUN Wakaf Mempelam bagi membantu kempen BN. Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam mengetuai jentera BN Melaka di sana. Seperti yang diketahui umum Wakaf Mempelam adalah kubu kuat PAS yang gagal ditembusi oleh BN sejak sekian lama.

Memang sesuai Jentera BN Melaka ditugaskan di Pulau Musang kerana sifat musang sering diciplak oleh BN dalam gerakerja politik mereka. Musang memang ganas membaham ayam orang kampung tanpa direstui oleh tuan ayam. BN pun begitu membaham duit rakyat untuk digunakan bagi tujuan kempen BN yang tidak ada kena mengena dengan tujuan rakyat membayar cukai dan sebagainya.

Saya cuma mengharapkan jentera BN Melaka tidak menggunakan duit rakyat untuk berkempen bagi pihak BN. Belum apa-apa lagi BN Melaka sudah mengaku menggunakan duit rakyat iaitu menggunakan khidmat kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dibayarkan gaji oleh rakyat untuk berkempen.

Begitu juga sewaktu PRK Anak Bukit, BN Melaka tanpa segan silu menggunakan kakitangan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Southern Hospital (sekarang Hospital Putra) untuk berkempen bagi pihak BN. Kakitangan Southern Hospital keluar masuk kampung di Peti Undi Suka Menanti memberikan rawatan percuma kepada penduduk kampung. Kebetulan pada masa itu, PAS Melaka juga bertugas di Peti Undi Suka Menanti.

Harapan saya, cukuplah jangan gunakan duit rakyat untuk kepentingan BN, ini bukan harta pusaka kamu wahai pemimpin BN, ini adalah harta dan duit rakyat yang HARAM digunakan untuk kegunaan BN sendiri bukan untuk kegunaan rakyat.

Seperti yang kita sedia maklum semua petugas BN dibayar serba serbi. Tambang pergi balik, makan tanggung b%$*k cangkung semuanya beres. Malah mereka juga mendapat habuan upah untuk datang beramai-ramai ke Kuala Terengganu.

Jentera PAS Melaka pula kali ini berkempen membantu calon PAS di Peti Undi Chendering DUN Batu Burok. Semua keperluan kami tanggung sendiri. Apa yang kami harapkan ialah keredhaan Allah dan mendapat balasan dan ganjaran di HARI KEMUDIAN. Kami tidak membaham duit rakyat, kami tidak menerima apa-apa upah, tetapi kami yakin dengan janji Allah.
Samada kami menang di dunia dan mendapat ganjaran di Akhirat atau kami kalah di dunia tetapi mendapat ganjaran di Akhirat. Kemenangan di dunia tidak penting jika ianya dimurkai oleh Allah S.W.T.

BULATAN AYER MOLEK : RM2 JUTA HANGUS RAKYAT MASIH TERDEDAH PADA BAHAYA ~ Ref Malaysiakini

Terbukti projek pembinaan bulatan Ayer Molek yang bernilai RM2 juta membahayakan pengguna.

Malang sekali duit rakyat hangus sebegitu banyak tetapi ia tidak menyelesaikan masalah. Bukan sahaja masalah kesesakan tidak dapat diselesaikan timbul pula masalah keselamatan.

Inilah satu lagi bukti bahawa projek yang dijalankan oleh kerajaan BN tidak dijalankan dengan kajian yang teliti dan professional. Akhirnya duit rakyat hangus begitu sahaja.

Sebuah akhbar hari ini melaporkan bahawa para pengguna jalan raya yang menggunakan laluan persimpangan Ayer Molek untuk pusat bandar atau sebaliknya, meminta pihak yang berkaitan memastikan bulatan Simpang Ayer Molek yang baru siap dibina di kawasan itu, dilengkapi ciri-ciri keselamatan sewajarnya.

Menurut mereka, terdapat beberapa masalah seperti kemudahan lampu jalan yang tidak berfungsi sepenuhnya di kawasan bulatan dan papan tanda arah yang tidak lengkap dipasang di kawasan itu dikhuatiri mengundang bahaya kepada pemandu kenderaan.

Menurut Abdul Razak Hussien, 45, persimpangan tersebut baru siap dibina minggu lalu dan sudah pun berlaku kemalangan di situ.

"Pada waktu malam pula, saya lihat keadaan sekitarnya gelap, kerana lampu jalan tidak berfungsi, perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada pengguna jalan raya," katanya.

Saya mengharapkan pihak-pihak berwajib segera mengatasi masalah ini secepat mungkin.

PRK KT : JABATAN HAL EHWAL KHAS GUNA DUIT RAKYAT KEMPEN UNTUK BN ~ Ref Malaysiakini

BN terus menyalahgunakan duit rakyat secara terang-terang apabila mengarahkan kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dibayar gaji dengan duit rakyat untuk berkempen di Kuala Terengganu. Ini merupakan suatu penyelewengan yang dahsyat dilakukan oleh kerajaan BN.

Saya harap rakyat supaya bertindak menolak BN pada PRK Kuala Terengganu kerana jelas kerajaan BN tidak segan silu menggunakan duit rakyat untuk kepentingan parti. Saya dan rakyat Malaysia tidak akan redha satu sen pun duit kami digunakan. Kami akan tuntut di HARI PEMBALASAN nanti.
Dakwaan saya sebelum ini yang menyatakan kerajaan BN menggunakan duit rakyat untuk berkempen di Kuala Terengganu terbukti apabila akhbar Melaka Hari ini melaporkan bahawa para pegawai Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) Melaka turut membantu kempen Barisan Nasional pada Pilihanraya Kecil Kerusi Parlimen Kuala Terengganu bagi memastikan kemenangan BN pada 17 Januari ini.
Pemangku Pengarah JASA Melaka, Sapian Abu Sop berkata beliau dan pegawai-pegawainya telah bersama-sama turun padang pada hari penamaan calon, semalam.
Menurutnya juga JASA Melaka juga telah diarahkan oleh ibu pejabat JASA di Kuala Lumpur agar menghantar seramai lapan kakitangan petugas.
Pegawai-pegawai terbabit telah diarah bertugas di sana sejak 27 Disember 2008 lalu sehingga 17 Januari 2009 ini iaitu hingga hari mengundi.

ISU PALESTIN : TAHNIAH PARLIMEN MALAYSIA

Gesaan Ahli Parlimen PR supaya parlimen Malaysia mengadakan sidang khas membincangkan isu kekejaman Yahudi ke atas umat Islam Palestin diterima oleh Kerajaan. Ini merupakan perkembangan yang menarik menunjukkan kesungguhan Parlimen Malaysia untuk menangani isu kekejaman yahudi ini.

Sidang Khas ini akan diadakan pada Isnin ini iaitu pada sebelah pagi.

Adalah diharapkan sidang parlimen ini dapat meluluskan ketetapan yang jitu dan drastik bagi memberikan tekanan dan tindakan terhadap Yahudi laknatuLLAH ini.

Saya mengharapkan ahli-ahli parlimen dapat mencapai kata sepakat ke arah yang lebih positif dan berkesan. Jangan ulangi kesilapan lampau yang mana kita melihat Malaysia kelihatan lembik dan lesu dalam menangani masalah ini yang berlarutan puluhan tahun.
Perlu diingatkan Yahudi memang suatu bangsa yang jahat, bangsat dan tidak boleh dibuat baik. Kalau berjanji mereka mungkiri, kalau berbaik mereka khianati.
Dari itu saya menggesa kerajaan dan parlimen Malaysia supaya memikirkan jalan penyelesaian lain selain dari diplomasi dan secara rundingan. Ini kerana ternyata jalan tersebut sedikitpun tidak diendahkan oleh Yahudi.
Berapa banyak rundingan dan perjanjian telah dibuat tetapi semuanya diengkari oleh Yahudi. Jadi tiada jalan lain selain dari bertindak dengan lebih drastik dan keras.

