MALAYSIA UTAMAKAN KESELAMATAN : BERCAKAP BIAR BERDASARKAN FAKTA ~ Ref Malaysiakini

Hendak ketawa pun ada, geli hati pun ada bila membaca laporan media bahawa Ketua Penerangan Melaka Idris Haron menegaskan, hanya UMNO dan Barisan Nasional (BN) sahaja yang sentiasa mengutamakan keselamatan dan keamanan negara ini.
Idris juga berkata, tiada parti politik di dunia selain UMNO dan BN yang mementingkan keselamatan dan keamanan negara ini.
Beliau menambah bahawa setelah 52 tahun mencapai kemerdekaan, kita telahpun mendapat mandat politik yang besar. Tiada parti politik di dunia selain UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang mementingkan keselamatan dan keamanan negara.

Saya hairan bagaimana Idris seorang yang terpelajar begitu mudah mengeluarkan kenyataan seolah-olah memperbodohkan rakyat. Apakah Idris tidak tahu bahawa rakyat negara ini bukanlah sebodoh yang beliau sangka.
Adakah benar kerajaan mengutamakan keselamatan dan keamanan sedangkan statistik jenayah tidak menggambarkan sedemikian. Sebagai contoh statistik jenayah pada 2006 bahawa purata 1.65 orang dibunuh setiap hari; purata 6.7 kes rogol berlaku setiap hari dan purata 57.81 kes samun tanpa senjata api dilaporkan setiap hari. Ianya tidak banyak berubah untuk tahun 2007 dan 2008.
Selain itu Umno dan BN sanggup memperalatkan pasukan Polis yang sepatutnya menjaga keselamatan dengan mengarahkan Polis menganggu program-program PR. Sehingga kadang-kadang mengabaikan tugas asasi mereka.
Jadi tuan-puan fikirkan sendiri benarkah apa yang didakwa oleh Idris ini????

Comments

Anonymous said…
Memang benar la tu. nak harapkan PAS or pembangkang yang lain, jangan mimpilah. Stakat nak kutuk, hina, memburukkan umat Islam lain, memang terserah kat pemimpin pembangkang.