.

.

07 May 2015

TAHNIAH KAK WAN, PKR DAN PR


Kemenangan Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail pada PRK Permatang Pauh hari ini dengan majoriti yang besar membuktikan bahawa PR terus relevan dan menjadi sandaran rakyat untuk membela mereka.


Walaupun diasak dengan pelbagai isu luaran dan dalaman calon PR tersebut menang selesa walaupun majoritinya berkurangan berbanding PRU 13 pada Mei 2013 yang lalu.

Kepada semua pengundi Permatang Pauh kita ucapkan syabas walaupun masih ramai yang mengundi BN walaupun mereka dihimpit dari pelbagai sudut. Nyata mereka yang mengundi BN dan mungkin ada yang tidak mengundi dan merosakkan undi, tidak peka dengan kesempitan hidup mereka sendiri lantaran kezaliman BN

Kita doakan semoga Allah memberikan hidayah kepada mereka-mereka yang terus menyokong Umno/BN.

04 May 2015

PAS WAJAR PELOPORI FORUM TERBUKA CALON-CALON YANG AKAN BERTANDING

PAS wajar mempelopori debat atau forum terbuka calon-calon yang ingin bertanding pada pemilihan parti tersebut pada Jun ini.

Jika sebelum ini PAS sering menggesa pimpinan Umno/BN supaya mengadakan debat atau forum terbuka dengan pimpinan PR ketika PRU, maka inilah masanya bagi pimpinan PAS membuktikan mereka adalah terbuka dan berani berhadapan dengan rakyat dan penyokong mereka sendiri. 

Bakal-bakal pimpinan PAS bukan sahaja pimpinan kepada ahli PAS tetapi mereka juga adalah pimpinan rakyat kerana mereka juga telah dan akan menjadi wakil rakyat kepada seluruh rakyat, malah jika ditaqdirkan suatu hari nanti mereka juga akan menjadi pemimpin negeri dan negara.

Maka amat wajar calon-calon Presiden, Timbalan Presiden, Naib Presiden, Ketua-ketua Dewan dan AJK yang akan bertanding membentangkan perancangan dan idea mereka jika terpilih menjadi pimpinan PAS. Perancangan dan idea mereka bukan hanya tertutup kepada perancangan dalaman malah mesti juga menyentuh hal-hal pertandbiran negara, hubungan antarabangsa dan sebagainya.

Jangan kita sempitkan forum dan debat untuk mencari siapa menang atau kalah tetapi yang lebih penting ialah ahli PAS dan rakyat Malaysia ingin melihat idea dan perancangan pemimpin-pemimpin tersebut. 

Jadi adalah sangat penting bagi pemimpin-pemimpin PAS membuktikan mereka adalah pemimpin yang berani, berkarisma dan jauh lebih baik dari pimpinan BN. 

Dalam Umno dan parti-parti komponen BN pun tidak pernah mengadakan program seperti ini ketika pemilihan parti masing-masing. Jadi ianya merupakan sesuatu yang baik dan hebat di mata rakyat jika PAS mendahului parti-parti lain dalam penganjuran debat atau forum terbuka ini.

Kita boleh menggunakan format forum atau debat terbuka calon-calon Presiden Amerika atau Indonesia atau format lain yang difikirkan effektif dan bermanfaat. 

Gambar sekadar hiasan. 

WACANA ILMIAH "Hudud: Antara tuntutan Syariat dan modal politik"

WACANA ILMIAH

"Hudud: Antara tuntutan Syariat dan modal politik"

Oleh: Ust Yusro bin Borhan Nordin (J/K Teknikal Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan)
Tarikh: 5.5.2015 (Selasa malam Rabu)
Masa: 7.40 - 9.30 malam
Tempat: Darul Ta'lim, Sungai Udang, Melaka

SEMUA AHLI PAS DIJEMPUT HADIR!
"Ke arah universiti terbuka Tangga Batu"

Gambar sekadar hiasan

SEMOGA SEMUA MENDAPAT GANJARAN TERBAIK DARI ALLAH

  • Saya cuba utk berlaku kpd diri saya sendiri sebagai anggota jemaah.
  • Saya membaca macam2 dakwaan dan tuduhan kpd pimpinan PAS dlm semua media oleh ahli dan pimpinan PAS sendiri.
  • Saya nak buat cadangan supaya semua tuduhan dan fitnah itu dibuktikan dengan mengemukakan bukti kepada lembaga disiplin.
  • Orang kena tuduh wajib diadili dan diberi peluang membela diri. Selagi mereka tidak dibuktikan bersalah mereka tidak boleh dihukum.
  • Sabarlah wahai yg dituduh dan difitnah. Jika tuduhan dan fitnah itu palsu, mohonlah pada Allah supaya dapat ganjaran terbaik.
  • Juga jangan lupa mohon pada Allah supaya si penuduh dan pemfitnah sama-sama dapat ganjaran terbaik.

Sofi Wahab
Yang Dipertua PAS Kawasan Bukit Katil
Hey, we've just launched a new custom color Blogger template. You'll like it - https://t.co/quGl87I2PZ
Join Our Newsletter