PRK KT : PR MANTAP, TANGKIS TOHMAHAN BN ~ Ref Malaysiakini

Perpaduan PR ternyata mantap dan terbukti tohmahan dan fitnah BN tidak berjaya memecahbelahkan mereka. Malah kepercayaan rakyat kepada PR semakin mantop (mantap).

Ini terbukti apabila malam tadi PR mengadakan ceramah hebat menggabungkan pimpinan utama mereka iaitu Anwar, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang.

Jelas sekali ini memberikan igauan buruk dan mimpi ngeri buat Wan Farid dan BN yang kempunan untuk melihat PR berpecah dan tidak bekerjasama pada kempen PRK Kuala Terengganu ini.

Ceramah yang diadakan di Kampung Tanjung itu dihadiri oleh lebih 10,000 orang manakala kawasan tepi pantai seluas dua kilometer sesak sejak jam 9 malam dan Jalan Sultan Zainal Abidin yang menjadi laluan utama ke tempat ceramah penuh dengan kenderaan.

Para pendengar pula terdiri dari pelbagai kaum dan kebanyakannya adalah orang tempatan. Terbukti bahawa PR berada pada kedudukan selesa selepas 1 hari kempen dijalankan.
Sementara itu calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut juga terus mendapat sambutan yang hebat dari pengundi-pengundi di kawasan DUN Ladang, Bandar dan Batu Burok. Tidak sebagaimana dakwaan calon BN bahawa Wahid tidak dikenali di 3 DUN selain DUN Wakaf Mempelam.

Ternyata Wan Farid cuba memujuk dirinya yang sedang gundah gulana akibat tersilap perkiraan bertanding pada PRK ini. Jawatannya Timbalan Menterinya hampir pasti terus lenyap setelah beliau meletakkan jawatannya tersebut 5 Januari lalu.

PRK K.TERENGGANU : JANGAN GUNAKAN DUIT KAMI ~ Ref Malaysiakini

Saya sebagai rakyat Malaysia tidak redha satu sen pun duit saya (dari hasil pembayaran cukai saya kepada kerajaan) digunakan untuk membantu BN berkempen di Kuala Terengganu. Saya yakin semua rakyat Malaysia juga bersetuju dengan saya.

Saya yakin di saat ini begitu banyak wang rakyat disalahgunakan oleh kerajaan BN untuk membiayai Polis dan jentera kerajaan lain yang secara langsung atau tidak langsung membantu BN untuk berkempen di Kuala Terengganu.

Satu sen duit saya yang digunakan di sana saya tidak akan redha. Kalau mungkin mahkamah dunia tidak dapat mengadilinya, Insya Allah pemimpin BN dan kuncu-kuncunya akan dibicarakan di Mahkamah Allah di Yaumil Mahsyar.

Dari satu saya mengingatkan pemimpin BN jangan cuba gunakan duit kami. Kami tidak akan redha dan halalkan.

RTM DAN TV SWASTA TIDAK BOIKOT BARANGAN AMERIKA & YAHUDI ~ Ref Malaysiakini

Saya mengucapkan tahniah kepada rakyat Malaysia yang nampaknya prihatin dengan penderitaan saudara mara mereka di Palestin. Banyak demonstrasi dan program pemboikotan barang Yahudi dan sekutunya dianjurkan oleh Parti-parti politik dan NGO.

Malangnya keprihatinan rakyat Malaysia tidak disokong oleh media kerajaan dan swasta. Masih banyak media yang menyiarkan iklan barangan keluaran Yahudi dan sekutu-sekutunya. Amat malang bagi stesyen radio,TV dan media ini yang masih bersekongkol 'membunuh' umat Islam di Palestin.

Saya juga ingin mengucapkan takziah kepada kerajaan BN kerana masih lembik dan tidak mampu bersuara mendesak Israel dan Amerika serta sekutu-sekutunya berhenti melakukan kekejaman. Kerajaan Malaysia hanya mengeluarkan kenyataan menggesa PBB dan OIC campurtangan tetapi tidak berani menggesa dan menyelar Israel dan Amerika secara 'direct' sebagaimana yang dilakukan oleh Chavez dari Venezuela.
"Syabas" negara Islam Hadhari kerana terus menikus dengan Israel dan Amerika.

07 January 2009

PRK K.TERENGGANU : AWAS! PROVOKASI BN DI MANA-MANA~ Ref Malaysiakini

Sahabat saya yang sedang berjuang di Kuala Terengganu memberitahu bahawa provokasi BN dan kuncu-kuncunya berlaku di mana dan bila-bila masa sahaja.

Semalam beliau dan beberapa orang sahabatnya telah diprovok oleh sekumpulan penyokong BN dan 'lembu-lembu' mereka.

Sedang beliau sibuk mengambil gambar datang dua tiga orang penyokong BN dan 'lembu-lembunya' menengking dan ingin merampas kamera beliau. Nasib baik beliau masih dapat mengawal perasaan dan amarahnya. Jika tidak sudah tentu mereka dituduh memulakan pergaduhan dan pasti masuk ke 'dalam'.

Akhirnya petugas-petugas PAS tempatan yang lalu di situ menarik tangan beliau dan mengajak beliau berlalu dari kawasan tersebut.

Alhamdulillah tiada kejadian tidak diingini berlaku.

KEKEJAMAN YAHUDI : VENEZUELA LEBIH BAIK DARI NEGARA UMAT ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Terbukti kerajaan Venezuela jauh lebih baik dan peka terhadap kekejaman Yahudi berbanding negara umat Islam.
Kerajaan Venezuela semalam mengusir Duta Israel ke negara ini sebagai protes terhadap serangan rejim itu ke atas Genting Gaza.
Malangnya negara umat Islam tidak pula berani mengambil tindakan sebagaimana yang dilakukan oleh Venezuela. Negara umat Islam sebenarnya semua tunduk kepada Amerika sehingga mereka takut untuk mengambil tindakan drastik ke atas Israel.
Mesir umpamanya bukan sahaja tidak berani mengecam Yahudi malah bersekongkol dengan Yahudi menyiksa umat Islam Palestin. Media melaporkan hari ini bahaw pihak berkuasa Mesir menghalang pasukan bantuan perubatan untuk masuk ke Palestin melalui sempadan Mesir-Palestin. Sungguh buruk dan laknat tindakan Mesir ini.

Sementara itu Kementerian Luar Venezuela dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa tindakan mengusir Shlomo Cohen dan beberapa kakitangan di Kedutaan Israel sebagai seruan ke arah keamanan dan kehormatan terhadap undang-undang antarabangsa.

Pengusiran tersebut dibuat ketika Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneruskan perdebatan mengenai prospek gencatan senjata di Genting Gaza dan usaha diplomatik yang giat dijalankan bagi mendesak Israel menghentikan serangan yang masuk hari ke-12 dan telah meragut 660 nyawa.

Venezuela menuduh Israel “melanggar undang-undang antarabangsa secara terang-terangan” dan “merancang menggunakan kekerasan” ke atas penduduk Palestin.

“Dalam saat tragik dan memeranjatkan ini, rakyat Venezuela menunjukkan rasa hormat kepada penduduk Palestin yang mempunyai semangat wira,” demikian menurut kenyataan itu lagi.

Misi Venezuela ke PBB juga akan mendesak Majlis Keselamatan agar mengambil “tindakan segera untuk menghentikan pencerobohan oleh Israel ke atas kawasan Palestin.”

Venezuela mengutuk serangan Zionis ke atas Genting Gaza dan Presiden Hugo Chavez sendiri pada Isnin lalu menyifatkan apa yang berlaku sebagai “penghapusan bangsa” dan menuduh Amerika Syarikat menyokong serangan tersebut.

