PRK KT : PR MANTAP, TANGKIS TOHMAHAN BN ~ Ref Malaysiakini

Perpaduan PR ternyata mantap dan terbukti tohmahan dan fitnah BN tidak berjaya memecahbelahkan mereka. Malah kepercayaan rakyat kepada PR semakin mantop (mantap).

Ini terbukti apabila malam tadi PR mengadakan ceramah hebat menggabungkan pimpinan utama mereka iaitu Anwar, Tok Guru Nik Aziz, Tok Guru Haji Hadi dan YB Lim Kit Siang.

Jelas sekali ini memberikan igauan buruk dan mimpi ngeri buat Wan Farid dan BN yang kempunan untuk melihat PR berpecah dan tidak bekerjasama pada kempen PRK Kuala Terengganu ini.

Ceramah yang diadakan di Kampung Tanjung itu dihadiri oleh lebih 10,000 orang manakala kawasan tepi pantai seluas dua kilometer sesak sejak jam 9 malam dan Jalan Sultan Zainal Abidin yang menjadi laluan utama ke tempat ceramah penuh dengan kenderaan.

Para pendengar pula terdiri dari pelbagai kaum dan kebanyakannya adalah orang tempatan. Terbukti bahawa PR berada pada kedudukan selesa selepas 1 hari kempen dijalankan.
Sementara itu calon PAS, YB Mohd Abdul Wahid Endut juga terus mendapat sambutan yang hebat dari pengundi-pengundi di kawasan DUN Ladang, Bandar dan Batu Burok. Tidak sebagaimana dakwaan calon BN bahawa Wahid tidak dikenali di 3 DUN selain DUN Wakaf Mempelam.

Ternyata Wan Farid cuba memujuk dirinya yang sedang gundah gulana akibat tersilap perkiraan bertanding pada PRK ini. Jawatannya Timbalan Menterinya hampir pasti terus lenyap setelah beliau meletakkan jawatannya tersebut 5 Januari lalu.

Comments