PRK KT : IMAM HADHARI DATANG AWAL KEMPEN, PETANDA BN TENAT ~ Ref Malaysiakini

Jarang sekali Presiden Umno dan Perdana Menteri sejak zaman Mahathir akan datang berkempen pada pilihanraya kecil. Namun ini yang berlaku di Kuala Terengganu apabila Imam Hadhari datang membantu kempen BN hanya selepas 2 hari penamaan calon.
Terbukti ini adalah petanda awal BN sedang berada dalam keadaan tenat kerana jelas BN ditolak oleh pengundi Kuala Terengganu samada pengundi melayu atau bukan melayu.

Imam Hadhari hari ini terhegeh-hegeh datang berkempen membantu bekas orang kuatnya yang juga kroninya sejak sekian lama. Tidak lain tidak kerana beliau tidak mahu namanya terpalit sama jika calon BN kroninya itu tewas dengan teruk nanti.
Maka terpaksalah Imam Hadhari memberikan alasan bahawa selepas ini beliau sibuk kerana akan bertolak ke Timur Tengah. Alasan hanyalah untuk menutup ego dan malunya sahaja akibat terpaksa turun lebih awal ke Kuala Terengganu.
Imam Hadhari juga mungkin tidak percaya kepada Najib kerana sejak dari awal selepas pemilihan Wan Farid, Najib seakan-akan tidak bersungguh-sungguh membantu Wan Farid. Maka terpaksalah Imam Hadhari turun sendiri ke Kuala Terengganu.

Comments

Saya rasa Badawi turun ke KT untuk ucap selamat tinggal dan kalau ada masa jumpa lagi.
Munkin dia mari untuk kata "Good bye".
Tak apa lah, dia mari atau tak mari pun umno sama aje.Tiap hari umno punya sakit makin melarat.
Kian hari ramai rakyat tak percaya lagi dengan dongeng umno dan ugutan umno .
Sama sama kita jayakan PAS dan PR dengan undi yang lebeh banyak.