PRK K.TERENGGANU : PEMIMPIN BN MULA 'GELONG' ~ Ref Malaysiakini

Bila tiba sahaja musim Pilihanraya maka pemimpin BN mula 'gelong' dan mengeluarkan kenyataan yang tidak cerdik dan bengong. Masing-masing cuba mencari isu untuk dijadikan peluru menghentam PR.
Ada isu yang tidak berbangkit dan tidak pernah berlaku mereka rekacipta semata-mata untuk menggambarkan PR jahat, lemah, lembap dan tidak cerdik. Maka akan ramai pemimpin yang kelulusannya tinggi tetapi berfikir macam budak-budak atau kanak-kanak terencat akal. Asal sahaja terlintas di kepala akan mereka katakan dan disiarkan dalam media pengampu.
Itulah yang dilakukan oleh Menteri 'Agama' BN iaitu Zahid Hamidi yang memfitnah kerajaan PR Perak kononnya bertindak zalim menutup semua tadika Kemas di Perak. Sungguh malang bagi seorang yang menjaga Agama Islam di dalam kerajaan tetapi bercakap ikut sedap mulut tanpa usul periksa. Media pula begitu juga asalkan ada berita sensasi maka akan diperbesar-besarkan tanpa melihat dan menyelidik samada isu itu benar atau tidak.
Kredibiliti Zahid memang teruk. Beliau tidak layak untuk meneruskan tugasnya sebagai menteri yang menjada agama Islam kerana dakwaan ternyata suatu fitnah. Kerajaan negeri Perak menafikan tohmahan dan fitnah Zahid tersebut. Tidak ada satupun tadika Kemas yang ditutup di Perak mengikut kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ir Mohd Nizar Jamaluddin. Jadi ternyata Zahid seorang pembohong.
Zahid wajar meletakkan jawatannya sebagai menteri kerana bercakap bohong.

POLIS GANAS, SUHAKAM SAHKAN ~ Ref Malaysiakini

Sekali lagi disahkan bahawa Polis bertindak ganas. Kalau dahulu tahun 1998, 'bapak' Polis iaitu Ketua Polis Negara ketika itu, Rahim Noor bertindak memukul Anwar Ibrahim sehingga setengah mati, kini rentetan keganasan Polis ini berterusan.

Di Batu Burok 2 orang awam dituduh cuba mencederakan Polis pada tahun 2007 dahulu sehingga kedua-duanya iaitu Suwandi Abdul Ghani dan Azman Aziz ditembak oleh Polis. Suwandi hampir mati 'dikerjakan' oleh Polis. Namun sebaliknya Suwandi dan Azman yang didakwa di mahkamah anggota yang menembak mereka tidak dikenakan sebarang tindakan.

Hari ini sekali lagi Suhakam mengesahkan Polis bertindak ganas. Panel siasatan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) memutuskan bahawa pihak polis telah menggunakan kekerasan dalam insiden di Bandar Mahkota Cheras (BMC) pada 27 Mei tahun lalu.

Panel tersebut berpendapat berlaku kekerasan oleh pihak polis dan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) ke atas seorang mekanik, Chang Jiun Haur (gambar) dan rakannya, Chan Siew Meng.Chang mendakwa dia dipukul tanpa sebarang sebab oleh FRU dan seorang anggota polis pada malam berkenaan. Dia juga mendakwa polis menghalang keretanya dan memukulnya dan tiga penumpang lain.

Panel Suhakam itu hari ini bersetuju dengan Chang dan berkata penggunaan kekerasan yang melampau telah menjejaskan keselamatan mereka.

Saya mengharapkan Polis dapat melakukan siasatan terperinci dan menghukum anggotanya yang bersalah memukul Chang hingga begitu teruk. Rakyat tidak mahu Polis menggunakan kuasa yang ada ditangan mereka sewenang-wenangnya hingga timbul sangkaan buruk bahawa Polis jahat dan ganas.

Saya juga merayu kepada Polis supaya tidak diperalatkan oleh BN semasa kempen PRK Kuala Terengganu. Jangan nanti Polis bertindak seolah-olah berpihak kepada BN dan menjadi anggota keselamatan BN bukan Polis Diraja Malaysia.

PRK K.TERENGGANU : BN KECUNDANG SEBELUM MASUK GELANGGANG? ~ Ref Malaysiakini

BN sebenarnya telah kecundang sebelum masuk gelanggang. Sebab itu mereka mengerahkan segala 'mak nenek' jentera kerajaan termasuk Polis dan jabatan-jabatan lain guna untuk menggempur PR dan jentera kempennya.

Untuk berlawan secara anak jantan dan professional memang BN tidak mampu dan tidak berdaya. Oleh kerana itulah mereka menggunakan jentera kerajaan iaitu Polis, RTM, Jabatan-jabatan lain dan juga kroni-kroni mereka.

Berlunggun-lunggun duit, projek segera, habuan dan sebagainya menjadi hidangan istimewa kepada pengundi Kuala Terengganu. Secara tidak sedar sebenarnya BN menghina orang Kuala Terengganu dengan cuba merasuah dan menyogok mereka. Sedangkan semua orang tahu pengundi Kuala Terengganu adalah terpelajar, cerdik dan matang serta terbuka pandangan politiknya. Mereka sudah pasti tidak termakan dengan umpan dan habuan ini. Mereka adalah pengundi yang ada 'class' malangnya BN telah merendah-rendah dan mempersendakan mereka dengan umpan pembangunan dan projek segera.

Saya pasti pengundi Kuala Terengganu sudah pasti rasa terhina dengan tindakan BN dan pemimpinnya yang tidak cerdik ini. Oleh itu saya yakin pengundi Kuala Terengganu akan bangkit mengajar BN pada 17 Januari ini.

BN sebenarnya tiada jalan lain. Inilah taktik tradisional mereka yang mereka rasakan menjadi senjata ampuh mereka sejak 51 tahun dahulu. Namun BN tidak sedar bahawa zaman sudah berubah. Makin banyak rasuah politik dan habuan yang diberi kepada mereka, makin meluat pengundi Kuala Terengganu ini kepada BN.

BN tiada jalan lain kecuali meneruskan taktik kuno mereka ini kerana BN tahu mereka tewas di 3 DUN dan menang hanya 1 DUN pada PRU 2008 dahulu. Kalau dikira dari segi undi DUN BN ketinggalan sebanyak 2243 undi. Di mana PAS memperolehi 33729 undi berbanding BN yang hanya mendapat 31486.

Manakala undi Parlimen pula BN mendapat 32,562 undi dan PAS mendapat 31,934 undi.

PRK K.TERENGGANU : PR MENANG PUSINGAN PERTAMA ~ Ref Malaysiakini

PR sudah menang pusingan pertama pada hari penamaan calon semalam. Ternyata perarakan penyokong PR jauh lebih ramai berbanding perarakan penyokong BN. Pendekata PR sudah menang pusingan pertama.

Dianggarkan lebih dari 20,000 penyokong PR bersama-sama dengan pimpinan mereka berarak dari surau Taman Permint Jaya, Jalan Pusara menuju Pusat Penamaan calon di Stadium Negeri. Mereka berselawat dan bernasyid sepanjang perjalanan menuju stadium tersebut.

Manakala di pihak BN seperti biasa penyokong mereka menunjukkan lagak ganas, tidak berakhlaq dan liar. Menurut Utusan Meloya (Malaysia), hanya kira-kira 10,000 penyokong BN yang berarak semalam. Jadi jika Utusan melaporkan 10,000 yang hadir semalam, itu bermakna jumlahnya kurang dari 10,000, sebab Utusan biasanya akan mengira jumlah kehadiran penyokong BN dengan bayang-bayang penyokongnya juga.

Apa yang lebih menarik perarakan PR turut disertai penyokong-penyokong dari kaum India, Cina yang jumlahnya melebihi 1,000 orang. Pemimpin utama DAP seperti YB Lim Kit Siang dan YB Teresa Kok juga turut hadir.

