PRK KT : PULAU MUSANG VS CHENDERING ~ Ref Malaysiakini

Jentera BN Melaka dilaporkan bertugas di Peti Undi Pulau Musang dalam DUN Wakaf Mempelam bagi membantu kempen BN. Ketua Menteri, Mohd Ali Rustam mengetuai jentera BN Melaka di sana. Seperti yang diketahui umum Wakaf Mempelam adalah kubu kuat PAS yang gagal ditembusi oleh BN sejak sekian lama.

Memang sesuai Jentera BN Melaka ditugaskan di Pulau Musang kerana sifat musang sering diciplak oleh BN dalam gerakerja politik mereka. Musang memang ganas membaham ayam orang kampung tanpa direstui oleh tuan ayam. BN pun begitu membaham duit rakyat untuk digunakan bagi tujuan kempen BN yang tidak ada kena mengena dengan tujuan rakyat membayar cukai dan sebagainya.

Saya cuma mengharapkan jentera BN Melaka tidak menggunakan duit rakyat untuk berkempen bagi pihak BN. Belum apa-apa lagi BN Melaka sudah mengaku menggunakan duit rakyat iaitu menggunakan khidmat kakitangan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang dibayarkan gaji oleh rakyat untuk berkempen.

Begitu juga sewaktu PRK Anak Bukit, BN Melaka tanpa segan silu menggunakan kakitangan anak syarikat kerajaan negeri iaitu Southern Hospital (sekarang Hospital Putra) untuk berkempen bagi pihak BN. Kakitangan Southern Hospital keluar masuk kampung di Peti Undi Suka Menanti memberikan rawatan percuma kepada penduduk kampung. Kebetulan pada masa itu, PAS Melaka juga bertugas di Peti Undi Suka Menanti.

Harapan saya, cukuplah jangan gunakan duit rakyat untuk kepentingan BN, ini bukan harta pusaka kamu wahai pemimpin BN, ini adalah harta dan duit rakyat yang HARAM digunakan untuk kegunaan BN sendiri bukan untuk kegunaan rakyat.

Seperti yang kita sedia maklum semua petugas BN dibayar serba serbi. Tambang pergi balik, makan tanggung b%$*k cangkung semuanya beres. Malah mereka juga mendapat habuan upah untuk datang beramai-ramai ke Kuala Terengganu.

Jentera PAS Melaka pula kali ini berkempen membantu calon PAS di Peti Undi Chendering DUN Batu Burok. Semua keperluan kami tanggung sendiri. Apa yang kami harapkan ialah keredhaan Allah dan mendapat balasan dan ganjaran di HARI KEMUDIAN. Kami tidak membaham duit rakyat, kami tidak menerima apa-apa upah, tetapi kami yakin dengan janji Allah.
Samada kami menang di dunia dan mendapat ganjaran di Akhirat atau kami kalah di dunia tetapi mendapat ganjaran di Akhirat. Kemenangan di dunia tidak penting jika ianya dimurkai oleh Allah S.W.T.

Comments