Pada hari pengundian yang ditetapkan pada 17 Januari ini, seramai 80,229 pengundi berdaftar meliputi 79,194 pemilih biasa dan 1,035 pengundi pos akan mengundi.


PRK K. TERENGGANU SELAMATKAN IJN BUAT SEMENTARA ~ Ref Malaysiakini

Memang impak PRK Kuala Terengganu sangat besar kepada negara kita dan rakyatnya. Oleh kerana berlakunya PRK Kuala Terengganu maka kerajaan BN terpaksa mengambil beberapa langkah untuk memujuk rakyat supaya tidak terus menyokong PR, walaupun langkah-langkah tersebut sebenarnya tidak disukai oleh pemimpin BN yang lebih suka membela kroni berbanding membela rakyat.

Antara langkah-langkah untuk memujuk rakyat demi kemenangan BN di PRK Kuala Terengganu ialah :-

1) Membatalkan pengswastaan IJN buat sementara....selepas ini beum tahu lagi

2) Menurunkan harga minyak beberapa kali sehingga ke tahap sekarang

3) Memulangkan wang royalti kepada Terengganu. Tahun depan belum tahu lagi

4) Memberikan ang pau kepada pengundi Cina di Kuala Terengganu berjumlah RM300 seorang

5) Memberikan peruntukan kepada Sekolah Cina di Kuala Terengganu berjumlah jutaan ringgit

Dan macam-macam lagi. Saya tidak hairan dalam masa 10 hari lagi, Najib akan mengumumkan pelbagai lagi peruntukan dan insentif untuk rakyat terutamanya rakyat Terengganu bagi memancing undi.

Inilah sikap dan rupa sebenar pemimpin BN yang berlakon alim, pemurah dan baik hanya pada musim pilihanraya tetapi kembali menjadi penyangak, tangkai jering dan jahat pada kebanyakan masa.

PRK K.TERENGGANU : BN TAK YAKIN MENANG SEBAB ITU TEMPATKAN LEBIH 6,000 POLIS ~ Ref Malaysiakini

BN benar-benar dalam kelemasan. Mereka tidak yakin akan menang dengan mudah. Malah sumber dalaman Umno mendakwa bahawa kedudukan sekarang ini adalah 50:50. Jika BN tidak menggunakan taktik kotor dan tipu helah sudah pasti Wan Farid akan kempunan untuk mendapatkan semula jawatan Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Untuk itu BN akan melakukan apa sahaja yang terfikir di dalam kepala otak mereka hatta ianya mungkin bertentangan dengan undang-undang pilihanraya, undang-undang negara, Islam dan demokrasi. Bagi mereka matlamat menghalalkan cara adalah mazhab politik yang mereka ikut dari dahulu, kini dan selamanya.
Tanda-tanda permulaan sudah jelas dari sejak beberapa minggu lalu, apabila lebih 6,000 anggota Polis sudah ditempatkan di Kuala Terengganu. Apa motif dan matlamat mereka menempatkan anggota Polis seramai itu? Saya yakin mereka cuba mengulangi kejayaan pada PRK Bukit Payong pada era 90-an apabila anggota Polis ditempatkan dengan begitu ramai sehingga menakutkan pengundi dan akhirnya mereka menang.
Selain itu ada pihak yang juga bimbang dengan kebanjiran Polis ini akan memudahkan BN membuat tipu helah bagi membantu mereka menyusup pengundi hantu untuk mengundi. Tiada siapa dapat menjamin bahawa tiadanya pengundi hantu, lebih-lebih dalam daftar pemilih sendiri terdapat masih ramai nama-nama pengundi yang sudah mati dan nama-nama pengundi yang didaftarkan dengan alamat rumah yang sama, sehingga jumlahnya melebihi 20 orang pada alamat yang sama.
Saya juga yakin BN akan menggunakan seribu satu macam helah dan penyelewengan pada kali ini kerana PRK Kuala Terengganu ini medan untuk menguji kepimpinan Najib. Jika BN tewas sudah tentu muka Najib terconteng arang kerana beliau bakal mengambilalih jawatan PM dan Presiden Umno Mac ini. Maka Najib akan menggunakan apa sahaja cara untuk memenangkan BN.

PRK K.TERENGGANU : BN TAJA CALON BEBAS? ~ Ref Malaysiakini

Ada pihak yang mendakwa bahawa calon bebas, Azharuddin Mamat @ Adam adalah calon tajaan BN dalam usaha mereka 'mencuri' undi dari PAS.

Dakwaan mereka ini berdasarkan kepada latarbelakang Azaharuddin yang datang dari keluarga Umno 'karat hijau'. Ayahnya, Adam adalah bekas Setiausaha Politik bekas Menteri Besar Terengganu, Wan Mokhtar Ahmad. Selepas Wan Mokhtar di'tendang' keluar dari pejabatnya sebagai MB pada 1999, Adam telah dilantik menjadi salah seorang peneraju syarikat GLC negeri Terengganu semasa zamang Derih Jusoh.

Jadi atas dasar itulah pelbagai pihak mendakwa Azharuddin adalah 'Wak Yek' BN bagi menumpaskan PAS sebagaimana Tok Mun berjaya mencuri 685 undi di mana undi ini lebih banyak dari majoriti kemenangan BN pada PRU 2008 dahulu.

Dakwaan ini ada logiknya namun kita tidak pasti kebenarannya.

06 January 2009

PRK KUALA TERENGGANU : HAJAT BN PECAHBELAHKAN PR TERNYATA MELESET ~ Ref Malaysiakini

Hajat BN untuk memporak-perandakan PR tidak kesampaian apabila pemimpin-pemimpin DAP turut sama berarak pada majlis penamaan calon PRK Kuala Terengganu pagi tadi.

Antara pemimpin DAP yang kelihatan ialah Pengerusinya, YB Lim Kit Siang; Ahli Parlimen Seputeh, YB Teresa Kok dan lain-lain. Ternyata BN dan media mengampu gagal mencapai matlamatnya hendak mengeruhkan hubungan PAS-DAP.

Sementara itu ribuan ahli Kelab Penyokong PAS terdiri dari kaum India dan Cian turut sama mewarnai perarakan calon PR pagi tadi. Penyokong-penyokong Kaum India memakai T-Shirt tradisi mereka berwarna merah dengan gah dan bersemangat mengiringi calon PAS YB Mohd Abdul Wahid Endut dan pimpinan PAS.

PRK K.TERENGGANU : TOK MUN DAN ISMA AIRFATH GIMIK SAJA ~ Ref Malaysiakini

Tok Mun sah tidak bertanding manakala Isma Airfath dari Kelantan pula hanya buat gimik sahaja sedangkan kelibatnya tidak nampak langsung pada majlis penamaan calon PRK Kuala Terengganu sebentar tadi.
Kedua-dua calon bebas yang bertanding pada PRU 2008 itu mungkin kehabisan modal untuk bertanding kali ini. BN pun nampaknya tidak mahu menaja mereka mungkin BN merasakan tidak ada faedahnya menaja mereka berdua.
Namun begitu seorang lagi calon bebas yang entah dari mana datangnya muncul pagi tadi menyerahkan borang pencalonannya 2 minit sebelum proses penamaan calon tamat. Beliau ialah Azharuddin Mamat, 46 tahun.
Jadi sahlah kini bahawa calon PAS, YB Mohd AbduL Wahid Endut akan berdepan dengan calon BN, Wan Farid Wan Salleh dan calon bebas Azharuddin Mamat pada 17 Januari nanti.
Tok Mun pula mungkin terpaksa melupakan hasratnya untuk bertanding lagi pada masa akan datang lantaran sudah tidak ada 'pitih'. Mungkin PRU 2008 merupakan pilihanraya pertama dan terakhir yang beliau sertai.

PRK KUALA TERENGGANU : DARI MANA 'PENGUNDI HANTU' DATANG ~ Ref Malaysiakini

Di bawah ini saya nukilkan asal-usul pengundi hantu yang akan keluar dari 'kubur' persembunyian mereka dan mengundi pada 17 Januari ini:-

1) Dari Kem sementara penempatan Polis yang berjumlah lebih 6,000 orang. "Hantu-hantu' ini akan dikawal ketat oleh Polis untuk pergi ke tempat mengundi.

2) Menyusup masuk dan bermalam di tempat-tempat tertentu lebih awal dan dibawa masuk dengan kereta-kereta BN pada hari pengundian.

3) Menyamar sebagai penduduk taman-taman di sekitar Kuala Terengganu dan datang mengundi. Orang-orang taman biasanya kurang mengenali antara satu sama lain.

4) Menyamar sebagai petugas bertugas pada hari pengundian dan masuk mengundi

5) Datang pada hari pengundian dari luar dengan kenderaan biasa bukan bas.
Maka petugas-petugas PR mempunyai tugas berat untuk berhadapan dengan Polis bukannya BN. Polis telah diperalatkan oleh BN untuk merealisasikan kemenangan mereka di Kuala Terengganu.
Saya juga mengjangkakan bahawa BN akan menggunakan taktik membawa orang luar menaiki bas dengan jumlah yang ramai untuk menarik perhatian petugas PR supaya menumpukan perhatian untuk menahan bas. Tetapi pada masa yang sama akan membawa pengundi hantu sebenar dengan kenderaan lain seperti van, kereta dan motor. Awas petugas PR bersedialah dengan seribu satu macam penipuan BN.

Saya merasakan peratusan keluar mengundi pada PRK kali ini mencecah lebih dari 90% berdasarkan kesungguhan BN untuk mempertahankan kerusi ini demi masa depan politik BN yang kian meruncing.

PRK KT : PENAMAAN BERJALAN LANCAR, PENYOKONG PR LEBIH RAMAI, CALON AKIM TARIK DIRI ~ Ref Malaysiakini

Penamaan calon berjalan lancar dan terkawal. Dari tinjauan sahabat saya di sana, perarakan penyokong PR lebih ramai dari BN. Di anggarkan 30,000 penyokong PAS berarak dari Surau Taman Permint Jaya ke Stadium Negeri selepas mereka menunaikan solat hajat di surau tersebut.
Sementara itu calon AKIM, Harun Abdul Rahman menarik diri dan menyeru pengundi Kuala Terengganu memberikan sokongan kepada Calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut.
Calon PAS dan calon BN telahpun menyerahkan borang penamaan masing-masing lebih dari sejam lalu.

3 orang calon telah mengemukakan borang masing-masing iaitu Wahid, Wan Farid dan calon bebas Azharudin Mamat.
Sebagaimana biasa penyokong BN terus menunjukkan sikap ganas, tidak matang dan liar dengan membaling botol-botol air ke arah penyokong PR berhampiran Stadium Negeri.
Tempoh bantahan juga sudah tamat. Sekarang ini semua mata tertumpu kepada pengumuman oleh Pegawai Pengurus Pilihanraya tentang calon-calon yang diterima bertanding pada kali ini.
Jika ada pertandingan pengundian akan berlangsung pada 17 Januari ini iaitu selepas 11 hari tempoh berkempen.

PRK K.TERENGGANU : JIWA DAN SEMANGATKU BERSAMA KALIAN ~ Ref Malaysiakini

Saya ditakdirkan tidak dapat bersama-sama pejuang Islam dan rakyat untuk berarak menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat pada majlis penamaan calon PRK Kuala Terengganu pada hari ini. Begitu juga dengan penamaan calon PRK Permatang Pauh Ogos tahun lalu.
Namun Insya Allah jiwa dan semangat saya tetap bersama kalian. Bilangan yang ramai di pihak kita dan kekentalan semangat yang ditunjukkan pada hari ini amat penting sebagai isyarat awal kepada BN dan kuncu-kuncunya bahawa rakyat sudah muak dengan kezaliman dan penindasan yang mereka lakukan.
Jangan takut dan gentar wahai sahabat sekalian walaupun 'parti komponen terbaru' BN menghantar lebih 6,000 ahlinya kononnya untuk mengawal keselamatan. Sahabat berbondong-bondong ke Kuala Terengganu bukannya untuk berbalah dan 'bergocoh' tetapi tujuannya tidak lain tidak bukan ialah untuk membebaskan rakyat dari cengkaman dan belenggu kezaliman manusia yang bertopengkan demokrasi dan melacurkan secebis kuasa yang tidak akan kekal lama untuk kepentingan diri.

Ayuh sahabat ku terus mara jangan undur ke belakang bermula dengan saat ini pastikan tidak ada seorang pun pengundi Kuala Terengganu yang tidak kalian temui dan rayu. Di samping itu pastikan nanti tidak ada 'zombi' yang datang mengundi bagi pihak pengundi yang mati atau pengundi yang namanya ada 2 kali dalam daftar pemilih.
Saya yakin sedang saya mengetuk keyboard PC buruk saya ini, sahabat semua sudah mula berarak atau berkumpul di tempat yang dikhaskan. Teruskan perjuangan dan jangan toleh ke belakang dan kiri kanan lagi. Perjuangan mesti diteruskan hingga BN tersungkur 17 Januari ini dan seterusnya berkubur di Malaysia.
Insya Allah Jumaat ini saya akan sampai untuk membantingkan tulang 4 kerat ini sedaya upaya membantu kalian.
Insan Kerdil, Melaka
8.30, 6 Januari 2009

PALESTIN : BEBERAPA CADANGAN UNTUK UMAT ISLAM ~ Ref Malaysiakini

Walaupun cadangan ini mungkin sudah diperkatakan oleh kebanyakan umat Islam namun saya tidak mahu ketinggalan untuk mengulanginya lagi sebagai tanda solidariti dan kasih sayang kepada umat Islam Palestin yang menerima ujian hebat dari Allah S.W.T.

Beberapa cadangan saya :-

1) Semua negara umat Islam mesti memutuskan hubungan diplomatik dengan negara Yahudi, Amerika, Britain dan lain-lain negara yang terlibat secara langsung membantu Yahudi;

2) Negara umat Islam mesti menghantar tentera masin-masing ke Palestin serta merta;

3) Negara umat Islam dan ahli-ahli perniagaan umat Islam mesti memutuskan urusan perniagaan masing-masing dengan Israel dan sekutu-sekutunya;

4) Boikot semua barangan dan semua program anjuran Israel dan sekutu-sekutunya samada dalam bentuk ekonomi, pendidikan, sukan dan sebagainya;

5) Putuskan sebarang kerjasama dalam semua bentuk;

6) Tamatkan hubungan pengangkutan samada udara, air dan darat;

7) Hantarkan seberapa banyak bantuan dalam bentuk wang ringgit, makanan, perubatan, pakaian dan sebagainya

8) Halau semua duta, atase, konsul, rakyat Yahudi dan sekutu-sekutunya di negara umat Islam

9) Hentikan penjualan minyak dan lain-lain sumber tenaga kepada Israel dan sekutu-sekutunya serta merta

10) Keluar dari PBB kerana ternyata PBB menjadi boneka kepada Israel dan sekutu-sekutunya pada masa yang sama perkuatkan OIC.

05 January 2009

KRONI KAYA RAYA DENGAN PROJEK BN ~ Ref Malaysiakini

Assalamualaikum,

Sekiranya PPSMI dihapuskan maka banyaklah syarikat2 kroni BN akan tutup. Saya berkata begini kerana saya ada pengalaman selama 4 tahun sebagai sub-con kepada syarikat2 kroni BN bagi penghantaran ke sekolah2 seluruh Malaysia. Boleh dikatakan setiap syarikat2 kroni ni btl2 buat duit dengan kontrak2 yang mereka terima.

Sebagai contoh pada tahun lepas, penghantaran peti besi(safe cabinet) keseluruh sekolah diseluruh negara. Cuba syekh bayangkan berapa banyak sekolah menengah dan berapa banyak sekolah rendah. Untuk sekolah menengah seluruh negara mendapat peti besi besar yang berharga RM 4,800.00, manakala sekolah rendah mendapat peti besi kecil berharga RM3,850.00 seunit. Itu belum lagi dikira penghantaran note book sebelumnya.

Saya harap syekh dapat cari butir2 yang lengkap dan up-load dkt msiakini, baru orang ramai tau kenapa kerajaan susah sangat nak hapuskan PPSMI.

Najib Norish (dihantar melalui email)

PRK KUALA TERENGGANU : FITNAH BN TIADA KESAN KEPADA PAS ~ Ref Malaysiakini

Pemimpin BN terus menggunakan taktik tradisionalnya memfitnah lawan politiknya tidak kira masa dan ketika. Ianya makin bertambah hebat pada ketika musim pilihanraya berlangsung samada pilihanraya kecil atau pilihanraya umum. 'Hobi' pemimpin BN ini terutamanya Umno dibantu oleh sekutu rapatnya iaitu media arus perdana yang terbukti menjadi pembantu setia dan pengampu nombor satu yang sudah pasti menjadi lidah kepada pemimpin BN ini.

Inilah juga fenomena yang berlaku menjelang pilihganraya kecil Parlimen Kuala Terengganu pada 17 Januari ini. Sebaik sahaja berita kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu Allahyarham Dato' Razali Ismail tersebar pemimpin BN tidak perlu menunggu lama untuk mengatur dan menulis 'skrip' fitnah mereka keatas Pakatan Rakyat yang akan ditentang oleh mereka pada setiap kali pilihanraya. Undang-undang dan peraturan diketepikan tanpa segan silu. Sepatutnya BN tidak boleh berkempen sehinggalah selepas penamaan calon pada 6 Januari ini. Namun calonnya, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh dan pemimpin-pemimpin BN lain khasnya Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak siang-siang lagi berkempen dari rumah ke rumah selain dari menyerang PAS dan sekutunya dalam PR dengan 'meriam' dan 'bom' menggunakan media arus perdana.

Pelbagai tohmahan dan fitnah digembar-gemburkan oleh mereka guna untuk menarik sokongan rakyat dan pada masa yang sama berusaha untuk memecah belahkan perpaduan utuh di dalam PR. Mereka juga cuba melaga-lagakan kepimpinan PAS agar bergaduh sesama sendiri bagi melemahkan PAS.
Fitnah pertama yang cuba mereka mainkan ialah kegagalan PAS melaksanakan hukum hudud di negeri-negeri Pakatan Rakyat. Dalam masa yang sama mereka juga cuba melaga-lagakan DAP dan PAS dalam isu hudud ini. Malangnya taktik kuno BN ini tidak menjadi dan hanyut begitu sahaja ditelah masa. Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang secara terang dan jelas menyatakan bahawa kewajipan melaksanakan hudud sekarang ini terletak kepada BN kerana BN mempunyai kuasa di peringkat Pusat manakala PR hanya memerintah negeri di mana semua enakmen-enakmen yang bercanggah dengan perlembagaan persekutuan akan terbatal dengan sendirinya. Selain itu Tuan Guru Haji Abdul Hadi juga menjelaskan hudud hanya dikenakan kepada orang Islam. Isu hudud adalah zalim juga tidak berbangkit kerana bukan muda untuk hudud dijatuhkan hukuman keatas pesalah tidak sebagaimana ISA yang digunaka untuk menaham rakyat tanpa bicara. Akhirnya setelah beberapa minggu isu hudud ini dimainkan akhirnya BN sedar bahawa orang bukan Melayu sudah lama menerima hudud.

Pemimpin BN juga kempunan untuk melihat kerajaan PR Perak dan lain-lain negeri berpecah akibat perbezaan pendapat Cubaan mereka mengkritik Kelantan tidak diendahkan oleh rakyat negeri yang rata-rata sudah lama mengenali hudud. Naib Pengerusi DAP YB M Kulasegaran secara jelas menyatakan bahawa hukum hudud ini untuk orang Islam dan DAP menghormati keputusan PAS untuk melaksanakan undang-undang tersebut. Pimpinan DAP juga komited untuk membantu PAS pada pilihanraya kecil Kuala Terengganu ini. Kini isu hudud ini tidak lagi dimainkan oleh media kerana terbukti ia memakan diri BN sendiri.

Pemimpin BN juga sebagaimana biasa me'recycle'kan isu lama mereka iaitu isu keganasan pemimpin dan penyokong PR. Mereka menuduh ahli dan petugas kita ganas, tidak mengikut undang-undang dan samseng. Maka tidak hairanlah kerajaan BN memperalatkan Polis apabila lebih dari 6,000 anggota Polis diarahkan bertugas di Kuala Terengganu sepanjang tempoh kempen atas alasan untuk mengawal keselamatan. Kita juga tidak hairan jika pelbagai perkara dan aksi ganas akan di'lakon'kan sekali lagi oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab sebagaimana 'lakonan' hebat mereka dalam peristiwa ganas dan kejam Polis menembak 2 orang penyokong PAS dalam peristiwa Batu Burok pada tahun 2007 lalu.

Selain itu BN cuba pula melaga-lagakan pimpinan PAS dalam isu pemilihan calon. Mereka menuduh pimpinan PAS bertelagah antara satu sama lain di mana mereka cuba mengetengahkan calon masing-masing. BN cuba mensensasikan cerita bahawa dua puak bertelagah dalam pemilihan calon ini iaitu puak PAS Terengganu dan Puak Erdogan yang akhirnya menyebabkan pengumuman calon PAS terpaksa ditangguhkan sehingga 1 Januari 2009. Namun sebaik sahaja Presiden PAS mengumumkan bahawa calon PAS adalah ADUN Wakaf Mempelam, YB Haji Mohd Wahid Endut pemimpin BN dan media seolah-olah terkejut dan terdiam sejenak. Selepas itu barulah mereka cuba memperlekeh-lekehkan kredibiliti dan kepopularitian YB Wahid yang kata mereka hanya terkenal di DUN Wakaf Mempelam sahaja.

Kini pemimpin BN dan media pengampu mereka tercari-cari isu dan idea untuk memfitnah PAS dan calonnya. Namun nampaknya mereka ketandusan idea. Hendak buat jahat pun sudah tiada idea apatah lagi hendak buat baik.

Tidak syak lagi BN benar-benar berada dalam keadaan tertekan sekarang.

PRK KUALA TERENGGANU : BUKTIKAN!! KALAU BENAR MAHU TUMBANGKAN BN ~ Ref Malaysiakini

Kalau benar tuan-puan mahu tumbangkan kezaliman, keangkuhan dan kedurjanaan BN mari sama-sama kita berganding mahu menumpakan BN dengan pukulan KO pada 17 Januari nanti. Bukan mudah untuk memberikan pukulan maut kepada BN.
BN ada segala macam mak nenek, kuasa, harta benda, jentera dan dibantu pula dengan 2 'parti komponen' terbaru mereka iaitu pihak yang berkuasa ke atas perjalanan pilihanraya dan satu lagi pihak yang menguatkuasakan undang-undang.
Begitulah hebatnya BN. Bila mereka rasa tidak mampu untuk menentang parti lain mereka akan menggunakan segala kuasa di tangan mereka untuk menangkap, menggertak dan memprovokasi parti lawan. Itulah BN!!!!!
Maka untuk bertanding menentang BN bukan perkara mudah. Sebab itu banyak parti-parti lawan BN yang berkubur tidak mempunyai stamina dan ketahanan untuk berhadapan dengan BN. BN diibaratkan sebagai gajah menentang semut atau mungkin bintang lain yang lebih kecil seperti 'tungau'. Namun begitu kadang-kadang gajah tumbang juga kerana angkuh dan sombong.
Oleh itu saya ingin mengajak tuan-puan yang membaca rayuan dan keluhan ini agar sama-sama menyumbangkan dana untuk menumbangkan gajah yang sudah hampir buta, hampir pekak dan mengalami seribu satu macam penyakit ini.
Jika tuan-puan tidak berkesempatan untuk ke Kuala Terengganu kerana komitmen kerja dan alasan-alasan maka tuan-puan boleh menyumbangkan sedekah dan infaq untuk menumbangkan BN di Kuala Terenggani.
SILA BANK-IN SUMBANGAN IKHLAS TUAN-PUAN KE nombor akauan 1449-0000017-10-4, CIMB Islamic atas NAMA ”Tabung Dana Pilihanraya”.

PRK KUALA TERENGGANU : MENGUNDI DALAM AIR? ~ Ref Malaysiakini

Melihat kepada perkembangan terkini kita tidak menolak kemungkinan bahawa pengundi-pengundi di Kuala Terengganu akan mengundi pada ketika banjir. Ini memandangkan fenomena banjir mungkin melanda kawasan tersebut.

Jika ini berlaku mungkin kempen pilihanraya kecil (PRK) ini merupakan kempen paling basah pernah diadakan dalam sejarah PRK. Namun kita berharap banjir yang mula melanda Terengganu ini tidak merebak sehingga hari pengundian. Namun kuasa Allah tiada siapa yang dapat menahanNya. Samada orang baik atau jahat semuanya akan terkena bala dari Allah.

Saya pasti keadaan hujan yang terus melanda negeri-negeri Pantai Timur ini membimbangkan SPR dan parti-parti yang bertanding. Mereka sudah pasti terpaksa mempersiapkan jentera masing-masing dengan kelengkapan musim hujan dan banjir. Antaranya bot, perahu, sampan, payung, baju hujan, pelampong, jaket keselamatan, petugas-petugas, kenderaan yang sesuai, makanan dan sebagainya.

Media hari ini melaporkan bahawa keadaan banjir di Terengganu terutama di Kemaman semakin buruk sementara di Setiu beransur pulih pagi ini, dengan keseluruhan mangsa banjir di pusat pemindahan di Terengganu kini 445 orang berbanding 349 orang petang semalam.

Jurucakap Majlis Keselamatan Negeri berkata, daripada jumlah itu, seramai 407 orang di Kemaman, meningkat daripada 308 semalam, manakala di Setiu kini hanya tinggal 38 orang.
Di Kemaman, 11 pusat pemindahan telah dibuka sehingga pukul 8.45 pagi ini manakala di Setiu sebuah pusat pemindahan dibuka iaitu di Balai Raya Kampung Tasik, katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pusat-pusat pemindahan di Kemaman ialah di dewan orang ramai Kampung Teladas, Bangunan GWT Felda Seberang Tayor, Balairaya Batu 14, Rumah JKKK Kampung Dadong, Dewan Serbaguna Padang Kubu, Tadika Padang Kubu, Surau Seberang Tayor, Masjid Batu 16 Tebak, Balairaya Ibok, Balairaya Kampung Padang Kemunting dan Dewan Sivik Kampung Pasir Gajah.

Sementara itu, keadaan cuaca hampir keseluruhan negeri Terengganu adalah dalam keadaan mendung dan hujan dijangka turun hari ini.

Kita mendoakan bala Allah berupa banjir tidak menjadi bertambah buruk. Semoga semuanya selamat dan sejahtera.

Laporan di atas saya perolehi dari Bernama.

PILIHANRAYA KECIL : MENGIMBAU KENANGAN LAMA? ~ Ref Malaysiakini

Setiap kali pilihanraya kecil saya pasti resah gelisah jika tidak dapat bersama-sama sahabat menyumbangkan tenaga untuk berjuang setakat termampu di 'perbatasan'. Namun banyak kali juga saya terlepas untuk menjadi anggota jentera yang 'merobohkan' BN pada PRK tersebut.

Antara PRK yang saya tidak berkesempatan berkempen ialah PRK Teluk Pasu dan Indera Kayangan. Yang lain Alhamdulillah saya berjaya mendaftarkan diri sebagai petugas walaupun mungkin kadang-kadang sebagai Pak Pacak (pemerhati).

Sepanjang kempen PRK ini ramai sahabat ditemui, banyak gelagat manusia diperhati dan tidak ketinggalan kedunguan dan kebodohan manusia saya jumpai. Kita boleh melihat bagaimana manusia kadang-kadang lebih teruk dari binatang (tidak hairan sebab dalam Al-Quran pun ada ceritakan bahawa ada manusia lebih teruk dari binatang).

Semasa PRK kita boleh melihat pelbagai jenis manusia antaranya :-

1) manusia yang tidak dapat melihat kebenaran;
2) manusia yang boleh dibeli dengan wang ringgit, kain pelikat dan sebagainya;
3) manusia yang lupa diri dan menentang Allah dan hukumnya;
4) manusia yang tidak menggunakan akal fikiran untuk bertindak;
5) manusia bongkak, angkuh, tamak kuasa dan menyalahgunakan kuasa tanpa takut kpd Allah;
6) manusia yang ganas, tidak berperi kemanusiaan;
7) manusia yang tidak waras, gila dan sewel;
8) manusia yang membeli kesesatan dan menjual kebenaran
9) manusia yang tidak malu dan muka tembok
10) manusia yang bodoh sombong, cerdik tidak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar

Pendek kata macam-macam fesyen manusia yang saya jumpa yang menguji kesabaran kita semua.

POLIS MULA MENGGANAS? ~ Ref Malaysiakini

Menurut Buletinonline Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri Terengganu Fariz Musa telah ditahan oleh sepasukan tiga kereta peronda polis pada jam 5.10 pagi, Isnin 5 Januari.
Perkembangan ini seolah-olah mengesahkan bahawa BN akan memperalatkan pasukan keselamatan untuk menentang PR. Mungkin penahanan ini sebagai gertakan kepada pemimpin dan penyokong PR agar tidak terus berkempen secara aktif.
Saya mengharapkan pihak BN tidak memperalatkan pasukan keselamatan. Biar BN menentang PR bukan Polis berlawan dengan PR. Kita bertanding secara professional, telus dan mengikut undang-undang.
Jelas sekali penahanan ini sebagai isyarat awal bahawa pihak-pihak tertentu akan bertindak ganas lebih-lebih lagi Polis akan menempatkan lebih dari 6,000 anggotanya di Kuala Terengganu. Atau juga Polis dipaksa untuk bersekongkol dengan BN dalam menghalalkan tindak tanduk jahat BN.

MALAYSIA UTAMAKAN KESELAMATAN : BERCAKAP BIAR BERDASARKAN FAKTA ~ Ref Malaysiakini

Hendak ketawa pun ada, geli hati pun ada bila membaca laporan media bahawa Ketua Penerangan Melaka Idris Haron menegaskan, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan keamanan negara ini.
Idris juga berkata, tiada parti politik di dunia selain UMNO dan BN yang mementingkan keselamatan dan keamanan negara ini.
Beliau menambah bahawa setelah 52 tahun mencapai kemerdekaan, kita telahpun mendapat mandat politik yang besar. Tiada parti politik di dunia selain UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mementingkan keselamatan dan keamanan negara.

Saya hairan bagaimana Idris seorang yang terpelajar begitu mudah mengeluarkan kenyataan seolah-olah memperbodohkan rakyat. Apakah Idris tidak tahu bahawa rakyat negara ini bukanlah sebodoh yang beliau sangka.
Adakah benar kerajaan mengutamakan keselamatan dan keamanan sedangkan statistik jenayah tidak menggambarkan sedemikian. Sebagai contoh statistik jenayah pada 2006 bahawa purata 1.65 orang dibunuh setiap hari; purata 6.7 kes rogol berlaku setiap hari dan purata 57.81 kes samun tanpa senjata api dilaporkan setiap hari. Ianya tidak banyak berubah untuk tahun 2007 dan 2008.
Selain itu Umno dan BN sanggup memperalatkan pasukan Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dengan mengarahkan Polis menganggu program-program PR. Sehingga kadang-kadang mengabaikan tugas asasi mereka.
Jadi tuan-puan fikirkan sendiri benarkah apa yang didakwa oleh Idris ini????

PRK K. TERENGGANU : KONTINJEN PAS MELAKA MULA BERTUGAS ~ Ref Malaysiakini

Kontinjen PAS Melaka yang diketuai oleh Setiausaha Jentera Pilihanraya Negeri, Bahiki Ismail memulakan tugas di Kuala Terengganu hari ini.

Mereka akan bertugas dari hari ini hingga tamat hari pengundian iaitu pada 17 Januari. Kontinjen Melaka akan bertugas di DUN Batu Burok di mana Melaka diperuntukkan 3 Peti Undi bagi membantu PAS Kawasan dari Terengganu.
Setiausaha Lajnah Penerangan Penerangan PAS Negeri Melaka, Khirul Che Salleh yang juga bersama kontinjen tersebut menyifatkan tugas ini agak mencabar bagi memastikan PAS berjaya merampas parlimen Kuala Terengganu dari BN. Malah beliau juga merasakan tugas ini sangat berat berikutan kerajaan BN yang didakwa memperalatkan Polis apabila menghantar lebih 6,000 anggota bertugas di sana. Perkembangan ini menurutnya seolah-olah BN ingin mengulangi apa yang pernah dilakukan semasa kempen PRK DUN Bukit Payong pada era 90-an dulu.
Untuk itu beliau mengingatkan petugas PAS khasnya PAS Melaka supaya berhati-hati semasa menjalankan tugas yang berat ini.

04 January 2009

KERAJAAN BAZIRKAN DUIT RAKYAT HANTAR 6,000 POLIS KE KT ~ Ref Malaysiakini

"Seolah-olah perang besar akan berlaku di Kuala Terengganu". Itulah komen spontan salah seorang sahabat saya dengan keputusan Kerajaan BN menghantar 6,000 anggota Polis untuk berkawal sepanjang kempen PRK Kuala Terengganu.
Saya hairan dengan keputusan ini. Mungkinkah ianya sebahagian dari taktik BN untuk menakut-nakutkan pengundi supaya tidak keluar mengundi sebagaimana tindakan yang pernah dilakukan oleh kerajaan BN semasa kempen PRK Bukit Payong yang dimenangi BN pada era 90-an dulu.
Kita bukannya hendak bergaduh dan berganyang sesama sendiri, parti-parti politik yang bertanding tetapi kita ingin berkempen secara bersih, beretika dan professional.
Saya yakin pemimpin dan ahli PR tidak pernah bertindak ganas jika tidak dilanyak terlebih dahulu atau diprovokasi terlebih dahulu. Biasanya 'pengganas' BN yang sering memukul dan memprovok penyokong PR. Namun yang kena tangkap dan kena tindakan adalah orang PR.
Saya menyeru supaya kerajaan BN tidak membazirkan duit rakyat dengan menghantar anggota keselamatan dengan bilangan yang tidak munasabah.
Apa yang penting kedua-dua parti mesti mendisiplinkan ahli supaya mematuhi undang-undang. Selain itu pihak keselamatan mesti bersikap adil dan telus dalam mengawal keselamatan dan ketenteraman sepanjang kempen nanti.

KALAU TIADA PERSEFAHAMAN MACAM MANA BENTUK KERAJAAN ~ Ref Malaysiakini

Dakwaan Timbalan Perdana Menteri bahawa Pakatan Rakyat tidak bersefahaman adalah suatu dakwaan yang tidak masuk akal. Budak kecil pun mentertawakan apa yang diperkatakan oleh Najib tersebut.
Bagi saya dakwaan Najib ini tidak masuk akal. Masakan tiada persefahaman antara PAS, DAP dan PKR. Kalau tiada persefahaman macamana kerajaan negeri PR dikelima-lima negeri boleh dibentuk. Jika tiada persefahaman sudah tentu kerajaan PR ini sudah lama berkubur dan digantikan dengan kerajaan BN yang zalim dan angkuh.
Jadi tidak perlulah Najib mendakwa PR tiada persefahaman kerana terbukti dakwaan tersebut adalah omongan kosong yang sudah tentu ditertawakan rakyat.
Dari dahulu lagi iaitu sebaik sahaja PR menang pada PRU lalu, Najib mendakwa PR akan berkubur. Pemimpin BN konsisten menyatakan PR akan berkubur dalam masa terdekat.
Jadi sekarang siapa yang berbohong. Terbukti Najib dan pemimpin BN berbohong dan fitnah mereka bahawa PR tidak bersefahaman adalah berniat jahat dan omongan kosong semata-mata.

TINGKATKAN KEMAHIRAN ASAS ANGGOTA JEMAAH, HADIRI LATIHAN ALPEN ~ Ref Malaysiakini

Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Melaka, Khairul Che Salleh berkata ahli-ahli PAS khasnya di Melaka boleh meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dalam organisasi dan gerakerja jemaah dengan menghadiri siri latihan anjuran AKADEMI LATIHAN PENERANGAN atau singkatannya ALPEN.

ALPEN menawarkan pelbagai latihan yang berujuan untuk meningkatkan kemahiran pimpinan dan ahli-ahli PAS dari masa ke semasa.

Lajnah Penerangan PAS Melaka yakin akan peri pentingnya ahli-ahli PAS terutama ahli-ahli baru dan pimpinan baru dilatih bagi mempastikan mereka bersedia untuk memikul amanah yang diberikan kepada mereka.

Untuk itu maka ALPEN ditubuhkan pada 1 Muharram 1430 yang lalu.

Antara modul yang disediakan ialah :-

1. Teknik Pengucapan Awam – 2 hari
2. Teknik Pemberitaan – 1 hari
3. Teknik Pembinaan Blog – 1 hari
4. Teknik Pengendalian Mesyuarat – ½ hari
5. Teknik Penulisan Minit Mesyuarat – ½ hari
6. Pengurusan MTD – 1 hari
7. Pengurusan UPU – 1 hari
8. Gerakerja Penerangan – 1 hari
9. Pengurusan PAS Kawasan – 1 hari
10. Pengurusan PAS Cawangan – 1 hari
11. ‘Key Performance Indicator’ PAS – ½ hari
12. Gerakerja Pilihanraya (Penerangan) – 1 hari
13. Teknik membuat kenyataan akhbar – ½ hari
14. Teknik mempromosi PAS – ½ hari
15. Teknik Penyelesaian Masalah – ½ hari
16. Sistem Pengurusan Kualiti Jemaah – 1 hari
17. Isu-isu semasa – 1 hari
18. Teknik Mempengerusi Majlis – ½ hari
19. Perancangan Strategik – 1 hari
20. Pengurusan Portfolio dalam organisasai Pilihanraya – ½ - 1hari untuk setiap portfolio
21. Semua jenis motivasi untuk pelajar, pekerja, ibubapa dan lain-lain.
22. Semua jenis kursus Smart Learning untuk pelajar
23. Kem-Kem Motivasi untuk Organisasi, pelajar, pekerja dan lain-lain.
24. Explorace
25. Kursus-kursus untuk Nisa', Remaja dan sebagainya
26. Kem Bistari solat
27. Pengurusan Masa
28. Kursus Kepimpinan dan pemantapan organisasi

Pengarah ALPEN ialah Sofi Wahab dan setiausahanya ialah Ustaz Khirul Che Salleh.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Pejabat ALPEN di talian 06-293 5486 atau 019-682 1318 atau email : penjana@gmail.com atau sofiwahab@gmail.com

ALPEN juga bersedia untuk mengendalikan kursus dan latihan di luar negeri Melaka.
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter